The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nnurainsya12, 2022-06-13 01:01:16

TOPIK 4

PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA

NEGARAKU

PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :

1. NUR'AIN SYAKIRAH BT ARSINUAN (18DDS21F2022)
2. NUR AIYANI BT IZMADY (18DDS21F2042)
3.JAYASHRE A/P GOBINATHAN (18DDS21F2018)
4. MUHAMMAD AFNAN SHAKIR BT SHAMSUDIN (18DDS21F2040)

Isi Kandungan

PENGENALAN

4.1 MATLAMAT PERPADUAN YANG DIIDAMKAN
a. Detik Perpaduan
b. Detik Perbezaan

4.2 TAHAP KESEPADUAN YANG DICAPAI
a. Kesepaduan Nasional
b. Kesepaduan Sosial -Defisit Sosial
c. Etos Nasional

4.3 PROSES PENYATUPADUAN YANG DISUSAHAKAN
a. Etnik-Tahap Keetnikan, Batas Etnik,
Hubungan Rentas Etnik
b. Alat Penyatupaduan -Tawar-menawar,
Perundingan dan Pengantaraan

Penghargaan

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera, bersyukur ke hadrat ilahi

kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja
kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan
kepada En. Hamdan bin Zakaria , Pensyarah Matapelajaran Penghayatan
Etika Dan Peradaban (MPU21032), di atas kesudian beliau memberi
tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang
proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, Tidak lupa juga peng-
hargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari
segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami
juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai
sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjuk-
kan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami
menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak,
tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna

Pengenalan

Kefahaman tentang pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat

kepelbagaian dibincangkan bagi meningkatkan penghayatan etika dan
peradaban ke arah pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia.
Peradaban acuan Malaysia perlu dikupas serta diperdebatkan dalam aktiviti
akademik berpandukan Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi dan
wahana etika dan peradaban. Pembinaan kesepaduan nasional amat dipengaruhi
oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang
kompleks. Oleh kerana itu, penghayatan etika dan peradaban menzahirkan
perilaku tanggungjawab sosial dan digerakkan pada peringkat individu,
kelarga, komuniti, masyarakat, dan negara. Justeru, perubahan yang berlaku
dalam masyarakat dan pembangunan langsung ekonomi telah membawa cabaran
baru dalam mengukuhkan kelestarian etika dan peradaban di Malaysia

Sebaik-baik tempat hubungan antara kaum itu
dapat dijalinkan adalah di alam persekolahan
― Sultan Nazrin Shah

Matlamat Perpaduan yang Diidamkan

Perpaduan merupakan salah satu aspek penting bagi setiap negara. Matlamatnya adalah agar

setiap bangsa dan negara dapat hidup dengan harmoni dan tenteram tanpa perkara yang dapat
menggugat keamanan. Rakyat tidak akan dapat hidup dengan selesa dan negara akan bergolak
setiap masa akibat tiadanya keamanan. Hal ini dapat dilihat di negara-negara yang bergolak apabila
peperangan sentiasa berlaku dan rakyat hidup dalam keadaan bergantung kepada bantuan luar.
Kanak-kanak, perempuan dan orang tua menjadi mangsa kebuluran serta hidup dalam serba keku-
rangan. Daripada yang diterangkan tadi, kita dapat lihat bahawa pentingnya untuk kita membina dan
memupuk perpaduan agar menjadi sesuatu budaya dan amalan kehidupan oleh setiap rakyat dalam
negara ini.

Detik Perpaduan

Detik perpaduan adalah saat yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Antara
detik perpaduan adalah seperti berikut









N y a n yKi a ne bDa j i kaann L a k o n a n

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaumSumyabenrg: mempunyai pelbagai adat resam dan seni warisan untuk
menggambarkan identity masing-masing. Ramai penyanyi yang telah mengeluarkan lagu mengenai perpaduan.

https://fkp.usim.edu.my/cakna-kebajikan-kanak-kanak-ketika-bencana/

Antara lagu yang kita selalu nyanyi dari tadika lagi adalah lagu Negaraku. Salah satu lagu yang menunjukkan identi-
kthiaonMNrhmeeamglaabatmaranaaktnuMarnouarmallaanaggyhusywiaatane.lgarAusmeppebuamnubetjiir.rllaaunklataengrsbueabniuntutiaadndaijmulaghaadidnaakrpiaaantgm,amseemacduaaprnuakbsaspnifogastnaptbaerenpr,laardinauakanny.adCtaolanamktoahdnliarbii.neSdredbiaaimrgiabiimlcoaednnatoulahnh, jmguoektmoknbagan-nrtobuyajoihrnaagnw. maemmbeerreskiha-

Kita juga boleh membantu dari segi kewangan atau keperluan. Contohnya, memberi bantuan dengan cara menderma ke tabung khas untuk
masyarakat yang ditimpa bencana. Memberi keperluan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk memerlukan.

.

NyanyKianebDudaaynanLakonan

Sumber :

Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Oleh itu, Malaysia mempunyai kepel-
bagaian budaya dan cara hihdtutpps:/y/aanrgecabbeorobkesz.cao.mA/p20a2b1/il0a4/ti1b4a/ncayna-mhaakr-iyponegr-asyuarvainve,-saenmothuear-adgecaamdea/ akan meraikannya. Con-
tohnya semasa perayaan Tahun Baru Cina, kita dapat turut menghadiri di majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh
orang Cina. Di situ juga kita dapat mempelajari tentang budaya kaum lain..

KMebaukdaanyaanan

Sumber :
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1947937

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman, antaranya
SMeamlayusaiajemneirsupmakaaknanneagnarianyiadnigmtearkdairni doalreiphadseatpiaelpbabgaainkgasuamddiaMn aaglaamysai.aOtlaehnpitua, mMealnagysiiraamruemppaudnayani wkeaprenlbaagkauialnitb. uHdaayl aindiaanmcaarat
bhiadiukpuynantugkbeprbeenzya.aAtupaabnilsaetimbaunayabhaanrigpsearadyiaaMn,asleamyusaiaa.gSaemma aukaanbmanegrasiakadnnayna.aCgoanmtoahnpyaassteinmyasaatpeelraahyamaneTraahsaunnBaasriulCeminaa,kkiktaedraapnaat
ituarnuytamemngehruadpiraikdai nmaljalims rbuimnagh nteerbguakraayManagldaiyansijuar,kmanaollaehh onraenggaCrainalu. Dari sjiutugjaugtaukriutatdmapeartamseammpealakjaarni atenntaMngalbauydsaiyaa iknaiu.mSleabina.g. ai
rakyat Malaysia, kita perlu bangga dengan kejayaan ini.

Makanan

Detik Perbezaan

Sumber :
https://www.hmetro.com.my/taxonomy/term/2057/2019/05/452059/sajian-tema-muhibah-di-bufet-souq-dinner-bazaar
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman, antaranya
Semua jenis makanan ini dimakan oleh setiap bangsa di Malaysia tanpa mengira rupa dan warna kulit. Hal ini amat baik untuk penyatuan
semua bangsa di Malaysia. Semua bangsa dan agama pastinya telah merasa nasi lemak kerana ianya merupakan lambing negara Malaysia,
malah negara luar juga turut merasa makanan Malaysia ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bangga dengan kejayaan ini.

Sambutan Perayaan

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Setiap kaum mempunyai perayaan
masing-masing. Oleh itu, dalam perayaan di Malaysia, detik perbezaan dapat dilihat dengan jelas kerana perayaan
biasanya berkaitan dengan budaya dan agama pelbagai agama. Tetapi ini tidak dapat dianggap sebagai perbedaan
yang mengancam perpaduan negara, kerana setiap budaya dan agama mempunyai ciri khasnya sendiri. Setiap war-
ganegara perlu berfikiran terbuka dan berfikiran terbuka ketika menghadapi perayaan festival sebagai perayaan tahu-
nan semua kaum di Malaysia.

Melayu

Orang Melayu akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal tahun Hijrah. Sebulan sebelum Hari Raya Aidil-
fitri adalah bulan Ramadhan dimana setiap muslim harus berpuasa dari matahari terbit hingga matahari terbenam.
Mereka tidak boleh makan dan minum sehingga matahari terbenam.

Pada Hari Raya Aidilfitri, Muslim saling bermaaf-maafan dan akan memakai pakaian tradisional yang berwar-
na-warni untuk berdoa atau mengunjungi saudara-mara dan rakan-rakan, dan juga untuk mengeratkan ikatan silatur-
rahim.

Asal Hari Raya
Aidiltitri

Apabila Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, didapati pada masa itu, masyarakat Arab Jahiliyah ada menyambut
perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada nenek moyang mereka. Terdapat dua jenis perayaan iaitu
perayaan Nairuz dan Mahrajan. Pada zaman itu, setiap kaum mempunyai hari raya masing-masing. Rasulullah s.a.w
memberitahu orang Arab di Madinah bahawa Islam menggantikan dua perayaan yang mereka rayakan dengan dua
hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri. Kalimah ‘Fitri’ bermaksud
kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Cina

Salah satu perayaan yang disambut oleh kaum Cina ialah Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina disambut pada hari
pertama setiap tahun mengikut kalender Cina. Terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan dan pesanan-
nya.

Pada malam sehari sebelum Tahun Baru Cina, ahli keluarga akan berkumpul untuk upacara makan besar. Selepas
makan, semua ahli keluarga akan menjalankan upacara ‘shou sui’ kerana mempercayai akan memanjangkan umur
seseorang. Pada pukul 12.00 malam, mercun dan bunga api akan dinyalakan bermaksud Tahun Baru Cina bermula.
Tahun Baru Cina biasanya berlangsung selama 15 hari.

Pada hari Tahun Baru Cina, orang cina akan menziarahi ke rumah saudara mara dan mengucapkan ‘gong xi fa cai’
kepada orang lain. Orang Cina akan memakai pakaian baharu tetapi mengelakkan memakai pakaian yang berwarna
hitam kerana bermaksud tidak beruntung. Para penatua akan memberi ‘ampau’ kepada generasi muda yang mewaki-
li berkat kepada generasi muda. Selain itu, mereka juga akan mengajak saudara-mara dan rakan-rakan ke rumah
mereka.

Asal Tahun Baru
Cina

Legenda mengatakan bahawa di China purba mempunyai seekor raksasa yang disebut ‘nian’. Ia hidup jauh di
bawah laut selama bertahun-tahun. Pada malam sehari sebelum Tahun Baru Cina, ia akan naik ke darat untuk makan
haiwan dan juga membahayakan nyawa manusia. Ia membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan
kesengsaraan. Oleh itu, manusia mencari cara untuk membunuh ‘nian’. Akhirnya, mereka mengetahui ‘nian’ paling
takut warna merah, api dan letupan. Sejak itu, pada setiap Tahun Baru Cina, setiap keluarga akan memasang kopet
merah dan menyalakan mercun.

India

Perayaan yang disambut oleh kaum India ialah Deepavali. Deepavali adalah perayaan Hindu yang bermaksud
"menghalau kegelapan dengan cahaya dan mengalahkan kejahatan dengan kebaikan".

Seperti orang Cina, mereka juga akan mengunjungi ke rumah saudara-mara dan rakan-rakan. Namun, mereka
akan pergi ke kuil untuk berdoa dahulu sebelum pergi ke rumah para penatua.

Untuk menyambut Deepavali, orang India akan melakukan pembersihan umum untuk membersihkan kediaman
mereka. Keluarga India juga akan membeli beberapa lampu atau hiasan yang dirancang secara unik berdasarkan
corak pencahayaan untuk menghias rumah.

Untuk meraikan Deepavali, orang India juga akan memakai pakaian baharu. Lelaki memakai Jippa manakala
wanita memakai pakaian gaya Sari atau Punjabi. Gadis kecil biasanya memakai Pavadai. Seperti orang Cina, orang
India juga mengelakkan memakai pakaian hitam pada Hari Deepavali, kerana ini adalah warna yang tidak beruntung.

Asal Deepavali

Legenda mengatakan bahawa pada zaman dahulu, ada iblis Narakasura di India. Di bawah pemerintahannya,
kehidupan manusia sangat menyakitkan, dan manusia tidak mempunyai mata pencarian. Kemudian, dewa Tuhan
Khrishna membunuh raja iblis yang jahat untuk rakyat. Ramai orang sangat gembira, dan mereka menyalakan lampu
untuk meraikannya. Sejak itu, orang menganggap hari ini sebagai Deepavali, memuji semangat "Kejahatan tidak
dapat mengatasi kebenaran".

Jenayah

Definisi jenayah merupakan satu perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang negara. Pada era globalisasi
ini, kes jenayah semakin meningkat di negara kita. Hal ini amat membimbangkan rakyat Malaysia. Kita sering meneri-
ma berita-berita mengenai kes jenayah yang baru melalui di televisyen, media sosial dan juga surat khabar seperti
mencuri, merompak, membunuh, merogol dan sebagainya.

Setiap bangsa dan agama akan mempunyai orang yang melakukan kesalahan, oleh itu, kita tidak boleh meng-
gunakan bangsa dan agama penjenayah untuk menentukan suatu bangsa dan agama adalah baik atau buruk. Sebali-
knya, jika seseorang mempunyai jati diri yang kuat dan pegangan agama yang kukuh, maka tidak akan berlaku
perlanggaran had yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Oleh itu, kita sebagai warganegara haruslah patuh
kepada setiap peraturan dan undang-undang kerana hukuman tidak dijatuhkan mengikut agama dan bangsa, namun
ianya dijatuhkan berdasarkan tahap jenayah yang kita lakukan.

Tempat Kerja

Isu tempat kerja tidak harus timbul sebagai salah satu detik perbezaan yang akan menggugat perpaduan kaum
memandangkan pekerjaan tidak terikat kepada bangsa, kaum, dan agama. Sebagai majikan, mereka boleh mengiktiraf
pekerjanya tanpa mengira kaum dan agama. Oleh itu, pekerjanya akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu
pekerjaan dengan lebih teliti dan amanah. Secara tidak langsung, para pekerja akan berasa lebih adil dan selesa
semasa bekerja

Pengebumian

Pengebumian mempunyai kaitan dengan anutan agama seseorang. Dasar pengebumian Malaysia adalah berdasar-
kan pada teisme dan menganggap kematian sebagai urusan agama yang ditangani oleh semua etnik dan agama secara
bebas. Di Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama, dengan itu wujudlah upacara dan pantang larang pengbu-
mian yang berlainan.

Melayu

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati apabila berlaku kematian ialah memberitahu kepada tok
imam agar dapat menuliskan nama si mati, masa dan tempat pengebumian di papan kenyataan secepat mungkin.
Pada masa yang sama, memberitahu kepada saudara-mara, rakan dan jiran. Biasanya, si mati akan dikebumikan
dalam masa 24 jam dari masa kematian

Cina

Orang Cina memberi perhatian kepada feng shui ketika memilih perkuburan kerana berfikir feng shui yang buruk
di tanah perkuburan akan memberi kesan buruk kepada generasi muda. Si mati akan dipakaikan dengan pakaian
tradisional dan akan dikebumikan pada hari ketiga atau kelima setelah kematian. Orang Cina akan membakar wang
kertas, rumah kertas, kereta kertas dan pelbagai jenis barang yang dibuat oleh kertas kepada si mati. Selepas itu,
semasa setiap festival orang Cina, ahli keluarga si mati akan menyembah si mati.

Kurangkan hiburan sosial dan luahkan kesedihan dengan tingkah laku. Masa berkabung orang Cina lalu
adalah tiga tahun tetapi sekarang hanya perlu berkabung satu tahun. Selain itu, tidak boleh memakai baju yang
berwarna hitam, merah dan warna terang yang lain ketika menghadiri majlis pengebumian.

India

Masyarakat India mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan
bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan
hancur, tetapi kembali ke alam barzakh. Mayat akan dibakar atau dikebumikan dalam masyarakat India.

Tahap Kesepaduan yang
Dicapai

Kesepaduan Nasional

Kesepaduan nasional bermaksud penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebu-
dayaan yang berbeza ,menjadi satu entity fizikal . Penyatuan inimerupakan penyatuan yang berbentuk zahir dan
luaran.

Hasil daripada penyatuan ini keadaan akan menjadi aman,satbil,makmur san sejahtera yang dapat dicapai. Walau-
pun kita perlu akui bahawa masih terdapat perbezaan dalam bentuk deficit sosial yang ada dalam sesebuah mas-
yarakat.

Sebenarnya dalam usha mewujudkan kesepaduan nasional, alat utama sebagai teras kesepaduan nasional ialah
perlembagaan persekutuan dan rukun negara, dua perkara tersebut merupakan tunjang utama dalam perpaduan.

Kesepaduan amat penting untuk mewujudkan masyarakat yang dinamik kerana dapat mewujudkan kelompok
petani tradisional kepada petani komersial industri. Dengan ini golongan miskin dapat meningkatkan diri kepada
kelas menengah dan masyarakt kampung kepada warga kosmolitan

Dari segi kemajmukan bangsa pula akan mula wujud banyak budaya dan etnik yang pelbagai yang mengutamakan
kestabilan dan kemajuan. Mereka berkongsi norma hidup dan segi sosial yang sama. Hal ini merentasi hubungan
antara etnik dan agama sekaligus dapat membina negara yang integrase yang maju.

Kesepaduan Sosial

Kesepaduan asas utama kepada keadaan yang stabil dan konsep kesepaduan sosial yang diasaskan oleh kerajaan
adalah sebagai formula penting untuk menguruskan masyarakat plural berbilang kaum dan agama khususnya di
Malaysia..

KEesneapmaduDan imNenassiional
Kesepaduan Sosial

1) Kepunyaan – pemencilan

(ia merujuk kepada kewujudan atau ketidakhadiran nilai-nilai yang dikongsi dan perasaan
identiti yang sama)

2) Rangkuman-Pengecualian

(Tahap kesaksamaan dan peluang dalam kalangan warga dalam ekonomi khasnya pasa-
ran)

3) Penyertaan-Ketakterlibatan

(ia berfokus kepada penyertaan dalam politik dalam kalangan rakyat sama ada di tahap
pusat atau

local dalam kerajaan)

4) Pengiktirafan-Penolakkan

Kesepaduan asas utama kepada keadaan yang stabil dan konsep kesepaduan sosial yang diasaskan oleh kerajaan

ad(Kalaehbismebbagaani gfoarnmualka apnentpinegrbuenztuakanmeantgauurustkoalnermaanssyiardakaaltamplurkael pbeerlbbilaagngaikaanumdadlaanmagkamalaaknhguasunsnmyaasd-i
Myaarlaayksiaat)

5) Setara/Setaraf-Tidak Setara

(Penyelenggaran legitimaci dalam politik dan institusi sosial)

6) Kesamaan-Ketidaksamaan

(Persamaan dan peluang yang sama dalam masyarakat tanpa mengira etnik)

EnaDm eDfisiitmSenossiial
Kesepaduan Sosial

Defisit sosial ialah isu dan hal yang belum selsesai perlu diusahakan penyelesaiannya satu persatu, memerlukan wak
dan kesabaran semua pihak, perancangan dan perlaksanaan pelan tindakan berasaskan prinsip tawar-menawar,
perundingan ataupun mediasi

Etos Nasional

Maksud etos daripada kamus dewan ialah sifat ciri suatu bangsa, budaya, era dan lain-lain

Menurut Mansoret al (2006), perkataan etos berasal daripada perkataan etika, sikap, keperibadian, watak, karakter,
serta keyakinan yang tinggi

Secara kesimpulannya, etos Nasional Bangsa Malaysia menurut pandapat Tun Mahathir ialah Perkongsian sejarah,
perkongsian Nilai, Perasaan Kekitaan Bersama, Perkongsian Masa Depan, Kesetiaan, Komitmen, Keterikatan Emosi
Negara.

Menurut Nazri muslim(2006) terdapat beberapa deminsi utama iaitu merangkumi elemen kerjasama, menghormati
setiap individu, toleransi, disiplin diri (etika atau moral) dan demokrasi

Disamping itu, etos bangsa juga melalui perkongsian perasaan dan semangat. Perasaan dan semangat diketegorikan
kepada perasaaan kekitaan, semangat patriotism dan nasionalisme dan perasaan sebagai seorang warganegara
Malaysia.

Identity bangsa Malaysia merujuk kepada beberapa sub-dimensi iaitu bangsa Malaysia, Bahasa Malaysia, sym-
bol-simbol negara dan beli barangan buatan Malaysia

Sesebua masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran tentang etos bangsa tidak akan berupaya untuk hidup
sebagai suatu unit kolektif apatah lagi untuk membentuk sesebuah negara bangsa yang ideal

Etos nasional menjadi pusat kepada agenda pembinaan negara-nefara bangsa khususnya dalam konteks untuk men-
capai matlamat perpaduan negara dan integrasi nasional

Ciri-ciri unik etos nasional merangkumi empat dimensi utama iaitu nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan dan
identity.

PeDmaneftiasiptanSkoseisaelpaduan

P












Click to View FlipBook Version