01 Tokoh-tokoh Barat 02 Tokoh-tokoh Islam 03 Tokoh-tokoh Timur 04 Lain-lain ISI KANDUNGAN
Tokoh-tokoh Barat 01
CONTENTS Tokoh Pandangan tokoh 1 Socrates (470-399 SM) Pendidikan ialah satu usaha pembinaan pekerti dan pengembangan akal fikiran. Pendidikan juga merupakan satu usaha untuk memberi latihan moral dan disiplin kepada individu supaya menjadi manusia yang baik, setia dan patuh kepada undang-undang negara. 2 Plato (427-347 SM) Pendidikan adalah satu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Proses pendidikan bertujuan membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undangundang negara. 3 Aristotle (367-345 SM) Aristotle menyatakan bahawa pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal. Menurut beliau, pendidikan bertujuan memberikan segala peluang kepada setiap warganegara untuk mencapai kebahagiaan hidup. Pendidikan juga dapat melatih warganegara supaya mematuhi semua peraturan dan tingkah laku yang baik.
CONTENTS Tokoh Pandangan tokoh 4 Jean Jacques Rousseau (1712- 1778) Pemikiran Rousseau tentang pendidikan diungkapkan dalam buku emile yang mengisahkan pendidikan berkonsep kepada alam. Dalam buku emile pemikiran Rousseau melawan arus dan berpengaruh besar dalam pendidikan. Jean Jacques Rousseau berpendapat kelakuan manusia mengikut naluri baik. 5 John Milton (1608- 1674) Pendidikan yang lengkap dan sempurna membolehkan manusia bertindak secara adil dan bertimbang rasa dalam segala bidang kerja pada setiap masa. 6 Froebel (1782-1852) Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanakkanak. Pendidikan hendaklah berdasarkan keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Disebabkan kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan, mereka hendaklah dianggap sebagai kanak-kanak dan perlu diberikan kebebasan.
CONTENTS Tokoh Pandangan tokoh 7 John Stuart Mill (1806-1873) Pendidikan itu meliputi segala sesuatu yang dikerjakan oleh seseorang untuk dirinya atau yang dikerjakan oleh orang lain untuk dia, dengan tujuan mendekatkan dia kepada tingkat kesempurnaan. 8 T. H. Huxley (1825- 1895) Orang yang berpendidikan sempurna akan bersedia untuk berkhidmat demi kemajuan diri dan masyarakatnya, serta rela melaksanakan kerjanya dgn ikhlas dan patuh kpd undangundang alam, penuh bertenaga, bersemangat, berseni dan bermasyarakat. 9 Maria Montessori (1870-1952) Pendidikan adalah satu proses yang memberi bantuan kepada setiap individu supaya dapat hidup dengan penuh kegembiraan.
CONTENTS Tokoh Pandangan tokoh 10 John Dewey (1859- 1952) Dewey berpendapat bahawa pendidikan adalah penghidupan,dan bukan semata-mata persediaan untuk hidup.Pendidikan adalah suatu proses sosial yang menyampaikan segala ilmu, pengalaman, teori, pemikiran, dan kenyataan kepada masyarakat muda (kanak-kanak).
Tokoh-tokoh Islam 02
CONTENTS • Pendidikan yang sebenar merupakan “adab”, iaitu gabungan kepada semua istilah yang mana memandu dan membina akhlak dan etika serta peradaban individu. Abu Nasr Muhammad (872- 950) • Pendidikan melatih manusia membuat persiapan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Bagi agama Islam, pendidikan menggabungkan antara akidah dengan syariah, antara jasmani dan rohani, antara dunia dengan akhirat. Amal al-Shaibani • Pendidikan Islam dalam pandangan Mohammad Qatb adalah pendidikan manusia seutuhnya; akal dan hatinya, rohani dan jasmaninya; akhlak dan keterampilannya, serta segala aktivitasnya; baik berupa aktivitas pribadi maupun hubungan dengan masyarakat dan lingkungannya berdasarkan nilai-nilai moral Islam. Pendidikan Islam adalah proses pembentukan individu (anak didik / subyek didik) berdasarkan nilai-nilai moral Islam. Mohammad Qatb • Pendidikan merupakan proses pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras ajaran agama Islam. Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi
CONTENTS • Such a form of religious education is obligatory upon everyone who lives in a Muslim country regardless of whether he is a Muslim or not. Dr. Yusuf al-Qaradawi (1926- kini) • Menurut Al Ghazali, pendidikan dalam prosesnya haruslah mengarah kepada pendekatan diri kepada Allah dan kesempurnaan insan, mengarahkan manusia untuk mencapai tujuan hidupnya yaitu bahagia dunia dan akhirat. Pendekatan diri kepada Allah merupakan tujuan pendidikan. Al-Ghazali (1058-1111) • Pendidikan adalah upaya membimbing, membantu dan mengarahkan peserta didik agar mampu merealisasikan berbagai potensi yang dimilikinya sehingga mampu menjalankan fungsinya sebagai hamba Allah dan sekaligus sebagai khalifah fil ardh. Abul A’la Maududi (1903- 1979) • Ibnu Sina menerangkan tujuan dari pendidikan yang memiliki tiga fungsi yang kesemuanya bersifat normatif. Pertama, tujuan itu menentukan haluan bagi proses pendidikan. Kedua, tujuan itu bukan hanya menentukan haluan yang dituju tetapi juga sekaligus memberinya rangsangan. Tujuannya adalah nilai, dan jika dipandang bernilai, dan jika diingini, tentulah akan mendorong pelajar mengeluarkan tenaga yang diperlukan untuk mencapainya. Dan akhir sekali, tujuan itu mempunyai fungsi untuk menjadi kriteria dalam menilai proses pendidikan. Tujuan sebagai alat untuk menentukan haluan pendidikan dapat dilihat dalam tiga perangkat, iaitu tujuan khas ( objectives), tujuan am (goals) dan tujuan akhir (aims). Apabila digunakan dalam kurikulum maka tiga peringkat tujuan ini masingmasing membincangkan aspek tertentu tujuan itu. Abu ‘Ali al-Husayn ‘Abdullah ibnu Sina (980-1037)
Tokoh-tokoh Timur 03
CONTENTS Buya Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah) (1908-1981) Pendidikan merupakan satu proses yang menanam rasa diri sendiri sebagai seorang anggota masyarakat supaya tidak melepaskan diri daripada kungkungan masyarakat. Pendidikan yang sebenar boleh membentuk anak-anak yang berkhidmat untuk ilmu pengetahuan dan akalnya bukanya berkhidmat kepada nafsu. Rabindranath Tagore (1861-1941) Pendidikan merupakan proses melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan penuh bermakna. Pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara. Confucius (551-479 SM)
Lain-lain 04
CONTENTS Pendidikan adalah ejen mobiliti sosial yang penting untuk mengubah nasib diri sendiri. Pendidikan yang diberikan kepada anak-anak Bumiputera miskin di luar bandar boleh menjadi mobiliti sosial kepada mereka dan keluarga, dapat mengangkat mereka daripada kemiskinan ke kehidupan yang lebih senang dan mampu bersaing di pasaran kerjaya malah dalam bidang sains dan teknologi serta juga dalam sektor korporat. Pendidikan merupakan cara terbaik untuk mengubah nasib orang Melayu kerana pendidikan ialah ilmu pengetahuan terpenting mengelakkan orang Melayu daripada kemunduran dalam pelbagai bidang. Adnan Nawang (1994) Ungku Aziz Pendidikan bukan hanya berdasarkan teori semata-mata, namun prosesnya melangkaui persekitaran bilik darjah. Pendidikan bukan hanya tentang lulus dalam peperiksaan namun lebih besar dari itu dan menyeluruh. Khoo Kay Kim