“KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (INSOU MDB) DINOBATKAN NAIB JOHAN ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM SABAH (iSAS)2023 PERINGKAT NEGERI SABAH” Berita Penuh di Muka Surat 30 M/S 5 MINI GREEN SCULPTURE MDB TEMPAT KE-3 M/S 21 MDB VT JOHAN BOLA TAMPAR TERTUTUP PARLIMEN BEAUFORT M/S 18 M/S 25 M/S 29 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT Edisi 2/2023 Julai - Disember MDB MEMPERKASAKAN SISTEM I-ADU MELALUI KAUNTER HARI BERTEMU PELANGGAN MDB DIBERI KEPERCAYAAN MENJADI TUAN RUMAH SEMINAR LANDSKAP ZON 4 MDB MENGUNGGULI DUA KEMENANGAN BERNILAI RM10,000.00
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 1 Tahniah MDB Di atas pencapaian dan pengiktarafan yang diterima bagi bulan Julai hingga Disember 2023 15 Julai 2023 Tempat Ke-3 Pertandingan Mini Green Sclupture Peringkat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah 08 Oktober 2023 JOHAN MDB VT menjuari Kejohanan Bola Tampar Tertutup Parlimen Beaufort, Piala YB Datuk Hajah Aminah binti Aching, Timbalan Menteri dan Komoditi Malaysia 08 Oktober 2023 JOHAN Kategori Sepanduk Terbaik Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1445H / 2023M Peringkat Daerah Beaufort 11 Oktober 2023 Dilantik sebagai Tuan Rumah Bagi Zon 4 (mewakili daerah Sipitang dan Kuala Penyu) bagi Program Tindakan Bersepadu PBT dan Masyarakat Bengkel Resolusi I-Hijau Zon 4. 31 Oktober 2023 JOHAN Anugerah PBT Lestari Peringkat KKT&P 31 Oktober 2023 JOHAN Anugerah Pejabat PBT Hijau Peringkat KKT&P 02 November 2023 Tempat Kedua Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Sabah (iSAS) 2023 (Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif Kategori Inovasi Sosial – Inovatif) Peringkat Negeri Sabah Penerima Anugerah Bandar Mampan Pihak Berkuasa Tempatan 2023 Peringkat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. 1
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 2 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 GEREJA ST. THOMAS BECKET, KELAMPUN KUALA PENYU MENGHANTAR BAHAN KITAR SEMULA KE PARK MDB 05 JULAI 2023 Gambar Kiri : Encik Sakari bin Jedeh, Ketua Bahagian Perkhidmatan Bandar Majlis Daerah Beaufort menerima bahan kitar semula yang diserahkan oleh Puan Estar Ermelissa Ngoai Wakil dari Komiti Keharmonian Alam Ciptaan Tuhan. Turut bersama, Encik Mohd. Shahreen bin Ismail, Ketua Unit Landskap, MDB (2 dari kiri). Majlis Daerah Beaufort telah menerima bahan kitar semula daripada Gereja St. Thomas Beckrt, Kelampun Kuala Penyu iaitu plastik (botol mineral) dan botol kaca yang dihantar terus ke PARK (Pusat Aspirasi Rendah Karbon) Majlis Daerah Beaufort sebagai salah satu usaha dan kerjasama dalam menjayakan Kempen Kitar Semula oleh Komiti Keharmonian Alam Cipta Tuhan Sempena Minggu Laudato Si’ 2023 Gereja St. Thomas Beckrt. Sejak PARK dibina, MDB telah banyak menerima bahan kitar semula yang telah dihantar bukan sahaja dari penduduk di dalam daerah Beaufort tetapi juga dari luar daerah seperti Kuala Penyu dan Sipitang. MDB juga berhasrat dengan adanya penubuhan PARK ini, ianya dapat memupuk kesedaran dan memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga dan memelihara alam sekitar ke arah kelestarian alam sekitar yang mampan dan berdaya huni. 2
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 3 14 Julai 2023 - Majlis Tindakan Pengguna Negara telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Majlis Daerah Beaufort yang diketuai oleh Timbalan President Kebangsaan MTPN iaitu Tuan Malik Jamaran, Setiausaha Agong Kebangsaan MTPN Tuan Noorman Kamsani, YDP MTPN Sabah Tuan Kevin Lo dan Pengerusi MTPN Cawangan Beaufort iaitu Tuan Edmar. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan Misi, Visi dan peranan MPTN dalam memberi pendidikan dan kesedaran kepada pengguna untuk mengetahui hak-hak sebagai pengguna melalui program yang akan diadakan dengan jaringan kerjasama Majlis Daerah Beaufort dalam usaha menambahbaik pelaksanaan setiap program yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat dan komuniti di daerah Beaufort khasnya dan di Malaysia secara umumnya. Tuan Mohd. Ainol bin Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort menyambut baik usaha dan kerjasmaa ini dan bersedia untuk menjadi rakan strategik untuk menjalankan program-program kesedaran kepada masyarakat di daerah Beaufort yang akan dilaksanakan oleh pihak MPTN pada masa akan datang. Beliau juga berharap agar usaha ini dapat dilaksnaakan secara berterusan sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran disamping memberikan maklumat yang berguna kepada masyarakat seterusnya mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara Majlis Daerah Beaufort dengan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MPTN). 3 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA (MTPN) KE MAJLIS DAERAH BEAUFORT BAGI MENJALIN KERJASAMA SEBAGAI RAKAN STRATEGIK 14 JULAI 2023
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 4 Gambar : Puan Noraini binti Madin, Penolong Pegawai Tadbir (4 dari Kanan), Puan Nurshahila binti Noor Sazali, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (3 dari kiri), bersama-sama dengan kakitangan Majlis Daerah Beaufort mewakili kepada Tuan Mohd. Ainol bin Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun menyerahkan 20 kotak pakaian terpakai kepada LAr. Puan Nurulhayati binti Awang More (5 dari kiri), Penolong Ketua Setiausaha Bahagian Landskap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, sempena Program Festival I-Hijau yang diadakan di SICC Kota Kinabalu pada 15 Julai 2023. 14 Julai 2023 - MDB telah menyampaikan sumbangan sebanyak 20 kotak berupa pakaian terpakai (baju kurung; dewasa dan kanakkanak, tudung, pakaian sekolah, t-shirt) kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah untuk diagihkan secara percuma kepada pengunjung gerai pameran ECO FREE MARKET sempena Program Festival I-Hijau Anjuran Bahagian Landskap, KKT&P yang diadakan pada 15 Julai 2023 bertempat di SICC Kota Kinabalu. Pakaian terpakai yang disumbangkan ini merupakan pakaian yang telah dihantar oleh masyarakat di daerah Beaufort ke Pusat Aspirasi Rendah Karbon (PARK) MDB sebagai salah satu komitmen yang ditunjukkan oleh masyarakat dalam menyokong agenda SDG yang telah diterjemahkan oleh pihak MDB melalui pembinaan PARK di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Beaufort. Pakaian terpakai yang diagihkan, telah dipastikan kebersihannya terlebih dahulu oleh pihak MDB iaitu melalui proses pengasingan dan sanitasi sebalum diagihkan kepada masyarakat. MDB, melalui program ini juga telah berjaya membantu mangsa-mangsa yang ditimpa musibah seperti kebakaran dan banjir yang tidak sempat menyelamatkan harta benda termasuk pakaian dengan mengagihkan pakaian-pakaian terpakai yang bersih kepada mangsa bencana alam. BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 MDB MENYERAHKAN SUMBANGAN 20 KOTAK PAKAIAN TERPAKAI KEPADA KKT&P SEMPENA PROGRAM FESTIVAL I-HIJAU DI SICC KOTA KINABALU 14 JULAI 2023 4
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 5 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Majlis Daerah Beaufort telah mengambil bahagian dengan menyertai pertandingan Kategori Mini Green Sculpture melalui inovasi yang dihasilkan dari bahan-bahan terbuang iaitu plastik, kertas, kain terpakai dan tin aluminium. Majlis Daerah Beaufort telah berjaya mendapat tempat ketiga dan menerima wang tunai sebanyak RM200.00 berserta sijil penyertaan. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg Tuan Stenley Chong, Timbalan Setiausaha Tetap 1, KKT&P semasa Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bertempat di SICC Kota Kinabalu. BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 MDB TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN MINI GREEN SCULPTURE SEMPENA FESTIVAL I-HIJAU KKT&P 15 JULAI 2023 Gambar : Mohd. Shazrie bin Jalikal, Ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif, MDB mewakiti KIK MDB menerima Sijil dan Hadiah wang kemenangan bernilai RM200.00 bagi tempat Ke-3, Pertandingan Mini Green Sculpture sempena Program Festival I-Hijau yang disampaikan oleh YBhg TPS Stenley Chong, Timbalan Setiausaha Tetap 1, KKT&P di SICC Kota Kinabalu. Gambar : Tuan Mohd. Ainol bin DSP Hj. Mohd. Dun, Pegawai Eksekutif MDB bergambar bersama-sama dengan Ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif dalam Majlis tersebut. Gambar : Arca yang dihasilkan oleh KIK MDB Sempena Program Festival I-Hijau KKT&P 2023. 5
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 6 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN KEMPEN PASAR AWAM BERSIH PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2023 11 OGOS 2023 Beaufort, 11 Ogos 2023 – Majlis Perasmian Penutupan Kempen Pasar Awam Bersih Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah Beaufort Tahun 2023 telah disempurnakan oleh YB Datuk Isnin bin Hj. Aliasnih, Pembantu Menteri, KKT&P bertempat di perkarangan Pasar Am Beaufort, MDB. Kempen yang berlangsung selama 7 hari iaitu bermula 01 Ogos hingga 08 Ogos 2023 menyasarkan objektif iaitu untuk mempromosikan kepentingan kebersihan pasar awam bagi meningkatkan tahap kesedaran para peniaga khususnya dan masyarakat secara keseluruhannya untuk bersama-sama menjaga kebersihan Pasar Am Beaufort. Bagi menjayakan keberkesanan kempen ini, pihak MDB juga telah melaksanakan beberapa pengisian kepada para peniaga Pasar Am seperti pertandingan Lot Pasar Terbersih dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak kategori 5 tahun ke bawah dan kategori 6 tahun hingga 12 tahun. Puan Chong Lim Hoi peniaga di lot 3A aras 1 Pasar Am Beaufort telah memenangi pertandingan Lot Pasar Terbersih dan berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM500.00 berserta Sijil. MDB juga telah melantik Puan Chong Lim Hoi sebagai Duta Pasar Am Beaufort selama 1 tahun bermula dari tarikh 11.08.2023. Pemenang bagi Pertandingan Mewarna Kategori 5 tahun ke bawah dimenangi oleh adik Nur Inara Sofia binti Mohd Fadli dan pemenang bagi kategori 6 tahun hingga 12 tahun pula dimenangi oleh adik Puteri Izzati binti Mohd Fairuz dengan masingmasing membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM500.00 dan sijil. “Menjaga kebersihan Pasar Awam bukanlah tugas Majlis Daerah Beaufort semata-mata. Tetapi untuk memastikan Pasar Awam Beaufort kekal cantik dan bersih, masyarakat perlu bersama-sama memainkan peranan untuk menjadikan Pasar Awam menjadi tempat yang selesa untuk dikunjungi oleh masyarakat dalam dan luar daerah. Datuk Isnin bin Hj. Aliasnih, Pembantu Menteri, Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Merangkap ADUN N32 Klias. YB Datuk Isnin bin Hj. Aliasnih dalam ucapan perasmiannya juga menyeru kepada semua peniaga dan orang awam agar dapat bersama-sama menjaga kebersihan Pasar Awam Beaufort agar Pasar Awam menjadi salah satu tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri untuk berkunjung ke daerah Beaufort seterusnya menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi masyarakat tempatan. 6
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 7 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN KEMPEN PASAR AWAM BERSIH PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2023 11 OGOS 2023 Kedudukan 3 dari Kiri: Encik Muanam bin Marijatoh (Ahli Majlis Zon Lumadan, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pasar dan Gerai MDB) dan Encik Omar bin Hj Osin (Ahli Majlis Zon Klias) Kedudukan dari Kiri: Tuan Haji Sabdin bin Marof, (Ketua Daerah Beaufort, Ahli Majlis Zon Klias) Encik Duncan Datuk Wong (Ahli Majlis Zon Klias), Encik Egol Onsim (Ahli Majlis Zon Membakut), Encik Ajamain bin Sarudin (Setiausaha Politik Kepada YB Ketua Menteri Sabah / Ahli Majlis Zon Klias), Tuan Hj. Aminuddin bin Mohd. Yakob (Ahli Majlis Zon Membakut) Kehadiran Ahli-Ahli Majlis Daerah Beaufort dan Pemimpin Masyarakat. Kedudukan dari Kiri: Ustaz Matjun Mathon, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N32 Klias, Tuan Haji Jali bin Nordin (Timbalan Pengerusi, MDB), YB Datuk Isnin bin Hj. Aliasnih, Pembantu Menteri 1, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Merangkap ADUN N32 Klias, Tuan Mohd. Ainol bin DSP HJ. Mohd. Dun, Pegawai Eksekutif MDB dan Encik Dioslin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N34 Lumadan. 7
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 8 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 AKTIVITI SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN KEMPEN PASAR AWAM BERSIH PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2023 11 OGOS 2023 Gerai Pameran 1: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MPTN) menyediakan perkhidmatan iaitu memberikan perkongsian maklumat berkenaan hak-hak pengguna untuk Gerai Pameran 2: Peniaga yang menjual barangbarang tenunan dan kaitan benang seperti beg tangan, Key Chain dan lain-lain produk Gerai Pameran 3: TM memberikan promosi ke atas produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh TM. Gerai Pameran 4: Persatuan Kanser Sabah memberikan maklumat kepada orang awam berkenaan perkhidmatan yang diberikan oleh Persatuan untuk membantu pesakit kanser. Gerai Pameran 5: Kaunter Informasi Bergerak (MDB). Orang awam boleh mendapatkan maklumat berkenaan perkhidmatan teras yang disediakan oleh MDB dan setiap pengunjung akan diberikan cenderahati Gerai 6: Eco Free Booth MDB mengagihkan pakaian terpakai kepada orang awam secara percuma dan sepanjang pengagihan pakaian ini dilaksanakan pihak MDB mempromosikan Kempen Tanpa Plastik dengan tidak menyediakan plastik kepada orang awam. Gerai Pameran 7: FATHOPES ENERGY sebuah syarikat yang membeli minyak masak terpakai daripada orang awam untuk diproses semula dan dijadikan produk pencuci seperti sabun dan lain-lain. Gerai Pameran 8: Peladang daerah Beaufort membuka kaunter jualan produk Peladang dengan harga rahmah yang mampu dibeli oleh masyarakat B40. 8
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 9 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 PEMBANTU MENTERI BERAMAH MESRA BERSAMA PENIAGA PASAR AM BEAUFORT 11 OGOS 2023 9
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 10 KEMBARA KENALI BORNEO YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH DAN RAJA PERMAISURI AGONG, TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH Majlis Daerah Beaufort merafak sembah menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sempena Kembara Kenali Borneo yang tiba di daerah Beaufort pada 08 September 2023. Seluruh warga kerja Majlis Daerah Beaufort memanjatkan kesyukuran kerana dapat menatap wajah kesayangan rakyat Malaysia serta dapat bersalaman dengan Tuanku bersama Raja Permaisuri, Putera dan Puteri Yang Dipertuan Agong, Raja yang berjiwa rakyat, menjadi kebanggaan dan kesayangan seluruh rakyat Malaysia. Semoga Allah memelihara dan memanjangkan usia Tuanku dan Raja Permaisuri. Daulat Tuanku 10
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 11 Warga kerja Majlis Daerah Beaufort telah berkumpul di jalan raya utama Beaufort – Sipitang seawal pukul 9.00 pagi bagi menanti ketibaan rombongan Kembara Yang Dipertuan Agong Bersama Raja Permaisuri Agong yang akan melalui jalan utama Beaufort – Sipitang untuk menuju ke Negara Brunei Darussalam. 11
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 12 Warga Kerja Majlis Daerah Beaufort tidak berganjak walau dalam hujan yang mula membadai untuk menanti ketibaan rombongan Kembara Yang DiPertuan Agong 12
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 13 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 KONVOI MERDEKA SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT MAJLIS DAERAH BEAUFORT TAHUN 2023 11 SEPTEMBER 2023 Pelepasan Konvoi Merdeka Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Majlis Daerah Beaufort Tahun 2023 telah disempurnakan oleh YB Datuk Isnin bin Haji Aliasnih, Pembantu Menteri 1, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Merangkap ADUN N32 Klias , di perkarangan Dataran Bagandang Beaufort. YB Datuk Isnin bin Hj. Aliasnih Pembantu Menteri, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Merangkap ADUN N32 Klias telah menyempurnakan pelepasan Konvoi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, anjuran Majlis Daerah Beaufort dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd. Jali bin Nordin, Naib Pengerusi MDB bersama-sama dengan Tuan Mohd. Ainol bin DSP Haji Mohd. Dun Pegawai Eksekutif MDB, encik Jaiping Minsu, Pegawai Tadbir MDB dan wakil ketua masyarakat di daerah Beaufort pada 11.09.2023, di perkarangan Dataran Bagandang Beaufort. Konvoi Merdeka merupakan acara tahunan yang telah dimasukkan di dalam Takwim Program Tahunan Majlis Daerah Beaufort dan disambut pada setiap tahun dengan mengadakan perarakan menggunakan kenderaan jabatan di sekitar kawasan pekan Beaufort. Tujuan utama acara ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dan kecintaan kepada negara dalam kalangan masyarakat dan generasi muda agar lebih menghayati dan menghargai erti kemerdekaan yang kita nikmati pada hari ini. Konvoi Merdeka ini juga telah dijayakan dengan kerjasama daripada beberapa agensi penguatkuasaan di daerah Beaufort iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Beaufort, Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort dan Pejabat Penerangan Daerah Beaufort. Sebayak 9 buah kenderaan Majlis Daerah Beaufort yang dihias dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah telah berarak di sekitar kawasan pekan Beaufort di laluan sejauh 10km. 13
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 14 Potret Kenangan Sepanjang KONVOI MERDEKA MDB MDB Merakamkan potret kenangan bersama YB Datuk Pembantu Menteri sebelum pelepasan Konvoi Merdeka. MDB merakamkan potret kenangan bersama Agensi penguatkuasaan (PDRM dan Pasukan Polis Trafik) IPD Beaufort Perarakan KONVOI MERDEKA MDB di sepanjang Pekan Beaufort. 14
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 15 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 INTERCOASTAL CLEANUP 2023 & WORLD CLEANUPDAY 2023, PANTAI PIMPING MEMBAKUT 21 SEPTEMBER 2023 “Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Barulah mudah untuk kita bentuk dalam apapun imej yang kita kehendaki. Begitulah perumpamaannya apabila kita hendak mengajak masyarakat untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Peranan kita sebagai orang dewasa adalah melibatkan generasi muda sebagai penerus kepada kepimpinan yang akan datang agar generasi ini dapat menjiwai serta mencintai kelestarian alam sekitar.” Jaiping Minsu, Pegawai Tadbir Majlis Daerah Beaufort Pantai Pimping Membakut – Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada guru, pelajar sekolah, Ahli Jawatankuasa Kemasyarakatan yang mewakili komuniti di daerah Membakut dan kakitangan MDB telah berjaya melaksanakan Program Intercoastal Cleanup & World Cleanupday 2023 yang telah diadakan pada 21 September 2023 di Pantai Pimping Membakut, anjuran Majlis Daerah Beaufort. Program ini merupakan acara global yang diadakan serentak di seluruh dunia dan MDB telah memperakukan program ini sebagai salah satu acara tahunan yang telah dimasukkan di dalam takwim tahunan jabatan untuk dilaksanakan pada setiap tahun. MDB juga akan mengadakan program pembersihan pantai pada bulan September yang diadakan bersama-sama dengan kerjasama daripada kumpulan komuniti, NGO dan juga pelajar sekolah. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada kumpulan komuniti dan generasi muda berkenaan kepentingan menjaga alam sekitar terutamanya di kawasan pesisir pantai dengan harapan program ini akan dapat menyelamatkan kehidupan marin yang terdapat di lautan agar tidak pupus akibat daripada kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Program ini juga diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pihak yang berkepentingan untuk bersama-sama berganding bahu dalam usaha mengatasi masalah pencemaran di kawasan pantai dan lautan. 15
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 16 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM INTERCOASTAL CLEANUP 2023 & WORLD CLEANUPDAY 2023, PANTAI PIMPING MEMBAKUT 21 SEPTEMBER 2023 ”Andai kami dibentuk dengan akhlak yang baik pada hari ini, pasti kami akan dewasa untuk memimpin dengan amat baik pada hari esok. Selamatkan alam sekitar kita. Katakan TIDAK kepada PENCEMARAN ALAM. 16
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 17 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 AKTIVITI SEPANJANG INTERCOASTAL CLEANUP 2023 & WORLD CLEANUPDAY 2023, PANTAI PIMPING MEMBAKUT 21 SEPTEMBER 2023 Dianggarkan sekurang-kurangnya 1831 puntung rokok telah dikutip di pesisir pantai Pimping Membakut semasa pembersihan pantai dilakukan (Sumber : Bahagian Kesihatan MDB) Sampah yang dikutip akan diasingkan mengikut jenis dan akan ditimbang berat sebelum dilupuskan di tapak pelupusan sampah Majlis Daerah Beaufort. Sebanyak 24 karung sampah dengan berat keseluruhan 94.50 kg telah direkodkan sepanjang program Coastal Cleanup di Pantai Pimping Membakut dilaksanakan (Sumber : Bahagian Kesihatan MDB) 17
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 18 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 MAJLIS PENUTUPAN MINGGU INTEGRITI MAJLIS DAERAH BEAUFORT 22 SEPTEMBER 2023 “Integriti adalah jihad untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan cara yang betul sesuai dengan peraturannya dan tidak ada jalan pintas yang boleh menghalalkan cara dalam erti kata membelakangi peraturan untuk memudahkan sesuatu demi kepentingan diri sendiri. Integriti bukanlah sesuatu paksaan tetapi ia adalah satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh semua penjawat awam dan masyarakat.” YB Datuk Isnin bin Hj. Aliasnih Pembantu Menteri 1, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Dewan Dun Banir Beaufort - “Integriti perlu diterapkan di dalam jiwa semua penjawat awam, bukan sekadar dilafazkan secara lisan tetapi juga perlu dizahirkan melalui kelakuan yang baik sepanjang mengalas tanggungjawab yang telah diamanahkan.” Kata-kata ini dizahirkan oleh YB Datuk Isnin bin Hj. Aliasnih, Pembantu Menteri, KKT&P di dalam ucapan perasmian beliau sempena Majlis Penutupan Minggu Integriti MDB, yang berlangsung di Dewan Dun Banir pada 22 September 2023. Majlis Penutupan Minggu Integriti MDB telah berjaya menghimpunkan seramai 200 orang jemputan termasuklah Ahliahli Majlis MDB, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di daerah Beaufort dan kakitangan Majlis Daerah Beaufort. Majlis Daerah Beaufort telah mengadakan Minggu Integriti Peringkat jabatan yang telah berlangsung selama 5 hari bermula 18 September hingga 22 September 2023. Antara acara yang telah diadakan sepanjang minggu Integriti ini termasuklah perbarisan dan kawad kaki kakitangan MDB di bawah pimpinan Bahagian Penguat Kuasa MDB, Ceramah Integriti yang disampaikan oleh Tuan Jambri bin Ag. Damit (Pegawai Integriti) Bahagian Integriti dan Governas Negeri Sabah, ceramah Penyalahgunaan Dadah oleh Tuan Yusley bin Mining, Saringan Ujian Air Kencing dan sukaneka. MDB juga telah membuka Kaunter Hari Bertemu Pelanggan pada hari yang sama di Dataran Bagandang dan telah mengaktifkan hebahan awam berkenaan Sistem i-Adu bagi memudahkan orang awam menyalurkan aduan ke atas perkhidmatan Majlis secara terus kepada Unit Khidmat Pelanggan dan Pengurusan Aduan MDB untuk diambil tindakan. Program Integriti ini juga akan diadakan secara berterusan di peringkat jabatan sebagai salah satu inisiatif untuk memperkasakan nilai-nilai integriti kepada kakitangan MDB khasnya dan masyarakat umumnya. 18
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 19 Potret Kenangan Sepanjang Majlis Penutupan Minggu Integriti MDB Antara yang hadir - Ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan Kehadiran Kakitangan Majlis Daerah Beaufort LAFAZ IKRAR INTEGRITI diketuai oleh Encik Yuzeirul bin Ahmad Yusop Penolong Pegawai Penguat Kuasa Majlis Daerah Beaufort 19
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 20 KAUNTER HARI BERTEMU PELANGGAN MDB 22 SEPTEMBER 2023 DATARAN BAGANDANG MAJLIS DAERAH BEAUFORT Gambar 1 dari Kanan: Puan Norzaimi binti Awang, Pegawai Pengurusan Aduan MDB memberikan bimbingan kepada kakitangan yang bertugas di Kaunter Hari Bertemu Pelanggan berkenaan kaedah merekod aduan awam menggunakan sistem i-Adu. Turut kelihatan puan Dgku Norashiella binti Pg. Abu Bakar (3 dari kanan), Pengurus Aduan Awam di Bahagian Penguat Kuasa bersama-sama memberikan bimbingan kepada kakitangan yang terlibat. Kaunter Hari Bertemu Pelanggan telah menarik ramai pengunjung dalam kalangan orang awam yang telah menyalurkan pelbagai cadangan dan aduan ke atas perkhidmatan teras MDB untuk ditambahbaik dan diambil tindakan oleh pihak Pengurusan MDB . Pihak MDB juga telah mengambil inisiatif untuk menghebahkan serta memberi bimbingan kepada orang awam berkenaan penggunaan Sistem i-Adu yang boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat dalam menyalurkan aduan awam secara cepat dan berkesan. 20
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 21 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 MDB VT MENJUARAI KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP PARLIMEN BEAUFORT 08 OKTOBER 2023 MDB VT bersama piala dan hadiah kemenangan. Mohd. Shahreen (Libero MDB VT) menggenggam piala kejuaraan dan hadiah wang tunai kejohanan. Kg. Kerukan Kuala Penyu – MDB VT telah menjuarai Kejohanan Bola Tampar Tertutup Parlimen Beaufort, Piala YB Datuk Hajah Siti Aminah binti Hj. Aching, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia yang diadakan selama 2 hari bermula 7 hingga 8 Oktober 2023, bertempat di Gelenggang Bola Tampar Kg. Kerukan Kuala Penyu. Kemenangan ini telah melayakkan MDB VT untuk menjulang Piala Pusingan Kemenangan, wang tunai bernilai RM1,000.00 dan sijil penyertaan. Tahniah MDB VT! Tahniah MDB VT Gambar dari Kiri: Mohd. Faizul Saari (6 - Libero), Jursaman Majuan (8), Mohd Ezzat Zulhairie (4), Bakri Safwan (11), Mohd. Ainol Mohd Dun (Pegawai Eksekutif, MDB / Pengurus Pasukan), Adrian (10), Mohd. Shahreen Ismail (1 – Libero), Mohd. Azizi Ariffin (5), Mohd. Amirul Adlin Matsapri (7), Sulaiman Jamaluddin (3) dan Mohd. Ikhwan Monajah (2) 21
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 22 Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1445H / 2023M Peringkat Daerah Beaufort disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ruslan bin Muharam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Merangkap ADUN N.34 Lumadan. Beaufort – “Perpaduan Teras Malaysia Madani”. Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1445H / 2023M Peringkat Daerah Beaufort telah disambut pada 08 Oktober 2023 bertempat di Dewan Dun Banir Beaufort. Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Daerah Beaufort telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ruslan bin Muharam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, merangkap ADUN N.34 Lumadan. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YB Datuk Isnin bin Hj. Aliasnih, Pembantu Menteri 1, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, merangkap ADUN N32 Klias bersama-sama dengan YB Datuk Matbali bin Musah, Ahli Parlimen P.178 Sipitang. Dianggarkan lebih kurang 250 orang peserta dari 15 kontinjen yang telah menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W pada tahun ini yang terdiri daripada agensi kerajaan negeri dan persekutuan dan pelajar sekolah di daerah Beaufort. Perarakan yang diiringi dengan lantunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ini bermula dari Kompleks Sukan daerah Beaufort dan berakhir di Dewan Dun Banir Beaufort. . Turut kelihatan semasa perarakan Maulidur Rasul SAW (dari kiri : YB Datuk Matbali bin Musa, YB Datuk Haji Ruslan bin Muharam, YB Datuk Isnin bin Hj. Aliasnih, Tuan Mohd. Nazri bin Ajun dan Tuan Mohd. Ainol bin DSP Mohd. Dun. Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat daerah ini juga telah menyaksikan Majlis Daerah Beaufort dinobatkan sebagai johan bagi kategori Sepanduk Terbaik yang membawa pulang wang tunai bernilai RM500.00 dan sijil penyertaan. Hadiah kemenangan tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Haji Ruslan bin Muharam Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, merangkap ADUN N.34 Lumadan semasa majlis tersebut. Kemenangan pada tahun ini juga menyaksikan Majlis Daerah Beaufort sekali lagi telah berjaya mengekalkan kemenangan yang telah diperolehi sejak tahun 2019 sehingga kini bagi kategori Sepanduk Terbaik Sambutan Maulidur Rasul SAW. BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 MDB JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1445H / 2023M PERINGKAT DAERAH BEAUFORT 08 OKTOBER 2023 22
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 23 MDB JOHAN bagi Kategori Sepanduk Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1445H / 2023M Peringkat Daerah Beaufort BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 MAJLIS DAERAH BEAUFORT BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1445H / 2023M PERINGKAT DAERAH BEAUFORT 08 OKTOBER 2023 23
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 24 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 MAJLIS DAERAH BEAUFORT BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1445H / 2023M PERINGKAT DAERAH BEAUFORT 08 OKTOBER 2023 24
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 25 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 MDB DIBERI KEPERCAYAAN SEBAGAI HOST PROGRAM TINDAKAN BERSEPADU PBT DAN MASYARAKAT BENGKEL RESOLUSI I-HIJAU ZON 4 11 OKTOBER 2023 “Pihak Berkuasa Tempatan memerlukan peruntukan tambahan bagi menjayakan konsep i-Hijau yang berlandaskan pendekatan konsep infrastruktur hijau bagi mengurangkan kesan pulau haba. Sehubungan itu, pihak Kementerian akan memohon peruntukan tambahan sama ada kepada kerajaan negeri atau kerajaan pusat bagi memastikan program ini dapat direalisasikan dengan jayanya di peringkat Kementerian dan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Sabah khususnya bagi memastikan pelaksanaan program ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat di negeri ini secara keseluruhannya.” YB Datuk Isnin bin Hj. Aliasnih @ Liasnih Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah YB Datuk Isnin bin Hj. Aliasnih merasmikan Pusat Aspirasi Rendah Karbon (PARK) Majlis Daerah Beaufort yang terletak di belakang Dewan Pa’ Musa Beaufort. Turut kelihatan bersama-sama dalam acara Perasmian tersebut Tuan Mohd. Nazri bin Ajun, Pegawai Daerah Beaufort merangkap Pengerusi MDB (3 dari kanan), Puan LAr. Nurulhayati binti Awang More (Ketua Penolong Setiausaha (Landskap) KKT&P ), Tuan Mohd. Ainol bin DSP Hj. Mohd. Dun (2 dari Kiri), Tuan John bin Gensit Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu (2 dari kanan) dan Encik Yuzeirul bin Ahmad Yusop, Penolong Pegawai Penguat Kuasa MDB (1 dari kanan). Majlis Daerah Beaufort telah diberikan kepercayaan menjadi tuan rumah sempena Program Tindakan Bersepadu PBT dan Masyarakat Bengkel Resolusi I-Hijau Zon 4 anjuran Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang telah diadakan di Dewan Pa’ Musa Beaufort pada 11 Oktober 2023. Penganjuran program pada kali ini telah menghimpunkan 3 buah Pihak Berkuasa Tempatan Zon 4 iaitu Majlis Daerah Beaufort, Majlis Daerah Kuala Penyu dan Majlis Daerah Sipitang bersama-sama dengan Ahli-ahli Majlis PBT yang terlibat, UPPM, pegawai dan kakitangan agensi kerajaan dan swasta, NGO, pelajar sekolah dan masyarakat di daerah Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang. Peserta Bengkel juga telah didedahkan dengan agenda hijau melalui perkongsian ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu LAr. Puan Norlizah binti Mohd. Yusop, Pengarah Urusan Clouston Design (M) Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah Syarikat Perunding Seni Bina Landskap menerusi ceramah beliau yang bertajuk Way Forward. Pihak MDB juga telah berkongsikan pengalaman dalam usaha memperkasakan agenda Hijau di peringkat jabatan dengan pewujudan Pusat Aspirasi Rendah Karbon (PARK) yang telah disampaikan oleh Tuan Mohd. Ainol bin DSP Hj. Mohd. Dun sempena Bengkel tersebut. Konsep I-Hijau yang telah diadakan adalah berlandaskan kepada infrastruktur yang merangkumi pendigitalan lestari dan komponen hijau dalam penggunaan lampu solar dan sistem penuaian air hujan menerusi konsep 5R. Ianya selaras dengan hasrat pihak Kementerian dan pihak PBT ke arah membudayakan masyarakat rendah karbon seterusnya mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang lebih sejahtera. 25
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 26 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 POTRET SEPANJANG PROGRAM TINDAKAN BERSEPADU PBT DAN MASYARAKAT BENGKEL RESOLUSI I-HIJAU ZON 4 11 OKTOBER 2023 YB Datuk Isnin bin Hj. Aliasnih, Pembantu Menteri, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, menanam pokok sebagai simbolik Perasmian dataran Pusat Aspirasi rendah Karbon (PARK) Majlis Daerah Beaufort. LAr. Puan Norlizah binti Mohd Yusop Pengarah Urusan Clouston Design (M) Sdn. Bhd. melalui perkongsian ceramah bertajuk Way Forward kepada seramai 300 orang peserta bengkel sempena Program Tindakan Bersepadu PBT dan Masyarakat Resolusi I-Hijau Zon 4. Ahli Majlis (Majlis Daerah Beaufort, Majlis Daerah Kuala Penyu dan Majlis Daerah Sipitang), Pemimpin Masyarakat dari pejabat UPPM N32 Klias, N34 Lumadan, N31 Membakut, Ketua-ketua jabatan Negeri & Persekutuan dan kakitangan jabatan antara peserta yang terlibat dalam Bengkel Resolusi I-Hijau Zon 4. 26
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 27 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 AKTIVITI GERAI PAMERAN SEPANJANG PROGRAM TINDAKAN BERSEPADU PBT DAN MASYARAKAT BENGKEL RESOLUSI I-HIJAU ZON 4 DI DATARAN BAGANDANG MDB 11 OKTOBER 2023 Gerai Pameran 1: Kaunter Hasil Bergerak (MDB) sebagai inisiatif menggalakkan orang awam membayar Cukai Pintu & Lesen Operasi untuk mengurangkan tunggakan serta memudahkan orang awam membuat pembayaran cukai pintu dan Lesen Operasi. Gerai Pameran 2: PETHOPE – Syarikat NGO yang membeli minyak terpakai daripada orang awam untuk di kitar semula. Program ini menggalakkan orang ramai dan pengusaha premis makanan mengumpul minyak terpakai untuk dijual semula dan tiada lagi sisa minyak terpakai yang akan dibuang ke dalam longkang. Gerai Pameran 3: ECO FREE MARKET: MDB mengagihkan pakaian terpakai secara percuma kepada orang awam sebagai salah satu inisiatif menyokong kepada agenda SDG negara. Pakaian terpakai ini merupakan pakaian yang disumbangkan oleh orang awam yang dihantar secara terus di bangunan PARK MDB. Gerai Pameran 4: Rakan kolaborasi MDB dalam membekalkan peralatan solar Gerai Pameran 5: SK Pekan Spitang: Pelajar sekolah bersama guru pembimbing menyertai gerai pameran bagi mempromosikan produk yang dihasilkan dari bahanbahan kitar semula. Gerai Pameran 6: SK Lambidan Kuala Penyu merupakan rakan strategik MDB dalam program Kitar Semula. 27
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 28 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 AKTIVITI GERAI PAMERAN SEPANJANG PROGRAM TINDAKAN BERSEPADU PBT DAN MASYARAKAT BENGKEL RESOLUSI I-HIJAU ZON 4 DI DATARAN BAGANDANG MDB 11 OKTOBER 2023 Gerai Pameran 7: MDB telah membuka kaunter aduan bergerak dan memberi bimbingan kepada orang awam berkenaan penggunaan Sistem I-Adu yang telah dibangunkan oleh Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah dalam menyampaikan aduan secara cepat dan berkesan. Gerai Pameran 8: MDB menggalakkan orang awam untuk melesenkan anjing peliharaan masing-masing sebagai usaha untuk mengurangkan aduan anjing liar dan kawalan ke atas penularan wabak Rabies (Penyakit Anjing Gila). Gerai Pameran 9: Pengusaha IKS tempatan menjual hasil produk makanan kering sebagai usaha untuk menggalakkan masyarakat membeli produk makanan kering tempatan, meningkatkan hasil pendapatan seterusnya sebagai tarikan pelancong yang berkunjung ke daerah Beufort. Gerai Pameran 10: Jualan Madani yang membekalkan barang-barang makanan kering bagi memberi kemudahan kepada masyarakat untuk membeli barang-barang keperluan makanan dengan harga yang murah. 28 Gerai Pameran 10: Kaunter Bergerak SESB bagi memudahkan orang awam membuat semakan bil elektrik dan aduan berkenaan perkhidmatan SESB Cawangan Beaufort.
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 29 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 MDB MERANGKUL DUA ANUGERAH SEMPENA SEMINAR LANDSKAP KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN SABAH 31 OKTOBER 2023 MDB BERJAYA RANGKUL 2 ANUGERAH SEMPENA SEMINAR LANDSKAP, KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN SABAH YANG BERLANGSUNG DI SICC KOTA KINABALU Sabah International Convention Centre – Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja MDB kerana telah berjaya merangkul 2 anugerah Sempena Seminar Landskap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah iaitu Johan bagi Anugerah PBT Lestari dan johan bagi Anugerah Pejabat PBT Hijau. Kemenangan ini telah menyaksikan MDB berjaya membawa pulang wang bernilai RM10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit Malaysia) secara keseluruhan iaitu RM5,000.00 bagi setiap kemenangan berserta sijil. Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Joacim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang diterima oleh Tuan Mohd. Ainol bin Datuk Seri Panglima Hj. Mohd. Dun, Pegawai Eksekutif MDB. Turut hadir bersama-sama semasa majlis tersebut, YBhg. Datuk Dr. Jamili bin Nais, Setiausaha Tetap (gambar 2 dari kanan), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dan Encik Stenly Chong (gambar 2 dari kiri), Timbalan Setiausaha Tetap 1, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Syabas dan Tahniah. ‘Tahniah MDB JOHAN bagi Anugerah PBT Lestari Peringkat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah” ‘Tahniah MDB JOHAN bagi Anugerah Pejabat PBT Hijau Peringkat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah” 29
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 30 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF INSOU MDB BERJAYA MERANGKUL TEMPAT KEDUA ANUGERAH SEKTOR AWAM SABAH (iSAS) 2023 02 NOVEMBER 2023 Kumpulan Inovatif dan Kreatif INSOU MDB Melakar Sejarah di Pentas iSAS 2023 Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga MDB kerana telah melakar sejarah dinobatkan sebagai naib juara (Tempat Kedua) Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Sabah (iSAS) tahun 2023. KIK INSOU MDB yang dianggotai oleh seramai 10 orang ahli telah mempertaruhkan inovasi Sulap Heritech di pentas akhir pertandingan yang diadakan pada 14 Julai 2023 bertempat di Bangunan Menara Kinabalu Sabah. Pentas akhir ini menyaksikan persaingan sengit di antara Majlis Daerah Beaufort (inovasi Sulap Heritech), Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (inovasi Air Quality Monitoring in School (Aquams Project) ) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (inovasi Kerangka Kerja Pembangunan Pelancongan Berasaskan Komuniti Lestari (FCBET) ). Johan bagi Anugerah Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif Kategori Inovasi Sosial – Inovatif diungguli oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang membawa pulang wang kemenangan bernilai RM2,000.00 berserta sijil dan Majlis Daerah Beaufort INSOU MDB telah membawa pulang wang kemenangan bagi Tempat Kedua bernilai RM1,000.00 berserta sijil. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untung,JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, diiringi oleh Y.Bhg. Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran). Inovasi Sulap Heritech yang diilhamkan oleh KIK INSOU MDB merupakan salah satu inisiatif Kumpulan ini untuk meminimumkan perbelanjaan jabatan dalam mengurus kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih pondok landskap yang rosak disebabkan oleh bencana alam iaitu banjir yang sinonim dengan daerah Beaufort. Inovasi Sulap Heritech yang diperbuat daripada buluh merupakan pondok mudah alih dan mudah untuk di selenggara terutamanya semasa berlaku bencana banjir. Tahniah KIK INSOU MDB! 30
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 31 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF INSOU MDB BERJAYA MERANGKUL TEMPAT KEDUA ANUGERAH SEKTOR AWAM SABAH (iSAS) 2023 02 NOVEMBER 2023 Tahniah KIK INSOU MDB KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF INSOU MDB Gambar dari kiri : Mohd. Hafizul Alli Asan, Mohd. Azleey bin Hj. Nordin, Mohd. Shazrie bin Jalikal, Mohd. Nurikhqwan Shah bin Rimen, Tuan Mohd. Ainol bin Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun (Pegawai Eksekutif), Mohd. Shafiee bin Muhamad, Noraini binti Madin, Nurshahila binti Noor Sazali, Norhidayah binti Abd. Sanon, Nur Syahdatul Hikmah binti Sakari dan Nur Fathiah Chin Kin Fah @ Helmi Abdullah. Ahli KIK yang tiada dalam gambar : Mohd. Shahreen bin Ismail, Mohd. Faizul Saari, Mohd. Nazrie bin Jasli, Mohd. Asyraf bin Abdullah dan Welfred KIK INSOU MDB Bergambar bersamasama dengan Juri Penilai selepas Sesi Penilaian Projek Inovasi Sektor Awam Sabah (iSAS) 2023 pada 14 Julai 2023 d Bangunan Menara Kinabalu, Kota Kinabalu Sabah. 31
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 32 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 ROMBONGAN LAWATAN KERJA AHLI M AJLIS, MAJLIS DAERAH SUBIS, SARAWAK KE MAJLIS DAERAH BEAUFORT MENGERATKAN HUBUNGAN PERSAHABATAN DI ANTARA KEDUA-DUA PBT DI BUMI BORNEO 27 NOVEMBER 2023 27 November 2023 - MDB berbesar hati menerima kunjungan bagi Lawatan Kerja Ahli Majlis Daerah Subis, Sarawak ke Majlis Daerah Beaufort untuk mendapatkan perkongsian dan bertukar-tukar pandangan bagi memperkasakan lagi tadbir urus perkhidmatan sedia ada di kedua-dua PBT. Delegasi lawatan diketuai oleh Kaunselor Samli bin Tinggal, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Subis bersama-sama dengan 21 orang Ahli Majlis dan 3 orang pegawai pengiring yang merupakan pegawai kanan dari Majlis Daerah Subis. Rombongan delegasi telah diberikan penerangan berkenaan fungsi dan tanggungjawab Ahli Majlis Daerah Beaufort selaras dengan garis panduan yang telah dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah bagi membantu pihak Majlis dalam memperkasakan perkhidmatan MDB kepada masyarakat. Pihak MDB juga telah berkongsikan kaedah pembayaran cukai pintu dan pemberian diskaun sebanyak 5% kepada pembayar cukai pintu pada suku pertama tahun semasa bagi mengurangkan tunggakan serta meningkatkan prestasi kewangan semasa MDB. Rombongan ini juga, telah dibawa melawat ke Taman Herba dan Pusat Aspirasi Rendah Karbon (PARK) MDB yang merupakan salah satu inisiatif MDB dalam usaha menyokong agenda hijau dan mengurus dengan baik sisa buangan seperti e-waste, minyak terpakai, bahan buangan kitar semula (seperti plastik, kaca dan kertas) dan pengumpulan pakaian terpakai untuk diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan melalui program Eco Free Booth yang dijalankan oleh MDB bersama komuniti. Tuan Mohd. Nazri bin Ajun, Pegawai Daerah Beaufort, merangkap Pengerusi Majlis Daerah Beaufort berharap agar hubungan dua hala ini dapat diteruskan dalam menzahirkan pandangan yang berbeza dalam memperkasakan lagi perkhidmatan kedua-dua PBT sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Malaysia secara umumnya. Tuan Mohd Nazri juga berharap agar pihak MDB dapat melaksanakan lawatan balas ke Majlis Daerah Subis, Sarawak untuk mempelajari sesuatu yang baharu agar dapat dimanfaatkan dalam usaha menambahbaik perkhidmatan teras MDB yang sedia ada. 32
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 33 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 AKTIVITI SEPANJANG LAWATAN KERJA AHLI M AJLIS, MAJLIS DAERAH SUBIS, SARAWAK KE MAJLIS DAERAH BEAUFORT 27 NOVEMBER 2023 33
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 34 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 LAWATAN PENANDA ARAS SISTEM PENARAFAN BINTANG MAJLIS DAERAH KUALA PENYU KE MAJLIS DAERAH BEAUFORT 28 NOVEMBER 2023 28 November 2023 – Seramai 20 orang kakitangan Majlis Daerah Kuala Penyu (MDKP) yang diketuai oleh Tuan John Gensit, Pegawai Eksekutif, MDKP telah melaksanakan Lawatan Penanda Aras Sistem Penarafan Bintang Ke MDB bagi mendapatkan perkongsian berkenaan kaedah penyediaan dokumen bagi menghadapi SPB-PBT yang akan diadakan pada bulan Mac 2024. Lawatan Penanda Aras MDKP ke MDB dilaksanakan berdasarkan kepada prestasi dan pencapaian MDB yang telah diberi pengiktirafan 5 Bintang dalam SPB-PBT tahun 2023 bagi tahun penilaian 2022. Sepanjang Lawatan Penanda Aras ini, semua Ketua Bahagian dan Unit iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Kewangan, Bahagian Kejuruteraan & Pembangunan, Bahagian Penguat Kuasa, Bahagian Kesihatan dan Bahagian Perkhidmatan Bandar telah membimbing rombongan MDKP berkenaan kaedah MDB dalam menyediakan dokumen SPB-PBT yang lepas bagi memudahkan semakan dokumen oleh panel Inspektorat SPBPBT Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia. Di akhir Lawatan Penanda Aras ini juga pihak MDKP dan MDB telah mengadakan Perlawanan Persahabatan Badminton yang diadakan di dewan DSP Dun Banir sebagai simbolik persahabatan di antara kedua-dua PBT. Seluruh warga MDB mendoakan agar Penarafan 5 Bintang dapat dicapai oleh kedua-dua PBT dalam SPB-PBT yang akan diadakan pada Mac 2024 kelak. 34
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 35 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 AKTIVITI SEPANJANG LAWATAN PENANDA ARAS SISTEM PENARAFAN BINTANG MAJLIS DAERAH KUALA PENYU KE MAJLIS DAERAH BEAUFORT 28 NOVEMBER 2023 Sesi bimbingan penyediaan dokumen Sistem Penarafan Bintang yang telah dilaksanakan oleh pihak Majlis Daerah Beaufort. Perlawanan Persahabatan Badminton antara Majlis Daerah Kuala Penyu dan Majlis Daerah Beaufort. 35
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 36 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 MDB PENGANJUR BERSAMA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR LELAKI TERBUKA SABAH ANJURAN PERSATUAN BOLA TAMPAR DAERAH BEAUFORT 24 DISEMBER 2023 Dewan Pa’ Musa Beaufort – Persatuan Bola Tampar Daerah Beaufort dengan Kerjasama Majlis Daerah Beaufort telah menganjurkan Pertandingan Bola Tampar Lelaki Terbuka Sabah yang berlangsung selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Disember 2023 bertempat di dewan Pa’ Musa Beaufort. Penganjuran ini telah menyaksikan penyertaan sebanyak 16 buah pasukan dari seluruh negeri Sabah dan pertemuan di gelenggang akhir antara pasukan PERSEBAH dengan pasukan GAGIL yang berjaya mengungguli 3 set perlawanan dengan pungutan mata 25 – 23, 25 – 18 dan 25 – 17. PERSEBAH membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000.00, Trofi dan Sijil. Sementara pasukan GAGIL memenangi wang tunai bernilai RM2,500.00, Trofi dan Sijil, Pasukan Ke3 FAM JB dan ke-4 Pasukan AURA. Kejohanan yang diadakan pada kali ini juga mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila Dewan Pa’ Musa yang digunakan untuk melangsungkan kejohanan pada kali ini, merupakan dewan yang telah di naik taraf agar ianya sesuai digunakan bagi tujuan kegunaan Sukan Bola Tampar kepada manamana penganjuran kejohanan Sukan Bola Tampar yang akan diadakan selepas daripada kejohanan ini pada masa akan datang. Usaha ini juga sesuai dengan hasrat Majlis Daerah Beaufort yang juga merupakan penganjur bersama untuk menyediakan kemudahan awam yang boleh digunakan oleh masyarakat serta menyumbang kepada perkembangan sukan negara pada masa hadapan. 36
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 37 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 MDB PENGANJUR BERSAMA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR LELAKI TERBUKA SABAH ANJURAN PERSATUAN BOLA TAMPAR DAERAH BEAUFORT 24 DISEMBER 2023 37
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 38 BULETIN NADI MAJLIS DAERAH BEAUFORT BIL.2 / 2023 Gelari Pencapaian MDB 2023 38
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 39 39
BULETIN MAJLIS DAERAH BEAUFORT 40 40