E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
PROGRAM : JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI (DHR1A)
TAJUK : SUKAN DAN PERPADUAN
NAMA PENGARAH : DR.SAIDI BIN MUDA
AHLI KUMPULAN :
SYAMIMI RAWIAH BT SYAMIMI NADHIRAH NURLAILA LATIFAH BINTI
SURAHMAN ALYAA BT KAMARUDDIN H NIZAM
26DHR22F1022
26DHR22F1017 26DHR22F1021
ISI KANDUNGAN M/S:
4
BIL: PERKARA 5-6
7
1. PENGHARGAAN 25
2. OBJEKTIF 26-28
3. PENGENALAN 29-31
4. TOPIK : 1.1 ISU MEMUPUK PERPADUAN 32-33
1.2 HALANGAN DAN KESUKARAN DALAM
34-36
MEMUPUK PERPADUAN
1.3 KAEDAH DAN LANGKAH YANG TELAH 37
38
DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN DALAM MENYUBURKAN
INTEGRASI PERPADUAN DI MALAYSIA
1.4 USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN
DIPERINGKAT MASYARAKAT SETEMPAT
1.5 KAEDAH DAN LANGKAH YANG BOLEH DI
AMBIL DI PERINGKAT SEKOLAH
5. KESIMPULAN
6. SENARAI RUJUKAN
PENGHARGAAN
Salam sejahtera,bersyukur kepada ilahi dengan limpah berkatnya yang diberikan kepada saya dan rakan-
rakan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.
Pertama sekali,kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik DR.SAIDI
BIN MUDA kerana telah banyak membantu dalam memberi sokongan dan panduan yang diberikan untuk
membantu dalam memberi sokongan dan panduan yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasabini
dengan jayanya
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang tidak pernah
jemu memberi kerjasama sepanjang proses penghasilana efolio ini.Tidak lupa juga dengan dengan rakan-
rakan saya yang lain atas segala pertolongan yang diberikan semasa kami ditimpa dengan pelbagai
cabaran.Mereka juga telaah memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada kami.
Akhir sekali saya ingin menghulur sepuluh jari tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat
dalam proses membuat folio ini secara langsung dan secara tidak langsung
BIL: OBJEKTIF M/S
8
1. 9
Mengetahui definisi sukan
10-11
2. 12
Mengetahui definisi perpaduan
13-14
3.
Membincangkan kepentingan perpaduan kaum
4.
Menyenaraikan peranan sukan dari segi perpaduan
5.
Menyatakan contoh-contoh sukan
BIL: OBJEKTIF M/S:
6. Membincangkan peranan sukan dalam menyatupadukan 15-16
perpaduan kaum.
7. Mengenal pasti faktor yang menyumbang pengukuhan 17-18
kepada perpaduan kaum.
8. Membincangkan peranan ikon sukan dalam memupuk 19-20
perpaduan.
9. Menyenaraikan usaha-usaha kerajaan untuk memupuk 21-22
semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.
10. Membincangkan faedah-faedah bersukan dalam perpaduan. 23-24
PENGENALAN
Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasa dalam memupuk perrpaduan antara
kaum.Biarpun berlainan fahaman politik,bebeza agama dan bangsa namun ketika menyokong
pasukan negara yang bertanding,tembok yang tabal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila
pasukan Harimau Malaya bertanding,semua sempandan terhapus dengan sendirinya kerana kita
memberi fokus agar kemenagan dapat berpihak kepada pasukan Harimau Malaya.
Sama-sama bersorak,sama –sama menjerit dengan satu harapan agar Harimau Malaya dapat
menang.Bila kalah sama-sama kecewa.Tapi menang sama-sama,kalah pun sama-sama.Sukan
dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan.Aktiviti bersukan dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa menerapkan disiplindan integritidalam
kalangan peserta.
Melalui sukan,kita juga akang menyelami arti perpaduan,menghormati antara
kaum,menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan
kedaulatan negara.
1. DEFINISI SUKAN:
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan,keseronokkan,pembangunan,kemahiran,kecemerlangan,dan
sebagainya.Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.Misalnya,
berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi
berenang sendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktivi rekreasi.
2. DEFINISI PERPADUAN:
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara
dalam kalangan kaum dan etnik yang berbaeza untuk mencapai matlamat bersama secara
jujur dan ikhlas.Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh
masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama,serta perasaan cinta dan
banggakan negara.
Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum,daerah dan wilayah
tempat tinggal,budaya.adat resam,cara hidup,latar belakang,kepercayaan dan pegangan
agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni
masyarakat sejagat demi mencapai tujuaan dan kepentingan bersama secara adil dan
saksama.
3.KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM:
Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kiata haruslah dikekalkan untuk
menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan.Hal
ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum
pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita.Kesan dari rusuhan ini dapat kita lihat
betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini.Oleh itu
perpaduan agar kejadian yang sama tidak akan berulang.Dalam nada yang sama kita akan
dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh
semua anggota masyarakat yang memiliki semangat Nasionalisme dan patriotik yang tinggi.
Selain tu,keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah
air dan sanggup berkorban untuk negara kita.Perpaduan dalam kalangan etnik dalam negara
ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara dari ancaman luar dan dalam
negara.Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan melahirkan kekuatan dalam
mempertahankan negara ini daripada campur tangan kuasa luar seterusnya memelihara
kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya memelihara
kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini.
Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling
menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir
dalam jiwa seluruh anggota masyarakat.Sifat dengki dan khianat akan telebur bergitu
sahaja jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk
sejak kita kecil lagi.
4.PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN
i) Sukan sebagai alat perpaduan dan antarabangsa Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan kaum.
ii) Aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain
iii) Aktiviti sukan dapat menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling
memahami antara kaum.
iv) Mewujudkan hubungan diplomati antara sesebuah negara dengan negara lain.
5. CONTOH-CONTOH SUKAN
Bola Sepak
Bola Jaring
Bola Tampar
Bola Baling
Badminton
Ragbi
Tinju
Tennis
Gimnastik
Hoki
Memanah
Silat
6. PERANAN SUKAN DALAM MENYATUKAN PERPADUAN KAUM
-Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama,keturunan,kepercayaan dan
batasan yang interaksi antara permain,penyokong,pengurusan dan massa.Zaman bola
sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar
Dahri,Hassan Sani,V Arumugam,Soh Chin Aun,James Wong,Torai Raju,Wan Jamak,V
Gunalan,Zainal Abidin dan Khalid Ali.Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi
ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar
negara namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam
kalangan masyarakat umum.Ketika Perang Dunia Ke-2 sukan menjadi alat untu
mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara bangsa yang
boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir
urus berbeza.
Disamping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan,Malaysia
juga berjaya menganjurkan sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Antara
sukan yang dipertandingkan di negara adalah ‘Sukan Malaysia (SUKMA)’ yang kini menjadi
sukan terbesar dalam negara. Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-20 diadakan baru-
baru ini di Kuala Lumpur menjadi negeri tuan rumah. SUKMA 2022 disertai oleh 14 buah
negeri di Malaysia dan Brunei Darussalam selaku negara jemputan. Oleh itu,dengan
menganjurkan sukan dapat lagi mengeratkan perpaduan antara masyarakat dan lebih lagi
mengeratkan hubungan silaturahim antara berbagai negeri dan kaum yang terdapat di
Malaysia.
Seterusnya, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir
Piala Thomas 1988 dan 1990, sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara
kese;uruhan aktiviti sukan negara. Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indicator
penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat ‘penghubung’ keseluruhan
warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di
pelbagai yakni kampong ,daerah ,negeri, dan nasional serta antarabangsa , mesti
diperluaskan supaya mlaysia akan menjado gah sebagaimana Jepun dan Korea Selatan
7. FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN PERPADUAN
KAUM
Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini.Hal ini demikian kerana
peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada tindakan
luar batasan dilakukan dan tindakan mencengah tidak dilakukan dengan secukupnya.Peristiwa
berdarah ini menjadi iktibar bahwa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh
meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebagian anggota masyarakat yang
gemar menjaja isu sensitive bagi meraih sokongan politik mudah untuk bangsa mereka.Selepas
kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun
Negara yang menjadi satu identity bagi semua anggota masyarakat.Dalam masa yang sama
kekurangan orang melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar
Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970
Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub
sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya
dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam
sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi
keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang
untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa
Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan
berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang
sama dan sebagainya.
8. PERANAN IKON SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN
Peranan ikon sukan bukan sahaja terhad untuk mengharumkan nama negara , peranan ikon sukan boleh juga
diihat dari perspektif perpaduan kaum . Antaranya , dapat membentuk sahsiah diri yang baik antara masyarakat
yang berbilang kaum seperti mempelajari pelbagai budaya , kepercayaan , dan agama yang terdapat di Malaysia .
Mereka juga mempunyai sifat hormat-menghormati antara satu sama lain sekaligus dapat menambah kenalan baru
melalui aktiviti sukan . Keperibadian mulia juga dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi dan juga dapat
melahirkan masyarakat berfikiran terbuka mengenai adat kalah dan menang dalam sesebuah sukan .
Seterusnya , ikon sukan juga perlu membuktikan aktiviti sukan bukan untuk kaum tertentu sahaja . Penglibatan
atlet sukan daripada pelbagai kaum menunjukkan sukan boleh diikuti oleh pelbagai lapisan masyarakat . Ikon
sukan memainkan peranan besar kerana mereka dijadikan sebagai idola bagi setiap lapisan masyarakat . Kerana
zaman kini , ramai golongan muda mula mengidolakan atlet-atlet yang terkini seperti Lee Zii Jia , Ng Tze Yong dan
Nur Dhabitah Sabri . Dasar negara perlu bijak dalam mengatur strategik untuk melahirkan masyarakat yang
mengamalkan gaya hidup sihat .
Akhir sekali , mereka juga berperanan untuk memartabatkan negara dan melahirkan
masyarakat yang harmoni . Dengan ini , kita dapat memartabatkan sukan negara kita
sampai ke mercu yang lebih tinggi sehingga ke persada dunia dan dapat setanding dengan
negara-negara maju yang lain . Pergaulan dan interaksi para atlet dan pemain dari pelbagai
kaum juga akan melahirkan persefahaman yang erat . Oleh itu , kita juga dapat menarik
minat golongan muda sekarang untuk menjadi salah satu atlet negara yang boleh
mengharumkan nama negara seperti bekas atlet negara kita iaitu Datuk Lee Chong Wei (
Pemain Badminton ) dan Datuk Nicol Ann David ( Pemain Skuasy )
9. USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT
PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR
1. Penubuhan sekolah sukan bukit jalil untuk menempatkan murid yang
mempunyai potensi dalam bidang sukan .
2. Dasar 1 MURID 1 SUKAN telah diwujudkan mulai tahun 2011
3. Setiap tahun , kejohanan majlis sukan sekolah-sekolah malaysia (MSSM) dianjurkan
untuk mengembangkan bakat murid dalam bidang sukan .
4. Pengenalan rancangan integrasi murid untuk perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986.
MSSM RIMUP
10. FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN
Di peringkat individu,sukan menyumbangkan kepada pembentukan sahsiah positif,
kesedaran diri dan budaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal
menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi social dan
penguasaan kemahiran pergerakan asas dan komplek.
Diperingkat masyarakat ,sukan menyumbangkan kepada peningkatan jalinan perhubungan
di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti,
peningkatan semangat kesukarelaan , peryertaan dan sokongan.
Di peringkat antarabangsa , sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan
kerjasama antarabangsa , peningkatan ketahanan dan daya saing dan peningkatan
kecemerlangan dan imej negara .
Dalam konteks pembangunan ekonomi , sukan adalah satu sektor ekonomi yang
dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan , bukan sahaja kepada atlet
tetapi juga kumpulan sokongan , pengeluar peralatan
sukan , media dan lain-lain pihak yang berkaitan .
1.1 MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia.Isu perpaduan
adalah utama dari Sembilan cabaran untuk mencapai maklumat Wawasan 2020 yang berbunyi
‘mewujudkan bangsa Malaysia bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh
mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama,berintegrasi di peringkat wilayah dan
antara kaum,berasakan persamaan hak keadilan’.
Cabaran ini berkaitan dengan cabaran ke-5 yang berbunyi ‘mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak
ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,kebundayaan dan kepercayaan agama
masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara.
1.2 HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI
Antara factor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia
AGAMA DAN KEBUDAYAAN : Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang
berlainan. Setiap kaum mempunyai adat resam,Bahasa, kesenian ,budaya dan system nilai yang
berbeza.Masing –masing kurang mengenali dan memahami dan sering menganggap mereka sahaja yang
terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai
kaum
DASAR PENJAJAH BRITISH : Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang
menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentinganndan keselamatan mereka sendiri.Penjajah
sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu.Integrasi antara jaum
menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatf yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang
etnik.
SISTEM PENDIDIKAN,PERSEKOLAHAN DAN BAHASA YANG BERLAINAN :
Laporan Razak menyebut bahwa tiada satu system pendidikan nasional di Tanah melayu di man setiap
etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan Bahasa ibunda masing-
masing.Kurikulum yang digunakan juga tidak sama.Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang
mereka, tidak terdapat Bahasa pengantar yang sama.keadaan ini melebarluaskan lagi jurang
pergaulan,menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan
sesame rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa
memperdulikan pembentukan warga negara yang berindentitikan satu negara.
AMALAN EKONOMI YANG BERLAINAN : Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang
tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan.Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak
seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kelangan etnik yang berlainan jenis dan rasa
serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.
PERBEZAAN POLITIK MENGIKUT BANGSA,KAUM DAN ETNIK : Kewujudan persatuaan
politik,social dan ekonomi berdasarkan bangsa ,kaum,dan etnik tertentu telah memperkukuhkan identity sesuatu
kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan
kepentingan kumpulan tertentu sahaja.Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan
pelbagai isu sensitive seperti Bahasa,budaya,ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah
perpaduan.
PENDUDUK JEPUN : Kemasukan tentera Jepun ke Tanah melayu menambahkan jurang permusuhan antara
orang Melayu dan orang Cina.Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang cina, sementara ramai
pula orang melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis.Keadaan ini menjejaskan
persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.
1.3 KAEDAH DAN LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN DALAM
MENYUBURKAN INTEGRASI DAN PERPADUAN DI MALAYSIA
Peristiwa berdarah 13 mei 1969 (L1)
Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi
menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum dan
wilayah.Pelbangai kaum terasa seperti tidak mendapat pembentukan dan peluang yang
sewajarnya.Dalam kempen pilihanraya 1969 pula,terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan
isu-isu sensitive yang menyentuh kaum tertentu.Kehilangan dua pertiga majority parti perikatan dalam
pilihanraya umum tersebut,diikuti kelantangan beberapa pemimpin parti pembangkang dan
penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam kalangan rakyat berbilang
kaum.kemuncak menifestasi ini ialah peristiwa berdarah 13 mei 1969
Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan sebuah badan yang dikenali sebagai Majlis Gerakan
Negara Gerakan Negara (MAGERAN). Majlis ini dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan
keamanan dan undang-undang negara,menentukan pentadbiran yang licin.adil dan sempurna serta
mengembalkan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum.
Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuaan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan
murid yang diingininkan bagi memupuk perpaduan.Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia
dan dilaksankan melalui kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata
pelajaran pendidikan Islam,pendidikan Syariah Islamiah ,Pendidikan Al-quran dan assunnah dan
Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama,menanam sifat-sifat
mulia serta membentuk tingkah laku yang bersopan sanun dan saling menghormati sesame manusia.
PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA DI SEKOLAH. (L3)
Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka. Yang Amat
Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi selaku supaya Kelab Rukun Negara
ditubukan di sekolah.
Sebelum itu,dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beiau
menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsiap-prinsip Rukun
Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan.Dengan
tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang
dikeluarkan oleh kementerian pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan kelab Rukun Negara di
sekolah ,maka pengetahuan, pemahaman,penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar
terdapat prinsip-prinsip Rukun Negara kearah menjana semangat perpaduan yang lebih jika dapat
dipertingkatkan dan diperkukuhkan.
1.4 USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DIPERJUANGKAN DIPERINGKAT
MASYARAKAT SETEMPAT
• Program Permuafakatan Masyarakat
Program permuafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program-program ilmiah seperti
ceramah motivasi,aktiviti keagamaan, makan beradab,gotong royong,majlis perkahwinaan dan sebagainya
• Hari Keluarga dan sukan Rakyat
Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan pelbagai acara dijalankan melibatkan semua
peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, pogram ini dapat membina
persefahaman,keteguhan ,perpadan dan perasaan kasih saying dalam kalangan seluruh warga masyarakat.
• Acara Kebudayaan Kesenian
Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi,boia ,dikir
barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain yang disertai oleh anggota masyarakat.
Selain dapat berhibur.semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan digariskan
• Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali
Setiap kali menjelang hari perayaan ,masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau NGO
menganjur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan yang diidangkan
dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang
berkemampuan.Ucapan selamat yang diberikan disambut dengan penuh kemesraan dapat membentuk
perasaan kasih saying dan perpaduaan rakyat berbilang kaum dalam komunikasi tempatan.
Aktiviti Riadah
Seterusnya,Kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahgian dalam pelbagai program
yang dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan.Majlis Belia Malaysia,Jabatan Agama
Islam , Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah senamrobik,
mencari harta harun, perarakan ,Sambutan maulidul Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian merdeka dan sebgainya.
Setiap ahli masyarakat dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapis masyarakat. Mereka
dapat memahami dengan lebih mendalam eri perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesame
masyarakat.
1.5 KAEDAH DAN LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL DI PERINGKAT SEKOLAH
Sekolah penyayang (L1)
Satu program yang dilakukan disekolah dengan menentukan konsep “ Sekolahku ,Syurgaku” dan “Yang Tua
Dihormati, Yang Muda Disayangi “ dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui persatuan ibubapa dan
guru.Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah,membentuk peribadi pelajar yang
suka menolong dan menghormati orang lain,berbudi pekerti mulia serta menimbulkan perasaan kasih syang dan
hubungan mesra antara warga sekolah dan ibubapa para pelajar.
Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Utntuk Perpaduan (RIMUP) (L2)
Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majority pelajarnya terdiri dari pelajar melayu,namun mereka
berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak.Program RIMUP secara
berkelompok turut diadakan dimana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang
bersama dengan sekolah-sekolah lain yang mempunyai pelajar berbilang kaum jawatankuasa RIMUP peringkat
sekolah dan kelompak dianggotakan kaum yang pelbagai.Kesan penglibatann pelajar dan warga sekolah dalam
program ini adalah sangat baik,ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra.
Seterusnya,menyumbangkan kepada perpaduan dan integrase yang lbih erat.
Pernyataan Dalam Kokurikulum
Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan ,permainan dan unit beruniform.Pernyertaan aktif
dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkembangan ,persembahan dan pertandingan di pelbagai
peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam.Terdapat peraturan dan disiplin
tertentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara
demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi.Mereka dapat berinteraksi
secarasihat serta mematuhi peraturan dan displin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam
aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina
kehidupaan masa depan dan sebuah masyarakat yang berdisiplin,berharmoni, bersatu padu dan berintegriti.
Sambutan Bulan Patriotisme dan emerdekaan
Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memmperingatkan hari ulang tahun kemerdekaan
negara. Jawatankuasa sambuatan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama kelab rukun negara ,Unit
bimbingan dan kaunseling ,kelab guru dan kakitangan sekolah, persatuan sejarah dan persatuan-persatuan pelajar.
Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG ,alumni ,tokoh –tokoh dan sejarawan, agensi dan badan kerajaan
dan bukan kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan,
tayangan gambar berbentuk payriotik , pembacaan sajak, sketsa, petomen, kibaran “jalur gemilang”, hiasan bilik
darjah dan asrama, pidato ,forum, penulisan esei, derma darah,pameran melukis tokoh negara,pembarisan dan
perarakan serta sambutan detik kemerdekaan .
Lawatan dan Ziarah di Peringkat Sekolah
Sekolah menggalakkan para pelajar membuat program lawatan ke tempat –tempat bersejarah, parliemn, Putrajaya ,
Bandaraya Melaka, Memorial ,tugu negara ,Muzium Negara,rumah –rumah kebajikan,asrama anak-anak yatim dan
miskin penjara ,rumah perlidungan kanak-kanak ,asrama prang kurang upaya ,sekolah,university dan
sebagainya.Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti perbincangan,gotong-royong
,persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebgainya.Kesan dari program lawatan dan ziarah
ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar pentingna berbudi bahsa,mengamalkan toleransi dan
perhungan baik sesame rakyat berbilang kaum dan keturunan.
Perkembangan Bina Insan Bagi Pelajar Sekolah
Sekolah ini melinatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama
diperolehi dari pihak seperti ceramah motivasi,pembinaan jati diri.kerohanian, kembara ikhtiar hidup ,
kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkemahan yang dijalankan diluar kawasan sekolah sangat menyeronokkan
para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai leindahan alam
Malaysia,nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan harmoni.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dilaksanakn, aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara
kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Di samping itu, sukan dapat membantu
meningkatkan tahap kesihatan diri dan mental diri seseorang individu. Selain itu,sukan dapat
memberi peluang kepada semua yang terlibat untuk membentuk masyarakat yang lebih sopan,
bertanggungjawab dan berintegriti. Seterusnya ,melalui sukan,rakyat Malaysia juga akan
menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum,menanam rasa cinta kepada negara dan
snggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Hal ini menyebabkan Malaysia dapat
melahirkan induvidu yang snagat aktif dan juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi.
Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan
sukan dalam kalangan masyarakat.
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Diperinkat
individu,sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif,kesedaran diri dan berdaya saing
selain meningkatkan tahap kesihatan dan kecermerlangan fizikal menerusi penggunaan masa
senggang secara berfaedah. Diperingkat masyarakat,sukan menyumbang kepada peningkatan
jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum,peningkatan semangat
kesukarelaan,penyertaan,kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej
negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.
SENARAI RUJUKAN
1. MALAYSIA KITA , INTERNATIONAL LAW BOOK SERVICE 2007
2. MALAYSIA KITA , INSTITUSI TADBIRAN AWAM NEGARA JPN 1991
3. SEJARAH MALAYSIA , FAJAR BAKTI SDN. BHD
4. BUKU PANDUAN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN , KPN 2005
5. PENGAJIAN AM KENEGARAAN MALAYSIA , MOHD TAJUDDIN ADB. MUTHALIB EAST VIEW
, 1997
6. NEGARA KITA , INTAN , KUALA LUMPUR , 1986
7. MENGENAL PERLEMBAGAAN MALYSIA , TUN MOHAMMAD SUFFIAN HASHIN , DBP
8. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAAN PINDAAN 1987 , JABATAN PENCETAKAN KERAJAAN ,
KUALA LUMPUR 1988
9. PENGAJIAN AM KERTAS 900/1 , PROF MADYA , DR. CHEW HOCK TONG , PUSTAKA
SARJANA 2001
THANK YOU
Assalamualaikum..