KISAH SANG KANCIL
Disediakan oleh:
Muhammad Asyraf Aiman bin Zaini | H9 (2021192310216)
SANG KANCIL
KARAKTER-KARAKTER
SANG BUAYA
SINOPSIS
Kisah ini mengisahkan tentang perjalanan kehidupan seekor
Sang Kancil di dalam sebuah hutan yang damai namun
dipenuhi dengan cabaran dan bahaya yang menantinya
tidak mengira saat dan masa. Kisah ini akan memperlihatkan
kebijaksanaan Sang Kancil dalam usahanya dalam
menyelesaikan konflik yang terjadi kepada dirinya sepanjang
dia menjalani kehidupan sehariannya. Dalam pada itu, kisah
ini juga akan memperlihatkan watak haiwan yang akan
mewujudkan senario bahaya yang menanti Sang Kancil.
BAB 1
Di suatu pagi yang indah telah disinari Tidak semena-mena beberapa buah cermai gugur
dengan cahaya hening sang mentari dan jatuh ke atas kepala sang kancil dan bergolek
ke tanah.mengakibatkan sang kancil yang sedang
di kawasan hutan yang damai dan tidur mati pun terjaga. Sang Kancil pun merungut
dipenuhi dengan kicauan burung- akan keterjagaanya yang dia sendiri tidak
burung di udara terlihatlah ada seekor merelakannya. Namun apakah daya nampaknya
sang kancil sedang nyenyak tidur atau hari baharu untuknya sudah pun bermula.
tidur mati di bawah pohon buah
cermai yang dihinggapi oleh sekawan
burung kelicap.Tidak lama kemudian
sekawan burung kelicap itu pun
melonjakkan diri untuk terbang
kembali ke udara yang membiru.
.Kata sang kancil setelah dia terjaga,
“Aduh, apa benda yang jatuh menimpa kepala comel ku
ini! Oh, beberapa buah cermai rupanya yang telah gugur
dan jatuh tepat ke kepalaku dan telah mengganggu tidur
ku yang menyenyakkan! Nampaknya aku tidur kesiangan
kerana hari pun sudah pagi menandakan bermulalah hari
lain buatku yang baharu. Malasnya untuk ku bangun.
Tidak bolehkah untuk aku sambung tidur kembali untuk
beberapa tempoh masa lagi. Alamak takut-takut pula
kalau aku sambung tidur lagi adanya sang Harimau yang
menjumpai aku di sini. Matilah aku. Baik aku gerak
sekarang juga". kata sang kancil dengan perasaan gusar.
Dalam dia cuba membangunkan diri dari tempat
tidurnya itu tiba-tiba perutnya pun berbunyi sebagai
tanda bahawa perutnya yang bulat itu sedang
kelaparan dan memerlukan makanan untuk diisi ke
dalamnya. “Grr grrr…aduh, laparnya perut ku yang bulat
ini.
Nampaknya aku perlu mencari makanan untuk mengisi perut
ku ini dengan segera.” katanya. Tiba-tiba dia teringat akan
beberapa buah cermai yang gugur sebentar tadi.
Tanpa menunggu masa dia pun terus memakan beberapa
buah cermai tersebut. Namun, tanpa diduga rupa-rupanya
terdapat sebiji buah cermai yang belum masak menjadikan ia
berasa sangat masam dan kelat.
Namun dengan kelahapan sang kancil dalam sewaktu dia menjamu
selera dia secara tidak sengaja telah menggigit dan memakan buah
cermai yang belum masak dan masam itu lantas lidahnya pun
terperanjat dan menjadi kecut akibat dari kemasaman ditambah pula
dengan kekelatan yang melampau dari buah ceri tersebut.
“Nyam nyam nyam nyam ahh masamnya buah cermai ini. Aku sudah
tersalah makan buah cermai yang belum masak. Nampaknya aku perlukan
air untuk meredakan kemasaman yang meletus di dalam mulutku ini serta
meredakan kekelatan dalam mulut ku ini.” kata sang kancil sambil menahan
masam.
Sang kancil pun berlari dari tempat santapannya dan bergegas untuk
mencari punca air dan dia pun terfikir untuk ke batang sungai yang
mengalir berdekatan dengan tempatnya… “Mana pula punca air yang
boleh diminum. "Aku baru teringat bahawa ada sebatang sungai yang
mengalir dekat-dekat sini.” katanya.
Tanpa melengahkan masa lagi dan berfikir panjang kancil
pun bergegas ke batang sungai tersebut. Namun tidak
diketahui bahawa ada bahaya yang menantinya.
Bersambung...
BAB 2
Setelah beberapa larian dari langkahan kaki kurusnya itu sang kancil pun
sudah sampai di tebing sungai tersebut. Dengan kelegaan hati dia pun
menghampiri tebing sungai untuk diminum beberapa tegukkan air untuk
meredakan rasa masam yang terbit dari dalam mulutnya dari tadi. “Dah
sampai pun akhirnya. Masa untuk ku minum.” kata sang kancil. Dia pun
meminum air sungai tanpa menghiraukan ketenangan air sungai.
Namun, jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Tatkala sang kancil
sedang asyik minum air sungai tersebut rupa-rupanya gelagatnya itu sedang
diperhati oleh sepasang masa yang tajam tepat memandangnya dari
tengah sungai. Mata itu pun berkelip-kelip dan pada masa yang sama juga
semakin menghampiri lokasi sang kancil. Sepasang mata itu pun semakin
dekat dan dekat lalu tiba-tiba hilang tenggelam ke dalam air setelah
diperasani oleh sang kancil.
Namun, sang kancil tidak mempedulikannya dan beranggapan
berkemungkinan hanyalah benda-benda asing yang hanyut. “Eh, apa benda
tu? Mungkin kayu atau ranting agaknya. Lantaklah. Rasanya aku pun dah
banyak minum ni. Masa untuk aku beredar kerana takut-takut aku diperasani
oleh haiwan pemangsa lain.” katanya.
. Sang kancil pun berpusing untuk beredar dan secara tiba-tiba ada kaki
kanannya disambar oleh dan digigit oleh sebuah mulut yang besar dan kuat.
Dalam masa itu juga kocakan air yang melompat ke atas sewaktu
penyambaran berlaku sangat besar seakan-akan makhluk yang melompat
keluar dari air itu amatlah besar. Rupa-rupanya sang buaya yang berbadan
besar dan bersisik yang telah menyambar kaki sang kancil. Situasi ini
menyebabkan sang kancil terkejut dan tergamam senyap seribu bahasa.
.Dalam masa itu juga kocakan air yang melompat ke atas sewaktu
penyambaran berlaku sangat besar seakan-akan makhluk yang melompat
keluar dari air itu amatlah besar. Rupa-rupanya sang buaya yang berbadan
besar dan bersisik yang telah menyambar kaki sang kancil. Situasi ini
menyebabkan sang kancil terkejut dan tergamam senyap seribu bahasa.
Sang buaya pun berkata dengan gelak yang besar sambil
menggigit dengan kuat kaki kanan sang kancil,
“HAHAHAHAHA akhirnya dapat juga aku menangkap kau
wahai sang kancil yang lagi bijaksana namun kau bukanlah
yang haiwan yang peka.” kata sang buaya dengan
berlagak. “Nampaknya habislah riwayat kau di tangan aku
dan dapat aku membanggakan diri bercerita kepada
penghuni rimba yang lain bahawa akulah yang telah
memakan engkau wahai sang kancil. Lagipun sudah
berhari-hari aku tidak makan dan perut aku sangatlah lapar
dan sungguh bertuah aku pada hari ini kerana rezekiku yang
datang sendiri kepadaku. Takkan aku lepaskan kau wahai
sang kancil.” katanya lagi dengan nada keriangan.
. Kata sang buaya lagi, ”Daripada kau sampai ke tebing aku
sudah pun memerhati kau dengan penuh sabar dan
menunggu waktu yang sesuai sahaja untuk bertindak
HAHAHAHAHA.” .
Saat itu juga barulah sang kancil sedar bahawa perkara yang
disedarinya tadi adalah sang buaya dan bukannya benda-benda
yang disangkanya.”Ohh engkau rupanya yang aku perasan tadi…
bukanlah dahan atau ranting-ranting kayu yang hanyut. Nampaknya
aku sudah tersalah sangka dan tersilap percaturan.
“Kau…kau memang hebat sang buaya kerana dapat menangkap ku
pada hari ini. Sememangnya hari ini memang hari malang ku wahai
sang buaya.” kata sang kancil dengan perasaan yang sedih dan
bercampur baur.
Namun tatkala sang buaya sedang berkata-kata dengan riang dan bongkak
hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sahaja oleh si kancil kerana dia
sedang cuba memikir idea-idea atau tipu muslihat yang dapat menipu sang
buaya untuk meloloskan diri dari gigitannya sambil melihat sekeliling.
Sang kancil pun telah terpandang sebatang kayu yang seakan saiz
dan sama bentuk dengan kaki kurusnya itu. Akhirnya dia pun sudah
mendapat idea bagaimana untuk meloloskan diri dari gigitan maut
sang buaya itu. “Macam mana ni untuk aku melepaskan diri. Apa
benda yang boleh aku lakukan sekarang...ahaaaa sebatang kayu.
Kelihatannya juga lebih kurang sama seperti kaki kiriku. Nampaknya
akan ku patahkan kebongkakan kau wahai sang buaya sebentar lagi,
Harap-harap berjayalah.” kata sang kancil secara bermonolog.
Bersambung...
BAB 3
Setelah puas sang buaya berkata-kata dengan
angkuh. Sang buaya pun berkata, “Puas sudah aku
berkata-kata untuk membangga diri. Aku pun tidak
ingin melengahkan masa lagi sedangkan perut ku
pun sudah berkeroncong bak irama lagu dan
kasihan juga kepada kau wahai sang kancil kerana
menunggu lama sambil mendengar omelan ku
tadi. Kau pun tidak sabar untuk masuk ke dalam
perut yang agak kempis ini kan? HAHAHAHAHAHA.
Lagipun orang haus diberi air, orang lapar diberi
nasi. Aku sudah dapat apa yang aku ingini
HAHAHAHAHA”. kata sang buaya lagi.
Sang kancil yang mendengar kata-kata sang buaya itu pun
sudah risau dan ketakutan serta hanya mampu menelan air liur
sahaja. Tanpa basa-basi lagi nampaknya rancangan untuk
sang kancil melepaskan diri perlu dimulakan sebelum dia
menjadi santapan sang buaya yang angkuh itu.
Sang kancil pun berkata terus kepada sang buaya, “Eh eh,
tunggu dulu wahai sang buaya. Jangan disesar gunung berlari,
hilang kabut tampaklah dia. Sebelum kau ingin meratah daging
ku yang berisi ini aku ingin membuat satu permintaan yang
terakhir, bolehkah wahai sang buaya yang lagi kan hebat dan
bijaksana?
Sang buaya pun menjawab dengan nada yang sedikit mendengus, “Hah
apa dia permintaan terakhir kau ni. Baik cepat sikit cakap sebab aku
memang betul betul tidak sabar untuk memakan kau. Kau ni banyak
songehlah sang kancil.”
Sang kancil pun merayu kepada sang buaya, “Maaflah wahai sang
buaya, permintaan terakhir aku mudah sahaja untuk ditunaikan.” Sang
buaya pun mencelah, ”Apa dia!”
Sang kancil menyambung kata lagi, Permintaan terakhirku adalah…
Melihat hujan sangatlah lebat,
Sangat sejuk terkokol kaku,
Wahai sang buaya yang hebat,
Bolehkah engkau menggigit kaki kiriku?
Untuk memulakan santapan mu, mulakanlah
dengan bahagian kiri badanku iaitu kau hanya
perlu menggigit kaki kiri ku sahaja dan
melepaskan gigitan pada kaki kanan ku Itu
sahaja permintaan terakhir aku dan selamat
menjamu selera wahai sang buaya.
Sang buaya pun menjawab dengan gelak tawa,
“HAHAHAHA apa ke pelik sungguh permintaan terakhir
engkau sang kancil tetapi kalau itulah hajat atau
permintaan engkau akan aku tunaikan dengan hati
yang terbuka dan senang hati untuk aku melakukannya
HAHAHAHA.”
Sang buaya tidak mengesyaki atau Tanpa melengahkan masa lagi sang
menyedari langsung dengan helah kancil pun menyuakan kaki kirinya yang
yang sedang dimainkan atau yang kurus itu yang sebenarnya dia sedang
sudah pun dirancang oleh sang menolak sebatang kayu yang
kancil untuk melepaskan dirinya dijumpainya ke depan mulut sang
kerana asal berisi tembolok senang buaya yang besar itu. Tanpa menunggu
hati ditambahkan pula dengan masa lagi, sang buaya terus menerkam
ketidaksabaran nafsu makan sang dan menggigit batang kayu itu yang
buaya itu. dianggapnya sebagai kaki kiri sang
kancil setelah dia melepaskan kaki
kanan sang kancil dari gigitan mautnya.
Setelah kaki kanan sang kancil terlepas
dari gigitan sang buaya tanpa lengah-
lengah lagi sang kancil pun berdiri dan
terus membuka langkah seribu menjauhi
sang buaya. Sang buaya yang baru
menyedari helah dan tipu daya sang kancil
tergamam dan terkejut. Barulah kini dia
menyedari bahawa sangkaan atau
anggapan kaki kiri kancil yang digigitnya
itu hanya sebatang kayu yang saling tak
tumpah sama dengan kaki kiri kancil yang
kurus itu.
Sang buaya pun menggigit kayu itu sehingga
patah dua dan dengan perasaan yang marah
dan kecewa berkata kepada sang kancil,
“Hah apa dia, ini hanyalah sebatang kayu yang
sekilas pandang seperti kaki kau sahaja, sang
kancil. Aku sekarang ini seperti tercucuk mata.
Tak guna betul sang kancil. Macam mana aku
boleh tertipu lagi seperti sebelum-sebelum ini.
Bagai sudah di kecek dikecong pula.”
Sang kancil dengan gelak
tawa nya berkata kepada sang
buaya, “HAHAHAHHAHAHA nampaknya
kau sudah pun tertipu wahai sang
buaya. Bukan ke tadi kau angkuh dan
bongkak kerana sudah mendapat aku.
Takkan buaya yang hebat dan
bijaksana seperti kau pun boleh tertipu
dengan tipu helah biasa yang aku
mainkan. HAHAHAHAHA. Apa? Kau
ingin memakan ku...hanya angan-
angan Mat Jenin sahaja lah wahai
sang buaya.”
Sang buaya hanya mampu terdiam dan Kalau ada sumur di ladang,
menahan marah geram dari kata-kata Boleh kami menumpang mandi,
herdikan yang dilemparkan kepadanya dari Kalau ada umur yang panjang,
sang kancil yang bijaksana itu. Nampaknya
usahanya hanya sia-sia sahaja. Boleh kita berjumpa lagi.
Sang kancil pun berkata lagi, “Sudahlah buaya
aku pun dan minum dan aku pun dah
melepaskan diri dari mulut kau yang besar lagi
hodoh itu…rasanya tiada lagi sebab untuk aku
berada di sini sambil bersama kau yang
sebentar tadi cuba untuk memakan ku.
Sudahlah, aku pergi dahulu ya sang buaya."
kata sang kancil dengan keriangan dan
berpantun.
Tapi sebenarnya tak ingin lah untuk Sang buaya menjerit dengan kuat, “Tak
berjumpa dengan kau lagi. guna kau sang kancil! Kau tunggulah
HAHAHAHAHAHA selamat tinggal buaya.” sang kancil, hari ini hari engkau, esok
Sang kancil pun berlari pergi dari situ lusa hari aku pula. Kau ingat kancil,
meninggalkan buaya keseorangan ada ubi ada batas, ada hari akan ku
ditemani masih dengan perasaan balas!...Kancil!"
marah dan geram. Sang buaya yang
baru sahaja terlepas makanannya itu
hanya mampu mengetip bibir. Walau
bagaimanapun sang buaya terpaksa
akur kerana tiada apa lagi yang mampu
untuk dilakukan tatkala sang kancil
sudah hilang di sebalik semak samun
rimba.
Sekarang yang hanya mampu dia lakukan adalah kembali ke
dalam air dan menunggu tidak tahu berapa lama masa lagi
untuk mangsa yang seterusnya dalam keadaan kebuluran.
Sang kancil yang berlari jauh dari penglihatan sungai berasa
gembira kerana takdirnya menentukan untuk dia hidup lebih
lama lagi. Namun begitu, malang tidak berbau. Ada sahaja
bahaya yang sedang menantinya di tengah-tengah hutan
belantara itu.
TAMAT