7.0 RUMUSAN
Pendidikan Lestari Alam Sekitar yang harus dicapai oleh SK Felda
Sebertak pada tahun 2021/2022 Melalui Pendidikan Lestari Alam Sekitar
ini, diharapkan akan dapat melaksanakan pendidikan yang menerapkan
unsur alam sekitar secara berterusan melibatkan semua murid di SK Felda
Sebertak melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran alam sekitar
merentasi kurikulum, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum serta projek-projek
penghijauan yang dijayakan oleh seluruh warga sekolah SK Felda Sebertak
termasuk PIBG.
Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap serta amalan dalam
kalangan warga sekolah SK Felda Sebertak dan komuniti setempat.
Mempertingkatkan kualiti persekitaran sekolah SK Felda Sebertak dengan
memastikan kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah adalah pada
tahap yang tinggi pada setiap masa dan kesannya wujud suasana
persekitaran sekolah yang harmoni dan selesa .
Kami Warga SK Felda Sebertak amat berbangga dan menghargai kerana
terpilih menyertai pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar.
Kami berikrar dan akan berusaha kearah mencapai matlamat sekolah
lestari dan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak samada badan
kerajaan dan swasta agar matlamat ini mencapai kejayaan.
PANTUN ALAM SEKITAR
SK SEBERTAK SEKOLAH CERIA,
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN POLISI UTAMA,
ALAM YANG INDAH SEGAR UDARA,
BERSIH DAN INDAH DIPANDANG MATA.
MENYUSURI HARI HINGGA KE SENJA,
KEMBARA ALAM TENANG SUASANA,
SEKOLAH LESTARI DIPUPUK BERSAMA,
ALAM SEKITAR DIJAGA SENTIASA.
CANTIK SUNGGUH GADIS RUPAWAN
MENJADI TARIKAN ZAMAN BERZAMAN
JIKA PENCEMARAN TERUS DIABAIKAN,
MUSIBAH DAN BENCANA JADI TARUHAN .
BERKICAU BURUNG MERDU SUARA,
FLORA DAN FAUNA HABITAT BERBEZA
PENCEMARAN ALAM DI AMBIL CAKNA
AGAR BUMI SENTIASA TERPELIHARA