BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun “Hayati Keberkatan Ramadan: MDB menyantuni anak-anak Yatim dan Pelajar Tahfiz berbuka puasa bersama” Berita Penuh di Muka Surat 8 ”APC Motivasi untuk Berdaya Saing M/S 9 ”60kg Botol Plastik , 85.5kg Botol Kaca Mendarat di PARK MDB Sempena Sambutan Hari Bumi SK Lambidan M/S 29 ”Program Rakan Taman Mensejehtarakan Penduduk Dalam Bandar” M/S 27 ”MBJ Pihak Pekerja Mengeratkan Silaturahim Melalui Program Ibadah Korban” M/S 30
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun AHLI-AHLI MAJLIS Majlis Daerah Beaufort Sesi 2022 - 2024 ZON N32 KLIAS Cr. Tuan Haji Mohd. Jali bin Nordin Naib Pengerusi Majlis Daerah Beaufort C. Tn. Haji Sabdin bin Marof CR. Ismail bin Masah Cr. Ali Hassan bin Sirin Pengerusi JK Pengindahan & Kebersihan Bandar Pengerusi JK Penguatkuasaan Pengerusi JK Undang-Undang Cr. Norzain @ Maimunah binti Anin Cr. Ajamain Cr. Duncan Pengerusi JK Kesihatan Awam Cr. Shahron @ Omar Cr. Siti Alijah binti Moktar Bin Osin 1
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun ZON N31 MEMBAKUT ZON N34 LUMADAN Cr. Tuan Hj. Yahya bin Ahmad Cr. Tuan Hj. Aminuddin Mohd. Cr. Teo Chee Fah Cr. Egol bin Onsim Pengerusi JK Undang-Undang Yaakob Cr. Muanam bin Majato @ Shafie bin Mujiarto Cr. Mohd Nazrin bin Mohd. Nazri Cr. Abd. Aziz @ Abd Lazis bin Pengerusi JK Pasar, Gerai & Tamu Lajim @ Ladzim Cr. Sophia binti Judneh Cr. Bibiyani binti Abd Adis 2
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun Tahniah Kepada Ahli Majlis MDB Selamat Menjalankan Tugas “BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT” 3
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun Program Agihan Bubur Kacang MDB Sempena Bulan Ramadan 1444H / 2023M 20 Mac 2023 – Taklimat dan Cabutan Undi Tapak Bazar Ramadan bagi kawasan Pekan Beaufort, Pekan Weston dan Gadong telah dilaksanakan di Dewan Pa’ Musa Beaufort bersama-sama dengan peniaga yang telah memohon untuk berniaga di tapak Bazar Ramadan. Program ini juga telah dijayakan bersama oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort yang bersama-sama memberikan taklimat berkenaan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan makanan yang dijual kepada orang awam terjamin kebersihan dan keselamatannya. Gambar (Kanan): Encik Mohd. Syeiful Hakim bin Hj. Ashroff, Penolong Pegawai Penguat Kuasa menyampaikan Taklimat berkenaan Peraturan dan aktiviti penguatkuasaan sepanjang tempoh bulan Ramadan kepada peniaga Bazar Ramadan. Gambar: Anggota Penguat Kuasa MDB membantu peniaga untuk menyemak nama melalui borang permohonan yang telah dikemukakan kepada pihak MDB bagi memudahkan proses cabutan undian lot tapak kelak. Para peniaga juga disarankan agar sepanjang tempoh menjalankan aktiviti berniaga di Bazar Ramadan, peniaga dinasihati agar sentiasa memastikan tahap kebersihan makanan dan sekitar lot tapak berniaga dalam keadaan bersih kerana operasi Bersepadu Bahagian Penguat Kuasa MDB, Bahagian Kesihatan MDB, Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort dan Unit Pelesenan akan diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti penyediaan makanan dan aktiviti niaga di Bazar Ramadan adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan. 4
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun “ YAKINLAH REZEKI ITU JAMINAN ALLAH ”Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.” (Surah At-Talaq ayat 2-3) 07 April 2023 – Sempena bulan Ramadan pada tahun ini, Majlis Daerah Beaufort telah mengagihkan sebanyak 2500 unit bubur kacang sempena Program Agihan Bubur Kacang kepada orang awam dan pengguna jalan raya di lokasi jalan Bakalau Beaufort. Agihan bubur kacang ini turut dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Beaufort dan Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort bagi membantu kelancaran peredaran lalulintas di kawasan tersebut. Program ini bermula seawal pukul 9.00 pagi yang melibatkan seramai 50 orang kakitangan MDB dan telah memasak sebanyak 12 kawah bubur kacang secara bergotong royong untuk diagihkan kepada 2500 orang awam yang melalui jalan Bakalau Beaufort. Program Agihan Bubur Kacang MDB ini juga telah dijadikan program tahunan yang akan dilaksanakan secara berterusan pada tahun-tahun yang akan datang. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi rezeki serta mengeratkan hubungan silaturahim di antara warga kerja MDB dengan orang awam. 5
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun Program Agihan Bubur Kacang MDB Sempena Bulan Ramadan 1444H / 2023M 6
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun 7
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun “HAYATI KEBERKATAN RAMADAN: MAJLIS DAERAH BEAUFORT MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM DAN PELAJAR TAHFIZ BERBUKA PUASA BERSAMA” 07 April 2023 – Seramai 110 orang anakanak yatim dan pelajar tahfiz telah diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa, Majlis Daerah Beaufort yang disempurnakan oleh YB Datuk Isnin bin Hj. Aliasnih, Pembantu Menteri, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang diadakan di Dewan Pa Musa Beaufort. Majlis ini juga turut dihadiri bersama oleh Ahli-ahli Majlis MDB dan Pemimpin di peringkat tempatan untuk bersama-sama meraikan anak-anak yatim dan pelajar Tahfiz. Majlis ini juga diadakan adalah bertujuan untuk menyuburkan keprihatinan dan rasa kasih kepada golongan asnaf, anak-anak yatim dan pelajar tahfiz untuk bersama-sama berkongsi rezeki serta untuk mendapatkan keberkatan di bulan Ramadan. MDB juga akan mengadakan program ini secara berterusan pada masa-masa akan datang sebagai pengisian untuk menghayati kemuliaan sepanjang bulan Ramadan. 8
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 10 Mei 2023 (Jumaat) Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang MDB telah diadakan pada 10 Mei 2023 di Dewan Pa’ Musa Beaufort. Majlis ini merupakan acara tahunan yang diadakan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun perkhidmatan tahun 2022. Seramai 4 orang warga MDB telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 15 orang lagi sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Terbaik dan 6 orang warga MDB diraikan dalam Majlis Jasamu Dikenang sebagai pesara dan telah berkhidmat di Majlis Daerah Beaufort melebihi tempoh 25 tahun dan ke atas. Majlis penyampaian Anugerah ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Isnin bin Hj. Aliasnih, Pembantu Menteri 1, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, merangkap ADUN N32 Klias. Turut hadir dalam Majlis tersebut YB Datuk Hj. Ruslan bin Muharam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N34 Lumadan, YB Datuk Matbali bin Musa, Ahli Parlimen P.178 Sipitang, YB Tuan Mohammad Mohamarin, Ahli Dewan Undangan Negeri N1 Banggi, Merangkap Pengerusi SAFMA dan Yang Berbahagia, Puan Asiah binti Ismail, Setiausaha Rendah (Operasi) Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Perkhidmatan Terbaik bagi tahun penilaian iaitu tahun 2022. Seluruh warga MDB juga mengucapkan selamat bersara kepada kakitangan yang telah berkhidmat di Majlis Daerah Beaufort, Jasamu Dikenang hingga ke akhir hayat. 9
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun SENARAI PENARIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG, ANUGERAH PERKHIDMATAN TERBAIK DAN JASA MU DIKENANG ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2022 1. Encik Lim Hock Shiong 2. Encik Mohd. Sharif bin Abdullah 3. Encik Zakaria bin Jawari 4. Encik Saramai bin Iman ANUGERAH PERKHIDMATAN TERBAIK TAHUN 2022 1. Puan Norzaimi binti Awang 2. Encik Lani bin Hj. Anson 3. Encik Apdullah bin Hj. Sapri 4. Encik Mohd Saharul Nizam bin Ag. Mohamad 5. Puan Saila binti Sabli 6. Puan Saidin bin Matkamin 7. Encik MohdShaffie bin Mohamad 8. Encik Nurikhqwan Shah bin Rimen 9. Encik Sakri bin Ali Basah 10. Encik Agku Zainal bin Pg Wahab 11. Encik Muhammad Zamimimy bin Miasin 12. Encik Calvin bin Jinis 13. Encik Herodes bin Jilen 14. Mohd. Sah bin Mohd. Bidin 15. Encik Rashid bin Nali JASAMU DKENANG 1. Encik A. Satria bin Ab. Samad Chieu - 01.07.2022 2. Encik Safli bin Sulaiman - 29.08.2022 3. Encik Kadir bin Gador - 14.08.2022 4. Encik Sulaiman bin kambal - 14.08.2022 5. Encik Buding @ Omar bin Ismail - 12.12.2022 6. Encik Rahmat bin Hj. Bustani - 22.12.2022 7. Encik Heyuh Yantiuh - 07.03.2023 8. Encik Aliasin bin Mikol - 09.05.2023 10
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun ALBUM SEMPENA MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG, ANUGERAH PERKHIDMATAN TERBAIK, JASA MU DIKENANG DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ENCIK LIM HOCK SHIONG Bahagian Kejuruteraan & Pembangunan ENCIK MOHD. SHARIF BIN ABDULLAH Bahagian Pentadbiran ENCIK ZAKARIA BIN JAWAIR Bahagian Perkhidmatan Bandar ENCIK SARAMAI BIN IMAN Bahagian Perkhidmatan Bandar PENERIMA APC BAGI TAHUN 2022 JASAMU DIKENANG 2022/2023 11
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun ANUGERAH PERKHIDMATAN TERBAIK 12
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun ANUGERAH PERKHIDMATAN TERBAIK 13
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun ALBUM KHAS APC, JASAMU DIKENANG DAN WARNA WARNI AIDILFITRI 14
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun 15
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun 16
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun 17
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun 18
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun 19
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun 20
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun 21
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun 22
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun 23
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun 24
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun 25
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun 26
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun ”PROGRAM RAKAN TAMAN MENSEJAHTERAKAN PENDUDUK DALAM BANDAR” BEAUFORT– Program Rakan Taman bagi 2 kawasan Taman Perumahan yang terpilih telah dilaksanakan secara berasingan selama 2 hari iaitu hari pertama diadakan di Taman Perumahan Taman Sri Panglima Beaufort 20 Mei 2023 dan hari kedua di Taman Perumahan Wawasan pada 21 Mei 2023. Program Rakan Taman di kedua-dua lokasi terpilih telah dijayakan dengan kerjasama penduduk Taman Perumahan dan komuniti KRT di kawasan tersebut. Dianggarkan seramai 80 orang penduduk yang terlibat bagi kedua-dua taman perumahan sepanjang program tersebut di adakan. Mohd. Ainol bin Mohd. Dun, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort telah menyerahkan peralatan berupa sebuah mesin rumput dan tong penyembur racun rumput kepada Pengerusi KRT Taman Sri Panglima dan Pengerusi KRT Taman Wawasan. Dalam pada itu, Mohd. Ainol berkata, Program Rakan Taman mampu menyemai kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menzahirkan sikap mencintai kehijauan kepada entiti kelestarian alam sekitar di kawasan masing-masing. Beliau juga berharap agar KRT di kedua-dua kawasan dapat mengaktifkan program-program kemasyarakatan terutama dalam usaha melestarikan alam sekitar di kawasan masing-masing. Program Rakan Taman juga dimanfaatkan dengan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan lapang, di kawasan masing-masing. Mengakhiri Program Rakan Taman di keduadua lokasi, Mohd. Ainol telah menanam pokok mangga di kawasan lapang Taman Perumahan Sri Panglima dan Taman Perumahan Wawasan sebagai simbolik kepada pelaksanaan Rakan Taman di kedua-dua kawasan. 27
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun AKTIVITI SEMPENA PROGRAM RAKAN TAMAN 28
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun ”SEKURANG-KURANGNYA 60KG BOTOL PLASTIK DIHANTAR KE PONDOK LESTARI MDB SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN LAMBIDAN” 22 Mei 2023 – Bersempena dengan Sambutan Hari Bumi SK Lambidan telah menghantar sebanyak 60kg botol plastik dan 85.5kg botol kaca ke Pondok Lestari Majlis Daerah Beaufort. Sesuai dengan Tema Sambutan Hari Bumi Tahun 2023 iaitu Invest In Our Planet Sambutan Hari Bumi merupakan salah satu usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran serta menggalakkan pengelibatan semua pihak untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Pihak MDB mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada SK Lambidan di atas kebersamaan pihak sekolah menunaikan tanggungjawab dalam usaha melestarikan alam sekitar. 29
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun MAJLIS DAERAH BEAUFORT, 30 JUN 2023 – Majlis Bersama Jabatan (Pihak Pekerja) MDB telah menganjurkan Ibadah Korban peringkat jabatan dengan tujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan kakitangan Majlis Daerah Beaufort termasuk kakitangan yang telah bersara. Sebanyak 2 ekor kerbau telah dikorbankan di perkarangan Taman Tasik Majlis Daerah Beaufort yang telah disempurnakan penyembelihannya oleh Tuan Imam Jalin bin Saramali, mantan Iman Daerah Beaufort. Daging korban telah diagihkan kepada kakitangan jabatan yang telah bersara, anak yatim dan golongan asnaf yang dikenal pasti melalui maklumat yang disalurkan oleh Bahagian Zakat dan Fitrah Cawangan Beaufort. Kerja-kerja penyembelihan, pembersihan dan pengagihan daging telah dilaksanakan secara bergotong royong oleh kakitangan Majlis Daerah Beaufort dan program tersebut diselitkan dengan kenduri kesyukuran yang diadakan di pejabat Majlis Daerah Beaufort. Program Ibadah Korban ini akan diteruskan sehingga ke tahun hadapan dan semoga amal ibadah ini akan diterima oleh Allah S.W.T dan menjadikan Majlis Daerah Beaufort sebagai sebuah organisasi yang sentiasa memelihara silaturahim dan ukhuwah sesama kakitangan dan masyarakat secara umumnya. 30
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun 31
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun Tahniah Pembayar Cukai Pintu MDB 2023 32
BULETIN NADI Majlis Daerah Beaufort Edisi 1/2023 Januari - Jun 33