SESI DIS 2020
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK TUGASAN
RUKUN NEGARA
NAMA PENSYARAH
PUAN WAN ZAKIAH BINTI WAN YUNUS
ENCIK MOHAMAD HILMI BIN MOHD ZALIS
KELAS
DJK2C
AHLI KUMPULAN NOMBOR MATRIK
09DJK20F1015
NAMA 09DJK20F1066
09DJK20F1006
MUHAMMAD ZAHIN BIN DAGLON DOL HAMID 09DJK20F1075
GOH KAH HUI
MOHAMAD SYAFIQ DANIAL BIN MOHD SALEH
MUHAMMAD ZAHID BIN MUSA
ISI KANDUNGAN
UNIT ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGHARGAAN 1
2.0 PENGENALAN 2
3.0 OBJEKTIF 3
4.0 DEFINISI RUKUN NEGARA 4-5
4.1 SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA 6-7
4.2 MAKSUD PRINSIP RUKUN NEGARA 8-9
4.3 KEPENTINGAN RUKUN NEGARA 10-12
4.4 KESAN MENGABAIKAN RUKUN NEGARA 13-16
4.5 MEMPERKUKUHKAN KETAHANAN NASIONAL 17-19
MELALUI RUKUN NEGARA
5.0 KESIMPULAN 20
6.0 LAMPIRAN 21-22
7.0 RUJUKAN 23
1.0 PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan
tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami
menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Wan Zakiah
Binti Wan Yunus dan Encik Mohamad Hilmi Bin Mohd
Zalis , Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika Dan
Peradaban (MPU 21032), di atas kesudian beliau memberi
tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu
kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini
berlangsung . Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat
ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari
segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.
Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih
kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara
langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang
dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata
membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan
tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak,
tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini
dengan sempurna.
1
2.0 PENGENALAN
Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang
diperkenalkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara
bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini
sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu. Terdapat lima
prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antara rakyat
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakat.Antaranya:
memelihara cara hidup demokratik
mencipta satu masyarakat yang adil supaya
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama
membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak
membina sebuah masyarakat progresif dengan
menggunakan sains dan teknologi moden
Perkara ini dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan
sejahtera selama-lamanya. Namun pada masa ini, prinsip rukun
negara makin terpinggir dan dilupakan oleh masyarakat kita
terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu,
kepentingan penghayatan Rukun Negara dan pelbagai langkah
yang efektif untuk memupuk kesedaran rakyat Malaysia dalam
menghayati prinsip-prinsip rukun negara akan dibincangkan.
2
3.0 OBJEKTIF TUGASAN
• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat
• Memelihara satu cara hidup demokratik
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan
• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden
3
4.0 DEFINISI RUKUN NEGARA
Rukun negara adalah salah satu wadah dalam
mengekalkan perpaduan negara Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai bangsa ,agama dan kaum.
Kepelbagaian dan perbezaan adalah salah satu perkara
yang mudah dalam mencetuskan pergaduhan dan
percanggahan sesama sendiri dalam kalangan rakyat.
Hal ini berikutan sejarah hitam yang pernah melanda
Malaysia iaitu peristiwa 13 Mei 1969 dimana timbul
perbalahan antara kaum.Jadi, adanya inisiatif
penubuhan rukun negara dalam mengekalkan rakyat
boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni dan
saksama. Rukun negara terdiri daripada 5 prinsip iaitu :
1. Kepercayaan kepada tuhan
2. Kesetiaan kepada raja dan negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan
4
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua rakyat
agar menghayati prinsip Rukun Negara bagi pemangkin semangat
patriotisme dalam masyarakat.
AL-Sultan Abdullah menegaskan bahawa prinsip-prinsip yang
terkandung dalam Rukun Negara merupakan panduan kepada
perilaku rakyat Malaysia yang diasaskan daripada acuan budaya
dan ajaran tempatan.
Baginda bertitah ia menekankan nilai-nilai kesopanan dan
kesusilaan serta mengingatkan masyarakat agar sentiasa
mensyukuri nikmat kurniaan Allah SWT.
“Ia juga menuntut untuk sentiasa berlaku adil dalam mendaulatkan
undang-undang, lebih penting lagi Rukun Negara memartabatkan
kedudukan raja, negara dan Perlembagaan.”
5
4.1 SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA
Setelah negara mencapai kemerdekaan, kepimpinan Tunku Abdul
Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia pertama menghadapi
kesukaran untuk menguruskan sistem sosioekonomi yang diwarisi oleh
penjajah British. Sikap liberal Tunku dan ditambah pula oleh
kelembutan beliau untuk melayan permintaan masyarakat berbilang
kaum telah menyebabkan orang Melayu merasakan kehidupan mereka
diabaikan. Tumpuan Tunku yang terlalu berlebihan pada pertumbuhan
material dan pasaran bebas tanpa menggunakan kuasa kerajaan untuk
melakukan campur tangan telah menyebabkan jurang di antara
golongan berada dengan golongan tidak berada semakin melebar.
Titik-titik jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa,
kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang
Melayu, dan berbagai-bagai lagi adalah puncapunca yang
mencetuskan keresahan kaum dan manifestasinya Peristiwa 13 Mei
1969 (Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin,
2009).
Peristiwa 13 Mei berlaku selepas beberapa hari berlalunya pilihan raya
ketiga yang melihat Parti Perikatan gagal mendapat undi majoriti
Seminar on National Resilience 446 dan telah kehilangan majoriti dua
per tiga di Dewan Rakyat. Dalam pilihan raya itu, Parti Gerakan Rakyat
(GERAKAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif
(PPP) telah memenangi 25 kerusi manakala PAS memenangi 12
kerusi Parlimen.1 Kemenangan ini menyebabkan para penyokong Parti
GERAKAN telah mengadakan perarakan meraikan kemenangan
sambil menghina dan mengutuk orang Melayu. Keadaan ini
menimbulkan ketegangan di antara orang Melayu dan juga orang Cina.
Pada 13 Mei, UMNO telah mengadakan perarakan balas dan
mengakibatkan tercetusnya rusuhan di antara kedua-dua pihak. Isu
pilihan raya ini sebenarnya boleh dikatakan sebagai kemuncak kepada
ketidakpuasan hati masyarakat Malaysia pada ketika, walhal perasaan
ketidakpuasan hati masyarakat Malaysia sebenarnya telah pun wujud
semenjak pemerintah British dan Jepun di Tanah Melayu berdasarkan
kepada layanan terhadap kaum-kaum tertentu.
6
Keadaan yang tercetus ini mengakibatkan Yang di-Pertuan Agong
mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969, lantas menyebabkan
fungsi Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MEGERAN)
ditubuhkan untuk menjalankan pentadbiran negara, dan Tun Abdul
Razak telah dilantik sebagai pengarah operasi di bawah Akta Perintah
Darurat selama 22 bulan sehinggalah perintah darurat telah dibubarkan.
Parlimen kembali dipulihkan semula pada 22 September 1970. Melalui
MAGERAN telah ditubuhkan Majlis Perundingan Negara yang
bertanggungjawab dalam menjadi pemikir dalam merangka perpaduan
negara dan salah satu hasilnya adalah lahirnya satu ideologi
kebangsaan iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara
dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa
yang stabil. Rukun Negara ini telah diisytiharkan secara rasmi pada 31
Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong.
Memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 1969:
“13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang
tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya, kerana
kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang
bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau
lalai atau cuai.”
Kata-kata yang diungkapkan ini merupakan satu peringatan kepada
semua rakyat Malaysia, supaya peristiwa pahit ini menjadi pengajaran
yang penting buat rakyat. Oleh itu tragedi 13 Mei ini telah membuktikan
bahawa penekanan pembangunan semata-mata dari perspektif
ekonomi adalah tidak memadai untuk mengatasi sepenuhnya masalah
sosioekonomi yang tidak seimbang di kalangan masyarakat Malaysia.
Ini adalah isyarat penting kepada pemimpin dan warga Malaysia
betapa rakyat berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya,
berbilang bahasa memerlukan satu pegangan untuk boleh hidup
secara rukun dan damai iaitu prinsip rukun negara.
7
4.2 MAKSUD PRINSIP RUKUN NEGARA
Lima prinsip Rukun Negara yang diwujudkan ini adalah dibentuk
berdasarkan acuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan
juga agama. Prinsip-prinsip yang terbina ini adalah bagi
memperkukuhkan perpaduan kaum.
1) Kepercayaan kepada Tuhan
Agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia kerana
ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang,
sesuatu bangsa dan juga negara. Pegangan yang kukuh
terhadap agama akan dapat menahan seseorang itu daripada
melakukan jenayah dan juga kejahatan. Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama
rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-
kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman. Menyedari
betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat
terhadap ajaran agama masingmasing, prinsip ini telah dipilih
sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
2) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan
Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan sistem beraja juga
diamalkan di setiap negeri, dan Yang di-Pertua Negeri bagi
negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-
Raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat. Maka setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri
Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. Di peringkat negeri
pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja
yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
8
3) Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan
Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan
yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada
setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan
merekasebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami
maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara.
4) Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana
setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.
Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.
Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara
tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin
pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.
Tuntutan kepada prinsip keempat ini adalah supaya kita sama-
sama menghormati undang-undang dan berusaha menyokong
penguatkuasaannya serta memelihara kedaulatannya.
Prinsip kesopanan dan kesusilaan ini bertujuan untuk
membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila.
Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat
penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain
dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. prinsip ini
menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian
bangsa dan nilai-nilai murni.
9
4.3 KEPENTINGAN RUKUN NEGARA
Mencapai perpaduan yang lebih erat.
- Melalui usaha untuk mencapai perpaduan, semua
lapisan masyarakat perlulah menanam cita-cita yang
positif bagi membentuk satu bangsa dan Negara
supaya kekal lama. Sebagai contoh, pada masa kini
iaitu dilanda covid-19, semua masyarakat mestilah
bersatu padu dengan mematuhi SOP semasa covid-19.
Hal ini perlu dipatuhi supaya dapat mengurangkan kes.
Umum mengetahui, bahawa sesebuah Negara yang
maju dari pelbagai aspek menjadikan konsep
perpaduan yang terjalin antara setiap masyarakatnya
sebagai tunggak utama perkembangan Negara. Tanpa
semangat perpaduan yang erat, masyarakat akan
saling hidup mementingkan diri sendiri dalam sesuatu
perkara sehingga menimbulkan sikap endah tak endah
terhadap kehidupan sesama masyarakat terutamanya
berbilang bangsa dan agama.
Membina sebuah masyarakat progesif.
- Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap Negara
memerlukan masyarakat yang progesif terhadap
kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras
dengan perkembangan teknologi terkini. Masyarakat
yang progesif terhadap kemajuan ini sudah tentu
memberi banyak manfaat kepada Negara contohnya
dalam bidang ekonomi. Golonganmuda terutamanya
perlulah menguasai bidang ini supaya dapat
mencipta teknologi yang canggih dan sekali gus
dapatbersaing dengan Negara lain contohnya Negara
Jepun.
10
Memelihara satu cara hidup demokratik.
- Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi
dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat
negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang
negara. Umum mengetahui, sistem pemerintahan di
Malaysia dijalankan secara demokrasi. Contohnya,
semasa pilihan raya berlangsung, rakyat sendiri
perlulah membuat undian bagi memilih kerajaan yang
mampu mentadbir Negara kearah kemajuan dari
pelbagai aspek. Tanpa pentadbiran yang cekap,
sesebuah Negara tersebut akan mundur dan dalam
masa yang sama akan dipandang rendah oleh negara
lain. Jadi, perkara ini tidak boleh dipandang enteng
begitu sahaja. Apabila berlaku sebarang masalah yang
melanda Negara, kepentingan bangsa dan Negara
mestilah didahulukan. Kepentingan Negara hendaklah
diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum,
jika mahu, kestabilan dan keselamatan Negara
berkekalan.
Mencipta sebuah masyarakat yang adil.
- Semua anggota masyarakat mempunyai peluang
yang sama untuk menikmati kekayaan Negara. Hal ini
demikian kerana masyarakat yang adil akan
mewujudkan Negara yang stabil dan masyarakat
yang aman. Contohnya, kerajaan mestilah membuka
peluang pekerjaan yang banyak kepada semua
masyarakat tanpa mengira berbilang kaum. Hal ini
dilakukan bagi mengelakkan daripada berlaku
pengangguran yang banyak di Negara ini. Seperti
yang berlaku pada masa kini dengan kehadiran covid-
19, ramai masyarakat menganggur kerana terpaksa
berhenti kerja. 11
Membentuk satu sikap yang liberal.
- Semua masyarakat bebas mengamalkan agama dan
adat resam masing-masing. Malaysia dikenali di
seluruh Negara kerana mempunyai kekayaan dalam
kepelbagaian kaum. Walaupun berbeza cara amalan
kehidupan setiap kaum, kita mestilah sentiasa
menghormati antara satu sama lain dan tidak
mementingkan diri sendiri dalam melakukan sesuatu
perkara. Hal ini terbukti pada masa kini bahawa
sesetengah masyarakat tidak menitikberatkan
tentang perkara ini dan sentiasa berfikiran negatif
antara satu sama lain. Contohnya, lebih
mengutamakan kawan yang sama kaum dan agama
sahaja.
12
4.4 KESAN MENGABAIKAN RUKUN NEGARA
Kebanyakan masyarakat malaysia hanya mengenali Rukun
Negara sekadar prinsip semata-mata dan tidak mengetahui
maksud dan tujuan rukun negara dibuat serta mengabaikan
falsafah kebangsaan ini terlalu lama. Hasilnya, masyarakat
dan juga diri kita tidak tahu teks penuh Rukun Negara apatah
lagi mahu menghayatinya.
Pengabaian terhadap Rukun Negara telah menzahirkan
implikasi yang negatif khasnya dalam tatacara kehidupan
masyarakat. Pelbagai tingkah laku negatif dan kebejatan
moral berlaku kerana kita tidak berpegang teguh kepada
ideologi atau kefahaman yang dicipta khas untuk rakyat
Malaysia ini.Mari kita imbas kembali pada tahun 2018 yang
lalu beberapa ketidakharmonian yang berlaku dalam
masyarakat kita.Contohnya dari isu kecil seperti membuang
sampah merata-rata hinggalah ke isu besar iaitu tidak
menghormati institusi raja berpelembagaan.Sedar tidak sedar
kita sedang mengalami krisis akibat pengabaian Rukun
Negara dalam kehidupan masyarakat yang majmuk.
Salah satunya adalah kes membuang kerusi daripada tingkat
atas pangsapuri yang telah menyebabkan seseorang maut
akibat perbuatan orang tersebut ini adalah merupakan salah
satu kes yang membuka mata kita terhadap perangai buruk
rakyat Malaysia.Selain itu,kisah kerusi terbang telah membuat
masyarakat kota tercegang seketika dengan isu tersebut
bukan saja membaling kerusi malah menjadi tabiat tersebut
sering dilakukan oleh sesetengah masyakat pangsapuri atau
rumah flat yang membuang sampah daripada tingkat atas
rumah ke bawah yang menjadi satu kebiasaan dalam
kehidupan mereka.
13
Tidak tahu hendak dibandingkan dengan apa, tetapi jika dilihat
haiwan di dalam zoo juga kita mencampakkan makanan
dengan sopan, tetapi apabila di kawasan perumahan, mereka
mencampakkan sampah, kerusi, televisyen ke bawah dengan
rasa tidak bersalah.Inilah yang membawa kepada lahirnya
manusia tidak sopan dan tidak beradab dalam kalangan
warganegara Malaysia.
Isu kedua, pula adalah institusi beraja kita dijadikan bahan
lawak oleh masyarakat Malaysia.Penyebaran video yang
disebarkan Yang Maha Mulia sedang tidur dan kemudian
dijadikan bahan jenaka dalam suatu pengucapan awam ini
jelas sekali menunjukkan bahawa prinsip kesetiaan kepada
raja dan negara telah ditanam dalam tanah setinggi tujuh kaki
dan dibacakan talkin.Kemurkaan yang telah dilakukan oleh
Yang Maha Mulia ternyata langsung tidak mengundang rasa
kesetiaan dalam kalangan masyarakat yang lain kerana
mereka sudah tidak lagi menghayati betapa pentingnya raja
sebagai simbol kemegahan negara ini yang disanjung tinggi
semangat Raja Berpelembagaan.
Inilah kesannya dan akibat mengabaikan Rukun
Negara.Ketika usaha Rukun Negara mukadimah
perlembagaan dijalankan, terdapat segelintir pihak yang takut
sekiranya, Rukun Negara wujud dalam perlembagaan maka
wujudnya masyarakat yang liberal dan progresif yang akan
menuntut hak mereka.Sedangkan liberal yang dimaksudkan
ialah tradisi yang liberal dan masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dalam kehidupan seharian.Disamping
ituketakutan mereka terhadap dua perkataan ini mungkin atas
rasa untuk mengawal agama dalam kehidupan bermasyarakat.
14
Tetapi adakah agama yang dianuti telah dihayati dengan
sepenuh hati oleh masyarakat kita? Sebagai contoh satu
berita yang sangat mengejutkan apabila dilaporkan seorang
wanita tidak menutup aurat dengan sempurna yang dipukul
di khalayak ramai oleh seorang lelaki.Ini benar berlaku tetapi
kenapa perkara sebegini tidak mempengaruhi golongan yang
liberal dan progresif yang kita takuti tadi?Ini kerana
keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang- undang
tidak menjadi pegangan dalam kehidupan masyarakat
Malaysia.
Mereka hanya bertindak menghukum dengan cara sendiri
iaitu memposkan video tersebut tampa membantu mangsa
tersebut terlebih dahulu.Mereka lupa bahawa negara
berdaulat ini, didirikan dengan Perlembagaan yang cukup
matang, dan undang-undang kita bertujuan untuk mengawal
kesopanan dan tingkah laku manusia.Mengapa
perlembagaan dan undang-undang diabaikan? Jawapannya
amat mudah. Ini kerana mereka tidak menghayati Rukun
Negara dalam kehidupan mereka sebagai rakyat Malaysia.
Selagi kita masih lagi bersifat tidak ambil tahu dan
mengabaikan Rukun Negara, kita tidak akan mampu
mencapai matlamat yang pertama, iaitu mencapai perpaduan
yang lebih erat dalam kalangan seluruh rakyat di Malaysia
yang berbilang kaum.Kita masih lagi terperangkap dengan
dakyah-dakyah perkauman yang menghalang kita untuk terus
bersatu dan maju. Selagi kita semua tidak menjadikanRukun
Negara yang pertama ini sebagai jalan hidup kita ke arah
mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu, selagi
itulah, kita tidak akan berjaya mencapai perpaduan yang
membawa kepada kesejahteraan.
15
Oleh yang demikian, janganlah kita lupakan falsafah
kebangsaan ini. Mungkin Rukun Negara tidak sesuai
dijadikan mukadimah dalam perlembagaan Malaysia, tetapi
Rukun Negara perlu diberi satu akta khas supaya ia tidak
lagi diabaikan oleh golongan pemerintah mahupun
masyarakat.
Percayalah, sekiranya Rukun Negara diamalkan dengan baik
serta mengikuti semua prinsip-prinsipnya tersebut kita akan
dapat mencapai segala matlamat yang diinginkan dalam
Rukun Negara tersebut, dan pasti Malaysia akan menjadi
lebih baik dan harmoni dan saling hormat-menghormati antara
satu sama lain.
16
4.5 MEMPERKUKUHKAN KETAHAN NASIONAL MELALUI
RUKUN NEGARA
Bagi mencapai objektif Rukun Negara agar diterima oleh rakyat
pihak kerajaan bertanggungjawab telah menubuhkan antaranya
Majlis Perpaduan Negara dan juga memasukkan unsur-unsur
Rukun Negara di dalam agensi kerajaan dan juga badan-badan
pertubuhan bukan kerajaan. Selain itu unsur-unsur Rukun Negara
ini juga telah dimasukkan di dalam kurikulum sekolah. Perkara ini
adalah bagi mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat yang
berbilang kaum di Malaysia.
Namun begitu pada pandangan Tun Abdul Razak orang yang
bertanggungjawab dalam membina Rukun Negara menjelaskan
bahawa;
“.... tanggungjawab untuk mengamalkan Rukun
Negara itu bukan sahaja terletak pada para pelajar
dan murid-murid sekolah. Anggota-anggota dewasa,
ibu bapa, pemimpin kaum, guru-guru dan seterusnya
orang ramai, mempunyai tanggungjawab yang sama
untuk memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip
rukun negara”
Seterusnya harapan yang dinginkan oleh beliau dalam
memperkukuhkan perpaduan rakyat dijelaskan di dalam ucapan
yang disampaikan pada Perhimpunan Bergerak kaum Ibu dan
Pemuda UMNO pada 22 Januari 1971;
“kerajaan amat berharap bahawa rakyat negara ini
akan menjunjung tinggi Perlembagaan negara kita dan
juga menjunjung tinggi dan mengamalkan prinsip-
prinsip rukun negara. Saya yakin dan percaya dengan
izin tuhan jika kita patuh kepada kedua-dua ini, rakyat
negara ini akan damai dan kita terus menjadi negara
yang kukuh dan bersatu serta makmur.”
17
Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau
menggambarkan apa yang dinginkan beliau untuk negara pada
masa hadapan. Oleh sebab itu perpaduan amat dititik beratkan
oleh setiap kepimpinan negara. Bagi Tun Hussien Onn;
“Kekuatan sesebuah negara bukanlah dinilai dari
kekuatan tentera dan Polis sahaja, tetapi bergantung
pada semangat dan jiwa rakyat”.
Namun begitu semangat yang terkandung melalui kelima-lima
prinsip Rukun Negara seolah-olah semakin dilupakan oleh
generasi muda pada masa kini. Agak tidak keterlaluan sekiranya
boleh dikatakan ramai yang tidak mengingati kesemua prinsip
Rukun Negara sekiranya ditanya kepada mereka. Mereka tidak
begitu menghayati roh sebenarnya kewujudan Rukun Negara ini
sepertimana yang dinginkan oleh kepimpinan negara. Keadaan
sebegini amat berbahaya kepada negara yang dihuni oleh
penduduk pelbagai kaum. Beberapa peristiwa yang berlaku
memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun Negara seolah-olah
sudah dilupakan serta tidak relevan dalam kehidupan hari ini.
Antara isu-isunya seperti penghinaan terhadap sultan Johor
menerusi blog. Di mana Seorang penulis blog menggunakan nama
Aduka Teruna telah menghina kemangkatan Almarhum Sultan
Iskandar menerusi blognya www.adukataruna.blog.spot.com.3 Ini
merupakan perbuatan yang memperlihatkan sikap tidak
bertanggungjawab generasi muda yang sudah melupakan
penghayatan terhadap Rukun Negara. Sekiranya penghayatan
Rukun Negara tersemat kukuh di jiwa rakyat Malaysia sudah
semestinya perkara sebegini tidak akan berlaku kerana prinsip
yang kedua menyatakan dengan jelas bahawa rakyat perlu
menumpukan sepenuh kesetiaan kepada Raja dan negara. Tun Dr.
Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapan di Majlis
Pelancaran Rancangan Pemasyarakatan Perpaduan pada 1 Ogos
1988 mengingatkan bahawa;
18
“Pergolakan dan pergaduhan yang telah dan berlaku
di sebilangan negara lain disebabkan bukan sahaja
kerana pertelingkahan antara kaum, bahkan juga
kerana pertelingkahan antara rakyat daripada kaum
yang sama.”
Oleh itu keharmonian dan kerukunan hidup dalam masyarakat
yang berbilang kaum di Malaysia merupakan tunjang kepada
kestabilan dan kekuatan negara. Keharmonian ini hanya tercapai
dengan wujudnya sifat saling faham memahami antara satu sama
yang lain di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum dengan
tradisi, kebudayaan dan agama yang berbeza. Ia merupakan satu
keunikan kepada negara Malaysia. Namun begitu keunikan ini
boleh membawa kepada persengketaan sekiranya tidak dijaga
dengan betul. Perdana Menteri Malaysia ketiga Tun Hussein Onn,
pernah menekankan kepada empat faktor penting yang saling
memerlukan antara satu sama lain iaitu politik, ekonomi,
perpaduan, dan keselamatan yang menjadi tunjang kepada
kestabilan dan kemakmuran kepada negara ini (Abdul Rahman
Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin, 2008).
19
5.0 KESIMPULAN
Ikatan persefahaman antara pelbagai kaum yang menjadi tugu
penggerak negara yang penting. Ikatan ini bukan terbina hanya
sekelip mata sahaja ianya memakan masa yang begitu lama.
Bagi mewujudkan perpaduan generasi kita kini seharusnya
peka dengan Rukun Negara dan menghayati erti yang
sebenarnya kewujudan Rukun Negara. Ini kerana Rukun
Negara bukan hanya untuk dihafal atau diikrarkan dan
diterapkan dalam kehidupan seharian warga negara Malaysia.
Semangat Rukun Negara ini perlu diteruskan kerana ia sangat
relevan dalam menangani krisis negara tidak kira ancaman
daripada dalam dan luar negara. Dengan berpegang teguh
kepada prinsip Rukun Negara mampu menjadi rakyat Malaysia
yang bersatu padu, kukuh dan berwibawa bagi menghadapi
apa saja cabaran.
20
6.0 LAMPIRAN
21
22
7.0 RUJUKAN
http://nilaimasyarakat4.blogspot.com/2017/08/sejarah-
rukun-negara_26.html
http://repo.uum.edu.my/3186/1/S22.pdf
https://www.utusanborneo.com.my/2019/10/11/hayati-
prinsip-rukun-negara-agong
https://www.malaysiakini.com/letters/409978
https://www.goodreads.com/book/show/15869918-
peristiwa-13-mei
https://i.pinimg.com/originals/7a/74/32/7a7432a2072e17
5592a420ba7fee1fb0.jpg
https://www.everything-kuala-
lumpur.com/images/national-monument.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-
R4aBLj4ptAM/UhzG6YdrSbI/AAAAAAAAMAQ/wq9XOp_i
zKM/s1600/Merdeka+1957+tunku+abdul+rahman.jpg
23