The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nnasyuwa, 2023-12-05 10:17:07

ebook Kereta Misteri 6:20 Pagi

Buku Cerita Remaja

KERE TA M I S T E R I 6 : 2 0 P A G I Ninie Nasyu’wa


Penghantar Penulisan Buku Cerita Remaja Tugasan 1 Kumpulan O Disediakan oleh: Ninie Nasyu’wa Binti Abdullah (280366) Disediakan untuk: Madam Norzaliza Binti Ghazali 2


WATAK & PERWATAKAN Ninie Watak utama - Seorang remaja yang berusia 13 tahun baru memasuki sekolah menengah di kawasan bandar. Ibu Ibu tunggal - Ibu tunggal yang sudah 5 tahun menyara kehidupan dua orang anaknya seorang diri. Dina Rakan sekelas - Sahabat baik dan juga rakan sekelas Ninie yang sentiasa meluangkan masa bersama. 3


Setiap pagi Ninie akan menumpang rakannya iaitu Dina untuk ke sekolah bersama-sama. Jarak sekolah dari rumah Ninie hanyalah sepuluh minit sahaja berbanding jarak ke sekolah adiknya yang lebih jauh dari rumah. Oleh itu, setiap pagi ibu Ninie akan menghantar adiknya ke sekolah manakala Ninie perlulah menumpang rakannya. Hidup mereka bahagia meskipun hanya mendapat kasih sayang daripada seorang ibu. Ibu Ninie telah menjadi ibu tunggal selama lima tahun. Namun, perkara itu tidak menjadi halangan untuk ibunya kekal ceria setiap hari bersama anak-anaknya yang tersayang. 4


Tepat jam 6.20 pagi Ninie akan keluar dari rumah untuk menunggu Dina di bahu jalan. Memandangkan Ninie perlu menumpang rakannya maka dia perlulah bersiap lebih awal kerana rakannya akan tiba pada jam 6.30 pagi. Suasana di bahu jalan amat sunyi dek kedai-kedai masih tutup dan pelajar sekolah kebiasaannya akan keluar jam 7 pagi. Semasa Ninie menunggu rakannya, tiba-tiba ada sebuah kereta bercermin gelap yang tidak dikenali datang dengan perlahan, lampunya bersinar redup menghampiri Ninie yang sedang menunggu di bahu jalan. Ninie cuba untuk melihat sama ada dia kenal ataupun tidak pemandu kereta tersebut. Akan tetapi, cermin kereta yang gelap itu membuatkan Ninie tidak dapat melihat siapa yang memandu kereta tersebut dan menimbulkan rasa hairan yang menjadikan kereta itu misteri di matanya. Tidak lama kemudian, kereta misteri itu terus mengekori Ninie. Apabila kereta ibu Dina tiba, kereta misteri itu terus bergerak dan hilang dari pandangan. Kamus Pintar dek - kerana 5


Semasa di sekolah, Ninie menceritakan insiden kereta misteri tersebut kepada dina dengan penuh perincian dan antusiasme. Namun dina berpendapat bahawa kemungkinan kemunculan kereta misteri itu hanyalah secara kebetulan semata-mata dan dia cuba untuk menenangkan ninie. Kereta misteri itu mungkin menunggu seseorang ataupun sekadar lalu di situ sahaja. Meskipun begitu, ninie tetap bertekad untuk mencari jawapan terhadap kereta misteri itu, sementara dina mendengarkan dengan penuh perhatian dan siap membantu jika diperlukan. Kamus Pintar antusiasme - semangat 6


Keesokan harinya, memandangkan Ninie siap lebih awal maka dia merancang untuk keluar dari rumah lebih awal iaitu pada jam 6.15 pagi. Sewaktu Ninie berjalan ke bahu jalan, Ninie berasa lega dan sedikit tenang apabila kereta yang dianggap misteri itu tiada di bahu jalan pada pagi itu dan membuat kesimpulan bahawa mungkin benar kata dina kereta misteri tersebut hanya kebetulan semata-mata. Namun, tepat pada jam 6.20 pagi, tiba-tiba kereta misteri itu muncul lagi dan mengejutkan Ninie. Ini membuatkan Ninie kembali berasa takut kerana dia masih lagi tidak mengetahui siapakah pemilik sebenar kereta misteri itu. Ianya meninggalkan tanda tanya yang terus menghantuinya. 7


Pada hari ketiga, Ninie cuba untuk melewatkan waktunya untuk keluar dari rumah. Pada kali ini, dia cuba untuk keluar dari rumah pada jam 6.25 pagi dengan tujuan untuk melihat adakah kereta misteri itu akan muncul lagi. Ketika Ninie berjalan ke destinasinya, dari jauh kereta misteri itu sudah terlihat seperti menunggunya di bahu jalan tersebut. Maka tidak dapat dinafikan lagi, kereta misteri itu sentiasa muncul pada jam 6.20 pagi. Perasaan Ninie ketika itu bercampur baur dan meninggalkan satu tanda tanya yang besar dan rasa ingin tahu tentang hubungan antara dirinya dengan pemandu kereta misteri itu. 8


Setelah tiga hari berturut-turut diekori oleh kereta misteri, Ninie berasa takut dan tidak selamat. Sahabat baiknya, Dina menasihatinya untuk menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya. Dengan hati yang berdebar, Ninie menceritakan mengenai kereta misteri yang telah mengekorinya selama tiga hari berturut-turut ketika hendak pergi ke sekolah pada waktu pagi kepada ibunya. Selepas menceritakan kejadian itu, ibunya mengambil keputusan untuk segera ke balai polis yang berhampiran untuk membuat laporan tentang kereta misteri tersebut. Perbincangan antara ibu Ninie dan pihak polis adalah sehingga larut malam. Ketika di balai polis, “bolehkah kamu menceritakan dengan lebih terperinci mengenai kejadian itu?” tanya Pihak polis. Ninie menjawab “kereta itu bercermin gelap dan akan muncul pada jam 6.20 pagi ketika saya sedang berjalan kaki menuju ke bahu jalan untuk menunggu rakan saya tiba kerana kami ke sekolah bersama-sama.” Setelah selesai membuat laporan polis, mereka pulang ke rumah dan berharap agar pihak polis dapat membantu mengungkap misteri di sebalik pemilik kereta misteri tersebut. Kamus Pintar mengungkap - menjawab 9


Pada hari kejadian, Ninie diminta oleh pihak polis untuk keluar dari rumah seperti biasa iaitu pada jam 6.20 pagi untuk menunggu rakannya. Apabila muncul kereta misteri tersebut, Ninie berusaha untuk menarik perhatian pemandu kereta misteri itu dengan berjalan ke seberang jalan. Kereta misteri tersebut dengan pantas membuat pusingan U di depan sana untuk terus mengekori Ninie. Namun, kali ini pihak polis telah bersiap sedia untuk mengambil tindakan dengan membuat perangkap terhadap kereta misteri tersebut. Apabila kereta itu menghampiri Ninie, pihak polis segera mengepung kereta misteri tersebut. Polis berada di depan, belakang, kiri dan kanan kereta untuk memastikan bahawa kereta misteri tersebut tidak dapat melarikan diri. Kamus Pintar mengepung - mengelilingi 10


Polis menghalakan lampu ke tingkap kereta misteri tersebut. Pihak polis meminta kad pengenalan dan lesen kenderaannya. Ninie dan ibunya berada 50 meter dari kereta tersebut maka mereka masih tidak dapat melihat pemandu kereta tersebut. Apabila pihak polis menyuruh pemandu kereta misteri itu keluar dari kereta, ruparupanya pemandu kereta misteri itu merupakan seseorang yang sangat dikenali oleh Ninie dan ibunya. Pemandu kereta misteri itu ialah ayah kandung Ninie yang sudah lima tahun tidak berjumpa dan tanpa khabar berita darinya. Perasaan terkejut dan kebingungan menyelimuti Ninie dan ibunya. Mata mereka memandang antara satu sama lain dengan campuran perasaan antara kegembiraan kerana melihat ayahnya telah kembali, tetapi juga kebingungan tentang mengapa ayah Ninie tiba-tiba muncul setelah begitu lama hilang tanpa khabar berita. Ini telah menimbulkan banyak pertanyaan yang belum terjawab di benak fikiran Ninie dan ibunya. 11


Apabila disoalkan sebab mengapa ayah Ninie melakukan perkara tersebut, ayahnya dengan tenang menjawab,“ ayah memperhatikan dari jauh untuk memastikan kakak selamat ke sekolah setiap hari “. Penjelasan ini telah menyentuh hati Ninie dan ibunya. Meskipun ayahnya sudah lama tidak berjumpa akan tetapi dia masih mengambil berat akan keselamatan anak-anaknya. Setelah kejadian itu, setiap pagi Ninie dihantar oleh ayahnya ke sekolah. Kehadiran ayahnya memberikan rasa selamat dan aman bagi Ninie. Hal ini juga dapat mengurangi kekhuatiran ibunya kerana Ninie tidak perlu lagi menumpang rakannya atau berjalan bersendirian setiap pagi lagi. Kamus Pintar kekhuatiran - kebimbangan 12


Di bawah sinar matahari pagi yang hangat, Ninie bersama ayahnya menaiki kereta ke sekolah dan menuju ke pintu gerbang sekolah. Lantas Ninie berkata “ terima kasih ayah kerana menghantar kakak ke sekolah setiap pagi. Kakak gembira ada ayah di samping setiap pagi.” . Lalu ayahnya menjawab “ tak perlu berterima kasih sayang, itu tanggungjawab ayah. Ayah hanya ingin memastikan kakak selamat sampai ke sekolah.” Mereka berdua tertawa bersama. Akhirnya, kereta misteri 6.20 pagi telah terjawab dengan kehadiran ayahnya yang membawa kepada kegembiraan, mengisi ruang setiap perjalanan pagi Ninie dengan ketenangan dan kepastian daripada kehadiran seorang ayah yang setia. Kamus Pintar Lantas - Kemudian 13


Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan buku cerita remaja ini dengan penuh sukses. Sekalung penghargaan ingin saya ucapkan kepada pensyarah saya, Puan Norzaliza Binti Ghazali kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Tanpa bimbingan dan sokongannya maka tiada perkembangan bagi cerita ini. Malahan, kata-kata ini mungkin tidak akan terhasil dengan baik dan cerita ini tidak akan sejaya sekarang. Jutaan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada ibu kesayangan saya yang banyak memberikan sokongan moral dan galakan sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga, ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada rakanrakan yang turut memberi peringatan dan sebagai pemudahcara. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap kemusykilan umum yang saya utarakan. Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan teramat saya hargai. Biar jasa jadi kenangan. Sekian, terima kasih. KATA PENGHARGAAN 14


01. 02. 03. 04. NILAI DAN PENGAJARAN Kita mestilah berhati-hati walau dimana jua kita berada. Kita haruslah prihatin terhadap rakan rakan yang memerlukan bantuan. Kita hendaklah mengucapkan terima kasih apabila dibantu. Kita mestilah sentiasa mempunyai kasih sayang antara ahli keluarga. 15


Sinopsis Setiap pagi Ninie akan keluar dari rumah sepuluh minit awal untuk ke bahu jalan, menunggu rakannya untuk ke sekolah bersama-sama. Tepat 6.20 pagi akan muncul sebuah kereta misteri yang bercermin gelap mengekorinya. Semasa di sekolah, Ninie menceritakan perkara tersebut kepada rakan baiknya, Dina. Pada mulanya, mereka menyangka bahawa perkara ini hanyalah kebetulan tetapi hari demi hari berlalu, kereta misteri tersebut akan muncul pada waktu yang sama dan sentiasa mengekorinya. Ninie berasa takut dan menceritakan perkara tersebut kepada ibunya. Persoalannya siapakah pemilik kereta misteri tersebut? 16 halaman bercetak, 1080 patah perkataan Imbas untuk membaca ebook Kereta Misteri 6:20 Pagi


Click to View FlipBook Version