Jom Kenali PERSONALITI DIRI anda
UJIAN PSIKOLOGI GAMBAR POKOK
Mudah je. Pilih dulu gambar pokok mana yang anda paling suka, lepas tu
baru tengok huraian kat bawah. Jangan tipu eh hehe.
Ujian Psikologi ni memang menarik.
Nombor 1
Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki
diri. Bercita-cita besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain
mungkin merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda,
sebenarnya susah untuk anda menjadi diri sendiri. Anda bekerja dengan
sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda ingin
mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga
mereka menyakiti anda. Sekalipun demikian, anda akan masih menyintainya.
Hanya sedikit orang yang dapat menghargai segala yang anda lakukan.
Nombor 2
Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat
bertanggungjawab dan suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa
kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai
personaliti yang baik dan orang akan cepat mempercayai anda. Anda juga
bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada cerita menarik untuk anda kongsikan.
Nombor 3
Anda seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat.
Bagi anda, akal fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka berfikir
mengenai teori dan pandangan anda berseorangan. Anda juga jenis orang
yang introvert. Anda hanya dapat menyesuaikan diri dengan orang yang
suka berfikir dan belajar seperti anda. Anda juga banyak berfikir tentang
moraliti. Sentiasa cuba melakukan yang elok pada fikiran anda, sekalipun
majoriti menentang anda.
Nombor 4
Anda seorang yang perseptif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza
dengan orang lain. Anda juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit.
Selalu disalahanggap oleh orang lain, dan ianya menyakitkan hati anda.
Anda perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah, dan ianya
memerlukan anda menghormati orang lain. Anda adalah orang yang dapat
melihat baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda sangat emosional.
Nombor 5
Anda jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari.
Prinsip hidup anda 'Saua akan lakukan dengan cara saya'. Anda seorang
yang bergantung pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah
pada diri sendiri dan orang yang anda cintai. Anda cukup tahu apa yang
anda nak dan anda tidak takut untuk mengejar impian anda. Satu perkara
yang anda perlukan dari orang lain ialah kejujuran. Anda juga cukup kuat
untuk menerima kebenaran.
Nombor 6
Anda seorang yan baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan
anda. Anda mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda
mempunyai aura yang baik sehingga semua orang gembira untuk berada di
sisi anda. Setiap hari, anda memikirkan cara memperbaiki diri untuk menjadi
lebih baik. Anda mahu menjadi lebih menarik, tersendiri dan unik. Lebih
daripada orang lain di dunia, anda sangat memerlukan cinta. Malah
termasuk mencintai orang yang tidak mencintai anda.
Nombor 7
Anda seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi
juga sangat memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak
bersikap menyebelahi sesiapa. Anda lebih terbuka dengan orang yang baru
anda kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat kebal daripada stress dan
sangat jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaaannya, anda sentiasa relaks.
Anda sentiasa ada masa untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.
Nombor 8
Anda seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang
menyeronokkan dan tahu untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa
tenang dan selesa menjalani kehidupan anda. Anda seorang spontan dan
enthusiastic. Tidak pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru. Biasanya
anda akan mengejutkan orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi, itulah
anda. Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika
menunjukkan minat pada sesuatu, anda akan cuba buat dengan sebaik
mungkin.
Nombor 9
Anda seorang yang optimistik dan bernasib baik. Anda percaya bahawa
hidup adalah satu anugerah dan sentiasa cuba untuk mencapai sebanyak
mungkin dan meletakkan anugerah ini pada tempat yang sepatutnya. Anda
sangat bangga dengan pencapaian anda. Anda juga sentiasa bersedia
untuk setia dengan orang yang anda sayang. Anda mempunyai pendekatan
hidup yang sihat. Anda gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus
belajar dan membesar kerana anda percaya hidup adalah terlalu pendek
untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja.
Sumber: http://duniaitusfera.blogspot.com/.../kenali-diri...
Kenali
Gaya Belajar Anda
Visual, Auditori, Kinestetik
Kaedah pembelajaran VAK (Visual, Auditori, Kinestetik)
menggunakan 3 jenis deria iaitu Penglihatan, Pendengaran dan
Pergerakan bagi mengenalpasti gaya belajar anak anda yang paling
optimum untuknya. Ia merupakan sejenis gaya pembelajaran yang
diasaskan oleh ahli psikologi pada tahun 1920.
Berdasarkan kajian mereka, setiap orang menyukai salah satu
daripada 3 kaedah pembelajaran yang dinyatakan. Tahukah anda
gaya belajar anak anda? Sebelum kami kongsikan cara untuk
mengenalpasti, kami kongsikan dulu serba sedikit mengenai setiap
satu elemen pembelajaran VAK.
Visual : Pelajar visual lebih mudah untuk menyerap dan menerima
maklumat sekiranya maklumat tersebut dipersembahkan dalam
bentuk gambar, carta dan gambarajah.
Auditori : Pelajar auditori lebih mudah untuk menyerap dan menerima
maklumat melalui pendengaran. Mereka lebih suka mendengar
sesebuah pembentangan oleh guru mahupun kerja berkumpulan.
Mengulang semula ayat dengan mulut sendiri juga membantu dalam
pembelajarannya.
Kinestetik : Pelajar kinestetik lebih sukakan pengalaman yang
melibatkan anggota fizikal. Mereka sukakan sesuatu yang lebih
praktikal berbanding teori, lebih-lebih lagi yang melibatkan sentuhan
ataupun alatan.
Bagaimana Mengenalpasti Gaya Belajar Anda?
Terdapat beberapa kaedah untuk membantu anda. Meskipun kaedah
ini tidaklah 100% (anda lebih mengenali diri sendiri), anda boleh
dapatkan sedikit gambaran melalui perlakuan anda.
1. Perhati Tingkahlaku Anda
Apabila anak anda dalam keadaan marah atau kurang senang, anak
anda akan berkomunikasi dalam gaya yang mereka selesa.
Perhatikan mata anda, percakapan atau perbuatan yang lebih
dominan.
2. Gaya Penyelesaian Masalah
Apabila anda berdepan dengan masalah (sekecil-kecil masalah
seperti memasang mainan), adakah anda lebih suka merujuk kepada
manual/kotak mainan (visual), bertanya kepada diri anda untuk
mendapatkan bantuan (auditori) mahupun mencuba sendiri dengan
cara-cara yang berbezaz (kinestetik).
Sekiranya anda telah mengenalpasti gaya belajar anak anda, langkah
berikutnya adalah untuk menyediakan kaedah pembelajaran yang
paling sesuai untuk anda. Setiap gaya mempunyai kaedah
pembelajaran optimumnya yang tersendiri. Sungguhpun begitu, ia
bukanlah bermakna yang sekiranya anda seorang Auditori, anda tidak
boleh belajar langsung melalui kaedah Audio atau Kinestatik.