The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD AL HAFIZ BIN A AZIZ (JPN-TERENGGANU), 2025-12-16 21:24:32

GARIS PANDUAN PENULISAN SURAT RASMI

GARIS PANDUAN PENULISAN SURAT RASMI

KPN.100-1/7/1 (6)KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARAGARIS PANDUAN PENULISAN SURAT RASMI, MEMO PERHUBUNGAN, E-MEL DAN MINIT BEBAS DI KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA(PINDAAN 2024)Semua Ketua Jabatan/ Setiausaha Bahagian/ Ketua Unit,TUJUANGaris panduan penulisan surat rasmi, memo perhubungan, e-mel dan minit bebas(pindaan 2024) ini merupakan pindaan bagi Garis Panduan Penulisan Surat Rasmi, Memo Perhubungan, E-mel dan Minit Bebas dalam rujukan KPN.BKP.PA100-1/7/1(1) bertarikh 14 Februari 2022. Garis panduan ini dibangunkan sebagai panduan kepada warga Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam penyediaan surat rasmi, memo perhubungan, e-mel dan minit bebas mengikut tatacara yang betul, tepat, seragam serta mengikut keperluan semasa.LATAR BELAKANG2. Garis panduan penulisan surat rasmi, memo perhubungan, e-mel dan minit bebas (pindaan 2024) ini merupakan pindaan bagi menambah baik danmeningkatkan keberkesanan komunikasi dalaman dan luaran di KPN. Surat rasmi,memo perhubungan, e-mel dan minit bebas merupakan antara medium komunikasi utama untuk menyampaikan maklumat, arahan, keputusan, memohon maklumat, pertimbangan dan kelulusan. Kejelasan dan ketepatan isi kandungan surat rasmi,memo perhubungan, e-mel dan minit bebas serta penggunaan format yang seragam akan memudahkan penerima memahami mesej yang hendak disampaikan.3. Sehubungan dengan itu, garis panduan penulisan surat rasmi, memo perhubungan, e-mel dan minit bebas di KPN (pindaan 2024) ini dikeluarkan sebagaisatu inisiatif untuk membantu warga KPN meminimumkan masa, meningkatkan


2kualiti komunikasi dan memupuk budaya ketepatan. Garis panduan ini memberi fokus pindaan kepada perkara seperti yang berikut:i) Frasa pengakhiran dalam penulisan surat rasmi, memo perhubungan, minit bebas dan e-mel KPN;ii) Format serta elemen yang terkandung dalam surat rasmi Ketua Setiausaha, memo perhubungan dan minit bebas;iii) Contoh surat rasmi Ketua Setiausaha, memo perhubungan dan minit bebas sebagai rujukan.FRASA PENGAKHIRAN DALAM PENULISAN SURAT RASMI, MEMO PERHUBUNGAN, MINIT BEBAS DAN E-MEL KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA4. Setiap surat rasmi, memo perhubungan, minit bebas dan e-mel KPN hendaklah diakhiri dengan frasa pengakhiran penutup. Frasa “MALAYSIA MADANI” dan “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” perlu dipaparkan sebagai pengakhiran surat rasmi, memo perhubungan, minit bebas dan e-mel selepas ayat penutup. Contoh penggunaan frasa penutup “MALAYSIA MADANI” dan “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” dalam e-mel rasmi KPN adalah seperti di Rajah 1.Rajah 1: Penggunaan Frasa Penutup “MALAYSIA MADANI” Dan “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Dalam E-mel Rasmi KPN


3FORMAT SURAT RASMI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA5. Penulisan surat rasmi Ketua Setiausaha KPN hendaklah menggunakan ketetapan seperti yang berikut:i) Saiz Font: 12 – 14 (mengikut kesesuaian);ii) Jarak antara barisan bagi tajuk surat: 1.0 Spacingiii) Jarak antara barisan bagi kandungan surat: 1.0 – 1.15 Spacing(mengikut kesesuaian); daniv) Kedudukan teks: Justified.6. Contoh format surat rasmi Ketua Setiausaha KPN adalah seperti di Rajah 2.


4Rajah 2: Format Surat Rasmi Ketua Setiausaha KPNKepala Surat Ketua Setiausaha menggunakan kertas jenis conquerorberwarna krim (cream)Kata hormat dan gelaran kebesaran menggunakan jenis tulisan italicdengan bold contohnya seperti fontMonotype Cursive.Frasa pengakhiran surat “MALAYSIA MADANI” dan “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” menggunakan tulisan huruf besar dan bold sertapembuka dan penutup kata.


5PENULISAN MEMO PERHUBUNGAN7. Memo berperanan sebagai salah satu komunikasi rasmi tetapi lebih ringkas dan biasanya digunakan sebagai alat komunikasi bertulis dalam organisasi untuk berhubung secara rasmi. Penulisan memo tidak terikat kepada sesuatu bentuk seperti surat rasmi. Pemilihan bentuk memo terpulang kepada organisasi masingmasing.8. Ciri-ciri memo yang baik adalah seperti berikut:i) Maklumat yang hendak disampaikan perlu jelas;ii) Isinya perlu ringkas, tepat dan padat;iii) Memo perlu lengkap dengan maklumat;iv) Maklumat penerima, maklumat penghantar, nombor rujukan, tarikh, perkara, tandatangan dan sebagainya perlu dipaparkan; danv) Ciri-ciri surat rasmi boleh diaplikasikan dalam memo.FORMAT MEMO PERHUBUNGAN KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA9. Penulisan memo perhubungan KPN hendaklah menggunakan ketetapan seperti yang berikut:i) Saiz Font: 12ii) Saiz Font: 14 bagi memo perhubungan kepada YB Menteri dan YB Timbalan Menteri sahajaiii) Jarak antara barisan: 1.0 – 1.15 Spacing (mengikut kesesuaian); daniv) Kedudukan teks: Justified.10. Warna kertas bagi muka surat hadapan memo perhubungan KPN perlu disediakan mengikut Sektor di KPN. Warna kertas pada memo perhubungan ini ditentukan mengikut penghantar memo berkenaan. Muka surat kedua dan seterusnya hendaklah menggunakan kertas berwarna putih. Senarai warna muka surat hadapan memo perhubungan KPN adalah seperti berikut:i) Warna Pic (Peach)Memo perhubungan dari Pejabat Anggota Pentadbiranmenggunakan warna pic (peach) pada muka hadapan memo yang melibatkan Pejabat YB Menteri dan Pejabat YB Timbalan Menteri;ii) Warna Krim (Cream)Memo perhubungan dari Pejabat Ketua Setiausaha menggunakan warna krim (cream) pada muka hadapan memo;


6iii) Warna Kuning CairMemo perhubungan dari Pejabat/ Unit di bawah pentadbiran Ketua Setiausaha yang melibatkan Unit Komunikasi Korporat, Unit Audit Dalam, Pejabat Penasihat Undang-Undang dan Unit Integriti menggunakan warna kuning cair pada muka hadapan memo;iv) Warna Hijau MudaMemo perhubungan dari Sektor Perancangan dan Dasarmenggunakan warna hijau muda pada muka hadapan memo yang melibatkan Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha, Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Bahagian Kesepaduan Nasional, danBahagian Kolaborasi Strategik; sertav) Warna Biru MudaMemo perhubungan dari Sektor Pengurusan menggunakan warna biru muda pada muka hadapan memo yang melibatkan Pejabat Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Kewangan dan Pembangunan, Bahagian Akaun, Bahagian Pengurusan Maklumat, dan Bahagian Khidmat Pengurusan.11. Memo perhubungan berwarna digunakan bagi memudahkan urusan komunikasi dalaman. Memo perhubungan hendaklah disediakan dalam dua (2) salinan asal. Salinan pertama merupakan memo perhubungan berwarna dihantar kepada penerima manakala salinan kedua menggunakan kertas putih sepenuhnyayang perlu dikandungkan dalam fail yang berkenaan. Format penulisan memo perhubungan KPN adalah seperti Rajah 3.


7Rajah 3: Format Memo Perhubungan KPNSaiz Jata NegaraPanjang: 3.4 cmTinggi: 2.7 cmPosisi: CenteredKepala MemoSaiz font: 12Jenis font: Arial, huruf besar, bold, centeredPanggilan Hormat Penerima/ Kata SapaanTajuk MemoKandungan MemoSaiz font: 12Jenis font: Arial, JustifiedSpacing: 1.15Maklumat Perhubungan Pegawai, Tarikh dan Rujukan FailSaiz font: 10Jenis font: ArialMaklumat Penghantar dan PenerimaSaiz font: 12Jenis font: Arial, bold, Nama PegawaiSaiz font: 12Jenis font: Arial, bold dan huruf besarFrasa Pengakhiran Memo


8FORMAT MINIT BEBAS UNTUK PERTIMBANGAN DAN KELULUSANPENGURUSAN TERTINGGI KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA12. Format penulisan minit bebas untuk pertimbangan dan kelulusan Pengurusan Tertinggi KPN hendaklah menggunakan ketetapan seperti yang berikut:i) Saiz Font: 12ii) Jarak antara barisan: 1.0 – 1.15 Spacing (mengikut kesesuaian); daniii) Kedudukan teks: Justified.13. Minit bebas KPN hendaklah mengandungi elemen yang berikut:BIL. ELEMEN KETERANGAN1. TUJUAN Menerangkan secara jelas objektif yang ingin dicapai melalui penyediaan Minit Bebas iaitu untuk mendapatkan keputusan Anggota Pentadbiran dan Pengurusan Tertinggi KPN ke atas perkara/ permohonan yang dikemukakan2. LATAR BELAKANGMenerangkan dengan jelas perihal berhubung tajuk/perkara yang dimajukan termasuk matlamat dan latar belakang secara ringkas permohonan sama ada daripada Bahagian/Unit yang menyediakan minit bebas atau pihak ketiga berserta dokumen terperinci permohonan perlu disediakan sebagai Lampiran3. DASAR SEMASA Menyatakan dengan jelas punca kuasa berkaitan perkara/tajuk minit bebas yang disediakan seperti Perlembagaan, Akta, Arahan Pekeliling, Peraturan dan Garis Panduan Kerajaan yang sedang berkuat kuasa4. JUSTIFIKASI PERMOHONANMenerangkan secara ringkas mengenai rasional dan justifikasi permohonan berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pemohon


9BIL. ELEMEN KETERANGAN5. ULASAN JABATAN/ BAHAGIAN/ UNIT LAIN (Jika Berkenaan)Menyatakan secara ringkas ulasan/pandangan utama pihak ketiga yang berkaitan berhubung permohonan tersebut. Contohnya Agensi Pusat/Pelaksana, Pejabat Penasihat Undang-Undang. Ulasan terperinci pihak berkepentingan hendaklah disertakan sebagai Lampiran6. ULASAN BAHAGIAN/ UNIT (Penyedia Minit Bebas)Bahagian/ Unit menyatakan hasil analisis dan pandangan keseluruhan dengan mengambilkira ulasan/pandangan daripada pihak ketiga sebagai asas utama kepada syor yang akan dikemukakan untuk pertimbangan7. IMPLIKASI KEWANGAN(a) Menyatakan implikasi kewangan yang berbangkit kepada KPN, sama ada akan menggunakan peruntukan tahunan sedia ada (peruntukan Mengurus atau peruntukan Pembangunan).(b) Menyatakan jumlah peruntukan asal dan baki terkini peruntukan yang dimaksudkan.(c) Sekiranya memerlukan peruntukan tambahan atau pindaan peruntukan, ulasan daripada Bahagian yang berkaitan hendaklah diperolehi dan dokumen berkaitan disertakan sebagai Lampiran8. SYOR KEMENTERIAN(a) Menyatakan cadangan syor keputusan terhadap permohonan berkenaan untuk pertimbangan dan persetujuan Anggota Pentadbiran atau Pengurusan Tertinggi KPN.(b) Cadangan syor hendaklah dinyatakan secara objektif berdasarkan analisis dan justifikasi munasabah.(c) Bahagian Syor ini hendaklah dicetak di halaman yang sama, sekurang-kurangnya dengan ruangan tanda tangan pegawai yang memperakukan syor tersebut.


10BIL. ELEMEN KETERANGAN9. Penyedia Pegawai yang memulakan proses dan penyediaan draf awal Minit Bebas berdasarkan maklumat yang diterima daripada pemohon serta ulasan/pandangan pihak berkepentingan yang lain. Lazimnya Penyedia adalah Penolong Pegawai Tadbir atau Penolong Setiausaha.10. Penyemak Pegawai penyelia yang bertanggungjawab untuk menyemak draf awal Minit Bebas yang disediakan oleh Penyedia sebelum dikemukakan kepada Peraku untuk tindakan selanjutnya. Lazimnya Penyemak adalah Ketua Penolong Setiausaha.11. Peraku Pegawai yang bertanggungjawab untuk memperakukan cadangan syor mengenai keputusan Kementerian ke atas permohonan. Lazimnya Peraku adalah Setiausaha Bahagian atau Ketua Unit. Bagi perkara yang memerlukan keputusan Yang Berhormat Anggota Pentadbiran, peraku adalah Timbalan Ketua Setiausaha/ Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan).12. Penyokong Pegawai Penyelia kepada Peraku, iaitu Timbalan Ketua Setiausaha/ Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan). Bagi perkara yang memerlukan keputusan Yang Berhormat Anggota Pentadbiran, pegawai penyokong adalah Ketua Setiausaha Kementerian. 13. Pelulus Pegawai yang diberi kuasa untuk membuat sebarang keputusan ke atas perkara yang berkaitan dasar dan operasi Kementerian. Pelulus ialah YB Menteri Perpaduan Negara atau Ketua Setiausaha KPN bergantung kepada punca kuasa perundangan yang sedang berkuat kuasa.


11BIL. ELEMEN KETERANGAN14. Maklumat pegawaiMaklumat pegawai penyedia dan penyemak seperti nama, jawatan, nombor telefon hendaklah dinyatakan dalam ruangan yang disediakan bagi memudahkan komunikasi.15. Ruang tandatangan perakuRuang tandatangan peraku hendaklah berada pada muka surat yang sama dengan Bahagian Syor dalam minit bebas dan mengelakkan tandatangan Pelulus semata-mata di muka surat yang berasingan bagi mengelakkan risiko penyalahgunaan bagi tujuan yang lain. Dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan, tandatangan pelulus mestilah di muka surat yang sama dengan ruangan maklumat penyedia dan penyemak minit bebas.16. Lampiran Bagi Lampiran yang ingin dikepilkan, hendaklah disusun dengan cermat dan meletakkan nombor siri dan label secara teratur contohnya Lampiran A, B, C.17. Format tulisan(font)Jenis tulisan (font) adalah Arial, saiz 12 dengan jarak tulisan 1.15 spacing dan kedudukan teks adalah “justified” sepenuhnya.18. Nombor rujukan fail dan tarikhNombor rujukan fail dan tarikh hendaklah dicetak pada muka surat pertama menggunakan jenis tulisan Arial saiz 12.19. Nombor muka suratSetiap muka surat diberikan nombor muka surat pada bahagian tengah bawah muka surat menggunakan Arial saiz 12 dan footnoteberupa nombor rujukan fail di sebelah kiri bawah muka surat menggunakan jenis tulisan Arial saiz 9.


12BIL. ELEMEN KETERANGAN20. Dokumen terperingkatTaraf terperingkat TERHAD, SULIT, RAHSIA DAN RAHSIA BESAR perlu dicatatkan di ruangan kiri sebelah atas dan kanan di sebelah bawah setiap muka surat. Pengurusan dokumen terperingkat adalah berdasarkan Arahan Keselamatan yang berkuat kuasa.21. Sampul Kecil (Am 435A)Minit Bebas hendaklah diletakkan di dalam Sampul Kecil (Am 435A).14. Minit bebas KPN yang melibatkan implikasi kewangan perlu mendapatkan Pengesahan Peruntukan Kewangan daripada Bahagian Kewangan dan Pembangunan. Contoh format minit bebas Pengurusan Tertinggi KPN adalah seperti berikut:i) Rajah 4: Format Minit Bebas Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha/ Pejabat Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Untuk Kelulusan Anggota Pentadbiranii) Rajah 5: Format Minit Bebas Bahagian/ Unit Untuk Kelulusan Ketua Setiausahaiii) Rajah 6: Format Minit Bebas Bahagian/ Unit Untuk Kelulusan Timbalan Ketua Setiausaha/ Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan)


13Rajah 4: Format Minit Bebas Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha/ Pejabat Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Untuk Kelulusan Anggota PentadbiranPanggilan Hormat• Kata Hormat• Gelaran Kebesaran; atau• Gelaran Rasmi JawatanSaiz Jata NegaraPanjang: 3.4 cmTinggi: 2.7 cmPosisi: CenteredTajuk dan KandunganSaiz font: 12Jenis font: Arial, justifiedSpacing: 1.15Rujukan Fail dan TarikhSaiz font: 12Jenis font: ArialKepala Minit BebasSaiz font: 12 Jenis font: Arial, huruf besar, bold, dan centered


14Rajah 4: Format Minit Bebas Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha/ Pejabat Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Untuk Kelulusan Anggota PentadbiranTajuk Minit Bebas pada setiap muka surat, jenis font Aril saiz 9No. rujukan fail pada setiap muka suratjenis font Aril saiz 9Nombor Muka SuratSaiz font: 12Jenis font: ArialNama, Jawatan dan TarikhSaiz font: 12Jenis font: Arial, huruf besar dan bold pada nama sahajaNama, Jawatan dan TarikhSaiz font: 12Jenis font: Arial, huruf besar dan bold pada nama sahajaFrasa Pengakhiran Minit BebasSaiz font: 12Jenis font: Arial, huruf besar dan centered bold pada


15Rajah 4: Format Minit Bebas Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha/ Pejabat Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Untuk Kelulusan Anggota PentadbiranTajuk Minit Bebas pada setiap muka surat, jenis font Aril saiz 9No. rujukan fail pada setiap muka suratjenis font Aril saiz 9Nama, Jawatan dan TarikhSaiz font: 12Jenis font: Arial, huruf besar dan bold pada nama sahajaNombor Muka SuratSaiz font: 12Jenis font: Arial


16Rajah 5: Format Minit Bebas Bahagian/ Unit Untuk Kelulusan Ketua SetiausahaPanggilan Hormat• Kata Hormat• Gelaran Kebesaran; atau• Gelaran Rasmi JawatanSaiz Jata NegaraPanjang: 3.4 cmTinggi: 2.7 cmPosisi: CenteredTajuk dan KandunganSaiz font: 12Jenis font: Arial, justifiedSpacing: 1.15Kepala Minit BebasSaiz font: 12 Jenis font: Arial, huruf besar, bold, dan centeredRujukan Fail dan TarikhSaiz font: 12Jenis font: Arial


17Rajah 5: Format Minit Bebas Bahagian/ Unit Untuk Kelulusan Ketua SetiausahaNama, Jawatan dan TarikhSaiz font: 12Jenis font: Arial, huruf besar dan bold pada nama sahajaNama, Jawatan dan TarikhSaiz font: 12Jenis font: Arial, huruf besar dan bold pada nama sahajaTajuk Minit Bebas pada setiap muka surat, jenis font Aril saiz 9No. rujukan fail pada setiap muka suratjenis font Aril saiz 9Nombor Muka SuratSaiz font: 12Jenis font: ArialFrasa Pengakhiran Minit BebasSaiz font: 12Jenis font: Arial, huruf besar dan centered bold pada


18Rajah 5: Format Minit Bebas Bahagian/ Unit Untuk Kelulusan Ketua SetiausahaTajuk Minit Bebas pada setiap muka surat, jenis font Aril saiz 9No. rujukan fail pada setiap muka suratjenis font Aril saiz 9Nombor Muka SuratSaiz font: 12Jenis font: ArialNama, Jawatan dan TarikhSaiz font: 12Jenis font: Arial, huruf besar dan bold pada nama sahaja


19Rajah 6: Format Minit Bebas Bahagian/ Unit Untuk Kelulusan Timbalan Ketua Setiausaha/ Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan)Panggilan Hormat• Kata Hormat• Gelaran Kebesaran; atau• Gelaran Rasmi JawatanSaiz Jata NegaraPanjang: 3.4 cmTinggi: 2.7 cmPosisi: CenteredTajuk dan KandunganSaiz font: 12Jenis font: Arial, justifiedSpacing: 1.15Rujukan Fail dan TarikhSaiz font: 12Jenis font: ArialKepala Minit BebasSaiz font: 12 Jenis font: Arial, huruf besar, bold, dan centered


20Rajah 6: Format Minit Bebas Bahagian/ Unit Untuk Kelulusan Timbalan Ketua Setiausaha/ Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan)Nama, Jawatan dan TarikhSaiz font: 12Jenis font: Arial, huruf besar dan bold pada nama sahajaNama, Jawatan dan TarikhSaiz font: 12Jenis font: Arial, huruf besar dan bold pada nama sahajaTajuk Minit Bebas pada setiap muka surat, jenis font Aril saiz 9No. rujukan fail pada setiap muka suratjenis font Aril saiz 9Nombor Muka SuratSaiz font: 12Jenis font: ArialFrasa Pengakhiran Minit BebasSaiz font: 12Jenis font: Arial, huruf besar dan centered bold pada


21Rajah 6: Format Minit Bebas Bahagian/ Unit Untuk Kelulusan Timbalan Ketua Setiausaha/ Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan)Tajuk Minit Bebas pada setiap muka surat, jenis font Aril saiz 9No. rujukan fail pada setiap muka suratjenis font Aril saiz 9Nombor Muka SuratSaiz font: 12Jenis font: ArialNama, Jawatan dan TarikhSaiz font: 12Jenis font: Arial, huruf besar dan bold pada nama sahaja


22TARIKH KUATKUASA15. Garis Panduan Penulisan Surat Rasmi, Memo Perhubungan, E-mel dan Minit Bebas di KPN (Pindaan 2024) ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.PEMBATALAN16. Dengan berkuatkuasanya garis panduan ini, Surat Edaran KSU KPN:Pindaan Frasa Pengakhiran Surat Dalam Garis Panduan Penulisan Surat Rasmi, Memo Perhubungan, E-mel Dan Minit Bebas dalam rujukan KPN.BKP.PA.100-1/7/1(2) bertarikh 29 Jun 2022 adalah dibatalkan.PEMAKAIAN17. Garis panduan ini dipanjangkan kepada semua Jabatan di bawah KPN untuk pemakaian termasuk Jabatan di peringkat negeri. PEKELILING-PEKELILING BERKAITAN DENGAN PENULISAN SURAT RASMISURAT RASMI, MEMO PERHUBUNGAN, E-MEL DAN MINIT BEBAS1. Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2013 – Penyeragaman Format Kepala Surat Bagi Kementerian/ Jabatan/ Agensi Persekutuan2. Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 5 Tahun 2014 –Panduan Penulisan Surat Rasmi, Memo dan E-mel3. Panduan Pengurusan Rekod Sektor Awam, Arkib Negara Malaysia (2016)4. Surat Edaran JPA.BPP(S)193/6/84 Jld.4(3) bertarikh 20 September 2018 –Penggantian Frasa “Saya Yang Menurut Perintah” Dengan Frasa “Saya Yang Menjalankan Amanah” Dalam Urusan Penyediaan Surat Kerajaan5. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian PO.1.1.1 –Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Melayu (2022)6. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian PO.1.1.2 –Panduan Pengurusan Pejabat (2022)7. Sukat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2022 – Penggunaan Jata Persekutuan bertarikh 17 Januari 20228. Surat Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) JPA.100-1/4/1(11) bertarikh 15 Februari 2023 – Penggunaan Frasa “MALAYSIA MADANI” dalam Urusan Penyediaan Surat KerajaanDisediakan oleh:Bahagian Khidmat Pengurusan25 September 2024


Click to View FlipBook Version