MINIT MESYUARAT GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER LANAS, JELI KELANTAN
BIL 01/2020
____________________________________________________________________
Tarikh : 30.12.2019 (Isnin)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Sina
Pengerusi : Tn. Hj. Che Rahim bin Haron @ Abdullah (Guru Besar)
Kehadiran :
1. Tn. Hj. Che Rahim Bin Haron @ Abdullah 37. Pn. Sarifah Bt. Hassan
2. En. Zulkifli Bin Nor 38. Pn. Siti Aminah Binti Mohamad
3. En. Mohd Yasin Bin Mahmood 39. Pn. Asimah Binti Ibrahim
4. En. Noor Azman Bin Zakaria 40. Pn. Shahidah Binti Ismail
5. Pn. Norlaila Bt. Md Nor 41. Pn. Nadhirah Binti Mohd Zain
6. En. Syed Azeman B. Syed Mohamed 42. Pn. Nurul Fadilah Binti Zainal Abidin
7. Pn. Adauwiyah Bt. Ab Rahaman 43. Pn. Noor Zalinayati Binti Zakaria
8. En. Ahmad Shahir Bin Jaafar 44. Cik Siti Noor Nabilah Binti Rosdi
9. Pn. Amali Bt. Ibrahim 45. Pn. Suahana Bt Yusoff
10. Pn. Amlah Binti Ghazali 46. Pn. Rozaini Bt. Mat Hassan
11. Cik Ang Siew Cheng 47. Pn. Khalizah Bt. Hassan
12. Pn. Cik Syam Bt. Ismail 48. Pn. Zaritawati Binti Mohd Noor
13. Pn.Hasliza Bt. Ab Rashid 49. En. Muhamad Farid Bin Rahmatan
14. En. Hazizul Bin Zulkefli 50. Pn. Siti Zakhirah Binti Daud
15. Pn. Masitah Bt. Yusoff 51. Pn. Tengku Norizan Bt. Raja Yusoff
16. Pn. Masniewati Bt. Mahamad Amin 52. Pn. Wan Asiah Bt. Wan Noh @ Wan Noor
17. En. Mohamad Zizi Bin Mohd Dzulkifly 53. Pn.W.Fazyatul Akmar Bt Mohamed Hassan
18. En. Mohd Muslim Bin Mohd Mokhtar 54. Pn. Wan Saudah Bt. Wan Salleh
19. En. Mohd Ridzuan Bin Hussin 55. Cik Widyawati Huslina Bt. Lee Chong
20. En. Mohd Saharil B. Muhd Nor
21. En. Muhamat Hanadi Bin Daud Chin@Hashim
22. Pn. Nazibah Bt. Pa 56. Pn. Zaini Binti Ismail
23. Pn. Nik Husni Bt. Hj Zamakhshari 57. Pn. Zi Karimah Binti Idris
24. Pn. Noor Ismaliza Bt. Muhamed 58. En. Zulfariezi B. Che Kob @ Yaacob
25. Pn. Noor Suhada Binti Mohd Noor
26. Pn. Noorlaily Bt. Ab.Jani TIDAK HADIR BERSEBAB
27. Pn. Nor Aini Bt. Husian
28. Pn. Nor Suhana Binti Ab Rahman 1. En. Md Yusof B. Ismail
29. Pn. Normahayati Binti Sadaruddin 2. En. Rasli Bin Razi
30. Pn. Nuruhuda Binti Ismail 3. Pn. Mohd Rosman Bin Pawan Chek
31. Pn. Nurzakiah Bt. Zakaria
32. Pn. Rabi'atul Adawiyah Binti Mohd Shah Kehadiran: 58 orang
33. Pn. Roslina Bt. Salleh
34. Pn. Rosmaini Bt. Mat Zain
35. Pn. Rosmizana Bt. Shamsuddin
36. Pn. Rosnani Bt. Daud
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan Ummul Kitab Al- Fatihah, ucapan salam dan
mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat kali pertama bagi
sesi persekolahan 2020.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua Penolong Kanan dan guru
kerana dapat hadir ke mesyuarat kali pertama . Berharap semua perkara
yang akan dibincangkan ini dapat diambil tindakan segera untuk
dilaksanakan.
1.3 Mengucapkan sekalung tahniah kepada semua guru kerana hadir ke
Program Pengesahan Pendaftaran Tahun 1 hingga 6 pada 29.12.2019
(Ahad). Urusan berjalan dengan baik dan dapat menyelesaikan kerja-kerja
berkaitan tanggungjawab ibu bapa dengan sekolah. Program ini juga
sebagai salah satu 6 Inisiatif Penglibatan Ibu bapa Dalam PIBK bagi tahun
2020.
1.4 Pengerusi memaklumkan tentang Peraturan kutipan Sumbangan PIBG
sebanyak RM 20 setiap murid dan dikutip berdasarkan keputusan MAT
PIBG tahun semasa pada 20.2.2019 untuk kutipan pada tahun ini
daripada ibu bapa/penjaga. Kutipan diserahkan kepada Tabung PIBG dan
tidak melalui Akaun SUWA. Berharap semua guru kelas menyegerakan
kutipan dan serahan kepada Tuan Bendahari PIBG semua kutipan
daripada ibu bapa.
1.5 Pengerusi juga memaklumkan Program Pameran dan Jualan Pada
18.12.2019 (Rabu) tidak dapat dijalankan kerana banjir besar dan teruk
melanda daerah Jeli melibatkan kampung-kampung seperti Pekan Ayer
Lanas, Kg.Rahmat, Kg.Wakaf Zing dan Kg. Bt. Perawas. Sebahagian ibu
bapa masih dalam kesusahan. Progam ini terpaksa di batalkan kerana
kesukaran pihak sekolah untuk menghubungi ibu bapa hadir ke sekolah
sekiranya dibuat penetapan tarikh baharu.
Tindakan: Makluman
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
1.6 Pengurusan Pejabat
1.6.1 Punch card kehadiran - Semua staf sekolah (guru dan AKP) mesti
mematuhi arahan dan peraturan mengetip kad perakam waktu -
Waktu Masuk dan Waktu Keluar pejabat sekolah. Tidak dibenarkan
mengetip kad rakan-rakan kecuali mendapat kebenaran daripada
pihak pentadbir atas sebab-sebab yang dipertimbangkan.
1.6.2 Waktu Masuk - Waktu masuk adalah sebelum 7.40 pagi dan waktu
pulang selepas 1.45 tengah hari bagi hari waktu pulang pada 1.40
tengah hari. Jika berlaku kelewatan, hendaklah mencatat sebab
kelewatan dan rujuk pentadbir untuk perakuan. Tata cara kelewatan
hadir adalah merujuk surat siaran peraturan sedia ada.
1.6.3 Kemudahan Fotostate - Urusan fotostate hendaklah melalui En.
Mohd Yusri (Pembantu Tadbir). Serahkan dokumen di kaunter
pejabat. Elakkan guru-guru yang menguruskan kerja-kerja fotostate.
1.6.4 Buku Rekod Perkhidmatan - Semua guru dan staf hendaklah
sentiasa mengemaskinikan BRP. Jika guru dan AKP menerima atau
mendapat sebarang penganugerahan dan kenaikan pangkat
hendaklah dilaporkan kepada KPT (Perkhidmatan) untuk di hantar
maklumat ke pegawai Unit Rekod di PPD Jeli.
1.6.5 Urusan Pencen - Staf yang berhajat untuk pencen pilihan (pencen
awal) dan pencen wajib genap 60 tahun perkhidmatan,hendaklah
rujuk KPT (Perkhidmatan) dan uruskan di Unit Pencen JPN Kelantan.
Staf yang terlibat dengan Penubuhan Lembaga Perubatan (Medical
Board) dan Jawatan Kumpulan (POOL) wajib mengisi pengesahan
pencen kerana kesihatan dari Unit Pencen Sumber Manusia JPN
Kelantan.
1.6.6 Rekod Cuti Tahunan-GCR (Ganjaran Cuti Rehat) - Semua guru dan
AKP dikehendaki menguruskan sendiri rekod Ganjaran Cuti Rehat
(GCR) dalam HRMIS sebelum Januari 2020. Jika ada masalah sila
rujuk KPT (Perkhidmatan).
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
1.6.7 Pengurusan Kewangan
1.6.7.1 Ketua-ketua Panitia hendaklah membuat anggaran
perbelanjaan berdasarkan bajet yang akan di pecahkan oleh
PT(Kewangan). Urusan pembelian bahan-bahan PdPc mesti
dibuat pada awal tahun bagi memberi kebaikan kepada murid
mendapat manfaat dari peruntukan kerajaan.
1.6.7.2 Tahun 2020, Anggaran kewangan akan diputuskan dalam
Mesyuarat Pengurusan Kewangan dan Jawatankuasa
Kewangan dan Pengurusan Aset (JKPA).
1.6.7.3 Ketua Panitia mesti mempastikan anggaran kewangan
dibincangkan dalam mesyuarat panitia Bil.1/2020. Ketua
Pantia juga tidak dibenarkan membuat tempahan peralatan
dan bahan belajar murid pada bulan-bulan terakhir sesi
persekolahan seperti pada bulan Oktober-Disember.
1.6.8 Siaran Pakaian Rasmi
Pakaian rasmi penjawat awam:
Guru Lelaki 1. Kemeja lengan panjang dan seluar slack, bertie dan kasut
Guru Perempuan 2. Baju koporat putih lengan panjang berseluar gelap untuk
urusan di lapangan/luar.
3. Pakaian sukan pada hari terlibat PdPc Pendidikan
Jasmani/Kesihatan.
4. Baju batik pada hari Khamis
5. Bersongkok pada hari Khamis
(Arahan Surat Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan)
1. Berpakaian sopan dan kemas
2. Berkasut
(Sandal, selipar dan kasut tanpa tumit adalah ditegah)
Tindakan: Makluman
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
1.6.9 AMANAT YBhg. TUAN PENGARAH JPN KELANTAN
1.6.9.1 Hari dan Minggu Pertama Persekolahan
1. Pada hari pertama persekolahan (1 Januari 2020) sekolah mesti
beroperasi dengan baik.
2. Murid-murid mendapat kemudahan 1 set buku teks, 1 set meja/
kerusi di bilik darjah.
3. Tidak ada urusan penyerahan buku teks, urusan bayaran-
bayaran berkaitan sekolah. Tidak ada gangguan kepada
perjalanan dan pengoperasian sekolah.
4. Pemantauan oleh PPDJ/JPNK/Jemaah Nazir (Kunjung Bantu) ke
sekolah sepanjang minggu pertama dan kedua Januari.
1.6.9.2 Murid Miskin Akademik
1. Baisan Pentadbir (SLT) mesti sentiasa memantau dan mengatasi
kumpulanMurid Miskin Akademik di sekolah dan ambil tindakan
mengatasi masalah miskin akademik dikalangan murid-murid
semua kelas.
1.6.9.3 Perubahan Murid Bermula di Bilik Darjah
1. Guru-guru mesti mesti memahami konep kecemerlangan dan
kejayaan bermula di di bilik darjah. Komitmen dan kecaknaan
guru dalam memberi pendidikan pengajaran dan pembelajaran
akan menyediakan ilmu pengetahun dan pemahaman ilmiah
kepada murid.
1.6.9.4 Kemudahan Bilik Air atau Tandas
1. Sekolah meti menyediakan kemudahan tandas dan bilik air yang
sebaiknya di sekolah. Semua tandas mesti di buka, sentiasa
dibersihkan sekurang-kurang 2 kali sehari dan disediakan
pewangi bilik oleh Kontrak Kebersihan Bangunan dan Kawasan
(KBK).
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 4/2019
2.1 Minit Mesyuarat Guru Bil.04/2019 dicadangkan untuk disahkan oleh Pn.
Roslina Bt. Salleh dan disokong oleh Rabi'atul Adawiyah Binti Mohd Shah
tanpa sebarang pindaan.
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit.
4. PENGURUSAN SEKOLAH
(GURU BESAR -TN. HJ CHE RAHIM BIN HARON @ ABDULLAH)
4.1 Pengstrukturan PPD Jeli
1 En. Ab Halim B.Ibrahim Pegawai Pendidikan Daerah
2 Hj. Zainal Abidin B. Mat Yasin Timbalan PPD Sektor Perancangan
3 En. Ahmad Radzli B.Che Ngah Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah
4 Hj. Ayob B.Safai Timbalan PPD Sektor Pembelajaran
5 Hj. Jamaluddin Saad Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid
Tindakan: Makluman
4.2 Buku Pengurusan Sekolah
4.2.1 Tahniah dan terima kasih kepada guru dan semua AKP yang berjaya
menyiapkan Buku Pengurusan Sekolah Tahun 2020.
4.2.2 Buku akan diedarkan diedarkan di mesyuarat guru pada 30.12.2019.
Penolong Kanan akan mengemaskinikan jawatan gurur-guru baharu
ke unit-unit kecil di bawah bidang /sektor masing-masing.
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
4.3 Hari Pertama Persekolahan
4.3.1 Pada 1 Januari 2020(Rabu ) tiada perhimpunan rasmi pada masa
pertama 7.40-8.10 pagi. Perkasakan hari pertama persekolahan
dengan ‘Program Jom Ke Sekolah” di Pintu Masuk ke sekolah
sepanjang minggu pertama dan kedua Januari 2020.
4.4 Lawatan dan Pemantauan Hari Pertama Persekolahan
4.4.1 Pada minggu pertama persekolahan pihak PPD Jeli, JPN Kelantan
dan Jemaah Nazir Persekutuan akan membuat pemerhatian dan
bimbingan ke sekolah-sekolah.
4.4.2 Guru-guru hendaklah mempastikan PdPc berjalan dengan baik dan
lancar. Sediakan bahan pembelajaran murid yang menarik untuk
pengukuhan minda murid.
4.5 Cuti Pada Minggu Pertama
4.5.1 Semua guru dam AKP tidak dibenarkan bercuti sepanjang minggu
pertama dan kedua Januari 2020 untuk memberi fokus kepada tugas
dan tanggungjawab bersama murid-murid. Pertimbangan cuti hanya
diberikan kepada kes-kes penting dan mustahak sahaja.
4.6 Waran Penyata Perjawatan Guru (Warrant Guru dan Kelas) Tahun 2020
Analisis dari Waran Penyata Perjawatan
PERKARA BIL
Kelas 20 kelas
Guru 55 orang
Guru Sedia ada 57 orang
Guru Pindah 2 orang
Guru Masuk 6 orang
Guru Sakit (Medical Board/Jawatan Kumpulan) 2 orang
Jumlah Guru Semasa 61 orang
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
4.7 Guru Pindah
SEKOLAH
Guru pindah seramai 2 orang: SK Hamzah 1, Machang
BIL NAMA SK Tanjung Chenak, Pasir Mas
1 Rasli Razi
2 Masniewati Mahamad
4.8 Guru Baharu
Guru baru seramai 6 orang:
BIL NAMA OPSYEN SEKOLAH LAMA
1 Noor Zuariah Bt Roseli PPKI SK Sri Adika Raja Gerik
2 Norazlina Bt Noh MT/PI SK Pelabuhan Klang
3 Nurul Fadhilah Bt Zainal PJ/PK SK.Bandar Temerloh
Abidin
4 Sahidah Bt Ismail GPI SK AU Keramat, K.Lumpur
5 Asimah Bt Ibrahim PM SK Padang Garong 1,
K.Bharu
6 Noor Zalinayati Bt Zakaria PPKI SK.Bandar Baru Salak Tinggi
4.9 Keselamatan Di Sekolah
4.9.1 Semua guru mesti sentiasa memberi perhatian kepada keselamatan
murid -murid sepanjang berada di sekolah. Keakuran keselamatan ini
meliputi sesi pembelajaran sesi pagi dan sesi kelas KAFA. Semak laci
meja murid dan tiada binatang berbisa, Bilik Darjah kemas dan bersih.
4.9.2 Pengawal Keselamatan akan sentiasa melaksanakan tugas dan
tanggungjawab memantau keselamatan sekolah di semua pintu pagar
sekolah dan guru-guru perlu memberi kerjasama sepenuhnya.
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
4.10 Tanggungjawab Penyelaras Bilik Khas
4.10.1 Guru-guru yang dilantik menjalankan tugas selaku Guru Penasihat bilik-
bilik khas mesti menguruskan tugasan - menghias, menyediakan jadual
penggunaan, mengemaskini dan memastikan bilik berfungsi dengan
baik. Contohnya Bilik MT, Bilik SAMSUNG, Makmal Komputer, Bilik SAL,
Bilik Program jQAF,Bilik Sukan, Kedai PIBG dan lain-lain.
4.11 Sistem Perfailan Sekolah
4.11.1Surat KPM.100-14/4/3(1) bertarikh 16 Disember 2019- Arahan
Penggunaan Klasifikasi Fail yang seragamkan di sekolah seluruh
negara.
4.11.2 Arahan ini untuk kegunaan sekolah sahaja dan tidak melibatkan PPD
Jeli. Pelaksanaan Sistem ini akan di bincangkan dengan semau unit-
unit di sekolah.
4.12 SKPMg2
4.12.1 Semua guru mestilah memberi fokus perjalanan dan kejayaan
sekolah dengan merujuk kepada panduan dalam SKPMg2 yang
diselaraskan dengan TSIP 2020.
4.13 PBPPP
4.13.1 Senarai Nama Guru dikelompok dibawah tangungjawab semua
Penolong. Penyelarasan ini untuk memudahkan urusan kerja seperti
penyemakan Fail Rekod Mengajar dan prestasi semua guru.
4.13.2 Guru-guru hendaklah menyediakan keberhasilan dan bincangkan
dengan penolong-penolong kanan dalam penetapan sasaran kerja
tahunan dan melaksanakan tugas rasmi.
4.14 Juru Jual
4.14.1 Juru jual tidak dibenarkan menjalankan urusan perniagaan seperti
menjaja dikawasan sekolah. Sebarang pembelian sekolah mesti
melalui keputusan mesyuarat unit-unit kecil dan melalui proses
menggunakan Nota Minta untuk menjelaskan punca kuasa.
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
4.15 Program kemasyarakatan
4.15.1 Pada tahun hadapan Program kemasyarakatan berkaitan kerjasama
dengan agensi di perkukuhkan bagi menyokong pembangunan
sekolah.
4.16 Pengurusan Akademik
4.16.1 Fail Rekod PdPc
1. Kemaskini fail PdPc dan hantar kali pertama kepada Tuan Guru Besar
pada 2 Februari 2020(Khamis). Lengkapkan maklumat peribadi jadual
waktu dan lain-lain.
2. Fail Rekod PdPc dihantar kepada Penolomg-Penolong Kanan setiap hari
Khamis untuk perhatian dan semakan.
4.16.2 KSSR Semakan
1. Tahun 2020, pelaksanaan KSSR Semakan 2017 dan kini di Tahun 4.
Guru-guru yang melalui perbengkelan peringkat PPD, jabatan dan
melalui proses penataran sahaja layak diberi tugas melaksanakan PdPc
semua mata pelajaran dari Tahun 1 hingga 4.
2. Guru mata pelajaran Tahap 1 melaksanakan penilaian dan pentaksiran
pencapaian murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Pencapaian murid Tahap 1 akan dilaporkan pada Hari Pelaporan
Pentaksiran Bilik Darjah sekuruang-kurangnya 2 kali setahun.
4. Aktiviti rutin pelaksanaan yang dicadangkan seperti di bawah. Guru-guru
mesti menguasai kaedah pendekatan pengajaran muid di bilik darjah
berdasarkan aktiviti yang dicadangkan supaya akhirnya murid akan
mendapat kepuasan belajar, menanam minat tinggi kepada pelajaran
dan menyediakan peluang murid berfikir semasa proses pembelajaran di
bawah bimbingan guru-guru. Kaedah pengajaran yang dicadangkan ialah
melalui;-
a) Bercerita
b) Projek mudah
c) Permainan
d) Main peranan
e) Kuiz
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
4.16.3 Penilaian Tahap 2
Tarikh Latihan Kecemerlangan Tahun 6
PERKARA TARIKH
Latihan Kecemerlangan 1 09-11 Mac 2020
Latihan Kecemerlangan 2 (Ujian Pertengahan Tahun) 18-20 Mei 2020
Latihan Kecemerlangan 3 (Percubaaan UPSR) 06-08 Julai 2020
Pra UPSR 10-12 Ogos 2020
Latihan Kecemerlangan 4 (Ujian Akhir Tahun)
4.16.4 Pengurusan UPSR
1. Berharap Penyelaras UPSR sekolah dapat melaksanakan mesyuarat dan
merancang program untuk calon-calon UPSR tahun ini. Perancangan
hendaklah diberikan berdasarkan post morten Keputusan Ujian Akhir
Tahun 2019 dan UPSR 2019.
2. Pelaksanaan penetapan target individu setiap orang murid dan
tumpuan kepada Plan Intervensi Lima Langkah(PILL) untuk mengatasi
kelemahan murid dalam kemahiran dan tajuk.
4.16.5 Program DLP
1. Pelaksanaan DLP di sekolah ialah Tahun 3 dan Tahun 4 sahaja.
Perjumpaan ibu bapa tahun 1 untuk membuat keputusan pelaksanaan
DLP Tahun 1 pada minggu kedua Program Transisi. Langkah
dilaksanakan kerana pada tahun ini sekolah masih lagi mengalami
kekurangan guru Bahasa Inggeris.
4.16.6 Transisi 2 minggu
1. Program Transisi Tahun 1 dan Prasekolah bermula pada 1 Januari
2020 dan berakhir pada 16 Januari 2020.Penutup program,
Jawatankuasa akan mengadakan penutup pada minggu terakhir.
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
4.16.7 Jadual Waktu
1. Agihan pada hari pengesahan pendaftaran murid. Jadual akan
digunakan oleh murid untuk tujuan hari persekolahan.
2. Jadual Waktu Agung, Jadua Waktu Persendirian dan Jadual Waktu
Kelas akan di edarkan kepada semua murid dan dipamirkan di bilik
darjah untuk rujukan murid.
4.16.8 Pentaksiran Bilik Darjah(PBD)
1. Guru-guru Tahap 1 akan dinilai berdasarkan pentaksiran oleh guru-
guru mata pelajaran sepanjang sesi PdPc. Semua guru kan diberikan
surat pelantikan melaksanakan tugas pentaksiran.
4.16.9 Pembangunan Kemudahan Fizikal Prasekolah
1. Sekolah sedang berusaha menyegerakan pembangunan fizikal di
prasekolah. Unit Prasekolah PPD Jeli telah membekalkan peralatan dan
bahan seperti simen, pasir, kayu, longkang, hollo dan cat untuk
keperluan sekolah. Kerja mengecat bahagian bangunan hendaklah
dilakukan secara gotong-royong manakala kerja-kerja pembuatan
terpaksa menggunakan khidmat pekerja luar sekolah. Kos upah akan
diusahakan oleh Tuan Guru Besar.
4.17 Pengurusan HEM
4.17.1 RMTS
1. RMTS akan bermula pada hari pertama persekolahan (1 Janurai 2020).
Kehadiran murid RMTS menggunakan Panel RMTS untuk mengesan
kehadiran murid setiap hari dan murid yang selalu tidak makan atau
tidak berminat dengan RMTS untuk di berikan kepada murid yang
benar-benar memerlukan.
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
4.17.2 KWAPM
1. Program KWAPM - KWAPM ekasih dan KWAPM data sedia ada akan
diteruskan. Murid layak akan disampaikan melalui akaun bank.
4.17.3 BAP
1. Program BAP bergantung kepada peruntukan jabatan. Sekiranya
program ini diteruskan, majlis penyampaian akan dibuat pada Februari
2020.
4.17.4 Program Susu Sekolah
1. Program susu sekolah bergantung kepada keadaan semasa. Sekiranya
masih berjalan akan menggunakan data kelayakan RMTS.
4.17.5 Buku Teks -Kerosakan Buku Teks
1. Unit Buku Teks telah menyerahkan buku-buku teks kepada semua
murid sebelum Cuti Persekolahan Akhir Tahun lepas. Pada minggu
pertama perseolahan nanti diharap dapat mengadakan penyemakan
dan bancian buku teks rosak kerana banjir pada 18 Disember 2019
terutama murid-murid yang tinggal di Kg.Rahmat, Kedai Ayer Lanas,
Bukit Perawas dan Wakaf Zing. Sila ambil tindakan segera jika terdapat
murid yang kehilangan atau kerosakan buku-buku teks mereka dan
rujuk Pusat Agihan Daerah (PAD) dan jabatan.
4.17.6 Kedai PIBG
1. Beroperasi di bilik baharu di Blok C. Ibu bapa dikehendaki rujuk kedai
PIBG untuk mendapat bahan dan perlalatan belajar murid
menggunakan kaedah tunai resit pendaftaran.
4.17.7 Bilik Kesihatan
1. Dikekal di bilik asal di Blok A
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
4.17.8 Murid Bukan Warganegara
1. Ibu bapa/penjaga murid bukan warganegara mesti mengisi Borang
Permohonan Belajar di Sekolah Bantuan Kerajaan. Borong boleh
diperoleh di pejabat sekolah atau PPD Jeli(Unit HEM) dan dapatkan
perakuan Tuan Guru Besar sekolah tempat mohon belajar. Serahkan
dokumen kelululsan belajar dan slip bayaran yang dikeluarkan oleh
Pendaftar Sekolah (Unit Perhubungan dan Pendaftaran JPN Kelantan)
semasa mendaftar di pejabat sekolah.
4.17.9 Program Susu Sekolah
1. Program susu sekolah bergantung kepada keadaan semasa. Sekiranya
masih berjalan akan menggunakan data kelayakan RMTS.
4.17.9 Kantin Sekolah- Kerusi Kantin di balut skirting
1. Ruang makan murid di kantin akan menggunakan meja dan bangku
panjang di ruang makan murid. Murid tidak dibenarkan makan di
tempat makan guru.
2. Ruang makan guru berada di bangunan Blok A. Pihak pengusaha kantin
akan menggunakan kerusi plastik bersarung.
4.18 Pengurusan Kokurikulum
4.18.1 Program Kokurikulum
1. Unit kokurikulum akan menyediakan rancangan kokurikulum yang
diselaraskan dengan Takwim Kokurikulum Jabatan.
4.18.2 Etos/ Kebitaraan Sekolah
1. Unit kokurikulum akan menetapkan etos sekolah dalam kokurikulum
pada tahun 2020.
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
4.18.3 Penyelaras Program Perayaan Sekolah
1. Unit kokurikulum akan menyelaraskan program sambutan sekolah
dengan menetapkan tugasan berdasarkan bidang-bidang sambutan.
Setiausaha Program dan Perayaan akan menyelaraskan pelaksanaan
bersama Setiausaha Unit-Unit.
4.19 Pengurusan kelas PPKI
4.19.1 Program Inklusif
1. KPI dan fokus utama program PPKI ialah Program Inklusif. Program
Pendidikan Khas Integrasi diharap boleh melahirkan sebilangan murid
ke Program Inklusif bersama murid di kelas perdana sepenuhnya.
4.19.2 PASR
1. Tahun 2020, beberapa calon layak dan akan menduduki Pentaksiran
Alternatif Sekolah Rendah (PASR).
4.19.3 Keceriaan Kelas
1. Selain daripada melaksanakan pendidikan formal PPKI, fokus juga
hendaklah diberikan kepada kebersihan dan keceriaan bilik darjah,
persekitaran dan kelas pdpc untuk menarik minat murid hadir ke
sekolah.
4.19.4 Guru dan PPM PPKI 1 orang
Penolong Kanan 8 orang
Guru 3 orang
Pembantu Pengurusan Murid(PPM)
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
4.20 Pengurusan PSA
4.20.1 TSIP 2020
1. TSIP target Program Sekolah Amanah tahun keempat 2020 telah siap.
Mesyuarat penyelarasan target dan pelaksanaan akan dibuat pada
minggu kedua Januari bersama Advisor.
2. Dalam melaksanakan target setiap SG, fokus hendaklah kepada
perincian setiap target untuk mengesan pelaksanaan dan akan jadikan
sebagai evidens bagi memudahkan proses penilaian semasa KPT
Review dan MYR/YER tahun 2020.
4.20.2 Ketua Panitia sebagai ML
1. Pada tahun 2020 semua ML mesti memegang jawatan Ketua Panitia.
Penetapan ini berdasarkan Surat Siaran KPM berkaitan tugas dan
tanggungjawab Ketua Panitia bersama pentadbir dalam
memperkasakan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.
4.20.3 Kemenjadian Murid-Sahsiah terpuji
1. Fokus sekolah tahun 2020 ialah memperkasakan kemenjadian
sahsiah terpuji dan mempunyai soft skill dikalangan murid-murid.
Murid mesti dilatih supaya berkemahiran, berani, berilmu dan
berpengalaman.
4.20.4 Program Jaringan dan Jalinan berterusan
1. Program networking ini akan diteruskan melibatkan semua guru dan
AKP ke sekolah-sekolah atau jabatan terpilih sebagai motivasi untuk
mendapatkan info terbaik dalam proses pelaksanaan pengoperasian
sekolah.
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
4.20.5 Program Baseline
1. Tahun 2020 seramai 6 orang guru baharu bertukar ke sekolah ini.
Program baseline akan diuruskan olej ML untuk memberi penerangan,
penjelasan dan kaedah pedagogi pelaksanaan PAK 21.
4.20.6 Program CPD dan PLC
1. Perancangan mengadakan program CPD dan PLC kepada semua SLT,
ML dan guru-guru telah ditetapkan dalam takwin tahunan.
4.20.7 Mesyuarat JKPA
1. Mesyuarat JKPA akan di laksanakan pada 22 Januari 2020(Rabu) Jam
2.00 petang di Bilik Mesyuarat bersama Finance Partnership(FP) Kluster
Jeli. Semua ahli Jawatankuasa dan KP mata Pelajaran terlibat dalam
mesyuarat ini.
5 PENGURUSAN AKEDAMIK DAN KOKURIKULUM
(GPK PENTADBITAN - EN. ZULKIFLI BIN NOR)
5.1 PKP mengucapkan selamat datang kepada semua guru dan berharap semua
guru dapat memberi kerjasama untuk tahun 2020. Moga diberi kesihatan yg
baik. Keberkatan dalam pekerjaan.dan dilimpahi rezeki yang halal dgn
pekerjaan yg mulia ini.
5.2 PKP juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Roslina binti Salleh kerana
banyak memainkan peranan dalam penghasilan, pencetakan, menyusun dan
membinding buku pengurusan.
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
5.3 Pengurusan perkembangan staf pada tahun 2019 menunjukkan banyak
kemajuan dan berharap pada tahun 2020 ini sekolah dapat meningkatkan lagi
pencapaian. Contoh pencapaian dalam SPLKPM. Kursus, PLC dan CPD yang
dijalankan lebih teratur dan mencapai target lebih awal.
5.4 Pengurusan prestasi pada tahun 2020 telah banyak berlaku pertukaran penilai.
Guru-guru perlu menghantar buku atau fail Rancangan Mengajar cikgu kepada
Penolong Kanan berkenaan.
5.5 Beliau juga berharap pada tahun ini semua guru dapat menghantar Fail BRM
mengikut jadual yang telah diedarkan dalam Buku Pengurusan.
5.6 Kad perakam
5.6.1 Beliau menekankan tentang punch card dan mengingatkan semua guru
jika berlaku 3 kali merah di kad kuning akan ditukar kpd kad hijau. 2 kali
kad hijau akan ditukar ke kad merah. Sekali merah di kad merah akan
dirujuk kepada lembaga tatatertib.
5.6.2 Jika guru telah buat salah dan mahu memperbetulkan kesalahan. Masa
pada kad tak boleh ditulis dengan pen. Walaupun lewat macam mana
pun perlu ketik kad perakam. Tulis sebab dan minta tandatangan
pegawai bertugas untuk membetulkan kesalahan. Jangan melangkaui
hari sebab kad telah dilapur setiap hari.
5.7 Pengurusan Data Sekolah
5.7.1 Data sekolah sudah tidak banyak seperti sebelum ini. Ini kerana urusan
data telah diambil alih oleh setiap komponen jawatan. Pengurusan
SKPMg2 banyak menggunakan khidmat guru data untuk membantu guru
berkenaan.
5.7.2 Guru mestilah melengkapkan data SKPMg2 dan mempunyai eviden bagi
setiap penyataan yang dimasukkan. Contohnya guru perlu melengkapkan
3 kali kemasukan data dan guru perlu memastikan 3 item eviden yg perlu
dikemukakan sebagai bahan sokongan.
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
5.8 Guru yang terlibat dengan bilik khas perlu mengetahui dan melaporkan
tentang keadaan bilik berkenaan. Satu borang khusus akan diedarkan bagi
melaporkan keadaan dan eventori barang yang terdapat dalam bilik
berkenaan.
5.9 Makmal Komputer dan Biik Samsung
5.9.1 PKP meminta Pn. Rabiatul Adawiyah untuk menyediakan jadual yang
sesuai untuk penggunaan Makmal Komputer dan Bilik Samsung.
5.9.2 Pn. Rabiatul Adawiyah juga diminta untuk mengajar semua guru cara
manual penggunaan alat di dalam bilik tersebut.
5.9.3 Guru digalakkan untuk menggunakan kemudahan ini.
5.9.4 Semakan perlu dibuat untuk memastikan peralatan yang terdapat di
kedua dua bilik ini dari jumlah dan dan dalam keadaan boleh digunakan
diketahui dan direkodkan.
5.10 Penyelaras Prasekolah bertukar dari En. Hanadi kepada Pn. Siti Aminah.
5.11 Pusat Sumber Sekolah diharap dapat menjalankan aktiviti lebih baik pada
tahun ini. Pembelian alatan dan buku diharap dapat dibaiki dengan
menghabiskan peruntukan bersesuaian dgn masa.
5.12 Aset dan kemudahan fizikal - Cikgu Cheng dan Ustaz Shahir ditugaskan
untuk melaporkan kedudukan asset pada tahun 2020.
5.13 Pengurusan Kewangan setakat ini diuruskan dengan baik.
5.14 Jawatankuasa guru bertugas mingguan telah pun disusun. Diharapkan
semua guru dapat menjalankan tugas mengikut bidang tugasan dengan
baik.
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
5.15 Majlis Kurikulum Sekolah- Pemilihan Ketua Panitia mestilah seorang ML.
Ketua Panitia perlu membincangkan Huraian Sukatan Pelajaran di dalam
mesyuarat panitia nanti dan mesti selaras dengan Program Amanah.
Tindakan: Makluman
5.16 Unit kecemerlangan UPSR bertanggungjawab mendaftar calon UPSR dan
menganalisis keputusan ujian/peperiksaan UPSR. Merancang dan
melaksanakan aktiviti untuk kecemerlangan UPSR.
5.17 Jawatankuasa Penilaian dan Pentaksiran - Jawatan SAPS diberi sepenuhnya
kepada Ustazah Amali.
5.18 KSSR- PKP berharap Pn. Nuruhuda dapat menyediakan Semua bahan DSKP
dari Tahun 1 -6 dan menyenaraikan guru yg akan mengikuti kursus DSKP
Thn 5 pada tahun ini. Kursus, bahan dan jadual penataran perlu dijalankan
dan disediakan kepada semua guru yang terlibat.
5.19 PBS/PBD - Pn Noorlaily perlu menyediakan Bahan dan format pelaporan
terkini dan merancang pelaporan dua kali setahun. Jika ada perubahan
teknik pelaporan, perlu adakan taklimat.
5.20 PAJSK - Pelaporan perlu diselaraskan dan mestilah mengikut jadual semasa
bagi memudahkan dan tidak berlaku kelewatan. Jika perlu bermesyuarat
bagi melicinkan proses penyediaan data.
5.21 Segak - Ujian SEGAK perlu dijalankan mengikut masa yang ditetapkan dan
dijalankan pada bulan 3 dan bulan 8. Perlaksanaan perlulah dilakukan
mengikut cara yang betul dan data dihantar mengikut masa yang
ditentukan.
5.22 JK Pemulihan Khas - Mengadakan mesyuarat untuk membincangkan
aktiviti/program tahunan yang akan dijalankan. Sebarang program/aktiviti
perlu diwar - warkan supaya semua guru tahu. Mulai tahun ini Pemulihan
Khas akan diperkasakan semula dan berkemungkinan banyak progam akan
dijalankan di peringkat PPD.
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
5.23 DLP - Program DLP masih berjalan seperti biasa dan kelas yang terlibat
hanya murid Tahun 3 dan 4 sahaja. Bagi Tahun 1, satu perjumpaan
bersama ibubapa akan dibuat pada hari Khamis minggu kedua untuk
meninjau pandangan/persetujuan bagi program DLP.
5.24 MBMMBI Perlu merancang aktiviti dan menyusun jadual bagi
memperkasakan speaker corner.
5.25 SKPMg2 - Bulan pelaksanaan adalah bulab April, Julai dan Oktober.
5.26 Program Transisi- Program dijalankan bermula hari pertama persekolahan
lagi dan tempoh perlaksanaan adalah 3 minggu.
6. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
(GPK HEM - EN. MOHD YASIN BIN MAHMOOD)
6.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis dan semua
guru kerana dapat hadir dalam mesyuarat pada hari ini.
6.2 Memaklumkan Guru Kelas mesti kumpul borang dan mengemaskini
maklumat murid dalam APDM sebelum 28 Januari 2020.
6.3 Beliau mengingatkan guru kelas supaya peka tentang gaji atau pendapatan
ibubapa penjaga.
6.4. PK HEM mengingatkan senua guru supaya menyediakan borang kehadiran
ibubapa jika program yang dilaksanakan melibatkan ibubapa.
6.5 Beliau mengingatkan semua guru yang ingin melaporkan setiap masalah
perlu menghantar laporan menggunakan sistem telegram.
6.6 Setiap Jawatankuasa perlu membuat perancangan awal supaya tidak
menimbulkan Masalah.
6.7 Pertandingan Keceriaan Kelas bermula pada minggu pertama persekolahan.
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
6.8. Undian akan dibuat berkenaan dengan tempat letak kereta dan tidak semua
guru dapat menggunakan parking sekolah.
6.9 perhimpuan mingguan akan di jalankan di tapak perhimpunan baru.
6.10 Guru Besar berharap pengurusan HEM akan lebih baik di masa akan
datang.
Tindakan: Makluman
7. PENGURUSAN KOKURIKULUM-(EN. NOOR AZMAN BIN ZAKARIA)
7.1 GPK Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis dan
semua guru kerana dapat hadir dalam mesyuarat pada hari ini dan berharap
dapat bekerjasama dalam menjayakan aktiviti serta program di bawah unit
Kokurikulum.
7.2 Beliau mengharapkan semua guru yang terlibat dalam membimbing pasukan
sekolah ke peringkat daerah dapat membuat persediaan awal.
7.3 Beliau memaklumkan setiausaha ko pada tahun ini ialah En.Zulfarizie dan Pn.
Nadirah. Setiausaha sukan pula ialah Pn. Nurul Fadhilah.
7.4 Beliau mengingatkan semua guru tentang kehadiran murid pada sesi
kokurikulum kerana kehadiran murid amat penting.
7.5 Beliau juga mengingatkan semua guru mesyuarat Kokurikulum kali pertama
akan diadakan pada 7 Januari 2020 dan minggu kokurikulum yang pertama
ialah pada 8 Januari 2020 iaitu unit beruniform dan kelab permainan.
7.6 Guru Besar mengharapkan pengurusan kokurikulum akan semakin baik di
masa akan datang.
Tindakan: Makluman
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
8. PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS(PPKI)
(PN. HJH. NORLAILA BINTI MD NOR )
8.1 mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis dan semua guru kerana
dapat hadir dalam mesyuarat pada hari ini.
8.2 Beliau memaklumkan mesyuarat bersama guru PPKI akan diadakan pada 9
Januari 2020.
8.3 Beliau juga memaklumkan kelas PPKI hanya mewakili 1 badan sahaja setiap
unit iaitu Pengakap, Persatuan Seni Kreatif dan Permainan Dalaman.
8.4 Guru Besar berharap target PPKI dapat ke Inklusif iaitu murid PPKI dapat
masuk belajar bersama murid biasa di Kelas Perdana.
9. Hal-Hal Lain
9.1 Guru Besar mengharapkan kelengkapan seperti meja dan kerusi mencukupi
pada hari pertama persekolahan dan semua guru hendaklah menjalankan
PdPc seperti biasa.
9.2 Guru juga dingatkan supaya tidak mengutip yuran atau apa- apa bayaran
pada hari pertama persekolahan.
Tindakan: Makluman
10. PENANGGUHAN MESYUARAT
10.1 Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih kepada
semua yang hadir.
10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang dengan membaca Surah Al-
Asr dan tasbih kafarah.
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Guru Bil. 01/2020
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(NURUHUDA BT. ISMAIL) (HJ. CHE RAHIM BIN HARON @ ABDULLAH)
Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar
Sek. Keb. Ayer Lanas Sek. Keb. Ayer Lanas