The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Atihra Muhamad, 2021-03-07 10:59:18

PORTFOLIO PELAN PENGURUSAN BILIK DARJAH

PORTFOLIO PELAN PENGURUSAN BILIK DARJAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2019 SEMESTER 2)

NAMA NURUL ATIHRA BINTI MUHAMAD
ANGKA GILIRAN
NOMBOR KAD PENGENALAN 2019192340098

KUMPULAN 000426-01-1314
KOD DAN NAMA KURSUS
PISMP E6
NAMA PENSYARAH PSVK3252
TAJUK TUGASAN PENGAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL
ENCIK RAZMAN BIN KAMARUDDIN
TARIKH HANTAR
TARIKH MENERIMA MAKLUM PORTFOLIO
BALAS DARIPADA PENSYARAH (PELAN BILIK SENI VISUAL YANG IDEAL)

7 MAC 2021

BIL DAFTAR KANDUNGAN BILANGAN
1.0 PENGENALAN PENGHARGAAN MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 1

PERKARA

2.0 BILIK PENDIDIKAN SENI YANG KONDUSIF 2-5

3.0 SUSUNAN KELAS 6

4.0 SUSUNAN KELAS PAK21 7-8

5.0 KOLEKSI CONTOH GAMBAR BILIK PSV 9-12

6.0 KOLEKSI CONTOH PELAN LANTAI BILIK PSV 13-15

7.0 LAKARAN PELAN LANTAI 16-19

8.0 LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN PELAN LANTAI BILIK PSV 20-29
BERBANTUKAN TMK 30-31

9.0 HASIL AKHIR PELAN LANTAI BILIK PSV

10.0 PENERANGAN PELAN LANTAI BILIK PSV 32-41

110 RUMUSAN 42

12.0 RUJUKAN 43

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah S.W.T Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah, pada kesempatan ini, saya ingin merafakkan segala kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan llimpah rahmat dan keizinan-Nya, saya berjaya menyempurnakan tugasan Portfolio (Pelan Bilik Seni
Visual Yang Ideal) bagi kursus Pengajian Kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSVK3252) ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Seterusnya, saya merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah, iaitu Encik Razman bin Kamaruddin selaku pengajar kursus ini atas segala dorongan, bimbingan dalam memberi
tunjuk ajar dan nasihat sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat kedua-dua ibu bapa dan teman-teman seperjuangan saya khususnya kepada
pelajar kelas E6 yang telah banyak membantu serta menyumbang masa dan tenaga serta memberikan sokongan kepada saya bagi menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam kelancaran pengajaran dan pembelajaran seni visual. Hal ini demikian kerana, Bilik Pendidikan
Seni Visual merupakan satu unit penting dalam organisasi sekolah yang memainkan peranan penting dalam menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran Pendidikan Seni Visual dan apresiasi hasil karya seni yang berkaitan dengan seni. Oleh itu, Bilik Pendidikan Seni Visual sentiasa perlu diberikan
perhatian dan mencipta suatu suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Guru juga dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan keadaan yang sesuai
untuk murid-murid melaksanakan aktiviti seni yang memerlukan mereka untuk menggunakan alat dan bahan sebelum menghasilkan karya seni. Seterusnya,
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), pengurusan bermaksud perihal (kerja) mengurus sesuatu. Erti kata lain, pengurusan merujuk kepada proses
merancang, mengelola, memimpin dan mengawal. Jika dilihat dari aspek pengurusan bilik seni, dapat dilihat di mana bilik seni yang kondusif seperti pengudaraan
yang baik, susun atur kerusi meja yang bersesuaian dengan keluasan bilik serta suasana yang selesa dapat menjadi daya penarik dan sumber ilham bukan
sahaja kepada murid dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.

Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual yang terancang dan bersistematik dapat menanam nilai-nilai murni dan estetika dalam penghasilan sesebuah
karya seni kepada murid dan semua warga sekolah. Pengurusan dan aktiviti yang dijalankan dapat memupuk minat murid dan warga sekolah untuk sama-sama
melibatkan diri dalam program yang dirancang yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid dan warga sekolah tentang kepentingan dan ilmu
pengetahuan di dalam bidang seni visual. Sepertimana yang kita sedia maklum, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza antara satu sama
lain. Perbezaan individu merupakan ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan yang diukur dari segi pertumbuhan dan perkembangan mengikut jantina,
fizikal, emosi, nilai tolak ansur, kemahiran sosial serta bakat dan minat. Perbezaan individu ini juga sering kali dikaitkan dengan gaya pembelajaran di kelas.
Sebagai contoh, ada murid yang lebih mahir dalam aktiviti melukis atau menghasilkan produk menggunakan bahan terpakai berbanding yang lain. Melalui
pemerhatian ini, kita dapat melihat bahawa murid tersebut berbakat dalam bidang kesenian kerana terserlah perkembangan kecerdasan pelbagai ruang yang
dimiliki oleh murid tersebut berbanding kecerdasan yang lain. Murid yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan mengesan dan menggambarkan
bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini
boleh membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca
peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan
kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah. Hal ini secara tidak langsung memudahkan guru untuk merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang efektif dengan tahap kognitif atau kemahiran murid. Justeru itu, demi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah memberi perhatian
dan mengenal pasti jenis setiap murid di kelas yang berlatarbelakangkan budaya, tahap sosioekonomi, latar belakang keluarga dan sebagainya agar mereka
dapat mencorak kejayaan sekolah berdasarkan hasil pembelajaran mereka.

1

2

Susunan dan saiz perabot memberi peranan Meja guru pula perlulah diletakkan dihadapan Menyediakan ruangan tempat kerja untuk murid
yang penting dalam penghasilan ciri-ciri murid-murid iaitu berada pada sudut 45 darjah menjalankan tugasan dengan baik. Ruangan
bilik PSV yang kondusif. supaya jarak penglihatan guru dapat merangkumi kerja penting bagi memudahkan murid untuk
seluruh bilik PSV. Ini juga memudahkan guru melaksanakan kerja-kerja mencetak hasil seni
Susunan dan pemilihan perabot hendaklah
bersesuaian bagi memastikan bilik yang untuk mengawal segala aktiviti murid-murid yang mempunyai gabungan teknologi moden dan
kecil kelihatan luas. daripada melakukan kerja lain. konvensional.

Contohnya,kerusi dan meja murid murid Kabinet-kabinet perlu disusun di sisi kiri dan Ruang khas disediakan bagi memudahkan
perlulah diletakkan di tengah-tengah bilik kanan dinding kelas supaya tidak menganggu murid mengakses maklumat berkaitan
supaya focus penglihatan murid tertumpu pergerakan murid. Fungsi kabinet adalah untuk pendidikan seni.
menyimpan peralatan dan segala hasil kerja seni
pada hadapan secara sudut 180 darjah Kesimpulannya, Bilik PSV yang sempit tidak
menghadap kearah papan putih. Susunan murid seperti lukisan, canting batik, berus mewujudkan ruang yang kondusif serta murid
meja dan kerusi perlulah secara 2x2 supaya lukisan, cat, kaki tripod dan sebagainya. tidak dapat memberi sepenuh perhatian ketika
mendapat keseimbangan . Satu meja besar
Menurut Mohd Johari & Hamzah Lasa (2013), p&p dan penghasilan hasil kerja seni tidak
dapat dikongsi oleh enam orang murid. susun atur ruangan bilik seni memberikan satu berkualiti kerana ruang yang sempit. Oleh itu,
solusi kepada guru dalam membuat keputusan bagi bilik PSV perlulah mempunyai ruang yang

sama ada bilik tersebut bersesuaian dengan luas dan struktur lantai yang rata bagi
aktiviti yang dilaksanakan semasa pengajaran mewujudkan suasana yang kondusif.

dan pembelajaran.

3

SISTEM PENGUDARAAN YANG BAIK KELENGKAPAN SENI YANG MENCUKUPI

 Menyediakan peralatan dan bahan seni yang mencukupi untuk semua murid

 Contoh :

 Tingkap perlu dipasang di kiri dan kanan bilik PSV supaya pengaliran udara dapat berjalan dengan . Pensel warna krayon warna air warna poster warna air cat akrilik
lancar dan dapat mengelakkan habuk daripada terperangkap di dalam bilik. . Dye pelaka spray cat tempera cat minyak kain mori
. Reben satin kapas benang wul kertas lukisan kertas a4 berwarna kertas a4 bercorak
 Lokasi tingkap yang dipasang perlu sejajar dengan arah angin kerana udara sejuk dan panas dapat . Kertas surih pembalut hadiah kertas berwarna surat khabar butang manik
mengalir.

 Suhu bilik PSV dapat dikawal dengan baik dan dapat memulihara hasil kerja seni yang disimpan di . Klip kertas klip baju botol plastik / cd lilin kotak lilin batik

dalam bilik seni seperti arca dan tanah liat. . Lidi lidi sate pinggan polisterin pinggan kertas cawan kertas plastesin

 Memasang kipas supaya dapat memudahkan pengaliran udara yang baik serta memberi . Benang benang sulam rotan bahan mentah buluh tali nylon

keselesaan kepada murid agar murid dapat memberi tumpuan di dalam kelas . Alatan seni visual palet berus warna palet standar pensel pensel makenik

. Skala pembaris pemadam jangka bahagi jangka sudut jangka lukis

. Sesiku set lengkung perancis canting pita pengukur jarum sulaman reben jarum peniti

. Penetas jahitan jarum jahit ram gunting pengasah pensel gam

. Kanvas lukisan berus papan lukis kad manila foam board mounting board

. Komputer lcd projektor skrin printer rancangan tahunan panduan guru

. Bahan mentah buluh tali nylon

1.

 Menyediakan stor simpanan alatan dan bahan

 Ketiadaan stor penyimpanan alatan dan bahan seni menyukarkan bahan-bahan seni seperti warna

cat air, bahan seni yang mengandungi bahan kimia dan peralatan seni disimpan atau dihimpunkan

dalam satu tempat.

4

5

CONTOH SUSUNAN KELAS

6

CONTOH SUSUNAN MEJA PAK21

7

8

KOLEKSI CONTOH
GAMBAR BILIK PSV

9

10

 Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk
dipamerkan dalam bilik seni.

 Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.
 Sebagai contoh, karya poster sesuai ditampal, dilekatkan dan digantung manakala karya yang berbentuk 3 Dimensi seperti boneka atau

model hendaklah disusun di para atau rak bertingkat bagi menjimatkan ruang
 Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan mereka letak alatan dan bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana

selain daripada tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni.

11

12

KOLEKSI CONTOH
PELAN LANTAI

BILIK PSV

13

14

15

LAKARAN
PELAN LANTAI

16

17

18

19

LANGKAH-LANGKAH
MENGHASILKAN PELAN

LANTAI BILIK PSV
BERBANTUKAN TMK

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

BIL GAMBAR PETUNJUK BIL GAMBAR PETUNJUK
1 SUDUT PAMERAN 6 RAK GURU
2
3 PAPAN TULIS 7 KABINET ALAT
4 PENYIMPANAN PSV
SUDUT INFO 8
5 MEJA GURU
TONG SAMPAH 9
KERUSI GURU
PETI UBAT 10
SINKI

33

BIL GAMBAR PETUNJUK BIL GAMBAR PETUNJUK
11 16 KERUSI MURID
PAPAN PAMERAN
GANTUNG

12 INTU MASUK DAN 17 MEJA MURID

KECEMASAN

13 KABINET BERTINGKAT 18 TINGKAP BILIK SENI

14 BLOK PAMERAN 19 ALAT PEMADAM API

15 PROJEKTOR LCD 20 RUANG TEMBIKAR

34

BIL GAMBAR PETUNJUK
21 RUANG TEKSTIL

22 RUANG CETAKAN

23 STOR PERALATAN

24 RODA PEMUTAR TEMBIKAR

35

Rak kabinet bertingkat digunakan untuk Terdapat dua pintu, iaitu pintu hadapan dan pintu
menyimpan sumber bahan seperti fail, buku, belakang. Fungsinya: memudahkan guru dan murid

dan folio murid. keluar masuk dari bilik seni.

Pemadam api juga perlu diletakkan di sudut
bilik PSV sebagai langkah keselamatan jika
berlaku kebakaran agar dapat ditangani dengan

serta merta dan efektif.

Rak guru yang berfungsi untuk
meletakkan dan menyimpan buku-

buku rujukan atau buku teks
pendidikan seni visual.

36

Tong sampah amat diperlukan ketika
murid-murid ingin mengemas bilik seni
visual. Mereka akan membuang lebihan

bahan seni yang tidak lagi diperlukan.
Kedudukan tong sampah hendaklah
diletakkan di sudut bilik PSV di arah

bertentangan.

Bahagian tengah bilik seni pula disusun dengan dua meja murid yang menempatkan seramai 24 Projektor LCD berfungsi sebagai alat bantu mengajar
kerusi bagi 24 orang murid. Kerusi diletakkan secara bertentangan. Susunan ini juga mengikut dan perlu diletak di hadapan supaya dapat dipancarkan

susunan abad ke-21 iaitu “The Hybrid” yang membolehkan murid saling bekerjasama dalam di papan putih. Guru dapat menggunakan projektor
kumpulan serta memudahkan mereka untuk berkongsi alat dan bahan seni visual. untuk tayangan multimedia di dalam p&p. Ini adalah
sebagai langkah untuk menvariasi kaedah pengajaran.
37

Sudut info: satu sumber idea  Terdapat ruang pameran, blok pameran dan papan pameran gantung.
yang dapat membantu murid
 Ruang pameran- murid-murid meletakkan segala hasil seni yang mereka hasilkan
dalam menghasilkan karya selepas selesai appresiasi seni oleh guru dan murid-murid. Ini dapat memberi
dan sebagai maklumat ruang yang luas agar hasil kerja seni dapat diletakkan di tempat yang selamat
kepada pelawat. tanpa merosakkannya.

 Sinki digunakan bagi memudahkan  Blok pameran- mempamerkan hasil karya 3d seperti arca, model, diorama dan
murid-murid menjaga kebersihan, boneka
iaitu selepas mereka menghasilkan
lukisan, mereka perlu mencuci berus  Papan pameran gantung - mempamerkan hasil karya 2D seperti aktiviti yang
terdapat dalam bidang menggambar dan bidang membuat corak dan rekaan.
warna, palet di sinki.

Peti kecemasan perlu disediakan bagi
sebarang kecederaan boleh berlaku

ketika mengendalikan peralatan-
peralatan yang wujud di dalam bilik

PSV.

38

Pada ruangan hadapan pelan lantai bilik seni ini pula diletakkan meja dan kerusi guru. Bahagian ini sangat sesuai di letakkan hadapan meja murid
kerana memudahkan guru untuk mengawal segala aktiviti murid-murid daripada melakukan kerja lain. Selain itu, terdapat juga kabinet tempat
penyimpanan alat PSV yang terletak di antara meja guru itu mengandungi alatan dan bahan yang tajam seperti pisau, gunting dan jenis-jenis cecair
yang berbahaya. Tambahan pula, terdapat sudut pameran yang terletak bersebelahan dengan rak guru di bahagian kiri kelas yang berfungsi untuk
memaparkan hasil kerja murid seperti lukisan dan catan.

39

40

41

RUMUSAN

Pelan lantai bilik Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan suatu lukisan atau lakaran yang dihasilkan oleh seseorang guru dalam mengambarkan setiap
sudut ruangan yang terdapat dalam bilik tersebut. Tujuan pelan lantai ini direka adalah untuk memberikan penjelasan dan gambaran berkenaan
kedudukan sebenar bilik seni yang dipecahkan kepada beberapa sudut. Menurut Mohd Johari & Hamzah Lasa (2013), susun atur ruangan bilik seni
memberikan satu solusi kepada guru dalam membuat keputusan sama ada bilik tersebut bersesuaian dengan aktiviti yang dilaksanakan semasa
pengajaran dan pembelajaran. Pelan bilik seni ini hendaklah menepati aspek-aspek pembelajaran abad ke-21 dari segi susunan tempat duduk murid dan
peralatan kekal yang lain supaya dapat disesuaikan dengan aktiviti seni dalam keempat-empat bidang PSV. Hal ini juga penting kepada murid-murid bagi
memupuk elemen 4K dalam diri mereka iaitu komunikatif, kolaboratif, kritis dan kreatif ketika menghasilkan sesebuah karya seni visual (Zailani Yaacob &
Azimah A. Samah, 2006). Jelaslah, keperluan bilik pendidikan seni haruslah memperlihatkan bahawa ia merupakan ruang untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.

42

RUJUKAN

 Arliliza Liz. (2014). Peralatan dan Bahan Pendidikan Seni Visual. Slideshare.
https://www.slideshare.net/arlilizaliz/peralatan-dan-bahan-pendidikan-seni-visual

 Mashira Yahaya, et. al. (2019). Amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) Guru. Jurnal IPDA. Bil. 26(1), Hlm. 13-21.

 Mohd Johari Ab. Hamid & Hamzah Lasa. (2013). Estetika Seni Visual. Perak: Penerbit Universiti
Pendidikan Idris.

 Zailani Yaacob & Azimah A. Samah. (2006). Pendidikan Seni Visual. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

 https://www.canva.com/design/DAEYAWW4xOE/kkUNtnk1tmhSS1OdWdQq-
w/view?utm_content=DAEYAWW4xOE&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&utm_sou
rce=publishsharelink

43


Click to View FlipBook Version