BURUJ
BIL TAJUK MUKA
SURAT
1 ISI KANDUNGAN
2 PENGHARGAAN 1
3 OBJEKTIF BUKU SKRAP 2
4 APA ITU BURUJ? 3
5 JENIS-JENIS BURUJ 4
6 BURUJ BIDUK 5
7 BURUJ BELANTIK 6
8 BURUJ PARI 7
9 BURUJ SKORPIO 8
10 PETUNJUK MUSIM 9
11 KEGUNAAN & KEPENTINGAN 10
11
BURUJ
12 CIRI-CIRI 12
13 KESIMPULAN 13
1
Saya, Nurina Zahirah Binti Khairul Effendy
ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada guru sains saya iaitu Puan Zurina
kerana tidak jemu mendidik saya dan rakan-
rakan.
Selain itu, terima kasih juga diucapkan
kepada ibu bapa yang banyak membantu
saya ketika ingin menyiapkan buku skrap ini.
Akhir sekali, saya berasa amat gembira
kerana dapat menyiapkan buku skrap ini
dengan sempurnanya. Semoga tugasan ini
dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan
tentang subjek sains.
2
OBJEKTIF BUKU SKRAP
MELALUI BUKU SKRAP INI, SAYA DAPAT:
Mengetahui maksud buruj di langit malam,
dalam pelajaran sains.
Mengetahui jenis-jenis buruj dan ciri-cirinya
tersendiri.
Mengetahui kegunaan dan kepentingan
buruj bagi membantu kehidupan manusia.
Mengeratkan hubungan sosial dengan ahli
keluarga dan guru. Ini disebabkan ketika
ingin menghasilkan buku skrap ini, saya akan
berhubung antara satu sama lain untuk
mendapatkan maklumat. Secara tidak
langsung, saya dapat mengukuhkan
hubungan dengan keluarga dan dapat
mewujudkan sifat hormat-menghormati.
PENDAHULUAN
3
APA ITU BURUJ?
Buruj ialah gugusan bintang yang
kelihatan membentuk corak
tertentu di langit pada waktu
malam. Bukan semua buruj dapat
dilihat dari semua lokasi di bumi.
Sebahagian daripada buruj dapat
dilihat di hemisfera utara,
sebahagian lagi di hemisfera selatan
dan ada yang dapat dilihat di antara
hemisfera utara dengan hemisfera
selatan.
4
5
BURUJ BIDUK
Buruj Biduk ialah buruj yang terbentuk
daripada tujuh gugusan bintang. Buruj ini
membentuk corak seperti gayung atau
senduk. Buruj Biduk muncul di langit
pada waktu malam di sebelah hemisfera
utara.
6
BURUJ BELANTIK
Buruj Belantik ialah buruj yang terbentuk
daripada enam belas gugusan bintang.
Buruj ini membentuk corak seperti
pemburu yang memakai tali pinggang dan
memegang senjata. Buruj Belantik
muncul di langit pada waktu malam di
antara hemisfera utara dan hemisfera
selatan.
BURUJ BELANTIK
7
BURUJ PARI
Buruj Pari merupakan buruj yang paling
kecil. Buruj ini terdiri daripada empat
gugusan bintang yang membentuk corak
seperti layang-layang dan dapat dilihat
pada waktu malam di hemisfera selatan.
BURUJ PARI
8
BURUJ SKORPIO
Buruj Skorpio merupakan buruj yang
terdiri daripada tujuh belas gugusan
bintang yang membentuk seperti kala
jengking. Buruj ini dapat dilihat pada
waktu malam di hemisfera selatan.
BURUJ SKORPIO
9
Pada zaman dahulu, sebelum kalendar dicipta,
petani di kawasan empat musim di hemisfera
utara melihat buruj untuk mengenal pasti
musim-musim tertentu. Buruj-buruj ini
membantu mereka merancang masa untuk
menanam dan menuai tanaman.
BURUJ BIDUK
●Buruj Biduk digunakan sebagai petunjuk
musim menanam.
BURUJ BELANTIK
●Buruj Belantik digunakan sebagai petunjuk
musim sejuk.
BURUJ SKORPIO
●Buruj Skorpio digunakan sebagai petunjuk
musim menuai.
10
Bertindak Petunjuk arah Petani
sebagai kiblat bagi menggunakan
kompas untuk umat islam.
menentukan buruj bagi
arah. KEGUNAAN & menentukan
KEPENTINGAN
musim
BURUJ menanam dan
Ahli-ahli menuai.
Astronomi
menggunakan
buruj bagi
mengkaji dan
mengenalpasti
bintang.
11
BURUJ BIDUK
●Terdiri daripada tujuh gugusan bintang
●Menyerupai gayung /senduk
●Di sebelah hemisfera utara
●Menunjukkan arah utara
●Menunjukkan musim menanam
BURUJ BELANTIK
●Terdiri daripada enam belas gugusan bintang
●Menyerupai pemburu yang memakai tali pinggang dan
memegang senjata
●Di antara hemisfera utara dan selatan
●Menunjukkan arah utara
●Menunjukkan musim sejuk
BURUJ PARI
●Terdiri daripada empat gugusan bintang
●Menyerupai layang-layang
●Di sebelah hemisfera selatan
●Menunjukkan arah selatan
BURUJ SKORPIO
●Terdiri daripada tujuh belas gugusan bintang
●Menyerupai kala jengking
●Di sebelah hemisfera selatan
●Menunjukkan arah selatan
●Menunjukkan musim menuai
12
Setelah menghasilkan buku skrap
ini, saya dapat mempelajari lebih
mendalam tentang buruj iaitu, maksud
buruj, jenis-jenis buruj, ciri-ciri buruj,
kegunaan dan kepentingan buruj.
Antara buruj yang saya pelajari
ialah Buruj Biduk, Buruj Belantik, Buruj Pari
dan Buruj Skorpio. Setiap buruj ini
mempunyai corak dan ciri-ciri yang
melambangkan maksud yang berbeza.
Namun begitu, kita tidak dapat
melihat semua buruj pada masa yang sama
atau pada satu tempat yang sama.
Sebaliknya, setiap buruj mempunyai suatu
masa yang tertentu untuk muncul di langit
malam dan tempat yang berbeza.
13