The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGERTIAN DAN PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH (PENILAIAN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2022-01-13 19:15:37

PENGERTIAN DAN PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH (PENILAIAN)

PENGERTIAN DAN PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH (PENILAIAN)

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

MPU 23052
SAINS,
TEKNOLOGI &
KEJURUTERAAN
DALAM ISLAM

NAMA PENSYARAH : PUAN AISHAH BINTI MOHAMAD SAID

NAMA AHLI KUMPULAN:

•NAMA :NOOR AMIRAH BINTI ISA

NO. PENDAFTARAN:15DPB20F2017

•NAMA :NUR ADRIEANA BATRIEISYA BINTI NOR ASRI

NO. PENDAFTARAN:15DPB20F2010

•NAMA :MUHAMMAD FAIZ BIN SHAHRUL HAFIZ

NO. PENDAFTARAN:15DPB20F2016

•NAMA :NUR SAIDATUL NAFIDA BINTI MD SAFFAR

NO.PENDAFTARAN:15DPB20F2022

•NAMA :SITI NUR MASITAH BINTI MOHAMAD KAMAL

NO.PENDAFTARAN:15DPB20F2006

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH
FIQH

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENDAHULUAN 1
PENGERTIAN KAEDAH FIQH 2
PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH
⚫ Al-Umur bi Maqasidiha 3-4
⚫ Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-Shakk 5

⚫ Al-Mashaqqah Tajlibu al-Taysir 6

⚫ Al-Darar Yuzalu 7

⚫ Al-Adah Muhakkamah 8
9
PENUTUP 10
SUMBER RUJUKAN

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

PENDAHULUAN

Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu berkaitan penjelasan tentang hukum-
hukum yang umum. Kaedah Fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum
syarak secara keseluruhan yang merangkumi pelbagai masalah
hukum fiqh. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan
oleh para ulama’ bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan
baru yang timbul saban hari.

Manusia mempunyai berbagai-bagai tabiat semulajadi. Allah S.W.T
mencipta dan memberikan kepada kita dua kekuatan iaitu kekuatan
sama ada mahu melakukan kebaikan atau melakukan kejahatan. Jiwa
manusia juga seringkali terlalai daripada mengingati roh syariat lalu
mereka melakukan kerosakan di muka bumi kerana keegoan dan
mementingkan diri sendiri dengan melanggar hak-hak orang lain.
Jika jiwa manusia ini dibiarkan begitu sahaja, tanpa ada penghalang
yang menyekat mereka daripada melakukan kerosakan kepada
masyarakat, nescaya perasaan takut, permusuhan dan
persengketaan akan berleluasa dan menyebabkan institusi
kemasyarakatan akan musnah dan longgar.

Ini membincangkan mengenai betapa syariat Islam mengambil berat
tentang perkara yang mendatangkan manfaat kepada manusia
secara keseluruhannya dan menghalang mereka daripada
kemudaratan melalui kaedah “la dharar wa la dhirar.

1

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

PENGERTIAN

Apabila dirujuk kepada kitab-kitab qawa‘id fiqhiyyah yang ditulis oleh
ulama silam atau penulis semasa, pelbagai definisi dibuat dapat
ditemui. Kebanyakan mereka mempunyai definisi yang tersendiri
sehingga menjangkau lebih daripada 20 definisi dikemukakan.
Banyaknya definisi sama ada kerana keluasan ilmu yang mereka
miliki atau kerana luasnya perbincangan ilmu qawa‘id fiqhiyyah atau
berbezanya pemahaman mereka terhadap ilmu ini. Apabila dibuat
penelitian secara mendalam tentang definisi yang dikemukakan, ada
di kalangan ulama yang memberi definisi kaedah secara umum yang
meliputi semua jenis kaedah, sama ada kaedah usul, kaedah fiqh dan
kaedah bahasa.

Ada pula yang memberikan definisi khusus untuk kaedah fiqh sahaja.
Di samping itu ada juga di kalangan ulama yang mengatakan bahawa
kaedah fiqah bukan bersifat kulli dan ada pula yang berpendapat
sebaliknya.

Oleh kerana banyak definisi yang ada maka pengkaji akan
membahagikan perbincangan kepada dua bahagian. Pertama yang
dibuat oleh ulama silam dan yang kedua yang dibuat oleh penulis
atau ulama semasa. Seterusnya pengkaji akan memilih definisi yang
terbaik dan membuat kesimpulan terhadap definisi tersebut.

2

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

Al-Umur bi Maqasidiha

Kaedah pertama ini membawa maksud bahawa sesuatu perbuatan
tidak dikira selagi tidak disertakan dengan niat. Niat seseorang itu
akan menentukan sama ada sesuatu perkara yang dilakukan itu
halal atau haram, sah atau batal. Terdapat tiga peranan niat yang
utama iaitu :

I.Membezakan ibadat dan adat
Adat kebiasaan yang tidak bercanggah dengan syarak ia boleh
bertukar menjadi ibadat jika adat tersebut disertai dengan NIAT.

II.Membezakan peringkat-peringkat ibadat fardhu dan sunat
Contoh
Pertama: Membezakan ibadah daripada ibadah-ibadah yang lain.
Contohnya antara puasa yang wajib dengan puasa yang sunat.
Kedua: Membezakan ibadah daripada adat. Contohnya, seseorang
itu mandi dan diniatkan bahawa ia adalah mandi janabah maka
mandi tersebut akan mendapat pahala. Jika seseorang itu mandi
untuk menghilangkan kepanasan maka tidak akan mendapat
pahala kerana mandiannya itu bukanlah berbentuk ibadah.
Daripada inilah, para ulama’ mengeluarkan satu kaedah iaitu:

‫الأَ ُم ْو ُر بِ َم َقا ِص ِد َها‬
Maksudnya: “Setiap perkara itu berdasarkan (dinilai) tujuan-
tujuannya”.

3

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH
Al-Umur bi Maqasidiha

4

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

Al-Umur bi Maqasidiha

KEPENTINGAN NIAT HADIS
Kedudukan dan kelebihan hadis niat telah diriwayatkan
secara Mutawatir oleh para Ulama sebagaimana yang
telah diriwayatkan oleh Imam-imam antaranya:

1.3.1. Telah berkata Abu Ubaidah :Tidak ada hadis yang
diriwayatkan dari Rasulullah sesuatu yang lebih
menyeluruh ,lebih padat dan lebih banyak faedah dari
hadis ini.

1.3.2. Imam Shafie ,Imam Ahmad Bin Hambal ,Ibnu
Mahdi ,Ibnu Madini ,Abu Daud ,Darakutni dan lain –lain
lagi telah bersepakat bahawa hadis ini merangkumi 1/3
ilmu. Ada juga dikalangan Ulama yang menyebut
bahawa hadis ini merangkumi 1/4 ilmu. Imam Baihaqi
telah menghuraikan kedudukan 1/3 ilmu dengan
menjelaskan bahawa perbuatan hamba berlaku dari tiga
aspek iaitu hati, lidah dan juga anggota. Niat merupakan
salah satu dari bahagian yang tiga bahkan ia adalah
lebih utama.

1.3.3. Ibn Mahdi menyebut bahawa hadis niat
merangkumi 30 bab dari Ilm4u.

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

Al-Umur bi Maqasidiha

1.3.4. Imam al-Shafie telah menyebut bahawa hadis ini
terangkum di dalamnya 70 bab-bab fiqh.

Imam al-Suyuti telah menghuraikan apa yang telah
disebutkan oleh Imam al-Shafie tentang 70 bab iaitu ia
termasuk dalam 1/4 bahagian ibadah sepertu wuduk,mandi
sama ada fardu atau sunat,menyapu khuf ,tayamum
,sembahyang ,qasar ,jamak ,imam ,makmum ,sujud tilawah
,sujud syukur ,menunaikan zakat menggunakan perhiasan
atau untuk menyimpannya ,puasa ,iktikaf ,haji ,umrah
,sembelihan ,dan banyak lagi.

Dalam masalah akad seperti kinayat jual beli dan hibah
,wakaf,pinjaman ibra' (menghalalkan hutang ) hiwalah
,wakalah ,ikrar ,wasiat ,talak ,khuluk ,rujuk ,ilak ,zihar
,sumpah ,qazaf.

Dalam masalah qisas untuk membezakan antara sengaja
dengan yang hampir sengaja dan tersalah ,ambil barang
orang yang berhutang ,mengambil alat alat muzik ,

Semua yang disebutkan akan dikira berdasarkan dengan apa
yang diniatkan oleh seseorang4.

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

Al-Umur bi Maqasidiha
1.4 Kepentingan niat
Berbicara tentang kepentingan niat para ulama telah
menggariskan kepada dua perkara iaitu ;

1.4.1.Tujuan utama disyariatkan niat ialah untuk

membezakan perbuatan yang dilakukan sama ada ianya

kerana ibadah ataupun adat.

1) Seseorang yang megambil wuduk atau meratakan air

keseluruh tubuhnya ,perbuatan tersebut sama ada untuk

membersihkan tubuhnya yang kotor atau menyejukkan

tubuhnya dihari yang terik atau kemungkinan juga

kerana kerana tujuan ibadah.

2) Seseorang yang tidak menjamah makanan sejak dari pagi

kemungkinan kerana untuk diet, atau untuk menjaga

kesihatannya atau kemungkinan dia sedang berpuasa.

3) Seseorang yang sedang berada dalam masjid

kemungkinan ia masuk untuk merehatkan tubuhnya atau

kemungkinan juga untuk beribadah.

4) Seseorang yang menyerahkan sesuatu kepada seseorang

sama ada wang atau berupa makanan sama ada dia

memberikan sedekah atau hibah atau zakat.

5) Seseorang yang sedang menyembelih binatang

kemungkinan untuk menikmati dagingnya memakan

dagingbinatang tersebut atau kemungkinan juga untuk
4
tujuan lain.

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH
Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-Shakk

Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan wujudnya
keraguan iaitu perbincangan tentang yakin,
kepercayaan yang sungguh-sungguh, kepastian,
kesungguhan dan ketentutan. Syak pula didefinisikan
sebagai rasa kurang yakin, curiga, sangsi dan was- was.
Pengertian yakin menurut kamus bahasa Melayu ialah
betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan
sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak) lagi,
pasti benar (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi
Keempat).

5

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH
Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-Shakk

Pengertian Yakin dari sudut bahasa

Fairuz Abadi: Jauh dari keraguan. Al-Jirjani:
Pengetahuan yang tiada keraguan bersamanya. Ibn
Manzur: Pengetahuan yang jauh dari keraguan serta di
pastikan sesuatu perkara..

Dari beberapa pengertian yang telah dikemukakan dan
mereka semua sepakat mengatakan bahawa yakin
ialah lawan bagi ragu-ragu.

Pengertian yakin dari sudut istilah

Jirjani: Beritiqad bahawa sesuatu itu dalam keadaan
begini disamping itu ia juga beritiqad tidak mungkin
selain dari yang diitiqad tadi, serta ia bersesuaian
dengan keadaan dan tidak mungkin akan hilang.

5

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH
Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-Shakk

Pengertian shakk dari sudut bahasa
Jirjani: Iaitu teragak-agak di antara dua perkara atau
keadaan yang saling bertentangan tanpa adanya tarjih
salah satu dari keduanya ketika syak tersebut.
Pengertian Syak dari sudut istilah
Imam al-Nawawi: Teragak-agak antara dua keadaan
sama ada wujud atau tidak sesuatu perkara, sama ada
kedua-duanya berada pada satu tahap atau yang satu
lebih.

5

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-Shakk

‫بقاء ماكان علي ما كان‬

(Kekalnya sesuatu mengikut keadaannya yang asal)
1.Sesiapa yang yakin ia dalam keadaan suci tetapi syak
dia telah berhadas ia sebenarnya dalam keadaan suci.
2.Tidak membatalkan wuduk dengan menyentuh
khunsaa.
3.Seseorang yang sedang berpuasa telah makan
dipenghujung malam dan ia syak adakah telah masuk
waktu subuh puasanya sah kerana asalnya masih
malam.
4.Seseorang yang berpuasa apabila beliau makan
dipenghujung siang tanpa berijtihad terlebih dahulu
kemudian didatangi syak adakah magrib telah masuk
atau belum, maka batal puasanya kerana asalnya
masih kekal siang.
5.Seseorang berniat puasa tiba-tiba ada syak adakah
fajar telah muncul atau tidak, sah puasanya kerana
asalnya adalah malam.
6.Seorang perempuan diceraikan dengan talak satu
telah mendakwa masih dalam keadaan edah akan
dibenarkan kata-katanya .

5

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-Shakk

‫ألاصل برأة الذمة‬

(Asal seseorang tiada tanggungjawab iaitu dari hak
orang lain)

1.Seseorang telah merosakkan sesuatu barang orang
lain dan mereka berselisih tentang nilai barangan
tersebut, pendapat yang diterima adalah yang
merosakkan barangan tersebut.
2.Seseorang diperintah untuk bersumpah terhadap
sesuatu dia enggan melakukan umpah tersebut , maka
hakim tidak boleh menjatuhkan hukum atas
keenganan tersebut.
3.Seseorang yang yakin dia telah melakukan sesuatu,
tetapi syak adakah telah melakukan bilangan yang
banyak atau sedikit, contohnya solat asar adakah dia
telah solat empat atau tiga yang diambil kira ialah
bilangan yang sedikit kerana lebih yakin.
4.Seseorang yang syak dia meninggalkan sesuatu
perbuatan yang diperintahkan seperti sujud , maka
perlu sujud sahwi sekiranya meninggalkannya, asalnya
dia tidak melakukannya dan tak perlu sujud sahwi.
5.Seseorang syak ia melakukan perkara yang dilarang
dalam solat asalnya tidak be5rlaku.

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

Al-Mashaqqah Tajlibu al-TaIsir

Kaedah ini secara umumnya membawa pengertian
hukum hakam yang mendatangkan kesukaran untuk
dilaksanakan oleh mukallaf (orang yang
dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan
perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama
Islam serta menjauhi larangan-Nya) akan
diringankan cara perlaksanaannya oleh Syarak. Tidak
semua kesukaran diberikan keringanan, hanya ada
beberapa kesukaran sahaja yang dibenarkan iaitu :
I. Kesukaran yang tidak dapat dielakkan dalam
menjalani ibadat.
II. Kesukaran yang biasanya dapat dielakkan dalam
menjalani ibadat seperti kesukaran besar
( melibatkan kehilangan nyawa, agama, akal,
keturunan dan harta), kesukaran kecil dan kesukaran
sederhana.

6

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

Al-Mashaqqah Tajlibu al-TaIsir

SEBAB- SEBAB KERINGANAN
Terdapat tujuh sebab keringanan yang diberikan
oleh syarak dalam ibadat, iaitu :
i. Musafir : syarak memberikan keringanan seperti
qasar dan jamak solat serta berbuka puasa.
ii. Sakit : syarak memberikan keringanan seperti
meninggalkan puasa dan tayammum.
iii. Paksaan : syarak mengharuskan seseorang yang
dipaksa untuk melafazkan perkataan kufur.
iv.Lupa : seseorang yang makan dalam keadaan
terlupa semasa berpuasa, tidak terbatal puasanya.
v. Kejahilan : tidak batal solat orang yang bercakap
semasa solat dalam keadaan jahil.
vi. Kepayahan : tanaman yang terkena najis binatang
yang membajaknya dimaafkan.
vii.Kekurangan: orang gila dan bayi tidak diberikan
tanggungjawab oleh syarak.

6

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH
Al-Mashaqqah Tajlibu al-TaIsir

JENIS-JENIS KERINGANAN SYARAK
Menurut pendapat Syeikh ‘Izz al-Din bin Abd al-
Salam al-Syafi’i, jenis keringanan atau rukhsah itu
ada enam. Manakala menurut ulama mazhab Hanafi
sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Nujaym,
rukhsah itu ada tujuh jenis iaitu[17]:

a) - ‫تخفيف إسقاط‬
keringanan dengan menggugurkan kewajipan.
Contohnya :
i. Tidak wajib atau gugur sembahyang Jumaat
kerana ada halangan tertentu.
ii. Digugurkan daripada menyertai jihad sebab uzur.
iii. Digugurkan kewajipan haji dan umrah
disebabkan keuzuran.

6

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

Al-Mashaqqah Tajlibu al-TaIsir

- ‫تخفيف تنقيص‬
keringanan dengan mengurangkan bebanan.
Contohnya :
i. Memendekkan atau qasar sembahyang zohor atau
asar menjadi dua rakaat.
c) - ‫تخفيف إبدال‬
keringanan dengan gantian atau penukaran.
Contohnya :
i. Ditukarkan berwuduk dan mandi dengan
bertayammum.
ii. Menukarkan kedudukan sembahyang bagi orang
sakit yang tidak berdiri kepada duduk atau baring
atau isyarat.
iii. Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak
dapat berpuasa dengan membayar fidyah.

6

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH
Al-Mashaqqah Tajlibu al-TaIsir

d) - ‫تخفيف تقديم‬
keringanan dengan mendahulukan.
Contohnya :
i. Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu
atau haulnya.
ii. Sembahyang jama’ taqdim.
e) - ‫تخفيف تاخير‬
keringanan dengan mengakhirkan.
Contohnya :
i. Menangguhkan puasa Ramadhan kerana musafir.
ii. Sembahyang jama’ ta’khir.
iii. Menangguhkan sembahyang demi
menyelamatkan orang mati lemas dan terbakar.

6

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH
Al-Mashaqqah Tajlibu al-TaIsir

f) - ‫تخفيف ترخيص‬
keringanan mendapat rukhsah kerana terdesak atau
terpaksa.
Contohnya
i. Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan
air.
ii. Diharuskan makan bangkai kerana terdesak.
g) - ‫تخفيف تغيير‬
keringanan mengubah atau menukar.
Contohnya :
i. Menukar dan mengubah kedudukan serta cara
mendirikan sembahyang ketika dalam keadaan
ketakutan dan menghadapi musuh

6

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

Al-Darar Yuzal

Kaedah keempat ini adalah bahaya mesti dihapuskan. Ia
diaplikasikan dalam pelbagai isu fiqh, dengan kata lain ia
berkait rapat dengan maqasid syariah al-khomsah dengan
memelihara agama,nyawa,akal,keturunan dan harta.
Kaedah ini menjelaskan tentang bahaya mesti
ditegah,dielak dan diharamkan, ia termasuk bahaya yang
umum dan khusus. Secara asasnya kaedah fiqh dalam
kategori ini berpandukan pelbagai nas syarak yang
menegah daripada berlaku kemudaratan dalam sebarang
tindakan. Kaedah ini berasaskan kepada hadis Rasulullah
SAW yang bermaksud : " Tidak ada mudarat dan tidak
dibenarkan membalas dengan kemudaratan. " (Riwayat al-
Bayhaqi, 1994 no hadis 11384) . Terdapat beberapa
kategori bahaya atau kemudaratan yang dibincangkan iaitu
:

I. Al-Darar Yuzal : Kemudaratan itu hendaklah dihilangkan

II. Al-Darar Yudfa bi qadr al-Imkan : Mudarat itu ditolak
dengan kadar yang boleh.

III. Al Darar la Yuzal bi al-Darar : Mudarat itu tidak boleh
dihilangkan dengan mudarat umpamanya.

7

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

Al-Adah Muhakkamah

Kaedah kelima dan juga terakhir ini adalah adat dijadikan
hukum. Adat ialah peraturan yang sudah diamalkan turun
temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi
hukum dan peraturan yang harus dipatuhi . Kaedah ini
bermaksud bahawa adat sesuatu masyarakat yang tidak
bertentangan dengan nas syarak boleh diambil kira dalam
menentukan hukum syarak (al-Ghazi, 1997). Akan tetapi
terdapat beberapa syarat dan kriteria yang perlu difahami
untuk menerima adat sebagai penentu hukum iaitu (as-
Sayuti 1983) :
I. Adat tersebut perlu konsisten dan diterima oleh majoriti
masyarakat. Contoh lafaz ijab dan qabul dalam transaksi
jual beli dan perkataan daging yang merujuk daging lembu.
II. Tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah jika
berlawanan dengan nas al-Quran dan as-Sunnah maka ia
ditolak. Sebagai contoh adat masyarakat berkahwin wajib
memakai inai, meminum arak, berzina dan seumpamanya.
III. Ia diterima pakai selagi tidak dipersetujui sebaliknya.

8

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

Al-Adah Muhakkamah

Al-adah muhakkamah
Adat bersendi Hukum, Hukum bersendi KitabullahKuat
adat , tak gaduh Hukum, Kuat Hukum tak gaduh AdatIbu,
Hukum muafakat, Ibu Adat muafakatUntuk penyatuan
antara undang-undang islam dan undang-undang adat ini
pelbagai pepatah perundangan atau kaedah-kaedah
perundangan adat diperkenalkan sebagai garis panduan
pengalaman adat persekitaran islam. Pepatah atau
perbilangan perundangan adat ini telah menjadi tradisi
lisan. Berdasarkan pepatah di atas, adat tetap fleksibel di
dalam penyesuaiannya dengan persekitaran islam. Dalam
membina atau mempengaruhi pembinaan budaya, hukum
islam tidak menolak semua sekali budaya yang sudah
dihayati oleh masyarakat. Malah,
kelaziman ataupun ‘urf iaitu su
atu asas budaya yang paling kukuh telah diterima sebagai
salahsatu sumber hukum

8

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH
Al-Adah Muhakkamah

Al-Syatibi menegaskan apabila syariah mengiktiraf al-
‘urf atau al adah sebagai satu sumber,
syariah sebenarnya telah berusaha untuk menjaga
kemaslahatan masyarakat. ‘Urf di
Huraikan sebagai kelaziman yang diterima umum dan
berakar umbi dalam masyarakat. Ia boleh terbentuk dalam
apa sahaja sifat aktiviti manusia baik kata-kata, perbuatan,
pandangan akal,perasaan atau seumpamanya. Selain itu
adat juga adalah sesuatu amalan yang telahmenjadi rutin
yang baik yang baik dan keperluan masyarakat. Pemikiran,
budaya dan amalansesuatu masyarakat yang telah lama
wujud sering menjadi undang-undang tidak bertulis
dankeperluan mendesak dalam aktiviti mereka kerana
piawai penentuan masyarakat sudah tentuakan merujuk
kepada kebiasaan mereka.

8

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH
LINK VIDEO BERKENAAN DENGAN PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

https://www.youtube.com/watch?v=pihtFjvl1Gg
https://whttps://www.youtube.com/watch?v=_8KkuR2HX
QYww.youtube.com/watch?v=EXA-QzJPNrE

8

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH
PENUTUP

Dalam kehidupan manusia, ilmu merupakan satu perkara yang
terpenting dan perkara tersebut bukan lagi satu rahsia. Sebegitu
pentingnya ilmu terhadap manusia sehingga mereka menjadi
tidak gemar jika dikatakan tidak mempunyai ilmu atau jahil.
Ilmu juga menjadikan seseorang itu mulia dan dihormati.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah akhirnya e folio ini sampai
ke penghujungnya.. Diharapkan semoga dengan perkongsian
yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang
mempunyai persoalan tentang kaedah fiqh ini.

9

PENGERTIAN
DAN

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

• PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

SUMBER RUJUKAN

http://konsepasaskaedah.blogspot.com/2016/03/microsoftinter
netexplorer4-0-2.html?m=1
https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2976-
irsyad-al-hadith-siri-ke-330-niat-dan-amalan-orang-mukmin
http://ustazwanzul.blogspot.com/2012/12/kaedah-al-umur-bi-
maqasidiha.html?m=1
http://ustazwanzul.blogspot.com/2013/09/memahami-kaedah-
alyaqin-la-yuzal-bi.html?m=1
http://raudhahal-ilm.blogspot.com/2011/03/masyaqqah-
tajlibu-al-taisir.html?m=1
https://almalakawi.wordpress.com/2009/10/14/qaedah-yang-
ke-empat-ad-darar-yuzalu/
https://www.scribd.com/document/439322479/Al-Adah-
Muhakkamah
https://www.mindakini.com/beza-antara-ibadat-dan-adat-itu-
adalah-niat/
https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2976-
irsyad-al-hadith-siri-ke-330-niat-dan-amalan-orang-mukmin

10


Click to View FlipBook Version