The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mmohdfateh03, 2022-12-06 11:50:12

Kesan dan Fungsi Ar Rahnu

e-majalah MPU23032

Apakah itu Ar-Rahnu?

Pada zaman kontemporari ini, pelbagai jenis bisnes yang dijalankan di Malaysia sama ada
berasaskan Islam ataupun tidak. Ar-Rahnu adalah nama yang tidak asing bagi rakyat
Malaysia sebagai pusat pajak gadai Islam yang berasaskan syariah.

Ar-Rahnu merupakan Skim Pajak Gadai Islam yang mengikut panduan Islam. Perkataan Ar-
Rahnu dalam segi bahasa bermaksud Menahan dan berkekalan mmanakala dalam segi
syarak bermaksud Menjadikan sesuatu sebagai satu perjanjian dengan hutang yang yang
boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk mendapatkan
wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas. Sekurang-kurangnya peminjam tidak begitu
terbeban jika tidak mampu membayar semula pembiayaan kerana telah dicagarkan dengan
emas.
Antara salah satu yayasan yang terkenal dalam perlaksanaan pajak gadai Islam adalah
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Yayasan tersebut adlah pencetus
isea memperkenalkan Ar-Rahnu di Malaysia dan diikuti oleh Kedai Al-Rahn (KAR) yang
dimiliki oleh Permodalan Kelantan Berhad dan Ar Rahnu Tekun yang dipantau oleh Jabatan
Syariah TEKUN Nasional..

Fungsi Ar-Rahnu
Ar Rahnu adalah system gadaian berlandaskan prinsip muamalat dalam Islam, dimana ia
adalah skim pinjaman jangka pendek yang bebas faedah. Penggadai harus menjelaskan
pinjaman dalam tempoh tertentu serta upah simapan untuk mendapatkan balik barang
barang yang dicagar.Sekiranya gagal menjelaskan pinjaman, penggadai boleh
memanjangkan tempoh pembayaran atau melepaskan barang cagaran miliknya.
Ar Rahnu menyediakan pembiayaan peribadi, iaitu untuk mendapatkan wang tunai tetapi
dengan mencagarkan emas. Sekurang-kurangnya peminjam tidak begitu terbeban jika tidak
mampu membayar semula pembiayaan kerana telah dicagarkan dengan emas.

Allah berfirman dalam Al-Quran:

Bermaksud:
Firman Allah swt : “Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau
memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah
diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang)”.

[surah al-Baqarah 2: 283]

Perlaksanaan Ar Rahnu
Aktiviti Ar-Rahnu merupakan pajak gadai Islam yang perlu mengikut prosedur seperti
mengikut rukun gadaian dan memenuhi syarat gadaian tertentu.
Terdapat 4 Rukun Gadaian dalam islam:

▪ Dua pihak yang berakad (orang yang menggadai dan orang yang menerima barang
gadaian).

▪ Barang gadaian (harta yang berikan sebagai gadaian bagi hutang).
▪ Marhun bih/tangunggan gadaian (hutang).
▪ Sighah (lafaz ijab qabul dalam perjanjian gadaian).

Juga terdapat beberapa Syarat gadaian yang patut dipenuhi:

1. Dua pihak yang berakad (orang yang mengadai dan orang yang menerima barang
gadaian)

▪ Mukallaf (waras, sampai umur).
▪ Pilihan sendiri. sekiranya dipaksa, maka tidak sah gadaian.
▪ Mempunyai kelayakan dalam jual beli dan menderma. Maka tidak sah gadaian

daripada orang yang dipaksa atau dihalang dalam sebarang urusan.

2. Syarat Barang gadaian (harta yang berikan sebagai gadaian bagi hutang)

▪ Barang gadaian itu berbentuk benda. Tidak sah gadaian dengan hutang atau
manfaat/faedah sesuatu benda.

▪ Gadaian itu boleh dijual beli apabila hutang diselesaikan.
▪ Barang gadaian itu tidak mudah rosak sebelum berakhirnya tempoh.
▪ Barang gadaian diketahui zat dan kadarnya.

3. Syarat tangunggan gadaian (hutang).

▪ Ia adalah hutang. Maka tidak sah tangunggan gadaian berbentuk sesuatu benda.
▪ Hutang itu memang ada.
▪ Hutang itu wajib dibayar oleh pemiutang, tidak boleh digugurkan dari membayarnya.
▪ Hutang itu diketahui kadar dan sifatnya bagi kedua-dua pihak yang berakad.

4. Syarat Sighah (lafaz ijab qabul)

▪ Berada dalam satu majlis akad.
▪ lafaz Qabul itu menepati dengan lafaz ijab
▪ Bentuknya secara langsung.
▪ Kekal, sekiranya ia terikat dengan tempoh masa, maka gadaian tersebut tidak sah.

Kebaikan Ar Rahnu

1.Pentaksiran Barang Dilaksanakan di Depan Pelanggan, di mana pelanggan dapat
mengetahui bagaimana nilai barang cagaran dikira pada waktu semasa secara jelas dan
terperinci. Hal ini dapat menarik keyakinan pelanggan terhadap Ar-Rahnu.
2.Tempoh Bayaran Balik adalah Fleksibel dan Bertolak ansur. Sekiranya pelanggan tidak
dapat menjelaskan pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan, pelanggan boleh
mamanjangkan tempoh tersebut dengan berbincang dengan pihak Ar Rahnu. Selalunya
pihak Ar Rahnu bertolak ansur kerana tidak mahu membebankan peminjam.
3.Tempat simpanan yang selamat. Semua barang kemas dan barang berharga yang lain
disimpan dalam tempat simpanan yang ketat dan terkawal untuk menjamin pemeliharaan
dan pengurusan barang gadaian tersebut.
4. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan. Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan
membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi
gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual.
Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini
berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
5.Caj perkhidmatan Yang Rendah. Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah.
Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan
dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan
yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang
menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang
kegiatan tersebut.

Perbezaan Antara Ar-Rahnu dan Pajak gadai Konvensional

Pada Masa Kini Sistem kewangan Islam telah diperluaskan kepada pembiayaan pajak gadai
sebagai usaha untuk menghapuskan riba dan gharar (ketidakpastian). Tujuan utamanya
adalah untuk menghapuskan hasil bunga (faedah) yang dikenakan oleh pemilik pajak gadai
sebagai ganjaran daripada wang tunai yang dipinjamkan.
Perbezaan ketara antara Pajak gadai secara Islam dan Konvensional ialah dalam islam,
barang gadai tetap menjadi hak milik pemilik asal walaupun ia telah digadaikan. Cara
pembayaran balik barang gadaian tersebut adalah berdasarkan kepada nilai barang tersebut
dan upah pemegangan yang sewajarnya. Sistem gadaian ini adalah berkonsepkan amal
jariah dan bantu-membantu bagi individu yang memerlukan untuk meringankan bebanan
mereka.
Manakala dalam system Pajak gadai konvensional barang yang digadaikan mengikut amaun
tertentu akan lupus sekiranya tidak ditebus dalam tempoh gadaian. Cara pembayaran balik
pula adalah berdasarkan kepada nilai barang dan ditambah dengan faedah atau riba.
Faedah ataupun riba sememangnya membebankan tidak kira penghutang mahupun
penggadai kerana ia menguntungkan sebelah pihak dan menjejaskan pihak yang lain.
Individu yang memerlukan kerana mereka perlu membayar faedah yang dikenakan dan ia
jelas melibatkan unsur-unsur riba dan unsur yang samar-samar.
Contoh perbezaan kadar pengiraan bayaran balik pinjaman antara Ar Rahnu dan pajak gadai
Konvesional

Firman Allah di dalam Al-Quran:

Bermaksud: Allah taala menghalalkan jual beli, dan mengharamkan Riba, barang siapa yang
telah didatangi peringatan dari tuhannya hendaklah dia berhenti dari terlibat dengan Riba
dan baginya apa yang lalu dan serahkan perkara itu pada Allah swt, Barang siapa kembali
lagi kepada Riba, mereka ini adalah ahli neraka dan kekal di dalamnya.

Kesan-kesan Ar Rahnu Terhadap masyarakat
▪ Memudahkan urusan pinjaman penggadai untuk menggadai barang pada waktu
kecemasan
▪ Menyediakan keperluan kewangan yang mudah dan cepat kepada peniaga-peniaga
untuk jadikan sebagai modal pusingan
▪ Mengelakkan masyarakat daripada meminjam daripada pemiutang yang mahal serta
bunga yang tinggi seperti “ah long” , ”ceti” dan peminjam wang berlesen
▪ Memberikan sumber alternatif dengan nasihat kewangan yang baik yang lebih
efektif dari segi kos berbanding konvesional
▪ Membangunkan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat berpendapatan rendah dari
segi modal perniagaan, penbiyaan Pendidikan dan pembanggunan industry kecil dan
serdahana

Kesimpulan

Sistem Pajak gadai Islam/ Ar Rahnu dari segi ekonomi di Malaysia bersifat adil dan
memudahkan berbanding pajak gadai konvensional. Konsep Ar Rahnu perlu diperluaskan di
seluruh Malaysia kerana memberikan pinjaman tanpa faedah kepada yang memerlukan. Hal
ini tidak membebankan dan merugikan mana-mana pihak yang terlibat. Ia sekaligus
membantu masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama keran konsep Ar Rahnu dipakai
meluas dan tidak terhad kepada yang beragama islam sahaja.

Islam juga menggalakkan dan membenarkan sistem Ar Rahnu kerana dapat meningkatkan
sosioekonomi dalam masyarakat setempat kerana proses yang mudah dan tidak
menyusahkan dapat digunakan sebagai pusingan modal.ia juga boleh meningkatkan potensi
peniaga yang ingin meluaskan perniagaannya.

Konsep Ar Rahnu membantu meringankan beban setiap pengguna yang dalam keadaan
terdesak atau kecemasan. Ia juga mengelakkan berlaku runtuhnya sosial dalam institusi
masyarakat seperti meminjam wang dari ceti dan ah long. Sistem Ar rahnu adalah dihalalkan
dalam Islam, Ia juga tidak berlaku sebarang penipuan dan tipu muslihat dalam terma dan
syarat dalam melakukan sesuatu perjanjian.Hal ini dbuktikan dengan penjelasan yang
terperinci daripada pihak Ar Rahnu berserta dokumen perjanjian yang akan dipersetujui
bersama. Dokumen tersebut mengandungi syarat-syarat perjanjian yang dikuatkuasakan.

Rujukan
https://e-muamalat.islam.gov.my/

https://www.1media.my/2020/05/ketahui-apa-itu-ar-rahnu-dan-mengapa.html

https://www.arrahnuyapeim.net

http://gilerkentangworld.blogspot.com/2013/10/ar-rahnu-maksud-fungsi-dan-
kegunaannya.html

https://gurubesar.my/buku-teks-digital-al-syariah-tingkatan-5-kbdkbt/


Click to View FlipBook Version