The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hujan asid
Pemanasan global
Pasir/tanah jerlus
Lubang benam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wong Jing Yee, 2021-10-20 00:11:09

Fenomena Geobencana

Hujan asid
Pemanasan global
Pasir/tanah jerlus
Lubang benam

Keywords: Sains (fenomena geobencana)

Tajuk:Cara-cara
geobencana terbentuk

Nama:Wong Jing Yee
Kelas:1 Omega

Hujan Asid

Air hujan yang telah
bercampur dengan pelbagai
jenis pencemar udara seperti
sulfur dioksida dan nitrogen
dioksida

Cara-cara Hujan Asid terbentuk

Hujan asid berlaku apabila hujan udara di sesuatu kawasan
tercemar dengan teruk,terutamanya di kawasan perinduatrian.
Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum di stesen jana kuasa
dan ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta sulfur dioksida dan nitrogen dioksida
ke atmosfera.
Sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang terbebas ke atmosfera ini akan bertindak
balas dengan oksigen dan wap air dalam udara untuk membentuk asid,iaitu asid
sulfurik dan asid nitrik.
Asid-asid ini larut di dalam air hujan dan turun ke bumi dalam bentuk hujan asid.

Kesan Hujan
Asid

-Kemusnahan hidupan air
dan tumbuhan
-Kesihatan manusia terjejas
-Pencemaran air

Pemanasan Global

Peningkatan suhu purata
atmosfera bumi yang boleh
menyebabkan perubahan
pada pola cuaca

Cara-cara Pemanasan Global terbentuk

Pemanasan global berlaku disebabkan oleh kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.
Kesan rumah hijau merujuk kepada peningkatan suhu atmosfera akibat peningkatan kuantiti
karbon dioksida dan gas-gas rumah hijau lain seperti metana dan nitrus oksida yang
memerangkap haba dan udara.
Peningkatan gas-gas ini akan menyebabkan lebih banyak haba terperangkap di permukaan
bumi dan menyebabkan suhu atmosfera meningkat.
Karbon dioksida yang terbebas ke atmosfera setiap tahun melalui pembakaran bahan api fosil
telah meningkatkan suhu seluruh dunia melalui kesan rumah hijau.
Penggunaan klorofluorokarbon(CFC) juga meningkiatkan suhu atmosfera kerana
klorofkluorokarbon ini bukan sahaja boleh menterap haba tetapi boleh juga menyebabkan
penipisan lapisan ozon.
Pemanasan global boleh membahayakan kehidupan kita kerana peningkatan suhu boleh:
-Mencairkan ais di kawasan kutub dan meningkatkan aras laut.Hal ini boleh menyebabkan
berlakunya banjir di kawasan rendah.
-Menyebabkan kemarau yang berpanjangan.

Pasir/Tanah Jerlus

Lapisan berpasir yang tidak
stabil,di mana pasir ditahan
dalam keadaan ampaian
dan dapat mengalir di
bawah pengaruh tekanan
hidrostatik.

Cara-cara Pasir/Tanah Pasir atau tanah jerlus berlaku apabila air di bawah tanah
Jerlus terbentuk mengalir ke atas dan membasahi kawasan dengan
keadaan pasir atau tanahnya agar longgar sehingga pasir
atau tanah tersebut bergerak-gerak.
Pasir atau tanah jerlus biasanya terjadi di sekitar
tasik,kawasan paya atau persisiran pantai.
Apabila pemagsa terpijak pasir atau tanah jerlus,kakinya
akan terbenam dan disedut ke bawah sehingga seluruh
badan tenggelam ke dalam pasir jerlus dan gagal
menyelamatkan diri.

Lubang Benam

Air hujan menterap karbon dioksida di udara
dan menjadi asid karbonik.Asid lemah ini
akan mengalir ke bawah permukaan
tanah.Apabila asid lemah ini memgalir
melalui bahagiana batu kapur,asid ini akan
bertindak balas dengannya untuk membentuk
lubang.

Lubang semakin bertambah
besar dalam tempoh yang
agak lama.Apabila lubang
bertambah besar sehingga
lapisan atas,bahagian pasir
dan tanah liat tidak dapat
menampung jisim sendiri
dan juga beban di
atasnya.Maka,permukaan
tanah akan runtuh dan
membentuk lubang benam.

Cara-cara Lubang Kebanyakan lubang benam semula jadi mengambil masa bertahun-
Benam terbentuk tahun untuk terbentuk dan biasanya terbentuk pada kawasan yang
didasari oleh batu kapur.
Kejadian kemarau,hujan lebat dan aktiviti manusia seperti mengepam
air bawah tanah yang berlebihan dan aktiviti perlombongan telah
membawa kepada peningkatan pembentukan lubang benam.

Lubang benam yang terbentuk di kawasan kediaman boleh
memusnahkan harta benda seperti rumah,jalan raya,bangunan serta
mengorbankan nyawa penduduk setempat.


Click to View FlipBook Version