The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELAJARAN 13 ISLAM AGAMA FITRAH.pptx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Baizura Khalid, 2024-05-21 21:08:42

pelajaran 13: ISLAM AGAMA FITRAH

PELAJARAN 13 ISLAM AGAMA FITRAH.pptx

Disampaikan oleh:Ustazah Baizura Khalid PELAJARAN 13: ISLAM AGAMA FITRAH (BIDANG AQIDAH)


MAKSUD ISLAM AGAMA FITRAH ❑ Agama Islam sesuai dengan naluri fitrah beragama manusia yang ingin menyembah dan berdoa kepada Allah SWT tuhan yang esa dan yang Maha Berkuasa serta menjadi pelindung kepada manusia. ❑ Setiap bayi yang baru lahir berada dalam keadaan fitrah iaitu mengakui kebenaran tauhid. ❑ Namun,suasana pembesaran dan didikan ibu bapa menyebabkan beruba kepada agama lain.Akhirnya dia terpesong daripada fitrah asal kejadian sehingga menafikan kewujudan Allah SWT atau menyekutukannya.


KEPERLUAN BERAGAMA ❑ Fitrah kejadian manusia mengakui keperluan beragama ❑ Apabila manusia berada dalam kesusahan dan penderitaan,mereka pasti akan segera mencari tuhan untuk memohon perlindungan dan bantuan. ❑ Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa rumah ibadah pasti dibina dalam setiap kota. ❑ Jadi,mereka yang mengatakan bahawa mereka tidak memerlukan agama sebenarnya menafikan fitrah diri.


ALLAH SWT TUHAN YANG SEBENAR ❑ Tiada tuhan lain selain Allah . ❑ Allah SWT mencipta seluruh makhluk dan mentadbir seluruh alam. ❑ Sesuatu yang lain selain Allah SWT seperti semangat dan berhala hanya rekaan manusia semata-mata kerana mereka juga makhluk Allah seperti manusia.


ALLAH SWT TUHAN YANG SEBENAR ❑ Tiada tuhan lain selain Allah . ❑ Allah SWT mencipta seluruh makhluk dan mentadbir seluruh alam. ❑ Sesuatu yang lain selain Allah SWT seperti semangat dan berhala hanya rekaan manusia semata-mata kerana mereka juga makhluk Allah seperti manusia.


HANYA ISLAM AGAMA YANG BENAR DAN SESUAI DENGAN FITRAH ❑ Allah SWT yang mencipta seluruh alam dan hanya Allah SWT yang tahu perkara baik dan buruk yang diperlukan oleh manusia dan alam. ❑ Maka dia menetapkan peraturan tertentu sebagai batasan dan panduan yang perlu dipatuhi.


❑ Namun,Allah SWT memberi jalan keluar untuk membenarkan kehendak fitrah manusia: ✔ Allah SWT melarang zina untuk menjaga nasab keturunan tetapi mmembenarkan perkahwinan. ✔ Allah SWT melarang riba untuk menghindarkan penindasan tetapi membenarkan pinjaman,gadaian dan jual beli ✔ Allah SWT melarang minum arak untuk menjaga akal tetapi membenarkan minum pelbagai minuman lain yang halal lagi berkhasiat seperti jus ✔ Allah SWT melarang judi,rasuah dan mencuri tetapi mewajibkan zakat serta menggalakkan amalan sedekah,hadiah,wakaf dan infak untuk membantu orang yang memerlukan.


RABBANIAH (KETUHANAN) Agama yang bersumberkan wahyu SYUMULIYYAH (LENGKAP) Agama yang lengkap dan memenuhi keperluan hidup manusia WAQI’IYYAH (REALISTIK) Agama yang sesuai diamalkan oleh semua bangsa dan budaya. A’LAMIYYAH (SEJAGAT) Agama yang sesuai diamalkan oleh semua bangsa dan budaya. CIRI-CIRI ISLAM SEBAGAI AGAMA FITRAH: 01 03 02 04 05 UKHRAWIYYAH (AKHIRAT) Islam bukan sahaja mementingkan kesejahteraan jasmani,malah menjamin kesejahteraan rohani untuk kebahagiaan dunia dan akhirat


selamat membaca!


Click to View FlipBook Version