The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yl442278, 2021-11-07 22:38:15

KEMAHIRAN MEMBACA DAN MEMBUAT NOTA

KEMAHIRAN MEMBACA DAN MEMBUAT NOTA

01

KEMAHIRAN
MEMBACA DAN
MEMBUAT
NOTA

TUGASAN 2

PENGENALAN

DEFINISI :

Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Nota menjadi bahan
rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.
Mencatat nota juga merupakan suatu seni .

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat
kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa. Melalui pembacaan, seseorang
mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat
diperolehi menerusi pengalaman biasa.

Mencatat nota diperlukan kerana kita tidak perlu mengingat
semua yang kita pelajari. Nota yang sistematik , tersusun
dan dalam bentuk yang menarik dapat meningkatkan daya
ingatan pelajar dan keberkesanannya dalam proses
pembelajaran.

KEPENTINGAN

Dapat menjimatkan Dapat memudahkan Dapat memberi
masa dan membuat proses mengingat. Nota galakkan kepada
ulang kaji ringkas dapat membezakan pelajar. Sebabnya ialah
terutamanya di saat antara fakta yang nota terdapat pelbagai
akhir peperiksaan. Hal penting serta yang bentuk dan pelajar tidak
ini dikatakan demikian kurang penting dan nota berasa bosan semasa
kerana nota dijadikan adalah rumusan penting mengulang kaji kerana
sebagai inti-pati bagi yang sebaik-baiknya kita nota yang dicatat adalah
setiap mata pelajaran. kuasai dan hafal. guna ayat sendiri.

1. KEMAHIRAN MEMBACA

2. BACAAN CEPAT

Teknik Sekilas (skimming) :
- Mata bergerak dengan cepat, melihat bahan bertulis untuk mendapatkan maklumat
dengan semerta.
- Tujuan untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi padat dan membuat pandangan
umum tentang bahan bacaan secara kasar.
- Contoh aktiviti ialah baca tajuk surat khabar
- Kebaikannya, seseorang akan mendapat banyak maklumat dan fakta dalam satu jangka
masa yang singkat.
Teknik Imbasan (scanning) :
- Mendapat maklumat yang lebih mendalam
- Tujuan untuk menjawab persoalan atau mencari isi penting dalam teks.
- Contoh aktiviti mencari jawapan dalam petikan yang diberikan.

3. BACAAN PERLAHAN

Teknik 3Q3R :
- satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat
yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
- SQ3R adalah singkatan bagi :
S (survey) - tinjau
Q (question) - soal/tanya
R (read) - baca
R (recite) - imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) - baca semula
Teknik KWLH :
- K (know) : apa yang telah diketahui
- W (want) : apa yang ingin diketahui
- L (learning) : apa yang didapati
- H (how) : bagaimana untuk mencari maklumat tambahan

4. KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA

5. PERKARA PENTING SEMASA MEMBUAT NOTA

6. CARA-CARA MEMBUAT NOTA

A. Annotation :

Nota yang ditulis dalam bentuk kerangka isi penting.

Bertujuan untuk mengenal pasti kandungan atau fokus tajuk yang dibincangkan.

Kebiasaanya menggunakan highlighter untuk menonolkan perkataan atai isi penting

yang dinyatakan.

B. Nota Rumusan :
Nota yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada teks yang
dibaca atau yang didengari tetapi bukannya ringkasan

C. Outline Notes
Disediakan dalam bentuk mata (point) dengan menggunakan perenggan,
nombor atau perkataan.
Menyenaraikan point dan subpoint.
Point Utama
fokus kajian/ isu keperihatinan
Subpoint
isu keperihatinan/ fokus kajian, tinjauan masalah dan analisis masalah
Guna frasa dan kata kunci
Boleh menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation

D. Column Notes
Kertas nota dibahagi kepada dua kolum
Tajuk dan subtajuk ditulis dalam kolum sebelah kiri dan huraian ditulis di sebelah
kanan.

04

ALAT-ALAT
BERFIKIR

Secara umumnya, penggunaan alat berfikir akan
dapat membantu pelajar untuk:



meningkatkan kemahiran berfikir
menyampaikan idea dengan lebih tersusun,
jelas dan mudah difahami
lebih mudah mengingat jika maklumat dapat
disusun dalam suatu corak yang sistematik
dan menunjukkan perkaitan konsep

1. PENGURUSAN GRAFIK

- Penggunaan borang grafik juga boleh disamakan dengan pengurusan grafik.

- Pengurusan grafik adalah melibatkan pola penyusunan yang mewakili hubungan antara

maklumat bagi sesuatu idea.

- Ia merupakan satu bentuk ilustrasi untuk melihat sesuatu idea dengan pemikiran yang

lebih sistematik, jelas dan berkesan.

2. PETA MINDA

- Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran, percambahan
fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi, dan penyelesaian masalah oleh para pendidik,
jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umum.
- Kebaikannya ialah membantu pelajar mengingat dengan mudah.
- Kelemahannya ialah terlalu ringkas, guna singkatan, bahasa atau perkataan tertentu.

Peta Minda Jenis Alir

Peta Minda Jenis Kitaran
Peta Minda Jenis Tulang Ikan

Peta Minda Jenis Pokok
Peta Minda Jenis Cabang

3. PEMETAAN (i-Think)

- Pemetaan merupakan suatu program yang bertujuan mempertingkat dan
memperbudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.
- Peta pemikiran dapat merangsang daya fikiran seseorang.
- Peta pemikiran juga merupakan salah satu cara mudah memahami sesuatu isu dengan
menggunakan pengurusan grafik yang sesuai dengan topik yang dipelajari.



4. TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI

- Kemahiran menyoal adalah alat perkembangan minda yang paling penting bagi seseorang.
- Tujuan menyoal:
· Mengenal pasti apa yang diketahui oleh pelajar
· Melibatkan pelajar dalam pelajaran
· Memberikan motivasi kepada pelajar
· Menimbulkan minat
· Memfokus kepada sesuatu
· Menggalakkan pemikiran
· Menggalakkan perbincangan
· Menjana pembelajaran kendiri
- Antara teknik menyoal aras tinggi adalah:

i. Kaedah sokratik
ii. Soalan bertumpu dan bercapah
iii. Lingkaran soalan

i. KAEDAH SOKRATIK

- Guru boleh mengemukakan pelbagai soalan kepada murid supaya dapat membantu

pelajar berfikir secara mendalam dan meluas.

- Hal ini kerana mereka sentiasa berfikir, menyusun dan menyedari pengalaman sendiri,

menjawab soalan dan seterusnya membuat kesimpulan.

- Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek, iaitu aras, skop dan fokus.

ii. SOALAN BERTUMPU DAN BERCAPAH

Soalan bercapah memerlukan kemahiran pemikiran peringkat tinggi, iaitu kreatif, kritikal
dan rasional. Soalan ini adalah berbentuk terbuka dan jawapannya lebih luas. Ia lebih
bersifat subjektif dan sesuai untuk menguji penaakulan dan pentafsiran. Contoh soalan:

Apakah pandangan anda terhadap perwatakan Hang Jebat?
Apakah akan terjadi kepada murid jika peperiksaan UPSR dimansuhkan?

Soalan beetumpu hanya memerlukan jawapan yang tetap. Sekiranya jawapan yang diterima
berbeza dengan apa yang dikehendaki, maka jawapan itu akan dianggap salah. Ia
berbentuk tertutup dan jawapannya adalah terhad. Soalan ini lebih bersifat objektif dan
sesuai menguji daya ingatan. Contoh soalan:

Apakah tema Hari Guru pada tahun 2019?
Apakah ibu Negara Malaysia?

iii. LINGKARAN SOALAN

- Diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983).
- Diperkenalkan di Malaysia oleh William W. Wilen (1994).
- Bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop-skop tertentu:

a) skop perkara (P)
b) skop individu (I)
c) skop luar individu (LI)

5. ALAT-ALAT CORT 1

- Digunakan oleh golongan pendidik Ialah Cognitive Research Trust (CoRT).
- Diperkenalkan oleh Edward De Bono.
- CoRT I merupakan asa bagi program ini dan bertujuan untuk memperluaskan pandangan
pelajar supaya lebih kreatif, konstruktur dan kritis.



a) CoRT 1 : PMI - Plus, Minus, Interesting (Baik, Buruk, Menarik)

Bertujuan melatih pelajar berfikir meluaskan pemikiran tentang sesuatu situasi. Pelajar
perlu mengelakkan dari beremosi dengan sebab untuk mengembangkan idea.

b) CoRT 1 : CAF - Consider All Factors (Ambil Kira Semua Faktor)

Bertujuan untuk melatih pelajar berfikir dan meninjau semua aspek bagi sesuatu situasi
dengan lengkapdan menyeluruh untuk mengelakkan mereka terlupa faktor penting dalam
tajuk.

c) CoRT 1 : C&S - Consequence And Sequel (Kesan Dan Akibat Daripada Kesan)

Bertujuan melatih pelajar berfikir dan menjangkakan perkara yang akan berlaku selepas
sesuatu cadangan dilakukan serta meramal kesan dan akibat keputusan.

d) CoRT 1 : AGO - Aims, Goals, Objektive (Tujuan, Matlamat, objektif)

Bertujuan melatih pelajar berfikir agar menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat
dicapai. Ini dapat membantu pelajar daripada melakukan sesuatu tidak berkaitan.

e) CoRT 1 : FIP - First Important Priority (Keutamaan)

Bertujuan untuk melatih pelajar berfikir dengan mendahulukan sesuatu perkara mengikut kepentingan
atau keutamaan.

f) CoRT 1 : APC - Alternatives, Possibilities, choices (Alternatif, Kemungkinan, Pilihan)

Bertujuan melatih pelajar berfikir berkenaan beberapa perkara serentak. Meminta pelajar menentukan
pilihan terbaik serta mengelakkan pelajar mempunyai pemikiran sehala.

g) CoRT 1 : OPV - Other People's Views (Pandangan orang lain)

Bertujuan melatih pelajar berfikir dengan mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat
keputusan. Untuk mengelakkan membuat keputusan yang hanya berfokuskan diri.

RUJUKAN

https://www.gpsbestari.com/tip/tip-belajar/8-bentuk-peta-i-think-ini-boleh-tingkat-kemahiran-
berfikir-1.481436
http://mahirkbkk.tripod.com/alat.htm
https://www.slideshare.net/kamalslaw/kemahiran-mengambil-dan-membuat-nota
https://www.academia.edu/8385507/KEMAHIRAN_MEMBACA
https://kemahiranmembuatnota19.blogspot.com/2019/09/bab-5-kemahiran-membuat-nota.html
https://faizalbmm3105.weebly.com/kemahiran-membaca.html

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version