The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zafirah, 2024-01-11 13:13:20

Cerita Rakyat Sabah Tempat Penuh Sejarah Mitos dan Asal Usul

Seketul Emas Di Balung River_20240102_084137_0000

Sestera Rakyat Sabah


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2023 OLEH NUR ZAFIRAH BINTI ZABIDI SEGALA HAK CIPTA TERPELIHARA. DILARANG KERAS MENGGANDAKAN, MENYIMPAN, ATAU MENTRANSMISIKAN SEBARANG BAHAGIAN DARIPADA KARYA INI DALAM APA-APA BENTUK ATAU CARA SEKALIPUN TANPA IZIN BERTULIS DARIPADA PEMILIK HAK CIPTA. UNTUK PERTANYAAN ATAU PERMINTAAN IZIN, SILA HUBUNGI: [email protected] HAK CIPTA TERPELIHARA


ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ALHAMDULLILAH, BERSYUKUR. SAYA DAPAT MENYIAPKAN TUGASAN INI DENGAN JAYANYA. SEKALUNG PENGHARGAAN INGIN SAYA UCAPKAN KEPADA PENYELIA KAMI, PROF. MADYA DR. ZAIRUL ANWAR MD DAWAM DAN CIK FATIN NAJLA BINTI OMAR KERANA DENGAN TUNJUK AJAR SERTA BIMBINGAN DARIPADANYA MEMBUKA RUANG UNTUK KAMI MENYIAPKAN TUGASAN INI TEPAT PADA MASANYA. JUTAAN TERIMA KASIH JUGA INGIN KAMI UCAPKAN KEPADA KEDUA IBU BAPA SAYA RAKAN-RAKAN DAN INFOMAN YANG TELAH MEMBERI KERJASAMA DAN GALAKAN SEPANJANG PROSES MENYIAPKAN TUGASAN INI AKHIR KATA, SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG SEPANJANG TUGASAN INI. TERIMA KASIH SETINGGI LANGIT. AMAT SAYA HARGAI. PENGHARGAAN


DENGAN RASA BERSYUKUR, KUMPULAN "SASTERA RAKYAT" INI HADIR UNTUK MEMBERIKAN PEMBACA YANG BUDIMAN WARISAN BUDAYA YANG KAYA. TERDAPAT NILAI SOSIAL SEPERTI KEBIJAKSANAAN, MENGEKALKAN SILATURAHIM DAN KEBERANIAN YANG BOLEH DIDAPATI DALAM SETIAP CERITA. SASTERA RAKYAT ADALAH LEBIH DARIPADA SEKADAR HIBURAN; IA MENGGAMBARKAN SEMANGAT DAN JATI DIRI BANGSA KITA. SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG, DARI PENCERITA HINGGA PENELITI BUDAYA. SAYA BERHARAP KUMPULAN INI AKAN MENGAJAR KITA TENTANG KEKAYAAN BUDAYA KITA DAN MENANAMKAN SEMANGAT UNTUK MENGEKALKAN NILAI LUHUR NENEK MOYANG KITA. SELAMAT MENGEMBARA KE DUNIA "SASTERA RAKYAT" YANG PENUH DENGAN KEAJAIBAN DAN KEBIJAKSANAAN. NUR ZAFIRAH BINTI ZABIDI PRAKATA


ISI KANDUNGAN Seketul Emas di Balung River. 1-20 Asal usul Jalan Kuhara. Nilai Murni Pengajaran Rujukan Ilmiah Infoman 41 42 43 44-45 21-40


Seketul Emas Di Balung River


Balung merupakan tempat istimewa yang dapat di nikmati oleh semua golongan masyarakat. Selain menjadi tempat yang dapat di nikmati, tempat ini juga memiliki keistimewaan dan boleh dijadikan tempat beriadah bagi sesebuah keluarga. Balung merupakan pintu masuk utama Daerah Tawau ke Daerah Kunak dan Semporna. Ia terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Tawau. 1


Balung merupakan daerah yang kecil dan berpotensi untuk dikembangkan dalam beberapa tahun akan datang walaupun penduduknya yang tidak ramai. Balung merupakan daerah yang terdiri dari pelbagai suku kaum. Sungai Balung merupakan salah sebuah sungai yang mengalir di Tawau selain daripada beberapa sungai yang ada contohnya seperti sungai yang terdapat di Taman Bukit Tawau. 2


3


Sungai Balung terkenal dipanggil dengan panggilan Balung river. Sungai Balung ini merupakan aliran sungai yang dialirkan dari Sungai Taman Bukit Tawau hingga ke Laut Sulu. Sungai Balung bukan sahaja memberi sumber bekalan air. Sungai Balung juga boleh digunakan untuk menyuci pakaian kerana air yang berada di sungai tersebut terus mengalir. Sungai ini mempunyai kepanjangan yang agak panjang dalam sekitar 60 km dan lebar sekitar 100m. Sungai ini juga merupakan sumber air minum dan irigasi bagi penduduk di sekitarnya. 4


5


Balung River memiliki Batu Tersusun yang terjadi daripada sebuah fenomena geologi yang terdapat di Sungai Balung. Batubatu ini tersusun secara menakjubkan di atas dasar sungai dan membentuk pola-pola yang unik. Batu-batu ini dipercayai berusia lebih dari 100 juta tahun dan terbentuk akibat proses pelapukan dan pengendapan. 6


Walaupun di era arus permodenan yang semakin berkembang. Penduduk balung masih menggunakan kaedah lama untuk mencuci pakaian seharian mereka. Era permodenan Kaedah lama penduduk Balung 7


Mereka bukan mengendahkan mahupun tidak mengikuti peredaran zaman. Tetapi mereka lebih selesa hidup dengan cara dan gaya hidup masyarakat pada zaman dahulu. Secara tidak langsung mereka juga dapat manfaatkan sumber alam yang dikurniakan dengan baik. 8


Kaedah yang mereka gunakan untuk menyuci baju ialah mereka akan pergi ke tepian sungai secara berjemaah dan menyuci baju di kawasan tersebut. Semasa mereka jalan bersama-sama, mereka akan bercerita tentang keseharian mereka, berkongsi pendapat antara satu sama lain, menceritakan hal-hal yang lawak dan bergurau senda bersama. 9


Walaupun jika mereka tidak pergi bersama-sama mereka akan terjumpa antara satu sama lain dengan tidak di rancang. Dalam masa yang sama mereka juga dapat mengeratkan silaturahim sesama ketika mereka menyuci baju bersama-sama. Penduduk Balung tetap memiliki perasaan yang gembira semasa menyuci kerana ianya merupakan masa keemasan bagi mereka setelah lelah membuat kerja rumah seperti membersihkan rumah, melipat pakaian dan lain-lain. 10


11


Pada suatu hari, tercetusnya sebuah mitos yang tersebar dari mulut ke mulut orang kampung dan penduduk balung tentang seketul emas yang dijumpai oleh seorang pemuda. cerita tersebut bukan sahaja tersebar di alangan pendudk sahaja. tetapi sebahagian besar penduduk Tawau mengetahuinya. 12


Berdasarkan cerita penduduk kampung. Pada suatu hari, mereka melakukan rutin harian mereka yang sering dilakukan iaitu cuci baju bersama-sama. dengan suasana yang sama mereka akan bergurau senda antara satu sama lain agar kegiatan mereka menjadi tidak membosankan. 13


Semasa mereka asik menyuci pakaian dan membilas pakaian mereka. Terdapat seorang pemuda yang menyadari bahawa terdapat sesuatu yang keras pada bajunya. Pemuda tersebut merasa hairan dengan ketulan keras pada bajunya. pemuda tersebut terus membelek-belek bajunya bagi mengenal pasti ketulan emas tersebut rupa-rupanya ia merupakan seketul emas yang tersangkut pada bajunya. 14


Setelah terjadinya kejadian itu, masyarakat Balung bertindak bagi menaikkan taraf kehidupan mereka. Kebanyakan dari mereka memeriksa baju cucian mereka dan menemukan ketulan emas. Dengan itu, semua warga yang menyuci di Balung river turun memeriksa cucian mereka dengan harapan dapat menemukan emas yang dicanang-canangkan. 15


Antara taraf hidup yang mereka tambah baik menurut cerita rakyat yang di perkatakan dalam kalangan masyarakat bukan sahaja masyarakat yang berada di Balung tetapi cerita ini pernah menjadi bualan terutamanya anak muda pada waktu itu. Taraf hidup yang dipelbaiki dalam masyarakat Balung ialah mereka menggunakan kesempatan tersebut bagi mewujudkan kemewahan yang mereka impikan. 16


Kehidupan mereka berubah secara tiba-tiba. Mereka membeli kereta mahal seperti Hilux dan kereta-kereta berjenama lainnya. Dengan perubahan yang drastik di alami oleh penduduk Balung. Pihak berwajib yang tertentu mencurigai kegiatan harian penduduk di balung dan menyiasat mitos yang tersebar dalam kalangan masyarakat. 17


Mitos yang beredar ini mengemparkan seluruh masyarakat. Kehidupan di Balung semakin berubah mereka terpaksa mempelajari cara menyuci mengikut arus kemodenan atau menyuci di rumah masing-masing kerana pihak berwajib telah mengambil tindakan serta menyiasat tempat menyuci harian mereka . 18


Semasa siasatan dilalukan, mereka menutup kawasan Balung River agar tiada penduduk Balung mahupun masyarakat Tawau yang berkunjung ke Balung River. Sehubungan dengan itu, mareka menyiasat dengan teliti dan mendapati bahawa segelintir masyarakat berjaya atas usaha mereka sendiri kerana hal itu dikira mustahil dengan hanya disebabkan oleh seketul emas. 19


Setelah selesai penelitian dijalankan Balung kini menjadi kawasan perlombongan. Tidak selang lama pihak kerajaan membuka Balung River menjadi Pusat Rekreasi dan mempunyai Pusat Tempat Penginapan yang dinamakan sebagai Balung River Eco Result. 20


Asal usul Jalan Kuhara


Jalan Kuhara adalah sebuah jalan di Tawau, Sabah, Malaysia. Koordinat geografinya adalah 4° 17' 13'' Utara, 117° 53' 15'' Timur . Jalan ini terletak di poskod 91000. Jalan Kuhara merupakan sebuah jalan yang panjang. Dan meliputi beberapa kilometer panjangnya. Jalan ini juga mempunyai cerita asal usul yang perlu diketahui. 21


Asal usul Jalan kuhara tidak terlalu terkenal dalam kalangan masyarakat Tawau. Menurut masyarakat Tawau, suasana di Jalan Kuhara tidak banyak berubah dari masamasa dahulu. 22


Sebelum mengetahui sejarah yang terdapat di Jalan Kuhara lebih lanjut kita perlu mengetahui asal usul nama jalan tersebut terlebih dahulu. Asal usul nama Jalan Kuhara bukan berasal dari nama penduduk tempatan yang tinggal di Tawau mahupun peristiwa yang terjadi. 23


Jalan Kuhara di Tawau dinamakan sempena Fusanosuke Kuhara, seorang ahli perindustrian Jepun yang sangat terkenal, seorang usahawan, pengasas Hitachi, ahli politik dan menteri kabinet dalam Kerajaan Jepun sebelum perang. 24


Fusanosuke Kuhara 25


26 Fusanosuke Kuhara merupakan usahawan yang berjaya. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1869 di Hagi, Prefektur Yamaguchi, Jepun. Beliau merupakan pengasas syarikat Hitachi Seisakusho pada tahun 1910 dan kemudian menggabungkan operasinya ke dalam Kuhara Kōgyō pada tahun 1912.


Nama beliau bukan digunakan atas sebab beliau merupakan orang asing mahupun dinobatkan tanpa ada sumbangan apa-apa terhadap Daerah Tawau. Beliau merupakan orang yang berpengaruh di tempat asal beliau sehingga beliau telah menjadi orang yang berharta di Daerah Tawau. 27


28 Antara sumbangan beliau yang meningkatkan nilai diri sendiri dan mendorong perekonomian Daerah Tawau pada waktu itu ialah meningkatkan ekonomi Tawau dengan melabur dalam sektor pertanian dan sosial.


29 Pada tahun 1914 hingga 1918, selama berlakunya Perang Dunia I, Kuhara memperluas operasi perniagaannya menjadi sebuah perusahaan yang besar dan pelbagai, mulai dari pembuatan kapal hingga penghasilan baja, petrokimia, insurans hayat, perdagangan dan perkapalan, serta mengasaskan Kuhara Zaibatsu.


30 Lombong tembaga miliknya menjadi pengeluar tembaga kedua terbesar di Jepun pada tahun 1914 melalui pengunaan sistem pemprosesan dan teknik pengeluaran yang lebih baik.


31 Beliau juga mengembangkan operasinya menjadi pelbagai perusahaan, daripada pembinaan kapal kepada pengeluaran baja, petrokimia, insurans hayat, perdagangan dan perkapalan.


Pada masa kemurungan selepas perang, syarikat yang terlalu pelbagai ini mengalami masalah kewangan yang teruk dan Kuhara berpaling kepada abang iparnya, Yoshisuke Aikawa, yang mencipta syarikat induk bernama Nihon Sangyō, atau singkatan Nissan . 32


Yoshisuke Aikawa yang merupakan abang ipar kepada Fusanosuke Kuhara 33


Walaupun melewati masamasa yang suram itu bersama dengan abang iparnya beliau tetap tidak berputus asa bagi memikirkan cara agar dapat menyelamatkan syarikat-syarikat yang beliau ada. Syarikat yang beliau tubuhkan amat bermanfaat untuk memajukan jalan mahupun membuat pembangunan. 34


35


Terdapat segelintir syarikat yang ditubuhkan pada masa itu Masih dikekalkan dan dimanfaatkan pada masa kini. Contohnya, Syarikat Hitachi. 36


Dengan syarikat tersebut warga Tawau dapai membangunkan tawau dengan lebih maju. Hal ini disebabkan oleh masyarakat Tawau dapat menggunakan kemudahan seperti jentera yang berat. Jentera-jentera tersebut merupakan jentera keluarkan Syarikat Hitachi. 37


Barangan Jepun sering menjadi pujian masyarakat kerana ia dapat meringankan beban rakyat Dan mempunyai kualiti yang tinggi serta masyarakat dapat memperbaiki struktur jalan yang terdapat di Tawau. 38


Dengan kelebihan jentera Hitachi. Rakyat Tawau dapat memperbaiki jalan yang terhasil dari batubatu mahupun berlecak dapat diselesaikan menggunakan jentera yang berat kerana kerja-kerja membuat jalan memerlukan proses dari jentera dan tenaga manusia 39


Jentera yang diperkenalkan oleh Fusanosuke Kuhara 40


Oleh itu, Jalan Kuhara di beri nama sedemikian atas sumbangan beliau dan ketangguhan beliau dari semasa peperangan sehingga berjaya mengekalkan syarikat yang diperkenalkan hingga kini telah berkembang luas dan digunapakai. 41


Nilai Murni Nilai Kemasyarakatan Nilai kesyukuran Nilai Kerajinan 42


Pengajaran -Kita haruslah memiliki semangat kemasyarakatan seperti penduduk Balung mereka pergi ke tempat menyuci bersama-sama. -Kita perlulah memiliki semangat kerajinan seperti masyarakat Balung rajin mengangkat pakaian ke tepi sungai untuk menyuci. - Kita wajar memiliki rasa syukur contohnya masyarakat Balung bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan daripada ilahi seperti menggunakan sumber air dengan sebaik mungkin. -Kita perlulah bersyukur contohnya masyarakat Tawau bersyukur atas pembaharuan Fusanosuke Kuhara. - Kita janganlah bersangka buruk terhadap warga negara lain seperti Fusanosuke Kuhara yang berasal dari Jepun. 43


Click to View FlipBook Version