The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by buvanasrishankar0902, 2021-06-01 08:38:32

TEMA JENAYAH SIBER

TEMA JENAYAH SIBER

TEMA : JENAYAH SIBER

NAMA AHLI : (1) SAI FORN A/P MUN TRI
( 16DKA20F1042 )

(2) BUVANASRI A/P SHANAKR
( 16DGU20F1060 )

NAMA PENSYARAH : PN FADZILAH BINTI
ABD RAHMAN

KANDUNGAN 1
2
Pendahuluan 3
Faktor-faktor 4
Jenis jenayah siber 5
Kesan negatif 6
Data / Statistik 7
Langkah mengatasi 8
Rujukan 9-10
Kesimpulan
Pandangan ahli kumpulan 11
Tamat

Pendahuluan

Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini.
Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau
pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat,
penggodaman dan lain-lain.t

Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah
penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab
tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber,
berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama
ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga
pornografi disebarkan melalui Internet.

Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan
oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak
pentadbiran sesetengah negara yang selama ini mahu
mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat
penduduk mereka.

1

Faktor- faktor

Faktor yang pertama ialah kemunculan Internet sebagai ala
komunikasi terkini. Pelbagai laman web sosial yang dicipta seperti
‘Instagram’ dan ‘Facebook’ telah mendorong seseorang individu
untuk mendedahkan maklumat peribadi seperti alamat, nombor
telefon dan gambar. Perkara iniakan membolehkan seseorang
individu berkongsi butiran peribadi kepada penjenayah siber
tanpadisedari. Penjenayah siber akan menggunakan butiran
peribadi untuk kegiatan yang tidak baikseperti menggunakan
identiti orang lain, menggodam akaun-akaun bank dan
seumpamanya.Kemunculan Internet juga menyebabkan maklumat
disebarkan tanpa mengetahui kesahihannya.Maklumat yang
disebarkan akan menyebabkan orang ramai mempercayai
maklumat tersebut.

Seterusnya, penggunaan perbankan atas talian secara meluas
diperkenalkan kepada pengguna.Terdapat pihak yang mengambil
kesempatan dalam kemajuan teknologi ini dengan menggunakan
taktik pemalsuan. Penjenayah siber menghasilkan laman web
perbankan palsu yang menyerupai laman web sebenar. Hal ini akan
menyebabkan seseorang individu memasukkan data peribadi
kelaman web tersebut dan data tersebut digunakan penjenayah siber
untuk mendapar duit dengan cara yang mudah.

2

Jenis-jenis jenayah siber

1. Penipuan
2. Judi siber
3. Pengintipan
4. Pornografi
5. Skim cepat kaya
6. Kecurian maklumat.
7. Penyebaran virus
8. Penggodam atau "Hacker"
9. Menyalin perisian secara tidak sah
10. Capaian secara tidak sah keatas sistem
11.Menyalurkan maklumat-maklumat yang palsu
12. Kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program
atau data komputer.

3

Kesan negatif

Implikasi negatif yang timbul daripada jenayah siber ialah menjejaskan
urusan melalui talian (on-line). Kini frasa ayat semuanya di hujung jari
anda menjadi begitu popular kerana kecanggihan teknologi maklumat
mendorong kita untuk memilih sesuatu urusan dilakukan dengan lebih
mudah dan pantas. Justeru, apabila pihak bank menawarkan
perkhidmatan talian atau dikenali sebagai perbankan internet maka
ramai yang mengalu-alukan usaha ini kerana mengandaikan
perkhidmatan ini akan menguntungkan mereka. Walau bagaimanapun,
aktiviti jenayah siber yang semakin berleluasa boleh menyebabkan
kita berasa takut untuk berurusan secara talian kerana nombor pin
peribadi atau maklumat sulit seseorang berkemungkinan akan di
ceroboh oleh penggodam.

Add a little bit oKesan jenayah siber juga akan merugikan banyak
pihak terutamanya mereka yang hanya merupakan pengguna

komputer. Mereka mengalami kerugian sehingga mencecah angka
jutaan ringgit akibat penjenayah menggunakan teknologi maklumat

koridor (ICT) untuk melakukan penipuan atau sebagai medium
perjudian maya yang melampaui batasan wilayah.f body text

4

Data / Statistik

https://wiser.my/sepanjang-tahun-2019-kes-penipuan-atas-talian-
adalah-insiden-jenayah-siber-yang-paling-banyak-berlaku-di-
malaysia

https://www.srisanjeev
an.com/penjenayah-
siber-ternanti-nanti-
saat-seperti-
ini/#sthash.WZdZKM0
B.dpbs

5

Langkah-langkah mengatasi

1. Guna kata laluan (Password)

pilih kata laluan yang kreatif menggunakan gabungan huruf,
nombor dan simbol.
Jangan dedahkan kata laluan kepada orng lain.
Sentiasa tukar kata laluan secara berskala.

2. Kemaskini perisian keselamatan

Lengkapkan komputer/ gajet dengan perisian keselamatan terkini (
anti-virus dan anti-spyware
Gunakan perisian tulen dan elakkan menggunakan perisian yang
telah tamat tempoh.

3. Fikir sebelum klik

Jangan klik emel atau pautan yang mencurigakan atau tidak dikenali.
Padam emel / pautan tersebut.

4. Ambil tahu

Peka dengan ancaman siber terkini.
Fahami dan waspada tentang kesan- kesan negatif
penyalahgunaan internet.

6

Rujukan

https://www.youtube.com/watch?
v=7oo5ZkNxH3o
https://nrulcool.weebly.com/kesimpul
an.html

http://ukebro.blogspot.com/2012/12/c
ase-study-jenayah-siber.html?m=1
https://www.academia.edu/23349664/J
enayah_Siber
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Jena
yah_siber

7

Kesimpulan

Kesimpulannya , teknologi pada masa kini semakin canggih ,
tetapi pada masa yang sama terdapat juga kekurangannya ,
iaitu jenayah siber juga semakin canggih. Kebanyakan
penjenayah siber tidak dapat ditangkap kerana sukar dikesan.
Oleh itu , kita hendaklah berwaspada pada setiap masa .
Sediakan payung sebelum hujan , kita hendaklah melindungi
sistem kompouter kita dengan perisian-perisian dan berhati-
hati semasa menggunakan rangkaian internet .Jenayah siber
juga merupakan masalah sosial kerana berkaitan dengan
tingkah laku manusia. Bagaimanapun, perbuatan ini sukar
dibendung kerana kesukaran mengenal pasti penjenayahnya.
Sungguhpun begitu, usaha kerajaan dalam mengekang
perbuatan ini dapat dilihat dengan penguatkuasaan undang –
undang seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984.

8

Pandangan ahli kumpulan

Sai Forn

Pada pandangan saya, ancaman siber merupakan masalah
yang sering dihadapi oleh para pengguna komputer pada
masa kini memandangkan kebanyakan komputer mempunyai
sambungan pada rangkaian internet yang menghubungkan
berjuta-juta pengguna komputer di seluruh dunia serta bersifat
terbuka. Oleh yang demikian, Langkah-langkah mengatasi
perlu diambil oleh semua pihak sama ada organisasi atau
individu kerana tiada jalan pintas dalam menangani ancaman
siber

Jalan yang terbaik ialah dengan memainkan peranan masing-
masing dalam lingkungan kuasa dan kemampuan yang ada
.Misalnya pihak pengurusan atasan syarikat atau organisasi
perlulah menangani risiko ancaman siber dari perspektif yang
menyeluruh serta mengeluarkan polisi-polisi yang berkesan
untuk diikuti oleh pekerja syarikat. Bagi individu pula, perlulah
ada tahap kesedaran yang tinggi tentang risiko dari ancaman
siber ini, terutamanya ketika menggunakan komputer masing-
masing. Setiap dari kita perlu ada rasa tanggungjawab untuk
menentukan komputer kita terjamin selamat daripada
ancaman siber ini.

9

Buvanasri

Hal ini tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia mampu
memberi impak yang besar kepada individu, masyarakat dan
negara. Oleh sebab masih ramai yang tidak tahu tentang jenayah
siber ini menyebabkan mereka mudah menjadi mangsa jenayah
siber. Selain itu, pemantauan daripada masyarakat terhadap
anak-anak dalam melayari laman web yang berkaitan haruslah
ditingkatkan. Ini bagi mengelakkan generasi akan datang terjebak
dengan masalah sosial dan penyebaran video-video lucah.

Selain daripada itu, tindakan menyediakan payung sebelum hujan
juga perlu diamalkan dalam kalangan masyarakat. Penyediaan
maklumat berkaitan jenayah siber kepada masyarakat oleh
kerajaan sedikit sebanyak membantu masyarakat dalam
berwaspada supaya tidak menjadi mangsa kerakusan penjenayah
siber. Kerjasama daripada masyarakat supaya membuat laporan
berkaitan jenayah siber juga memainkan peranan penting dalam
membendung jenayah siber ini.

10

Terima
kasih


Click to View FlipBook Version