The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzlennazir36, 2022-11-02 23:31:52

PB eportfolio

PB eportfolio

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 1)

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
(BMMB1074)

NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH
NOR IZZLEN BINTI MOHD NAZIR

ANGKA GILIRAN 2022192310108
NO KAD PENGENALAN
KUMPULAN/UNIT 040317-03-0360

KOD/ NAMA KURSUS PPISMP AMBILAN JUN 2022
B5
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR BMMB1074/SEJARAH PERKEMBANGAN
TARIKH TERIMA MAKLUM BAHASA MELAYU
BALAS DARIPADA PENSYARAH DOKTOR IZANI BIN IBRAHIM

11/10/2022

PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan
kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana memberi peluang kepada saya
menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi
memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya.
Saya juga ingin mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Doktor Izani bin Ibrahim kerana
meletakkan kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam
tempoh yang ditetapkan.
Doktor Izani bin Ibrahim merupakan pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu, beliau yang
telah banyak membantu saya sepanjang proses tugasan ini disiapkan. Saya mengucapkan
ribuan terima kasih kepada beliau dan juga rakan-rakan saya yang telah banyak mencetuskan
idea kepada saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini .
Syukur Alhamudulillah, tugasan ini banyak memberi pengajaran dan ilmu pengetahuan yang
baru kepada saya. Ianya memberi saya seribu satu pengalaman yang amat bermakna kepada
saya.
Sekian, terima kasih.

i

ISI KANDUNGAN Muka Surat
i
Kandungan ii
Penghargaan 1
Isi Kandungan
Pengenalan 1-3
Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka 4-5
Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka 6-7
Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Dalam Menyeragamkan Sistem
Ejaan Rumi 8-9
Cabaran Sistem Ejaan Rumi Masa Kini 10
Rumusan 11
Rujukan

ii

PENGENALAN
Menurut Hashim Musa (2006), menyatakan bahawa bahasa ialah ucapan melalui

pertuturan manusia mengikut kehendak hati yang melambangkan maknanya dan ianya
digunakan oleh satu masyarakat bahasa untuk perhubungan. Seterusnya, tulisan pula muncul
apabila manusia mengetahui bagaimana cara untuk menyampaikan fikiran dan perasaannya
melalui tanda-tanda visual dalam bentuk yang mudah difahami oleh diri sendiri serta orang
lain. Oleh itu, wujudlah sistem ejaan yang menjadi pelengkap kepada sesebuah komunikasi.

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI

SEBELUM MERDEKA

Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam sistem Pendidikan pada awal abad ke-
20. Oleh itu, kepentingan kepada sistem ejaan Rumi menjadi keutamaan. Sistem ejaan dan
tulisan Rumi yang disusun secara seragam lebih diperlukan untuk menggantikan sistem ejaan
dan tulisan Jawi. Antara sistem ejaan Rumi yang pernah digunakan ialah :

1. SISTEM EJAAN WILKINSON

Sistem Ejaan Rumi Wilkinson merupakan sistem ejaan rumi yang pertama diperkenalkan
di Tanah Melayu. Pada tahun 1902, pihak atasan menyedari hakikat bahawa betapa
pentingnya keseragaman ejaan. Oleh hal yang demikian, perancangan ejaan yang pertama
di Tanah Melayu mula diwujudkan. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah bersetuju
dengan usaha untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang dianggotai oleh
beberapa orang pegawai besar seperti En R.J Wilkinson, En D.G. Campbell dan En. H.
Conway. Selain itu, R.J Wilkinson telah memainkan peranan penting dalam memperbaiki
sistem persekolahan di tanah Melayu dengan menyusun semula sebuah kamus yang berjudul
Malay-English Dictionary. Seterusnya, Ejaan Rumi Wilkinson juga digunakan dalam semua
kamus dan penerbitan karya Wilkinson yang telah dihasilkan pada tahun 1901 sehingga akhir
tahun 1940-an.
2. SISTEM EJAAN ZA’BA

Za’ba iaitu ringkasan daripada Zainal Abidin bin Ahmad merupakan satu nama yang
sudah tidak asing lagi dalam kalangan pencinta bahasa Melayu sehingga pada tahun
1956 beliau diberi gelaran Pendeta oleh Kongres Bahasa dan Sastera Melayu Ketiga.
Sumbangan tokoh ini yang tidak pernah dilupakan ialah pembakuan terhadap sistem
ejaan rumi sehingga melahirkan sistem ejaan rumi Za’ba atau dikenali sebagai sistem

1

ejaan sekolah. Za’ba telah melakukan perubahan terhadap sistem Ejaan Wilkinson.
Sistem Ejaan Za’ba atau dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah merupakan sistem ejaan
baru yang dimulakan di Maktab Perguruan Sultan Idris. Antara buku-buku yang telah
ditulis oleh Za’ba ialah Ilmu Bahasa Melayu Penggal (1926), Pelita Bahasa Melayu
Penggal (1941) dan Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi (1949). Seterusnya, sistem ejaan ini
juga dijelaskan dan diguna pakai oleh Za’ba dalam buku yang berjudul “Pedoman Bahasa
Melayu Penggal i,ii dan iii”. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang
terkandung dalam sistem ini. Misalnya, sistem ini agak susah kerana wujudnya pengejaan
kata yang masih terikat dengan Sistem Ejaan Rumi Wilkinson. Selain itu, sistem ini juga
menggunakan pelbagai kaedah penggunaan lambang huruf yang menyebabkan
ketidakseragaman pengejaan kata dalam penulisan yang melibatkan penggunaan tulisan
Rumi.

3. SISTEM EJAAN FAJAR ASIA
Sekitar tahun 1942 hingga tahun 1945, sistem ejaan Fajar Asia telah diperkenalkan

semasa pendudukan Jepun. Sistem ejaan ini sedikit berbeza berbanding dengan sistem
ejaan Za’ba di Tanah Melayu dan sistem ejaan Van Ophuijsen di Indonesia. Ejaan ini
bertujuan untuk propaganda pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Selain itu, selaku
ketua pengarang iaitu Zainal Abidin bin Ahmad telah mengolah Majalah “Fajar Asia” yang
diterbitkan di Singapura. Penggunaan Ejaan Fajar Asia ini bermula pada tahun 1943.
Sehubungan dengan itu, pengejaan kata dan penulisan keharmonian vokal Sistem Ejaan
Fajar Asia ini boleh disifatkan sebagai usaha pertama untuk menyatukan ejaan Rumi
bahasa Melayu dengan ejaan Rumi bahasa Indonesia. Pada masa itu, Ejaan Fajar Asia
ini dijadikan sebagai ejaan rasmi oleh Angkatan Sasterawan 50. Walau bagaimanapun,
pada tahun 1945, Fajar Asia ini terhenti apabila berakhirnya pendudukan Jepun di Tanah
Melayu dan sistem ejaan Za’ba digunakan semula.

4. SISTEM EJAAN RUMI KONGRES

Pada tahun 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu telah diadakan
sebanyak tiga kali di tempat-tempat yang berlainan iaitu pertama telah diadakan di
Singapura. Seterusnya, kedua diadakan di Seremban pada tahun 1954 dan ketiga
diadakan di Singapura dan Johor Baharu pada 16 hingga 21 September 1956. Namun
begitu, dalam Kongres Bahasa Melayu yang ketiga iaitu pada tahun 1956, wujudnya
masalah ejaan Rumi yang agak rumit. Hal ini demikian kerana berlakunya

2

pergolakan dalam menentukan jenis tulisan bahasa Melayu yang rasmi sama ada
tulisan Rumi ataupun tulisan Jawi. Setelah itu, peserta kongres telah bersepakat dan
bercadang untuk mewujudkan satu sistem ejaan yang dikenali sebagai Ejaan Rumi
Kongres. Mereka telah melakukan beberapa pembaharuan yang agak radikal seperti
memperbaiki Sistem Ejaan Za’ba.

Seterusnya, dalam kongres yang ketiga juga jawatankuasa ejaan dan bunyi bahasa
ditubuhkan dan telah membuat sebanyak 16 ketetapan berkaitan dengan ejaan bahasa
Melayu beserta dua ketetapan berkaitan dengan bunyi bahasa. Selain itu, berdasarkan
kongres ini juga terdapat 4 dasar yang dapat dihuraikan oleh ahli kongres. Antaranya
termasuklah ejaan di Malaysia dan Indonesia yang perlu disamakan bagi memastikan
sistem ejaan rumi dapat diseragamkan akibat daripada usaha yang dilakukan oleh
Za’ba. Seterusnya, kata-kata yang dipinjam daripada bahasa asing juga hendaklah dieja
mengikut hukum fonologi bahasa Melayu agar dapat mengekalkan keaslian bahasa
Melayu. Namun demikian, sistem ejaan ini adalah sistem ejaan yang tidak rasmi dan
hanya digunakan oleh anggota asas 50 dalam karya penulisan mereka.

3

SELEPAS MERDEKA
1. SISTEM EJAAN RUMI PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA
Sistem ejaan rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) telah
diterbitkan oleh PBMUM pada tahun 1959 di Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu
Ketiga dan telah digunakan dalam Jurnal Bahasa. Sistem ejaan PBMUM ini dianggap
sebagai satu usaha untuk menyatukan ejaan rumi bahasa Melayu dan bahasa
Indonesia. Dapat dilihat bahawa sistem ejaan ini hampir sama dengan sistem ejaan
yang diperkenalkan oleh Fajar Asia. Antara cadangan PBMUM berkaitan dengan
dengan sistem ejaan rumi termasuklah menolak penggunaan huruf-huruf kembar atau
rangkap konsonan. Misalnya, ch digantikan dengan c dan sh digantikan dengan x.
Seterusnya, ejaan Malaya hendaklah segera disatukan dengan ejaan Indonesia dan
memisahkan penggunaan ‘pun’, baik yang dimaksudkan ‘juga’ atau sebaliknya. Akhir
sekali, tidak ada perbezaan antara fonem ‘‫ ’ع‬dan fonem ‘‫’ء‬.

2. SISTEM EJAAN MALAYSIA-INDONESIA (EJAAN MALINDO)
Ahli-ahli bahasa melakukan beberapa perbaharuan yang agak radikal berdasarkan

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga menyebabkan hal tersebut mendapat
perhatian daripada kerajaan. Oleh hal yang demikian, sebuah jawatankuasa telah
ditubuhkan bagi menyelidiki Ejaan Kongres berkaitan ejaan Rumi dan membuat
hubungan dengan wakil Indonesia untuk tujuan penyelarasan. Hal yang berkaitan
dengan ejaan ini terus melangkah ke peringkat antarabangsa apabila satu perjanjian
persahabatan di antara Republik Indonesia dan Persekutuan Tanah Melayu tercapai
pada 17 April 1959. Seterusnya, satu rundingan antara Jawatankuasa Ejaan Rumi
Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Syed Nasir bin Ismail dengan Panatia
Pelaksana Bahasa Indonesia di bawah pimpinan Dr. Slametmuljana telah diadakan
di Jakarta dan telah berjaya mewujudkan sistem ‘Ejaan Malindo’ pada pertemuan
pertama mereka. Namun demikian, sistem ejaan ini tidak dapat diteruskan dan tidak
berkembang kerana tercetusnya konfrontasi antara negara Malaysia dan Indonesia.

Kemudian, rundingan kedua diadakan apabila pergolakkan politik ini berakhir
untuk mengkaji dan memperbaiki Ejaan Malindo. Pada bulan September 1966, satu
rombongan di bawah pimpinan Kolonel Wahju Sukatjo dari Indonesia telah melakukan
satu lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka lalu mengambil keputusan supaya Ejaan
Malindo (1959) ini dilaksanakan dalam kerajaan masing-masing di samping untuk
menyelaraskan istilah-istilah bahasa Melayu dan Indonesia. Oleh hal yang demikian,
satu kertas kerja telah disediakan berkaitan dengan ejaan Malindo dan beberapa

4

rundingan telah diatur yang melibatkan beberapa buah jawatankuasa. Hasil daripada
rundingan dan usaha ini, satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri
Pelajaran Malaysia pada masa itu, Tun Hussein Onn dan Menteri Pendidikan dan
Kebudayaan Republik Indonesia iaitu Bapak Mahsuri. Seterusnya, Kenyataan
Bersama mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah dibuat oleh
para ahli bahasa dari kedua-dua buah negara ini tentang Ejaan Baru. Kemuncak
daripada segala kegiatan penyelarasan sistem ejaan Rumi ini ialah pelaksanaan
Bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia pada 16
Ogos 1972 dan diguna pakai hingga kini.

3. SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 1972

Akhirnya, sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972 merupakan pengakhiran
terhadap segala usaha untuk menyempurnakan semua sistem ejaan. Tambahan
pula, sistem ejaan ini mempunyai persamaan dengan sistem ejaan Malindo dan pada
16 Ogos 1972, YAB Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia telah
melancarkan sistem ejaan ini di bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur. Hal yang berkaitan dengan sistem ejaan ini melibatkan aspek jalinan
kerjasama yang ditubuhkan antara dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
Namun demikian, telah berlaku konfrontasi antara dua buah negara ini sehingga
menyebabkan sistem ejaan ini tidak dapat dilaksanakan di kedua-dua buah negara.
Rentetan itu, satu sistem ejaan yang dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu
telah diwujudkan di Malaysia melalui kerjasama yang terjalin. Sistem ejaan ini
dirasmikan serentak di kedua-dua buah negara dan digunakan sehingga kini. Di
samping itu, terdapat enam ciri utama Sistem Ejaan Rumi 1972. Antaranya adalah
seperti terdapat beberapa jenis huruf dalam bahasa Melayu iaitu huruf vokal, diftong
serta huruf konsonan. Kedua, wujudnya sistem sesuai dengan huruf vokal. Ketiga,
adanya penulisan kata bahasa Melayu seperti penulisan rangkai kata. Keempat,
penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Kelima, penggunaan tanda baca dan yang
terakhir iaitu keenam wujudnya penulisan partikel seperti –lah, -kah, dan –tah, yang
dieja berangkai dengan perkataan di depannya. Jelaslah, bahawa sistem ejaan rumi
bahasa Melayu 1972 ini menunjukkan kesepakatan yang lebih kukuh dan kuat apabila
terdapat aspek pengejaan yang mudah dan lebih baik dalam sistem ejaan rumi. Hal
ini dapat dibuktikan melalui usaha berterusan oleh semua pihak dalam memastikan
perkembangan bahasa dalam jangka masa yang panjang.

5

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN
SISTEM EJAAN RUMI

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan pada tarilh 22 Jun 1956 iaitu
setahun sebelum kemerdekaan. Selain itu, DBP juga diwujudkan setelah mendapat
resolusi daripada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 dan kemudian ditukarkan
kepada Badan Berkanun setelah mendapat kelulusan rasmi daripada Akta Dewan
Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959. Menurut Shamsul et al. (2020), matlamat DBP
mengikut Akta DBP (Semakan 1978, Pindaan dan Perluasan 1995) ialah untuk
memperkayakan bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuklah bidang sains
dan teknologi.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan sistem ejaan
rumi termasuklah menerbitkan, mencetak atau membantu dalam usaha pencetakan atau
penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan pelbagai bentuk persuratan dalam bahasa
kebangsaan. Seperti yang kita tahu, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah
organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia dan turut menjadi sebuah organisasi
yang sangat penting dalam industry percetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-
risalah, kamus-kamus serta pelbagai bahan ilmiah. Selain itu, pihak DBP juga memainkan
peranan penting dalam mencetak dan menerbitkan buku untuk sekolah-sekolah seperti
buku teks atau buku rujukan yang dijadikan sebagai bahan ilmiah untuk semua peringkat
pelajar tidak kira sama ada sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Jelaslah
bahawa usaha ini memudahkan generasi muda dalam mempelajari ejaan dan kosa kata
dengan betul melalui buku teks yang digunakan sebagai bahan rujukan utama mereka
dalam pembelajaran seharian. Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Dato’ Dr,
Sulaiman Hj. Daud (1990), beliau mengatakan bahawa sejak 20 tahun lalu, Dewan
Bahasa dan Pustaka Telah berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku
undang-undang bahasa Melayu yang melibatkan para sarjana, pengkritik dan pemantau
bahasa. Hal ini bagi memastikan isi kandungan buku-buku yang diterbitkan itu berguna
dan tidak ada kesalahan.

Seterusnya, peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi ialah
menggalakkan penggunaan bahasa yang betul. Pendek kata penggunaan bahasa
campur atau lebih dikenali sebagai bahasa rijak semakin sinonim dalam pertuturan atau
perbualan masyarakat di Malaysia tidak kira melalui media sosial mahupun perbualan
secara nyata. Tidak dapat dinafikan bahawa majoriti masyarakat kini lebih selesa
menggunakan bahasa rojak berbanding bahasa Melayu yang betul. Hal ini demikian akan
menjatuhkan martabat bahasa Melayu. Oleh itu, pihak DPB haruslah mengambil Langkah

6

yang berkesan untuk mengatasi masalah ini daripada semakin berleluasa. Sebagai
contoh, pihak DBP perlulah memeriksa terlebih dahulu setiap ejaan dan penggunaan
bahasa yang betul dalam semua buku, majalah, risalah atau bahan ilmiah sebelum ia
diterbitkan. Lain daripada itu, pihak DBP juga haruslah bertanggungjawab dalam
memperbetulkan kesalahan ejaan atau penggunaan bahasa yang kurang tepat di papan-
papan tanda atau poster-poster yang ada di sepanjang jalan. Jika perkara ini tidak diatasi,
masyarkat akan terbiasa dengan penggunaan bahasa yang salah.
Akhir sekali, Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan dalam membakukan ejaan dan
sebutan serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan sebagai
salah satu usaha untuk menyeragamkan sistem ejaan rumi dalam bahasa Melayu.
Kegiatan peristilahan ini semakin aktif dilaksanakan rentetatan daripada pelaksanaan
dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah
rendah, sekolah menengah mahupun di institusi pengajian tingg. Lanjutan itu, hasil
kerjasama pihak DBP dengan institusi pengajian tinggi awam makan tertubuhlah satu
jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Istilah. Jawatankuasa ini menggalas
tanggungjawab yang besar dalam menyeragamkan sistem ejaan Rumi dengan
mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah bahasa Melayu yang betul dalam
bidang sains asas dan sains gunaan. Di samping itu, perubahan ini telah memberi
kesedaran kepada masyarakat berkaitan dengan perkembangan korpus bahasa Melayu
yang telah berkembang pesat.

7

CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI

Dalam meniti arus kemodenan yang semakin mencabar ini, tidak dapat disangkal
bahawa ejaan rumi haruslah dipertahankan oleh semua pihak supaya tidak lapuk ditelan
zaman serta dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang. Namun demikian, tidak dapat
dinafikan lagi bahawa sistem ejaan rumi bahasa Melayu menghadapi pelbagai cabaran
untuk mengekalkan kedaulatan dan kedudukannya. Di samping itu, terdapat segelintir
masyarakat Malaysia kini yang masih menggunakan ejaan bahasa Melayu secara tidak
betul. Hal ini disebabkan oleh mereka menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa kelas
bawahan atau sering disebut sebagai ‘low class’.

Antara cabaran yang dihadapi oleh sistem ejaan rumi pada masa kini ialah
penggunaan bahasa rojak. Seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi bahasa rojak
mula dikesan apabila sebuah entrepot antarabangsa didirikan di Melaka pada tahun 1402
oleh Parameswara. Pelabuhan ini telah menjadi tarikan utama di antara pedagang
terutamanya pedagang dari luar negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
budaya yang datang berdagang serta menyebarkan kefahaman agama masing-masing.
Oleh itu, perkara ini telah telah memberi kesan yang negatif kepada penduduk tempatan
sehingga menyebabkan mereka terbiasa mencapuradukkan bahasa dalam pertuturan.
Tambahan pula, bahasa Inggeris sering diguna pakai dengan bahasa Melayu dalam satu
ayat mahupun dalam pertuturan. Jelaslah bahawa perkara ini telah menghakis keaslian
bahasa Melayu serta memberi cabaran yang hebat terhadap sistem ejaan rumi dalam
bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, penggunaan bahasa rojak semakin berleluasa
digunakan oleh masyarakat kini terutamanya generasi muda menyebabkan kesukaran
kepada pihak kerajaan untuk memartabatkan ejaan Rumi yang betul dalam bahasa
Melayu.

Seterusnya, cabaran yang perlu dihadapi untuk memartabatkan sistem ejaan rumi
pada masa kini ialah perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi yang
semakin canggih dan semakin pesat seiring dengan Revolusi 4.0. Seperti yang kita
semua tahu bahawa internet merupakan satu medium utama yang menjadi penghubung
atau perantara antara individu dengan individu lain tanpa sempadan. Oleh hal demikian,
masyarakat kini lebih cenderung untuk menyingkatkan setiap perkataan apabila sedang
berkomunikasi. Misalnya, bahasa yang digunakan bersifat kronik, ringkas dan pendek.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat tidak mengambil berat dan memandang
enteng terhadap sistem ejaan rumi. Selain itu, jika diperhatikan generasi kini tidak mampu
untuk mengeja sesuatu perkataan dengan betul keranan mereka telah terpengaruh
dengan singkatan yang sering digunakan dalam media sosial. Perkara ini akan memberi

8

keburukan kepada bahasa Melayu jika tidak dibendung. Oleh itu, pihak Dewan Bahasa
dan Pustaka haruslah bertanggungjawab dengan menjalankan pelbagai usaha bagi
mengekalkan martabat sistem ejaan Rumi. Misalnya, pihak DBP bolehlah mengadakan
kempen membaca melalui media sosial serta menerbitkan lebih banyak bahan ilmiah
yang menarik untuk dibaca. Sehubungan dengan itu, usaha ini mampu untuk
meningkatkan lagi ilmu pengetahuan para pembaca.

9

RUMUSAN
Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap sejarah

perkembangan sistem ejaan rumi pascamerdeka dan selepas merdeka jelaslah bahawa
sistem ejaan rumi ini merupakan satu elemen yang penting bagi memastikan bahasa Melayu
terus digunakan oleh masyarakat kini. Di samping itu, sistem ejaan rumi ini dikatakan penting
untuk memastikan penggunaan bahasa tidak kira melalui penulisan mahupun pertuturan
dapat digunakan dengan sebaiknya oleh setiap individu dalam kehidupan seharian mereka.
Selain itu, menurut Za’ba, tanggungjawab dalam memajukan dan mengangkat darjat bahasa
dan pengembangnya jauh lebih sukar dan mendesak jika ingin dibandingkan dengan gembar
gembur yang dimainkan oleh percaturan polititk.

10

RUJUKAN
Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Kamus Dewan (Edisi keempat). Xentral Methods Sdn
Bhd.
Josephine Nora (4 November 2013). Sejarah dan perkembangan sistem ejaan Rumi.
Scribd.com from https://www.scribd.com/doc/181340641/10
Mohd Naim Daipi (1991). Perkembangan ejaan Rumi bahasa Melayu: Bahagian II. Jurnal
Sekata, https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18303/1/Sekata-9-1-28.pdf
Muhammad Salehudin Aman. Sinopsis sistem ejaan bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka from http://klikweb.dbp.my/?p=6003
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar.

11


Click to View FlipBook Version