INTERVENSI BERFOKUS TEKNIK FREELANCE PENDIDIKAN MORAL Timur Laut Peneraju Kegemilangan Pulau Pinang Peneraju Transformasi Pendidikan Negara KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TIMUR LAUT
Bismillahirrahmanirrahim Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada SISC+ Unit Sains Sosial, Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut atas kesungguhan menghasilkan e-book Teknik Freelance Pendidikan Moral sebagai bahan rujukan tambahan kepada guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan Moral. Kejayaan melahirkan bahan rujukan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi subjek ini. Subjek ini menjadi satu inspirasi kepada murid-murid untuk memperoleh keputusan cemerlang seandainya mendapat bimbingan yang betul, berkesan dan bermakna daripada guru. Subjek Pendidikan Moral akan memberikan kesan yang optimum kepada peningkatan pencapaian murid seandainya murid memperoleh teknik mahupun kaedah yang betul untuk menguasai subjek ini. Kejayaan murid menguasai subjek ini memberikan nilai tambah kepada murid untuk menyambung pelajaran kelak. Moga ‘Teknik Freelance’ ini dapat membimbing murid menguasai cara menjawab soalan struktur dan esei secara berkesan khas untuk golongan murid yang galus. Selain itu, pemilihan kepada topik fokus juga diharapkan dapat membantu murid-murid bersedia dan berkeyakinan untuk memberikan jawapan yang terbaik dalam peperiksaan. Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Tan Swee Chin dan ahli Pasukan Inspirasi Moral Daerah Timur Laut. Semoga usaha baik dan murni ini diberkati Tuhan yang Maha Esa. Sekian, terima kasih. sekapur sirih Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut Mohamad Zawawi Bin Ahmad
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana saya berpeluang mencoretkan sepatah dua kata alu-aluan mewakili Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut. Penghasilan e-book Teknik Freelance adalah untuk memenuhi hasrat dan matlamat Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut supaya guru-guru dapat melaksanakan PdPc yang bermakna untuk meningkatkan kualiti guru dan prestasi murid. Kompilasi Teknik PdPc ini diharapkan mampu memberi input dan nilai tambah kepada PdP para guru di Timur Laut seterusnya menjadi pencetus dan pemangkin kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid. Penghasilan e-book berfokus kepada cara menjawab soalan struktur dan soalan esei bagi mata pelajaran Pendidikan Moral SPM dan disertakan contoh-contoh huraian bebas (Freelance) demi memupuk minat semua murid terutamanya murid-murid kumpulan Galus untuk menghafal dan mengaplikasikannya semasa menjawab soalan SPM. Dalam ‘e-book’ ini, disertakan contoh soalan dengan peraturan pemarkahan agar para guru dapat memberikan bimbingan secara berkesan kepada semua murid. Dengan cara yang mudah ini, diharapkan dapat membantu murid-murid daripada kumpulan Galus bersedia dan lebih berkeyakinan untuk memberikan jawapan yang tepat dalam peperiksaan SPM. Akhir kata, saya merakamkan setinggi–tinggi tahniah dan syabas kepada Pn. Tan Swee Chin, pegawai SISC+ Unit Sains Sosial serta Pasukan Inspirasi Moral Daerah Timur Laut yang terlibat atas inisiatif dalam menghasilkan e-book Teknik Freelance Pendidikan Moral. Saya yakin intervensi sokongan ini sangat bermanfaat dan memberi inspirasi kepada guru-guru untuk lebih peka dan bersungguh-sungguh dalam membimbing anak-anak didik di sekolah. Sekian, terima kasih. BICARA KATA Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut Puan Rashida binti S.K Abdul Kader
PN. TAN SWEE CHIN SISC+ SAINS SOSIAL, PPD TIMUR LAUT PEMBIMBING PASUKAN INSPIRASI MORAL pasukan inspirasi pendidikan moral ppd timur laut EN. SEVALINGAM A/L DEVARAJAN SMJK PHOR TAY MENTOR PASUKAN INSPIRASI MORAL EN. MARADAPU SOMUNAIDU A/L MARIAH SMK CONVENT GREEN LANE MENTOR PASUKAN INSPIRASI MORAL CIK RANJINI A/P SUBRAMANIAM SMKPK PERSEKUTUAN MENTOR PASUKAN INSPIRASI MORAL CIK PUN PEI FERN SMJK HENG EE MENTOR PASUKAN INSPIRASI MORAL NOR SYAFAWATI BINTI AZIZAN SMK (P) METHODIST MENTOR PASUKAN INSPIRASI MORAL
9 4 12 1 16 18 20 TOPIK MUKA SURAT ISI KANDUNGAN CONTOH HURAIAN TENTANG FAKTOR/ SEBAB/ PUNCA CONTOH HURAIAN TENTANG CARA/ KAEDAH/ LANGKAH/ TINDAKAN CONTOH HURAIAN TENTANG KEPENTINGAN/ MANFAAT/ FAEDAH/ KEBAIKAN CONTOH HURAIAN TENTANG IMPLIKASI/ KESAN/ IMPAK NEGATIF CONTOH HURAIAN TENTANG CABARAN/ BATASAN/ HALANGAN CONTOH HURAIAN TENTANG PERASAAN CONTOH SOALAN
Kurang didikan agama. Remaja tidak dapat beza baik buruk. Contohnya, semua agama melarang perbuatan tidak bermoral. Kurang perhatian ibu bapa. Ibu bapa sibuk bekerja. Contohnya, tiada masa untuk mengawasi gerak-geri anak. CONTOH HURAIAN TENTANG FAKTOR/ SEBAB/ PUNCA 1
Pengaruh rakan sebaya. Remaja terikut-ikut perlakuan negatif rakan. Contohnya, menghisap rokok, buli. Pengaruh negatif media massa. Remaja mengikut aksi ganas/ perbuatan tidak bermoral. Contohnya, hedonisme/ pergaulan bebas. CONTOH HURAIAN TENTANG FAKTOR/ SEBAB/ PUNCA 2
Faktor diri sendiri. Remaja bersifat ingin tahu. Contohnya, menghisap vape. CONTOH HURAIAN TENTANG FAKTOR/ SEBAB/ PUNCA 3
Saya tidak terjebak dalam gejala sosial. Saya melakukan aktiviti berfaedah. Contohnya, bersukan. Saya mengamalkan ajaran agama. Saya mengikut kelas agama. Contohnya, pergi tempat ibadat/ tokong/ kuil/ gereja/ gurdwara. CONTOH HURAIAN TENTANG CARA/ KAEDAH/ LANGKAH/ TINDAKAN Diri 4
Ibu bapa menjadi contoh. Ibu bapa menunjukkan perbuatan yang baik. Contohnya, bercakap sopan. Ibu bapa memberi didikan agama. Ibu bapa ajar baik buruk. Contohnya, tidak terlibat dalam gejala sosial. CONTOH HURAIAN TENTANG CARA/ KAEDAH/ LANGKAH/ TINDAKAN Keluarga 5
Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat. Contohnya, dipenjara/ didenda. Kerajaan mengadakan kempen. Kerajaan memberi kesedaran. Contohnya, (Nama Kempen). CONTOH HURAIAN TENTANG CARA/ KAEDAH/ LANGKAH/ TINDAKAN Kerajaan 6
Media massa menyebarkan maklumat. Rakyat mendapat informasi tentang sesuatu program. Contohnya, iklan dalam TV. Media massa menimbulkan kesedaran. Rakyat mendapat pengetahuan tentang sesuatu program. Contohnya, melalui Tik Tok. CONTOH HURAIAN TENTANG CARA/ KAEDAH/ LANGKAH/ TINDAKAN Media Massa 7
Masyarakat menyertai kempen. Masyarakat mendapat kesedaran. Contohnya, (Nama Kempen). Masyarakat berganding bahu. Masyarakat lapor kepada pihak berkuasa. Contohnya, Polis/ Jabatan Alam Sekitar. CONTOH HURAIAN TENTANG CARA/ KAEDAH/ LANGKAH/ TINDAKAN Masyarakat 8
Kepentingan kedua ialah menjamin masa depan yang cerah. Saya menjadi orang yang berjaya. Contohnya, dapat mencapai cita-cita. Kepentingan pertama ialah menjaga imej diri. Saya disukai oleh orang lain. Contohnya, menjadi contoh yang baik. CONTOH HURAIAN TENTANG KEPENTINGAN/ MANFAAT/ FAEDAH/ KEBAIKAN Individu 9
Kepentingan pertama ialah menjaga imej keluarga. Keluarga dipuji oleh orang lain. Contohnya, menjadi contoh kepada ahli keluarga lain. Kepentingan kedua ialah mengeratkan hubungan silaturahim. Wujudnya hubungan yang rapat. Contohnya, melahirkan keluarga yang bahagia. CONTOH HURAIAN TENTANG KEPENTINGAN/ MANFAAT/ FAEDAH/ KEBAIKAN Keluarga/ Masyarakat 10
Kepentingan pertama ialah menjaga imej negara. Negara kita dipandang tinggi oleh negara lain. Contohnya, menjadi role model kepada negara lain. Kepentingan kedua ialah meningkatkan ekonomi. Pendapatan negara dapat ditingkatkan. Contohnya, import dan eksport. CONTOH HURAIAN TENTANG KEPENTINGAN/ MANFAAT/ FAEDAH/ KEBAIKAN Negara 11
Imej diri jatuh. Individu dipandang rendah oleh orang lain. Contohnya, tiada kawan. Individu dikenakan tindakan undangundang. Masa depan gelap. Contohnya, susah mendapat pekerjaan. CONTOH HURAIAN TENTANG IMPLIKASI/ KESAN/ IMPAK NEGATIF Diri 12
Perpaduan terjejas. Perselisihan faham berlaku. Contohnya, pergaduhan antara kaum berlaku. Hubungan sosial terjejas. Masyarakat tidak harmoni. Contohnya, masyarakat huru hara. CONTOH HURAIAN TENTANG IMPLIKASI/ KESAN/ IMPAK NEGATIF Masyarakat 13
Imej keluarga jatuh. Keluarga dipandang rendah oleh orang lain. Contohnya, dipulau oleh orang lain. Hubungan keluarga tidak baik. Keluarga tidak harmoni. Contohnya, berlaku pergaduhan dalam keluarga. CONTOH HURAIAN TENTANG IMPLIKASI/ KESAN/ IMPAK NEGATIF Keluarga 14
Imej negara jatuh/ rosak. Negara dipandang rendah oleh negara lain. Contohnya, tiada pelancong. Ekonomi jatuh. Tiada pendapatan untuk negara. Contohnya, negara menjadi mundur. CONTOH HURAIAN TENTANG IMPLIKASI/ KESAN/ IMPAK NEGATIF Negara 15
Cabaran pertama ialah bahasa berbeza. Semua orang susah berkomunikasi. Contohnya, salah faham. Cabaran kedua ialah penyebaran maklumat palsu. Maklumat palsu memburukkan individu/ keluarga/ negara. Contohnya, fitnah. CONTOH HURAIAN TENTANG CABARAN/ BATASAN/ HALANGAN 16
Cabaran ketiga ialah kurang sikap peduli. Terdapat orang yang lebih mementingkan diri sendiri. Contohnya, tidak memberi pertolongan. CONTOH HURAIAN TENTANG CABARAN/ BATASAN/ HALANGAN 17
Saya berasa gembira. Hal ini kerana telah meningkatkan imej diri/ keluarga/ negara. Saya akan dipandang tinggi oleh orang lain/ negara lain. CONTOH HURAIAN TENTANG PERASAAN Perkara Baik 18
Saya berasa sedih. Hal ini kerana telah menjatuhkan imej diri/ keluarga/ negara. Saya akan dipandang rendah oleh orang lain/ negara lain. CONTOH HURAIAN TENTANG PERASAAN Perkara Buruk 19
CONTOH SOALAN BAHAGIAN A BAHAGIAN B BAHAGIAN C 20
Bahagian A [50 markah] Jawab semua soalan daripada bahagian ini. 1. Maklumat di bawah berkaitan kes pengedaran dadah. (Sumber: Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4) (a) Pada pendapat anda, wanita di dalam petikan patut diadili mengikut prinsip keadilan atau keprihatinan? Berikan alasan anda. (i) Prinsip Keadilan - Wanita tersebut telah melanggar undang-undang. - Dia harus dihukum setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukannya. (ii) Prinsip Keprihatinan - Wanita tersebut tidak bersalah/dikurangkan hukuman/hukuman ringan. - Wanita tersebut telah ditipu oleh sindiket dadah. [2 markah] 21
(b) Jelaskan dua implikasi yang boleh berlaku sekiranya wanita tersebut dibebaskan atas dasar keprihatinan. Kes keldai dadah akan meningkat. Ini kerana keldai dadah tahu bahawa mereka boleh dibebaskan lagi atas prinsip keprihatinan. Selain itu, wanita keldai dadah tidak akan insaf. Dia akan mengulangi kesalahan tersebut. Imej negara jatuh. Negara dipandang rendah oleh negara lain. Hubungan sosial terjejas. Masyarakat tidak harmoni. [4 markah] (c) Apakah perasaan anda sekiranya ahli keluarga anda terlibat dalam masalah ini? Jelaskan. Saya berasa sedih. Hal ini kerana telah menjatuhkan imej keluarga. Saya akan dipandang rendah oleh orang lain. [2 markah] (d) Nyatakan dua cara anda boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan sindiket dadah seperti dalam petikan di atas. (i) Sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki. (ii) Saya mengamalkan ajaran agama. (iii) Sentiasa mematuhi undang-undang negara. (iv) Sentiasa ambil tahu berita semasa. [2 markah] 22
2. Gambar berikut menunjukkan bencana alam yang dialami oleh rakyat. (Sumber: Internet) (a) Nyatakan dua bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa bencana di atas. (i) Bantuan keperluan asas (makanan/pakaian/tempat tinggal/ rawatan). (ii) Bantuan kewangan. (iii) Bantuan sokongan moral/emosi/khidmat kaunseling. (iv) Berdoa untuk mangsa. [2 markah] (b) Sebagai individu yang berperikemanusiaan, apakah tindakan perikemanusiaan yang akan anda lakukan semasa menghadapi bencana di atas? Saya akan membantu mangsa bencana alam. Saya juga memberikan perlindungan kepada haiwan. Saya akan memberikan sumbangan kepada orang miskin. Saya menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan kecemasan. Saya juga akan menjadi sukarelawan. [2 markah] 23
(c) Masyarakat perlu berganding bahu untuk membantu mangsa bencana alam di atas. Huraikan dua kepentingan tindakan tersebut. (i) Mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyayang. Anggota komuniti akan saling berinteraksi dan mengambil berat antara satu sama lain. (ii) Mengukuhkan sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat. Masyarakat lebih bersatu padu. (iii) Melahirkan masyarakat yang harmoni. Mangsa berasa disayangi/ dijaga oleh orang sekeliling. (iv) Keselamatan masyarakat terjamin. Kes kematian dapat dikurangkan. [4 markah] (d) Ramalkan dua kesan pengabaian sikap berperikemanusiaan kepada mangsa bencana di atas. (i) Kebajikan mangsa terabai. (ii) Mengancam keselamatan/kesihatan mangsa bencana alam. (iii) Mangsa akan mengalami tekanan jiwa/emosi. (iv) Kehilangan/kerosakan harta benda. (v) Peningkatan kes kecederaan/kematian. [2 markah] 24
3. Maklumat di bawah berkaitan perbuatan tidak berintegriti dalam sebuah syarikat. Aiman merupakan seorang pekerja yang amanah di sebuah syarikat. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian pekerja daripada syarikat tersebut melakukan perbuatan tidak berintegriti. Mereka pula dipuji dan dinaikkan pangkat oleh majikan. Hal ini sudah menjadi kebiasaan bagi syarikat tersebut. (a) Berikan dua contoh perbuatan tidak berintegriti yang sering berlaku dalam kalangan pekerja. (i) Datang lewat ke tempat kerja. (ii) Tidak menepati masa. (iii) Sentiasa ponteng kerja. [2 markah] (b) Huraikan dua kesan sekiranya perbuatan tidak berintegriti di sesebuah organisasi berterusan. (i) Imej organisasi jatuh. Organisasi akan dipandang rendah oleh orang lain. (ii) Organisasi akan dikenakan tindakan undang-undang. Hal ini kerana organisasi tidak adil terhadap pekerja yang berintegriti. [4 markah] (c) Jelaskan kepentingan sekiranya anda mempertahankan integriti diri dalam kehidupan seharian. Saya dapat menjaga imej diri. Saya akan disukai oleh pekerja lain. Selain itu, saya dapat menjamin masa depan yang cerah. Saya akan mendapat kepercayaan orang lain. [4 markah] 25
4. Soalan berikut berkaitan tanggungjawab warganegara semasa pilihan raya umum. (Sumber: Internet) (a) Apakah perasaan anda apabila anda mengundi dalam pilihan raya? Berikan alasan anda. Saya berasa gembira. Hal ini kerana saya telah melaksanakan kewajiban terhadap negara. Dengan ini, saya akan dipuji oleh orang lain. [3 markah] (b) Sebagai seorang warganegara Malaysia, berikan tiga tindakan yang sepatutnya anda lakukan ketika pilihan raya umum diadakan. (i) Saya akan keluar mengundi. (ii) Saya akan memakai pakaian yang sopan. (iii) Saya akan mematuhi peraturan dan undang-undang pilihan raya. (iv) Saya akan menggalakkan saudara-mara/rakan keluar mengundi. (v) Saya akan membawa dokumen pengenalan diri/kad pengenalan. (vi) Saya tidak akan menyebarkan maklumat/berita palsu tentang pilihan raya. [3 markah] (c) Ramalkan kesan kepada negara sekiranya rakyat Malaysia tidak keluar mengundi semasa pilihan raya. (i) Perpaduan negara terjejas. Hal ini kerana perselisihan faham berlaku. (ii) Imej negara jatuh. Hal ini kerana negara dipandang rendah oleh negara lain. [4 markah] 26
5. Rajah berikut menunjukkan masalah sosial remaja masa kini. (Sumber: https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/04/141224/realitimasalah-sosial-pelajar) (a) Bagaimanakah nilai kerohanian dapat membantu remaja mengelakkan diri daripada terlibat dalam kes buli dan penyalahgunaan dadah? Remaja akan menjaga imej diri. Mereka disukai oleh orang lain. Contohnya, menjadi contoh yang baik. ATAU Masa depan akan cerah. Mereka menjadi orang yang berjaya. Contohnya, dapat mencapai cita-cita. [2 markah] (b) Terangkan kesan penglibatan diri dalam masalah sosial seperti di atas. (i) Imej diri jatuh. Remaja dipandang rendah oleh orang lain. (ii) Hubungan keluarga akan tidak baik. Keluarga akan tidak harmoni. [4 markah] (c) Huraikan dua cara untuk mengelakkan golongan remaja daripada terlibat dalam masalah sosial. (i) Remaja perlu melakukan aktiviti berfaedah. Contohnya, bersukan/kokurikulum. (ii) Remaja perlu mengamalkan ajaran agama. Contohnya, mereka mengikut kelas agama. [4 markah] 27
Bahagian B [10 markah] Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini. 6. Gambar berikut berkaitan dengan masalah kebuluran yang berlaku di benua Afrika. (Sumber: https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/04/141224/realitikebuluran-global) (a) Nyatakan dua cabaran yang akan dihadapi dalam usaha membantu mangsa kebuluran. Jawaban: Cabarannya ialah bahasa berbeza, penyebaran maklumat palsu, dan kurang sikap peduli. [2 markah] 28
(b) Terangkan usaha yang boleh dilakukan untuk membantu mangsamangsa kebuluran. Jawaban: F1: Media massa menyebarkan maklumat tentang masalah kebuluran yang telah berlaku. H1: Rakyat mendapat informasi. C1: Contohnya, iklan dalam TV. H2: Lebih ramai orang memahami kesusahan mangsa-mangsa kebuluran. I: Oleh itu, kebajikan mangsa terjaga. F2: Masyarakat menyertai kempen membantu mangsa kebuluran. H1: Masyarakat mendapat kesedaran tentang kepentingan membantu mangsa-mangsa kebuluran. C1: Contohnya, Tabung Kemanusiaan Turki. H2: Masyarakat boleh menyumbangkan wang. I: Oleh itu, masalah kebuluran dapat dikurangkan. Media massa menyebarkan maklumat tentang masalah kebuluran yang telah berlaku. Rakyat mendapat informasi. Contohnya, iklan dalam TV. Lebih ramai orang memahami kesusahan mangsa-mangsa kebuluran. Oleh itu, kebajikan mangsa terjaga. Masyarakat menyertai kempen membantu mangsa kebuluran. Masyarakat mendapat kesedaran tentang kepentingan membantu mangsamangsa kebuluran. Contohnya, Tabung Kemanusiaan Turki. Masyarakat boleh menyumbangkan wang. Oleh itu, masalah kebuluran dapat dikurangkan. [8 markah] 29
7. Maklumat di bawah berkaitan dengan peribahasa yang biasa dikaitkan dengan pengurusan kewangan. (a) Nyatakan dua sumber kewangan yang diperoleh secara beretika. Jawaban: Sumber kewangan yang diperoleh secara beretika ialah gaji dan simpanan bank. [2 markah] (b) Huraikan kesan sekiranya peribahasa di atas tidak anda praktikkan dalam soal pengurusan kewangan. Jawaban: F1: Imej diri jatuh. H1: Individu dipandang rendah oleh orang lain. C1: Contohnya, tiada kawan. I: Oleh itu, kita perlu menjaga imej diri dengan urus duit dengan baik. F2: Hubungan keluarga tidak baik. H1: Keluarga tidak harmoni. C1: Contohnya, berlaku pergaduhan dalam keluarga kerana duit. I: Oleh itu, kita harus menjaga maruah keluarga dengan tidak berhutang. Kesannya, Imej diri jatuh. Hal ini, individu dipandang rendah oleh orang lain. Contohnya, tiada kawan. Oleh itu, kita perlu menjaga imej diri dengan urus duit dengan baik. Kesan seterusnya, hubungan keluarga tidak baik. Hal ini, keluarga tidak harmoni. Contohnya, berlaku pergaduhan dalam keluarga kerana duit. Oleh itu, kita harus menjaga maruah keluarga dengan tidak berhutang. [8 markah] "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN" Peribahasa ini menunjukkan bahawa pengurusan kewangan secara beretika sangat penting untuk menjamin kedudukan kewangan masa depan setiap individu. 30
Bahagian C [40 markah] Jawab semua soalan daripada bahagian ini. 8. Dialog berikut antara dua orang murid tentang makanan yang digemari oleh mereka. Sandra : Saya suka makan nasi kandar Pulau Pinang, nasi kerabu dan capati. Rozita : Wah! Awak suka makanan berempah dan pedas ye. Saya tidak sangka awak pandai makan semua makanan ini. Sandra : Kenapa awak cakap begitu? Bukankah negara kita kaya dengan pelbagai etnik dan budaya. Kita harus cuba makanan-makanan tersebut. Barulah ada kesepaduan sosial dan menunjukkan keunikan rakyat Malaysia. Rozita : Maaflah Sandra, tekak saya memang tidak boleh terima makanan tersebut. Tapi kalau pizza, ramen, kimchi, burger dan sushi. Eemmm, sedap sangat! (Sumber: Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4, halaman 165) (a) Apakah perasaan anda melihat sikap Rozita? Berikan alasan anda. Jawaban: Saya berasa sedih. Rozita memandang rendah makanan tempatan. Rozita mengutamakan makanan negara luar. Dengan ini, menjatuhkan imej negara. [4 markah] 31
(b) Anda tidak bersetuju dengan pendapat Rozita. Berikan justifikasi anda berdasarkan nilai universal yang dipelajari. Nilai Hormat Nilai Rasional Nilai Kesederhanaan Nilai Bertanggungjawab Nilai Patriotisme F1: Berbangga dengan makanan tempatan. H1: Terkenal di serata negara. H2: Makanan tempatan dieksport ke luar negara. C1: Contohnya, nasi lemak/rendang/sate/roti canai. I: Dengan ini, dapat menarik pelancong datang ke Malaysia. F2: Makanan tempatan mempunyai keunikan tersendiri. H1: Mencerminkan identiti budaya sesebuah negara. H2: Makanan tempatan tular/viral di media sosial. C1: Contohnya, melalui Tik Tok/Instagram/Youtube. I: Oleh itu, menu makanan tempatan dikekalkan. Jawaban: Nilai universal ialah nilai hormat, nilai rasional, nilai kesederhanaan, nilai bertanggungjawab, dan nilai patriotisme. Kita berbangga dengan makanan tempatan. Hal ini kerana ia terkenal di serata negara. Makanan tempatan dieksport ke luar negara. Contohnya, nasi lemak/rendang/sate/roti canai. Dengan ini, dapat menarik pelancong datang ke Malaysia. Makanan tempatan mempunyai keunikan tersendiri. Hal ini kerana ia mencerminkan identiti budaya sesebuah negara. Makanan tempatan tular/viral di media sosial. Contohnya, melalui Tik Tok/Instagram/Youtube. Oleh itu, menu makanan tempatan dikekalkan. [8 markah] 32
(c) Apakah cabaran untuk mengekalkan keunikan makanan tempatan di persada dunia? F1: Cabaran bahasa. H1: Penggunaan bahasa yang berbeza. H2: susah berkomunikasi. C1: Contohnya, tidak memahami maklumat yang disampaikan. I: Oleh itu, menjejaskan komunikasi antara kaum. F2: Cabaran cita rasa. H1: Cita rasa berbeza. H2: tidak menyukai menu yang baharu. C1: Contohnya, sesetengah masyarakat tidak suka makanan pedas. I: Oleh itu, makanan tempatan tidak diminati oleh masyarakat luar. Jawaban: Cabaran pertama ialah cabaran bahasa. Penggunaan bahasa yang berbeza. Masyarakat susah berkomunikasi. Contohnya, tidak memahami maklumat yang disampaikan. Oleh itu, menjejaskan komunikasi antara kaum. Cabaran kedua ialah cabaran cita rasa. Cita rasa berbeza. Masyarakat tidak menyukai menu yang baharu. Contohnya, sesetengah masyarakat tidak suka makanan pedas. Oleh itu, makanan tempatan tidak diminati oleh masyarakat luar. [8 markah] 33
9. Pernyataan di bawah berkaitan dengan kepentingan hubungan baik dengan negara luar. Secara umumnya, Malaysia menjalinkan hubungan antarabangsa yang melibatkan hubungan dua hala dan hubungan pelbagai hala dengan negaranegara dunia. Dalam konteks ini, hubungan antarabangsa memupuk kesefahaman antara negara dengan negara lain untuk memenuhi keperluan dan memelihara kepentingan negara demi kemakmuran sejagat. Hubungan ini merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial. (a) Nyatakan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh negara Malaysia. Jawaban: Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang dianggotai ialah ASEAN/ Komanwel/NAM/OIC/PBB/ASA - Persatuan Negara Asia Tenggara/ MALPHINDO. [4 markah] (b) Hubungan dua hala Malaysia bermaksud hubungan baik dan mesra negara dengan negara-negara dunia dalam pelbagai bidang. Jelaskan kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara luar. Ekonomi F1: Meningkatkan pendapatan negara. H1: Mempelbagaikan sumber ekonomi. H2: Membuka peluang pekerjaan. C1: Contohnya, sektor pelancongan seperti perhotelan/perindustrian. I: Oleh itu, negara akan maju. Keselamatan F1: Menjamin hubungan yang baik dengan negara lain. H1: Berganding bahu untuk kebaikan bersama. H2: Mengatasi jenayah antarabangsa. C1: Contohnya, pemerdagangan manusia. I: Oleh itu, menjamin keamanan negara. 34
Jawaban: Kepentingan dari segi ekonomi ialah meningkatkan pendapatan negara. Hal ini kerana ia mempelbagaikan sumber ekonomi. Dengan ini, ia membuka peluang pekerjaan. Contohnya, sektor pelancongan seperti perhotelan/ perindustrian. Oleh itu, negara akan maju. Kepentingan dari segi keselamatan ialah menjamin hubungan yang baik dengan negara lain. Hal ini kerana sesebuah negara dapat berganding bahu untuk kebaikan bersama. Justeru, dapat mengatasi jenayah antarabangsa. Contohnya, pemerdagangan manusia. Oleh itu, dapat menjamin keamanan negara. [8 markah] (c) Huraikan langkah yang patut diambil oleh Malaysia dalam mengekalkan hubungan antarabangsa. Jawaban anda perlu disokong dengan nilai universal yang dipelajari. Nilai Hormat Nilai Kerjasama Nilai Toleransi Nilai Bertanggungjawab Nilai Rasional F1: Menghargai hubungan antara negara. H1: Tidak campur tangan urusan politik negara lain. H2: Memberikan pendapat dan pandangan yang sewajarnya. C1: Contohnya, tidak menyentuh isu-isu sensitif setiap negara. I: Oleh itu, hubungan antara negara erat/baik. F2: Berganding bahu/usaha sama dalam pelbagai bidang demi kebaikan bersama. H1: Hal ini kerana dapat memupuk hubungan politik yang baik. H2: Menghulurkan bantuan kepada negara yang berada dalam kecemasan. C1: Contohnya, bantuan kemanusiaan/kewangan. I: Oleh itu, keamanan global akan terjamin. 35
Jawaban: Nilai universal ialah nilai hormat, nilai kerjasama, nilai toleransi, nilai bertanggungjawab, dan nilai rasional. Langkah utama ialah Malaysia menghargai hubungan antara negara. Hal ini kerana Malaysia tidak campur tangan urusan politik negara lain. Justeru, Malaysia memberikan pendapat dan pandangan yang sewajarnya. Contohnya, tidak menyentuh isu-isu sensitif setiap negara. Oleh itu, hubungan antara negara erat/baik. Langkah seterusnya ialah Malaysia berganding bahu/usaha sama dalam pelbagai bidang demi kebaikan bersama. Hal ini kerana dapat memupuk hubungan politik yang baik. Malaysia boleh menghulurkan bantuan kepada negara yang berada dalam kecemasan. Contohnya, bantuan kemanusiaan/ kewangan. Oleh itu, keamanan global akan terjamin. [8 markah] 36
SEKIAN, TERIMA KASIH. 37