MPU 23012 PENGAJIAN ISLAM
NAMA PENSYARAH : USTAZAH SITI NOOR
BINTI HUSSAIN
TAJUK : PEMBANGUNAN BANDAR YANG
PESAT TELAH MEMBERI KESAN KEPADA
ALAM SEKITAR
NAMA NO MATRIKS
1) SHAZANI ADANI BINTI NOR 14DPR20F1009
AZMAN 14DPR20F1015
2) ALIYA SOLEKHAH BINTI ABD
14DPR20F1017
HARIS 14DPR20F1024
3) FARRA NADIRRA BINTI ZULKIFLI
4) ASMAH FATINNURLISA BINTI
ABU BAKAR
PENGHARGAAN
ﷴ ﺑﺴﻢ ﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﯿﻢ ﷲ
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi saya bersama ahli
kumpulan saya dapat kerajinan untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah subjek
Pengajian Islam ini iaitu Ustazah Siti Noor Binti Hussain
yang telah banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan
ini melalui penjelasan yang cukup jelas tentang cara membuat
tugasan ini.
Terima kasih juga kepada ahli-ahli kumpulan saya yang
terdiri dariapada Aliya Solekhah, Farra Nadirra, Shazani
Adani dan Asmah Fatinnurlisa telah memberi kerjasama yang
cukup efisien dan komitmen dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan. Mereka juga telah mencurahkan idea-idea mereka
dalam menyempurnakan tugasan ini.
Akhir sekali, kami ingin berterima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini
secara langsung atau tidak langsung. Kami amat hargai
pertolongan ini kerana ianya amat membantu kami dalam
menyiapkan tugasan ini. Semoga hasil daripada tugasan ini
dapat memberi impak yang positif kepada kita semua dan
dapat dijadikan asbab sebagai pengajaran hidup.
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kami membuat kajian ini adalah untuk mengenal
pasti pembangunan yang pesat menyebabkan kemusnahan
kepada alam sekitar. Secara khususnya objektif kajian bagi
penyelidikan ini adalah seperti yang berikut:
1. Kami dapat mengenal pasti punca-punca atau faktor-faktor
mengapa pembangunan bandar yang pesat telah memberi kesan
kepada alam sekitar.
2. Kami dapat menghuraikan kesan negatif yang menyebabkan
kemusnahan kepada alam sekitar dengan lebih terperinci
dengan adanya punca tersebut.
3. Kami dapat menjumpai jalan penyelesaian ataupun inisiatif
untuk mengatasi ataupun memulihkan di atas sebab berlakunya
pembangunan yang pesat boleh memusnahkan alam sekitar.
4. Kami juga dapat iktibar dan kesedaran yang berlaku pada masa
kini yang menyebabkan kerosakan dan kemusnahan alam
semula jadi iaitu alam sekitar.
PENGENALAN
Dalam kehidupan seharian, manusia sangat bergantung kepada
alam sekitar dan amat sukar untuk menyatakan bahawa
keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan manusia tidak
bergantung sepenuhnya kepada kemampanan alam sekitar. Hal
ini kerana alam sekitar yang mampan mampu menawarkan
pelbagai perkhidmatan kepada manusia, termasuklah suasana
yang menjamin kesejahteraan kesihatan.
Keselamatan dan kesihatan persekitaran dan manusia boleh
terganggu apabila alam sekitar mengalami kemerosotan,
terutamanya akibat aktiviti pembangunan yang dilaksanakan
oleh manusia. Sebahagian besar daripada gangguan
keselamatan dan kesihatan tersebut berpunca daripada keadaan
alam sekitar yang mengalami perubahan, misalnya udara yang
tercemar, sampah sarap, bahan buangan toksik dan berbahaya,
racun makhluk perosak, penggunaan baja sintetik, hingar dan
sebagainya.
Kesan yang ditinggalkan daripada pembangunan bandar adalah
tidak baik dan membawa kepada kelukaan dan kerosakan
kepada warisan negara. Warisan boleh dikategorikan kepada
dua kategori utama iaitu warisan kebudayaan dan warisan alam
semulajadi.
Dengan merujuk kepada ketiga-tiga istilah ini, persoalannya,
mengapakah pembangunan bandar untuk kemajuan ini
dikatakan akan menjejaskan warisan negara?
Alam semulajadi adalah warisan negara dan izinkan saya
mengupas sudut ini dengan lebih mendalam untuk
menunjukkan ianya telah dijejaskan akibat pembangunan
bandar. Melalui kategori warisan alam semulajadi membawa
maksud bahawa ciri-ciri fizikal,biologikal dan geografi yang
unik, habitat baka tumbuhan dan binatang yang hampir pupus
dan kawasan yang mempunyai nilai saintifik atau estetik dari
pandangan pemuliharaan. Tiga unsur alam semulajadi yang
penting ialah hutan, air dan udara.
Punca Berlakunya Pembangunan yang Pesat dan
Memberi Kesan kepada Alam Sekitar
Hutan penyimpan khazanah alam semulajadi semakin
berkurangan dan terputus-putus akibat pembangunan
bandar:
• Hutan berfungsi sebagai pembekal oksigen, kawasan tadahan,
menyederhanakan suhu, sumber ekonomi, sumber makanan dan
tempat perlindungan habitat flora dan fauna. Pembangunan
bandar hanya melihat hutan dari segi ekonomi untuk tuntutan
pembangunan fizikal.
• Berdasarkan fungsi inilah warisan hutan perlu dikekalkan,
sebagai contohnya, sedikit masa lalu negara perindustrian barat
mengencam hebat tindakan negara Asia dan Negara sedang
membangun kerana menjalankan kegiatan pembalakan secara
besar-besaran. Ini merupakan satu petunjuk bahawa mereka
telah melalui pengalaman pahit membangunkan negara dengan
memusnahkan hutan sebagai warisan alam semula jadi negara
mereka.
• Pembukaan bandar baru dan bandar-bandar baru yang lain
menyaksikan pembersihan hutan dan pemotongan bukit. Ini
memberi kesan kepada hakisan tanah bertambah kerana air
larian dipermukaan bumi tidak dapat dihalang dan sejumlah
besar tanah yang berstruktur lemah dibawa bersama masuk ke
dalam sungai.
Pertambahan penduduk bandar yang pesat
menyebabkan kesesakan dan seni bina:
• Pertambahan penduduk bandar yang pesat menyebabkan
kesesakan dan seni bina. Petempatan bandar dibina secara
vertikal iaitu menegak, rumah pangsa atau flat.
• Pengaruh perkembangan sistem pengangkutan moden yang
pantas seperti komuter, ERT dan LRT menyebabkan darjah
ketersampaian antara bandar dengan pinggir bandar menjadi
tinggi.
• Pasaran perumahan yang meluas di pinggir bandar dengan dan
kos yang lebih murah, mampu milik, selesa dan privasi.
• Perubahan keperluan penduduk kpd perumahan yg lebih
berkepadatan rendah menyebabkan tanah-tanah di luar bandar
senang diperoleh maju.
• Masalah alam sekitar di bandar seperti peningkatan kadar
pencemaran, pulau haba, dan jerebu yg menyebabkan kualiti
hidup di zon pusat bandar merosot.
• Kelemahan perancangan guna tanah bandar dan mekanisma
kawalannya.
• Penyelerakan guna tanah ke kawasan pinggir bandar
seperti penyelerakan zon
industri,perniagaan,perkhidmatan bandaran dan estet
perumahan.
Penerokaan sumber alam:
• Penerokaan sumber alam seperti bijih timah dan petroleum
mewujudkan bandar di kawasan-kawasan tersebut.
• Contohnya, Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban adalah
disebabkan oleh penemuan bijih timah di kawasan tersebut.
Penemuan ini telah memperbanyakkan pembinaan infrastruktur
seperti jalan raya dan juga pembinaan petempatan yang
membawa kepada kemunculan bandar.
• Di Malaysia, terdapat bandar-bandar baharu yang diwujudkan
untuk tujuan kawasan industri.
• Perkembangan sektor-sektor ekonomi moden yang berkembang
serentak dengan sektor perindustrian juga mempengaruhi proses
pembangunan bandar.
\
Kesan Pembangunan Bandar kepada Alam Sekitar
Alam sekitar adalah satu anugerah tuhan yang dapat dinikmati oleh
semua makhlukNya. Walaubagaimanapon alam sekitar telah
dimusnahkan oleh makhlukNya sendiri. Alam sekitar telah dicemari dan
tidak sihat di tangan manusia. Pembangunan Bandar yang pesat telah
memberi kesan yang hebat kepada alam sekitar. Untuk kehidupan
manusia yang moden, mewah dan selesa, akam sekitar telah banyak
berkorban untuk manusia. Beberapa kesan yang serius telah dikenal
pasti.
Antara kesan yang sering berlaku adalah jerebu. Jerebu berlaku akibat
asap berlebihan telah dilepaskan ke udara dan menyebakan udara
tercemar. Asap yang berasal dari kilang, jentera pembinaan, dan
kenderaan dilepaskan tanpa tannggungjawab. Jerebu dapat dikesan
melalui bacaan IPU (indeks pencemaran udara). Jika bacaan IPU
melebihi 101, makanya tahap kualiti udara tidak sihat dan orang ramai
dinasihati untuk tidak keluar rumah.
Jerebu telah memberi kesan kepada manusia, haiwan dan tumbuhan.
Melalui jerebu, banyak penyakit kepadan manusia yang telah dikesan.
Antaranya ialah, asma, batuk dan penyakit kulit dan sebagainya. Lebih
parah lagi, ia juga meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular,
mengurangkan perkembangan paru-paru dan menyebabkan masalah
pernafasan bagi golongan berisiko tinggi seperti bayi dan warga emas.
Selain itu, tumbuhan juga menjadi tidak segar kerana udara yang tidak
sihat. Secara langsung memberi kesan kepada manusia dan haiwan yang
memakan tumbuhan itu.Bagi haiwan pula, kesihatan terganggu
sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi
oleh zarah-zarah beracun. Haiwan ternakan seperti lembu, kerbau dan
kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan
makanan.
Kesan yang dapat dikenal pasti lagi adalah, tanah runtuh. Aktiviti
manusia adalah faktor utama penyebab berlakunya tanah runtuh. Di
antara aktiviti manusia melibatkan pembangunan infrastruktur
pembinaan dan kawasan penempatan baru yang semakin pesat.Tanah
runtuh berlaku apabila pokok ditebang. Apabila tiada akar pokok untuk
memegang tanah, tanah cenderung untuk runtuh. Menurut (Lowenthal,
1965), tindakan manusia ke atas alam sekitar sangat jelas, yang mana
beliau menyatakan bahawa cara manusia melihat dan menggunakan
permukaan bumi mempunyai kesan hebat terhadap permukaan bumi.
Kerja-kerja menggali tanah untuk pembinaan menyebakan tanah runtuh.
Tanah yang kering, rapuh dan tiada tempat untuk berpaut itu runtuh dan
sekali gus meruntuhkan juga pembinaan di atas tanah itu. Kejadian itu
membahayakan kepada pekerja yang berada di bawah.
Selain itu, tanah runtuh juga menjadi ketakutan kepada orang ramai.
Tanah runtuh telah menyebabkan orang ramai kehilangan rumah akibat
hancur dan runtuh bersama tanah. Kejadian ini sering berlaku kepada
rumah-rumah yang berada dekat dengan pembinaan dan rumah di tepi
cerun. Kejadian ini mengakibatkan orang ramai kehilangan rumah dan
harta benda. Selain itu, jika tanah runtuh berlaku, pokok juga sekali gus
tumbang dan menghempap ke rumah yang berdekatan. Orang ramai
tidak dapat berbuat apa selain berdoa untuk keselamatan dan
kesihatannya.
Tanah runtuh juga mengubah bentuk muka bumi. Tanah yang runtuh
akan menyebabkan bentuk muka bumi berubah. Selain itu, tanah runtuh
juga menyebabkan air bukit atau air sungai mengalir dengan laju kerana
tiada apa yang menghalangnya. Air yang mengalir juga akan kotor
akibat bercampur dengan tanah. Selain itu, jika air itu mengalir ke jalan
raya, perkara itu akan membahayakan orang ramai yang melalui jalan
itu. Air itu akan menyebabkan jalan menjadi licin. Oleh itu, orang ramai
dinasihati untuk berhati-hati ketika melalui jalan yang sering berlakunya
tanah runtuh.
Kesan yang terakhir ialah pencemaran air. Pencemaran air termasuklah
pencemaran air sungai, air laut dan air minuman. Pencemaran air terjadi
akibat sisa buangan pembinaan yang dibuang ke sungai tanpa dikawal.
Sisa buangan yang dibuang ke sungai itu akan mengalir ke sungai dan
menyebabkan air laut tercemar. Sumber air minuman kita juga di ambil
melalui air sungai. Jika air sungai kita tercemar, apakah tahap
kebersihan air minuman kita. Tanpa kita sedari kita telah menggunakan
air itu untuk minum, masak, membasuh dan mandi.
Air sungai yang tercemar memberi kesan kepada hidupan akuatik.
Hidupan akuatik dijumpai mati dan timbul di atas permukaan air. Air
sungai yang tercemar telah membunuh hidupan akuatik. Air sungai itu
pula akan mengalir ke laut dan menyebabkan haiwan di lautan terancam.
Sehubungan dengan itu, manusia juga terkesan. Manusia yang makan
ikan akan menghidap penyakit seperti keracunan makanan. Selain itu,
haiwan akuatik juga akan mengalami kepupusan akibat kematian yang
mendadak.
Bukan sahaja itu, air sungai yang dipenuhi sampah akan menyebabkan
aliran air tersangkut. Longkang juga akan tersangkut dengan sisa
buangan dan sampah yang dibuang. Perkara itu akan melarat dan
menyebabkan banjir. Banjir tidak asing lagi dengan negara kita. Banjir
membahayakan nyawa bukan sahaja manusia malah haiwan. Harta
benda juga akan terkorban bersama. Ramai orang terkorban dalam
kejadian banjir. Bukan itu sahaja, orang ramai kehilangan harta benda
dan tiada apa yang mereka boleh lakukan.
Cara Mengatasi Kesan Pembangunan Bandar
kepada Alam Sekitar
Seperti yang semua sedia tahu, kesan pembangunan kepada alam sekitar
amat serius. Kita harus mencari jalan untuk mengatasi dan
menghalangnya daripada berlaku. Selepas menjalankan ujian, terdapat
beberapa cara untuk kita mengatasi masalah-masalah ini.
Yang paling penting ialah mengurangkan pembinaan di kawasan-
kawasan tertentu. Contohnya, di kawasan kampung dan pedalaman.
Kebiasaannya kawasan kampung didiami oleh warga-warga emas.
Seperti yang kita tahu warga emas senang dijangkiti dengan penyakit.
Pembinaan itu hanya akan memberi kesan negatif kepada warga-warga
tua disana. Pengurangan pembinaan ini akan memberi kesan positif
kepada alam sekitar. Alam sekitar dapat berehat sedikit daripada
pembinaan yang tidak henti di bandar. Tidak perlulah pembangunan
bandar di kampung. Orang kampung juga akan berasa tidak senang jika
kampungnya dipenuhi dengan bangunan pencakar langit. Mereka masih
mahu mengekalkan keaslian kampung mereka.
Selain itu, dengan mengurangkan atau lebih baik memberhatikan
pembinaan dapat menjaga bentuk muka bumi. Pembinaan akan
menebang pokok dan menggali tanah dan sebagainya. Kerja-kerja ini
akan mengubah bentuk muka bumi dan mencacatkan bumi kita.
Kemudian, cara yang lain dengan melantik seorang pengurus yang
bertanggungjawab untuk memantau kerja-kerja di pembinaan. Dengan
adanya pengurus, pekerja-pekerja tidak lagi boleh membuang sisa
buangan dengan sesuka hati. Pengurus itu harus bertanggungjawab ke
atas perkara itu,. Pengurus harus menyediakan tempat atau cara yang
efektif unutk membuang sisa itu.
Cara yang terakhir adalah dengan mengetatkan undang-undang untuk
pembangunan bandar yang pesat ini. Hukuman harus dikenakan jika
pembanguan itu memudaratkan kepada alam sekitar. Pembinaan yang
membuang sisa buangan itu harus dikenakan tindakan supaya tidak lagi
membuang sisa buangan tanpa tanggungjawab. Pihak atasan juga harus
peka ke atas dan mengambil tahu tentang perkara ini. Mereka harus
memantau kerja-kerja pembinaan supaya mengikut undang-undang dan
tidak melanggarnya. Perketatkan undang-undang ini dapat membantu
hukum pesalah yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Kita
juga dapat melindungi alam sekitar daripada tangan-tangan manusia
yang tidak beriperkemanusiaan itu.
Alam sekitar berada die sekeliling kita. Walau dimana pon kita pergi
pasti alam sekitar berada sikeliling kita. Alam sekitar juga banyak
berjasa untuk kita. Oleh itu, ia menjadi suatu tanggungjawab kepada
manusia untuk menjaganya. Malangnya, disebabkan tangan manusia
jugalah alam sekitar kita semakin rosak. Sudah tiba masanya untuk kita
berkorban demi alam sekitar.
KESIMPULAN
Dalam proses pembinaan, pelbagai isu alam sekitar dan sosio-ekonomi
telah timbul. Dapatan kajian menunjukkan banyak alam sekitar musnah
disebabkan dari proses pembinaan. Dari segi impak terhadap alam
sekitar, pembinaan membawa impak negatif terhadap alam sekitar.
Bukan sahaja terhadap alam sekitar, malah kehidupan terhadap manusia
juga terjejas. Sebagai contoh, debu-debu di udara, sisa dalam
longkang hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan
daripada tingkah laku sesetengah organisasi dan individu yang semakin
nafsi dan kurang kesedaran sivik telah menyebabkan kerosakkan
kesihatan dan keupayaan pendengaran. Undang-undang yang
diimplementasikan dilihat sekadar hiasan perlembagaan tanpa adanya
penguatkuasaan. Pihak kerajaan seharusnya mengambil tindakan drastik
dengan membuat serbuan ke tempat-tempat yang disyaki menjadi punca
pencemaran dengan segera kerana jika kerajaan kurang memainkan
peranan dalam menilai aspek-aspek kemaslahatan rakyat maka masalah
pencemaran pasti berada di tahap yang semakin membimbangkan.
Walaubagaimanapun, pembinaan yang di jalankan juga mempunyai
kesan positif terhadap masyarakat setempat iaitu memberi peluang
pekerjaan dan ia akan meningkat daya beli isi rumah, mengurangkan
jumlah pengangguran, ekonomi meningkat dan permintaan quatiti
terhadap sesuatu barang juga meningkat.
Akhirnya, setiap pembinaan mempunyai kelebihan dan kekurangan
tersendiri. Dengan ini, hasil kajian ini menunjukkan bahawa jika setiap
pihak mengambil langkah sederap ibarat ke bukit sama di daki, ke lurah
sama dituruni, sudah pasti kemelut ini dapat diatasi. Kupasan demi
kupasan berkaitan punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini
harus diambil serius oleh semua pihak dan organisasi agar belenggu
yang merantai permasalahan pencemaran alam sekitar seperti
pencemaran air, udara, tanah dan bunyi ini dapat dirungkai dan
diselesaikan hingga ke akar cerucuknya. Hal ini penting untuk
memastikan kelestarian dan kehijauan flora dan fauna yang bebas
daripada pencemaran dapat dikekalkan dan diwariskan sebagai tatapan
generasi masa hadapan yang akan mendepani realiti dunia yang pantas
berubah dan berkembang.
RUJUKAN
• http://dandelions99.blogspot.com/2016/12/contoh-karangan-spm-
tema-alam-sekitar.html
• http://journalarticle.ukm.my/11749/1/16259-45565-1-PB.pdf
• https://www.ipendidikan.my/punca-pencemaran-alam-sekitar.html
• http://diaripencemaran.blogspot.com/2017/07/punca-punca-
pencemaran-alam-sekitar.html
• https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar/
• https://www.academia.edu/5805007/Kesan_Pencemaran_Alam_Se
kitar_1
• https://anggiseptyan.wordpress.com/about/kesan-pencemaran-
alam-sekitar-1/
• https://lauhweesian.weebly.com/langkah-langkah-mengatasi-
pencemaran-alam-sekitar.html
• https://eseispmstpm.blogspot.com/2013/11/langkah-langkah-
untuk-mengatasi.html
• http://tamayanthi.blogspot.com/2013/05/langkah-langkah-
mengatasi-masalah.html
• https://youtu.be/V_TCg-mS4xU