PELAJARAN WANITA SURI TELADAN UMAT
23
(SIRAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
SAIDATINA KHADIJAH RA PERMAISURI HATI NABI SAW
RIWAYAT HIDUP.
NAMA Khadijah binti Khuwailid.
SEBENAR Bangsawan Quraisy daripada suku bani Asad.
KETURUNAN
GELARAN Thahirah bermaksud suci maruah diri.
Berkahwin dengan Rasulullah SAW pada usia 40 tahun dan
PERKAHWINAN dikurniakan enam orang cahaya mata, iaitu Qasim, Abdullah,
Ruqayyah, Zainab, Ummu Kulthum dan Fatimah.
KERJAYA Tokoh perniagaan yang kaya dan berjaya.
KEISLAMAN Orang pertama yang menerima Islam.
KEWAFATAN Tahun ke-10 kerasulan pada usia 65 tahun.
SIFAT UTAMA SEORANG YANG BIJAK Beliau merujuk seorang yang berilmu
BERTINDAK iaitu Warakah Bin Naufal serta
memberikan kata-kata semangat
MEMPUNYAI SEMANGAT kepada Rasulullah SAW ketika baginda
PENGORBANAN YANG menerima wahyu pertama di Gua
TINGGI Hira’.
Banyak hartanya digunakan untuk
membantu umat Islam pada awal
Islam, termasuklah keluarga Bani
Hashim semasa dipulau oleh Musyrikin
Quraisy. Pada saat kematian beliau,
keseluruhan hartanya telah
dibelanjakan ke jalan Allah SWT.
Kata-kata Saidatina Khadijah yang menenangkan hati ketika Rasulullah SAW menerima wahyu pertama:
“Bergembiralah! Demi Allah Dia tidak akan merendahkanmu. engkau menjalinkan silaturahim, jujur dan
amanah, menanggung angota keluarga yang kekurangan, menjamu para tetamu dan membantu orang
yang ditimpa musibah.”
13
SUMBANGAN.
Saidatina Khadijah RA sentiasa bersama dengan suami tercinta.
Beliau memberi sokongan penuh dalam semua tindakan Rasulullah SAW.
Sebagai contoh, beliau menyediakan bekalan kepada Rasulullah SAW sewaktu di Gua
Hira’.
Saidatina Khadijah RA menjadi pendorong dan penyokong perjuangan Rasulullah
SAW menyebarkan dakwah Islam.
Saidatina Khadijah RA telah membelanjakan semua hartanya untuk Islam. Beliau
membantu orang yang kesusahan dengan hasil perniagaannya.
Bertindak dengan bijak.
Mendermakan harta di jalan Allah
SWT.
IKTIBAR Kita hendaklah Suka membantu.
Istiqamah memperjuangkan agama
Islam.
Sentiasa menyokong anggota keluarga
yang berdakwah di jalan Allah SWT.
Daripada Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Sebaik-baik wanita pada zamannya ialah Maryam binti Imran dan Khadijah binti Khuwailid.”
(Mutaffaq Alaih)
14
SAIDATINA AISYAH RA SRIKANDI ILMU
RIWAYAT HIDUP.
NAMA Aisyah binti Abu Bakar.
SEBENAR Bangsawan Quraisy daripada suku bani Taimi.
KETURUNAN
GELARAN As-Siddiqah yang bermaksud wanita yang berkata benar
PERKAHWINAN al-Humaira’ (putih kemerah-merahan).
Berkahwin dengan Rasulullah SAW pada bulan Syawal, 3 tahun
sebelum hijrah.
KEWAFATAN Tahun 58 hijrah pada usia 67 tahun.
SIFAT UTAMA CERDAS DAN PINTAR Saidatina Aisyah RA mendapat didikan
SABAR DAN TABAH daripada ayahandanya dan daripada
PEMURAH DAN LEMBUT HATI Rasulullah SAW. Beliau rajin bertanya dan
selalu mengikuti majlis ilmu Rasulullah
SAW.
Antara ilmu yang dikuasainya termasuklah
al-Quran, hadis, Bahasa Arab, syair dan
perubatan.
Apabila difitnah oleh golongan munafik
dalam peristiwa Hadis al-Ifk. Beliau
berserah diri kepada Allah. Akhirnya turun
ayat al-Quran membersihkan Saidatina
Aisyah daripada fitnah tersebut.
Saidatina Aisyah RA sangat dermawan.
Beliau suka bersedekah apa sahaja yang ada
di tangannya. Beliau pernah memberikan
sebiji kurma kepada seorang wanita
bersama dengan dua orang anaknya,
sedangkan itu sahajalah makanan yang
beliau ada.
ALLAH MEMBERSIHKAN SAIDATINA AISYAH DARIPADA FITNAH
ﭐﱡﭐ ﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅ ﱇﱆ ﱈ ﱉ ﱊ ﱌﱋ ﱍ ﱎ ﱏ ﱑﱐ ﱒ ﱓ ﱔ ﱕ ﱖ ﱗ ﱙﱘ ﱚ ﱛ ﱜ
١١ :ﱝ ﱞ ﱟ ﱠ ﱡ ﱠ النور
Maksud : Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu ialah segolongan daripada kalangan kamu, janganlah
kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan berita itu baik bagi kamu. Setiap orang antara
mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu…
15
SUMBANGAN. Rasulullah SAW dalam pelbagai
1. Meriwayatkan tidak kurang daripada 2210 hadis
bidang.
2. Tempat rujukan para sahabat dan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW
terutamanya dalam hal kewanitaan dan kekeluargaan.
3. Pakar dalam pelbagai bidang ilmu antaranya termasuklah ilmu al-Quran , hadis,
fiqah terutamanya fiqah kewanitaan, Bahasa Arab dan syair.
IKTIBAR Kita hendaklah Belajar bersungguh-sungguh sehingga
menjadi pakar dalam bidang yang
dipelajari.
Bersabar dan berdoa serta berserah
diri kepada Allah SWT.
Bersedekah dan suka membantu.
‘Urwah berkata kepada Saidatina Aisyah:
“Ilmu pengetahuanmu yang luas tidak menghairankan saya kerana dirimu isteri Rasulullah SAW
dan anak kepada Abu Bakar.”
(Ahmad)
16
SAIDATINA FATIMAH RA RATU SYURGA
RIWAYAT HIDUP.
NAMA Fatimah binti Muhammad SAW.
SEBENAR Az-Zahra’ yang bermaksud putih berseri-seri.
GELARAN
PERKAHWINAN Berkahwin dengan Saidina Ali RA.
NAMA ANAK Hassan, Hussin, Zainab dan Ummu Kulthum.
Puteri bongsu Rasulullah SAW dan Saidatina Khadijah RA.
KEDUDUKAN Kanak-kanak perempuan pertama menerima Islam.
DALAM
KELUARGA
KEISLAMAN
KEWAFATAN 6 bulan selepas kewafatan Rasulullah SAW pada usia 28 tahun.
KASIH DAN TAAT KEPADA Selain menyokong usaha dakwah,
AYAHANDANYA beliau juga mengurus makan dan
minum ayahandanya selepas kematian
SIFAT UTAMA REDA DAN TABAH . ibunya sehingga digelar “Ummu
Abiha” yang bermaksud “ibu kepada
TERHADAP PERKARA YANG ayahnya”.
BERLAKU PADA ANGGOTA Saidatina Fatimah reda dengan dugaan
yang dihadapi oleh Rasulullah SAW dan
KELUARGANYA tabah menghadapi kehidupan yang
serba kekurangan.
Pada suatu ketika Saidina Ali RA meminta Fatimah RA berjumpa Rasulullah SAW untuk mendapatkan
pembantu rumah. Nasihat Baginda, “Inginkah kamu berdua aku tunjukkan perkara yang lebih baik
daripada pembantu rumah? Maka sebelum tidur bacalah Allahu Akbar, Subhanallah dan Alhamdulllah
sebanyak 33 kali.
(Muslim)
SIFAT CAKNA FATIMAH RA TERHADAP AYAHANDANYA
Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang sujud menunaikan solat di Ka’abah, orang Musyrikin telah
meletakkan uri unta ke atas badan Baginda. Lalu Fatimah membersihkan Baginda daripada kotoran
terebut.
17
SUMBANGAN
1. Pendorong kepada Rasulullah SAW ketika ditentang oleh kafir Quraisy .
2. Mengambil berat terhadap ayahandanya dengan memberi khidmat bakti dalam
menyediakan keperluan harian.
3. Berjaya mendidik anak-anaknya menjadi muslim yang soleh .
IKTIBAR Kita hendaklah Menjadi anak yang soleh dan
solehah.
Berkhidmat kepada ibu bapa di
rumah.
Mendorong mewujudkan keluarga
yang mentaati Allah SWT.
بوغسو: ب أ أم أبيها: أ
Fatimah puteri تابه مغهادفي: ت Fatimah menjaga
bongsu Rasulullah makan minum
Tabah menghadapi ayahnya.
SAW. dugaan hidup.
18
SAIDATINA SUMAYYAH RA SAYYIDATU SYUHADA
(PENGHULUWATI PARA SYAHID)
RIWAYAT HIDUP.
NAMA Sumayyah binti Hubbat.
SEBENAR Bekas hamba kepada Abu Huzaifah Al-Makhzumi.
STATUS
PERKAHWINAN Berkahwin dengan Yasir bin ‘Amir. Anaknya bernama ‘Ammar.
KELEBIHAN Wanita pertama yang mati syahid.
KEISLAMAN Keluarga Sumayyah antara golongan terawal memeluk Islam.
KEWAFATAN Disula dengan tombak oleh Abu Jahal.
Daripada Uthman r.a. baُةhََّنaْْلw اa ْمRدُكaَsاعuْوlمuَ llَنaّ hفاإ S،.Aس ٍر.اWيا. bersabda:
) البيهقي، الطَبانى،(الحكم َصًَْبا آَل،َصًَْبا
Maksud : Bersabarlah keluarga Yasir, sesungguhnya tempatmu syurga.
SIFAT UTAMA KESABARAN YANG TINGGI Sumayyah dan anggota keluarganya
DALAM MEMPERTAHANKAN disiksa dengan kejam di tengah
kepanasan padang pasir. Sumayyah dan
AQIDAH ISLAM keluarganya dipaksa untuk kembali
kepada agama asal mereka tetapi
mereka tetap beriman kepada Allah
SWT. Sumayyah akhirnya mati disiksa
oleh Abu Jahal manakala suaminya
syahid akibat disiksa.
‘Ammar pula terus bertahan walaupun
disiksa dengan pelbagai cara sehingga
akhirnya dia terpaksa berpura-pura
mengikut kehendak kafir Quraisy.
19
SUMBANGAN agama Islam.
1. Menjadi contoh dalam mempertahankan
2. Sanggup menggadaikan nyawanya demi Islam.
3. Memberi imej yang baik dalam memperjuangkan aqidah Islam.
IKTIBAR Kita hendaklah Menghargai aqidah dan iman.
Memelihara iman daripada perkara
yang boleh merosakkannya.
Tegas menegakkan kebenaran.
Bercita-cita untuk mati syahid.
RUKHSAH DALAM PENYATAAN IMAN KETIKA DITINDAS.
ﭐﱡﭐ ﱭ ﱮ ﱯ ﱰ ﱱ ﱲ ﱳ ﱴ ﱵ ﱶ ﱷ ﱸ ﱹ ﱺ ﱻ ﱼ ﱽ
١٠٦ :ﱾ ﱿ ﲀ ﲁ ﲂ ﲃ ﲄ ﲅ ﱠ النحل
Firman Allah yang bermaksud: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman
(maka baginya kemungkaran dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa
(melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman.
20