The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hfzhans02, 2021-06-06 22:06:34

PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN

E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KOD KURSUS:
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK TUGASAN:
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN

NAMA PENSYARAH:
PUAN FADHLINA MOHAMAD AHMAD

NAMA PELAJAR NO. PENDAFTARAN
HAFIZAH BINTI ANIS 05DEE20F1025

NURUL AMIRA AQMAL BINTI SAFIAN 05DEE20F1006

NUR SYAFIQAH IZZATI BINTI ZAIDI 05DEE20F1085

NUR SHAFINA BINTI SHADAN 05DEE20F1082

PROGRAM & KELAS: DEE2-S2
SESI: DISEMBER 2020

1

BARISAN E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NAMA PENSYARAH: PUAN FADHLINA MOHAMAD AHMAD

HAFIZAH BINTI ANIS NURUL AMIRA AQMAL
05DEE20F1025 BINTI SAFIAN

05DEE20F1006

NUR SYAFIQAH IZZATI NUR SHAFINA BINTI
BINTI ZAIDI SHADAN

05DEE20F1085 05DEE20F1082

Isi Kandungan PERKARA MUKA
PENGHARGAAN SURAT
Unit
1
1.0

2.0 OBJEKTIF 2
3-4
3.0 PENGENALAN 5-6
7-8
4.0 ETNIK - TAHAP KEETNIKAN, BATAS ETNIK, 9-10
HUBUNGAN SOSIAL RENTAS ETNIK 11-12
13
5.0 ALAT PENYATUPADUAN – TAWAR MENAWAR, 14-15
PERUNDINGAN DAN PENGANTARAN 16

6.0 CABARAN-CABARAN DALAM
MENYATUPADUKAN ETNIK DI MALAYSIA

7.0 KEJAYAAN MALAYSIA SEBAGAI MASYARAKAT
MAJMUK

8.0 USAHA-USAHA DALAM MEMBENTUK
KESEPADUAN DI MALAYSIA

9.0 KESIMPULAN

10.0 RUJUKAN

1.0 PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah
kurniaan dan rahmatnya dapat kami selesaikan tugasan ini dengan
penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan
Fadhlina Mohamad Ahmad yang merupakan pensyarah
Matapelajaran Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU 21032), atas
kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga telah
memberi bimbingan kepada kami sepanjang proses pembentukan
tugasan ini berlangsung. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat
ibu bapa kami yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada
kami dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.
Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada rakan-
rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu
yang dapat kami rungkaikan bersama sepanjang kami menyiapkan
tugasan ini. Sikap kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan teryata
membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang
diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, kami tidak akan dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

1

2.0 OBJEKTIF
• Menghuraikan proses penyatupaduan yang

diusahakan.
• Memahami konsep dan etnik di Malaysia.
• Mengaplikasikan penyatupaduan dalam

kalangan rakyat di Malaysia.

2

3.0 PENGENALAN

Satu proses penyatuan penduduk berbilang etnik
yang mempunyai budaya masing-masing di bawah satu
bentuk identiti nasional yang khusus tetapi yang dapat
diterima oleh hampir semua golongan etnik di negara
ini.

Usaha proses penyatupaduan oleh kerajaan ialah
dengan terbinanya satu model integrasi kesepaduan
nasional yang dinamakan sebagai Indeks Perpaduan
Nasional 2018 (IPNas). Model ini menyenaraikan tiga
perkara utama sebagai asas dalam menentukan indeks
perpaduan iaitu PERPADUAN, KESEPADUAN dan
PENYATUPADUAN. IPNas merupakan rujukan untuk
mencipta usaha membina tapak integrasi dengan
menggunakan panduan Mengenalpasti Kategori Defisit
Sosial untuk memperbaiki kekurangan tersebut.

Defisit sosial dalam masyarakat adalahsuatu
kerencam yang tidak boleh dielakkan. Usaha membina
tapak integrasi secara “top-down” dan “bottom down”
perlu aktif dan proaktif menerusi peranan kerajaan dan
rakyat.

3

TERAS UTAMA INDEKS PERPADUAN NASIONAL 2018
(IPNas)

4

4.0 ETNIK - TAHAP KEETNIKAN, BATAS ETNIK,
HUBUNGAN SOSIAL RENTAS ETNIK

Etnik bermaksud ialah sesuatu yang berkenaan
bangsa manusia. Etnik dapat didefinisikan melalui
perbezaan budaya seperti adat resam, pola keluarga,
pakaian, pandangan melalui kecantikna, hiburan.
Orientasi politik, ekonomi mahupun Konsep etnik ini
juga merupakan sekelompok manusia yang
mengamalkan budaya seragam termasuklah adat
resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.

Selain itu, konsep etnik mempunyai erti yang
berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa.
Ras dan bangsa memberikan penekanan pada
perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi iaitu keturunan
dan pertalian darah yang sama antara manusia. Dalam
konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat
pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan tetapi di
bawah sistem politik yang sama. Hubungan etnik pula
membawa maksud kewujudan pertalian antara etnik.

Berikut adalah komponen dalam IPNas yang
berkaitan dengan etnik iaitu konstruk tahap keetnikan,

5

konstruk batas etnik dan kontstruk hubungan sosial
rentas etnik.

Konstruk Tahap Keetnikan mempunyai 3 komponen
iaitu keetnikan, kemodenan dan kestabilan.

Konstruk Batas Etnik mempunyai 4 Komponen iaitu
material, status, tuntutan sosial dan tindakan gantian.

Konstruk Hubungan Sosial Rentas Etnik:
mempunyai 3 komponen iaitu hubungan etnik antara
individu, hubungan etnik dalam komuniti dan tahap
keaktifan penyertaan dalam institusi.

6

5.0 ALAT PENYATUPADUAN – TAWAR MENAWAR,
PERUNDINGAN DAN PENGANTARAN

Maksud alat penyatupaduan adalah satu usaha yang
berterusan pada peringkan setiap masyarakat untuk
menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak
integrasi berprinsipkan tawar-menawar, perundingan
dan mediasi. Menyingkap dari wasitah nirmala yang
seterusnya, alat penyatupaduan merupakan
kesepaduan yang sudah dicapai melalui tapak integrasi
yang dibina berasaskan prinsip tawar menawar,
perundingan dan mediasi. Namun proses kesepaduan
tersebut tercapai dengan tiga alat penyatupaduan yang
disebut oleh setiap masyarakat.

7

Tapak Integrasi adalah anak kunci kepada kesepaduan.
Proses-proses tapak integrasi berlaku melalui tindakan
berikut:

i. Kesepaduan Dari Atas Ke Bawah

a) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang bersifat kelompok
dan strategik.

b) Wujud semenjak 1970, bilangan ahli mencecah lebih
kurang 8500 ahli di seluruh negara.

c) Terus mekar & matang, bermula dari orientasi sekuriti
ke agen pembangunan.

ii. Bawah Ke Atas

a) Peranan NGO sebagai pengagih habuan pembangunan.
b) NGO sebagai agen pemantauan pelaksanaan program

untuk kaum minoriti.

iii. Inisiatif Akar Umbi

a) Pelaksanaan Street Wedding' iaitu majlis perkahwinan
rakyat yang berlangsung di seluruh negara setiap hujung
minggu.

b) Inisiatif kelompok akar umbi paling berkesan tanpa
penglibatan langsung pemerintah.

8

6.0 CABARAN-CABARAN DALAM
MENYATUPADUKAN ETNIK DI MALAYSIA

Di sebalik kejayaan negara kita dalam membentuk
dan mengeratkan hubungan dan hubungan yang baik
dikalangan etnik yang menjadi rakyat Malaysia, masih
terdapat sedikit kepincangan dalam pembentukan dan
pemeliharaan hubungan ini. Terdapat beberapa faktor
yang menimbulkan konflik dan ancaman dalam
masyarakat kita.

Faktor yang pertama ialah perbezaan unsur budaya.
Perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat ini
sememangnya tidak dapatdielakan kerana setiap kaum
mempunyai kebudayaan mereka sendiri yang menjadi
identiti mereka.

Faktor kedua ialah dari segi jarak sosial yang wujud
akibat kurang interaksi. Faktor ini timbul akibat
kekangan bahasa yang membataskan interaksi bangsa
yang berlainan bahasa. Ini wujud bukan sahaja kerana
tidak memahami bahasa lain.

9

Faktor ketiga ialah perbezaan tempat tinggal dan
pekerjaan juga telah mengakibatkan kurang interaksi
antara kaum. Ini berlaku apabila tempat tinggal dan
pekerjaan adalah mengikut kaum dimana percaya atau
tidak perkara ini masih wujud.

Faktor keempat ialah wujudnya, kekeliruan dan
kesamaran tentang sesuatu isu dalam negara. Ini boleh
menimbulkan salah faham jika kerajaan tidak
mengambil langkah segera untuk menerangkan sesuatu
isu. Ini bagi mengelakan pihak tidak bertanggungjawab
mengambil peluang ini untuk mencemari minda dan
pemikiran rakyat masyarakat.

Faktor kelima ialah keengganan membuka dunia
sosial kepada masyarakat lain. Mereka merasakan
identiti bangsa mereka akan tercemar jika memberi
ruang kepada kaum lain dalam budaya mereka.

10

7.0 KEJAYAAN MALAYSIA SEBAGAI MASYARAKAT
MAJMUK

Kejayaan atlet negara meraih pingat dalam Sukan
SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan sokongan rakyat
pelbagai kaum terhadap pasukan kebangsaan adalah
bukti perpaduan di negara ini masih utuh. Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, berkata
sukan berupaya memecah tradisi atau penguasaan
kaum serta etnik tertentu, selain mencetus semangat
patriotik.

Malaysia perlu dikenali bukan hanya makmur dari
segi ekonomi dan pembangunan, malah menjadi negara
beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan
budaya, sekali gus dapat bersama dalam suasana aman
serta hamoni.

Pendekatan integrasi menjadi tunjang agenda
perpaduan negara membolehkan masyarakat berbilang
bangsa dan agama hidup bersama-sama dalam suasana
harmoni di samping mengekalkan identiti dan ciri
bangsa masing-masing.

11

Perpaduan nasional menjadi misi penting bagi
negara. Ia merupakan kerangka bersifat komprehensif
yang akan mampu menterjemahkan sebaik mungkin
wajah kerencaman masyarakat majmuk Malaysia.
Keadilan, penerimaan dan toleransi menjadi nilai asas
kepada kerangka perpaduan nasional ini. Nilai itu
digarap dengan menjadikan Islam sebagai kayu ukur
utama mendukung agenda perpaduan nasional dalam
konteks Malaysia. Selain itu, ciri agama bersifat sejagat
sebenarnya amat penting dalam memastikan umat
Islam kekal menerajui usaha baik ini.

Kewujudan kesedaran dalam masyarakat usaha
membina peradaban dan mencapai status kemajuan
bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan
Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030,
seharusnya bertunjangkan persefahaman, tolak ansur
dan rasa hormat-menghormati.

12

8.0 USAHA-USAHA DALAM MEMBENTUK
KESEPADUAN DI MALAYSIA

Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan
agamanya. Setiap orang tidak akan dipaksa untuk
menganuti agama yang dipilih sebaliknya mereka bebas
untuk memilih agama yang dikehendaki.

Setiap orang haruslah menghormati hak agama
masing-masing. Mengelakkan pergaduhan atau
perselisihan faham yang akan timbul apabila sesuatu
individu yang menghina agama lain.

Masayarakat haruslah menjaga dan
mempertahankan agama masing-masing yang telah
diwarisi. Mengelakkan agama daripada lesap pada masa
yang akan datang supaya generasi depan masih
menganuti agama masing-masing.

Pihak swasta mestilah memenuhi peranannya iaitu
memberi dan menyalurkan maklumat yang betul
tentang isu-isu sensitif. Peranan ini dapat mengelakkan
dan membendung konflik antara parti-parti yang akan
merebak terhadap masyarakat.

13

9.0 KESIMPULAN

Dalam usaha mencapai status negara moden,
negara Malaysia akhirnya telah meletakkan perpaduan
nasional sebagai matlamat. Matlamat akhir proses
penyatuan ini adalah pembentukan satu bangsa
Malaysia yang terdiri daripada satu masyarakat
berbilang etnik yang bersatupadu, sejahtera, damai dan
memiliki identiti nasional tersendiri. Hal ini bukan sahaja
dilakukan untuk membentuk negara yang aman
makmur dan moden dalam semua aspek namun untuk
menjalinkan hubungan antara etnik yang harmoni dan
baik untuk menjangkau integrasi nasional.

Selain itu, masyarakat juga pasti sudah tidak asing
lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di
negara ini. “Rambut sama hitam, hati lain-lain”
merupakan peribahasa yang jelas menerangkan bahawa
walaupun manusia mempunyai warna rambut yang
sama tetapi pendapat dan keinginan mereka adalah
berbeza. Masyarakat sejahtera yang mempunyai
aspirasi yang sama dapat dicapai dengan mewujudkan
perpaduan kaum dalam kehidupan.

14

Seperti yang sedia maklum, Malaysia merupakan
sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat
majmuk dan harmoni. Agama telah mendidik kita untuk
beradab dan beretika bagi membina sesebuah tamadun
dan negara yang aman makmur.

15

10.0 RUJUKAN
1) Topik 4-Topik 6. (n.d.). Retrieved June 6, 2021, from

https://sites.google.com/view/mpu-21032-
etikaperadabanptss/topik-4-topik-6
2)GIG1013 Penghayatan Etika dan Peradaban (Bab 4 :
Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia). (2020,
December22).
https://www.youtube.com/watch?v=nlss1_ueGek
3)Buku Penghayatan Etika dan Peradaban versi
Politeknik Malaysia
4)Buku Pengajian Malaysia versi Politeknik Malaysia

16


Click to View FlipBook Version