The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ehayani88, 2023-10-01 20:39:32

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM

SEKOLAH MAAHAD PONTIAN

2023 KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM 5 & 6 OKTOBER 2023 ANJURAN : UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH MAAHAD PONTIAN


Barisan kepimpinan unit kokurikulum yang terdiri daripada Pasukan Badan Beruniform (PBB), serta Kelab dan Persatuan, adalah para pelajar yang terpilih dan diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum para pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar tersebut memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan. Bagi mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas, barisan kepimpinan ini memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari unit beruniform, serta Kelab dan Persatuan juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui perkembangan bidang kokurikulum. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka. Oleh itu, kursus kepimpinan ini dirancang untuk dilaksanakan di Sekolah Maahad Pontian. LATAR BELAKANG MATLAMAT Memastikan para pelajar yang terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.


Mengetahui, memahami & dapat menjalankan tugas perjawatan masing - masing dengan penuh komitmen OBJEKTIF Melahirkan pemimpin yang cekap dalam pengurusan dan berkarisma, berkeyakinan dan boleh bekerja dalam satu kumpulan Memberi kefahaman mendalam kepada peserta tentang pengurusan dan pentadbiran organisasi, cara kerja yang komprehensif dan mempunyai perancangan yang strategik Mendedahkan cara penulisan minit mesyuarat, membuat kertas kerja, laporan aktiviti dan membantu guru penasihat dalam pengurusan fail dalam unit kokurikulum Memberi pengetahuan dan pengalaman mengenai kepimpinan dan pengurusan kepada pemimpin-pemimpin pelajar


Penasihat : Ustaz M. Lokmanul Hakim bin Samion Timbalan Penasihat I : Cikgu Suleiman bin Hassan Timbalan Penasihat II : Ustaz Muhamad Nazri bin Abdullah Timbalan Penasihat III : Cikgu Noraini binti Mohd Tobi Timbalan Penasihat IV : Ustaz Yusof Zaki bin Othman Penyelaras : Cikgu Nozieyana binti A. Rahman Timbalan Penyelaras : Cikgu Emi Norhayani binti Mohd Yusir Setiausaha : Muhammad Hasiff bin Abdul Halim Bendahari : Cikgu Ziham Fatimah binti Mazmin JAWATANKUASA INDUK


Bil Jawatankuasa Personalia Bidang tugas 1 Persiapan tempat Cikgu Mohd Faizal bin Mazlan (Penyelaras Unit Beruniform) dibantu Ketua Unit Beruniform 1. Menyediakan dan menyusun tempat untuk kursus 2. Menyediakan tempat duduk & keperluan penceramah semasa program 3. Memastikan semua tempat duduk dan peralatan yang digunakan disimpan selepas majlis 4. Membuat persiapan majlis penutup 2 Persiapan PA Sistem Cikgu Muhammad Hasiff bin Abdul Halim 1. Memastikan PA Sistem, Mikrofon berfungsi dengan baik (bateri) 2. Membantu perjalanan majlis penutup 3 Urusetia, Pendaftaran & Buku Program Cikgu Emi Norhayani binti Mohd Yusir 1. Mendaftar masuk semua peserta termasuk guru & AJK yang bertugas 4 Jurufoto & Dokumentasi Ustazah Yusnita binti Buang (Penyelaras Kokurikulum Tingkatan 6) 1. Mengambil gambar di sepanjang majlis berlangsung untuk didokumentasikan 2. Menyerahkan salinan laporan kepada setiausaha program 3. Mengumpulkan bahan-bahan program & gambar untuk di dokumentasikan 5 Persiapan pentas Cikgu Nozieyana binti A. Rahman 1. Menghias pentas untuk majlis penutup JAWATANKUASA


Bil Jawatankuasa Personalia Bidang tugas 6 Sijil Cikgu Noor Athirah Mohamed Razib (Penyelaras Sijil sekolah) Cikgu Nurul Ashikin binti Aman (Setiausaha Unit Beruniform) 1. Menyediakan sijil penceramah * sijil peserta & sijil Ahli jawatankuasa 2. Menyerahkan sijil yang telah dicetak kepada setiausaha untuk mendapatkan tandatangan Pengetua 3. Menguruskan penyampaian sijil sewaktu majlis penutup 7 Jamuan Cikgu Halimatus Sa’diah binti A. Kadir (Penyelaras Ihtifal Ilmiah) Cikgu Rudziah binti Mohd Amin (Penyelaras Kelab & Persatuan) 1. Membuat tempahan makanan dan memastikan tempat makan adalah bersih dan teratur 8 Pengacara Majlis Cikgu Aleeza binti Asbi (Ketua Kadet Remaja Sekolah) 1. Menyediakan draf teks ucapan pengacaraan program dan majlis penutupan 2. Berbincang untuk aturcara majlis 3. Mengacarakan majlis penutup hingga tamat 9 Disiplin peserta Ustaz Anas bin Abu (Ketua disiplin sekolah) Cikgu Wan Fazilah binti (Setiausaha Kelab & Persatuan) 1. Memastikan disiplin para peserta terpelihara sepanjang program 2. Memantau perjalanan program, membantu peserta semasa program 3. Memastikan peserta menunaikan solat secara berjemaah dan teratur JAWATANKUASA


Bil Jawatankuasa Personalia Bidang tugas 10 Hadiah & cenderahati Cikgu Ziham Fatimah binti Mazmin Menguruskan pembelian hadiah & cenderamata peserta\ Menguruskan penyampaian hadiah majlis penutup 1. 2. 11 Jemputan Cikgu Suleiman bin Hassan Menjemput barisan pentadbir untuk hadir ke majlis penutup 1. JAWATANKUASA KUMPULAN SASARAN Semua murid Tingkatan 4 (Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan jawatankuasa tertinggi Unit beruniform dan Kelab dan Persatuan SUMBER KEWANGAN Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)


MASA : ATURCARA PERSONALIA 3.30 petang : Ice Breaking & Mind Setting Urusetia / Skuad Ansar 4.30 petang : Minum petang & Solat Asar AJK Disiplin murid 5.00 petang : LDK 1 : Team Building Urusetia / Skuad Ansar 6.00 petang : Makan malam & Pengurusan Diri AJK Disiplin murid 7.00 petang : Solat Maghrib, Tazkirah & Solat Isyak AJK Disiplin murid 9.00 malam : LDK 2 : Suara Gemilang Urusetia / Skuad Ansar 10.00 malam : LDK 3 : Blind Trail Urusetia / Skuad Ansar 11.00 malam : Minum malam & tidur Warden TENTATIF PROGRAM 5 OKTOBER 2023 (KHAMIS)


MASA : ATURCARA PERSONALIA 5.00 PAGI : Qiamullail, Solat subuh & Tazkirah warden bertugas 7.00 pagi : Senamrobik Urusetia / Skuad Ansar 8.00 pagi : Sarapan JK Disiplin murid 8.30 pagi : LDK 4 : Survival cooking Urusetia / Skuad Ansar 10.00 pagi : Minum pagi AJK Disiplin murid 11.00 pagi : LDK 5 : Roda Impian Urusetia / Skuad Ansar 12.00 tengah hari : Makan tengah hari & Solat jumaat JK Disiplin & warden bertugas 2.30 petang : LDK 6 : Break The Limit (Ujian Fizikal) Urusetia / Skuad Ansar TENTATIF PROGRAM 6 OKTOBER 2023 (JUMAAT)


MASA : ATURCARA PERSONALIA 4.00 petang : Rumusan Urusetia / Skuad Ansar 4.30 Petang : Majlis penutup - Ketibaan pentadbi - Nyanyian 3 buah lagu rasmi - Bacaam doa - Ucapan wakil murid - Ucapan Pengetua - Tayangan Montaj - Penyampaian hadiah 1. Kumpulan 2. Kumpulan terbaik 3. Anugerah Peserta Terbaik Perempuan 4. Anugerah Peserta Terbaik Lelaki 5. Cenderahati Penceramah - Sesi bergambar - Jamuan & bersurai Semua AJK terlibat TENTATIF PROGRAM 6 OKTOBER 2023 (JUMAAT)


PENUTUP PROGRAM Adalah diharapkan di akhir kursus ini para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan dapat menjana perubahan ke arah kecemerlangan di dalam Kelab Persatuan dan Badan Beruniform masing-masing. Kursus ini akan dapat menyemai dan menanam sikap kepimpinan kepada para pelajar serta mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah Program ini juga diharapkan dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan akhirnya mampu menjana dan membentuk barisan kepimpinan unit uniform dan kelab persatuan pelajar yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif


Click to View FlipBook Version