BMMB 1 134 KETERAMPILAN BERBAHASA TERAMPILAN BERBAHASA By : NURUL ALIAA BINTI ROSLEY (BAHASA MELAYU 3 ) PENSYARAH: EN. MUHAMAD NAZRI BIN ABDUL RAHMAN HALANGAN DAN ISU-ISU KETERAMPILAN BERBAHASA
Sejak kecil lagi, manusia dilahirkan dan diajar cara untuk berkomunikasi dengan persekitarannya. Mereka diajar untuk berkomunikasi dengan menggunakan pelbagai kaedah yang mana ia bertujuan untuk menghasilkan komunikasi berkesan. Komunikasi merupakan suatu proses dimana manusia menghantar dan menerima mesej. Selain itu juga, komunikasi merupakan suatu proses dimana berlakunya pertukaran idea, maklumat dan perasaan serta interaksi antara satu sama lain. Komunikasi juga menunjukkan adanya pertukaran pendapat, gerak, isyarat atau simbol yang bertujuan untuk mengubah keadaan fizikal dan mental mereka. PENGENALAN
Keterampilan berbahasa adalah merupakan kemampuan dan kecekapan menggunakan bahasa. Ianya terdiri daripada kecekapan mendengar, bertutur, membaca dan mendengar. Keterampilan berbahasa ini seharusnya dikuasai oleh manusia kerana ia dapat membantu mereka dalam komunikasi harian. Antara fungsi keterampilan berbahasa ini adalah ianya dapat membantu individu untuk menghasilkan komunikasi berkesan. Selain itu juga, komunikasi yang baik dan lancar dapat meningkatkan keyakinan seseorang untuk menjalani kehidupan seharian. Tambahan lagi, keterampilan berbahasa juga membantu manusia dalam aspek pemerolehan informasi dengan tepat. KETERAMPILAN BERBAHASA
HALANGAN KOMUNIKASI DALAM KETERAMPILAN BAHASA
Jelas menunjukkan bahawa komunikasi merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi dalam hidup manusia. Oleh itu, terdapat beberapa halangan yang telah menganggu interaksi antara individu atau komuniti. Antara halangan komunikasi dalam keterampilan bahasa adalah seperti: HALANGAN KOMUNI KASI Maklum balas Komunikasi sehala Gangguan saraf penerima Penyampaian menerusi saluran kedua Gangguan emosi Gangguan luaran
Maklum balas merupakan satu aspek yang memerlukan dua pihak iaitu penutur dan pendengar. Maklum balas membuktikan bahawa sesuatu komunikasi itu dapat dilaksanakan dengan baik kerana adanya penerimaan maklumat daripada penutur kepada pendengar. Hal ini menunjukkan bahawa maklum balas sangat penting dalam sesuatu komunikasi. Pendengar yang memberi respons atau maklum balas terhadap sesuatu yang didengar oleh seseorang membuktikan bahawa sesuatu maklumat itu dapat diterima dengan baik. Sekiranya penutur tidak menerima sebarang maklum balas daripada pendengar, itu bermakna komunikasi berkesan tidak dapat dilakukan antara penutur dengan pendengar. Misalnya, apabila kita bertanya khabar kepada penerima, tetapi penerima tidak memberi sebarang respons, maka ia menunjukkan mesej tersebut adalah tidak diterima oleh penerima. Dengan kata lain, komunikasi tidak berlaku dengan baik. Selain itu juga, maklum balas juga dapat dilihat apabila kita bertanya soalan atau membuat ringkasan maklumat yang diperoleh daripada penutur. Jadi, sudah terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa maklum balas merupakan satu aspek yang penting dalam komunikasi. 1 . MAK LUM BALAS
2 . KOMUNI KASI SEHALA Seterusnya adalah komunikasi sehala. Komunikasi sehala berbeza dengan maklum balas. Hal ini dikatakan demikian adalah kerana komunikasi sehala tidak melibatkan respons daripada pendengar atau penerima. Antara contoh komunikasi sehala adalah seperti syarahan, ceramah, pidato dan lain-lain lagi. Komunikasi sehala ini menyebabkan pengirim tidak menerima sebarang maklum balas daripada penerima. Hal ini dikatakan demikian adalah kerana komunikasi sehala ini lebih kepada huraian, penjelasan dan penerangan yang diberikan oleh penerima daripada pengirim. Sebagai contoh, ceramah mengenai faedah menabung yang disampaikan kepada orang lain. Aktiviti ini hanya melibatkan pengirim yang berperanan untuk menyampaikan maklumat tentang topik tersebut kepada pendengar. Hal ini jelasnya membuktikan bahawa komunikasi tidak dapat dijalankan dengan baik kerana tidak ada respons daripada pendengar sepanjang komunikasi berlaku.
Gangguan adalah sebarang bentuk halangan yang berlaku dalam proses komunikasi. Ia berlaku apabila penerima tidak dapat menerima maklumat dengan jelas dan tepat berdasarkan sumber yang diberikan oleh penutur. Antara gangguan yang berlaku adalah disebabkan oleh gangguan saraf penerima. Setiap manusia yang normal mempunyai sistem saraf yang berfungsi sebagai penghubung yang sangat kompleks. Ia bertujuan untuk mengirim dan menerima informasi dalam jumlah yang besar secara bersamaan. Oleh itu, wujudnya gangguan saraf dalam diri sesetengah individu ini sekali gus telah menghalang komunikasi berkesan seseorang. Hal ini adalah kerana mereka yang mempunyai masalah gangguan saraf akan mengalami kesukaran untuk menerima maklumat. Contohnya, mereka akan lambat atau tidak mampu mentafsir maklumat yang disampaikan dengan mudah. Dengan ini, maklumat yang disampaikan kepada mereka yang mempunyai gangguan saraf ini sama seperti mencurah air ke daun keladi kerana terhalang oleh masalah fizikal dalaman penerima mesej. Kesimpulannya, proses komunikasi tidak berjaya antara penutur dengan pendengar kerana masalah pendengaran penerima. 3 . GANGGUAN SARAF PENERIMA
Di samping itu juga, halangan komunikasi dalam keterampilan bahasa disebabkan oleh penyampaian menerusi saluran kedua. Komunikasi melalui saluran kedua mengakibatkan sesuatu mesej itu tidak dapat disampaikan dengan baik dan jelas kerana ianya tidak mengikut seperti yang dikehendaki atau diingini oleh pengirim. Tambahan juga, halangan ini berlaku disebabkan oleh penyampai mesej yang kadang-kadang suka menokok tambah maklumat yang berlainan seperti yang diberitahu oleh pengirim. Kesannya, berlaku salah faham antara pengirim dan penerima. Selain itu juga, ianya menyebabkan komunikasi berkesan tidak dapat dijalankan. Sebagai contoh, pengirim ingin menyampaikan maklumat bahawa tarikh akhir menghantar tugasan adalah pada hari Sabtu tetapi apabila ianya disampaikan melalui saluran kedua, maklumat itu diterima dengan memberitahu bahawa tugasan itu boleh dihantar pada minggu depan. Jadi, jelaslah berlakunya percanggahan kefahaman dan halangan ini sangat menjejaskan sesuatu komunikasi berkesan. 4.PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA
5 . GANGGUAN EMOSI Gangguan adalah segala sesuatu yang menganggu komunikasi, termasuk sikap dan emosi penerima dan pemberi pesan. Antara faktor yang mempengaruhi gangguan adalah seperti stres, cemas, sikap-sikap negatif, motivasi rendah dan banyak lagi. Gangguan emosi merujuk kepada gangguan dalaman kerana melibatkan keadaan psikologi penerima yang tidak stabil dan terganggu. Perkara sebegini dikatakan menjadi halangan kepada komunikasi kerana penerima menerima dan memahami mesej berdasarkan apa yang dilihat dan didengar mengikut perasaan, keperluan dan kehendaknya. Misalnya, pada waktu komunikasi dilaksanakan, penerima berasa tertekan dengan maklumat yang diterimanya seterusnya terus membuat kesimpulan terhadap maklumat yang diperolehi dalam keadaan marah dan beremosi. Kesannya, pengirim tidak dapat memberikan respons selepas penerima mengajukan pendapatnya. Oleh hal yang demikian, gangguan emosi memainkan peranan yang penting dalam sesuatu komunikasi.
6 . GANGGUAN LUARAN Akhir sekali ialah gangguan luaran. Halangan luaran ini merupakan gangguan yang disebabkan oleh persekitaran atau keadaan sekeliling. Terdapat banyak jenis gangguan luaran. Antaranya termasuklah bunyi bising, objek fizikal, jarak lokasi, suasana tidak selesa dan lain-lain lagi. Faktor luaran ini telah menyebabkan penerima sukar untuk mendengar dan melakukan proses komunikasi dengan berkesan. Sebagai contohnya, semasa pensyarah mengajar di dalam dewan kuliah, terdapat bunyi kenderaan yang menganggu pensyarah untuk menyampaikan maklumat kepada pelajarnya. Kesannya, penyampaian maklumat tidak dapat disampaikan dengan baik kerana pendengar tidak dapat mendengar dan menerima mesej dengan baik. Jadi, penerima berkemungkinan untuk membuat andaian sendiri terhadap mesej yang telah disampaikan. Hal sebegini memberi potensi kepada penerima itu untuk berlaku salah faham terhadap maklumat yang didengarinya dan membuat tafsiran mereka sendiri. Oleh itu, komunikasi berkesan tidak dapat dilakukan sekiranya terdapat gangguan daripada luaran.
ISU KETERAMPILAN BERBAHAS IS A U KETERAMPILAN BERBAHASA Isu bahasa Isu budaya Isu media sosial
Isu keterampilan berbahasa merupakan suatu isu yang tidak lagi lekang yang meniti di bibir-bibir masyarakat. Pada era modenisasi ini, terdapat beberapa isu yang telah berkaitan dengan keterampilan berbahasa. Isu-isu ini semakin hangat diperkatakan masa kini lebih-lebih lagi dalam hal menyuarakan pendapat melalui cara yang tidak betul.
1 .ISU BAHASA Penggunaan bahasa merupakan aspek yang penting dalam proses komunikasi dengan orang sekeliling. Penggunaan bahasa yang salah boleh memberikan punca yang negatif kepada orang ramai. Contohnya, dapat menyebabkan perbalahan, mengguriskan perasaan orang lain dan beralaku salah faham antara individu. Penggunaan bahasa yang kesat misalnya boleh berpunca daripada persekitaran. Menurut Colbert (1993) dalam Haslina Halim (2018), pelajar yang mengambil kelas perbahasan lebih suka berhujah secara agresif dan verbal berbanding dengan mereka yang tidak pernah terdedah dengan persekitaran. Kesan daripada hujah yang agresif ini mampu mendorong seseorang itu untuk mengeluarkan katakata yang kesat, kasar dan menyakitkan hati orang yang mendengar. Oleh itu, jelaslah terbukti bahawa isu bahasa bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh oleh orang ramai.
Kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia telah menjadi salah satu faktor dalam isu yang berkaitan dengan keterampilan bahasa. Hal ini dikatakan demikian adalah semakin hari, semakin banyak budaya yang wujud di negara kita. Kesannya, apabila mereka mempelajari banyak bahasa, ia sudah tentu akan menyebabkan berlakunya percampuran bahasa atau juga lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Ia telah menjadi pendorong kepada berlakunya isu dalam keterampilan berbahasa. Menurut Suwardi Endraswara (2006) dalam Jessica Ong Hai Liaw dan Abdul Hamid Moiden (2020), istilah budaya berasal daripada bahasa Latin iaitu "colore" yang beerti kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan melakukan pelbagai tindakan. Pada masa sekarang, sesetengah masyarakat dilihat hidup berkelompok yang mana mereka menjauh daripada orang yang berbeza bangsa dengan mereka. Amalan ini merupakan suatu perkara yang tidak baik kerana boleh menyebabkan perbalahan kaum. Misalnya, apabila ada kelompok yang menggunakan bahasa yang cuba menjatuhkan maruah seseorang individu. Penggunaan bahasa yang kotor atau buruk mampu menhilangkan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Kesannya, isu budaya menjadi semakin hari semakin berleluasa khususnya di negara kita. 2 . ISU BUDAYA
3 . ISU MEDIA SOSIAL Dalam era globalisasi ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ramai orang lebih banyak menggunakan kemudahan media dalam komunikasi seharian. Pada masa kini, media sosial merupakan antara medium yang penting kerana menjadi platform untuk menyampaikan atau meluahkan perasaan masyarakat. Antara media sosial yang digunakan adalah seperti Facebook, Twitter, Tiktok dan bermacam-macam lagi. Platform tersebut digunakan untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai sesuatu isu itu dengan emosi. Emosi yang tidak dapat dikawal itu jelasnya akan memakan diri sendiri. Hal ini dikatakan demikian adalah kerana mereka lebih menggunakan bahasa pasar dan kata-kata yang kesat di media sosial. Kesannya, perkara sebegini telah mencerminkan keperibadian seseorang sekali gus menjatuhkan martabat kesantunan bahasa. Tambahan juga, wujudnya bahasa rojak terutamanya di stesen televisyen dan penerbitan turut membebankan para pendidik untuk mendidik anak bangsa agar menggunakan bahasa dan tatabahasa yang tepat. Oleh itu, isu media sosial ini tidak boleh diambil mudah oleh semua pihak kerana am mengetahui media sosial memberi impak yang besar kepada globalisasi pada masa kini.
Kesimpulannya, komunikasi merupakan suatu perkara asas dalam kehidupan yang mana semua orang perlu menguasainya bagi menghasilkan sebuah komunikasi berkesan. RUMUSAN
RUJUKAN: Amirah. (2022, 29 April). Penghasilan produk: Keterampilan Berbahasa. https://anyflip.com/eyzir/bxsl/basic Chong Zhi Ying. (2022, 7 Mei). Keterampilan Berbahasa (BMMB1134). Anyflip. https://anyflip.com/rrfbe/jtva/basic Haslina Halim. (2018). Komunikasi dalam konteks budaya Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jessica Ong Hai Liaw & Abdul Hamid Moiden. (2020). Pertahan Komunikasi Silang Budaya. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1892954 Komunikasi. (2022, 27 Disember). Dalam Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi
SEKIAN, TER IMA KASIH IMA KASIH