PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPSi) TAHUN 5 SESI 2024/2025 SK TELOK BEREMBANG, 78100 LUBOK CHINA, MELAKA SK TELOK BEREMBANG, 78100 LUBOK CHINA, MELAKA
Wajib kepada semua murid tahun 5. Jawapan adalah berdasarkan diri sendiri. 90 soalan mewakili 9 konstruk. 1 konstruk 10 item. FORMAT SOALAN 75% - 100% : Tinggi 50% - 74% : Sederhana 0% - 49% : Rendah TAFSIRAN SKOR FORMAT PENTAKSIRAN SASARAN Masa : 45 minit Pilihan jawapan : YA atau TIDAK MASA MENJAWAB
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPSi) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) selaku pemegang Kustodian PPSi. 1. Instrumen PPSi disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. 2. Pelaksanaan diuruskan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 3. Satu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi iaitu APTITUD dan PERSONALITI MURID. Mengengalpasti kesediaan, potensi, kesesuaian dan meramal kejayaan murid. 1. 2.Guru merancang PdPc. 3.Murid merancang hala tuju. Murid dan ibu bapa mengenali personaliti. 4. Murid menyedari kekuatan dan kelemahan diri. 5. Mengumpul data untuk maklumat profil murid. 6. Mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperolehi. Mengembangkan potensi, kecenderungan, minat dan bakat murid. Memantapkan pembangunan personaliti dan sahsiah diri murid. Mencapai kematangan penentuan kerjaya murid. Apa itu PPSi? Siapa laksana? Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Telok Berembang. Objektif dan Impak Fungsi
1.VERBAL LINGUISTIK Kebolehan murid menggunakan bahasa dengan efektif sama ada lisan atau tulisan Murid boleh berinteraksi dengan baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Murid mampu memberikan tunjuk ajar kepada rakan lain, suka membaca, bercerita dan mengarang ayat. Contoh bidang kerjaya : Peguam, guru, pembaca berita, wartawan dan artis. Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Telok Berembang. Contoh soalan : Saya boleh memberi ucapan secara spontan (YA / TIDAK)
2. LOGIK MATEMATIK Kebolehan murid menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Murid mahir dalam mencongak perbelanjaan harian dan mula berfikir untuk mengadakan simpanan sebagai bekalan apabila dewasa. Contoh bidang kerjaya : Jurutera, akauntan, juruanalisa, pengatur cara sistem dan ahli fizik. Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Telok Berembang. Contoh soalan : Saya suka menyusun barang dengan teratur. (YA / TIDAK)
3. naturalis Kebolehan dan minat murid dalam menaakul dan memahami alam semula jadi. Murid mahir dalam meneliti pertalian dan kitaran hidup dan tumbuhan. Peka dan berani dalam memerhati proses pertumbuhan dalam lingkaran kehidupan alam. Contoh bidang kerjaya : Doktor haiwan, ahli arkelogi, ahli kaji cuaca, penjual bunga dan petani. Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Telok Berembang. Contoh soalan : Saya suka menolong ibu menanam bunga. (YA / TIDAK)
4. interpersonal Kebolehan murid dalam memahami sikap, tabiat, perasaan dan hasrat individu lain yang berada di persekitarannya. Murid boleh memberikan kerjasama yang baik dalam kerja berkumpulan dan berinteraksi dengan selesa dalam kelompok yang besar (pengucapan awam). Contoh bidang kerjaya : Kaunselor, ahli politik, ahli perniagaan. Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Telok Berembang. Contoh soalan : Saya mempunyai ramai kawan. (YA / TIDAK)
5. intrapersonal Kebolehan murid dalam kesedaran kendiri dan kemampuan menilai diri sendiri (kekuatan dan kelemahan). Belajar melalui pengalaman dan pemerhatian. Murid suka mencari ruang untuk bersendiri sambil berfikir dan mencatat perasaan serta kenangan yang berlaku dalam hidup untuk dijadikan panduan dalam membuat keputusan. Contoh bidang kerjaya : Penulis novel, ahli psikologi, penyelidik, usahawan, ahli falsafah. Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Telok Berembang. Contoh soalan : Saya tidak suka dikongkong. (YA / TIDAK)
6. kinestetik Kebolehan murid dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh untuk berinteraksi (berkomunikasi) dan menyelesaikan masalah. Murid suka menolong individu di persekitarannya dan akan sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan yang memerlukan pergerakan dan kemahiran fizikal. Contoh bidang kerjaya : Bomba, atlet, mekanik, artis Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Telok Berembang. Contoh soalan : Saya mudah menggoyangkan kaki ketika duduk. (YA / TIDAK)
7. muzik Kebolehan serta sensitiviti murid terhadap bunyi, irama, melodi dan lagu. Berkebolehan mengesan dan membezakan bunyi, muzik serta iramayang berada di persekitarannya. Murid suka dan gemar memberikan perhatian terhadap bunyi di persekitaran (bunyi kipas, jam berdetik, tapak kaki). Turut mengalunkan irama apabila mendengar muzik dan lagu. Contoh bidang kerjaya : Penyanyi, ahli muzik, penggubah lagu Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Telok Berembang. Contoh soalan : Saya boleh mengulangkaji sambil mendengar lagu. (YA / TIDAK)
8. visual ruang Kebolehan murid untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan corak. Peka terhadap pertalian antara objek dan ruang. Murid suka melukis, mewarna dan mencipta gambaran 3D, boleh membuka dan memasang semula sesuatu komponen dengan baik dan mentafsir peta serta menyelesaikan teka teki. Contoh bidang kerjaya : Arkitek, pereka grafik, pengacara, pelukis. Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Telok Berembang. Contoh soalan : Saya minat menyusun atur perabot. (YA / TIDAK)
9. EKSISTENSIAL Kebolehan murid untuk memahami erti kewujudan manusia dan alam, memahami makna sesuatu kejadian dan menggunakan daya intuisi yang tinggi dalam memahami erti kehidupan. Murid boleh memberikan pendapat dan idea yang baik berlandaskan agama, menghargai keindahan persekitaran dan menghormati individu lain serta boleh memberikan komitmen yang baik dalam perhubungan. Contoh bidang kerjaya : Ahli falsafah Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Telok Berembang. Contoh soalan : Saya pernah bercakap bohong. (YA / TIDAK)
SemogaBerjaya Sekolah adalah ruang untuk membina potensi murid. Setiap individu mempunyai potensi dan kecenderungan yang berbeza.