1
2
ISI KANDUNGAN: KANDUNGAN MUKA SURAT SEJARAH RINGKAS KAUM BIDAYUH 4 PENEMPATAN KAUM BIDAYUH 5 , 6 GAYA BAHASA KAUM BIDAYUH 7 ALAT MUZIK KAUM BIDAYUH 8 TARIAN DALAM MASYARAKAT KAUM BIDAYUH 9 PAKAIAN KAUM BIDAYUH 10 AGAMA KAUM BIDAYUH 11 MAKANAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH 12 3
SEJARAH RINGKAS KAUM BIDAYUH Menurut (Rumadi, 2021) Sarawak mempunyai pelbagai suku kaum seperti kaum Bidayuh salah satu suku kaum dalam puluhan kaum yang mendiami bumi kenyalang negeri Sarawak ini. Pada asalnya Bidayuh, 'Bi' bermaksud orang manakala 'Dayuh' bermaksud darat dan secara dasarnya bidayuh itu adalah orang darat seperti yang disebut oleh orang Eropah ketika zaman dahulu bagi membezakan orang Bidayuh dengan masyarakat Iban (Dayak Laut) kerana pada ketika dulu masyarakat Iban sudah mahir menggunakan perahu. 4
PENEMPATAN KHUSUS KAUM BIDAYUH Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan Barat Daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di Barat Kalimantan. Pada ketika dahulu masyarakat Bidayuh telah mendiami rumah panjang yang terletak di Kawasan yang tinggi di pedalaman. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh musuh demi keselamatan mereka. Struktur rumah panjang bagi etnik Bidayuh juga berbeza dari masyarakat Iban di mana masyarakat Bidayuh menggunakan daun rumbia atau sagu untuk membuat atap rumah dan dinding pula menggunakan buluh kemudian lantai rumah diperbuat daripada papan atau buluh serta kayu berlian untuk tiang rumah. Secara lazimnya, rumah panjang kaum Bidayuh terdiri daripada tiga bahagian iaitu bilik utama, ‘awah’ (beranda) dan ‘tanju’ tempat untuk menuai padi, sidai pakaian atau tempat untuk mengeringkan barang dan sebagainya. Kebiasaanya pula dalam bilik kaum Bidayuh akan menyimpan barang berharga mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan banyak lagi Lundu Homestay (2018). 5
Kampung Tematu Simorang Kampung Bumbok Kampung Sudat Kampung Semeba Kaum Bidayuh ini boleh ditemui dikawasan perkampungan berdekatan dengan bandar Kuching 6
GAYA BAHASA KAUM BIDAYUH Bahasa Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa-bahasa yang lain yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya, bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Hal ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi dengan satu sama lain sekiranya mereka adalah suku atau dari daerah yang berlainan. suku Bidayuh dari kawasan Serian menyebut "makan" ialah "ma-an" suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula menyebut "makan" sebagai "man". 7
ALAT MUSIK KAUM BIDAYUH Kaum Bidayuh juga mempunyai alat muzik tradisional yang tersendiri. Antara alat muzik tradisional kaum Bidayuh ialah Silutuong, Kirunchong, Gendang Dumbak, Beduk Panjang dan Gong. Alat-alat muzik tradisi tersebut diguna pakai oleh kaum Bidayuh mengikut kawasan. 8
TARIAN DALAM MASYARAKAT BIDAYUH Langgie Pingadap Tarian yang dipersembahkan bertujuan menyambut tetamu yang datang sebagai pembuka majlis. Tarian ini juga berkaitan dengan budaya padi dan sering dipersembahkan pada Hari Gawai Dayak. Rejang Beuh Tarian yang sering dipersembahkan oleh kaum Bidayuh selepas musim menuai sebagai hiburan untuk tetamu di rumah panjang. Tarian ini juga dikenali sebagai Tarian Helang. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka seakan-akan meniru pergerakan helang yang mengepakkan sayapnya. Tolak Bala Tarian yang dipersembahkan untuk meminta keberkatan dan perlindungan daripada roh jahat. Langi Julang Tarian yang dipersembahkan oleh Kaum Bidayuh semasa penutupan festival menuai. Tarian ini diadakan bertujuan berterima kasih kepada Tuhan kerana telah mengurniakan kesihatan dan kekayaan . 9
PAKAIAN KAUM BIDAYUH Sipiah dari 3 warna iaitu hitam, merah dan putih dihias dengan manik, labuci dan syiling perak. Jipo pendek dan skirt bidang diperbuat daripada satin rona hitam berhias Sigah atau tanjak ialah sekeping kain segi empat dalam berbagai bentuk mengikut daerah pemakai. Warna utama pakaian tradisional kaum Bidayuh ialah hitam kerana melambangkan kekuasaan. Jipo Boyuh diperbuat daripada kulit kayu dan kain satin yang dihiasi pita merah dan putih. Hiasan yang digunakan : - waktu sekarang seperti manikmanik plastik, benang emas dan perak. - waktu dahulu dibuat daripada batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri. 10
11 Agama Kaum Bidayuh Kristian Islam Zaman dahulu, masyarakat bidayuh juga turut percaya terhadap kepercayaan animisme tetapi pada masa kini, rata-rata masyarakat Bidayuh Sarawak sekarang menganuti agama kristian, segala bentuk pemujaan sudah lama ditinggalkan sebaliknya upacara sembahyang mengikut lunas-lunas agama Kristian pula menggantikannya. Animisme
12 Asam siok ini merupakan beras yang dimasak bersama ayam dan menggunakan buluh sebagai salah satu bahan utama. Ia merupakan antara makanan tradisi makanan Bidayuh yang begitu terkenal. MAKANAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH Kasam ikan atau pekasam biasanya dibuat menggunakan ikan air tawar. Ia begitu popular di kalangan masyarakat Melayu serta masyarakat Bidayuh di Sarawak. Nama lain makanan ini adalah gires. Ayam kacang ma merupakan hidangan yang begitu unik serta dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan. Ia juga sering dijadikan menu semasa wanita dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak. Hidangan ini dikatakan mampu memperbaiki peredaran darah seseorang, memperbaiki sistem kardiovaskular termasuklah diuresis.
13