E - INSPIRASI
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam
kata alu-aluan Laman Flip Album.Tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya menyempurnakan Video khas untuk tingkatan 5 dan Laman Flip Album ini dengan jayanya. Tanpa kesungguhan
dan komitmen yang tinggi sudah tentu rancangan ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang. Oleh itu, saya selaku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lumu ingin memanjatkan
setinggi - tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa dan ucapan terima kasih kepada ahli yang terlibat kerana telah mempamerkan kesungguhan dalam merealisasikan hasrat yang terkandung
dalam Visi dan Misi SMK Raja Lumu.
Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai cita-cita besar untuk menempa nama di persada negara dan dunia pendidikan, penggemblengan tenaga dan usaha daripada warga
sekolah amat diharapkan supaya dapat menguasai ilmu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti demi meningkatkan kecemerlangan akademik melalui pengurusan sekolah yang cekap dan
efisien.Dalam mencapai matlamat ini maka usaha yang gigih dan pengorbanan yang tinggi merupakan faktor utama penentu kejayaan yang perlu dimiliki oleh setiap warga sekolah. Ianya
menuntut iltizam yang tinggi bagi membentuk budaya kerja yang cemerlang dan jelas. Semua tugasan yang terkandung dalam pengurusan diharap dapat berfungsi serta dijana mengikut garis
panduan yang dinyatakan di dalamnya. Saya amat berharap semua warga SMK Raja Lumu dapat memastikan kerja yang dilakukan tidak tersasar dari landasan.
Akhir kalam, saya dengan rasa rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa dan semua warga SMK Raja Lumu yang telah berusaha gigih
sehingga berjaya menyempurnakan rancangan ini dengan jayanya.Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-
mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian hari. In shaa Allah.
Tuan Haji Encik Mohd Sidek Bin Haji Yasin
Pengetua
SMK Raja Lumu
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga SMK Raja Lumu kerana mampu menyediakan saluran alternatif media
berbentuk video dan flip album khas untuk murid tingkatan 5 tahun 2020. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG
yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program walaupun negara kita dilanda wabak covid-19. Saya mewakili semua AJK PIBG
akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar
Saya sebagai wakil PIBG sekolah juga dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah SMK Raja Lumu. Kami AJK
PIBG sesi 2020 telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Didalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-
anak kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan ibu bapa telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian
pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini menyeru ibu bapa yang dermawan atau yang berkemahiran
dalam bidang-bidang tertentu tampil memberi sumbangan membantu pihak sekolah dalam menentukan penerusan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita
Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita
selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita
berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SMK Raja Lumu. Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat
meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SMK Raja Lumu.
Sekian, terima kasih
EN. SHANKAR A/L JAYARAM
YANG DIPERTUA PIBG
SMK RAJA LUMU
SELAMAT DATANG KE
SMK RAJA LUMU
TUAN HAJI MOHD SIDEK BIN
HAJI YASIN
KETUA PANITIA
SMK RAJA LUMU
GURU MENGIKUT
BIDANG
SMK RAJA LUMU
ANDA TIDAK
PERNAH KALAH
SEHINGGA ANDA
BERHENTI
MENCUBA
SELAMAT
BERPISAH
MANTAN
PENGETUA
TUAN SAFIRUDDIN
BIN SAUD
SEKIAN
TERIMA KASIH