ONLINE CLASS “PEL.1:ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH” (Bidang Al-Quran) Disampaikan oleh:Ustazah Baizura Khalid PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 BIDANG AL-QURAN
SURAH ALI IMRAN:AYAT 8 TERJEMAHAN AYAT: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkang hati kami,sesudah Engkau berikan petunjuk (hidayah)kepada kami,dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisiMu,sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang Maha Pemberi Kurnia.
INTISARI AYAT: 4. Allah SWT memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya kerana hidayah itu milikNya yang mutlak. 5. Tiada jaminan seseorang itu akan kekal berada dalam hidayah Allah SWT kerana mereka boleh terkeluar daripada landasan iman. 1. Umat Islam perlu berdoa agar ditetapkan hati dalam hidayat 3. Allah SWT suka untuk memberikan hidayah dan rahmat kepada hambaNya agar terus kekal dalam keimanan 2. Allah SWT meneguhkan hati mukmin dalam keimanan sebagai tanda rahmah dan kasih sayangNya
Info tambahan: Ayat 8,surah Ali Imran ini merupakan Doa Makthur iaitu doa yang bersumberkan al-Quran dan hadith.Ia menjadi amalan baginda Muhammad SAW .Oleh itu,umat Islam digalakkan untuk berdoa dengan doa ini.Ayat ini juga boleh dibaca dalam solat. (buku teks P.Islam T2,m/s 3)
ANTARA DOA YANG DIAMALKAN OLEH RASULULLAH SAW UNTUK MENGUKUHKAN KEIMANAN: “ wahai Tuhan yang membolak balikkan hati,tetapkanlah hatiku atas agamaMu”
HAFAZ DENGAN BETUL,LANCAR & BERTAJWID AKTIVITI!!!