BMMB3163 Kebudayaan Kebangsaan Disediakan oleh: Ong Jing Pei v4 2020242340081 Pensyarah: Pn. Fadzilah binti Abdul Rahim TUGASAN 2
Selamat sejahtera dan saya bersyukur kerana telah dapat menyiapkan tugasan dua kerja kursus Kebudayaan Kebangsaan (BMMB3163) dalam masa yang ditetapkan dengan sempurna. Pertama sekalinya, semasa saya menjalankan kerja kursus ini, saya juga telah menghadapi banyak kesukaran dan cabaran dalam menyiapkan kajian, akan tetapi dengan berkat kesabaran dan doa yang tidak putus ke hadapan Tuhan, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Tambahan pula, semasa menjalankan kajian ini, saya telah mendapat bantuan dan kerjasama yang tidak ternilai harganya daripada pelbagai pihak. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang berkenaan. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung terima kasih kepada pensyarah saya, iaitu Pn. Fadzilah binti Abdul Rahim yang banyak memberi bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar dari awal hingga ke akhir tugasan ini disempurnakan. Sebelum menutup bicara, tidak lupa juga kepada permata hati dan pengarang jantung, iaitu ayah dan ibu saya, Encik Ong Kien Leong dan Puan Tan Mooi Lin. Mereka banyak memberi sokongan moral dan semangat yang kukuh kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, bagi rakan-rakan seperjuangan yang banyak mencurahkan idea untuk membantu saya menyiapkan tugasan ini, terima kasih diucapkan.
KEHENDAK KERJA KURSUS Jelaskan pengaruhpengaruh yang mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia pada masa hadapan.
PENGENALAN Malaysia Madani adalah konsep yang diberi tumpuan kepada sifat-sifat kemanusiaan dan nilainilai murni yang diterapkan bukan hanya pada pemimpin tetapi disemai oleh setiap sanubari rakyat Malaysia. Salah satu prinsip yang digariskan dalam konsep Malaysia Madani ialah hormat. Menurut Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim (2022), beliau menggesa rakyat supaya mempraktikkan amalan hormat-menghormati dengan saling memahami kebudayaan antara satu sama lain untuk mengukuhkan persaudaraan sesama mereka. Prinsip hormat ini selaras dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang digubal pada tahun 1971 sebagai suatu panduan yang mempertimbangkan kepelbagaian budaya masyarakat majmuk di Malaysia (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2021).
PENGENALAN Hal ini penting untuk memastikan persefahaman dan permuafakatan dapat dicapai dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa dan budaya di negara kita. Maka, perpaduan dan kemakmuran dapat dikecapi dengan adanya penghayatan yang tinggi dan hormati terhadap kepelbagaian budaya. Namun demikian, kefahaman dan kepentingan terhadap kebudayaan kebangsaan semakin tidak diambil berat dalam pembangunan negara pada zaman kini. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat beberapa pengaruh seperti pengaruh politik, ekonomi, sosial, bahasa Melayu dan pendidikan telah menyebabkan keharmonian kebudayaan kebangsaan di negara kita tercabar pada masa depan.
PENGARUH 1 2 3 4 5 POLITIK EKONOMI SOSIAL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN
PENGARUH 1 POLITIK
Pertama sekali ialah pengaruh politik. Seperti yang kita ketahui, pembentukan budaya politik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India (Zawiyah Mohd Zain, 2021). Setiap kaum mempunyai parti politik untuk memperjuangkan kebajikan dan mempertahankan hak kaum masing-masing. Misalnya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) didominasi oleh kaum Melayu, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didominasi oleh kaum Cina dan Kongres India Malaysia (MIC) didominasi oleh kaum India. Oleh itu, kita boleh lihat bahawa pertembungan budaya antara kaum dari segi politik sukar dicapai kerana elit-elit politik mengutamakan kebudayaan kaum tersendiri. PENGARUH POLITIK Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kongres India Malaysia (MIC)
PENGARUH POLITIK Hakikatnya, pengundi ataupun pengikut hanya akan menyokong parti kaum sendiri untuk menjamin kedudukan kaum di Malaysia. Buktinya, berita dalam Rajah 1 telah menyatakan bahawa pemimpin PAS di Georgetown, Pulau Pinang sukar mendapatkan sokongan daripada pengundi kaum Cina dan kaum India kerana golongan kaum ini mengalami kebimbangan bahawa kebudayaan dan hak akan dihapuskan sekiranya ditadbir oleh PAS di kawasan mereka (Siti Aminah Mohd Yusof, 2023). Rajah 1: Kaum bukan Melayu tidak menyokong pemimpin PAS yang didominasi oleh kaum Melayu.
Impaknya, politik yang berorientasikan etnik yang melampaui batas akan membawa kesan yang negatif kepada pembangunan negara seperti yang dinyatakan dalam Rajah 2 (Ahmad Zaharuddin Sani Sabri, 2023). Tuntasnya, cabaran utama dalam usaha untuk mengekalkan keharmonian kebudayaan kebangsaan yang diinspirasikan berdasarkan DKK masih relevan pada masa kini akibat pengaruh politik yang berteraskan kaum. PENGARUH POLITIK Rajah 2: Kesan negatif akibat politik berteraskan kaum yang melampaui batas.
PENGARUH 2 EKONOMI
Seterusnya ialah pengaruh ekonomi. Lanjutan daripada dasar pecah dan perintah semasa penjajahan British, pengaruh monopoli yang dipegang oleh kaum Cina dalam sektor perniagaan masih ketara pada zaman kini. Di Malaysia, penglibatan masyarakat dalam industri perniagaan, sama ada dalam perusahaan kecil seperti kedai runcit atau industri besar seperti pembinaan, masih dikuasai oleh komuniti Cina. Menurut Geographical Association (2020), masyarakat Cina mendominasi sekitar 70% dalam sektor perniagaan. Dominasi ini juga disebabkan oleh kecenderungan mewarisi perniagaan daripada nenek moyang (Wan Husin, 2013). Hasilnya, pendapatan bagi masyarakat Cina masih kekal pada tahap tertinggi berbanding dengan kaum Melayu dan India hingga ke abad ke-21. PENGARUH EKONOMI
Ini dibuktikan dalam Rajah 3 yang memperlihatkan pertumbuhan pendapatan masyarakat Cina yang paling ketara setiap tahun antara tahun 2012 hingga 2019. Situasi ini menjadikan jurang ekonomi dan pendapatan di antara pelbagai komuniti semakin melebar, yang sering kali mencetuskan rasa ketidakpuasan yang menjadi percikan api membakar sentimen perkauman (Ekonomi Rakyat, 2022). PENGARUH EKONOMI Rajah 3: Statistik pendapatan mengikut kaum pada tahun 2012 hingga tahun 2019.
Sehubungan dengan itu, beberapa majikan lebih cenderung untuk mengambil pekerja yang sama bangsa dengan mereka sendiri untuk mengelakkan masalah komunikasi, seperti yang dinyatakan dalam Rajah 4 (Farhana Abd. Kadir, 2023). Contohnya, majikan yang kurang mahir dalam berbahasa Melayu mungkin menghadapi kesulitan dalam berkomunikasi dengan pekerja Melayu. Oleh itu, sesetengah majikan mungkin lebih suka untuk menggaji pekerja Cina kerana mudah berkomunikasi dengan mereka. PENGARUH EKONOMI Rajah 4: Isu majikan mengambil pekerja yang sama bangsa.
Keadaan ini mengakibatkan peluang pekerjaan berkurangan bagi komuniti lain dan turut menyebabkan kadar pengangguran meningkat. Tambahan pula, masyarakat juga tidak berpeluang untuk bergaul dan berinteraksi dengan kaum lain melalui pekerjaan, maka kurangnya persefahaman budaya dan agama yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat. PENGARUH EKONOMI
PENGARUH 3 SOSIAL
Selain itu, pengaruh sosial juga merupakan pengaruh yang ketara untuk mencabar keharmonian kebudayaan. Menurut Gbadamosi (2021), setiap kumpulan masyarakat mempunyai pantang larang dan kepercayaan yang berkait rapat dengan pegangan agama masing-masing. Oleh itu, kepelbagaian budaya telah mencetuskan pelbagai bentuk tindak balas dalam kalangan masyarakat terhadap cara hidup sosial, upacara keagamaan dan perayaan di negara ini. Rentetan itu, kekurangan ilmu dan kefahaman tentang adat resam, pantang larang dan kebudayaan kaum lain mudah mencetuskan konflik perkauman di negara kita. Contohnya, isu ibu bapa Hindu membantah korban lembu di sekolah dalam Rajah 5. Kes ini berlaku sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di sebuah sekolah kebangsaan yang terdapat murid yang berbilang bangsa dan kaum (Koh, 2013). PENGARUH SOSIAL
Bagi orang Melayu dan Islam, lembu adalah binatang yang halal, boleh disembelih dan makan serta dapat dijadikan haiwan korban pada musim perayaan Aidiladha, sedangkan bagi penganut Hindu, lembu adalah binatang suci, tidak boleh disembelih ataupun dimakan (Manokara et al., 2021). Kesannya, upacara korban lembu yang berlaku telah membangkitkan kemarahan ibu bapa murid Hindu kerana tidak diberi penghormatan terhadap agama mereka. Ringkasnya, pemahaman terhadap budaya dan adat resam kaum lain membolehkan rakyat Malaysia lebih bertolak ansur sesama kaum dan lebih bertoleransi supaya boleh mengelakkan isu yang dinyatakan. PENGARUH SOSIAL Rajah 5: Isu upacara korban lembu sempena perayaan Hari Raya Aidiladha di sekolah.
Selain pantang larang berkaitan dengan budaya kaum, isu penggunaan jenama atau label sesuatu produk dengan nama berunsur Melayu dan Islam dengan produk yang tidak halal dan haram secara jelas menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat Islam (Mohd Anuar Ramli et al., 2021). Buktinya, Rajah 6 menunjukkan penamaan perkataan Timah bagi produk minuman keras mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam kerana penggunaan nama Timah turut dikaitkan dengan nama anak Nabi Muhammad SAW, iaitu Fatimah. Oleh itu, perasaan tidak senang hati ditimbulkan terhadap penggunaan nama Timah yang digunakan untuk produk haram (Mohd Iskandar Othman, 2021). Tegasnya, pengaruh sosial dapat menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat di negara kita sekiranya perkara-perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan budaya kaum lain tidak diatasi. PENGARUH SOSIAL
PENGARUH SOSIAL Rajah 6: Isu penggunaan nama Timah pada produk arak yang dianggap menghina umat Islam. Rajah 7: Gambar produk arak yang bernama Timah
PENGARUH 4 BAHASA MELAYU
Sementelahan itu, pengaruh dan isu bahasa Melayu juga menyebabkan keharmonian kebudayaan tercabar. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di negara kita seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, tetapi masyarakat kini kurang menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian, biarpun orang Melayu sendiri juga gemar menggunakan bahasa rojak berbanding dengan bahasa Melayu baku. Hal ini berlaku akibat perkembangan era teknologi di media massa dan media sosial yang banyak menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris telah mempengaruhi masyarakat untuk terikut-ikut menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi dengan orang lain. Contohnya seperti dalam Rajah 8, ‘I’ dan ‘You’ banyak digunakan untuk menggantikan ‘Saya’ dan ‘Kamu’ dalam komunikasi seharian. PENGARUH BAHASA MELAYU
PENGARUH BAHASA MELAYU Rajah 8: Perbualan seharian yang menggunakan bahasa rojak. Menurut Shahidi et al. (2021), kebudayaan kebangsaan terdedah kepada pengaruh budaya Barat melalui globalisasi. Oleh itu, pengaruh budaya Barat sering kali diterapkan dalam budaya tempatan Malaysia juga merupakan salah satu faktornya. Contohnya, bidang hiburan dari segi muzik dan filem yang menggunakan bahasa rojak telah meminggirkan bahasa Melayu sebagai cara untuk menyatupadukan masyarakat (Fatin Farhana Ariffin, 2022). Buktinya, lirik lagu “Bidadari” karya Ismail Izzani dalam Rajah 9 telah mencampuradukkan perkataan Inggeris dalam lagu Melayu itu.
PENGARUH BAHASA MELAYU Rajah 9: Dua baris lirik lagu “Bidadari” yang menggunakan bahasa Inggeris.
Di samping itu, tempat-tempat awam di negara kita juga banyak menggunakan bahasa Inggeris telah menyebabkan kebudayaan kebangsaan tidak terserlah dalam kalangan masyarakat. Misalnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan juga Pusat Bandaraya Kuala Lumpur lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Kesannya, kebudayaan kebangsaan yang menekankan perpaduan dan keharmonian antara kaum akan terjejas apabila bahasa Melayu tidak dimartabatkan dalam kalangan masyarakat. PENGARUH BAHASA MELAYU
PENGARUH BAHASA MELAYU Rajah 10: Papan tanda, ‘KLIA’ yang terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Rajah 11: Papan tanda jalan raya yang menggunakan istilah KLCC dalam bahasa Inggeris.
PENGARUH 5 PENDIDIKAN
Akhirnya ialah pengaruh pendidikan. Menurut Jayum Jawan (2023), negara kita mengamalkan sistem sekolah berasingan yang lebih dikenali sebagai sekolah vernakular menyebabkan kaum-kaum di Malaysia tidak bersatu sejak zaman sekolah rendah. Misalnya, murid Melayu belajar di sekolah kebangsaan, murid India di sekolah jenis kebangsaan Tamil dan murid Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina. PENGARUH PENDIDIKAN Rajah 12: Contoh Sekolah Kebangsaan.
PENGARUH PENDIDIKAN Rajah 13: Contoh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Rajah 14: Contoh Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Perbezaan dalam polisi pendidikan menyebabkan ketidakseragaman dalam aspek bahasa, identiti, dan pemahaman. Situasi ini telah menambahkan lagi kesukaran dalam usaha untuk melaksanakan DKK apabila jarak sosial antara anggota masyarakat diperluaskan. Beberapa berita yang dinyatakan seperti dalam Rajah 15 dan Rajah 16, telah menunjukkan bahawa kurangnya interaksi antara kaum akibat sistem pendidikan yang berasingan ini boleh mencetuskan masalah perkauman (Ahmad Suhael Adnan, 2017; Jemilah Mahmood, 2021). PENGARUH PENDIDIKAN Rajah 15: Isu masalah kaum tercetus akibat sekolah berbeza. Rajah 16: Isu sekolah vernakular yang menjadi cabaran utama kepada perpaduan.
Keadaan ini berlarutan hingga sekolah menengah dan seterusnya di universiti. Contohnya, isu polarisasi pelajar yang berlaku di insitusi pengajian tinggi awam boleh dilihat apabila etnik Melayu mendominasi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) manakala etnik Cina mendominasi Universiti Lim Kok Wing (Suzy Aziziyana Saili et al., 2018). Akibatnya, universiti yang didominasikan oleh satu kaum sebagai majoriti menyebabkan perpaduan semakin hilang. Apabila sekolah berdasarkan kaum, soal bahasa menjadi isu penting. Bahasa Kebangsaan, iaitu bahasa Melayu yang mempersatukan kaum tidak dikuasai dengan baik oleh bukan penutur asli bahasa tersebut. Namun demikian, sekolah vernakular menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam urusan rasmi dan pentadbiran. Inilah yang menghalang komunikasi antara kaum, sekali gus mengurangkan hubungan. Walaupun usaha telah dibuat untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam aktiviti pelbagai kaum, tetapi kejayaan dalam pelaksanaan dasar ini masih terhad. PENGARUH PENDIDIKAN
PENGARUH PENDIDIKAN Rajah 17: Pensyarah dan pelajar di IKTBN yang didominasi oleh kaum Melayu. Rajah 18: Bangunan Universiti Lim Kok Wing.
PENUTUP Kesimpulannya, kesepakatan rakyat yang berbilang kaum ini merupakan kayu ukur kepada pelaksanaan DKK. Pengaruh-pengaruh yang boleh menggugat keharmonian kebudayaan kebangsaan perlulah diatasi serta-merta untuk memperkukuhkan perpaduan. Hal ini kerana semangat kesatuan adalah prinsip yang ditekankan dalam Perlembagaan Malaysia (Mohd Hasrul Yushairi, 2015). Tegasnya, semua etnik di Malaysia perlu memahami dan mendukung Dasar Kebudayaan Kebangsaan sepenuhnya untuk membentuk identiti nasional yang bersatu. Kewujudan identiti nasional ini memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat melalui amalan perkongsian satu identiti kemalaysiaan. Pembentukan identiti nasional sangat penting untuk mengurangkan jurang antara kaum di Malaysia, di samping dapat memastikan visi kerajaan untuk membentuk masyarakat Malaysia Madani yang kukuh dapat direalisasikan.
RUJUKAN
RUJUKAN
RUJUKAN
RUJUKAN
sekian, terima kasih!