KEL AB CATUR
SMKBU
KELAB CATUR SMK BATU UNJUR
PANDUAN
PERMAINAN CATUR
MAKE YOUR MOVE
Disediakan oleh :
Guru Penasihat Kelab Catur SMKBU
Mengembangkan Catur
KEUPAYAAN meningkatkan
MELIHAT KEUPAYAAN
daripada INGATAN
persepektif orang
lain
MANFAAT & KELEBIHAN
BERMAIN CATUR
Catur Catur
meningkatkan meningkatkan
KEPINTARAN KREATIVITI
Catur Frameworks/Systems:
meningkatkan MVC, AngularJS, bootstrap,
KEMAHIRAN Visual Studio, Team
MERANCANG Foundation Server
Catur boleh Catur dapat
memberikan memperbaiki
perlindungan gejala
terhadap Attention
perkembangan Deficit
DEMENSIA Hyperactivity
Dirorder
(ADHD)
7 LANGKAH
BERMAIN
CATUR
1Bagaimana
untuk
menyediakan
Papan Catur
Bagaimana 3Temuilah
kepingan catur
Peraturan-
2bergerak peraturan
Istimewa Catur
Ketahui Semak semula 7 Langkah
Siapakah yang Bermain
5peraturan- Catur
Melakukan
Pergerakan peraturan
Pertama dalam bagaimana
memenangi 1
4 Catur permainan catur
Belajar strategi-
strategi catur
yang asas
6
Berlatih
7 dengan
bermain
banyak
permainan
Bagaimana
1 untuk
menyediakan
papan catur
Papan catur dibentangkan supaya setiap pemain mempunyai petak
putih (atau warna muda) di sebelah kanan bawah pemain tersebut.
Barisan kedua (atau deretan) papan diisi dengan bidak-bidak. Rook
diletakkan di sudut, dengan kuda di sebelahnya, dan diikuti dengan
biskop, dan akhir sekali ratu diletakkan di petak yang sama warna
dengan warna ratu tersebut (ratu putih di petak putih, ratu hitam di
petak hitam), dan raja diletakkan di petak terakhir.
Bagaimana
2 kepingan
catur
bergerak
Setiap daripada 6 kepingan catur
memiliki pergerakan yang berbeza. Kepingan tidak boleh bergerak menembusi
kepingan lain (akan tetapi kuda boleh melompat di atas kepingan lain), dan tidak
boleh bergerak ke petak yang diduduki oleh kepingan sendiri. Walau
bagaimanapun, kepingan boleh digerakkan untuk mengambil alih petak yang
diduduki kepingan pihak lawan, dan seterusnya menangkap kepingan tersebut.
Kepingan secara amnya digerakkan ke posisi di mana ia boleh menangkap
kepingan lawan (dengan mengambil alih petak dan menggantikan kepingan
tersebut), mempertahankan kepingan sendiri jika ia boleh ditangkap, atau untuk
mengawal petak-petak penting permainan.
Bagaimana Menggerakkan Raja dalam Catur
Raja merupakan kepingan yang terpenting, tetapi di
antara yang paling lemah. Raja hanya boleh bergerak satu
petak dalam apa jua arah - ke atas, ke bawah, ke tepi, dan
secara pepenjuru. Raja tidak boleh bergerak dirinya ke
dalam check (di mana dia boleh ditangkap). Apabila raja
diserang oleh kepingan yang lain, ini dipanggil "check".
Bagaimana Menggerakkan Ratu dalam Catur
Ratu ialah kepingan yang paling kuat. Dia dapat
bergerak dalam setiap arah lurus - ke depan, ke
belakang, ke tepi, atau secara pepenjuru - sejauh
mana yang boleh selagi dia tidak bergerak menerusi
mana-mana kepingannya. Dan, macam semua
kepingan, jika ratu menangkap suatu kepingan
lawannya maka pergerakannya berakhir. Perhatikan
bagaimana ratu putih menangkap ratu hitam dan
kemudiannya raja hitam dipaksa untuk bergerak
Bagaimana
2 kepingan
catur
bergerak
Bagaimana Menggerakkan Rook dalam Catur
Rook boleh bergerak sejauh mana ia mahu, tetapi
hanya ke depan, ke belakang, dan ke tepi. Rook-
rook adalah kepingan yang kuat apabila mereka
melindungi dan berkerjasama sesama sendiri!
Bagaimana Menggerakkan Biskop dalam Catur
Biskop boleh bergerak sejauh mana yang ia mahu, tetapi
hanya secara pepenjuru. Setiap biskop bermula pada
satu warna (cerah atau gelap) dan mesti kekal pada
warna itu. Biskop-biskop bekerjasama dengan baik
sesama sendiri kerana mereka menutup kelemahan
antara satu sama lain.
Bagaimana Menggerakkan Kuda dalam Catur
Kuda bergerak dengan cara yang sangat berlainan
berbanding dengan buah yang lain - bergerak dua
petak dalam satu arah, dan kemudiannya satu
pergerakan lagi dengan sudut 90 darjah, sama
seperti bentuk huruf "L". Kuda juga adalah satu-
satunya buah yang boleh bergerak melepasi buah
yang lain.
Bagaimana
2 kepingan
catur
bergerak
Bagaimana Menggerakkan Bidak dalam Catur
Bidak adalah luar biasa kerana mereka bergerak dan
menangkap dengan cara yang berbeza: mereka
bergerak ke hadapan, tetapi menangkap dengan
menyerong. Bidak hanya boleh bergerak ke hadapan
dengan satu petak setiap masa, kecuali pada langkah
pertama mereka di mana mereka boleh melangkah
dua petak ke depan. Bidak boleh menangkap dengan
menyerong satu petak di hadapannya. Mereka tidak
boleh bergerak atau menangkap ke belakang. Jika ada
buah lain yang berada betul-betul di hadapan bidak, ia
tidak boleh bergerak melangkah atau menangkap
buah tersebut.
Temuilah
3 Peraturan-
peraturan
Istimewa Catur
Bagaimana Menaikkan/Promosi Bidak dalam Catur
Bidak mempunyai satu lagi kebolehan khas iaitu jika bidak sampai
ke hujung papan bertentangan, ia boleh bertukar menjadi buah
yang lain (dipanggil promosi).
Bidak boleh dinaikkan pangkat menjadi apa jua buah.
Ramai yang salah tanggapan bahawa bidak hanya boleh
ditukarkan dengan buah yang telah ditangkap. Ia TIDAK
benar. Bidak kebiasaannya dinaikkan pangkat menjadi
ratu. Hanya bidak sahaja yang boleh dinaikkan pangkat.
Temuilah
3 Peraturan-
peraturan
Istimewa Catur
Bagaimana untuk melakukan "en passant" dalam
Catur
Peraturan terakhir untuk bidak dipanggil "en passant",
iaitu perkataan Peranchis yang bermaksud "in passing"
atau "berlalu secara kebetulan". Jika suatu bidak
bergerak dua petak ke depan untuk pergerakan
pertamanya, dan secara demikian berhenti di sebelah
bidak lawan (iaitu melompat dan melewati keupayaan
bidak lawan untuk menangkapnya), bidak lawan itu
mempunyai pilihan untuk menangkap bidak pertama
yang sedang bergerak melepasinya.
Langkah istimewa ini mestilah dilakukan sebaik selepas
pergerakan bidak pertama berlalu melepasinya, jika tidak, pilihan
untuk menangkapnya akan tiada lagi
Temuilah
3 Peraturan-
peraturan
Istimewa Catur
Bagaimana untuk Castle di dalam Catur
Salah satu peraturan khas catur dipanggil sebagai castling.
Pergerakan ini membolehkan anda melakukan dua tindakan
dalam satu pergerakan: menggerakkan raja anda ke tempat
yang selamat (mudah-mudahan), dan memindahkan rook anda
dari penjuru papan ke dalam permainan. Pada giliran seseorang
pemain, dia boleh menggerakkan rajanya sejauh dua petak
dalam satu arah dan kemudiannya menggerakkan rook dari
penjuru berkenaan ke petak bersebelahan raja di arah
bertentangan. Tetapi, untuk melakukan castling, syarat-syarat
berikut hendaklah dipenuhi:
ia mesti menjadi langkah pertama raja itu
ia mesti menjadi langkah pertama rook itu
tidak boleh ada sebarang kepingan di antara raja dan rook
untuk bergerak
Raja tidak boleh berada dalam check atau melalui check
Perhatikan apabila anda melakukan castling ke satu arah, raja
berada lebih dekat dengan tepi papan. Ia dipanggil castling
"sebelah raja". Tetapi castling ke arah yang lain, melalui
kedudukan ratu, dipanggil castling "sebelah ratu". Tidak kisah di
arah mana, raja sentiasa bergerak hanya dua petak apabila
castling dilakukan.
Ketahui
4 Siapakah yang
Melakukan
Pergerakan
Pertama dalam
Catur
Pemain dengan kepingan putih selalunya bergerak
terlebih dahulu. Oleh yang demikian, pemain-
pemain biasanya membuat keputusan siapakah
mendapat putih dengan kebarangkalian atau nasib
seperti membalikkan duit syiling atau mengerahkan
seseorang pemain meneka warna sebiji bidak yang
disembunyikan dalam tangan pemain yang lain.
Seterusnya putih akan melakukan pergerakan,
diikuti hitam, kemudian putih lagi, kemudian hitam
dan seterusnya sehingga tamat permainan.
Kebolehan bergerak terlebih dahulu adalah
kelebihan kecil yang memberikan pemain putih
peluang untuk menyerang dengan segera.
Semak Semula
5 Peraturan-
peraturan
Bagaimana
Memenangi satu
Permainan Catur
Terdapat beberapa cara untuk menamatkan suatu permainan
catur: menerusi checkmate, melalui seri, dengan
menyerah kalah, dengan kekalahan akibat masa...
Bagaimana untuk Checkmate di dalam Catur
Tujuan permainan ialah untuk checkmate raja pihak lawan. Ini berlaku
apabila raja diletak dalam check dan tidak mampu keluar daripada check.
Terdapat hanya tiga cara suatu raja dapat keluarkan diri daripada check:
bergerak keluar daripada check (walaupun dia tidak dapat castle!),
menghalang check dengan kepingan lain
atau tangkap kepingan yang sedang mengancam raja.
Jika raja tidak dapat melarikan diri daripada checkmate maka permainan
tersebut berakhir. Biasanya raja tidak ditangkap atau dikeluarkan
daripada papan, hanya permainan itu diisytiharkan tamat.
Semak Semula
5 Peraturan-
peraturan
Bagaimana
Memenangi satu
Permainan Catur
Bagaimana untuk seri dipermainan catur
Kadangkala, permainan catur tidak berakhir dengan seorang
pemenang, tetapi dengan seri. Terdapat 5 sebab kenapa sesuatu
permainan catur boleh berakhir dengan keputusan seri:
Posisi ini mencapai stalemate di mana ianya giliran salah seorang
pemain untuk bergerak, namun rajanya TIDAK dalam check tetapi
dia masih tidak mempunyai pergerakan lagi yang sah.
Dengan pergerakan Qc7, hitam tidak
diancam dan tidak mampu bergerak.
Permainan ini diisytiharkan sebagai seri
melalui stalemate.
Pemain-pemain mungkin boleh sahaja
bersetuju untuk seri dan berhenti bermain
Tiada cukup kepingan di atas papan
untuk memaksa checkmate (contohnya:
satu raja dan satu biskop lwn. satu raja)
Seorang pemain mengisytiharkan seri jika posisi yang betul-betul
sama diulang sebanyak tiga kali (walaupun tidak semestinya tiga
kali secara berturut-turut)
Lima puluh pergerakan berturut-turut telah dimainkan di mana
kedua-dua pemain tidak menggerakkan bidak atau menangkap
buah
Belajar
6 strategi-
strategi catur
yang asas
Terdapat empat perkara mudah yang setiap pemain catur perlu
tahu:
Lindungi Raja anda
Letakkan raja anda di penjuru papan di mana ia biasanya selamat.
Jangan lengahkan castling. Anda seharusnya melakukan castling
seawal yang mungkin. Ingat, tidak kira betapa dekatnya anda untuk
checkmate pihak lawan jika raja anda mengalami checkmate
terlebih dahulu!
Jangan Memberi Buah Catur Begitu Sahaja
Jangan kehilangan buah anda dengan cuai! Setiap buah adalah
bernilai dan anda tidak akan menang jika tiada buah untuk
melakukan checkmate. Terdapat sistem mudah yang digunakan
oleh kebanyakan pemain untuk menjejak nilai perbandingan bagi
setiap buah catur. Berapakah nilai buah-buah catur?
Satu bidak bernilai 1
Kuda adalah bernilai 3
Biskop adalah bernilai 3
Satu rook adalah bernilai 5
Ratu adalah bernilai 9
Raja adalah tak terhingga nilainya
Pada akhir permainan, kiraan mata ini tidak
membawa sebarang makna – ianya hanyalah satu
sistem di mana anda boleh menggunakannya untuk
membuat keputusan ketika bermain, yakni
membantu anda dalam menentukan bila anda patut
menangkap, menukar buah, ataupun membuat
pergerakan lain.
Belajar
6 strategi-
strategi catur
yang asas
Kawal Petak-Petak Tengah Papan Catur
Anda perlu cuba untuk mengawal pertengahan papan dengan
buah dan bidak anda. Jika anda mengawal pusat, anda akan
ada lebih banyak ruang untuk menggerakkan kepingan-
kepingan anda dan akan menjadikannya lebih susah untuk
lawan anda mencari petak-petak yang baik untuk
kepingannya. Dalam contoh di atas putih membuat
pergerakan-pergerakan yang baik untuk mengawal pusat
papan sementara hitam bermain pergerakan-pergerakan
yang buruk.
Gunakan Semua Kepingan Catur anda
Berdasarkan contoh di atas, putih mengerahkan semua
buahnya ke dalam serangan! Buah-buah anda tidak berfungsi
apabila mereka berada di barisan pertama. Cuba
membangunkan semua buah anda supaya anda boleh
memanfaatkan lebih banyak kuasa apabila
menyerang raja. Menggunakan satu atau
dua buah untuk menyerang tidak
akan berhasil jika menentang pemain
bertahap baik.
Berlatih
7 dengan
bermain
banyak
permainan
Perkara terpenting yang anda boleh lakukan untuk menjadi lebih
baik dalam catur ialah untuk bermain catur dengan banyak! Ia tidak
penting jika anda bermain di rumah dengan kawan-kawan atau ahli
keluarga, ataupun bermain online, anda perlu bermain permainan
ini dengan banyak untuk bertambah baik
Catur 960
Dalam Catur960 (Fischer Random), posisi awal kepingan-kepingan
ditetapkan secara rawak. Bidak mengekalkan posisi awal mereka tetapi
kepingan-kepingan yang selebihnya disusun secara rawak.
King Of The Hill
Dalam format ini, matlamatnya adalah untuk memindahkan raja anda ke pertengahan
papan atau "top of the hill."
Bughouse
Format ini dimainkan secara berpasangan. Apabila seseorang pemain
menangkap suatu kepingan daripada pihak lawan, kepingan ini akan
menjadi tersedia bagi kegunaan rakan sepasukan permain tersebut.
Sebagai contoh: Jika saya bermain sebagai Putih dan rakan pasukan saya
yang bermain Hitam, menangkap sebiji kuda daripada lawannya, saya akan
memperoleh kuda yang bolehlah saya letakkan pada mana-mana petak
kosong di papan semasa giliran saya. Saya boleh berbuat demikian dalam
mana-mana giliran saya di masa hadapan. Crazyhouse
Ini adalah format yang sangat menarik, kerana ia membolehkan anda menggunakan
kepingan-kepingan yang anda mengambil daripada pihak lawan anda. Maksudnya, jika
saya bermain sebagai Putih dan saya mengambil sebiji bidak hitam daripada pihak lawan
saya, bidak tersebut akan bertukar menjadi bidak putih yang boleh saya letakkan pada
papan sebagai sebahagian daripada angkatan tentera saya. Saya boleh berbuat demikian
dalam mana-mana giliran saya di masa hadapan.
3-Check
Dalam format ini, pemain pertama yang check raja lawan sebanyak tiga kali, akan menang.
Berlatih
7 dengan
bermain
banyak
permainan
Bagaimana Bermain Catur 960
Chess960 mengikuti semua peraturan piawai catur, kecuali kedudukan permulaan buah
di barisan belakang, di mana ianya diletakkan secara rawak di dalam salah satu
daripada 960 posisi yang mungkin. Castling dilakukan seperti catur piawai, di mana Raja
dan Rook berakhir di kedudukan biasa posisi castling (g1 dan f1, atau c1 dan d1).
Permainan 960 adalah seperti catur piawai, tetapi memiliki lebih banyak variasi di
dalam fasa pembukaan.
Layari laman web ini untuk ketahui cara bermain:
https://www.chess.com/ms/play/computer/chess960
Bagaimana Bermain dengan Peraturan-peraturan Kejohanan Catur
Kebanyakan kejohanan mengikut set peraturan yang umum, dan sama. Peraturan-
peraturan tersebut tidak semestinya harus diguna pakai ketika bermain di rumah atau
online, tetapi anda mungkin ingin mempraktisnya juga.
Sentuh-gerak - Jika mana-mana pemain menyentuh salah satu kepingan miliknya, dia
mesti menggerakkan kepingan tersebut selagi pergerakan itu sah. Jika pemain
menyentuh kepingan pihak lawan, dia mesti menangkap kepingan berkenaan. Pemain
yang ingin menyentuh kepingan untuk membetulkan kedudukannya di atas papan
mestilah terlebih dahulu memberitahu niatnya, biasanya dengan menyebut "adjust".
Jam dan Pemasa - Kebanyakan pertandingan menggunakan pemasa untuk mengawal
berapa banyak masa yang diperlukan untuk setiap permainan, dan bukannya untuk
setiap pergerakan. Setiap pemain mendapat nilai masa yang sama untuk sepanjang
permainan mereka dan mereka boleh menentukan bagaimana masa itu patut
digunakan. Apabila seorang pemain membuat pergerakan, mereka akan menekan
butang atau tuas untuk memulakan jam pihak lawan. Jika seorang pemain kehabisan
masa dan lawannya mengisytiharkan kehabisan masa, maka pemain yang kehabisan
masa akan kalah (melainkan jika lawan tidak memiliki buah yang cukup untuk
melaksanakan checkmate, ianya adalah seri untuk kes sedemikian).
SUMBER RUJUKAN
https://www.chess.com/ms/catur
https://www.chess.com/ms/play/computer/chess960
CHECKMATE
KELAB CATUR
SMKBU