The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-56347204, 2021-06-23 06:02:17

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

RPAEKMABNIMSEBBIANYGA

"BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN"

TAHAP BONGSU
PENGENALAN PRS

Isi Kandungan

1 . MODUL TAHAP BONGSU PEMARKAHAN

2. PENGANUGERAHAN PRS BONGSU

3. PENGENALAN PRS

PENGENALAN PRS
PRINSIP PERKHIDMATAN PRS
FALSAFAH PRS
MISI PRS
VISI PRS
MATLAMAT PRS
OBJEKTIF PRS
ETIKA PRS
SENARAI TUGAS PRS
PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH
DILAKUKAN OLEH PRS
IKRAR PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
LAGU RASMI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

PENGENALAN

MODUL TAHAP BONGSU

MODUL TAHAP BONGSU

PENGENALAN PRS 01

Ceramah : 90 minit
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) : -
Bengkel : -

KEKSEESDEADRAANRAKENNKDEIRNI DIRI

02 Ceramah : 30 minit
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) :
3 Aktiviti
Bengkel : -

ASAS KOMUNIKASI

Ceramah : 60 minit 03
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) :
4 Aktiviti
Bengkel : -

04 AWAL REMAJA

Ceramah : 60 minit
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) :
4 Aktiviti
Bengkel : -

PENILAIAN 05

Ujian : 60 minit

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

PENGANUGERAHAN PRS BONGSU

01 Kehadiran Perjumpaan/Mesyuarat Kehadiran Latihan Keseluruhan 16 jam
PRS
Peruntukan Markah : 10 % 0 2 Peruntukan Markah : 20 %
Syarat Pemberian Markah : 80 % ke Syarat Pemberian Markah : x / 16 x 20
atas kehadiran (10 markah)

0 3 Markah Ujian 04 Pelaksanaan Projek PRS - 1 Projek
Peruntukan Markah : 10 % Peruntukan Markah : 10 %
Syarat Pemberian Markah: 80- 100 Syarat Pemberian Markah :
(10 markah) Setiap Projek
70-79 (8 markah) Kehadiran (1)
60-69 (6 markah) Penglibatan (1)
50-59 (5 markah)
49 ke bawah (4 markah) 0 6 Sesi membantu rakan - Minima 20
Klien
0 5 Pencapaian akademik semasa Peruntukan Markah : 20 %
Peruntukan Markah : 10 % Syarat Pemberian Markah :
Syarat Pemberian Markah : Telah menunjukkan peningkatan
Telah menunjukkan peningkatan prestasi akademik dalam
prestasi akademik dalam ujian/peperiksaan
ujian/peperiksaan
0 8 JUMLAH KESELURUHAN
0 7 Personaliti PRS melalui 100 %
pemerhatian GBK Pencapaian markah LULUS Tahap
bongsu adalah 80%
a. Bertanggungjawab
b. Prihatin & peka
c. Kerjasama
d. Boleh dipercayai & boleh
menyimpan rahsia
e. Berdisiplin
f. Mesra & mudah didekati
g. Kepimpinan
h. Proaktif
i. Berani berkata benar
j. Mempunyai kemahiran komunikasi

BAB 1.

PENGENALAN PEMBIMBING
RAKAN SEBAYA

PENGENALAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah seorang
murid yang telah dilatih dalam bidang
kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia
berfungsi sebagai seorang kawan yang
berkesan kepada rakan sebaya, terutama
kepada mereka yang memerlukan pertolongan.
PRS tidak berfungsi untuk memberi nasihat dan
menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi
menjadi seorang pendengar yang peka kepada
perasaan orang lain, berminat dan mengambil
berat serta rela memberi khidmat dalam
sistem sekolah.

PRINSIP PERKHIDMATAN PRS

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan
tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan
dan fizikal.

Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan
berdasarkan etika PRS .

FALSAFAH PRS

"BANTU DIRI SENDIRI DAN BANTU ORANG LAIN"

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan,
perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan supaya berupaya

untuk membantu orang lain.

MISI PRS

Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika

Pembimbing Rakan Sebaya.

VISI PRS

Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang
cemerlang dan berkualiti.

MATLAMAT PRS

Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan
murid.

Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni
berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.

Memupuk potensi atau bakat kepimpinan dan menjadi individu yang
peka, bertimbangrasa, rela, menolong dan berupaya hidup selesa
dalam masyarakat majmuk.

Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS
dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah
salahlaku dalam kalangan murid.

OBJEKTIF PRS

Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi
akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.

Memberi khidmat sokongan dalam perkhidmatan Bimbingan
Kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam
perkhidmatan PRS.

Melatih murid dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka
berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.

ETIKA PRS

PRS perlu patuh pada etika berikut:

Amanah dan menyimpan rahsia.

Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.

Tahu batasan dan keupayaan diri.

Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.

Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh
Masa tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang
lain.

Merujuk kes kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa.

Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan
agama.

SENARAI TUGAS PRS

1.Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan
keadaan sekeliling.

2.Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah.

3.Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat
bantuan.

4.Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling
seperti membuat rujukan jika perlu.

5.Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru
Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika
perlu.

6.Sebagai Model Insan kepada pelajar lain.
7.Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri,

berasa selesa dan berempati.
8.Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
9.Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa

alternatif sebelum membuat keputusan.
10.Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah

positif.
11.Mematuhi etika kerahsiaan.
12.Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
13.Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah

biasa/normal.
14.Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan

mengalakkannya mencari
15.Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan

lain supaya melibatkan diri.
16.Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri

untuk membantu.

PERKARA YANG BOLEH & TIDAK BOLEH
DILAKUKAN OLEH PRS

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN PERKARA TIDAK BOLEH DILAKUKAN
OLEH PRS OLEH PRS

a. Pemudah cara dalam keadaan terbuka, penuh a. Mengawal,memberi khutbah atau mendesak
kepercayaan, rasa selesa & empati. rakan tentang apa yang mereka harus lakukan.
b. Menerima rakan dengan terbuka. b. Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah
mereka
c. Mendengar, menjelas & membantu rakan c. Memberi nasihat atau cadangan penyelesaian
melihat beberapa alternatif sebelum membuat untuk diikuti
keputusan
d. Memberi sokongan & galakan untuk rakan d. Menyelamatkan rakan dengan membuat sesuatu
mengambil langkah positif. yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri.
e. mematuhi etika kerahsiaan e. Bercerita kepada orang lain (membuka rahsia
kawan)
f. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh f. Mengharapkan semua masalah boleh diatasi
diatasi dengan segera
g. Berbincang dan membantu rakan yang g. Berbincang dengan rakan yang mengahadapi
menghadapi masalah biasa masalah emosi yang mendalam
h. Memimpin rakan melihat masalahnya dengan h. Bertindak menyelesaikan masalah rakan.
objektif dan menggalakkannya mencari
penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui i. Menghadapi sendiri masalah yang runcing
pengalamannya. sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.
i. Merujuk kes yang berat kepada guru bimbingan
dan kaunseling dan menjadi penghubung kepada j. Menjalankan projek bersendirian dan
rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan mengenepikan rakan lain
guru bimbingan dan kaunseling atau orang yang k. Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi
lebih arif. sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan
j. menjalankan projek membantu sambil
mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
k. Mengutamakan kesejahteraan diri dan
memahami batasan diri untuk membantu

IKRAR PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Bahawasanya saya/kami dengan ini berikrar
menerima & mematuhi serta mengamalkan teras-
teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi ...............

1. Menerima jawatan ini dan sanggup memikul
tanggungjawab serta amanah yang diberikan
tanpa mengira tempat, masa & rakan

2. Berpegang teguh pada etika Pembimbing
Rakan Sebaya.

3. Berusaha menjadi murid contoh.
4. Berazam meningkatkan mutu akademik &

disiplin diri
5. Berkhidmat dengan penuh kemesraan & kasih

sayang.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti

perkhidmatan PRS

LAGU PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Pembimbing Rakan Sebaya
Menawar khidmat bakti
Menjana kegemilangan
Wawasan Negara

Kami berdiri megah
Dengan tekad dan harapan
Membantu dan membimbing

Penuh kasih mesra

korus

PRS pemangkin
Masyarakat penyayang
Berilmu beramal,bentuk jati diri
Amanah diberi,janji ditepati
Amalan mulia,jadikan panduan

Pembimbing Rakan Sebaya
Siap sedia berjasa

Membentuk dan membina
Hidup yang bermakna

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMK BATU UNJUR


Click to View FlipBook Version