PENTAKSIRAN BERTERUSAN PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK1094) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM Nama : NUR YUSRINA BINTI ZAMZIBA No. Matrik : P23201537 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2023 Kumpulan/Unit : PPT1S2.12 Nama Pensyarah Kursus : DR. ROHANI BINTI HUSAINI
PERKAITANANTARAKURIKULUMPERMATA DENGANKURIKULUMSTANDARDPRASEKOLAH KEBANGSAAN(KSPK) PENULISAN
PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan. Kerja kursus ini merupakan pentaksiran berterusan yang wajib dijalani oleh setiap pelajar PPISMP. Kursus Pengenalan Kurikulum Pendidikan Awal KanakKanak, kod PAKK1094 ini telah diberi masa selama 37 hari. Oleh itu, saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk melaksanakan tugasan ini. Saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan seikhlas hati kepada pensyarah penyelia, Dr. Rohani binti Husaini atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Segala ilmu yang telah dicurahkan amat memberi manfaat kepada diri saya bukan sahaja dalam tugasan ini, malah sebagai bekalan saya untuk menjadi seorang guru yang terbaik pada masa akan datang. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Dengan rendah diri, saya menyusun sepuluh jari jikalau ada berlaku kesilapan atau kesalahan dalam tugasan ini dan akan berusaha membaikinya pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
ISIKANDUNGAN 1.0) PENGENALAN 2.0) PERKAITAN ANTARA KURIKULUM PERMATA DENGAN KURIKULUM KSPK DALAM ELEMEN; > LATAR BELAKANG > MATLAMAT > KERANGKA KONSEPTUAL > 6 BIDANG/ TUNJANG 3.0) KESIMPULAN 4.0) RUJUKAN
PENGENALAN Kurikulum PERMATA dan KSPK adalah dua sistem kurikulum yang direka khas untuk pendidikan awal kanak-kanak. Masing-masing mempunyai pendekatan dan fokus yang berbeza, tetapi keduanya bertujuan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran holistik dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. FPK digubal untuk memberi bimbingan dan panduan bagi menentukan hala tuju sesebuah pembelajaran untuk melaksanakan suatu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmoni selaras dengan kehendak FPK. Contohnya, permainan bongkah kayu menggalakkan perkembangan kesemua domain. Kurikulum PERMATA, menekankan pembelajaran berpusatkan kanak-kanak. yang memberi tumpuan kepada pemahaman dan pembangunan holistik anak, termasuk aspek kognitif, emosi, sosial, dan fizikal. Kurikulum PERMATA juga menekankan pembelajaran berasaskan permainan dan pengalaman praktikal, dengan memanfaatkan kegiatan kreatif dan seni. Sementara itu, KSPK adalah kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia menekankan kepada penyebaran kemahiran asas kanak-kanak dalam bidang kognitif, emosi, sosial, dan fizikal. Pendekatan pembelajaran dalam KSPK adalah berasaskan keperluan dan kebolehan individu kanak-kanak serta menitikberatkan penggunaan aktiviti bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
LATARBELAKANG Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) merupakan sebuah institusi pendidikan awal yang menggunakan kurikulum PERMATA sebagai panduan untuk memberi pengasuhan dan pendidikan kepada kanak-kanak berumur 0-4 tahun manakala kurikulum KSPK untuk kanak-kanak berumur 5-6 tahun. Selain itu, Kurikulum PERMATA ditubuhkan pada tahun 2004/2005 dan disemak semula pada tahun 2008 dan 2012 serta meluluskan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan pada tahun 2008 manakala KSPK ditubuhkan pada tahun 2010 dan disemak semula pada tahun 2017. Selaras dengan penubuhan PPPM 2013-2025. Seterusnya, AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 (Akta 308) termaktub dalam PERMATA manakala AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550) termaktub dalam KSPK. .Keduadua akta ini harus dipatuhi dan dijaga bagi menjaga hak kanak-kanak.. Larangan bagi taman asuhan kanak-kanak dimana sesiapa sahaja yang membuka taska tidak berdaftar akan dikenakan denda RM10 000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun atau keduaduanya sekali. Manakala, sesiapa melanggar penalti tadika pula akan dikenakan denda sebanyak RM30 000 atau dipenjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali
OBJEKTIF Dari aspek kognitif, PERMATA membina kemahiran awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak serta keupayaan menumpukan perhatian manakala KSPK mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam dunia sebenar. Secara keseluruhan, kedua-dua kurikulum ini memberi penekanan yang sama untuk berfikir secara kritis dan kreatif apabila menghadapi sesuatu masalah. Selain itu, dari aspek bahasa, PERMATA membimbing kanak-kanak untuk menguasai kemahiran awal berbahasa, berkomunikasi dan literasi dalam Bahasa Melayu, bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris seragam dengan objektif KSPK yang menerapkan penguasaan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan. Aspek ini menujukkan bahasa amat penting sejak usia dini untuk berkomunikasi dengan orang lain. Seterusnya, dari aspek kesihatan, PERMATA mendidik kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup sihat dari segi pemakanan sihat,kebersihan dan keselamatan diri manakala KSPK mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri.
Disini, kita dapat melihat objektif PERMATA lebih menekankan kepada asas memupuk sahsiah awal dalam diri kanak-kanak supaya mempunyai tingkah laku yang positif serta meningkatkan hubungan sosial. Manakala objektif KSPK lebih menuju ke arah mencapai elemenelemen JERIS dan meningkatkan hubungan sosial serta menekankan kemahiran motor halus dan motor kasar.
KERANGKAKONSEPTUAL Kurikulum PERMATA dan KSPK terdiri daripada 6 kerangka konseptual yang saling berkait serta mencakupi kesemua aspek penting yang dapat membantu dalam perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Antaranya ialah perkembangan bahasa, komunikasi dan awal literasi dalam kurikulum PERMATA dapat membantu kanak-kanak untuk membina kemahiran sosial dan intelek. Manakala dalam kerangka KSPK, kemahiran berbahasa ditekankan dalam tunjang komunikasi yang dimana di dalamnya mengandungi disiplin ilmu bahasa yang wajib dipelajari oleh kesemua murid prasekolah iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Selain itu, perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian dalam kurikulum PERMATA mengandungi standard kandungan yang terdiri daripada amalan kesihatan, kebersihan, keselamatan dan emosi yang sihat dan seimbang. Manakala dalam kurikulum KSPK pula, keterampilan diri penting untuk memupuk kepimpinan dan sahsiah diri kanak-kanak melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Ini dapat menggalakkan penglibatan aktif dan juga menjalin hubungan sosial. Dengan ini, dapat dilihat perkaitan antara kedua-dua jenis kurikulum dari segi kerangka konseptual dimana kedua-duanya memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak seperti ibu bapa dan komuniti dalam menyokong pembangunan kanak-kanak secara holistik.
BBiiddaannggPPeerrkkeemmbbaannggaannSSaahhssiiaahh,,SSoossiiooeemmoossiiddaannKKeerroohhaanniiaann dan TTuunnjjaannggKKeerroohhaanniiaann,,SSiikkaappddaannNNiillaaii Kanak-kanak pada usia 3-4 tahun mula mempelajari cara mengwal diri dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa serta memahami adanya kuasa Yang Maha Esa (Tuhan). Manakala, kanak-kanak prasekolah pula mempelajari bidang kerohanian dengan lebih mendalam. Contohnya, pendidikan Islam berfokus kepada mengenali huruf-huruf hijaiyah, jawi dan bacaan surah pendek, pembentukan asas akidah, ibadah, adab dan akhlak serta kisah sirah nabi Muhammad S.A.W. BIDANG/ TUNJANG Kurikulum PERMATA dan KSPK masing-masing mengandungi 6 bidang/tunjang yang sejajar dalam membantu perkembangan kanak-kanak melalui enam aspek. Antaranya ialah;
Kanak-kanak seusia 3-4 tahun mampu untuk bertutur dengan jelas, mampu mengambil bahagian dalam perbualan dengan aktif serta dapat membezakan diantara dua atau lebih bahasa yang dipertuturkan manakala prasekolah yang menggunakan KSPK, mereka akan menyambung pembelajaran mereka demgan lebih kompleks sehinggakan mampu untuk menguasai pratulis, manulis, membaca, mengenal huruf abjad dan memahami bahan bacaan. BBiiddaannggPPeerrkkeemmbbaannggaannBBaahhaassaa,,kkoommuunniikkaassiiddaannLLiitteerraassiiAAwwaall dan TTuunnjjaannggKKoommuunniikkaassii BBiiddaannggPPeerrkkeemmbbaannggaannBBaahhaassaa,,kkoommuunniikkaassiiddaannLLiitteerraassiiAAwwaall dan TTuunnjjaannggKKoommuunniikkaassii Kanak-kanak usia 3-4 tahun mampu membanding dan membezakan dari segi ketinggian, saiz dan kuantiti sesuatu objek seperti saiz bola dan bongkah. Manakala prasekolah dapat menyatakan ciri sepunya untuk setiap pengelasan yang telah dibuat seperti jenis tekstur, berat, bentuk dan ruang.
Kanak-kanak 3-4 tahun mampu menguasai menggunakan semua deria seperti mata, telinga, hidung, sentuhan dan merasa dengan lidah serta pemahaman tentang cara mengeksperimen dan berkomunikasi yang selari dengan pembelajaran KSPK yang menekankan kemahiran proses Sains melalui kemahiran pemerhatian, mengelas, mengukur, membuat inferens, meramal dan berkomunikasi. Kanak-kanak usia 3-4 tahun dapat menggunakan motor kasar untuk meneroka persekitaran seperti membaling dan menangkap bola serta penggunaan motor halus seperti melukis dan mewarna. Manakala tunjang KSPK menggunakan standard kandungan yang lebih kompleks iaitu melakukan pergerakan lokomotor (berlari, melompat) dan bukan lokomotor (mengayun, memusing). BBiiddaannggPPeerrkkeemmbbaannggaannDDeerriiaaddaannPPeemmaahhaammaannDDuunniiaaPPeerrsseekkiittaarraann dan TTuunnjjaannggSSaaiinnssddaannTTeekknnoollooggii BBiiddaannggPPeerrkkeemmbbaannggaannFFiizziikkaallddaannPPssiikkoommoottoorr dan TTuunnjjaannggPPeerrkkeemmbbaannggaannFFiizziikkaallddaannEEsstteettiikkaa
Kanak-kanak usia 3-4 tahun mampu memperkembangkan kreativiti melalui lukisan, kraftangan, muzik, lakonan dan lain-lain serta mampu menunjukkan daya imaginasi dan estetika yang tinggi. Bakat ini dapat diasahkan lagi dalam kurikulum KSKP yang memberi peluang kepada murid untuk memberi respons dalam aktiviti seni, muzik dan drama serta menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya seni. BBiiddaannggPPeerrkkeemmbbaannggaannKKrreeaattiivviittiiddaannEEsstteettiikkaa dan TTuunnjjaannggPPeerrkkeemmbbaannggaannFFiizziikkaallddaannEEsstteettiikkaa Dengan demikian, jelaslah bahawa pembentukan bidang PERMATA dan tunjang KSPK ini mampu memberikan murid pembelajaran yang bermakna disamping aktiviti yang menyeronokkan.
Kesimpulannya, kedua-dua kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyokong perkembangan holistik kanak-kanak. Walaupun, terdapat beberapa perbezaan diantara PERMATA dan KSPK. tetapi keduaduanya masih bersandarkan Falsafah Pendidikan Malaysia untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti, menyeluruh dan bersepadu kepada kanak-kanak dalam memastikan mereka mempunyai asas yang kukuh sebelum memasuki peringkat pendidikan yang lebih tinggi. RUMUSAN
RUJUKAN Kurikulum Permata Negara. (2013). Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak. Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA). Jabatan Perdana Menteri. Ramly, N. A., & Masnan, A. H. (2023). Pembentukan Akhlak Kanak-kanak Berdasarkan Akhlak Nabi Dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). ANP Journal of Social Science and Humanities, 4(2), 41-50. https://journalarsvot.com/index.php/anp-jssh/article/view/446 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. (2017). Utama - Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum-Kurikulum Standard Prasekolah KSPK. Bpk.moe.gov.my. http://bpk.moc.gov.my/ Razaly. S. (2013). Kurikulum PERMATA Negara. Www.academia.edu. https://www.academia.edu/25939052/Kurikulum_PERMATA Negara Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2021). Jkm.gov.my. https://www.jkm.gov.my/jkm/index.phpr=portal/left&id=U3N0NlFXbVFSOGQ2ajJHalBUc2J6dz09 Nurhanisah Ismail. (2022). ANALISIS KURIKULUM PERMATA DAN KSPK. AnyFlip. https://anyflip.com/oxxuk/nqec/basic Nuradlin Sakinah Nor Azman. (2023). BANDING BEZA KURIKULUM PERMATA DAN KSPK. AnyFlip. https://anyflip.com/viefe/pgxl/basic
TERIMAKASIH