PENGURUSAN
MASA
HARGAI MASA
SEBAIKNYA
SMK BATU UNJUR
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Pesan cikgu,
Uruskan masa dengan baik
agar hidup kita terurus dengan
lebih baik
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Batu Unjur
Tip Pengurusan Masa
Tetapkan masa untuk setiap tugasan
Contoh hadkan setengah jam untuk siapkan kerja sekolah yang diberi
oleh guru. Menjadikan kerja yang dilakukan lebih seronok kerana wujud
1 ‘permainan’ disini dengan had masa tersebut.
Buat senarai tugasan yang perlu dilakukan
( To-do-list )
Membuat senarai tugasan menjadikan kita lebih fokus dan seterusnya
memberi dorongan dan motivasi kepada diri sendiri apabila melihat apa
yang telah dicapai dan apa yang belum dicapai lagi.
Membuat Perancangan
Perancangan boleh dilakukan pada waktu malam dan waktu pagi. Pada
waktu malam, tetapkan 15 perkara penting untuk dilakukan pada hari
esok. Pada waktu pagi pula, tulis 3 @ 4 perkara penting untuk dilakukan
pada hari tersebut dan lakukannya pada waktu di mana anda paling
produktif.
Berhenti menjadi ‘sempurna’.
Apabila kita cuba menjadi ‘sempurna’, sebenarnya tidak ada yang pernah
bagus. Ini bermakna kita akan membuat tugasan yang sama berulang-
kali. ‘Sempurna’ tidak pernah wujud. Buat yang terbaik dan teruskan
kehidupan
Jangan bazirkan masa ‘menunggu’.
Gunakanlah masa ‘menunggu’ dengan membaca buku-buku berbentuk
inspirasi, mendengar podcast atau membuat sesuatu yang bermanfaat
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Batu Unjur
Semoga perkongsian ilmu
ini dapat memberi manfaat
kepada semua
Saya Hebat, Kita Semua Hebat
Melangkah Sederap SMKBU Hebat