NOTA
TUANCEO
MUADZAD SHAHROM
PROLOG
Syukur ke atas Nama Mu Ya Allah yang
memberikan peluang kehidupan kepada saya.
Sesungguhnya, tiada daya selain daripada mu.
Terima kasih juga kepada insan paling mulia di
dunia ini Rasullullah S.A.W atas kasih sayang yang
diberikan kepada umat manusia sehingga kami bisa
memandu kehidupan di dunia ini.
Setinggi-tinggi terima kasih ke atas doa kalian
yang selama ini menyokong perjuangan saya dalam
industri pembangunan diri. Tidak lupa juga ucapan
terima kasih kepada Muhasip bin Haji Ruman serta
Eramah Binti Haji Rukut atas sokongan dan doa
yang tidak pernah putus. Juga, Terima kasih kepada
Mertua saya yang sentiasa tenang Rashidee Bin
Marujin yang menyokong saya. Ucapan juga kepada
Adik beradik saya Shahirazan Binti Muhasip,
Mazhair Shahroz Muhasip dan Arnie Shartinie
Muhasip dan Arwah Eka Yasmin Firzana Binti
Muhasip yang menjadi sumber inspirasi saya.
Jutaan terima kasih kepada isteri tersayang
Fauzianah Rashidie dan anak kami Muhammad
Islam Bin Muadzad Shahrom yang memberikan
kekuatan kepada saya sehingga saat ini.
Saya tidak melupakan mereka yang pernah hadir
dalam diri saya yang selama ini juga menyokong
dengan apa yang saya mahukan. Nasihat dan
teguran daripada kamu adalah kunci kejayaan saya
selama ini. Hanya Allah S.W.T yang mampu
membalas jasa dan kebaikan yang kamu lakukan
selama ini.
MUADZAD SHAHROM MUHASIP
Dilahirkan pada 18 Nov 1984 di
Kota Kinabalu. Pernah terlibat
dengan kemalangan jalan raya
yang mengakibatkan kehilangan
keupayaan tangan kanan.
Namun, berjaya bangkit daripada
kekurangan dan sekarang
menjadi seorang Trainer yang diiktiraf oleh Pembangunan Sumber
Manusia serta seorang Coach Neuro Linguistic Program.
Banyak terlibat dalam pembanhunan sumber manusia dan
membantu banyak individu yang pernah kecundangan dalam
kehidupan, perniagaan, kerjaya dan hubungan
MOTIVASI DIRI
' Saya lihat gambar ini menceritakan
cerewet, perfections dan firm'
.
Seorang pelukis jalanan yang pertama kali
berjumpa melukis gambar ini meletakkan emosi
dalam lukisannya. Nilai yang diberi itu sama
dengan apa yang ada dalam diri saya ketika
gambar itu di ambil. Nilai yang orang lain
nampak dalam diri saya
.
Saya tidak kenal pelukis itu dan pelukis itu pun
tidak kenal saya.
.
Ketika ini saya baru habis mempengerusikan
sebuah mesyuarat yang agak tegang dan
perlukan keputusan yang drastik.
.
Jangan ikut nilai diri saya..tanya apa nilai kamu.
#TuanCEO
#NotaTuanCEO
' Buang yang tidak perlu untuk bentukkan
apa yang anda mahu'.
.
Patung terkenal David yang diukir oleh
Micheal Angelo ini adalah ukiran yang
hampir sempurna.
.
Micheal Angelo mengambil sebuah batu
biasa yang besar dan buang batu yang tidak
perlu untuk hasilkan ukirannya.
.
Dia hanya buang perkara yang tidak perlu
untuk dapatkan apa yang sepatutnya dia
perlu dan dia cantikkan perkara yang perlu
itu untuk nampakkan sesuatu yang indah.
.
Dapat sesuatu..
.
#TuanCEO
#NotaTuanCEO
' Saya mahu main bola, boleh?..boleh
sudahkah?. Masih belum boleh kau ni'.
.
Saya bukan mahu kembali boleh bermain seperti
dulu.jauh sekali..saya cukup sedar setelah 8 bulan
kemalangan yang ambil nikmat hobi saya.
.
cuma saya hanya mahu tengok sejauh mana
sistem kepercayaan saya terhadap diri saya itu
betul.
.
Memang betul.
.
Saya percaya diri saya boleh lakukan.walaupun
persekitaran saya tidak berfikir sedemikian.
.
Boleh...
.
Kepercayaan kepada diri sendiri lebih utama
banding kepercayaan daripada orang lain.
.
#TuanCEO
#NotaTuanCEO
Dulu saya adalah orang yang berdiri
dibelakang pentas untuk pastikan acara
berjalan lancar.
.
Sekarang, saya berada di hadapan pentas
untuk pastikan audience merasakan sesuatu
majilis itu.
.
Then kembali lagi ke belakang pentas..
.
Hidup perlu ada flexibility.
Jangan ikut sifat besi yang keras dan ampuh
tetapi bila dilenturkan ianya bengkok tidak
kembali ke asal atau pun patah tidak
bersambung.
.
Maka ikutlah sifat getah yang ikut saja bentuk
daripada persekitarannya yang dilentur
membentuk dan akan kembali ke bentuk
asal.
.
Kena di hati?..
.
#tuanCEO
#NotaTuanCEO
'Saya lakukan untuk anak saya.anak saya
sudah tiada mama'
.
Pernah hidup seperti kita tapi diuji dengan
kekurangan apabila mengalami minor strok
tangan kiri. Saya melihat dirinya seperti saya
melihat diri saya. Dulu yang gembira,
bertukar menjadi sedih dan malu.
.
Saya bantu yang mampu untuk pecahkan
batu besar dalam mindanya agar menjadi
serpihan pasir yang hanya akan menempel
bila perlu.
sama seperti saya dahulu.
.
Ilmu yang dipinjam membantu saya untuk
bangkit dan terus melompat.juga, orang
yang mahu sama melompat tinggi.
.
#TuanCEO
#NotaTuanCEO
Berapa ramai sedar saya dulu seorang yang
normal tapi sekarang saya seorang yang
cacat?.
.
Persepsi orang lain dengan saya adalah sama
dengan persepsi saya terhadap diri saya.
.
Struggle kan..
.
#tuanCEO
#NotaTuanCEO
'Tidak perlu risau tentang saya.saya masih
ada Allah'.
.
Apa yang kau ada, tidak akan kekal.tangan
terbaik dan kaki terbaik yang pernah saya ada
sekarang menjadi tangan dan kaki yang paling
lemah pernah saya ada.
.
Kita akan menjaga diri kita dengan anggota yang
paling kuat. Kerana itu, Saya belajar bagaimana
menjaga diri saya dengan melatih tangan dan
kaki saya yang lemah untuk menjadi anggota
terbaik membantu saya dalam kehidupan.
.
Pertama kali saya makan menggunakan tangan
kiri, semua nasi jatuh ke bawah.menulis nama
saya menggunakan tangan kiri, saya berpeluh
dan penat.
.
Hanya alasan yang kita maknai saja menghalang
untuk kita melakukan perubahan.
.
Boleh anda kurangkan alasan dan lebihkan
tindakan?.
.
#tuanCEO
#NotaTuanCEO
[THE AVENGERS]
.
Setiap kita ada superhero yang kita mahu
bersama-sama. Superhero kadang boleh
tingkatkan keyakinan dan keupayaan kita.
.
Superhero yang terhebat adalah I MAN.
Superhero yang betul2 menjaga kita.
Superhero yang membimbing kita.
.
Dan superhero itu ada dalam diri kita.
Cuma perlu dikeluarkan.
Di cetuskan
Dan di gerakkan.
.
AWAKEN THE GIANT WITHIN - Tonny
Robbins
.
#tuanCEO
Apabila anda ada masalah, susun masalah tu
ikut kesegeraan dan kepentingan. Susun
dengan SABAR.
#compas #tuanCEO
4 perkara perlu seimbang dalam hidup.
Fizikal, sosial,mental & legasi.
Kurang 1, hidup anda akan lompang.
#compas #tuanCEO
Masalah.
Kalau kita sedar diri, masalah itu akan
nampak kecil dan nikmat itu sangat luas.
#TuanCEO
Ilmu boleh di manpulasi dalam kehidupan.
syaratnya, zero perceptions.
#tuanCEO
BIARKAN APA YANG ORANG KATAKAN.KITA
TAHU APA YANG KITA MAHU. DAN KITA
TAHU APA YANG PERLU KITA LAKUKAN.
.
Jangan biarkan orang lain wujudkan persepsi
kita sehinggakan kita tidak boleh bertindak.
.
#TuanCEO
Kenapa Berlian tu bernilai?.
Berlian terbentuk dari TEKANAN.
Assalamualaikum dan ceria selalu..
.
#TuanCEO
Belajarlah daripada orang yang
mengamalkan ilmunya. Ilmu tanpa amal
bongkak.
Amal tanpa ilmu sesat.
#P_O_E
#Total_Learning
Ramai orang tahu hidup tapi tidak tahu hidup
untuk apa.ramai orang tahu makna hidup tapi
tidak tahu kehidupan bermakna.
#TuanCEO
Berilmu.
Adalah kebebasan.ilmu membawa anda
daripada tidak menjadi hamba kepada
keindahan dan keseronokan dunia.
#tuanCEO
Anda belajar mahu menjadi tuhan atau mahu
bertuhan?
#Total_Learning
Mahukan dunia yang luas,fikir tentang
kebaikan dan kelebihan diri anda
#Coach_Zad
'Apa' adalah soalan untuk Intelligence
Quotient (IQ)
'Kenapa' adalah adalah soalan Emotional
Quotient (EQ)
#TuanCEO
Cari dan jelas 'hot button' dalam kehidupan
anda.once anda tekan button itu,anda akan
ubah kehidupan anda.
#TuanCEO
3 soalan untuk ubah diri dan kehidupan
anda.
APA
KENAPA
BAGAIMANA
#TuanCEO
BAGAIMANA.
Anda akan fokus TINDAKAN anda terhadap
sesuatu perkara.anda akan jelas dengan apa
yang anda perlu lakukan.
KENAPA.
Adalah soalan untuk tahu NILAI anda kepada
perkara itu.
Akan buat anda melakukan sesuatu dengan
bersebab.
APA.
Soalan untuk anda sedar dan fokus dengan
perkara..anda tahu apa yang anda hadapi.
#TuanCEO
Kenapa semakin berilmu semakin
sombong?.dia hanya tahu menjawab
persoalan APA. tapi soalan KENAPA dan
KEPADA SIAPA tidak terjawab.
#TuanCEO
Soalan adalah explore diri anda.biasanya
orang marah bila di soal sebab dia tidak
pernah berfikir tetapi lebih membuat
andaian.
#TuanCEO
Kita mampu buat perkara kita impikan.kita
mampu buat perkara yang kita fikirkan.tiada
kekangan selain kekangan dalam MINDA kita.
#TuanCEO
Kita mampu buat perkara kita impikan.kita
mampu buat perkara yang kita fikirkan.tiada
kekangan selain kekangan dalam MINDA kita.
#TuanCEO
PERUBAHAN
Hanya akan berlaku sekiranya pintu dalaman
diri dibuka.
Mengubah diri,perlu ubah dalaman
diri.bukan ubah luaran diri.
#TuanCEO
Manusia dilahirkan semuanya berbeza.tiada
yang akan sama.keperluan setiap manusia
adalah berbeza.
#TuanCEO
Anda mesti SEDAR dan FOKUS apa yang
anda lakukan.agar anda menghayati dan
bersedia segala kemungkinan yang berlaku.
#TuanCEO
7 STEPS TO CHANGES YOUR LIFE.
.
1. Kenali diri
Bermula dengan mengenali diri sendiri adalah
sangat perlu. Anda perlu tahu siapa diri anda dalam
situasi yang anda hadapi. Ini perlu untuk anda tahu
apa tindakan yang anda perlu buat berdasarkan
kekuatan diri anda sendiri. Anda juga dapat tahu
dimana kelemahan anda yang semestinya akan
menjadikan penghadang terbesar dalam hidup
anda. Apabila anda suda mampu untuk melihat diri
anda secara keseluruhan, anda akan tahu dimana
yang anda akan bergerak.
2. tentukan Nilai diri.
Setelah anda mengenali sepenuhnya diri anda, anda
perlukan letakkan 1 nilai pada diri anda. Nilai ini akan
menjaga dan menjadi guideline kepada kita untuk
terus bergerak walaupun dalam keadaan genting.
Nilai ini yang akan mengambarkan diri anda
sepenuhnya. Tanpa nilai ini anda tidak fokus dengan
apa yang anda buat.
3. Apa yang anda mahu.
Apa yang anda mahu itu adalah matlamat anda.dan
matlamat yang sangat bernilai adalah matlamat yang
akan cetuskan emosi anda dan selaras dengan nilai
diri anda. Ketika anda telah mencapai kemahuan
anda, ketika itu adalah zon selesa anda.
4. Bertindak.
zaman sekarang adalah zaman kuasa 'power of
actions'..andai kata anda sudah kenali diri, ada nilai
dan ada matlamat tetapi tiada tindakan itulah disebut
angan-angan sahaja. Anda perlu bergerak..gerak
daripada point A ke point B..tindakan yang sangat
penting.
5. Perancangan.
Setiap tindakan perlu ada perancangan. Tindakan
tanpa perancangan akan memyebabkan anda terlalu
banyak melalukan kesilapan. Perancangan yang
terbaik adalah menetapkan perkara yang kamu
boleh kawal untuk diusahakan atau diselesaikan.
6. Modeling/mentor.
Mencari mentor atau kaedah modeling ini penting
untuk mengurangkan kesilapan yang kita lakukan
dengan mengambil contoh daripada mereka yang
sudah melaluinya. Modeling ini juga akan
menjadikan kita mengikuti inspirations person kita
untuk berjaya.kita boleh tiru dan ikut apa yang kita
modelkan.dan kita akan menambahbaik apa yang
kurang.
7. Check and balance.
Langkah yang terakhir adalah bagaimana kita semak
balik apa yang kita buat dan tambahbaik apa yang
kurang.dan kita bersedia untuk perancangan
matlamat yang seterusnya.
.
#tuanCEO
#CoachMuadzad
CABAR DIRI ANDA UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH
BAIK.
.
kenapa Allah memberikan kita ujian, dugaan dan
cabaran?
.
kenapa kita diminta untuk bersabar dengan setiap
ujiannya?
.
beberapa public figure terkenal dunia pernah melalui
dugaan yang hebat sebelum berjaya. mereka melaluinya
dengan penuh sabar dan tidak pernah berputus asa.
.
[Allah Maha Penyayang]
.
dia memberikan ujian dan dugaan untuk kita diberi
kehidupan yang lebih baik. Dia memberikan kita
keupayaan untuk selesaikan masalah. selepas selesainya
masalah itu, kita akan berjumpa lagi dengan masalah
lain.dan kita perlu hadapinya..kita akan naik setingkat
demi setingkat dalam kehidupan.
.
saya jelaskan sedikit..
.
anda berada dalam ZON SELESA sekarang ini. mungkin
anda selesa dengan kehidupan anda, kewangan anda,
hubungan anda dan sosial anda. anda berada pada tahap
selesa anda. kalau anda MEMILIH untuk berada dalam zon
anda sekarang, anda tidak akan meningkatkan apa-apa,
kecuali umur, tanggungjawab dan amanah.
.