The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alexeddie1981, 2019-12-20 00:27:51

Nota-Pengakap-Kanak-Kanak(1)

Nota-Pengakap-Kanak-Kanak(1)

H-S

PENGAKAP KANAK-KANAK

Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform
(berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang dalam
pergerakan ini ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungi
ahli-ahli yang berumur antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid-murid
sekolah rendah)

Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan
yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja
kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati
amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini.

Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh
dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak
mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat pula
menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia
berkhidmat di kalangan mereka.

MATLAMAT PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK

 Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani
dan jasmani mereka;

 Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik
darjah;

 Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara
memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;

 Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam
bidang-bidang tertentu;

 Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka
selaras dengan hasrat Rukunegara;

 Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di
samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan

 Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan
kepada sekolah dan masyarakat.

Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 1

H-S

PERLEMBAGAAN

Fasal 1 : Nama dan Alamat.
i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK)

SEKOLAH ....................................

ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH ...........................
Fasal 2 : Tujuan Persatuan
i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.

ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin
murid.

iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan.
Fasal 3 : Keahlian
i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).

ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.

iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan.
Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli.
i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam

semua aktiviti persatuan.

ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam
persatuan.

Fasal 5 : Mesyuarat.
i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk:

- memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan.
- kewangan
- ucapan penangguhan
- cadangan-cadangan

ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:
a. Pengerusi
b. Setiausaha
c. Bendahari
d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)

iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun
berkenaan.

iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan.

v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli.

Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 2

H-S

vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa.

Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan.

i. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala
mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.

ii. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan
surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan
laporan tahunan persatuan.

iii. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan
berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru
Penasihat.

Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan.

i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :
a. wang SUWA (Kokurikulum).
b. sumbangan PIBG.
c. derma daripada ahli dan orang ramai.

ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat
kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.

Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan.

i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
mesyuarat agung.

ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar.

Fasal 9 : Tafsiran.

i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu
hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai
perkara itu adalah muktamad.

Fasal 10 : Pembubaran.

i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir
Sekolah.

Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 3

H-S

Lencana Wajib
Lencana Kegemaran

Pendahuluan Perlembagaan Sejarah Latihan Aktiviti
Lencana & Sijil Cerita Hutan Uniform Lagu Pautan

Lencana Lencana Lencana
Keris Emas Keris Perak Gangsa

Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 4

H-S

Penunggang Basikal Renang

Pembaca Buku Peladang Kecil Ahli Kraftangan

Koleksi Hobi Penghibur Pelukis

Pengembara Pembaca Peta Ahli Olahraga

Lencana Pengetahuan

Pecinta Alam Pecinta Alam Ahli Pasukan
Semulajadi
Sekitar Permainan

Pekerja Am Page 5

Nota Pengakap Kanak-Kanak

H-S

Lencana Perkhidmatan

Penyelamat Pengurus Ahli Pertolongan
Nyawa Rumah Cemas

Jenis-Jenis Lencana Kepandaian Pengakap Kanak-Kanak

Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 6

H-S

Rambu Pengakap Kanak-Kanak

Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 7

H-S

CERITA HUTAN

AKELA

DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA

Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala
sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka
mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-
batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada
diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah
diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika
ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.

Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-
lati. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-
anak meeka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan
anak amsing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana
bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat
oleh anggota-anggota Kumpulan.

Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut
sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila
Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba
Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku
semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.

Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sidah agak dewasa
menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila
timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak
serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.

"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua
Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah
hendak bertempur bermati-matian utnuk mempertahankan Mowgli.

Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap
dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekorberuang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak
serigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di
tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota
Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli.

Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta
sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba
bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa
seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor
lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus
nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan.

Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila
mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan
pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan
keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah
kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya.

Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang
baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.

Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 8

H-S

MOWGLI

Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya
dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan.
Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari
makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu,
pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan
nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.

Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam.
Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong
kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu
tidak jauh dari situ.

Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba
dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia
ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu
adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri
apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.

Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala
kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka
malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua
Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan
menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap
Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.

Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu
Tabaqui, seekor rubah(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-
binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil
pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau
tempang itu memakan budak itu nanti.

Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan
budak itu, yang didakwanya sebagai haknya,Bapa dan Ibu Serigala menentang.Shere Khan cuba
hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.

Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 9

H-S

Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak
itu akan tetap menjadi mangsanya.

Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar
sebagai anak serigala di dalam hutan.

UNIFORM PENGAKAP KANAK-KANAK

BAJU : Warna kelabu.

SELUAR : Warna Biru Tua.

SARUNG KAKI : Biru Tua.

KASUT : Hitam

SKAF : Warna biru tua,dengan dua garisan - merah dan putih.

FORAGE CAP : Warna biru tua dengan satu garisan Merah.

Lencana Ahli: Lencana Bendera:
Dipakai di tengah-tengah Dipakai di tengah-tengah kocek
kocek(poket) sebelah KIRI (poket) sebelah KANAN

Lengan Baju di sebelah kiri Lengan baju disebelah kanan
dengan baju di sebelah kanan.

Lencana Pangkat : Lencana Pangkat :
Ketua Pasukan (Pek) Ketua Sekawan
Dipakai di atas kocek (poket)
sebelah KIRI

Lencana Pangkat :
Penolong Ketua Enam
Sekawan

Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 10

H-S

Aktiviti Pengakap Kanak-kanak

1. Laung Agong
2. Persetiaan

3. Undang-undang
4. Kawat Asas
5. Bendera

6. Simpulan dan Ikatan
7. Pertolongan Cemas

8. Isyarat Sulit
9. Memasak
10. Berkhemah secara Pengakap

11. Gajet
12. Kembara/ Tracking

AKTIVITI-AKTIVITI PENGAKAP

 Kursus Ketua Enam Sekawan
 Kursus Kemahiran Pengakap Kanak-Kanak
 Kursus Lencana Keris
 Kursus Ketua Petrol
 Kursus Lencana Kemajuan
 Pioneering Projek
 Hari Pengakap Sedunia
 Kempori
 Korobori
 Rovermoot
 Jambori
 Indaba
 Gillwell Union
 Kursus-Kursus Kepimpinan Manikayu
 Kursus Jurulatih
 Kursus Penolong Jurulatih
 Kursus Kemahiran Dan Teknik Untuk Pemimpin

Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 11

H-S

LATIHAN

Borang Ujian Lencana Keris Emas

Nama penuh :

Tahun :

Sekolah :

1.1 Kesetiaan (Ujian bertulis)

Keputusan Ujian Bertulis Markah yang diperolehi

1.2 Kecekapan & Kemahiran (Bahagian praktikal /amali)

BIL BIDANG MARKAH T/TANGAN MARKAH CALON
PENUH PENGUJI MARKAH CALON
1 Teknik melipat
bendera 5 Page 12

2 Isyarat Sulit 5

3 Anduh 5

4 Simpul Bunga 5
Geti 5

5 Simpul Manok

6 Simpul Sentak 5

7 Simpul belit @ 5
Lilit Dua Sinpul 5

8 Simpul Tindih 40
Kasih

1.3 Disiplin , Minat & Dayausaha

BIL BIDANG MARKAH T/TANGAN
PENUH PENGUJI
1 Pakaian
Seragam 5
Pengakap
5
2 Kajian Ikan

3 Kajian 5
Tumbuhan 5
5
4 Kajian
Binatang/Haiwan

5 Koleksi Hobi

6 Potensi Diri 5

30

Nota Pengakap Kanak-Kanak

H-S BUKU LOG

Markah Komponen 1.1
Markah Komponen 1.2
Markah komponen 1.3
Jumlah 1.2+1.2+1.3

Lengkap
Tidak Lengkap

Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 13

H-S

SEJARAH

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya)
apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun
1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah
diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu
yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh
G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan
Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli
pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang
Free School pada tahun 1915.

Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13
tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar
(MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di
Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan
pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.

Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh
Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar.
Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu
ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913
dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963
(penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada
Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands
1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ
Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka &
Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle
1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis [ senarai pilihan]

[sejarah pengakap]

Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 14

H-S

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia,
dengan seberapa daya-upaya saya akan,

 Taat kepada raja dan negara
 Menolong orang pada setiap masa
 Menurut undang-undang Pengakap

Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 15


Click to View FlipBook Version