KETETAPAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SMK SULTAN ISMAIL 1.0 KETETAPAN UMUM 1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. 1.2 Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sekolah dinasihatkan supaya sentiasa membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. 1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah ketika berada di sekolah. 1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 1.9 Setiap pengurusan perlu menyediakan takwim masing-masing sebelum dikumpul menjadi takwim sekolah. 2.0 WAKTU HADIR BERTUGAS GURU 2.1 Sekolah beroperasi pada pukul 7.00 pagi hingga 5.00 petang. Sesi pengajaran bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 2.30 petang (Ahad, Isnin dan Khamis) kecuali pada hari Selasa dan Rabu (mengikut jadual kokurikulum).
2.2 Guru dikehendaki mengetik kad perakam waktu sebelum atau pada 7.30 pagi dan selepas waktu persekolahan pada atau selepas pukul 2.30 petang (Ahad, Isnin & Khamis), 4.30 petang (Selasa & Rabu). Semua guru dilarang sama sekali membantu mengetik kad perakam waktu orang lain. 2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/pengurusan sekolah dengan kadar segera (sebelum pukul 7.00 pagi) supaya jadual waktu ganti guru dapat disediakan. Jika melebihi tiga kali kelewatan tanpa sebab munasabah dalam tempoh sebulan, guru dikehendaki mengemukakan surat penjelasan secara bertulis kepada Pengetua. 3.0 WAKTU HADIR BERTUGAS ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) 3.1 Kehadiran ke pejabat menggunakan waktu fleksibel iaitu pukul 7.30 pagi hingga pukul 9.00 pagi. Waktu pulang seawal pukul 4.30 petang hingga pukul 6.00 petang (Ahad hingga Rabu) dan pukul 3.30 petang hingga pukul 4.30 petang. (Khamis) 3.2 AKP dikehendaki mengetik kad perakam waktu sebelum atau pada pukul 7.30 pagi dan tidak melebihi pukul 9.00 pagi dan selepas waktu pejabat pada atau selepas pukul 4.30 hingga 6.00 petang (Ahad hingga Rabu), pukul 3.30 hingga 4.30 petang (Khamis). Waktu bertugas selama 9 jam termasuk 1 jam rehat (Ahad hingga Rabu) dan 7 jam 30 minit termasuk 1 jam rehat (Khamis). Semua AKP dilarang sama sekali membantu mengetik kad perakam waktu orang lain. 4.0 KELUAR SEKOLAH DALAM WAKTU BERTUGAS 3.1 Guru dan AKP tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan JPN/PPD dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan. 3.2 Guru dan AKP dikehendaki meminta kebenaran Pengetua/Penolong Kanan dan mengisi dalam Buku Rekod Pergerakan Guru/Hrmis (kebenaran keluar pejabat).
4.0 URUSAN CUTI DAN TIDAK HADIR BERTUGAS . 4.1 Guru layak mengambil cuti rehat khas (CRK) dengan syarat pemohonan cuti itu mestilah dipohon terlebih awal (3 hari sebelum bercuti KECUALI kes kecemasan) dengan mengemukakan borang pemohonan cuti dan mendapat kebenaran Pengetua (bilangan hari cuti pada satu permohonan bergantung kepada kelulusan daripada Pengetua). WAJIB mengisi hrmis. 4.2 Guru yang sakit, perlu memaklumkan kepada Pengetua untuk mendapatkan rawatan di hospital/klinik dan menyerahkan sijil sakit yang sah dari klinik/hospital kerajaan/swasta kepada Pengetua pada hari pertama kembali bertugas. (sijil sakit MESTI dalam stesen bertugas). 4.3 Bagi guru wanita yang akan cuti bersalin, perlu mengemukakan Borang Cuti Bersalin yang dikemaskini bagi tujuan rekod dan rujukan perkhidmatan. 4.4 Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan tidak melebihi 180 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Permohonan cuti tanpa gaji akan menjejaskan bilangan kelayakan CRK/CR. 4.6 Cuti Separuh Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat dengan pegawai itu. Kadar cuti 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari sepanjang perkhidmatan. Permohonan cuti separuh gaji juga akan menjejaskan bilangan kelayakan CRK/CR. 4.7 Cuti Kuarantin kawalan penyakit berjangkit perlu mendapatkan kelulusan dari hospital kerajaan atau swasta; tidak melebihi 5 hari. 4.8 Cuti rehat (CR) bagi AKP bergantung kepada tempoh perkhidmatan. Syarat permohonan cuti seperti pada para 4.1. 5.0 ETIKA PAKAIAN 5.1 Semua guru dan AKP mesti mematuhi arahan pakaian semasa bertugas supaya dapat melambangkan disiplin dan imej profesion perguruan serta mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu: 1. Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 tahun 1985 (Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi bagi Pegawai-pegawai Awam)
2. Perkara 6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 3. Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 tahun 2006 (Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi) 4. Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 tahun 2008 (Pemakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis) 5.2 Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas di sekolah, majlis rasmi sekolah dan tugas rasmi di luar sekolah. 5.3 Guru TIDAK dibenarkan memakai pakaian sukan ketika perhimpunan rasmi sekolah. 5.4 Hanya guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dibenarkan memakai pakaian sukan (kecuali hari Ahad). 5.5 Guru lelaki digalakkan memakai tali leher sepanjang dalam tugas rasmi kecuali dalam keadaan tertentu seperti pengajaran PJ dan di bengkel. 5.6 Pakaian rasmi guru: Ahad, Isnin,Rabu - Pakaian rasmi Selasa - Pakaian lengkap unit beruniform Khamis - Pakaian Batik Malaysia (lengan panjang bagi lelaki,) 5.7 Kasut bertutup dan bertumit semasa bekerja/urusan rasmi. 6.0 PENGGUNAAN PERALATAN/HARTA BENDA SEKOLAH/KUNCI BILIK KHAS 6.1 Guru dan AKP bertanggungjawab menjaga peralatan atau harta benda sekolah dan menggunakannya dengan betul mengikut peraturan-peraturan semasa. Penggunaan/pinjaman peralatan sekolah mesti mematuhi prinsip 3S (sebelum, semasa dan selepas). 6.2 Penggunaan /pinjaman alatan/ harta benda sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran guru penjaganya dan pinjaman /penggunaan / pulangan hendaklah direkodkan. 6.3 Semasa penggunaan, guru yang meminjam mesti bertanggungjawab menjaga peralatan yang dipinjam/ digunakan.
6.4 Selepas penggunaan, peralatan/ harta benda sekolah yang dipinjam/ diguna hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik dan letak di tempat asal dengan segera serta direkodkan. 6.5 Guru mesti memaklumkan sebarang kerosakan peralatan/ harta benda sekolah yang dipinjam/ digunakan. 6.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik ke rumah peralatan/ harta benda sekolah untuk kegunaan peribadi (kecuali dengan kebenaran Pengetua). 6.7 Guru TIDAK boleh mengunakan harta benda sekolah untuk kegunaan peribadi. 6.8 Semua kunci bilik khas hendaklah diambil dan diserahkan ke pejabat sekolah selepas penggunaan serta direkodkan. 7.0 SURAT-SURAT PEKELILING / SURAT ARAHAN PPD DAN JPNT 7.1 Guru dan AKP mesti merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan pekeliling Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. 7.2 Surat arahan daripada PPD/JPNT yang diberikan kepada guru/ AKP hendaklah dibaca, difahami dan diambil tindakan sewajarnya. Urusan surat menyurat rasmi sekolah hendaklah menggunakan sistem fail surat menyurat sekolah. 7.3 Jika guru atau AKP tidak dapat hadir mengikut surat arahan atas sebab-sebab tertentu, sebarang pertukaran guru atau AKP perlu mendapat kebenaran Pengetua. 7.4 Guru dan AKP bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan oleh Pengetua/ PPD/ JPN/ KPM dengan betul, sempurna, mengikut peraturan dan menepati waktu. 8.0 PELAWAT 8.1 Semua pelawat MESTI melapor diri di pondok pengawal keselamatan (dapatkan pas pelawat) dan berjumpa dengan Pengetua terlebih dahulu. Guru dan AKP tidak dibenarkan berurusan dengan wakil-wakil firma atau penjualpenjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.
8.0 PENGURUSAN DATA DAN MAKLUMAT SEKOLAH 8.1 Data dan maklumat sekolah perlu sentiasa dikemaskini mengikut keperluan dari semasa ke semasa. 8.2 Aplikasi yang berkaitan seperti e-OPERASI, HRMIS, SSDM, APDM, PAJSK, EMIS, eg-TUKAR dan e-PANGKAT. 8.3 Semua guru dan AKP perlu cakna dan sentiasa mengemaskini data dalam sistem terutama berkaitan data peribadi. 9.0 PERANCANGAN STRATEGIK/ TAKTIKAL/ OPERASI/ OPPM 9.1 Perancangan Strategik/ Taktikal/ Operasi/ OPPM WAJIB disediakan oleh setiap jawatankuasa iaitu pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid; kokurikulum dan PPKI mengikut perancangan. 9.2 Semakan semula Perancangan Strategik Organisasi (PSO) perlu dilaksanakan pada setiap tahun. 10.0 PENGURUSAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LaDaP) 10.1 Guru perlu memastikan bilangan hari berkursus mencapai minimum sekurangkurangnya 5 hari dan mencapai minimum 42 mata kredit untuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Bagi AKP perlu memastikan bilangan hari berkursus mencapai minimum sekurang-kurangnya 5 hari. 10.2 Pengetua hendaklah memastikan agar guru/AKP merekodkan setiap aktiviti PPB dalam Sistem Pengurusan Latihan KPM (e-SPLKPM). 10.3 Kursus/ program yang sesuai diadakan untuk guru dan staf sokongan berdasarkan analisis TNA dalam e-SPLKPM bagi menambah pengetahuan. 10.4 Rekod pelaksanaan PLC perlu mencapai sekurang-kurangnya 90% bagi setiap panitia. 11.0 PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL 11.1 Kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah adalah menjadi tanggungjawab semua warga sekolah. 11.2 Sebarang kerosakan dan risiko keselamatan terhadap warga sekolah perlu dibuat laporan segera kepada Pengetua/ PPD/ JPN. .
12.0 PENGURUSAN ASET DAN STOK 12.1 Perolehan harta modal dan aset bernilai rendah perlu direkodkan dalam boring Kew PA yang berkaitan mengikut prosedur yang betul. 12.2 Pengurusan aset perlu mematuhi prosedur pengurusan aset seperti penerimaan, pendaftaran, pemeriksaan, penyelenggaraan dan pelupusan. 12.2 Perolehan peralatan yang menggunakan peruntukan PCG perlu direkodkan oleh ketua panitia dalam kad petak mengikut prosedur yang ditetapkan. 13.0 PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 13.1 Pusat sumber sekolah (PSS) berfungsi sebagai pusat akses maklumat kepada guru dan murid bagi menyokong kualiti pengajaran dan pembelajaran. 13.2 Penggunaan PSS mesti mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan oleh pengurusan PSS. 14.0 PENGURUSAN KEWANGAN 14.1 Memastikan semua pembelian/pembayaran dibuat dengan mematuhi SPK Bil 1/2021 (pesanan tempatan, invois, bil, baucer dan cek). 14.2 Penyediaan nota minta perlu disediakan dengan lengkap sebelum membuat pembelian dan disemak oleh GPK yang berkenaan sebelum diluluskan oleh Pengetua. 14.3 Semua perolehan peralatan perlu direkodkan dalam kad petak (PCG), kew PA (perolehan daripada PPD/ JPN/ KPM) 14.4 Semua perolehan peralatan melalui sumbangan perlu mendapatkan kelulusan daripada JPN untuk direkodkan dalam kew PA. 14.5 Juruaudit dalam perlu membuat semakan dokumen kewangan bagi memastikan operasi pengurusan kewangan sekolah diurus dengan teratur dan membuat laporan hasil pengauditan dalam mesyuarat kewangan sekolah. 14.6 Semua pengurusan seperti pengurudan kurikulum, pengurusan ko kurikulum, pengurusan hal ehwal murid dan pengurusan murid khas perlu menyediakan anggaran belanjawan dan penyata kewangan.
15.0 PENGURUSAN MESYUARAT 15.1 Notis mesyuarat / memo mesyuarat perlu diedarkan sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum tarikh mesyuarat. 15.2 Setiausaha mesyuarat perlu mendapatkan maklum balas setiap tindakan oleh ahli mesyuarat yang berkaitan dalam tempoh tiga hari untuk menyediakan draf minit mesyuarat untuk semakan Pengetua. 15.3 Minit mesyuarat bagi semua jenis mesyuarat perlu disiapkan dan diedarkan kepada ahli mesyuarat dalam tempoh tujuh hari selepas mesyuarat secara online. 15.4 Guru yang menghadiri mesyuarat/ bengkel/ kursus/ taklimat anjuran KPM, JPNT, IAB, PPD perlu menyediakan minit curai dan menyerahkannya kepada Pengetua selepas tiga hari selesai mengikutinya. 15.5 Guru yang menghadiri mesyuarat/ bengkel/ kursus/ taklimat anjuran KPM, JPNT, IAB, PPD perlu mengadakan perkongsian kepada guru dan staf sokongan yang berkaitan jika perlu.
KETETAPAN PELAKSANAAN PENGURUSAN KURIKULUM SMK SULTAN ISMAIL 1.0 Perancangan Pelaksanaan Kurikulum 1.1. Kalendar Akademik dan Takwim kurikulum perlu disediakan. 1.2. Mengadakan mesyuarat JKS dan Panitia sekurang-kurangnya 3 bulan sekali dalam tahun akademik semasa. 1.3. JK Kurikulum sekolah (JKS) bertanggungjawab menyediakan pakej mata pelajaran elektif . 1.4. Semua Panitia mata pelajaran mesti menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan(RPT) bagi setiap tingkatan sebelum sesi akademik tahun semasa bermula (dicadangkan Modular) 1.5. JKS menetapkan setiap mata pelajaran 30 minit/40 minit bagi satu waktu dan mematuhi jam tahunan minimum setiap mata pelajaran. 1.6. Semua guru mata pelajaran mesti menyediakan Rancangan Pelajaran Harian sebelum melaksanakan PdPC. 1.7. Semakan buku latihan murid oleh Pengurusan Sekolah sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. 2.0 Pengoperasian Pengajaran dan Pembelajaran (PdPC) 2.1 Semua guru mesti menyediakan perancangan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan. 2.2. Semua guru akan dicerap sekurang-kurangnya 2 kali dalam tahun semasa menggunakan instrumen SKPM Kualiti@Sekolah ( Std.4) 2.3. Semua guru mesti menyemak buku latihan murid secara berkala. 2.4. Semua guru mesti mematuhi jadual waktu/jadual ganti/jadual penggunaan bilik khas yang disediakan. 2.5. Penyediaan dan penggunaan sumber pendidikan perlu untuk memastikan PdPC berkesan.
2.6 RPH yang disediakan perlu dihantar pada hari khamis setiap minggu untuk semakan Pengetua. 3.0 Waktu Luang 3.1 Guru-guru mesti mematuhi arahan-arahan waktu luang (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 ) 3.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa tersebut hendaklah dianggap ’non-teaching period’ dan bukannya ’free period’. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan PdPC/Relief atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. 4.0. Pengurusan Panitia Mata Pelajaran 4.1. Semua Panitia menguruskan pelaksanaan mata pelajaran dengan memperoleh dokumen kurikulum (DSKP) dan menyelaras RPT dan RPH dengan mematuhi ketetapan kurikulum berdasarkan keperluan. 4.2. Merancang dan melaksanakan sekurang-kurangnya 4 program pembangunan profesionalisme berterusan (PPB) dalam tahun semasa yang boleh meningkatkan kualiti pengajaran guru 4.3. Merancang dan melaksanakan program peningkatan pencapaian murid untuk peningkatan ilmu dan kemahiran yang berfokus kepada isu pembelajaran dan tahap keupayaan potensi murid. 4.4. Merancang dan menguruskan perbelanjaan Peruntukan mata pelajaran ( PCG) mengikut prosedur kewangan sedia ada.
5.0. Pentaksiran dan Peperiksaan 5.1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) 5.1.1 Semua guru wajib merancang dan melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) sepanjang sesi PdPC diljalankan 5.1.2. Guru Kelas perlu merekod aktiviti Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum dalam tempoh sesi Akademik 5.1.3. Guru Bimbingan Kaunseling mesti melaksana Pentaksiran Psikometrik (PPSI) dan membentangkan analisis kepada semua guru. 5.1.4. Semua guru dikehendaki melaksanakan pentaksiran pusat mengikut jadual yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. 5.2. Peperiksaan 5.2.1. Peperiksaan Dalaman mesti dikendalikan oleh unit Peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan. 5.2.2. Peperiksaan Pusat seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) /Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mesti diuruskan berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malayasia(LPM) / Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM) 5.2.3. Setiausaha Peperiksaan Sekolah bertanggungjawab merekod keputusan peperiksaan dalaman ke dalam sistem Aplikasi Pentaksiran/peperiksaan seperti Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah(SAPS) , SPPB (MOEIS) dan SPPMA 5.2.4 Setiausaha PBD hendaklah memastikan perekodan PBD dilakukan sebanyak dua kali setahun. 5.2.5. Guru-guru Pendidikan Jasmani (PJK) hendaklah memastikan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) dilaksanakan berdasarkan jadual yang ditetapkan.
5.2.6 Guru-guru Pendidikan Islam hendaklah memastikan murid-murid yang beragama Islam mengetahui dan mengamalkan Perkara Asas Fardhu Ain(PAFA) di sekolah. 6.0. Program Kecemerlangan Kurikulum 6.1. Program Kecemerlangan Akademik mesti dirancang bertujuan meningkatkan prestasi kecemerlangan murid di sekolah. 6.2. Semua Panitia Mata Pelajaran berperanan melaksanakan Highly Immersive Programme(HIP) yang diselaraskan oleh Panitia Bahasa Inggeris. 6.3. Merancang dan melaksanakan Profesional Learning Comunity(PLC) untuk meningkatkan kualiti guru bagi menghasilkan kecemerlangan murid dalam pembelajaran.
KETETAPAN PELAKSANAAN HAL EHWAL MURID SMK SULTAN ISMAIL PENGURUSAN UMUM HAL EHWAL MURID (HEM) 1. Murid perlu hadir ke sekolah setiap hari persekolahan pada atau sebelum 7.20 pagi dan pulang setelah selesai 2.40 petang. 2. Semua murid perlu berkumpul di dataran / dewan /surau / dewan terbuka sebelum bermula waktu Pdpc pertama. 3. Semua murid perlu berada di dalam kelas/ makmal/ bengkel/ padang bersama guru mata pelajaran untuk mengikuti pengajaran. 4. Guru mata pelajaran perlu memastikan keberadaan murid dalam kelas dan mencatat dalam Buku Kawalan Kelas (BKK). 5. Guru mesti mengambil tindakan dengan kadar segera terhadap murid yang mengalami masalah kesihatan. 6. Guru perlu mendaftarkan murid yang baru mendaftar masuk ke sekolah dalam buku Pendafaran Murid dan APDM. PENGURUSAN DISIPLIN MURID 1. Sekolah mestilah mempunyai Buku Peraturan Disiplin yang berpandukan peraturanperaturan yang dikeluarkan oleh KPM. 2. Setiap murid mesti mempunyai Buku Peraturan Disiplin dan mematuhi peraturan yang ada di dalamnya. 3. Buku Peraturan Disiplin sekolah mengandungi maklumat tentang waktu persekolahan, pakaian seragam sekolah, penampilan dan kekemasan diri, kemudahan dan harta benda sekolah dan peraturan umum. 4. Buku Peraturan Disiplin ini juga hendaklah diletakkan di dalam kelas, pejabat sekolah, asrama, dan Pejabat Guru. 5. Tindakan hendaklah diambil terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 6. Tindakan guru terhadap murid yang bersalah dalam mengenakan hukuman hendaklah berdasarkan garis panduan/pekeliling berkaitan “Panduan Tatacara Disiplin Sekolah”. 7. Semua kes disiplin dan amalan baik hendaklah direkodkan ke dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
8. Jawatankuasa Disiplin hendaklah menganalisis data disiplin mengikut kategori kesalahan ringan, kesalahan sederhana dan kesalahan berat yang direkodkan ke dalam SSDM pada setiap bulan. 9. Murid yang telah melakukan kesalahan ringan dikumpulkan dan dikehendaki melakukan kerja amal atau gotong-royong di luar waktu PdPc. 10. Murid dikehendaki membayar ganti rugi bagi kesalahan sederhana dan berat yang menyebabkan kerugian, hendaklah berbincang dengan ibu bapa atau penjaga kerana murid tidak mempunyai sumber kewangan sendiri untuk membayar ganti rugi. 11. Ibu bapa dipanggil hadir bagi membincangkan masalah disiplin anak yang serius atau berulang. 12. Lembaga Disiplin akan bermesyuarat untuk memutuskan hukuman gantung atau buang sekolah terhadap murid. 13. Jawatankuasa Disiplin perlulah merancang program pendidikan disiplin berdasarkan dapatan data disiplin. 14. Post mortem program pendidikan disiplin perlulah dibuat sebaik sahaja selesai program. PENGURUSAN KESELAMATAN MURID 1. Sekolah perlu ada senarai semak pemastian keselamatan : a pengurusan organisasi b fizikal sekolah c aktiviti murid d pengurusan krisis e pengurusan disiplin f pengurusan disiplin asrama (rujuk buku Panduan Pengurusan 3K) 2. Sekolah perlu mempunyai manual dan prosedur keselamatan dalam bidang : a aktiviti murid b bidang bencana alam c bidang keselamatan fizikal sekolah dan asrama d bidang sosial e bidang persekitaran dan lokasi sekolah. (rujuk buku Panduan Pengurusan 3K) 3. Keselamatan murid-murid akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan. (in loco parentis) 4. Ibu bapa atau penjaga, yang ingin mengambil murid pada waktu persekolahan perlu mengisi Borang Keluar Sekolah serta mendapat kebenaran Pengetua/ pengurusan sekolah /Guru Bertugas.
5. Semua murid dilindungi dengan insurans berkelompok iaitu Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) dari Skim Insurans Takaful Malaysia. 6. Semua aktiviti yang disertai oleh murid perlu ada bersama dengan guru pengiring. 7. Alat pemadam api perlu ada di sekolah dan diletakkan di tempat-tempat yang sentiasa dikunjungi warga sekolah. 8. Alat pemadam api hendaklah sentiasa diselia dan diganti sekali setahun. 9. Latihan kawad kebakaran dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setahun. 10. Kawalan keselamatan oleh pengawal keselamatan 24 jam sehari. 11. Dua orang pengawal pada waktu siang dan dua orang pada waktu malam. PENGURUSAN PERKHIDMATAN KESIHATAN 1. Perkhidmatan kesihatan yang perlu dilaksanakan di sekolah ialah kesihatan diri murid dan kesihatan persekitaran. 2. Sekolah perlu mengadakan program bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memberi perkhidmatan kesihatan. 3. Di antara program bersama KKM ialah : • Perkhidmatan pergigian • Ceramah kesihatan • Pameran kesihatan • Kempen gaya hidup sihat • Kebersihatan dan keselamatan makanan di kantin sekolah / mengeluarkan sijil pengendali makanan / pemeriksaan kesihatan dan imunisasi pengendali makanan kantin sekolah • Penggredan kantin sekolah 4. Sekolah perlu mendapatkan maklumat tahap kesihatan murid daripada ibu bapa / penjaga. 5. Pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan. 6. Penjaga akan dihubungi sekiranya murid didapati tidak sihat semasa berada di sekolah. 7. Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi ibu bapa / penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes kecemasan dan yang kronik. Namun, setelah itu, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga. 8. Sekolah akan mendapatkan perkhidmatan pengabusan (fogging) dari KKM sekiranya perlu.
9. Ujian air kencing dengan bantuan Unit Hal Ehwal Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan diadakan sekali setahun bagi mengesan penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid. 10. Kantin sekolah perlu diselia dua kali setahun. KETETAPAN 4 : PENGURUSAN BANTUAN PELAJARAN MURID 1. Bantuan pelajaran murid terdiri daripada bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), biasiswa, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Elaun Murid Khas (EMK) dan Bantuan Awal Persekolahan (BAP). 2. Memastikan murid yang layak mendapat bantuan diberikan bantuan berikut; a. SPBT – bermula tahun 2008, semua murid layak menerima bantuan buku teks b. Biasiswa – Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) , Biasiswa Yayasan Terengganu dan lain-lain biasiswa ditawarkan kepada yang layak c. KWAPM - murid yang tercicir dari persekolahan (pendapatan kurang daripada RM750 atau perkapita RM170) d. Elaun Murid Khas – hanya diperuntukkan kepada murid-murid yang kurang upaya (OKU). e. Bantuan Awal Persekolahan – tertakluk kepada makluman semasa kerajaan KETETAPAN 5 .1 : PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) memberi tumpuan kepada 4 fokus utama iaitu: a. Pembangunan sahsiah murid b. Peningkatan disiplin murid c. Pendidikan kerjaya murid d. Psikososial dan kesejahteraan mental murid 2. Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diurus mengikut etikanya demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak berkenaan sahaja. 3. Menjalankan sesi kaunseling individu dan sesi kaunseling kelompok mengikut keperluan perkhidmatan yang telah ditetapkan. 4. Guru bimbingan bekerjasama dengan pihak pentadbir dan AJK Disiplin bagi menjayakan kursus, bengkel, ceramah dan mewujudkan perhubungan erat dengan Badan-badan luar yang berkaitan.
KETETAPAN 5.2 : PENGURUSAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 1. Semua murid haruslah menjalani ujian pentaksiran psikomentrik 2. Menyediakan analisis data dan maklumat dapatan daripada ujian yang dijalankan untuk rujukan guru-guru dan ibu bapa. 3. Menjalankan intervensi yang bersesuaian pada murid yang berkenaan. KETETAPAN 6 : APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) 1. Guru tingkatan bertanggungjawab melengkapkan butiran maklumat yang diperlukan dan mematuhi arahan. Sila rujuk diskripsi Tugas Guru. 2. Kehadiran murid hendaklah direkod dan ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan sebelum jam 9.00 pagi. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, tugas ini diambil alih oleh Guru APDM. 3. Guru Tingkatan mesti mengambil tindakan terhadap ketidakhadiran murid dalam tempoh yang telah ditentukan. 4. Surat amaran hendaklah dikeluarkan apabila mencapai tempoh yang telah ditetapkan dengan kadar segera. Surat amaran ini hendaklah dikeluarkan melalui Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM). 5. Guru Tingkatan dikehendaki mengesahkan kehadiran murid setiap akhir bulan. 6. Setiausaha HEM dikehendaki mencetak laporan analisis kehadiran mengikut tingkatan pada setiap akhir bulan untuk difailkan.
KETETAPAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM SMK SULTAN ISMAIL 1.0. PRINSIP PELAKSANAAN 1.1. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan dan kelab dan satu kegiatan sukan dan permainan". [Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. II (29)] 1.2. Pelaksanaan 1 murid 1 sukan (1M1S) dijalankan sepanjang tahun, setiap murid wajib menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. 1.3. Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkodkan dan diberi penilaian. (Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtsas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Bil 2/1986) 1.4. Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas. 1.5. Penyertaan semua guru dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. 2.0. PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2.1. Aktiviti Unit Badan Beruniform akan diadakan pada setiap hari SELASA dari jam 2.30 hingga 4.30 petang mengikut takwim aktiviti tahunan. 2.2. Aktiviti Kelab Sukan dan Permainan dan Kelab Persatuan Akademik akan diadakan setiap hari RABU dari jam 2.30 hingga 4.30 petang secara bergilir.
2.3. Bilangan perjumpaan Unit Kokurikulum mengikut ketetapan KPM. 2.4. Surat siaran perjumpaan mengikut takwim kokurikulum diedarkan kepada Ibu bapa/Penjaga. 2.5. Pemantauan aktiviti unit kokurikulum pada setiap minggu berdasarkan Jadual Pemantauan yang disediakan . 3.0. PERATURAN PEMAKAIAN HARI SELASA DAN RABU 3.1. Guru dan pelajar dikehendaki memakai pakaian uniform lengkap setiap hari Selasa. 3.2. Semua murid diwajibkan memakai t-shirt kokurikulum pada setiap hari Rabu. 4.0. PERATURAN PELAKSANAAN AKTIVITI PADA HARI SELASA DAN RABU 4.1. Semua guru penasihat kelab/persatuan/unit kokurikulum dan sukan akan terlibat pada hari berkenaan dan tiada sistem giliran bertugas. 4.2. Ketidakhadiran guru dalam aktiviti, mesti dalam makluman dan kebenaran Pengetua. 4.3. Latihan, pemilihan dan intensif sebarang pasukan atau individu tidak dibenarkan diadakan pada waktu pdpc kecuali dengan kebenaran Pengetua. 5.0. MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM 5.1. Majlis apresiasi diadakan untuk memberi penghargaan kepada guru dan pelajar yang mencapai kejayaan di peringkat negeri/Kebangsaan /antarabangsa.