MODUL AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM
1SEKOLAH MENENGAH (MODUL 5) MASA
NOTA IKHTIAR HIDUP 3 JAM
NOTA MASA
30 minit
BIL AKTIVITI
1. Penerapan Pendidikan Sivik
Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan setiap kumpulan melukis
poster bertajuk “IKHTIAR HIDUP”.
(Nilai Sivik – Hargai alam sekitar, kerjasama, kreatif)
2. Guru / wakil kadet (Sarjan dan ke atas) memberi penerangan tentang: 120 minit
30 minit
i. Kepentingan mempelajari ilmu Ikhtiar Hidup
ii. Pelbagai jenis herba tradisional dan herba hutan serta khasiat
iii. Pelbagai haiwan dan tumbuhan hutan yang boleh dimakan
iv. Bahan-bahan apungan air
v. Cara-cara membuat lastik
vi. Langkah-langkah menghidupkan api
vii. Langkah-langkah memasak nasi menggunakan buluh
viii. Langkah-langkah membuat ayam pansuh
ix. Langkah-langkah membuat pancing
x. Langkah-langkah membuat jerat
xi. Komponen basikal dan motosikal
3. i. Anggota kadet menyelesaikan tugasan mengikut tahap masing-
masing (perbincangan).
ii. Wakil setiap kumpulan melaporkan hasil perbincangan
kumpulan masing-masing.
PENGENALAN ILMU IKHTIAR HIDUP
1. Ikhtiar hidup (Definisi) - Kemampuan seseorang menghadapi sesuatu keadaan kesukaran hidup
seperti tersesat di dalam hutan, kesusahan hidup, kesakitan akibat kecederaan dan sebagainya.
2. Kemahiran dan ilmu ikhtiar hidup amat penting dipelajari oleh setiap individu kerana situasi
kecemasan boleh berlaku kepada sesiapan sahaja tanpa mengira waktu. Pendidikan ilmu Ikhtiar
Hidup didedahkan sebagai usaha untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk
kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.
3. Situasi-situasi cemas yang sering berlaku kepada seseorang individu ialah tersesat dalam hutan
dan terselamat dalam nahas udara atau laut. Dalam keadaan kecemasan ini, situasi yang dialami
oleh mangsa ialah kelaparan, kehausan, kesakitan, kesejukan dan kepanasan dan
ketakutan. Oleh yang demikian, mangsa perlulah memikirkan apakah tindakan yang wajar
dilakukan ketika menghadapi sutuasi ini.
MODUL AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM
4. Sekiranya seseorang itu mengetahui asas ilmu ikhtiar hidup yang dipelajari, memungkinkan
2 mereka dapat bertahan lebih lama dan terus hidup sebelum menemui jalan keluar dari situasi
tersebut atau diselamatkan oleh anggota keselamatan. Selain itu ilmu asas ikhtiar hidup yang perlu
dipelajari ialah kaedah pengurusan diri sendiri, alatan serta perkara yang berkait rapat dengan
murid ketika di rumah, di sekolah dan sebagainya.
HERBA TRADISIONAL (REMPAH RATUS)
1. (Nota - Harba tradisional mudah didapati sama ada di rumah mahupun di persekitaran kita. Herba-
herba tradisional ini lazimnya digunakan sebagai penyedap atau melazatkan masakan. Namun
tanpa kita ketahui, herba-herba tradisional ini mempunyai banyak khasiat dan membawa banyak
manfaat kepada kesihatan manusia.
2. Herba yang biasa ditemui dan sering digunakan dalam masakan:
a. Bawang putih
b. Bawang merah
c. Serai
d. Kunyit
e. Halia
f. Daun pandan
g. Cengkih
h. Lada hitam
i. Limau kasturi
j. Lengkuas
3. Khasiat yang terkandung dalam herba tradisional
a. Bawang putih
Mencegah dari keracunan makanan, mengubat penyakit jangkitan kulit, mengubati jerawat
dan boleh menambah tenaga fizikal dan stamina.
a. Bawang merah
Digunakan untuk mengelak kembung perut bayi, melegakan batuk dan mengubat penyakit
jantung.
c. Serai
Membunuh sel kanser dan menurunkan kandungan gula dalam darah
d. Kunyit
Dapat menurunkan tekanan darah, menurunkan panas demam dan menghilangkan bau
badan dari dalam.
e. Halia
Untuk membuang angin dalam badan, mengubati sakit kepala, masalah dalam sistem
pencernaan, masalah cirit birit.
f. Daun pandan
Sebagai pewarna dan perisa semula jadi dalam masakan dan dan penghalau serangga
perosak seperti lipas dan semut.
MODUL AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM
4. Negara kita juga kaya dengan herba hutan yang berkhasiat dan dapat digunakan sebagai penawar
3 bagi penyakit. Antara herba tersebut ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, mengkudu,
Emas Cotek dan sebagainya.
a. Tongkat Ali
Membantu kesuburan lelaki, meningkatkan kesihatan tulang, mengurangkan lemak serta
membina otot, meningkatkan metabolisme badan dan menstabilkan emosi.
b. Kacip Fatimah
Baik untuk kesihatan wanita, hormone lebih seimbang, merendahkan kolestrol,
meningkatkan sistem imun, merawat kulit dan rambut, dan mencegah kemurungan.
c. Misai Kucing
Mencuci ginjal (buah pinggang), merawat kencing manis, merawat tekanan
darah tinggi, menambah stamina / tenaga, melancarkan peredaran darah
d. Hempedu Bumi
Mengubati penyakit darah tinggi, kencing manis, anti bakteria, melegakan demam dan
pencair kahak.
4. Tumbuhan hutan yang selamat untuk dimakan. f. Kelapa
a. Nanas
b. Pisang g. Cendawan putih
c. Pucuk paku h. Kelapa sawit
d. Rebung i. Sagu
e. Salak
5. Haiwan hutan yang selamat untuk dimakan.
a. Burung f. Kijang
b. Anai-anai g. Siput
c. Cengkerik h. Kerang
d. Kancil i. Ulat kayu
e. Rusa j. Landak
6. Cara mengetahui tumbuhan yang selamat untuk dimakan:
1. Tumbuhan tersebut dimakan oleh haiwan.
2. Rasa terlebih dahulu tumbuhan tersebut sebelum makan (tidak pahit / gatal)
7. Tempat tidur yang selamat jika tersesat di hutan.
a. Dalam gua
b. Atas pokok
c. Bawah pokok
d. Tempat yang tinggi (atas bukit)
8. Alat yang boleh digunakan untuk berburu dalam hutan:
a. Pancing
b. Lembing
c. Lastik
d. Panah
MODUL AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM
9. Akibat tidak mempraktikkan ikhtiar hidup
4 a.
b. Mati kelaparan sewaktu tersesat
Kesejukan
c. Makan bahan beracun
10. Cara membuat lastik
a. Cari cabang ranting anak kayu yang berbentuk "Y", tiub basikal, kulit (lidah kasut
terpakai),
b. Buat 2 tali lastik iaitu dengan menggunting tiub basikal bersaiz 1cm dan panjang 30
cm (2 jengkal).
c. Gunting lidah kasut kulit berbentuk bujur untuk membuat lapik.
d. Tebuk lubang di kiri dan kanan lapik untuk disambung dengan tali lastik seperti bentuk
buaian.
e. Ikat kedua-dua penghujung getah lastik dengan cabang “Y”. Setiap sambungan
tersebut diikat menggunakan getah kecil atau menggunakan tiub tersebut yang
dipotong halus.
f. Uji kekuatan dengan menarik beberapa kali lastik tersebut sebelum digunakan.
g. Gunakan batu kerikil sebesar guli atau menggunakan bijil getah sebagai peluru.
Kegunaan lastik
a. Sebagai alat untuk memburu haiwan (burung)
b. Sebagai alat perlindungan dari haiwan (monyet dan sebagainya)
c. Untuk mengambil buah-buahan pada pokok yang tinggi
11. Bahan yang boleh apung dipermukaan air ialah: Botol air meneral
a. Batang kayu kering e.
Tiub (basikal / motosikal / kereta)
b. Kulit kayu f. Tong kosong
Gabus
c. Buluh g.
d. Daun kering (letak dalam plastik) h.
12. Contoh binaan apungan air.
MODUL AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM
5
Contoh binaan apungan air (Replika)
ILMU IKHTIAR HIDUP
Kaedah Menghidupkan Api
(Nota - Api merupakan elemen penting dalam ikhtiar hidup. Api amat berguna untuk memasak, sebagai
pembekal haba ketika kesejukan, sebagai sumber cahaya ketika kegelapan dan sebagai alat untuk
menakutkan haiwan, api amat sukar dihidupkan sekiranya kita tidak mengetahui cara-cara untuk
menyediakannya).
1. sediakan bahan-bahan untuk pembakaran seperti mancis, ranting kayu, daun-daun kering, rumput
kering dan kayu api.
2. Sediakan umpan yang terdiri daripada rumput-rumput dan daun-daun kering yang diramas supaya
lebih lembur dan mudah dinyalakan.
3. Bakar umpan tersebut dengan menggunakan mancis.
4. Letakkan bahan-bahan yang mudah bakar terlebih dahulu seperti rumput, daun kering dan ranting-
ranting kayu kecil ke atas nyalaan api pada umpan.
5. Susun ranting-ranting kayu yang bersaiz besar sedikit untuk membesarkan nyalaan api.
6. Susun kayu yang bersaiz besar mengikut saiz nyalaan api yang anda perlukan.
Masakan Rimba - Nasi dalam buluh
Langkah-langkah memasak nasi dalam buluh.
1. Sediakan bahan-bahan iaitu buluh lemang, beras secukupnya, daun pisang, air secukupnya,
bahan pembakaran (mancis, kayu api).
2. Potong 2 bahagian buluh mengikut panjang yang sesuai.
3. Cuci bahagian dalam buuh hingga bersih.
4. Lapik bahagian dalam buluh menggunakan daun pisang.
5. Masukkan beras separuh dari ketinggian buluh.
6. Tuang air ke dalam buluh tersebut hingga 3/4 penuh.
7. Tutup bahagian atas buluh menggunakan daun pisang supaya ianya tidak dimasuki habuk.
8. Nyalakan api dan tunggu hingga nyalaan menjadi bara.
MODUL AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM
9. Sendengkan buluh di tepi bara api.
610. Pusing buluh tersebut selang beberapa minit sehingga nasi di dalam buluh menjadi masak.
Masakan Rimba - Ayam Pansuh
Langkah-langkah membuat ayam pansuh
1. Sediakan bahan seperti buluh (bersaiz sederhana), serai (1), bawang putih (5), bawang merah
(3), halia (sedikit), daun pucuk ubi (segenggam).
2. Bersihkan buluh yang bersaiz sederhana dan masukkan ayam yang telah dibersihkan.
3. Masukkan serai, bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk atau dihiris halus.
4. Masukkan daun pucuk ubi yang bertindak sebagai sayur-sayuran dalam masakan tersebut.
5. Masukkan air hingga melepasi paras pucuk ubi tersebut. Paras air jangan terlalu penuh bagi
mengelakkan air membuak keluar ketika proses memasak sedang dilakukan.
Kelebihan memasak menggunakan buluh
1. Tidak mremerlukan peralatan memasak (periuk)
2. Mudah untuk disimpan ketika di hutan.
Membuat Jerat
1. Jerat ialah perangkap yang dipasang di hutan bertujuan untuk menangkap haiwan seperti burung,
ayam hutan, kancil, pelanduk dan sebagainya.
2. Kaedah membuat jerat (burung / ayam hutan)
a. Sediakan alatan seperti kayu panjang (10 kaki) yang berfungsi sebagai joran, 1 batang
kayu panjang 2 kaki (pasak), 1 batang kayu panjang 1 kaki (penyendal) dan tali saiz kecil
ukuran panjang 5m.
b. Kenal pasti laluan atau kawasan yang banyak haiwan seperti burung atau ayam hutan.
c. Cacakkan dengan kukuh sebatang kayu ukuran 2 kaki (pasak) ke dalam tanah.
d. Ikatkan hujung tali 5m pada joran (10 kaki).
e. Cacakkan dengan kukuh joran (10 kaki) dengan jarak 1 depa daripada pasak.
f. Ikat kayu penyendal pada jarak 4m pada tali berkenaan.
g. Di penghujung tali berkenaan buatkan simpulan tindih kasih serta gelung besar untuk
memerangkap kaki haiwan.
h. Sangkutkan sedikit bahagian penyendal pada pasak supaya ia terlucut apabila
disentap oleh haiwan.
i. Letakkan daun-daun kering sekitar perangkap untuk tujuan penyamaran.