Schoolwide Enrichment Model (SEM)
MRSM ALOR GAJAH
Panduan Guru dan Pelajar
Schoolwide Enrichment Model (SEM)
Type III
Disusun, ditulis dan diolah oleh 1|P age
En Mohd. Kadir Bin Kamis, En. Mohamad Rizal Bin Mukhtar dan
Jawatankuasa Schoolwide Enrichment Model (SEM),
MRSM Alor Gajah, Melaka
Jan 2020
MRSM AG#1
Schoolwide Enrichment Model (SEM)
1.0 PENGENALAN
Pelajar-pelajar hari ini bakal mewarisi satu era pembangunan yang dipenuhi pelbagai
persaingan dan kemajuan teknologi canggih yang mencabar. Demi melengkapkan diri mereka
dengan kemahiran dan ketahanan mental, program penggayaan ini diwujudkan dengan hasrat ia
dapat memperkembangkan potensi pelajar secara terbeza dan bersepadu.
Program penggayaan yang berpandukan “Schoolwide Enrichment Model” telah
diubahsuai mengikut keadaan di maktab masih menumpukan kepada tiga jenis program
penggayaan. Penggayaan Jenis I (Type I) dan Jenis II (Type II) yang bertujuan untuk
menimbulkan rasa ingin tahu dan meningkatkan lagi dalam diri pelajar mengenai sesuatu isu
manakala penggayaan Jenis III (Type III) bertumpu kepada penyelesaian masalah sebenar
(Joseph S.Renzulli dan Sally M.Reis).
2.0 SEM TYPE III
Apakah SEM Type III
SEM Type III merupakan satu aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar atau sekumpulan
kecil pelajar seramai 4 hingga 5 orang menjadi penyelidik dan menjalankan kajian mengenai
sesuatu tajuk yang diminati. Hasil kajian akan di persembahkan semasa Pesta SEM Type III
yang selalunya dijalankan setiap tahun di semua MRSM.
Objektif SEM Type III
Menerusi aktiviti ini diharapkan pelajar-pelajar dapat:
1. Mendalami minat dan pengetahuan sedia ada serta menggunakan pemikiran kreatif dan kritis
dalam menyelesaikan masalah.
2. Menggunakan teknik-teknik kemahiran belajar dan menjalankan penyelidikan secara saintifik
dan sistematik.
3. Memperkembangkan kemahiran merancang eksperimen dan menganalisis data dalam
menghasilkan satu kajian yang original serta bermutu tinggi.
4. Menunjukkan sikap bekerjasama, bertolak-ansur, menghormati pandangan orang lain dan
komitmen terhadap tugas.
5. Menjalankan kajian secara berdikari, sabar dan sentiasa bermotivasi tinggi.
6. Menunjukkan kebolehan berkomunikasi dengan baik, boleh memberi pendapat dan
mempertahankan idea berdasarkan hujah-hujah yang konkrit.
MRSM AG#1 2|P age
Schoolwide Enrichment Model (SEM)
3.0 LANGKAH-LANGKAH DALAM MENJALANKAN SEM TYPE III
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelajar-pelajar:
1. Mendapat pendedahan ceramah, lawatan (SEM Type I) dan penerapan kemahiran dan kursus
dalam elemen Kemahiran Akademik dalam slot SEM dan PdP bagi pelajar tingkatan 1 dan 2.
2. Membentuk kumpulan berdasarkan minat dan kenalpasti tajuk yang diminatinya serta
berusaha mencari maklumat lanjut mengenainya dan seterusnya mengisi Borang
Pendaftaran Kajian SEM Type III.
3. Merancang kerja mengikut suatu jangkamasa tertentu. AJK SEM akan mengedarkan
Panduan Perancangan Jadual Kerja/Masa untuk menyiapkan kajian.
4. Dengan bantuan guru penasihat, kumpulan pelajar mula menjalankan penyelidikan mengenai
tajuk yang telah dipilih menggunakan pelbagai sumber. Beberapa persoalanan utama dan
hipotesis kajian perlu dibentuk.
5. Menggunakan Kemahiran Insaniah (softskill) dan Kemahiran Akademik yang dipelajari
seperti bagaimana menjalankan soal selidik, cara menemuduga, mencatat data dan
menganalisis data.
6. Kumpulan pelajar perlu mewujudkan Buku Log (buku catatan) serta mencatat setiap langkah
yang telah diambil sepanjang kajian dijalankan. Perbincangan dengan guru penasihat perlu
dibuat dari semasa ke semasa. Guru penasihat memberi maklum balas dan cadangan
membina untuk membantu pelajar-pelajar.
7. Kumpulan pelajar perlu membuat pembahagian kerja dan menyiapkan tugasan masing-
masing. Langkah-langkah berikut mungkin membantu pelajar menyiapkan kajian mereka,
iaitu
a. mencari maklumat menggunakan internet, perpustakaan atau menghubungi
pensyarah/pegawai yang berkaitan
b. merancang bentuk penyelidikan seperti melakukan eksperimen, membuat soal selidik dan
lain-lain
c. menghubungi agensi berkaitan untuk menjalankan kajian di tempat mereka.
8. Untuk melengkapkan kajian, kumpulan pelajar perlu menyiapkan hasil seperti dalam bentuk
produk/prototype dan menulis tesis (buku laporan) sebagai bukti kajian.
9. Di akhirnya, kumpulan pelajar akan membentangkan hasil kajian mereka dalam Mini Pesta
SEM TYPE III yang dijalankan selama setengah hari dengan persembahan pelajar kepada
panel hakim mengikut kategori merangkumi aspek persembahan (presentation) selama 10
minit, menunjukkan tesis dan hasil kajian. Untuk persediaan yang baik, kumpulan pelajar
akan membuat persediaan terlebih awal selama satu hari untuk membantu persembahan
dengan membina display board mengikut spesifikasi yang akan ditetapkan oleh
Jawatankuasa SEM dan selain itu sesi sumbangsaran perlu diadakan untuk membincangkan
cara persembahan dalam karnival itu nanti.
10. Berikut merupakan kriteria penilaian SEM Type III yang dijalankan mengikut pecahan
berikut:
a. Penilaian oleh penasihat (advisor) : 40%
b. Penilaian oleh panel hakim semasa Pesta SEM TYPE III : 60%
MRSM AG#1 3|P age
Schoolwide Enrichment Model (SEM)
4.0 PERANAN GURU PENASIHAT
Guru penasihat SEM Type III bertindak sebagai ‘pengurus’ dalam proses pembelajaran. Secara
amnya, guru berperanan sebagai pembimbing, pemberi perangsang dan resource person.
Untuk membimbing pelajar-pelajar, tiga perkara yang perlu diberi perhatian oleh penasihat:
1. Penumpuan kepada masalah
Guru penasihat perlu membimbing pelajar agar dapat menumpukan kepada minat yang khusus
serta dapat menyalurkannya kepada sesuatu yang boleh diselidiki atau direkacipta. Kerapkali
pelajar akan menemui jalan buntu, oleh itu peranan guru adalah untuk terus memberi galakan
dan perangsang.
Jika guru kurang mahir mengenai subjek kajian yang ingin diterokai oleh pelajar, dia seharusnya
membantu (guide) pelajar untuk mencari sumber rujukan lain yang difikirkan sesuai.
2. Penumpuan kepada kaedah
Guru penasihat perlu membantu pelajar untuk mengenalpasti kaedah dan teknik-teknik
penyelidikan terkini yang sesuai digunakan dalam sesuatu bidang.
Guru perlu memberi sokongan dan mengikuti perkembangan kumpulan pelajar di bawah
pengawasannya.
3. Proses penyutingan dan maklumbalas
Kumpulan pelajar perlu menghantar draf penulisan kajian untuk disemak dari semasa ke semasa
kepada guru penasihat. Guru penasihat perlu tegas dalam memberi maklumbalas tetapi harus
juga peka terhadap masalah pelajar.
Penyeliaan oleh penasihat adalah proses yang berterusan. Bagi melicinkan proses penyeliaan
SEM Type III, penasihat perlu memantau penggunaan sistem buku log, penyediaan bahan
pembentangan dalam Pesta SEM Type III dan penulisan laporan (tesis).
MRSM AG#1 4|P age
Schoolwide Enrichment Model (SEM)
5.0 TANGGUNG JAWAB PELAJAR
Pelajar yang menjalankan SEM Type III mempunyai tanggungjawab utama menyelesaikan kajian
dan lain-lain tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tanggungjawab pelajar
yang lain secara
khususnya adalah:
a. mengikut Jadual Perancangan Kajian yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa SEM.
b. memberitahu Jawatankuasa SEM sekiranya menggunakan khidmat pihak luar (seperti
pensyarah universiti) untuk mendapatkan surat rasmi untuk menjalankan kajian.
c. kerap berhubung dengan penyelia dan memberitahu penyelia jika sekiranya berlaku perubahan
skop kajian.
d. Menyerahkan bahan bertulis (tesis) kajian yang diperlukan mengikut jadual.
e. Memastikan kualiti dan hasil kerja SEM Type III yang dikemukakan mengikut standard yang
telah ditetapkan.
f. Memaklumkan kepada Jawatankuasa SEM jika berlaku masalah dalam kajian dan penyeliaan
kajian dengan pihak luar.
Pemantauan Buku Log
Penggunaan buku log adalah diwajibkan. Buku ini merupakan catatan lengkap mengenai
sebarang kerja yang dilakukan semasa menjalankan SEM Type III dan hendaklah dibawa untuk
setiap perjumpaan dengan penasihat dan taklimat JK SEM. Penasihat mesti mengesahkan catatan
dan perjumpaan dalam buku log. Catatan dalam buku log akan menggambarkan komitmen,
sikap, kemajuan dan daya usaha kumpulan pelajar dalam menjalankan kajian mereka.
Catatan dalam Buku Log mengandungi antara lain:
a. Tarikh perjumpaan dengan guru penasihat atau penyelia, perbincangan, nasihat dan arahan.
b. Tajuk, objektif, skop, rancangan kerja projek.
c. Jadual kerja dan tarikh-tarikh penting berkaitan dengan pelaksanaan dan penilaian SEM
Type III.
d. Persiapan, masalah, cadangan penyelesaian dan peralatan diperlukan.
e. Perkembangan dan kemajuan projek.
f. Data dan maklumat yang diperolehi.
g. Gambar rajah berkaitan dan bahan rujukan yang berkaitan dengan projek.
MRSM AG#1 5|P age
Schoolwide Enrichment Model (SEM)
6.0 PANDUAN RINGKAS MENJALANKAN KAJIAN SEM TYPE III
LANGKAH/PROSES PERINCIAN PERNYATAAN
1. PENDAHULUAN Pengenalan/Latar belakang Pengenalan kepada isu secara umum dan
Kenapa/Mengapa masalah seterusnya perbincangan berkaitan masalah
menjalankan yang ingin dikaji secara khusus.
penyelidikan/kajian Pernyataan masalah 1. Apa masalah yang hendak dikaji?
2. Mengapa masalah itu perlu dikaji?
Objektif kajian/penyelidikan Tujuan kajian/penyelidikan dibuat
Persoalan kajian Apakah soalan yang hendak diuji/diselidiki
dalam kajian?
Hipotesis kajian Jangkaan penyelidik terhadap hasil kajian nanti
Batasan/Halangan kajian Apakah kekangan-kekangan yang dihadapi
oleh seseorang pengkaji apabila menjalankan
kajian?
Definisi Istilah/Takrifan sesuatu Beri penjelasan sesuatu konsep atau istilah
konsep penting penting yang digunakan dalam kajian
Pemilihan Tajuk Kajian Tajuk yang ringkas, senang difahami
2.TINJAUAN (Mendapatkan idea/maklumat Tinjauan yang berkaitan dengan isu yang
LITERATUR berkaitan kajian yang ingin hendak dikaji. Ada tinjauan yang mungkin
/SOROTAN KAJIAN dibuat dengan merujuk kepada menyokong atau berbeza dengan hasil yang
kajian terdahulu melalui buku, hendak dikaji.
majalah, jurnal, internet,
temuduga dan sebagainya)
3. METODOLOGI Kaedah/ Prosedur Tatacara/Langkah bagaimana?
a. Rekacipta Sampelan/Populasi Bahan/Siapa yang hendak dikaji?
b. Eksperimen Sains Tempat penyelidikan Di mana dikaji?
c. Sains Sosial Instrumentasi/Alatan/Radas & Apakah alat yang digunakan untuk mendaptkan
Bahan data kuantitatif/kualitatif?
Jangkamasa (Timeline)/Jadual Bila masa dijalankan?
Masa Sertakan jadual penyelidikan
4. KEPUTUSAN Pendahuluan Maklumbalas ringkasan metodologi dan proses
/HASIL KAJIAN Keputusan deskriptif Jadual dan graf tentang sampel
(Rekacipta/Sains)
Keputusan Inferensi (Sains Jadual dan graf merujuk kepada populasi
Sosial)
5. PERBINCANGAN Pendahuluan Nyatakan ringkasan latarbelakang masalah,
DAN KESIMPULAN prosedur dan keputusan dalam bahagian 4
Perbincangan hasil dapatan Membincangkan keputusan dengan membuat
laporan keseluruhan kajian atau berdasarkan
perbezaan hasil dengan kajian terdahulu.
Kesimpulan Sintesis dan penilaian akhir.
Cadangan Cadangan penyelidikan akan datang.
Cadangan kepada pihak-pihak tertentu.
MRSM AG#1 6|P age