The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ekonomi di Kelantan abad ke-19

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazlinshakri, 2022-01-08 08:53:58

Hsm buku skrap

Ekonomi di Kelantan abad ke-19

HSM3023 MALAYSIA ABAD KE-19
TUGASAN 1 (INDIVIDU)

NAMA: ROSHAZLIN BINTI SHAKRI
NO MATRIK: D20191087606
SEMESTER: 5
PENSYARAH: DR. WAN NOORLIZAWATI BINTI WAN MAT ALI

PERKEMBANGAN EKONOMI DI KELANTAN PADA

ABAD KE-19

PENGENALAN

Kelantan adalah sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli
tempatan. Pada zaman dahulu, istana mengganggu kehidupan ekonomi rakyat Kelantan. Dua sistem
yang mendera rakyat Kelantan pada masa itu adalah sistem cukai dimana ia dikenakan kepada semua
orang kecuali kerabat diraja dan sistem serah dimana ia adalah percukaian yang harus ditanggung
oleh rakyat Kelantan. Raja Muhammad mejadi sultan pertama Kelantan apda abad ke-19 ini dan
baginda melepaskan diri dari Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang terpisah. Kelantan pada
ketika itu merupakan salah satu dari negeri yang mempunyai penduduk yang terbanyak dan Makmur
di Semenanjung Tanah Melayu kerana ia berhasil menghindari perang serta pertikaian yang menimpa
negeri-negeri di selatan dan barat.

Negeri Kelantan adalah negeri keenam yang terbesar di Malaysia kerana ia mempunyai 10 jajahan yang
dibahagikan kepada beberapa daerah. Nama Kelantan adalah gabungan daripada perkataan “gelam hutan” dimnaa ia
adalah nama Melayu bagi pokok. Ada juga yang mengatakan nama negeri ini berasal daripada perkataan kilatan atau
kolam tanah. Negeri ini mempunyai seni budaya yang tradisional yang unik dan sejarah persinggahan yang menarik.
Ekonomi di negeri ini berasaskan kegiatan pertanian. Taburan penduduk sebelum zaman merdeka dilihat Semenanjung
Tanah Melayu ini terdiri daripada masyarakat Melayu dimana majoritinya adalah masyarakat di Kelantan. Ekonomi
masyarakat Kelantan pada zaman itu boleh dikatakan bersifat jenis sara hidup yang mudah dimana ia berasaskan kepada
penanaman padi dan aktiviti perikanan. Di negeri ini juga tidak terdapat kegunaan lebih pada tanah dan banyak tanah
dibuka hanyalah untuk kawasan penanaman padi.

Penggunaan kawasan pertanian secara menyeluruh adalah sebanyak 23 % sahaja iaitu dari
kawasan padi di Kelantan. Masyarakat Kelantan pada abad ke-19 ini dilihat turut mengamalkan
kerja-kerja kemahiran antaranya adalah bertukang, menganyam, menghasilkan kraf tangan,
pelbagai jenis alat senjata, membuat perahu dan sebagainya lagi. Anatara alat senjata yang
digunakan oleh masyarakat Kelantan pada abad ke-19 ini adalah keris, lembing, pedang, pisau,
kapak dan banyak lagi. Kegiatan masyarakat negeri ini yang diamalkan oleh golongan wanita
adalah kemahiran dalam pengeluaran kain sarung, logam, periuk belanga, ukiran kayu dan lain-
lain.

PERKEMBANGAN EKONOMI DI
KELANTAN PADA ABAD KE-19.

Abad ke-19, kegiatan utama masyarakat melayu adalah pertanian yang diusahakan dalam dua bentuk
tanaman iaitu tanaman huma dan sawah.Tanaman huma ini melibatkan pembersihan hutan untuk satu atau dua
musim tanaman, kemudian ditinggalkan menjadi hutan semula. Tanaman sawah atau bendang pula melibatkan
tanaman padi dan sayur-sayuran serta pokok buah-buahan di kawasan tanah yang berhampiran.

Dengan perkembangan perdagangan di antara Kelantan dengan luar terutamanya selepas pembukaan Singapura
sebagai pusat perdagangan antarabangsa membuktikan golongan pemodal semakin ramai dan ianya telah
menjadi peranan sebagai orang perantaraan di antara penduduk tempatan dengan dunia luar. Mereka ini membeli
barangan seperti kelapa kering, ikan kering, hasil hutan, emas dan sebagainya daripada penduduk tempatan dan
seterusnya menjualkan kepada pedagang besar di pelabuhan untuk dieksport. Perdagangan seperti ini kadangkala
menjadi sistem barter dan kadangkala dengan menggunakan wang. Barang-barang diimport dan barang-barang
tempatan yang lain dimana ia biasanya dibawa dari Kota Bharu dengan menggunakan perahu ke beberapa pusat
perdagangan di kawasan pedalaman seperti Pulai.

Seterusnya, untuk menambah sumber makanan, masyarakat pada ketika itu
telah menternak ayam, itik, menanam pokok buah-buahan dan tanaman lain
di dusun mereka seperti pisang, ubi kayu, tebu, kelapa dan pinang.

Selain itu, kebun buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman dagangan juga
diusahakan tetapi dimonopoli oleh orang bukan melayu.

Pada umumnya, bentuk asas sistem tanah orang melayu pada abad 19 adalah sebagai faktor
pengeluaran ekonomi sara diri dan bukan sebagai barangan untuk dijual atau ditukarkan.

Ini disebabkan beberapa masalah seperti kurangnya tenaga kerja buruh ketika itu di samping
ketiadaan ternakan dalam negeri yang membolehkan kerja pembajakan dilaksanakan dengan
cekap dan efisen.

Ternakan lembu mula penting apabila adanya pengenalan kereta lembu disebabkan kepesatan
perlombongan bijih timah pada suku akhir abad ke-19.

Pertanian di Kelantan secara rasminya wujud sebagai entiti tersendiri sejak 2 mac 1978 di bawah Akta Lembaga kemajuan Kelantan selatan 1978. Perasmian
penubuhanya disempurnakan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, iaitu perdana menteri Malaysia yang ketiga. Penubuhan ini bertujuan untuk mengimbangi
komposisi penduduk di antara Kelantan selatan dengan Kelantan utara bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Pada peringkat awalnya, Jabatan pertanian Kelantan bertanggungjawab terhadap hal-ehwal perusahaan,penternakan haiwan dan perikanan. Selepas
itu, beberapa jabatan dan agensi berasingan telah diwujudkan bawah kementerian pertanian dan industri makanan bagi menangani bidang lain dan
pelbagai aspek tertentu berhubung dengan pembangunan industri tanaman.

Kegiatan ekonomi Kelantan ini bermula pada tempoh 1950-an hingga 1970-an. Pertanian sara diri merupakan kegiatan ekonomi utama di Kelantan
sebelum tahun 1950. Keadaan ini telah memberikan keunikannya tersendiri kepada negeritersebut khususnya dalam mempengaruhi sosiobudaya
masyarakatnya.

Ekonomi di negeri Kelantan pada abad ke-19 ini berasaskan kegiatan pertanian. Majoriti penduduk Kelantan pada zaman dahulu mempunyai ekonomi
yang bersifatkan jenis sara hidup yang mudah dimana ia berasaskan pada penanaman padi dan aktiviti perikanan. Di kawasan negeri ini juga tidak emmpunyai
kegunaan lebihan pada tanah namun jika jumlah populasi berkembang maka lebih banyak tanah dibuka untuk penanaman padi. Masyarakat Kelantan
mengamalkan kerja-kerja kemahiran seperti bertukang, menganyam, menghasilkan kraf tangan ,pelbagai jenis alat senjata dan sebagainya. Sebagai contoh, alat
senjata seperti keris, lembing, pedang, pisau dan banyak lagi. Masyarakat Kelantan golongan wanita iaitu orang Melayu lebih terkenal dengan pengeluaran kain
sarung, logam, ukiran kayu dan lain-lain.

Seterusnya, pada dekad 1950 an sehingga 1970 an orang melayu Kelantan biasanya tinggal di kawasan luar bandar dengan pertanian sebagai mata pencarian utama
untuk sara diri. Sebilangan kecil, penduduk yang menetap di bandar melibatkan diri dalam lapangan perniagaan, perburuhan, dan menjawat jawatan dalam
perkidmatan kerajaan mahupun swasta.

Kesuburan tanah di Kelantan mendorong penduduk negeri ini terlibat dalam pertanian. Malah dikatakan Kelantan mempunyai ikatan pertanian yang lebih
kuat daripada pergantungan semenanjung Malaysia. Oleh itu, telah kita dapati rakyat Kelantan bergantung kepada pertanian sebanyak 78%. Peratusan penglibatan
penduduk dalam bidang lain adalah kecil.

Walaupun begitu, jika ditinjau penglibatan orang melayu dalam semua bidang peratusanya amat besar kerana mereka merupakan bilangan penduduk yang terbesar di
negeri ini. Contohnya, padi merupakan tanaman utama di Kelantan dan keluasanya ialah 19% daripada keluasan kawasan padi di semenanjung Malaysia.
Pertanian merupakan kegiatan ekonomi yang utama dan terpenting di Kelantan.

Sehingga kini, jabatan pertanian Kelantan adalah antara jabatan dan agensi di bawah kementerian pertanian.
Kawasan Kelantan Selatan merupakan kawasan yangberbukit-bukau dimana ianya hampir 50% daripadanya
mempunyai kecerunan lebih daripada 25° dan hanya 10% sahaja yang mempunyai kecerunan kurang daripada 15°.

Walaupun begitu, mempunyai kawasan yang luas hanya 20% sahaja yang berpotensi untuk pembangunan sektor pertanian
di Kelantan. Kepentingan pembangunan di Wilayah Kelantan Selatan mendorong persekutuan menubuhkan
KESEDAR supaya pembangunan dapat diseimbangkan antara wilayah di negara ini. KESEDAR merupakan Lembaga
Kemajuan Wilayah yang keempat ditubuhkan selepas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA-1971), Lembaga
Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA-1972) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH-1973.



Bagi mencapai matlamat, pihak kerajaan negeri menerusi jabatan pertanian negeri telah menyusun pakej
program seperti pembangunan tanah terbiar, pembangunan industri padi, pembangunan pusat pertanian,
pembangunan industri hiliran serta pembangunan usahawan dan juga pembangunan industri sayur-sayuran
dan buah-buahan. Menerusi pelbagai pakej program ini, kerajaan negeri berharap objektif ini dapat dicapai
untuk melahirkan golongan petani yang bedikari di samping meningkatkan daya pengeluaran bahan
makanan serta mencapai tahap pengeluaran produk pertanian yang berkualiti.

Kessler menjelaskan sungai menjadi cara perhubungan untuk penduduk Kelantan kerana ianya menjadi sumber
bagi mendapatkan air bagi kegunaan harian seperti memasak, membasuh, mandi, pertanian dan banyak lagi.
Raja dan orang-orang besar Kelantan turut mendirikan kubu-kubu istana mereka di tebing atau anak-anak
sungai kerana ianya memudahkan mereka dalam mengutip hasil. Kemudahan perhubungan dan bergerak
melalui sungai-sungai inilah yang membolehkan raja dan para pembesar meluaskan kuasa pemerintahan
mereka. Contohnya, sultan Kelantan mendirikan kubu istana berhampiran dengan kuala sungai Kelantan dan
mereka dapat menguasai penduduk pedalaman di sepanjang sungai tersebut.

Oleh itu, pada tahun 2008 kemajuan pertanian di Kelantan amat mendapat tempat dan juga berjaya dicapai.
Kerajaan juga telah memperuntukan bajet yang banyak dalam sektor pertanian pada tahun 2008.

Seterusnya, pencapaian yang telah berjaya di Kelantan ialah menaiktaraf hidup nelayan. Sektor
perikanan di Kelantan ini juga berperanan sebagai salah satu sektor penyumbang bagi bekalan
protein kepada penduduknya di Kelantan serta menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduknya kira-
kira 5,000.

Usaha membela golongan nelayan akan diteruskan dengan kaedah menigkatkan taraf hidup. Sebanyak Rm 504 ribu telah
disediakan untuk tujuan melaksanakan program seperti galakan pemindahan teknologi peralatan perikanan, projek
asuhan benih ikan air tawar, galakan teknologi pengendalian lkan dan juga penyediaan infrastruktur nelayan. Selain
itu, beberapa program telah diperkenalkan pada tahun 2008.

Contohnya, pemulihan semua sangkar terbiar serta pembangunan tukun tiruan yang akan terus dilaksanakan.
Kerajaan juga menggalakan sektor ternakan ikan akuakultur bagi menampung bekalan untuk mengimbangi permintaan
sumber perikanan yang meningkat.

Oleh itu, kerajaan memberi galakan yang berterusan kepada pelabur untuk menceburi bidang akuakultur
terutamanya di kawasan yang dikenalpasti di bawah program Taman kekal pengeluaran makanan
selain menggalakan penglibatan penduduk tempatan menceburi akitiviti sebegini.

Justeru, industri pemprosesan berasaskan produk perikanan seperti keropok, budu, bilis, ikan kering, bebola
ikan dan sebagainya. Sehingga kini telah banyak memberi peluang kepada penduduk tempatan dan telah
berjaya memajukan pertanian di Kelantan dengan ini ianya berpontensi untuk dikembangkan lagi
pada masa hadapan



Penduduk atau masyarakat Kelantan lebih cenderung tinggal di kawasan berhampiran sungai kerana disebabkan faktor tanah yang
lebih subur dan juga harga barangan yang lebih murah berbanding harga barangan di kawasan pedalaman atau bandar. Bahagian
utara negeri Kelantan pula adalah kawasan berbukit bukau yang membentuk sempadan dengan Perak dan Gunung Tahan di
sempadan Pahang. Keadaan cuaca di negeri Kelantan ini adalah lebih ringan dan hampir tiada perubahan. Cuaca di negeri ini
dipengaruhi oleh pantai-pantai dimana pada waktu pagi, bayu darat akan bertiup manakala pada waktu malam bayu laut pula yang
akan bertiup.

Dalam bidang pembuatan dan perkilangan di Kelantan pula, perkara yang paling banyak diceburi oleh masyarakat Kelantan adalah
perusahaan batik, pertukangan emas dan perak serta menenun songket. Kebanyakan aktiviti ini merupakan aktiviti keluarga dan
menjadi satu budaya sejak dahulu lagi. Dalam aktiviti ini, setiap ahli keluarga berfungsi sebagai unit pengeluaran yang penting
dimana ia menjadi satu aktiviti sara diri sebagai hak turun-temurun.

Ekonomi di negeri Kelantan ini pada abad ke-19 sebenarnya masih berasaskan kegiatan pertanian. Kegiatan pertanian di
negeri ini adalah dua jenis iaitu kegiatan pertanian (sawah) dan kegiatan pertanian (huma / ladang). Namun kawasan
dataran Kelantan menjadi kawasan pertanian yang tetap sejak zaman dahulu lagi dimana mereka menjalanakan aktiviti
menanam padi, kelapa, pinang, tanaman dusun dan sebagainya. Tanaman padi merupakan tanaman yang utama di negeri
Kelantan dan terdapat tiga jenis padi yang diusahakan oleh mereka iaitu padi cedungan, padi tugalan dan padi huma.
Padi cedungan ini adalah padi yang ditanam dalam sawah yang berair dimana ianya ditanam pada setiap tahun, manakal
padi tugalan pula ditanam dengan cara menabur biji-biji padi di kawasan tanah yang kering yang sudah ditajak ditanam
pada setiap tiga tahun. Padi huma pula adalah padi yang ditanam secara pertanian pindah dan kebanyakan petani di
kawasan dataran Kelantan ini lebih cenderung untuk menanam padi tugalan daripada padi cedunga. Hal ini disebabkan
tanaman cedungan memerlukan sistem perairan yang sempurna dan ia hanya terdapat di kawasan yang berhampiran
dengan sungai.

Menutur Dodge, Kelantan merupakan negeri pengeksport emas yang utama di Semenanjung dalam beberapa
dekad semasa abad ke-19. Newbold menjelaskan pula negeri Kelantan ini juga turut mengeluarka n 179 tan bijih
dan menjadi negeri pengeluar bijih yang kelima di Semenanjung. Ekonomi masyarakat Kelantan pada abad ke-
19 ini boleh dianggap sebagai kegiatan pengeluaran dimana ia adalah untuk kegunaan sendiri dan kegiatan
pengeluaran ini untuk tujuan perdagangan sebenarnya masih terbatas. Pengeluaran dan pembahagian kerja serta
pengkhususan masih terbatas pada ketika itu. Petani di Kelantan ketika waktu itu masih tidak mempunyai
insentif dalam menghasilkan lebih daripada yang diperlukan. Hal ini adalah untuk membolehkan diri dan

keluarga mereka dapat terus hidup.

PENUTUP

Kesimpulannya, ekonomi di negeri Kelantan pada abad ke-19 bukanlah ekonomi yang Perkembangan kuasa pengeluaran dalam pelbagai kegiatan di negeri ini pada masa itu juga
static tetapi ia adalah ekonomi yang berada dalam peralihan akibat daripada interaksi adalah berada pada tahap yang masih rendah. Petani di negeri ini tidak melabur lebih daripada apa
diantara beberapa faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran serta penyatuannya ke yang diperlukan dalam kegiatan pengeluaran mereka kerana mereka takut jika lebihan pengeluaran
dalam sistem ekonomi antarabangsa. Namun begitu, perkembangan ekonomi ini mereka itu diambil oleh pihak berkuasa. Alat-alat pengeluaran yang digunakan oleh mereka ini
membawa kepada perkembangan negeri Kelantan dimana ia banyak membawa perubahan boleh dikatakan masih mundur dan mereka lebih berperanan untuk menyara kehidupan sahaja.
dalam struktur ekonomi masyarakat Kelantan. Keseluruhan ekonomi masyarakat Walau bagaimanapun, perkembangan ekonomi di negeri Kelantan pada abad ke-19 ini turut berlaku
Kelantan adalah lebih bersifat prakapitalis dan kegiatan ekonomi yang utama yang dimana hubungan perdagangan Kelantan dengan dunia luar berlaku dengan semakin meluas dan
dijalankan oleh masyarakat Kelantan pada abad ke-19 adalah kegiatan pertanian berkembang pesat dimana dapat dilihat Kota Bharu menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan
terutamanya menanam padi. Rakyat Kelantan juga menjalankan kegiatan lain seperti dengan negeri dan negara luar.
menangkap ikan, menternak binatang, mengutip hasil hutan, bertukang dan sebagainya.

BIBLIOGRAFI

A Rahman Tang Abdullah. 2009. Transisi Ekonomi Dalam Masyarakat Melayu: Ekonomi
Wang Era Permulaa Kapitalisme Di Tanah Melayu. Universiti Malaysia Sabah.

Haryati Hassan. 1985. Kegiatan Ekonomi di Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Amim. 2018. Sejarah Mata Wang dari Era Penjajahan Portugis Sehingga Ke
Pembentukan Bank Negara Malaysia.

Nik Azma. 2015. Perkembangan Industri Kraftangan dan Kesannya Kepada Ekonomi di Negeri
Kelantan.

Rosmina Awang. 2017. Sejarah Ekonomi Negeri Kelantan. Universiti Sains Malaysia.

Ishak Shari. Buku Pembangunan dan Kemunduran Perubahan Ekonomi Luar Bandar Kelantan.
2004.

Ishak Shaari. 2008. Keadaan Ekonomi dan Struktur Masyarakat Melayu Kelantan Pada Abad
ke-19.

Uqbah Iqbal & Nordin. 2015. Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu
dan Sifat Ekonomi Masyarakat.

LAMPIRAN

Sekian
Terima kasih


Click to View FlipBook Version