JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL O.R.A.N.G.E Penasihat: Datu Dr Haji Azhar bin Haji Ahmad Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Pengerusi: Tuan Haji Mostaffa bin Haji Sidik
Ketua Editor: Haji Mostaffa bin Haji Sidik Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Editor: Donny Wong Siong Hing Kaunselor Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit Ellan Balang Lau Chui Hsiang Kaunselor Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu Josue Ting Sia Hing Kaunselor Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Meradong Evelyn Kong Yuk Liang Kaunselor Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Sibu Panel Penulis Modul: Donny Wong Siong Hing Kaunselor Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit Josue Ting Sia Hing Kaunselor Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Meradong Syahrun bin Yahya Kaunselor Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Miri Ellan Balang Lau Chui Hsiang Kaunselor Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu Evelyn Kong Yuk Liang Kaunselor Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Sibu Chong Yun Khiun Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Kwong Hua, Sibu Veronica Anak Peter Ballak Raggan Kaunselor Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Padawan Madelina Inum Anak Salipui Kaunselor Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan Correli Anak Nyobik Kaunselor Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Bau
ISI KANDUNGAN Muka surat 1. PENDAHULUAN 5-6 2. MATLAMAT 6 3. OBJEKTIF 6 4. KUMPULAN SASARAN 6 5. TEMPOH MASA 6 6. METODOLOGI 6 7. PENDEKATAN TEORI 7-8 8. O – OPTMIST 9-10 9. R – RATIONAL 10 10. A – ASSERTIVE 10-12 11. N – NEVER GIVE UP 12-13 12. G – GIVING 13-18 13. E – ESTEEM 18-20 14. AKTIVITI O.R.A.N.G.E 21-30 15. JADUAL PELAKSANAAN 31 16. RUJUKAN 32-33 17. LAMPIRAN GAMBAR 34-35
1. PENDAHULUAN Kesejahteraan psikologi dalam seseorang individu adalah sangat penting bagi mencapai kesejahteraan diri, kesejahteraan keluarga dan kesejahteraan di tempat kerja dalam era VUCA dan zaman norma baharu sekarang. Dalam era VUCA dan norma baharu, kesejahteraan psikologi individu sentiasa diuji dan dicabar dari segi kognitif, tingkah laku dan emosi. Individu sentiasa berdepan dengan perubahan atau situasi yang tidak dijangka atau di luar jangkaan. Sejauh mana kemampuan dan keupayaan individu bertindak atau memberi respon kepada perubahan dan situasi tersebut boleh menentukan kesejahteraan psikologi individu tersebut. Myers, Sweeney & Witmer (2000) menghuraikan kesejahteraan sebagai kemampuan seseorang mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan diri yang optimum merangkumi fizikal, mental dan spiritual yang diintegrasikan oleh individu untuk kehidupan yang berkualiti di dalam masyarakat. Levy & Guttman, (1975) pula menyatakan bahawa konsep ini boleh juga disebut sebagai kesejahteraan psikologi, kesihatan mental, penyesuaian subjektif, ataupun kebahagiaan. Ryff, (1995) melihat kesejahteraan psikologi apabila seseorang memperoleh kebahagiaan, kepuasan hidup dan tidak adanya gejala-gejala kemurungan. Bradburn, Norman dan Noll (1969) menyatakan kebahagiaan merupakan hasil dari kesejahteraan psikologi dan merupakan tujuan tertinggi yang ingin dicapai oleh setiap manusia. Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) telah mendefinisikan kesejahteraan psikologi sebagai kemampuan individu untuk menangani stres, mengelakkan konflik, meningkatkan ketenangan, merangsang motivasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih sejahtera dan kualiti dalam era VUCA dan norma baharu, maka lahirlah idea untuk menghasilkan satu modul khas bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi individu dari segi kognitif, tingkah laku dan emosi. Kewujudan modul khas ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesejahteraan individu malah juga dapat memperkukuhkan semangat kerjasama berpasukan dan ciri-ciri kepimpinan seseorang individu. Oleh yang demikian, modul khas yang dikenali sebagai Modul ORANGE telah dibina yang mana istilah bagi setiap akronim adalah seperti berikut: O – Optimist R – Rational A – Assertive N – Never give up G – Giving E – Esteem Konsep ORANGE dilihat sangat penting untuk difahami, dihayati, dipraktik dan dibudayakan dalam diri seseorang individu bagi mencapai kesejahteraan diri dari segi kognitif, emosi dan tingkah laku dalam norma baharu sekarang. Pelbagai jenis cabaran minda, perasaan dan kelakuan yang perlu dialami oleh individu setiap hari dalam hidup. Dengan memegang dan mempraktik konsep ORANGE, individu dapat mencegah dirinya daripada dibelenggu oleh isu psikologikal.
Dari segi aspek kesihatan, buah ORANGE merupakan sejenis buah yang kaya dengan vitamin C. Fungsi utama vitamin C adalah mendukung pertumbuhan dan pembaikan sel, meningkatkan daya tahan tubuh badan serta menjaga kesihatan kulit. Vitamin C ini sangat diperlukan untuk menguatkan sistem imunisasi badan seseorang manusia bagi mencegahnya daripada jatuh sakit. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Warna mempunyai hubungan dan karakter yang rapat dengan manusia. Warna memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan seseorang. Warna berkaitan dengan spectrum dan spectrum adalah gelombang yang dikesan oleh pancaidera manusia. Setiap warna mempunyai makna tersendiri dan dipercayai dapat mempengaruhi tindak tanduk seseorang itu. Warna oren melambangkan keceriaan, kehangatan, bersemangat, penuh dengan rasa social dalam persahabatan dan optimisme. Fasilitator yang mengendalikan modul ini terdiri daripada pakar-pakar terlatih dan berkemahiran dalam bidang kaunseling. Bersandarkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki, fasilitator berupaya membimbing peserta mencapai objektif Modul ORANGE untuk membuat perubahan kognitif, emosi dan tingkah laku bagi mencapai kesejahteraan psikologi. 2. MATLAMAT Mengukuh dan meningkatkan kesejahteraan psikologi individu. 3. OBJEKTIF 3.1 Memperoleh “insight” untuk melakukan perubahan kognitif, tingkah laku dan emosi ke arah positif. 3.2 Meningkatkan semangat kerjasama dalam pasukan. 3.3 Meningkatkan ciri kepimpinan seseorang individu. 3.4 Memanusiakan diri sendiri 4. KUMPULAN SASARAN Semua murid/pelajar/Guru/AKP Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. TEMPOH MASA 1 hari / 2 Hari (Ikut kesesuaian/keperluan) 6. METODOLOGI i. Aktiviti Dalam Kelompok Besar dan Kecil ii. Energizer iii. Perkongsian dan Perbincangan
7. PENDEKATAN TEORI Cognitive Behavioral Therapy Terapi kognitif tingkah laku (CBT) merupakan kombinasi matlamat terapi kognitif dan terapi tingkah laku yang telah diperkenalkan oleh ahli psikologi Aaron Beck dan Elbert Ellis dalam tahun 1960an. Terapi kognitif mengandaikan bahawa tingkah laku salah dan gangguan emosi merupakan hasil daripada bentuk pemikiran yang tidak rasional di mana seseorang bertindak berdasarkan pemikiran distorsi terhadap sesuatu situasi. Oleh itu ahli terapi kognitif membantu klien sedar cara berfikir mereka yang telah diamalkan dan menukar pemikiran tersebut melalui proses penstrukturan semula kognitif. Terapi tingkah laku juga dikenali sebagai modifikasi tingkah laku, melatih individu menggantikan tingkah laku yang tidak diingini kepada tingkah laku yang lebih positif. Terapi ini menekankan bahawa, sekiranya individu mengubah pemikiran, maka ia dapat mengubah tingkah lakunya. Terapi CBT percaya bahawa terdapat tiga komponen yang menyumbang kepada masalah psikologi iaitu tingkah laku, kognitif dan emosi seperti yang terdapat pada model di bawah: Terdapat tiga tahap pemikiran iaitu Pemikiran Negatif Automatik (Negative Automatic Thoughs - NATS), Andaian Tidak Berasas (Assumptions) dan Pemikiran Teras (Core Belief). Pemikiran negatif automatik adalah pemikiran yang spesifik yang masuk ke dalam pemikiran individu apabila berdepan dengan punca stres emosi seperti depresi atau anzieti. Pemikiran negatif automatik juga sering berlaku disebabkan oleh pencetus yang terhasil daripada peristiwa yang berlaku dalam diri atau di persekitaran. Andaian yang tidak berasas menjadikan individu menetapkan peraturan standard yang perlu dipatuhi. Manakala kepercayaan atau dikenali juga dengan skema berada pada tahap ketiga dan tahap pemikiran seseorang yang paling mendalam (deep). Pemikiran teras terbentuk daripada pengalaman awal didikan seseorang. Pemikiran teras mengorganisasikan struktur maklumat yang mengandung persepsi individu terhadap diri, orang lain, matlamat, jangkaan dan memori.
Terdapat 15 distori pemikiran manusia iaitu penapisan negatif, generalisasi melampau, pemikiran hitam putih, membaca pemikiran, personalisasi, memperbesarkan sesuatu keadaan, meramal masa depan, pembesaran atau pengecilan pemikiran, harus/mesti, pengecualian positif, melabel, menyalahkan orang lain, konsep perubahan yang salah dan tanggapan ganjaran yang salah. CBT merupakan terapi yang sangat berstruktur yang merupakan rawatan berasaskan bukti yang mensasarkan kepada masalah semasa klien. Rational Emotive Behavior Therapy Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) mengandaikan bahawa manusia dilahirkan dengan potensi yang baik dan rasional serta berfikiran tidak rasional dan negatif. Rational Emotive Behavior Therapy secara umumnya bermula dengan sistem kepercayaan dalam diri klien yang memberi kesan ke atas emosi dan tingkah laku klien yang pada kebiasaanya bersifat negatif. Amir Awang (1997) menyatakan, klien berfikir, berperasaan dan bertindak secara serentak. Perkaitan yang begitu signifikan menyebabkan jika salah satu sahaja yang menerima gangguan maka yang lain akan terlibat bersama. REBT boleh diaplikasikan dengan jayanya terhadap kanak-kanak dan remaja atau dewasa untuk menangani masalah kemurungan, kebimbangan, kekecewaan, kesempurnaan, gangguan obsesif kompulsif, tekanan (Ellis, 2003), estim kendiri, lokus kawalan (Omizo, 1986), gangguan emosi (Banks, 2006), masalah pembelajaran, dan pencapaian akademik (Ellis & Wilde, 2002; Hajzler & Bernard, 1991). Selain itu, pendekatan REBT juga sesuai digunakan untuk mengatasi masalah kemurungan kerana ia menjejaskan keadaan fizikal remaja seperti sakit kepala, sakit dada dan merasa sakit pada seluruh anggota badan (Filani, 1984). Terapi REBT adalah untuk membantu individu menanggani gangguan emosi yang serius berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan dan perasaan yang dialami apabila seseorang itu mempunyai masalah (Knaus, 2001). Teknik-teknik REBT boleh dibahagikan kepada 3 komponen utama iaitu Teknik Kognitif, Teknik Emotif dan Teknik Tingkah Laku. Setiap komponen mempunyai teknik yang lebih khusus untuk dipraktikan.
8. O – Optimist Seorang optimis adalah orang yang ciri utamanya adalah keyakinan terhadap hasil positif semua peristiwa. Untuk hidup, dia berusaha untuk merawat dengan lebih mudah, tidak melampirkan kepentingan kepada perkara-perkara kecil atau yang membawa negatif. Mengikut beberapa kajian, orang yang optimistik lebih sihat dari segi fizikal, mereka mempunyai imuniti yang tinggi, penyakit psikosomatik dilalui oleh mereka. Orang seperti itu dapat mewujudkan hubungan mesra dengan cepat dan mengekalkan hubungan, dan kehadiran aktiviti sosial secara langsung mempengaruhi pemeliharaan kesihatan mereka. Apakah maksud optimis perkataan? Kata optimis menyerupai istilah Latin "optimus", yang dalam terjemahannya seperti "yang terbaik." Iaitu, seorang optimis adalah orang yang yakin bahawa semua masalah dapat dijumpai sebagai penyelesaian terbaik bagi seseorang, anda tidak perlu kehilangan kepercayaan, menjadi positif dan semuanya akan berubah dengan sempurna. Seorang optimis adalah orang yang benar-benar ditembusi oleh positif. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, Optimis didefinisikan Individu yang selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu perkembangan dan kemungkinan. Selalu melihat sesuatu masalah dan lain-lain dengan jangkaan atau harapan baik. 5 fakta tentang Optimis adalah seperti berikut: 1. Optimis hidup lebih lama 2. Optimis mempunyai hidup yang lebih baik 3. Optimis adalah lebih berjaya 4. Optimis kurang ambil cuti sakit 5. Optimis bangkit semula dengan lebih cepat dan kuat Dari perspektif Islam, Profesor Madya Dr Huzili Hussin ialah Ketua Pusat Kecemerlangan Inovasi dan Kelestarian Sosial (COESIS) Universiti Malaysia Perlis menyatakan bahawa Pemikiran positif adalah berkaitan dengan bersangka baik. Namun jika berprasangka buruk, Nabi SAW telah bersabda: “Berhati-hatilah terhadap prasangka, kerana sesungguhnya prasangka adalah anggapan yang paling dusta, dan janganlah mendengar aib saudaranya, mengintai-intai, saling benci, saling membelakangi dan saling marah. Jadilah hamba ALLAH yang bersaudara.” (Hadis Riwayat Bukhari). Ahli Psikologi Martin Seligmen, Bapa pengasas kepada psikologi positif telah membuat analisis terhadap pasukan sukan dan mendapati bahawa pasukan sukan yang optimis menghasilkan lebih sinergi positif dan berpretasi lebih baik berbanding dengan mereka yang pesimistik. Banyak kajian telah menunjukkan individu yang optimis dapat mengekalkan kesihatan fizikal berbanding dengan pesimistik. Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa terapi kognitif yang melibatkan reframing proses pemikiran seseorang adalah lebih berkesan daripada ubat antidepression. Individu yang optimis cenderung mendapat tekanan yang rendah berbanding dengan individu yang pemistik. Tujuan aktiviti Optimis adalah untuk individu peka dan sedar tentang kewujudan fikiran, emosi dan tingkah laku yang negatif dalam diri individu. Kesedaran yang wujud boleh
mendorong individu celik akal dan mengambil tindakan untuk mengamal atau mempraktik fikiran, emosi dan tingklah laku yang lebih positif dalam hidup seharian. Individu juga dapat menerima kelemahan diri dan berusaha untuk memperbaiki diri serta mencapai penyempurnaan kendiri. 9. R – Rational Hubungan akal dikenali sebagai rasional. Istilah rasional digunakan sebagai kata sifat untuk menggambarkan seseorang yang dikurniakan akal, iaitu, dia adalah individu yang beralasan, bertindak mengikut akal. Perkataan rasional berasal dari bahasa Latin "rationalis". Rasional adalah ciri yang menggambarkan manusia dan membezakannya dengan haiwan, kerana manusia adalah satu-satunya yang mempunyai kemampuan manusia untuk berfikir, memahami, menilai dan bertindak di bawah prinsip-prinsip tertentu yang membantunya mencapai faedah atau objektif. Merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Rasional bermaksud alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan dan pegangan. Kepercayaan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia yang boleh menunjukkan kebahagiaan dan kegembiraan seseorang. Nalini et al. (2015) kepercayaan boleh dibahagikan kepada kepercayaan yang negatif atau positif serta kepercayaan yang rasional atau tidak rasional. Kajian terdahulu oleh Ellis (1962) telah menyatakan bahawa, manusia mempunyai kecenderungan secara semula jadi untuk berfikiran sama ada secara rasional ataupun tidak rasional. Kepercayaan rasional manusia boleh dibangunkan seawal usia bermula zaman kanak-kanak hingga dewasa supaya individu tersebut boleh diterima oleh orang lain. Kepercayaan yang rasional merupakan kesan daripada pemikiran yang realistik dan fleksibel manakala kepercayaan tidak rasional merupakan sesuatu yang tidak mempunyai sokongan logikal, empirikal dan pragmatik (Ellis, 1970). Kepercayaan tidak rasional boleh mendorong kepada pemikiran, emosi dan tingkah laku yang memberikan kesan negatif sehingga merosakkan diri serta secara signifikannya boleh mengganggu kehidupan seharian seseorang individu dan juga kebahagiaan orang lain yang berada dalam lingkungan individu terbabit. Tujuan aktiviti Rasional adalah untuk merasionalkan fikiran, emosi dan tingkah laku individu. Individu berupaya untuk mengubah sistem kepercayaan yang mana fikiran, emosi dan tingkah laku yang tidak rasional kepada rasional dan positif. Fikiran, emosi dan tingkah laku yang rasional dapat menjamin kesejahteraan psikologi seseorang individu. 10. A – Assertive Dalam hidup bermasyarakat, masalah perhubungan dan konflik tidak dapat dielakkan sama ada dalam rumahtangga, tempat kerja malah di tempat ibadat pun wujudnya masalah perhubungan. Gangguan emosi boleh wujud dengan segera disebabkan daripada masalah perhubungan. Kepelbagaian kelakuan dan perbezaan kelakuan ini tidak seharusnya mempengaruhi kita mengikut jejak orang lain terutama kelakuan pasif dan agresif.
Asertif adalah dari perkataan Inggeris 'assertive', yang diberi makna dalam kamus English-Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka adalah sebagai "menyatakan, menegaskan atau menuntut". Sementara Webster's Third International Dictionary memberi penerangan "assert" bermakna "to state or affirm positively, assuredly, plainly or strongly." Asertif juga ketegasan adalah kualiti keyakinan diri dan yakin diri tanpa bersikap agresif. Dalam bidang psikologi dan psikoterapi, ia adalah kemahiran yang dapat dipelajari dan cara komunikasi. Kamus Perubatan Dorland mendefinisikan ketegasan sebagaisatu bentuk tingkah laku yang dicirikan oleh pernyataan yakin atau penegasan pernyataan tanpa memerlukan bukti; ini menegaskan hak atau sudut pandang seseorang tanpa mengancam hak orang lain secara agresif (dengan menganggap kedudukan dominasi) atau dengan tegas membenarkan orang lain untuk mengabaikan atau menolak hak atau sudut pandang seseorang. Ketegasan adalah kemahiran komunikasi yang dapat diajar dan kemahiran komunikasi asertif dipelajari dengan berkesan. Menurut Bandura (1977), sifat ketegasan diri membolehkan seseorang berpuas hati dengan tingkah lakunya dan masyarakat akan menghormatinya. Manakala mengikut Martin dan Pear (1978), tingkah laku asertif merupakan sesuatu perlakuan bagi individu melahirkan perasaan serta keperluannya kepada orang lain dengan lebih jelas. Menurut Allan (1989) dan Zuker (1989), tingkah laku asertif memungkinkan seseorang individu melakukan sesuatu perlakuan mengikut cara yang paling disukai. Ia juga mengemukakan sesuatu secara sendiri tanpa sebarang kerisauan dan melahirkan perasaan kejujuran dengan selesa. Selain dari itu, Martin dan Pear (1978), Devito (1980) dan Huczynski (1983), mengatakan tingkah laku asertif sebagai suatu pengharapan tinggi seseorang dalam perundingan dengan orang lain dan mengharapkan tindak balas yang sewajarnya tanpa menyakiti perasaan. Tingkah laku asertif juga boleh membantu seseorang menghilangkan rasa malu, sedih dan selain itu juga tingkah laku asertif melibatkan kemampuan seseorang menyatakan perasaannya kepada orang lain sama ada berbentuk positif atau negatif dengan cara yang sesuai di samping menghormati hak-hak orang lain. Bloom (1975), menyatakan bahawa yang dimaksud asertif adalah usaha individu untuk berkomunikasi secara langsung dan jujur, dan menentukan pilihan tanpa merugikan atau dirugikan oleh orang lain. Tingkah laku asertif ini biasanya bersifat jujur, secara langsung, dan meningkatkan harga diri. Pengertian ini sama dengan pendapat yang dinyatakan oleh Winship (dalam Solomon & Rothblum, 1985), yang menggambarkan tingkah laku asertif sebagai menzahirkan diri secara jujur namun tanpa melanggar hak orang lain atau seperti yang dikemukakan Elliot dan Gramling (dalam Tomaka, 1999), bahawa individu yang asertif akan dapat menstruktur komunikasi pada fikiran dan perasaan secara efektif namun dengan tetap menghargai fikiran dan perasaan orang lain. Cawood (1987), menyatakan bahawa asertif menggambarkan adanya pengekspresian fikiran, perasaan, keperluan atau hak-hak yang dimiliki seseorang yang bersifat langsung, jujur dan sesuai, tanpa adanya keperluan yang tidak berasas, namun juga disertai adanya kemampuan untuk dapat menerima perasaan atau pendapat orang lain dan dengan tidak mengingkari hak-hak mereka dalam meluahkan fikiran dan perasaannya.
Asertif adalah sikap mampu berkomunikasi dengan jujur dan tegas, namun tetap menghargai dan menjaga perasaan orang lain. Sikap ini penting untuk dimiliki banyak orang. Namun, sikap ini tidaklah muncul dengan sendirinya, melainkan harus dibentuk dengan proses pembelajaran dalam kehidupan sehari-hari. Tingkah laku asertif adalah ciri-ciri personaliti yang amat diperlukan untuk membantu diri untuk mengharungi cabaran hidup yang kompleks (Demirbilek & Otrar, 2015). Sikap asertif adalah berlawanan dengan sifat agresif dan sikap pasif. PERBEZAAN TINGKAH LAKU AGRESIF, ASERTIF DAN PASIF TINGKAH LAKJ HAK OK MENANG KALAH Agresif Utama hak sendiri Ketepi hak orang lain Saya ok Anda tidak ok Saya menang Anda kalah Asertif Utama hak sendiri Hormati hak orang lain Saya ok Anda ok Saya menang Anda menang Pasif Ketepi hak sendiri Utama hak orang lain Saya tidak ok Anda ok Saya kalah Anda menang Tujuan aktiviti Asertif adalah untuk melahirkan perasaan dan tindakan seseorang individu secara jujur, berterus terang dan ikhlas tanpa mencabuli batas-batas hak orang lain. Dengan erti kata, individu menghormati diri dan dalam masa yang sama menghormati orang lain. Individu bertindak dalam sempadan hak, mengawal diri dan tidak membenarkan orang lain mengawal dirinya. Individu tidak campur tangan dalam sempadan hak orang lain. Di samping itu juga, individu dapat membendung emosi negatif dalam diri dan orang lain yang mana dia berkebolehan untuk membuat “pelaburan” emosi yang positif kepada diri sendiri dan juga orang lain. Pada masa yang sama, individu juga boleh meningkatkan nilai diri dan mampu memimpin diri dan orang lain serta tidak mudah dimanipulasikan oleh orang lain. 11. N – Never give up Kehidupan di dunia ini banyak pancarobanya. Yang penting adalah kita tidak mudah untuk putus asa. Semua orang pernah mengalami onak dan duri dalam kehidupan, melakukan kesilapan sama ada besar atau kecil. Setiap kesilapan yang kita lakukan akan menjadi guru terbaik untuk mengajar kita erti dan makna kehidupan ini. Never give up dalam Urban Dictionary adalah sentiasa berusaha dan mencuba. Tidak putus asa istilahnya apabila diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka, putus asa didefinisikan sebagai habis atau hilang harapan dan tidak ada harapan lagi. Tidak putus asa adalah sentiasa berprasangka baik, menaruh harapan dan tidak mudah patah semangat dalam mencapai apa matlamat yang diingini. Individu yang tidak mudah putus asa akan sentiasa berusaha dahulu dan bukannya terus mengalah tanpa usaha. Manfaat bersikap tidak putus asa adalah seperti berikut: 1. Menjadikan diri lebih optimis. Jika suatu yang kita kerjakan dengan penuh semangat dan juga tanpa berputus asa, maka pribadi kita akan menjadi lebih optimis terhadap sesuatu
kerana terbiasa melakukan sesuatu dengan semangat dan dengan sikap tidak cepat putus asa. 2. Sentiasa bersyukur dan sabar. Perkara yang baik akan datang kepada mereka yang bersyukur serta bersabar dalam rajin berusaha. Antara sebab kita berputus asa apabila kita inginkan sesuatu dalam jangka masa yang singkat, namun kita kena ingat bahawa kejayaan tidak akan datang bergolek macam itu sahaja tanpa kita berbuat apa-apa. 3. Menjadikan kegagalan sebagai satu cabaran. Jika kita sering berfikir akan masalah yang tidak mendatangkan sebarang manfaat, ia boleh mengurangkan daya keyakinan diri kita sendiri. Jadikan sesuatu kegagalan kita itu sebagai satu cabaran dan fikirkan cara bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut untuk terus maju kehadapan. 4. Sentiasa move on. Individu menghadapi sesuatu perkara atau peristiwa yang tidak dapat dielak dengan tabah dan bina kembali kekuatan untuk terus maju ke hadapan atau move on. 5. Menjadikan diri lebih bertanggungjawab. Jika kita melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan tanpa berputus asa sampai akhir, maka sikap seperti ini akan memupuk peribadi kita menjadi lebih bertanggungjawab akan suatu hal atau kegiatan yang sedang dilakukan. Tujuan aktiviti Never give up adalah untuk memberi dorongan dan galakkan kepada individu untuk sentiasa berusaha dalam apa jua keadaan atau situasi yang dialami olehnya. Hasilnya sama ada berjaya atau gagal bukanlah fokus utama tetapi yang penting adalah menghayati apa yang dialami dan dipelajari sepanjang proses tersebut. 12. G – Giving The Free Dictionary mengatakan giving adalah affectionate and generous where one's feelings are concerned iaitu perasaan seseorang yang mengambil berat tentang sikap menyayangi dan pemurah. Selain itu, giving juga bermaksud given or giving freely iaitu diberi atau memberi secara percuma. 15 faedah Memberi menjelaskan mengapa ia penting. Memberi menjadikan dunia tempat yang lebih baik untuk didiami. Anda akan menyedari nilai diri anda dan orang di sekeliling anda. 15 faedah memberi dinyatakan di bawah, yang mungkin membuatkan anda berkongsi dan melakukan amal sebanyak yang anda boleh. a. Memberi Membahagiakan Anda Orang yang memberi lebih bahagia kerana mereka mempunyai tujuan hidup. Mereka berhubung dengan orang lain akan menpunyai rasa harga diri yang lebih tinggi. Melalui cara berkongsi perkara yang mereka ada dengan orang lain dapat menjadikan mereka orang yang boleh dipercayai. Mereka berasa gembira apabila mereka membantu orang yang memerlukan bantuan. Mereka dapat melihat seseorang dalam kesusahan dan menghadapi sebarang masalah kewangan. Kemudian mereka tidak akan berasa tenang melainkan mereka membantu orang yang berada dalam kesusahan tersebut. Selepas memberi bantuan kepada individu yang
memerlukannya, mereka akan rasa lebih dihargai dan berbaloi serta mempunyai kepuasan hidup yang lebih tinggi. b. Pemberian Membantu Anda Membangunkan Perhubungan Tindakan memberi boleh mengeratkan hubungan anda dengan orang lain dengan mewujudkan perasaan positif dalam diri mereka terhadap anda. Individu yang suka beramal cenderung mempunyai sifat lebih mengambil berat. Mereka berasa bebas untuk berkongsi barangan mereka dan juga ruang peribadi mereka dengan orang lain. Keperibadian mereka sebegini menjadikan mereka pasangan yang baik. c. Memberi Meningkatkan Kesihatan Anda Terdapat banyak faedah untuk memberi, terutamanya untuk kesihatan anda. Ia boleh mengurangkan tahap tekanan melalui penyahmampatan yang berlaku apabila memikirkan tentang orang lain. Ia membebaskan serotonin dan oksitosin, yang merupakan hormon rasa baik. Ia mengurangkan tekanan darah anda dan meningkatkan dopamin untuk menjadikan anda lebih bahagia. Memberi juga telah dibuktikan melalui kajian bahawa dapat meningkatkan sistem imuninsasi badan dan membawa emosi positif. d. Pemberian Membuat Anda Merasa Baik Tentang Diri Anda Memberi juga menyebabkan orang lain lebih menyayangi dan menghormati anda. Ia menunjukkan bahawa anda seorang yang prihatin dan mempunyai empati terhadap orang lain. Apabila anda mendapati orang lain menganggap anda boleh dipercayai, ia membuatkan anda berasa baik tentang diri anda. e. Memberi Memanjangkan Usia Anda Kajian yang dijalankan oleh seorang profesor di Sekolah Perubatan Universiti Exeter menunjukkan bahawa orang yang sukarela memberi hidup lebih lama daripada mereka yang tidak. Aspek sosial sukarela memberi untuk orang lain meningkatkan kesejahteraan diri kita. Oleh itu, ia dapat memanjangkan hayat dan mengurangkan tahap tekanan. f. Memberi Menurunkan Tahap Tekanan Apabila anda memberi kepada orang lain sama ada masa atau wang, anda membantu mereka dan menghilangkan kebimbangan mereka. Ia membuatkan anda berasa baik tentang diri anda. Ini bermakna tahap tekanan anda akan menurun. Hormon rasa baik yang dihasilkan dengan memberi dan beramal akan menurunkan tahap tekanan anda. g. Memberi Menyatukan Manusia Apabila anda melakukan sesuatu yang baik seperti berkongsi atau memberi, ia membawa orang ramai bersatu atau bergabung. Perbuatan memberi dapat memberitahu mereka bahawa kita semua berada dalam perkara ini bersama-sama dan kita harus menyokong satu sama lain. Apabila mereka memberi atau berkongsi, orang lain akan rasa lebih senang berhubung mesra dengan mereka. Orang ramai berasa bebas untuk berkongsi emosi mereka dengan anda kerana mereka tahu anda akan menghargai perasaan mereka. h. Pemberian Membolehkan Anda Menikmati Perkara Kecil Dalam Kehidupan Anda akan lebih menikmati sesuatu apabila anda berkongsi kerana perkongsian membantu individu menghargai perkara kecil dalam hidup. Contohnya, kawan, keluarga, cinta, dan
kebahagiaan. Apabila anda belajar untuk memberi apa yang anda ada kepada orang lain, anda akan lebih menghargai perkara yang anda ada. Ia membantu anda menikmati kehidupan kerana anda tidak memikirkan apa yang anda tiada. Sebaliknya, anda menghargai segala yang baik yang ada dalam hidup anda. i. Memberi Meningkatkan Harga Diri Anda Berkongsi dan memberi membuatkan anda berasa lebih berharga sebagai seorang manusia. Perbuatan memberi atau berkongsi boleh membantu anda mencapai impian anda. Anda meletakkan idea anda dalam tindakan yang membawa anda lebih dekat untuk menjalani kehidupan yang anda mahu. Anda kurang fokus pada perkara dan pemikiran yang remeh. Oleh itu, ia meningkatkan harga diri anda. Setiap kali anda melakukan sesuatu yang baik dan betul, ia akan meningkatkan keyakinan anda untuk menjadi individu yang lebih baik daripada sebelum ini. j. Memberi Membantu Anda Melepaskan Masa Lalu Apabila anda memberi, anda melepaskan kesilapan dan penyesalan masa lalu. Memberi adalah sesuatu yang positif untuk difokuskan yang membantu meredakan sebarang fikiran atau perasaan negatif yang akan membawa anda fokus kepada segala yang baik dalam hidup termasuk kelimpahan dan kemakmuran. k. Memberi Menjadikan Anda Lebih Bersyukur Orang yang memberi lebih bersyukur. Mereka tahu bahawa hidup ini singkat dan membawa bersamanya rahmat serta peluang baru. Berkat dan peluang ini boleh dikongsi dan diberikan kepada orang lain. Syukur adalah salah satu emosi yang paling kuat. Anda boleh berasa bersyukur kerana ia membawa anda kegembiraan, kepuasan, kedamaian, dan kasih sayang. Ini semua adalah emosi berkualiti yang mendorong kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup. Semakin banyak anda memberi, semakin anda rasa bersyukur atas perkara yang anda miliki. l. Pemberian Menjadikan Anda Lebih Menghargai Sesuatu Perkara Apabila anda memberi anda menghargai sesuatu perkara yang anda miliki. Apabila anda memberi, ia menjadikan perkara yang anda miliki terasa lebih istimewa kepada anda. Perkara itu menjadi berkat dalam hidup anda dan bukannya beban. m. Memberi Adalah Baik Untuk Komuniti Anda Orang yang memberi lebih terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Mereka secara sukarela, menghabiskan masa dengan jiran mereka dan mengambil minat orang di sekeliling mereka. Ini adalah baik untuk masyarakat secara keseluruhan kerana mengambil berat antara satu sama lain. n. Memberi Adalah Kunci Kehidupan Berjaya Kebanyakan orang mengagumi kejayaan tetapi hanya sedikit yang tahu bahawa untuk mencapai kejayaan, anda perlu banyak memberi. Memberikan masa, bakat dan tenaga anda kepada sesuatu yang lebih besar daripada diri anda. Berkongsi boleh menjadi sukar tetapi ia memberi ganjaran kerana bukan sahaja anda memberi, anda menjalani kehidupan yang anda inginkan untuk diri anda sendiri.
o. Pemberian Membuatkan Anda Rasa Lebih Puas Dan Tenang Apabila anda memberi, ia membuatkan anda berasa lebih puas dan aman dengan dunia. Apabila anda memberi kepada orang lain, ia mengingatkan anda tentang betapa baiknya kehidupan dan tujuan anda di planet ini. Memberi dapat membantu anda berasa lebih berhubung antara satu sama lain yang membawa kepada keadaan minda yang relaks dan gembira di mana kegembiraan, kasih sayang dan kedamaian dalaman seseorang individu. 6 sebab kenapa anda ingin terus Memberi. a. Memberi membantu orang lain. Jika anda diberkati dengan cara untuk menjalani cara hidup yang agak selesa (bermakna, jika anda boleh membaca ini), anda mempunyai keupayaan untuk memberi. Dunia di luar boleh menjadi tempat yang gelap, dan mereka yang mempunyai sedikit atau tiada bergantung pada kemurahan hati dan kasih sayang orang yang mempunyai semangat memberi. Apabila anda memberi kepada yang kurang bernasib baik, anda menambah kehidupan mereka - dan dengan menambah kepada mereka, anda juga menambah kehidupan anda. b. Memberi memberi inspirasi. Orang yang telah menerima kebaikan untuk membayarnya dan memberi kepada orang lain walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan. Mengekalkan kitaran pemberian menjadikan dunia tempat yang lebih baik dan lebih berperikemanusiaan untuk didiami. Jadi teladan yang baik untuk orang di sekeliling anda, terutamanya golongan muda yang berasa berhak menerima apa sahaja yang mereka inginkan. c. Memberi mengajar tanggungjawab. Apabila anda memberi, anda mungkin perlu berkorban. Jika anda merasakan keinginan untuk menderma untuk tujuan terdesak tanpa mengira kedudukan kewangan anda sendiri, anda belajar bagaimana untuk melakukan tanpa perkara tertentu supaya anda boleh membuat derma. Mungkin anda akan memantau tabiat perbelanjaan anda, atau anda akan lebih berjimat untuk bulan tersebut. Dan anda akan menyedari bahawa anda tidak memerlukan banyak dalam hidup anda untuk bahagia. d. Memberi memupuk nilai diri. Anda mungkin memberi atas sebab yang mementingkan diri sendiri - anda akan berasa gembira tentang diri anda. Walaupun begitu, kesan kebaikan anda terhadap orang lain adalah positif semata-mata dan anda berdua boleh menikmati kegembiraan yang diberikan kepada mereka yang telah anda bantu. Tidak ada salahnya berasa bangga dengan kemurahan hati anda dan menggunakannya untuk mendorong anda melakukan tindakan kebaikan pada masa hadapan. Memberi membuat anda gembira. Melihat senyuman, kesyukuran dan luahan harapan pada wajah orang yang anda baik hati membuat tindakan memberi berbaloi. Malah penyelidikan menunjukkan bahawa memberi membawa kepada kebahagiaan yang lebih besar bagi pemberi. Dalam banyak kajian, saintis mendapati bahawa mereka yang membelanjakan wang untuk orang lain
walaupun mereka mempunyai pilihan untuk membelanjakan wang itu untuk diri mereka sendiri adalah lebih bahagia. e. Memberi memang membawa perubahan. Tidak kira berapa banyak atau sedikit yang anda boleh berikan, anda mempunyai kuasa untuk menyentuh kehidupan orang lain dan anda boleh mempengaruhi mereka dengan cara yang anda mungkin tidak pernah sedar sepenuhnya. Memang mudah untuk bersikap sinis hari ini dan menganggap bantuan yang anda boleh tawarkan adalah kecil, tetapi ia hanya memerlukan sedikit isyarat kebaikan untuk mengubah kehidupan orang lain. f. Memberi adalah mudah. Terdapat begitu banyak yang boleh anda berikan. i. Anda boleh memberi masa anda. ii. Anda boleh memberikan kemesraan dan persahabatan anda. iii. Anda boleh memberikan telinga mendengar atau bahu untuk bersandar. iv. Dan, sudah tentu, anda boleh memberi secara material. Apa sahaja yang anda putuskan untuk berikan, ketahuilah bahawa semangat yang murni dan hati yang murah hati boleh menjadi jalan anda sendiri menuju kebahagiaan sebenar. Kita hidup dalam dunia di mana tidak semua orang bernasib baik seperti jiran mereka. Jika anda mampu, berikan kepada orang lain. i. Anda akan menyumbang untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik. ii. Anda akan menjadikan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik. iii. Dan anda juga akan mencerahkan jiwa anda sendiri. KAJIAN Memberi daripada menerima, membawa kepada kebahagiaan berkekalan (Giving, Rather Than Receiving, Leads To Lasting Happiness) Kajian New U.S. telah mendapati bahawa kebahagiaan berkekalan lebih lama dengan memberi kepada orang lain daripada menerima daripada orang lain. Kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi daripada University of Chicago Booth School of Business and Northwestern University Kellogg School of Management, kajian baharu yang melibatkan eksperimen bersiri untuk melihat antara memberi hadiah kepada diri sendiri atau orang lain, mana yang mendatangkan kebahagiaan yang lebih lama. Dalam satu kajian, 96 orang menerima $5 setiap hari selama 5 hari dan ditugaskan untuk membelanjakan duit tersebut ke atas diri sendiri atau orang lain. Ia dilakukan dengan meninggalkan duit dalam balang tip sesebuah café atau membuat derma secara dalam talian kepada kebajikan setiap hari. Mereka dikehendaki membelanjakan duit ke atas perkara yang sama setiap kali.
Keputusannya, dalam jurnal Psychological Science telah menunjukkan apabila mereka berulang kali memberi kebahagiaan kepada orang lain, kebahagiaan mereka tidak merosot dan pada hari kelima keseronokan yang mereka rasa dengan memberi kepada orang lain adalah sama kuat seperti pada hari pertama. Sebaliknya, bagi mereka yang membelanjakan duit ke atas diri sendiri telah dilaporkan penurunan kebahagiaan dalam tempoh 5 hari. Jika semua orang mula percaya bahawa apa yang mereka lakukan adalah penting. Sumbangan setiap orang, walaupun hanya sedikit, boleh mengubah dunia. Anda melihat semua usaha anda bekerjasama untuk mencipta sesuatu yang indah daripada perbezaan anda. Inilah sebabnya mengapa penting untuk memberi, berkongsi dan beramal apabila mungkin kerana anda tidak pernah tahu berapa banyak nyawa yang akan anda sentuh dengan perkongsian anda. Memberi akan mewujudkan persekitaran yang gembira dan bebas tekanan untuk didiami oleh semua orang. Pemberian akan membolehkan anda menghargai dan berasa bersyukur dengan perkara yang anda miliki. Tujuan aktiviti Giving adalah untuk memupuk individu untuk memberi peneguhan yang positif kepada diri sendiri dan juga orang lain. Melalui peneguhan positif, individu akan lebih bermotivasi untuk meneruskan perbuatan atau amalan yang baik. Amalan yang baik akan mewujudkan kebahagiaan atau keseronokan dan kepuasan diri yang berpanjangan dan menjurus kepada pembentukan budaya yang harmoni pada saban hari. 13. E – Esteem Esteem bermakud penghargaan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, Penghargaan adalah perihal atau perbuatan menghargai, penghormatan, penyanjungan terhadap sesuatu perkara. Peneguhan positif melalui kata-kata manis, sokongan dan pujian yang ikhlas akan membawa kepada harga diri yang lebih tinggi manakala sindiran, kata-kata kesat, kritikan dan kutukan akan merendahkan kendiri. Selain itu, Esteem juga boleh dikaitkan dengan pengiktirafan ialah perihal menerima (mengakui) dan menghargai, pengakuan dan penghargaan. Pujian dan sanjungan daripada diri sendiri atau orang lain sudah cukup memberi kepuasan kepada individu atas sumbangan atau jasa yang telah dicurahkan. Self-esteem adalah satu aspek yang dinilai penting dalam dunia psikologi. Dengan adanya self-esteem seseorang individu boleh lebih percaya dengan diri sendiri, mencintai diri, menghargai diri dan menerima kekurangan dan kelebihan diri sendiri. Selain itu, self-esteem adalah pemikiran, perasaan dan pandangan seseorang terdapat dirinya sendiri. Kesihatan self-esteem boleh ditentukan oleh seberapa yakin dan percaya dengan diri sendiri. Selfesteem atau harga diri berhubungan dengan martabat dan kehormatan seseorang. Memiliki self-esteem yang sihat dapat memengaruhi motivasi, kesejahteraan mental, serta kualiti hidup secara keseluruhan. Menurut Brandent (2005), Self esteem adalah keyakinan dari tindakan kita untuk menghadapi cabaran kehidupan. Self esteem adalah keyakinan untuk kita bahagia, perasaan berharga, serta kelayakan diri yang memungkinkan kita untuk menegaskan keperluan dan
menikmati hasil dari kerja kita. Tambunan (2001), Self esteem adalah sikap individu dalam penilaian dirinya sendiri yang diungkapkan dalam sikap positif maupun negatif. Self esteem berkaitan dengan bagaimana orang menilai dirinya sendiri dan akan mempengaruhi kehidupannya sehari-hari. Dariuszky (2004), Self esteem adalah cara seseorang merasakan dirinya, dimana seseorang tersebut menilai dirinya hingga mempengaruhi perilaku dalam kehidupan sehari-hari. Seseorang yang memiliki self esteem yang tinggi akan lebih menghargai dirinya sendiri, serta dapat mengetahui dan memperbaiki kesalahan yang ada pada dirinya. Maslow dalam (Alwisol, 2002), Self esteem adalah suatu keperluan yang memerlukan pemenuhan dan pemuasan untuk dilanjutkan ke tingkat keperluan yang lebih tinggi. Maslow membahagi dua jenis keperluan dalam self esteem iaitu penghargaan diri sendiri dan penghargaan dari orang lain. Blascovich dan Tomaka dalam (Coetzee, 2005), Self esteem merupakan evaluasi dari konsep diri, representasi yang lebih luas sehingga mencakup aspek kognitif dan behavior yang bersifat menilai dan afektif. Ciri-ciri self-esteem ini dibahagi kepada 2, iaitu ciri self-esteem sihat dan self-esteem rendah Sel-Esteem Sihat 1) Dapat menolak permintaan orang lain jika kamu merasa tidak ingin melakukannya. 2) Tidak selalu memikirkan pengalaman negatif pada masa lalu. 3) Dapat mengekspresikan keperluan diri. 4) Menerima kekurangan dan kelebihan diri sendiri. 5) Memiliki percaya diri yang tinggi. 6) Memiliki pandangan hidup yang positif. 7) Menghargai diri sendiri. 8) Mencintai diri sendiri. Self-Esteem Rendah 1) Percaya bahwa orang lain lebih baik daripada diri sendiri. 2) Selalu terpaku pada kelemahan diri sendiri. 3) Takut gagal dalam mencuba sesuatu yang baru. 4) Sukar untuk menerima pujian dari orang lain. 5) Lupa dengan diri sendiri dan selalu mendahulukan orang lain. 6) Sukar untuk menolak permintaan orang lain jika kamu tidak benar-benar ingin melakukannya. 7) Tidak percaya pada diri sendiri. 8) Selalu membandingkan kualiti diri sendiri dengan orang lain. Penghargaan kendiri yang positif bukan sahaja dilihat sebagai satu kriteria asas kepada peningkatan kesihatan mental, malahan ianya juga dilihat sebagai satu faktor pelindung yang menyumbang kepada tahap kesihatan diri yang lebih baik dan tingkah laku sosial yang positif (Mann et al., 2004). Bagi motivasi pula, iaitu self-esteem memainkan peranan yang penting dalam menentukan bagaimana seseorang individu memberikan pandangan terhadap dirinya sendiri. Pandangan yang diberikan boleh jadi positif ataupun negatif. Fokus utama yang biasanya diberikan adalah terhadap identifikasi dan ukuran kehendak atau keperluan.
Tujuan aktiviti Esteem adalah untuk mengenali lebih dalam diri kamu, cari tahu potensimu, dan cari tahu juga kekuranganmu. Kerahkanlah semua tenaga dan fikiran untuk mempelajari hal baru. Berhenti membandingkan diri dengan orang lain. Membandingkan dirimu dengan orang lain hanya akan membuat kamu tidak percaya diri dan menurunkan selfesteem. Individu menerima kelemahan diri iaitu memiliki kekurangan dalam diri adalah hal yang sangat wajar. Setiap kekurangan tentunya akan ada kelebihan lain dalam diri. Terimalah dengan lapang dada. Pelajarilah hal lain, gali terus potensi kamu agar kamu boleh menutupi kekuranganmu dengan kelebihanmu. Berdasarkan penelitian yang ada, 85% orang mengalami depresi, trauma, stress, dan hal ini sendiri dapat terjadi kepada siapa saja. Oleh sebab itu, sangat penting untuk dapat menerima diri sendiri dan mengelola emosi yang kita miliki. Melalui aktiviti Esteem, individu membina sifat positif dalam diri sendiri adalah hal yang wajib. Sebab seperti kata pepatah “apa yang kamu tanam, itulah yang kita tuai”. Ertinya dengan memiliki diri yang positif maka akan menghasilkan yang positif juga. Selalu memotivasi dirimu sendiri dengan hal-hal baik. Ini akan meningkatkan semangat dalam beraktiviti. Menjadi orang yang memiliki sifat positif tentunya akan memiliki hubungan yang positif juga.
AKTIVITI O.R.A.N.G.E ESTEEM Slot 1 Tajuk: I Love You Tempoh masa: 30 minit Bahan keperluan: Kertas A4, Lagu “Xi Shua Shua”, Lagu “I Love You” dan Telefon Bimbit. Cara Pelaksanaan: i. Fasilitator minta semua peserta tulis Nama, Gred dan Jawatan masing-masing dalam kertas yang diberi. Kemudian, peserta lipat kertas tersebut dan serah kepada Fasilitator untuk disimpan. ii. Fasilitator beritahu bahawa sepanjang program berlangsung, tiada gelaran jawatan dan tidak boleh marah. Peserta hanya boleh panggil antara satu sama lain dengan nama atau nama timangan sahaja. iii. Fasilitator mengarahkan peserta ikut apa yang fasilitator buat. iv. Fasilitator menunjuk gerak-geri Lagu Xi Shua Shua kepada peserta. v. Peserta melakukan gerak-geri dengan iringan lagu Xi Shua Shua. vi. Kemudian, Fasilitator menunjukkan gerak-geri bagi Lagu “I Love You” kepada peserta. I love you, you love me, We are happy family, with a great big hug and a kiss from me to you, Wouldn’t you say you love me too. vii. Peserta menyanyikan lagu “I Love You” dengan gerak-geri sekali untuk kali pertama. viii. Kali kedua, peserta mengulangi lagu “I Love You” dengan membuka kamera telefon bimbit dalam mod rakaman (record) dan merakam nyanyian lagu “I Love You” sendiri. ix. Akhir sekali, peserta mengulangi lagu “I Love You” dengan rentak yang lebih cepat dan merakam rakan-rakan di sebelah kiri dan kanannya. Falsafah: • Memberi penghargaan dan penghormatan kepada diri sendiri dan orang lain • Beramah mesra dengan peserta lain • Pengiktirafan kepada diri dan peserta lain
AKTIVITI O.R.A.N.G.E ESTEEM Slot 1 Tajuk: Smiley ORANGE Tempoh masa: 30 minit Bahan Keperluan: Bola Smiley (10 biji) Cara pelakasanaan: i. Fasilitator bahagikan peserta kepada 4-5 kumpulan. ii. Setiap kumpulan akan diberi sebiji bola Smiley. Ahli kumpulan perlu melontar (pass) bola Smiley serentak dengan menyebut nama ahli dalam kumpulan yang menerima bola tersebut. iii. Ahli kumpulan tidak boleh melontar (pass) bola smiley kepada ahli yang berdiri di sebelah kiri dan kanannya (mesti orang yang bertentangan dengannya). iv. Fasilitator beritahu bahawa bola smiley tidak boleh jatuh ke lantai. Peserta yang menjatuhkan bola smiley ke lantai akan diberi “hadiah istimewa”. v. Aktiviti dilaksanakan sehingga semua ahli mendapat giliran (mendapat/melontar) bola smiley dan mengingat nama ahli kumpulan dalam tempoh lebih kurang 2 minit. vi. Seterusnya, fasilitator akan menambah sebiji lagi bola smiley dalam setiap kumpulan dan aktiviti diteruskan dalam tempoh masa lebih kurang 2 minit. vii. Fasilitator menjemput peserta yang menjatuhkan bola smiley tampil ke depan untuk menerima “hadiah istimewa” iaitu sama-sama melakukan aksi “Chikicha”. Falsafah: • Memberi penghargaan dan hormat antara satu sama lain. • Sikap keterbukaan diri dan penerimaan. • Manusia adalah unik.
AKTIVITI O.R.A.N.G.E GIVING Slot 2 Tajuk: Time is life Tempoh masa: 20 minit Bahan keperluan: 8 set Istilah nilai-nilai murni Cara pelaksanaan: i. Fasilitator membahagikan peserta kepada kumpulan (6-8 orang setiap kunmpulan). ii. Setiap kumpulan dimaklumkan istilah nilai murni masing-masing, iii. Fasilitator minta setiap kumpulan buat bulatan kecil. Kemudian, setiap kumpulan diagihkan 9 keping kad huruf yang berlainan warna. Kumpulan yang paling cepat mengumpul semua kad huruf istilah yang diberi adalah pemenang. KERJASAMA TOLERANSI KERAJINAN KEGIGIHAN KECEKAPAN KECEGASAN BERDIKARI KEBEBASAN iv. Ahli kumpulan diberi masa 1 minit untuk bincang dan rancang apa kad yang mereka ingin lepaskan atau beri kepada kumpulan seterusnya. (Sekiranya 4 kumpulan sahaja, Kumpulan A akan lepaskan sekeping kad kepada Kumpulan B, Kumpulan B pula akan melepaskan sekeping kad kepada Kumpulan C, Kumpulan C melepaskan kepada Kumpulan D dan kumpulan D akan melepaskan sekeping kad kepada kumpulan A). Kitaran melepaskan kad huruf akan berterusan sehingga terdapat kumpulan yang berjaya kumpul kad huruf yang lengkap bagi istilah kumpulan masing-masing. v. Selepas 3 atau 5 minit, Fasilitator semak sama ada terdapat kumpulan yang sudah mendapat kad huruf yang lengkap bagi istilah masing-masing. a. Situasi A – Sekiranya sudah ada kumpulan yang berjaya lengkap kumpul semua kad huruf isitilah yang diberi, maka kitaran melepaskan kad diteruskan sehingga selesai (semua kumpulan mendapat kad huruf istilah masing-masing). b. Situasi B – Sekiranya masih tiada kumpulan yang berjaya kumpul semua kad huruf istilah yang diberi, maka Fasilitator memberi arahan kepada semua kumpulan untuk melepaskan kad huruf yang diingini oleh kumpulan yang meneriman sehingga semua kumpulan berjaya mendapat kad huruf istilah masing-masing.
vi. Fasilitator pilih secara rawak dalam kalangan peserta untuk berkongsi apa perasaan yang dialami sepanjang aktiviti. vii. Fasilitator berkongsi falsafah aktiviti kepada peserta. Falsafah: • Memberi kebaikan • Membuat pelaburan emosi, fikiran dan tingkah laku yang positif. • Win-win situation. Membuat sesuatu yang menggembirakan orang lain dan diri sendiri. • The more you give, the more you get; the best you give, the best you get.
AKTIVITI O.R.A.N.G.E NEVER GIVE UP Slot 3 Tajuk: Gari Hidup Tempoh masa: 30 minit Bahan keperluan: Tali rafia Cara Pelaksanaan: i. Setiap peserta diberi satu tali rafia yang telah disediakan oleh Fasilitator. ii. Setiap peserta diminta mencari seorang pasangan yang sama jantina masingmasing. (Pasangan suami isteri dibenarkan/digalakkan) iii. Sarungkan tali rafia yang nampak seperti gari tangan di pergelangan tangan dan tali rafia tersebut perlu bersilang dengan tali rapia pasangan masing-masing seperti yang ditunjukkan oleh Fasilitator. iv. Setiap pasangan peserta dikehendaki melepaskan diri daripada tali rafia yang bersilang kepada keadaan tali rafia tidak bersilang tanpa menanggalkan, memutuskan dan memotong (ataupun apa-apa cara yang boleh merosakkan) tali rafia tersebut. v. Peserta diberi tempoh masa untuk menyelesaikan tugasan seperti berikut: Percubaan kali pertama – 1 minit Percubaan kali kedua – 3 minit Percubaan kali ketiga – 5 minit Percubaan kali keempat – 8 minit vi. Percubaan kali pertama dengan tempoh masa yang diberi untuk menyelesaikan tugasan adalah 1 minit sahaja. Fasilitator mengasingkan pasangan yang telah berjaya daripada yang belum berjaya sekiranya ada. vii. Pasangan yang telah berjaya diminta bergerak dan berkumpul di kawasan khas untuk menunjuk cara penyelesaian kepada Fasilitator sama ada cara penyelesaian betul atau tidak. viii. Sekiranya cara penyelesaian adalah betul, maka pasangan yang telah berjaya tidak dibenarkan mengajar ataupun menunjuk cara penyelesaian kepada orang lain. Pasangan yang telah berjaya tersebut diminta duduk dan memerhati pasangan lain yang masih dalam proses percubaan. ix. Sebelum percubaan kali kedua bermula, Fasilitator wajib tanya para peserta soalan seperti berikut: Adakah tugasan ini boleh diselesaikan? Susah tidak? x. Selepas mendapat respon peserta, Fasilitator memberi arahan untuk memulakan percubaan kali kedua dengan tempoh masa 3 minit sahaja. Langkah 7-9 diulangi bagi percubaan kali ketiga (5 minit) dan keempat (10 minit). xi. Fasilitator memberi arahan kepada pasangan yang masih belum berjaya untuk tanggalkan tali rafia masing-masing atau letak di atas lantai.
xii. Fasilitator pilih secara rawak pasangan yang belum berjaya untuk berkongsi: a. Apakah perasaan anda semasa menjalankan aktiviti tersebut? b. Apakah pendapat anda terhadap pasangan anda yang sama-sama melakukan aktiviti ini? c. Apa yang anda sebut dan katakan kepada pasangan anda sepanjang percubaan? xiii. Selepas perkongsian peserta, Fasilitator mengulas hasil pemerhatian sepanjang aktiviti ini dilaksanakan. xiv. Kemudian, Fasilitator minta peserta kira tempoh masa yang diambil oleh pasangan yang telah berjaya untuk menunjukkan cara penyelesaian atau jawapan. (Sekiranya tiada pasangan yang berjaya, Fasilitator akan menunjukkan cara penyelesaian atau jawapan). xv. Selepas menunjukkan cara penyelesaian atau jawapan, Fasilitator tanya peserta berapa tempoh masa yang diambil oleh pasangan yang berjaya (atau Fasilitator) untuk menyelesaikan tugasan tersebut? Fasilitator mengulangi soalan 9a. untuk mendapat respon daripada peserta. Falsafah: • Sikap positif dan sentiasa berusaha amat penting dalam kehidupan yang penuh dengan onak duri, dugaan dan cabaran. • Di mana ada manusia, di situlah ada masalah. Di mana ada manusia, di situlah ada caranya. • Komunikasi (verbal atau non-verbal) sangat penting dalam membina persefahaman dan memberi semangat kepada diri dan orang lain. Always say something good and nice. • Nothing is impossible if you can find the way. • Be friends with your problems. Anggap masalah yang timbul sebagai satu peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru. • Usaha tangga kejayaan. • Lift people up, don’t put them down.
AKTIVITI O.R.A.N.G.E ASSERTIVE & RATIONAL Slot 4 Tajuk: My Lovely Balloon Tempoh masa: 20-30 minit Bahan keperluan: Belon, Gelang getah, Pen marker Cara pelaksanaan: i. Setiap peserta diberi sebiji belon dan gelang getah. ii. Peserta dikehendaki meniup belon masing-masing sehinggan saiz lebih kurang sama dengan sebiji bola baling dan diikat dengan gelang getah. iii. Edarkan Pen Marker untuk para peserta menulis Nama Peserta, Nama Sekolah dan Nama Orang Kesayangan di atas belon masing-masing. (Boleh menghias belon masingmasing sekiranya ada masa lebih) iv. Peserta diarah tanggalkan kasut dan sarungkan belon masing-masing di sebelah gelang kaki kanan dengan kedudukan belon adalah di sebelah sisi gelang kaki kanan. v. Peserta diarah letak dan pegang kedua-dua belah tangan di belakang atau letak di dalam kocek seluar. vi. Fasiliotator memberi arahan – Sesiapa yang berjaya mempertahankan belonnya di akhir aktiviti ini maka dialah Pemenang (Ulang arahan sekali lagi). vii. Peserta hanya boleh menjalankan aktiviti tersebut dalam kawasan yang ditentukan oleh fasilitator. Apabila muzik bermula, peserta boleh mula buat apa sahaja yang patut untuk menjadi pemenang. Apabila muzik berhenti, peserta perlu berhenti dan tidak membuat apa-apa sehingga muzik dimainkan sekali lagi. viii. Peserta yang tiada belon diminta keluar dari kawasan aktiviti dan menjadi Linesman agar peserta yang masih ada belon tidak lari keluar dari kawasan aktiviti yang sepatutnya. ix. Aktiviti boleh berhenti sekiranya bilangan peserta yang masih ada belon lebih kurang 1-2% daripada jumlah bilangan peserta. x. Fasilitator minta peserta yang tiada belon duduk di kawasan kiri manakala peserta yang masih ada belon duduk di kawasan sebelah kanan. xi. Fasilitator minta beberapa orang peserta yang tiada belon (sukarela atau pilih secara rawak) untuk berkongsi: a. Apa perasaan anda yang tiada belon? b. Apa perasaan anda apabila belon anda dipecahkan oleh orang lain? c. Apa pendapat anda terhadap peserta yang menghancurkan belon anda? d. Sekiranya diberi peluang untuk kali kedua, apa yang akan anda lakukan? xii. Fasilitator minta beberapa orang peserta yang masih ada belon (sukarela atau pilih secara rawak) untuk berkongsi: e. Apa perasaan anda yang masih ada belon? f. Apa perasaan anda apbila orang lain tidak berjaya memecahkan belon anda? g. Apa pendapat anda terhadap peserta yang tiada belon sekarang? h. Sekiranya diberi peluang untuk kali kedua, apa yang akan anda lakukan?
xiii. Fasilitator tanya kepada peserta apakah arahan Fasilitator sebelum bermula aktiviti (Sesiapa yang berjaya mempertahankan belonnya di akhir aktiviti adalah pemenang). Fasilitator tanya lagi kepada peserta “ada tak Fasilitator memberi arahan untuk memecahkan belon orang?”. xiv. Fasilitator ajak peserta untuk berfikir: i. Kenapa tiada seorang peserta yang tampil ke depan dan memberi arahan/cadangan untuk tidak memecahkan belon kesayangan orang lain agar semua adalah pemenang dalam aktiviti tersebut. j. Adakah ciri-ciri seorang pemimpin adalah demi mencapai matlamat, maka tidak mempertimbangkan perasaan dan kebajikan orang lain? k. Apakah kesan atau implikasi tindakan/perbuatan memusnah terhadap perasaan dan fikiran orang lain? Falsafah: • Memberi kerjasama dalam mencapai matlamat yang sama. • Memberi kemenangan bersama (Win Win Situation). Buat sesuatu yang menguntungkan diri sendiri dan individu lain. • Melabur dan melahirkan emosi, fikiran dan tingkah laku yang positif. • Manusia tiada yang sempurna. Manusia adalah unik. • Kebiasaan yang betul/baik harus diteruskan, manakala kebiasaan yang tidak betul/tidak baik jangan diteruskan dan perlu diperbetulkan. • Banyak memberi daripada menerima. • Mengakui kelemahan diri dan belajar melalui kesilapan. • Sikap sabar dan pemaaf. • Kepimpinan (Leadership) – Memimpin rakan ke arah kebaikan dan kejayaan bersama. • Mempertahankan atau melindungi hak diri dan orang lain • Tidak mudah terpengaruh atau berpendirian diri yang tetap
AKTIVITI O.R.A.N.G.E OPTIMIST Slot 5 Tajuk: Jiwaku Mindaku ORANGE Tempoh masa: 30 minit Bahan keperluan: Meja (2 buah), Bekas kontena (2 unit) atau Tabung Gula, Gula batu (200 biji), Bola plastik (10 biji Cara Pelaksanaan: i. Fasilitator letak satu kontena kosong di atas kedua-dua meja. Setiap meja diletakkan 100 biji gula batu dan 10 biji bola plastik di atas meja. ii. Semua peserta diminta duduk dan memberi perhatian kepada apa yang akan dilakukan dengan kontena kosong, gula batu dan bola plastik. iii. Pilih secara rawak seorang peserta A (ataupun sukarela) dan minta peserta A tampil ke depan. iv. Fasilitator minta peserta A mengisi bekas kontena kosong (A) dengan gula batu yang telah disediakan di atas meja sehingga penuh. v. Kemudian minta peserta A cuba masukkan seberapa banyak bola plastik ke dalam bekas kontena (A) yang sudah penuh dengan gula batu. vi. Seterusnya, pilih secara rawak peserta B (atau sukarela) dan minta peserta B tampil ke depan. vii. Fasilitator minta peserta B mengisi penuh bekas kontena kosong (B) dengan bola plastik seberapa banyak yang boleh. viii. Kemudian minta peserta B cuba masukkan seberapa banyak gula batu ke dalam bekas kontena (B) yang sudah penuh dengan bola plastik. ix. Fasilitator memberitahu kepada semua peserta: Bekas kontena = Hatiku / Jiwaku / Mindaku Gula Batu = Perkara negatif (Emosi, Fikiran, Tingkah laku, Pengalaman dll) Bola plastik = Kebaikan / Rezeki (Kekayaan / Harta / Anak / Isteri / Kerjaya / Nilai / Pahala) x. Fasilitator minta peserta (sukarela) untuk berkongsi apa yang dia faham tentang situasi A selepas diberitahu bahawa bekas kontena menunjukkan minda/hati/jiwa peserta, gula batu menunjukkan perkara negatif dan bola plastik menunjukkan kebaikan/rezeki/pahala yang dimiliki peserta. (Situasi A menunjukkan ruanggan Minda/jiwa/hati individu yang diisi penuh dengan perkara yang negatif, maka tiada ruang atau sedikit sahaja ruang untuk kebaikan/pahala/rezeki). xi. Fasilitator minta seorang lagi peserta (sukarela) untuk berkongsi juga apa yang dia faham tentang situasi B. (Situasi B menunjukkan ruangan Minda/jiwa/hati individu yang diisi penuh dengan kebaikan/pahala/rezeki, maka tiada ruang atau sedikit ruang untuk perkara negatif sahaja). xii. Fasilitator minta peserta untuk pilih situasi yang diingini dalam realiti hidup masingmasing. Kemudian, tanya peserta apa sebab memilih situasi tersebut. xiii. Fasilitator mengulas dan membuat perkongsian.
Falsafah: • Penuhkan diri dengan perkara-perkara yang baik dan positif manakala kurangkan yang negatif. • Sentiasa menaruh harapan dan positif dalam fikiran, perasaan dan tingkah laku. • Lihat apa yang kamu sudah miliki dan bukannya apa yang kamu kurang. • Sentiasa bersyukur dan memberi kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. • Peningkatan penghargaan kendiri. • Utamakan kebaikan dan bukannya keburukkan. • Buat baik selalu, buat jahat jangan sekali • Amal baik selalu dan membudayakan apa yang baik.
15. Jadual Pelaksanaan Modul ORANGE Berikut merupakan contoh Jadual Pelaksanaan Modul ORANGE:
16. RUJUKAN Berengui R, Garces de los Fayos Ruiz EJ, Ortin Montero FJ, de la Vega Marcos R, Lopez Gullon JM. Optimism and Burnout in Competitive Sport. Psychology. 2013;4(9A):13-18. doi:10.4236/psych.2013.49A2003 Blue Zircle. 7 Reasons Why Giving Is More Important Than Receiving. Diperolehi pada 13 Jun 2022 daripada https://bluezircle.com/blogs/nieuws/7-reasons-why-giving-is-moreimportant-than-receiving Carver CS, Scheier MF, Segerstrom SC. Optimism. Clin Psychol Rev. 2010;30(7):879-889. doi:10.1016/j.cpr.2010.01.006 Derrick Carpenter. 5 Unbelieveble Facts About Optimists. Diperolehi pada 17 Jun 2022 daripada https://www.verywellmind.com/unbelievable-facts-about-optimists1717551#citation-13 Dewan Bahasa Dan Pustaka. Diperolehi pada 28 Mei 2022 daripada https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penghargaan Dr Huzili Hussin. Membudayakan Pemikiran Positif. Diperolehi pada 28 Mei 2022 daripada https://www.sinarharian.com.my/article/112285/KOLUMNIS/Membudaya-pemikiran-positif Eleanor Shakiba. Fun Fact 5: Optimists Bounce Back From Failure Faster Than Pessimists. Diperolehi pada 20 Jun 2022 daripada https://thinklearnsucceed.com.au/fun-fact-5- optimists-bounce-back-from-failure-faster-than-pessimists/#.Yil-qlhBwq0 Elizabeth Scott. What Is Optimism? Diperolehi pada 11 Mei 2022 daripada https://www.verywellmind.com/the-benefits-of-optimism-3144811 Etheses. Diperolehi pada 28 Mei 2022 daripada http://etheses.uinmalang.ac.id/2276/6/08410056_Bab_2.pdf Gramedia Blog. Diperolehi pada 28 Mei 2022 daripada https://www.gramedia.com/bestseller/self-esteem/ HUFFPOST. Giving Rather Than Receiving, Lead To Lasting Happiness. Diperolehi pada 12 Jun 2022 daripada https://www.huffpost.com/archive/ca/entry/giving-createshappiness_a_23623679 Intelligent Change. The Importance of Giving. Diperolehi pada 13 Jun 2022 daripada https://www.intelligentchange.com/blogs/read/the-importance-of-giving Jill Suttie & Jason Marsh. 5 Ways Giving Is Good For You. Diperolehi pada 12 Jun 2022 daripada https://greatergood.berkeley.edu/article/item/5_ways_giving_is_good_for_you Jurnal Psikologi Dan Kaunseling, Tahun 2020, Bilangan 11, Issn 1985-3602
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020) 206 – 216 ISSN-2289-8174. Hubungan Penghargaan Kendiri, Resilien, Sikap Asertif dan Kempimpinan dalam kalangan “Mat Rempit” di Lembah Klang Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul Kesejahteraan Diri (MKD), 2022. Kim ES, Hagan KA, Grodstein F, Demeo DL, De Vivo I, Kubzansky LD. Optimism and CauseSpecific Mortality: A Prospective Cohort Study. Am J Epidemiol. 2017;185(1):21-29. doi:10.1093/aje/kww182 Klinik Minda. Motivasi Untuk Tidak Putus Asa Menghadapi Cabaran. Diperolehi pada 18 Mei 2022 daripada https://klinikminda.com/motivasi-untuk-tidak-putus-asa/ Lee LO, James P, Zevon ES, et al. Optimism is associated with exceptional longevity in 2 epidemiologic cohorts of men and women. Proc Natl Acad Sci USA. 2019;116(37):18357- 18362. doi:10.1073/pnas.1900712116 Rafidah binti Suhaili. Diperolehi pada 28 Mei 2022 daripada https://ir.unimas.my/id/eprint/7098/1/Hubungan%20Antara%20Kerja%20Dengan%20SelfEsteem%20di%20Kalangan%20Pekerja%20Yang%20Sudah%20Berkahwin%20Di%20Organisa si%20Kerajaan%20%20satu%20kajian%20di%20RTM,%20Kuching%20Sarawak%2024%20pgs .pdf Ruben Hernandez Murillo. Diperolehi pada 14 Jun 2022 daripada https://www.stlouisfed.org/publications/regional-economist/october-2005/the-economicsof-charitable-giving-what-gives Samra Akhlaq. 15 Reasons Why Giving Is Important. Diperolehi pada 13 Jun 2022 dariapda https://curiousdesire.com/why-giving-is-important/ Seligman MEP, Nolen-Hoeksema S, Thornton N, Thornton KM. Explanatory Style as a Mechanism of Disappointing Athletic Performance. Psychol Sci. 1990;1(2). doi:10.1111/j.1467-9280.1990.tb00084.x The Free Dictionary. Diperolehi pada 12 Jun 2022 daripada https://www.thefreedictionary.com/giving Vernita Dorsey. Why Should You Give Back To Your Community? Diperolehi pada 13 Jun 2022 daripada https://www.wsfsbank.com/help-guidance/knowledge-center/why-should-yougive-back-to-your-community
LAMPIRAN GAMBAR AKTIVITI