The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR AISYAH BALQIS BINTI ABD FATAH
PISMP AMBILAN JUN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1094-15-aisyah, 2024-03-11 13:43:49

DAPUR DAN INSTAGRAM

NUR AISYAH BALQIS BINTI ABD FATAH
PISMP AMBILAN JUN 2022

Bunga.Mawar 1 jam lalu disukai oleh 34,171 yang lain DAPUR dan INSTAGRAM . ( AISYAH FATAH


IPGM KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR. DAPUR dan INSTAGRAM Nama: Nur Aisyah Balqis Binti Abd Fatah No. Angka Giliran: 2021292340267 Opsyen: PISMP Ambilan Jun 2022 BM3 Nama dan Kod Kursus: Kesusasteraan Kanak-kanak dalam Pendidikan Bahasa Melayu BMMB 3243


PENGHARGAAN Alhamdulillah, pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat saya menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan bagi kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya, Puan Hajah Idawati Binti Moin bagi kursus ini, kerana telah memberi tunjuk ajar, nasihat serta bimbingan yang terbaik kepada saya sepanjang semester ini. Akhirnya, saya dapat menyempurnakan tugasan pentaksiran berterusan ini dengan jayanya. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang sentiasa mengambil berat tentang saya dan memberi semangat serta dorongan kepada saya untuk tidak berputus asa dalam meneruskan pembelajaran saya. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat seperjuangan saya yang tidak pernah jemu dalam memberi pertolongan, semangat dan kekuatan untuk saya terus menyiapkan tugasan ini. Tanpa sokongan mereka yang sentiasa di sisi, mungkin saya tidak dapat menghadapi cabaran yang sukar dan menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua yang telah menyokong saya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam penyediaan pentaksiran berterusan yang telah diamanahkan kepada saya ini. DAPUR dan INSTAGRAM Yang benar, Aisyah


. ( DAPUR dan INSTAGRAM Pada zaman dahulu, terdapat sebuah keluarga bahagia. Mereka tinggal di sebuah negeri bernama Inderaloka. Terdapat dua orang adik-beradik tiri yang tinggal di sana. Si kakak bernama Bunga Mawar. Si adik pula, Bunga Lily. Ayah Bunga Mawar berkahwin dengan seorang wanita selepas ibu Bunga Mawar meninggal dunia. Wanita itu ialah ibu Bunga Lily. Mereka memanggilnya bonda. Ayah meninggal setahun kemudian. Bonda menjaga Bunga Lily dan Bunga Mawar dengan penuh kasih sayang. Bonda sayang akan mereka sama rata. Bonda tidak pernah memilih kasih. Bonda menjaga bagai menatang minyak yang penuh*. Bonda selalu mengingatkan mereka untuk saling menyayangi. bagai menatang minyak yang penuh- memelihara dengan sempurna 1


DAPUR dan INSTAGRAM Dua beradik itu mempunyai perwatakan yang berbeza. Namun, mereka sangat cantik dan suka menolong bonda. Bunga Mawar tua setahun daripada Bunga Lily. Dia juga mempunyai lesung pipit. Bunga Lily pula ayu orangnya. Anak itik mengejar rama-rama, Ke kiri ke kanan itik berlari; Cantik orang cantik nama, Lily si pemalu sentiasa berseri. Kapal berlayar serata benua, Singgah berlabuh membeli busana*; Mata bulat memikat semua, Berhidung mancung indah mempesona. 2 busana- pakaian


DAPUR dan INSTAGRAM Burung-burung berkicau di sarang, Riuh bunyi hilangkan duka; Ramah sekali menegur orang, Dialah Mawar pujaan jejaka*. Adik ke pantai bersama bapa, Pergi membawa kuih kapit; Tahi lalat pemanis rupa, Sungguh anggun berlesung pipit. ( . 3 jejaka- lelaki


DAPUR dan INSTAGRAM Ketika Bunga Mawar 12 tahun, Bunga Lily berusia 11 tahun. Mereka selalu membantu bonda berniaga. Bonda mencari wang untuk menyara anak-anaknya. Bonda menjual nasi lemak dan kuih-muih. Bonda memberikan Bunga Lily kerja yang susah di dapur. Bunga Lily lebih cekap dan mahir memasak di dapur. Dia membuat kuih dan sambal. Bunga Lily membuat kuih seperti seri muka, onde-onde, ketayap dan karipap. Bunga Mawar hanya menolong perkara mudah di dapur. Dia memotong timun, memasak nasi dan memastikan sambal digaul dan dimasak sebati*. Makanan disusun ke dalam bakul. Bunga Mawar akan menghantar makanan ke gerai untuk dijual. . ( 4 sebati- bercampur rata ( .


DAPUR dan INSTAGRAM Sepanjang perjalanan, Bunga Mawar menegur semua orang yang dia lihat. Menegur sapa boleh mengeratkan hubungan dengan jiran tetangga. Bunga Mawar amat dikenali oleh orang kampung. Orang kampung suka akan sikap peramahnya. ( . 5


DAPUR dan INSTAGRAM Hubungan dua beradik itu semakin renggang. Ketika itu, Bunga Mawar berumur 19 tahun. Manakala, Bunga Lily 18 tahun. Bunga Lily menjauhkan diri daripada kakaknya. Dia berasa rendah diri* kerana tidak secantik Bunga Mawar. Dia merasakan dirinya tiada keistimewaan. Kakaknya terkenal di kampung dan di instagram. Bunga Mawar dipuja oleh lelaki dan kanak-kanak. Makcik dan pakcik di kampung juga suka akan kakaknya. Di instagram, kakak memiliki pengikut melebihi 50 ribu orang. Bunga Mawar ialah salah satu pempengaruh yang disukai ramai. Pengikut kakak berasal dari serata negeri Inderaloka. ( . 6 rendah diri- tiada keyakinan diri


Bunga.Mawar Bunga Mawar Bungamawar Bunga.mawar kampung adik solek melancong DAPUR dan INSTAGRAM Bunga Lily tahu dia tidak seperti kakaknya. Dia tidak mampu bersaing dengan Bunga Mawar. Kakaknya dilahirkan dengan lesung pipit yang menawan. Manakala dia, hanya seorang perempuan biasa. Bunga Lily mula berdendam terhadap Bunga Mawar. Dia berbisik, “mengapa semua orang suka Bunga Mawar? Aku juga cantik seperti dia. Aku lebih handal memasak daripada dia. Mengapa orang kampung tidak sedar akan kewujudanku? Aku juga tolong bonda berniaga. Mengapa tiada lelaki yang suka padaku?”. . ( 7 BungaLily_ Bungamawar ResepiLily kampung kakak masak resepi 31 2.8k 637 Lily Sayang kakak Sayang bonda


DAPUR dan INSTAGRAM Bunga Lily tidak sedar perbezaan dia dan kakaknya. Bunga Mawar lebih peramah. Kakaknya boleh bertegur dengan sesiapa sahaja. Bunga Lily pula seorang yang pemalu dan pendiam. Ramai orang kampung cuba hendak menegur Bunga Lily. Namun, mereka takut jika Bunga Lily tidak selesa. 8 Bunga Lily marah dan geram. Bunga Lily rasa cemburu dan tidak adil. Dia sepatutnya dikenali. Dia sepatutnya ada pengikut instagram yang ramai. Setiap petang, Bunga Mawar dapat mengumpul banyak tempahan nasi lemak dan kuih-muih. Makanan yang ditempah akan dihantar dari rumah ke rumah.


DAPUR dan INSTAGRAM 9 Kebanyakan tempahan adalah daripada pesanan mesej. Ada juga yang membalas ‘story’ Bunga Mawar di instagram. Makcik dan pakcik di pasar juga menempah makanan daripada Bunga Mawar. Bunga Lily juga ingin mendapatkan banyak tempahan seperti kakaknya. Bunga Mawar sedar adiknya semakin menjauhkan diri daripada dia. Bunga Lily sentiasa mengelak daripada Bunga Mawar. Bunga Lily tidak lagi keluar dan meluangkan masa bersama kakaknya. Dia lebih memilih untuk bersendirian. ( .


DAPUR dan INSTAGRAM 10 Bunga Lily nekad untuk membalas dendam terhadap kakaknya. “Siaplah engkau, Mawar. Amboi, engkau sangka semua orang sukakan engkau ya!”, laung Bunga Lily di dalam biliknya. Dia akan memulakan operasinya* pada malam ini. “Ucap selamat tinggal pada rambutmu, Mawar”, kata Bunga Lily sambil tersengih*. Dia memotong rambut kakaknya hingga ke paras bahu. Malam itu, Bunga Lily berasa bagai anjing melintang denai*. Dia berpuas hati dengan perbuatannya. operasi- rancangan tersengih- tersenyum dengan mulut sedikit terbuka bagai anjing melintang denai- gembira (lebih kepada sombong)


Lalu, Bunga Mawar memberitahu bonda tentang perkara yang terjadi. Seingat Bunga Mawar, dia hanya tidur, kemudian bermimpi ada seorang puteri memotong rambutnya. Dia tidak sangka perkara itu benar-benar terjadi. DAPUR dan INSTAGRAM 11 Keesokan harinya, Bunga Mawar begitu terkejut melihat rambutnya di hadapan cermin. Rambut Bunga Mawar kini sudah menjadi pendek paras bahunya. Dia menangis kesedihan. Bonda juga terkejut melihat dan mendengar cerita Bunga Mawar. Namun, ibu mengetahui ini semua kerja adiknya. Bonda memujuk Bunga Mawar agar dia tidak bersedih lagi. . ( . (


DAPUR dan INSTAGRAM 12 Bunga Lily meluahkan isi hatinya* kepada bonda. Bonda amat memahami perasaan si adik. Namun, bonda mahu mereka menyelesaikan masalah ini sendiri. Lalu, bonda memberitahu si kakak tentang masalah tersebut. Pada hari itu, bonda meminta Bunga Lily mengambil tugas kakaknya untuk pergi ke pasar. Bunga Lily berasa sangat gembira. Dia terus bergegas ke sana. Sampai sahaja di pasar, dia melihat sekumpulan makcik sedang berbisik-bisik. Makcik itu memandang Bunga Lily dengan tersenyum sinis*. “Aku tidak suka jika Bunga Lily yang membawa makanan ke pasar. Dia tidak pandai bergaul, senyap sahaja mulutnya. Bagai terkunci, ada emas agaknya”, kata salah seorang makcik. isi hati- perasaan tersenyum sinis- senyum dengan tujuan memperlekehkan orang lain


Bunga Lily pulang ke rumah dengan muka yang sedih. Dia terus meminta maaf sambil memeluk kakaknya. Dia menyesal dengan perbuatannya. Dia tidak patut berdengki dan berburuk sangka terhadap darah dagingnya* sendiri. Dia memberitahu kakaknya hal sebenar dan hal yang terjadi di pasar tadi. DAPUR dan INSTAGRAM 13 Bunga Mawar memujuk adiknya yang kesedihan itu. “Bunga Mawar memang patut disukai dan disayangi oleh orang kampung”, bisik hati kecil Bunga Lily. Tidak dinafikan, kakaknya sungguh cantik dan berhati bersih. Bunga Mawar memberitahu Bunga Lily bahawa setiap orang ada kekuatan dan kelemahan. Apa yang dilihat Bunga Lily hanyalah sifat luaran kakaknya. ( . darah daging- keturunan atau keluarga


DAPUR dan INSTAGRAM 14 Bunga Mawar mengakui dirinya juga ada kelemahan. “Walaupun kakak ramai pengikut di instagram, tetapi kakak tidaak hebat dan mahir memasak seperti Bunga Lily. Lily bukan sahaja cantik, ayu dan pemalu malah pandai masak juga”, puji Bunga Mawar. Ramai yang berkenan dengan Bunga Lily. Bunga Lily sangat dipandang tinggi* oleh orang kampung. Mereka masih menghormatinya walaupun tidak pernah bertegur. dipandang tinggi- mulia


DAPUR dan INSTAGRAM 15 “Tetapi makcik-makcik di pasar tadi tidak suka akan Lily”, ucap Bunga Lily dengan nada sedih. “Biarlah mereka. Kita perlu buang yang keruh, ambil yang jernih*”. Kakaknya membandingkan diri mereka. Katanya lagi, “kakak hanya dikenali kerana ramah dan cantik, tetapi Lily terkenal dengan kehormatan diri, cantik dan sangat ayu. Makcik-makcik itu semua tidak tahu kelebihan adik kesayangan kakak ini”, kata Bunga Mawar sambil memeluk adiknya. buang yang keruh, ambil yang jernih- buang yang jahat, ambil yang baik . (


Bunga Lily sedar dia hanya sibuk mencari kelebihan orang dan memandang kelemahan sendiri. Sepatutnya dia melihat kelebihan diri sendiri supaya sentiasa bersyukur. Dia juga sebenarnya mampu menolong orang dengan kelebihan yang Tuhan anugerahkan kepadanya. Bunga Mawar memujuk adiknya. Dia mahu Bunga Lily tampil* lebih yakin dan percaya terhadap kebolehan diri sendiri. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kekurangan itu tidak membuatkan seseorang menjadi kurang istimewa. Malah, manusia perlu hidup bersama untuk melengkapi antara satu sama lain. DAPUR dan INSTAGRAM 16 tampil- melangkah ke hadapan (


JUALAN PEMBUKAAN PASTRI Manis Lily SEDAP & MURAH Bermula esok! DAPUR dan INSTAGRAM 17 Bunga Mawar mempelawa adiknya untuk memulakan perniagaan pastri. Pastri boleh dihantar ke gerai-gerai untuk dijual. Mereka juga boleh menjalankan perniagaan atas talian. Bunga Mawar bersungguh-sungguh memberitahu adiknya bahawa dia akan menghasilkan poster. Poster tersebut boleh dimuat naik di ‘story’ instagram Bunga Mawar dan dicetak. Bunga Mawar akan mempromosikan* jualan pastri Bunga Lily di Instagramnya. Poster yang sudah dicetak akan ditampal di sekeliling kampung. promosi- memberitahu pengguna untuk membeli sesuatu barang


DAPUR dan INSTAGRAM 18 Bunga Lily bersetuju dengan cadangan kakaknya. Dia bernekad* untuk belajar membuat pastri. Setiap hari, dia akan mencari resepi-resepi baru supaya pastri yang dihasilkan daripada kedai mereka berkualiti dan terhad hanya di kedainya. Bunga Lily akan memastikan setiap pastri buatannya mempunyai keistimewaan yang tidak boleh dibandingkan dengan kedai lain. Setiap kali Bunga Lily mendapat ilham berkaitan resepi pastrinya, dia akan menulis di nota lekat. Dia akan lekatkan nota tersebut di rak almari dapurnya. nekad- kemahuan yang kuat


DAPUR dan INSTAGRAM 19 Sebulan berlalu, persiapan pembukaan bagi kedai pastri Bunga Lily sudah siap sepenuhnya. Esok dia akan mula menjadi peniaga pastri secara rasmi. Bunga Lily tidak sangka impiannya akan tercapai. Terdapat pelbagai jenis pastri di kedai Bunga Lily. Antaranya ialah cromboloni, pavlova, tart keju dan croissant.


Manis Lily DAPUR dan INSTAGRAM 20 Perniagaan dua beradik itu berjalan lancar dan amat maju. Ramai orang datang membeli di kedai mereka. Ada orang kampung, ada juga orang dari luar negeri. Kini, Bunga Lily semakin dikenali kerana perniagaan pastrinya sedap dan berbaloi dengan harga. Perniagaan nasi lemak dan kuih-muih bonda juga semakin ramai yang menempah. Bunga Lily berjaya merealisasikan* azamnya dengan usaha sendiri. Dia bukan seperti kacang lupakan kulit*. Dia tidak lupa segala bentuk pertolongan daripada kakaknya, Bunga Mawar dan sokongan moral daripada bonda. merealisasikan- menjadikan sesuatu perkara menjadi kenyataan bagai kacang lupakan kulit- orang yang tidak tahu mengenang budi


DAPUR dan INSTAGRAM 21 Bunga Lily bersyukur dikelilingi oleh keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepadanya. “Terima kasih kakak, terima kasih bonda. Tanpa bantuan kakak dan bonda, tidak mungkin kedai ’Manis Lily’ boleh wujud dan dapat beroperasi dengan baik. Lily sayang kakak dan bonda”, ucap Bunga Lily dengan ikhlas. . ( -TAMAT-


ANYFLIP IMBAS DI SINI UNTUK BUKU DIGITAL DAPUR dan INSTAGRAM


( AISYAH FATAH


Click to View FlipBook Version