The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook Strategi Bertemu Jodoh @TillJannah.my

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Afifah Binti Ghazali, 2023-01-15 23:53:46

Ebook Strategi Bertemu Jodoh @TillJannah.my

Ebook Strategi Bertemu Jodoh @TillJannah.my

TIP MUDAH UNTUK CEPAT DAPAT JODOH. BELUM CUBA, BELUM TAHU.


Amaran: Ebook Strategi Bertemu Jodoh @TillJannah.my adalah hak cipta terpelihara. Anda: [Boleh] mencetak dan mempraktikkan segala teknik yang diajar. [Tidak Boleh] berkongsi ebook ini kepada umum. [Tidak Boleh] menjadikannya bonus bagi produk anda. [Tidak Boleh] mengubah sebarang isi kandungan dengan apa jua cara. [Tidak Boleh] mengaku ia produk anda sendiri. [Tidak Boleh] menjualnya di mana sahaja sama ada di laman web, blog, web lelong atau seumpamanya.


© Hak milik terpelihara. TillJannah Sdn.Bhd. 2022. Website: https://www.tilljannah.my Email: [email protected]


ISI KANDUNGAN PENGENALAN JODOH OH JODOH STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY KESIMPULAN Bermula dengan tindakan kecil. Jelas dengan matlamat untuk berkahwin. Lengkapkan profil dari segi gambar dan profil diri. Masukkan ruang huraian tentang calon. Ciri-ciri kriteria pasangan diingini. Mula berikan salam. Mulakan perbualan. jangan tunggu bulan jatuh ke riba. Target tempoh perkenalan. "Life projection" 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.


Kami percaya, setiap ahli yang mendaftar mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk mencari pasangan secara serius dan menghalalkan hubungan dengan niat yang betul. Oleh itu, kaedah dan strategi yang dikongsikan ini adalah hasil dari pengumpulan maklum balas dari pengguna yang telah berjaya menemui calon pasangan mereka secara atas talian dan telah disusun semula mengikut kesesuaian penulis sendiri. PENGENALAN Penghasilan ebook ini diharapkan sedikit sebanyak memberikan anda jalan dan idea untuk mendapatkan jodoh secara atas talian melalui Portal TillJannah.my. 1 STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Kaedah yang dikongsikan dalam ebook ini boleh diaplikasikan oleh anda dan sangat sesuai untuk digunakan dalam pencarian pasangan. Namun, kemungkinan bagi setiap pembaca ebook yang mengikut tip yang diberikan bakal mengalami ujian dan cabaran yang mungkin berbeza antara satu sama lain. Yang pastinya, setiap pembaca akan rasai pengalaman yang berbeza selepas mengaplikasi semua tip yang diberikan. Pesanan kami, selagi mana anda tidak bertindak untuk membuat perubahan, selagi itulah semakin sukar dan peluang yang ada tidak terbuka dengan luas untuk anda mendapatkan pasangan. Selamat mencuba ya! 2 STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Jodoh adalah rahsia Allah dan Allah dah tentukan jodoh semasa kita dalam rahim ibu kita lagi. Itu yang selalu disebutkan sebagai kerja Tuhan. Namun, usaha untuk mendapatkannya adalah kerja-kerja yang dilakukan oleh individu itu sendiri. Itu adalah kerja kita sebagai hamba-Nya. Banyak berdoa dikurniakan jodoh yang baik pada waktu yang baik dan dalam keadaan yang baik. Ia melibatkan pada masa yang tepat dalam keadaan yang bersedia. JODOH OH JODOH... 3 Sangka baik bahawa pasti ada jodoh kita diiringi dengan doa dan tindakan. Yakin bahawa jodoh ini diberikan oleh Allah SWT pada waktu yang terbaik. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Tahniah! Kami ucapkan buat anda kerana berjaya memiliki ebook Strategi Bertemu Jodoh @ TillJannah.my ini. Kami percaya anda yang memiliki ebook ini telah melalui proses pendaftaran secara sah. Ramai yang berjaya menemui jodoh di TillJannah bermula dengan tindakan kecil mereka dengan melakukan pendaftaran. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.my 4 BERMULA DENG AN T INDAKAN KE C I L . STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Usaha yang mereka lakukan juga adalah dengan meng'upgrade' akaun kepada akaun premium. Ini antara usaha awal yang dilakukan bagi mendapatkan calon pasangan. Ada yang bermula dengan recommend daripada ahli keluarga dan juga kawankawan. Dan akhirnya, kesedaran dan keputusan untuk mendaftar adalah atas pilihan individu itu sendiri. 5 Untuk mendaftar ini pun melibatkan usaha dan tindakan. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Ada juga yang membuat pencarian dan ‘explore’ sendiri melalui website atau platform media sosial seperti Instagram, Facebook, TikTok, Youtube dan Twitter untuk mendapatkan info lebih lanjut tentang cara mencari calon pasangan secara atas talian di TillJannah.my. Dan akhirnya juga, keputusan untuk mendaftar adalah pilihan sendiri. Alhamdulillah. 6 Percayalah, ia sebenarnya bermula dari tindakan yang kecil yang membantu untuk membuahkan hasil. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Ramai yang menyatakan mereka mudah sangat bertemu calon pasangan di portal kerana mereka sendiri jelas dengan matlamat untuk berkahwin. 7 JELAS DENG AN MAT LAMAT UNTUK BERKAHWIN. Siapa yang jelas tujuan sebenar untuk berkahwin, maka jelaslah jalannya yang perlu diambil. Siapa yang jelas tentang jalan yang perlu diambil, maka dia akan jelas dengan tindakan yang perlu dibuat. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Ada yang daftar di TillJannah hanya sekadar untuk bermain-main, hanya sukasuka sahaja mengisi masa lapang. Jelaslah bahawa diri sendiri belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab apabila sudah berumah tangga nanti. Ada yang betul-betul menanam niat, serius dan jelas dengan matlamat untuk memiliki dan mencari calon pasangan di platform ini. Mereka pastinya akan mencari strategi dan bertindak untuk mendapatkan pasangan di sini. Kita akan jadi lebih berani dan akan ikhtiar juga walaupun dengan 1,001 cara. 8 Kalau sudah jelas apa yang diinginkan, kita akan lebih yakin. Kita akan usaha sungguh-sungguh. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Bimbang sebenarnya, jika perhubungan yang dibina tidak ada matlamat yang jelas, hubungan yang dibina mudah goyang. Pasangan yang dikahwini bakal menanggung beban jika tidak ada kesedaran dari awal. 9 Jelas dengan matlamat untuk berkahwin ini merangkumi beberapa perkara iaitu: Perkara-perkara ini akan dihuraikan pada muka surat yang seterusnya. Tahu tentang tanggungjawab yang bakal digalas. Ciri-ciri pasangan yang diinginkan. Tambah ilmu untuk memperbaiki diri. Ada perancangan masa depan yang jelas. Ada tempoh masa perkenalan yang telah ditetapkan. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Kegagalan melengkapkan profil diri dan memuat naik gambar yang menarik sering dilakukan oleh pengguna. 10 LENG KAPKAN PROF I L DARI SE G I G AMBAR DAN PROF I L DIRI. Gambar dan profil diri adalah tapisan pertama yang biasanya dilakukan oleh calon. Kebiasaannya calon akan scan terlebih dahulu dari mata kasar tentang apa yang dipamerkan di profil dan gambar yang dimuat naik. Jika pada pandangan pertama sudah ada perkara yang tidak sedap untuk dibaca dan dilihat, semakin tipislah harapan untuk anda dipilih untuk proses perkenalan yang seterusnya. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Bayangkan, jika anda menghantar resume untuk memohon pekerjaan. Resume tidak lengkap, gambar yang diberikan tidak menarik. Adakah majikan atau pihak penemuduga akan bersetuju untuk memilih anda ke tapisan seterusnya untuk diterima bekerja? Peluangnya sangat tipis sebenarnya. Lebih sadis lagi jika pandangan kali pertama oleh majikan anda telah direject. Begitu juga dengan konsep perkenalan secara online, lagi pula ia melibatkan urusan keputusan untuk memilih pasangan sehidup semati. 11 tidak ambil tahu tidak bersungguh-sungguh dan sambil lewa calon bersikap asal boleh sahaja Jelas nampak individu tersebut : STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Ini sedikit sebanyak mencerminkan diri anda daripada impression pertama yang dilihat. 12 Seperti kata pepatah Inggeris, “How you do everything, is how you do anything”. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Ruang huraian tentang calon (diri) ini sebaiknya dimasukkan dengan unsurunsur yang positif. Namun, pantang sekali untuk anda menipu maklumat diri anda. Berlaku jujur dengan setiap apa yang dimasukkan. 13 MASUKKAN RUANG HURAIAN TENTANG DIRI Antara perkara yang kerap disembunyikan oleh calon dalam profil adalah: Gambar yang dimuat naik bukanlah gambar sebenar. Alasannya hanya kerana diri sendiri tidak ada rupa paras yang menarik. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Status perhubungan yang dinyatakan adalah masih bujang tetapi sebenarnya sudah berkahwin dan ada juga yang sudah berkahwin namun berpisah. Nyatakan yang sejujurnya supaya calon pasangan jelas dan tidak menimbulkan salah faham pada kemudian hari. Jika pada awal perkenalan sudah mula berahsia dan menyembunyikan sesuatu kenyataan yang pada hakikatnya perlu untuk berterus terang, bagaimana pula nanti selepas berkahwin? Adakah masih mempunyai sikap dan perangai yang sama? Jika sudah berkahwin dan berpisah, nyatakan sekali jumlah bilangan anak dengan bekas pasangan yang lama. 14 Percayalah, kejujuran yang dinyatakan bakal menarik individu yang juga akan bersikap jujur dengan kita. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


15 Tahap pendidikan yang dinyatakan tidak sama seperti kelayakan yang diterima. Ada yang menyatakan memiliki pendidikan sehingga tahap ijazah. Namun, tidak dinyatakan dengan jelas tahap pendidikan tersebut. Tujuannya semata-mata untuk menarik minat calon yang ada untuk berkenalan. Tidak terlepas juga ada yang memiliki pendidikan yang tinggi. Namun, memilih untuk meletakkan pendidikan hanya pada tahap SPM sahaja bagi menguji calon yang sedang berkenalan. Ini tidak sepatutnya dilakukan. Jika niat mahu menguji, ini bukanlah caranya kerana ada dalam kalangan kita yang sangat mengutamakan tahap pendidikan dalam pemilihan pasangan hidup. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Bilangan adik-beradik. Minat & hobi yang dilakukan ketika waktu cuti. Karakter diri yang positif (bukannya seperti garang, manja, gempal yang boleh menimbulkan salah faham kepada calon apabila membaca profil diri anda. Berlaku jujurlah dengan diri sendiri semasa memasukkan maklumat tentang diri di profil. Masukkan unsur-unsur positif yang memberi info dan gambaran kepada calon yang membacanya seperti: 16 Pasti ada kebaikan dan tarikan yang tersendiri dalam diri anda untuk dikongsikan kepada calon. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Tidak perlu masukkan secara terperinci. Ini lebih kepada ingin menarik perhatian si dia untuk bertanyakan lebih lanjut berkenaan diri anda sekiranya si dia ada rasa ingin tahu yang tinggi tentang diri anda. 17 Tapi perlu ke tulis secara terperinci? Perlu ke penerangan yang panjang? Dah dapat idea apa yang ingin dimasukkan dalam profil anda di portal TillJannah? Cuba senaraikan dahulu sekurang-kurangnya 10 perkara yang ingin anda masukkan. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


18 C IRI- C IRI KRI TERIA PASANG AN DIING INI Secara tidak langsung, sebenarnya kita merasakan kita tidak layak mendapatkan jodoh terbaik. Kesannya nanti, usaha yang dilakukan hanya sedikit sahaja. Kita jadi malas nak memperbaiki diri dan mengharapkan datang keajaiban ada seseorang yang bakal menerima diri kita apa adanya sahaja dengan alasan diri kita juga siap sedia untuk menerima dirinya dalam apa juga keadaan. Percaya atau tidak, jika kita sendiri meletakkan standard jodoh yang rendah sebenarnya tanpa disedari kita juga telah menilai diri kita pada tahap yang rendah. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Individu ini seolah-olah mahukan pasangan yang perfect serba-serbi. Contohnya, dari segi rupa paras, pendidikan, pekerjaan, latar belakang keluarga dan juga personaliti peribadi yang menarik dan membuatkan hati tertawan seperti senyuman, tubuh badan dan sebagainya. 19 Oleh itu , terdapat 3 karakter yang boleh dibahagikan apabila melibatkan pemilihan calon pasangan ini: Nak yang perfect. Tidak kisah, dan terima apa adanya. Individu begini dari awal sudah menyatakan bahawa “tidak kisah asalkan menerima diri seadanya”. Awalnya sudah pasrah dan redha. Sedikit sebanyak ia menggambarkan diri yang mempunyai 'standard' yang rendah. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Karakter-karakter individu begini memberi perspektif yang berbeza sebenarnya. Individu begini hakikatnya menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di atas muka bumi. Namun, individu ini masih mempunyai ciri kriteria pasangan yang diinginkan. 20 Nak yang sederhana sahaja. Nak yang perfect. Tidak kisah dan terima apa adanya. Nak yang sederhana sahaja. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


21 Tidak ada manusia dia atas muka bumi ini yang sempurna. Allah dah jadikan manusia itu berpasang-pasangan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia bertakwalah kamu dengan Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) itu pasangannya (isteri Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai.” (An Nisaa’: 1) STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Setiap pasangan itu pastinya memerlukan antara satu sama lain. Jika menginginkan pasangan yang sempurna, kena terima hakikat bahawa diri kita juga ada kekurangan. Oleh itu, analisis SWOT sangat membantu diri kita sebenarnya tentang kelebihan, kekurangan, ancaman dan juga peluang yang perlu kita sedar dari awal sebelum membuat keputusan untuk menetapkan ciri-ciri kriteria pasangan yang diingini. 22 Namun, jika dari awal sedar kekurangan tersebut boleh diperbaiki, usahakan untuk perbaiki perkara tersebut ke arah yang lebih baik. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Tidak kira sebenarnya lelaki mahupun perempuan, mulakan sahaja perkenalan. Set dalam kepala, kalau tak mulakan maknanya anda bukan nak sangat pun jodoh sebenarnya. 23 MULA BERIKAN SALAM. Malu. Introvert. Blurr. Tak biasa nak mulakan dahulu. Bukan diri saya kalau saya mulakan dahulu. Saya lebih selesa kalau calon lain mulakan. Banyak alasan yang diberikan untuk tidak mahu mulakan dahulu kiriman salam. Antaranya: STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Alasan-alasan begini kerap diguna pakai. Percayalah, memang tak akan nampak hasil yang lebih pantas kalau hanya mengharapkan calon lain yang mulakan dahulu. Persoalannya, sampai bila hanya nak menunggu? 24 STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Ramai yang mengatakan buah tersebut isinya manis dan tebal membuatkan ramai yang berpuas hati. Anda juga menginginkan buah tersebut, tetapi anda hanya lihat sahaja tanpa usaha untuk memanjat atau menggunakan galah untuk mengaitnya. Hati kata nak, tapi langsung tiada tindakan yang dilakukan. 25 Analoginya, ada sebatang pokok rambutan yang sudah berbuah elok dan warnanya merah menandakan buah rambutan tersebut telah masak. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Malu sebenarnya kita sebagai manusia mahukan sesuatu tetapi tiada satu tindakan bersungguh-sungguh pun kita lakukan. Seolah-olah anda tidak bersungguh. Sehingga anda mengatakan, "Tunggulah nanti, nanti ada rezeki jatuhlah buah tu nanti. Kalau buahnya tidak jatuh, maknanya belum rezeki lagi". 26 STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Semakin lambat dapat merasa buah rambutan tersebut. Jika hanya mahu rambutan tersebut jatuh ke tanah secara sendirinya. Buah yang jatuh tersebut telah hilang manisnya. Buah tersebut telah dirosakkan oleh tupai atau makhluk perosak lain sehingga ia tidak boleh dimakan lagi. Buah tersebut telah diambil orang. Lagi malu sebenarnya, jika kita mengatakan ia belum rezeki dari Allah sedangkan ia sudah berada di depan mata dan hanya perlukan sedikit usaha. 27 Beberapa kemungkinan boleh terjadi, jika hanya tunggu sahaja: Masih lagi nak katakan belum rezeki jika tak nak usaha? STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


platform sudah ada. panduan strategi melalui ebook ini sudah diberikan. contoh idea soalan untuk mulakan perbualan juga sudah diberikan. Jika menginginkannya, ambil galah panjang untuk mengait buah tersebut. Jika mahu cepat dan mudah, usaha juga kait buah tersebut pada bahagian yang lebih rendah. Tetapi jika mahukan buah yang ranum , merah dan manis seperti yang dikatakan oleh orang ramai, ianya perlukan effort lebih sedikit untuk mendapatkan yang paling atas. 28 Analogi ini boleh dikaitkan dengan konsep jodoh di platform TillJannah.my ini. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Ia hanya tinggal sedikit usaha yang anda perlu lakukan. Buang segala alasan yang membantutkan langkah anda memulakan perkenalan. Jika masih dengan sikap yang sama, ternyatalah anda belum betul-betul bersedia sebenarnya untuk mencari pasangan. 29 Selepas berkahwin, lagi banyak effort yang diperlukan bagi memastikan rumah tangga itu bahagia dan bertahan. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Tidak kira anda lelaki mahupun wanita, ebook ini khas dihasilkan untuk membantu anda membina strategi mendapatkan pasangan. Jika hanya baca sahaja tanpa tindakan, mungkin ia merupakan satu tindakan yang sia-sia. Kami berikan kepada anda beberapa idea untuk memulakan perbualan di portal TillJannah.my. Sila sesuaikan idea ini mengikut keadaan dan situasi yang anda hadapi. Ianya mungkin berbeza mengikut setiap diri calon yang ada dalam portal. 30 MULAKAN PERBUALAN. JANG AN TUNG GU BULAN JATUH KE RIBA. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Kebiasaannya, ramai yang memulakan perbualan dalam portal dengan memberikan salam. Kami percaya cara ini telah lama dilakukan oleh calon-calon yang mendaftar di TillJannah.my. Namun, apa kata selepas ini tukarkan strategi anda dengan ayat yang lebih menarik, matang dan menampakkan anda lebih berminat kepada calon yang ada. Ya sememangnya dengan hanya “Assalamualaikum” lebih bagus daripada hanya terus menunggu calon lain untuk memulakan dahulu perkenalan. 31 STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Boleh mewujudkan minat tentang latar belakang dirinya seperti negeri yang berbeza dari negeri anda jika anda tidak begitu kisah tentang negeri asal/tempat bekerja. 32 Boleh dapatkan idea melalui persamaan yang menunjukkan chemistry. Boleh dapatkan idea melalui perbezaan iaitu dari segi pekerjaan. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Contoh 1: Negeri tempat tinggal Contoh 2: Berdasarkan detail diri yang dinyatakan seperti hobi, minat dan kriteria diri. Contoh 3: Soalan yang lebih general dan terbuka iaitu tentang target untuk menamatkan zaman bujang. Contoh 4: Berdasarkan dari info kriteria pasangan yang diinginkan. Contoh 5: Berdasarkan tentang latar belakang keluarga si dia. 33 STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Prinsip apabila kenal secara online ini untuk berkenalan dahulu, barulah mengambil keputusan untuk berkahwin. Namun, apabila kenal secara online lagilagi buat lelaki, modal untuk berumah tangga bukannya hanya berani sahaja. Tidak dinafikan, terdapat calon lelaki yang berani untuk berjumpa dengan orang tua calon perempuan, tetapi harapannya untuk mengumpul dahulu simpanan dan memerlukan masa dahulu untuk membuat persediaan. 34 TAR G ET TEMPOH PERKENALAN. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Persoalannya, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menghalalkan perhubungan yang ingin dibina? Begitu juga dengan wanita, ada yang sekadar mahu berkawan tetapi belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang. Jangan terkejut ya ada yang menyatakan hasrat untuk meminta tempoh menunggu sehinggakan 5 tahun? Lamaaaa sangat tu! 35 Berapakah masa yang diperlukan untuk menunggu? Setahun? 2 tahun? 3 tahun? STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Apakah tindakan yang bakal diambil apabila si dia meminta tempoh masa untuk menunggu? Contohnya: 36 Please, berhenti menunggu calon ketika calon pasangan tidak memberikan tempoh masa yang jelas. "Tunggu saya simpan duit ya, bagi cukup dulu”. "Tengoklah nanti, kalau ada jodoh. Ada lah..." "Saya nak simpan duit dulu, lepas tu saya kalau boleh nak adik-adik saya semua habis belajar dulu. Baru kita proceed kahwin ye.." STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Kadangkala, setelah memberi harapan, si dia hilang tanpa khabar berita. Setelah sebulan, 2 bulan menghilang tetapi masih tiada khabar berita. Ketika si dia meminta masa untuk berubah, tetapi tidak ada masa yang jelas ditetapkan dan tiada tindakan yang dilakukan. Berhenti dari terus menunggu kerana waktu yang ada sangat berharga untuk menanti sesuatu yang tidak pasti. Akhirnya diri sendiri yang kecewa, makan hati dan perlukan lagi masa untuk merawat hati. 37 Boleh jadi juga, saat kita menunggu ada seseorang yang lebih serius menanti atau sedang mencari kita. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Sepanjang proses mencari dan berkenalan dengan calon pasangan di portal TillJannah.my... Amalkan prinsip apabila “He/she say no, JUST SAY NEXT”. Ramai lagi calon yang ada, insya-Allah ada yang lebih baik dan percaya pasti Allah aturkan jodoh yang terbaik buat kita. Tidak perlu rasa terluka sangat jika ditinggalkan, perkenalan yang baru nak bermula tidak memberi kesan yang mendalam jika kita sendiri yang berjaya mengawal hati dan perasaan untuk tidak berlebih-lebihan. 38 STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Oleh itu, letakkan tempoh masa yang sesuai dan antara pasangan sepatutnya telah bersetuju dengan tempoh tersebut sebelum melangkah ke perhubungan yang lebih serius. Beberapa pasangan yang berjaya menemui calon pasangan di TillJannah.my berkongsi dengan kami, mereka berkenalan di portal dalam tempoh masa seminggu sahaja sebelum meneruskan perkenalan melalui Whatsapp. Bermula dari sini tempoh ditetapkan dalam tempoh masa 3-6 bulan yang dirasakan sesuai sebelum kedua-dua pasangan diperkenalkan kepada keluarga masing-masing. 39 Oh ya, pastikan si dia yang menjadi pilihan perlulah memenuhi kriteria minimum pasangan yang diinginkan ya! STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Dalam tempoh 3-6 bulan, pelbagai soalan dan pandangan dibincangkan untuk mendapatkan keserasian. Ramai yang bertemu pasangan di TillJannah.my mengatakan sekiranya dalam tempoh tersebut tidak menemui titik keserasian, perkenalan tersebut tidak akan diteruskan. 40 Masing-masing perlu jelas tentang target kahwin. Masing-masing perlu jelas sekiranya tidak dapat meneruskan perhubungan perlu berlapang dada. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


41 Kenal di TillJannah.my. Jumpa secara berdepan & kenal lebih dekat. Bawa berjumpa keluarga masing-masing. Perbincangan & bertunang. Pernikahan. 3 bulan yang pertama. Selepas 3 bulan perkenalan. Selepas 6 bulan perkenalan. Selepas 9 bulan perkenalan. Selepas 1 tahun perkenalan. Contoh target tempoh perkenalan yang boleh dirancang bersama bakal pasangan. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


‘Life projection’ adalah unjuran atau jangkaan kehidupan yang ingin dibawakan dalam rumah tangga dari awal perkenalan, proses untuk menghalalkan perhubungan dan juga selepas berkahwin nanti. Jangkaan kehidupan perlu lebih jelas tentang keinginan diri sendiri sebelum berkenalan dengan calon pasangan. 42 " L I FE PROJE C T ION" Perbincangan bersama calon pasangan perlulah jelas tentang expectation diri sendiri selepas berkahwin nanti. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Expectation yang salah contohnya apabila: 43 Kahwin nanti mengharapkan pasangan dapat membahagiakan. Kahwin nanti mengharapkan diri sendiri tidak akan rasa sunyi lagi. Kahwin nanti berharap pasangan dapat faham karenah setiap masa. Kahwin nanti memang berharap diri dan pasangan tidak akan berjauhan. Istilah Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) tak akan wujud dalam rumah tangga. Apabila terdapatnya jangkaan begini (expectation) perkara yang perlu dilakukan adalah untuk menguruskannya. STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Bayangkan, dari awal perkenalan kita sudah meletakkan satu expectation bahawa pasangan perlu membahagiakan diri kita. Bagaimana pula nanti, jika selepas berkahwin pasangan tidak mampu nak membahagiakan kita? Kita tidak boleh menganggap, bahagia yang kita cari selama ini ada pada pasangan. Sebenarnya, perlu cari dalam diri kita sendiri dan cari cara bagaimana untuk kita cipta bahagia sendiri tanpa mengharapkan pasangan. 44 Bermula dengan diri sendiri, rancang kehidupan kita dengan sehabis baik dan secara rasional. Kenal pasti dari awal bahagia untuk kita ini sebenarnya macam mana? STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Hanya diri sendiri sahaja yang tahu caranya. Sebagai contoh, lakukan selflove supaya kita tidak meletakkan expectation yang tinggi kepada pasangan. Apabila ada expectation ini, kita akan rasa tidak pernah cukup dengan apa yang telah kita terima daripada pasangan. Mulalah rasa kecewa sebab merasakan pasangan tidak faham dan tidak seperti orang lain yang sangat memahami pasangannya. Malah, kebahagiaan orang lain yang kita cemburui. 45 STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Individu begini hanya menganggap pasangan dia sahaja yang perlu memberikan kebahagiaan. Kalau ada selflove, kita akan belajar untuk memahami diri pasangan. Kalau masih menyalahkan, maknanya ada kelompongan jiwa dalam diri sendiri. Kenal pasti lebih awal tentang rancangan kehidupan kita dan pengharapan kita kepada pasangan. Adakah 'projection' tersebut rasional atau luar daripada logik akal fikiran? Nilaikan ya! 46 STRATEGI BERTEMU JODOH @TILLJANNAH.MY


Click to View FlipBook Version