The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Topik 8- Perakaunan Zakat Simpanan dan Zakat Pendapatan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOOR HASYIMAH SULAIMAN, 2020-11-23 05:29:27

Topik 8- Perakaunan Zakat Simpanan dan Zakat Pendapatan

Topik 8- Perakaunan Zakat Simpanan dan Zakat Pendapatan

TOPIK 8: ASAS
PERAKAUNAN
ZAKAT WANG
SIMPANAN DAN
ZAKAT PENDAPATAN

8.1 Zakat Wang Simpanan

8.2 Zakat Pendapatan

CTU231 Hasil Pembelajaran:

Asas Perakunan Islam Setelah mempelajari topik ini
pelajar akan dapat:

i. Menghuraikan konsep zakat
wang simpanan dan zakat
pendapatan.

ii. Memahami kaedah pengira
zakat wang simpanan dan
zakat pendapatan.

Disusun Oleh:
Ustazah Noor Hasyimah Binti Sulaiman

8.0 Pendahuluan
Perlembagaan Persekutuan telah menyenaraikan zakat di bawah bidang kuasa
negeri. Semua negeri di Malaysia telah memperuntukkan perkara berkenaan dengan
urusan zakat ini sama ada di bawah akta atau enakmen di negeri masing-masing atau
diletakkan di bawah enakmen khusus tentang zakat. Akta atau enakmen juga
memperuntukkan kuasa kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau syarikat yang
dilantiknya memungut zakat daripada pemilik harta dan setiap orang yang melanggar
akta atau enakmen tersebut boleh dikenakan hukuman (Pusat Pungutan Zakat Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan, n.d).
Setiap negeri mempunyai kaedah pengurusan dan pengiraan zakat yang tertentu.
Bagi sesetengah zakat contohnya zakat simpanan dan zakat pendapatan terdapat
perbezaan pentaksiran asnaf, penentuan had kifayah dalam pengiraan zakat kerana
penetapan ini dibuat berdasarkan kepada taraf ekonomi penduduk, kos sara hidup,
keadaan di negeri tersebut dan sebagainya.

Rujuk: https://web.facebook.com/KisahZakatMalaysia
1

8.1 Zakat Wang Simpanan
8.1.1 Definasi Zakat Wang Simpanan

Wang merupakan harta cair yang boleh digunakan
dalam hal pertukaran, ukuran nilai dan tabungan.
Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau
sebagainya setaraf dengan emas dan perak
sebagai satu bentuk kekayaan yang memberi
kuasa membeli. Wang yang disimpan di dalam
akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan
semasa, serta lain-lain bentuk simpanan di bank
atau mana-mana institusi kewangan diwajibkan
zakat sekiranya memenuhi syarat-syaratnya.

Zakat wang simpanan ditakrifkan sebagai zakat yang dikeluarkan oleh pendeposit
daripada simpanan yang telah genap setahun dan cukup nisabnya sama ada di dalam
akaun simpanan biasa, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, amanah saham
serta lain-lain dalam bentuk simpanan termasuk simpanan sendiri di dalam tabung
atau peti besi. Nisab zakat wang wang simpanan bersamaan nilai 85 gram emas.
Kadar zakat wang simpanan pula adalah sebanyak 2.5% ke atas jumlah baki terendah
dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai
atau melebihi kadar nisab.

8.1.2 Dalil Berkaitan Dengan Zakat Wang Simpanan

Terdapat dalil yang membuktikan kewajipan zakat wang simpanan. Antaranya adalah
seperti berikut:

“Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85
gram). Apabila ada pada engkau 20-dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat
padanya ½ dinar (2.5%). Maka jika lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut
lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya”.

(Riwayat Abu Daud)

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak
membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan
(balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak
(dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan
rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka)? Inilah apa
yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang
kamu simpan itu?

(Surah Al-Taubah: 34-35)

2

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Tidaklah ada
ganjaran bagi orang yang memiliki harta simpanan namun tidak menunaikan haknya,
melainkan Allah SWT akan melemparkannya ke dalam api neraka jahanam pada hari
kiamat, hingga dahinya, tepinya serta punggungnya dibakar, sampai Allah
memutuskan perkara di antara hamba-hambanya di hari yang lamanya sekitar 50,000
tahun di bumi, kemudian dia melihat jalannya, baik ke syurga mahupun ke neraka.

(HR Muslim)

8.1.3 Kaedah Pengiraan Zakat Wang Simpanan

Bagi jaminan keselamatan, pendeposit boleh
menyimpan wang mereka di institusi kewangan
Islam seperti Institusi Perbankan Islam, Tabung
Haji dan lain-lain institusi. Pendeposit juga boleh
memilih untuk menyimpan wang samada dalam
akaun simpanan tetap atau akaun simpanan
biasa.

8.1.3 (a) Simpanan Tetap (Fixed Deposit)

Akaun simpanan tetap adalah akaun yang menawarkan pulangan keuntungan yang
tetap kepada penyimpan (contohnya 3% setahun). Namun demikian, penyimpan
hendaklah menyimpan wang tersebut dalam tempoh masa yang dijanjikan tanpa
mengeluarkannya. Jika wang simpanan tersebut dikeluarkan sebelum tempoh
matang, pelanggan tidak dapat memperoleh keuntungan atau hanya mendapat sedikit
keuntungan sahaja. Apabila wang dalam akaun simpanan tetap ini disimpan sehingga
sampai tempoh matang (contohnya 1 tahun), penyimpan akan memperolehi
keuntungan dari simpanan tersebut dengan kadar yang telah ditetapkan dalam
perjanjian (contohnya 3% setahun).

Bagi simpanan tetap, zakat wang simpanan akan dikenakan setelah cukup haul
simpanan wang tersebut iaitu 354 hari dan juga mencukupi kadar nisab. Zakat yang
wajib dikeluarkan adalah dengan kadar 2.5% daripada jumlah simpanan tetap tersebut
setelah sempurna syaratnya.

3

Contoh Pengiraan:
Adib menyimpan wang di dalam akaun simpanan tetap dengan jumlah wang sebanyak
RM 100,000. Beliau telah menyimpan wang ini selama satu (1) tahun tanpa
mengeluarkannya. Diandaikan harga emas semasa pada waktu tersebut adalah
RM190/gram.

Pengiraan
Nisab:
Harga emas semasa x nisab
RM190 X 85 gram
RM16 150 (jumlah nisab semasa)

Jumlah zakat wang simpanan:
Jumlah simpanan tetap x kadar zakat wang simpanan
RM 100,000 x 2.5%
RM 2,500.00 (jumlah zakat wang simpanan yang wajib di bayar)
Adib wajib membayar zakat wang simpanan dengan kadar 2.5% dari jumlah
simpanan tetap dengan jumlah sebanyak RM2 500. Ini kerana jumlah simpanan
beliau (RM100 000) telah melebihi jumlah nisab (RM16 150) semasa pada waktu
tersebut.
***Sila pastikan jumlah simpanan tetap di akhir haul menyamai atau melebihi kadar
nisab barulah ianya akan dikenakan zakat. Sekiranya jumlah simpanan tetap lebih
rendah dari jumlah nisab maka pemiliknya tidak perlu membayar zakat wang simpanan.

4

8.1.3 (b) Simpanan Biasa
Akaun simpanan biasa adalah wang yang disimpan dalam akaun simpanan yang
membolehkan pendeposit menyimpan wang untuk jaminan keselamatan. Wang yang
disimpan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa syarat tertentu asalkan baki
wang di dalam akaun adalah mencukupi. Sebagai pendeposit mereka boleh
menyimpan hanya dalam satu akaun atau memilih untuk menyimpan dalam beberapa
akaun di institusi kewangan yang berbeza.

Di negeri Terengganu pengiraan akaun simpanan biasa adalah berdasarkan jumlah
baki terendah akaun bagi satu tahun atau jumlah baki terendah beberapa akaun
simpanan dalam tempoh satu tahun yang melebihi jumlah nisab maka diwajibkan
kepada pemiliknya untuk membayar zakat wang simpanan. Sekiranya baki terendah
akaun simpanan di sepanjang tempoh haul ini tidak mencapai kadar nisab maka
pemilik simpanan ini tidak perlu membayar zakat (Majlis Agama Islam dan Adat
Melayu Terengganu, n.d). Pemilik akaun simpanan biasa juga mestilah mengetahui
tempoh wang itu mula disimpan bagi memudahkan penentuan haul. Namun pada hari
ini, pendeposit tidak perlu bimbang kerana mereka boleh merujuk kepada penyata
akaun bulanan mereka untuk melihat baki terendah setiap akaun di sepanjang tempoh
haul.

Manakala di negeri Selangor pula, pengiraan zakat untuk akaun simpanan biasa ini
adalah berdasarkan kepada jumlah baki pada hujung haul. Jika simpanan itu telah
genap setahun dan jumlah wang pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada
dalam tempoh tersebut) telah melebihi paras nisab, maka pemilik wang itu wajib untuk
mengeluarkan zakat atas wang simpanannya (Lembaga Zakat Selangor, n.d).

http://www.maidam.terengganu.gov.my/index.php/en/services/zakat-calculator
https://www.zakatselangor.com.my/zakat-simpanan/

5

(i) Simpanan Biasa Dalam Satu Akaun (di Insitusi Perbankan Konvensional)
Sahaja:

Tarikh Masuk (RM) Keluar (RM) Baki (RM)

1/1/2020 20 000.00 - 20 000.00
28/2/2020 - - 20 000.00
25/3/2020 300.00 19 850.00
5/4/2020 (Faedah) 150.00 20 100.00
250.00

1/5/2020 - 100.00 20 000.00
10/6/2020 1 000.00 - 21 000.00
21/7/2020 2 000.00 - 23 000.00
13/8/2020 22 000.00
10/9/2020 - 1000.00 25 000.00
14/10/2020 3 000.00 - 24 100.00
23/11/2020 20 000.00
27/12/2020 - 900 23 000.00
4 100.00 -
3 000. 00 -

(Diandaikan harga emas semasa pada waktu tersebut adalah RM 200/ gram).

Pengiraan
Zakat Wang Simpanan di Negeri Terengganu:
Nisab:
Harga Emas Semasa x Nisab
RM200 x 85 gram
RM17 000 (jumlah nisab semasa)

(Baki Terendah Disepanjang Tempoh Haul - Faedah Bank) x Kadar Zakat Wang
Simpanan

(RM19 850 - RM150) x 2.5%

RM492.50

Zakat yang perlu dibayar adalah dengan kadar 2.5% dan berjumlah sebanyak
RM492.50. Ini kerana jumlah baki terendah simpanan (RM19 850) di sepanjang
haul telah melebihi jumlah nisab (RM17 000) semasa pada waktu tersebut.

***Sila pastikan jumlah baki terendah akaun simpanan biasa di sepanjang haul telah
menyamai atau melebihi kadar nisab barulah ianya akan dikenakan zakat. Sekiranya
jumlah baki terendah di sepanjang haul ini kurang dari jumlah nisab maka pemiliknya
tidak perlu membayar zakat wang simpanan

6

Zakat Wang Simpanan di Negeri Selangor:
Nisab:
Harga Emas Semasa x Nisab
RM200 x 85 gram
RM17 000 (jumlah nisab semasa)
(Baki Akhir Di Hujung Tempoh Haul - Faedah Bank) x Kadar Zakat Wang
Simpanan
(RM23 000 - RM150) x 2.5%
RM571.25
Zakat yang perlu dibayar adalah dengan kadar 2.5% dan berjumlah sebanyak
RM571.25. Zakat wang simpanan perlu dibayar kerana kerana jumlah baki akhir
simpanan (RM23 000) di akhir haul telah melebihi jumlah nisab (RM17 000)
semasa pada waktu tersebut.
***Sila pastikan jumlah baki akhir simpanan biasa di akhir haul telah menyamai atau
melebihi kadar nisab barulah ianya akan dikenakan zakat. Sekiranya jumlah baki akhir
simpanan biasa di akhir haul lebih rendah dari jumlah nisab maka pemiliknya tidak perlu
membayar zakat wang simpanan.

INFO

7

(ii) Simpanan Biasa Dalam Satu Akaun (Di Insitusi Perbankan lslam) Sahaja:

Tarikh Masuk (RM) Keluar (RM) Baki (RM)

1/1/2020 20 000.00 - 20 000.00

28/2/2020 - - 20 000.00
25/3/2020 150.00 (hibah) 300.00 19 850.00

5/4/2020 250.00 20 100.00

1/5/2020 - 100.00 20 000.00
10/6/2020 1 000.00 - 21 000.00

21/7/2020 2 000.00 - 23 000.00

13/8/2020 - 1000.00 22 000.00
10/9/2020 3 000.00 - 25 000.00

14/10/2020 - 900 24 100.00

23/11/2020 4 100.00 - 20 000.00
27/12/2020 3 000. 00 - 23 000.00

(Diandaikan harga emas semasa pada waktu tersebut adalah RM 200/ gram).

Pengiraan

Zakat Wang Simpanan di Negeri Terengganu:
Nisab:
Harga Emas Semasa x Nisab
RM200 x 85 gram
RM17 000 (jumlah nisab semasa)

Baki Terendah Disepanjang Tempoh Haul x Kadar Zakat Wang Simpanan

RM19 850 x 2.5%

RM496.25

Zakat yang perlu dibayar adalah dengan kadar 2.5% dan berjumlah sebanyak
RM496.25. Ini kerana jumlah baki terendah simpanan (RM19 850) di sepanjang
haul telah melebihi jumlah nisab (RM17 000) semasa pada waktu tersebut.

***Sila pastikan jumlah baki terendah akaun simpanan biasa di sepanjang haul telah
menyamai atau melebihi kadar nisab barulah ianya akan dikenakan zakat. Sekiranya
jumlah baki terendah di sepanjang haul ini kurang dari jumlah nisab maka pemiliknya
tidak perlu membayar zakat wang simpanan.

8

Zakat Wang Simpanan di Negeri Selangor:
Nisab:
Harga Emas Semasa x Nisab
RM200 x 85 gram
RM17 000 (jumlah nisab semasa)
Baki Akhir Di Hujung Tempoh Haul x Kadar Zakat Wang Simpanan
RM23 000 x 2.5%
RM575.00
Zakat yang perlu dibayar adalah dengan kadar 2.5% dan berjumlah sebanyak
RM575. Zakat wang simpanan perlu dibayar kerana kerana jumlah baki akhir
simpanan (RM23 000) di akhir haul telah melebihi jumlah nisab (RM17 000)
semasa pada waktu tersebut.
***Sila pastikan jumlah baki akhir simpanan biasa di akhir haul telah menyamai atau
melebihi kadar nisab barulah ianya akan dikenakan zakat. Sekiranya jumlah baki akhir
simpanan biasa di akhir haul lebih rendah dari jumlah nisab maka pemiliknya tidak perlu
membayar zakat wang simpanan.

9

(iii) Simpanan Dalam Beberapa Akaun (Di Institusi Perbankan Islam Dan
Konvensional):

Akaun 1 (Perbankan Islam)

Tarikh Masuk (RM) Keluar (RM) Baki (RM)

1/1/2020 20 000.00 - 20 000.00

28/2/2020 - - 20 000.00

25/3/2020 150.00 (hibah) 300.00 19 850.00

5/4/2020 250.00 20 100.00

1/5/2020 - 100.00 20 000.00

10/6/2020 1 000.00 - 21 000.00

21/7/2020 2 000.00 - 23 000.00

13/8/2020 - 1000.00 22 000.00

10/9/2020 3 000.00 - 25 000.00

14/10/2020 - 900 24 100.00

23/11/2020 4 100.00 - 20 000.00

27/12/2020 3 000. 00 - 23 000.00

Akaun 2 (Perbankan Konvensional)

Tarikh Masuk (RM) Keluar (RM) Baki (RM)
1/1/2020 20 000.00
28/2/2020 20 000.00 - 20 000.00
25/3/2020 19 850.00
5/4/2020 -- 20 100.00
1/5/2020 20 000.00
10/6/2020 150.00 (faedah) 300.00 21 000.00
21/7/2020 23 000.00
13/8/2020 250.00 22 000.00
10/9/2020 25 000.00
14/10/2020 - 100.00 24 100.00
23/11/2020 1 000.00 - 20 000.00
27/12/2020 2 000.00 - 23 000.00

- 1000.00
3 000.00 -

- 900
4 100.00 -
3 000. 00 -

10

(Diandaikan harga emas semasa pada waktu tersebut adalah RM 200/ gram).
Pengiraan:

Zakat Wang Simpanan di Negeri Terengganu:
Nisab:
Harga Emas Semasa x Nisab
RM200 x 85 gram
RM17 000.00 (jumlah nisab semasa)
(Baki Terendah Akaun 1 + Baki Terendah Akaun 2) - Faedah Bank x 2.5%
(RM19 850 + RM19 850) – RM150 x 2.5%
RM988.75
Zakat yang perlu dibayar adalah dengan kadar 2.5% dan berjumlah sebanyak
RM988.75. Ini kerana jumlah baki terendah simpanan di kedua-dua akaun telah
melebihi jumlah nisab (RM17 000) semasa pada waktu tersebut.
***Sila pastikan jumlah baki terendah dalam semua akaun simpanan biasa di
sepanjang haul telah menyamai atau melebihi kadar nisab barulah ianya akan
dikenakan zakat. Sekiranya jumlah baki terendah semua akaun simpanan di sepanjang
tempoh haul kurang dari jumlah nisab maka pemiliknya tidak perlu membayar zakat
wang simpanan.

11

(Diandaikan harga emas semasa pada waktu tersebut adalah RM 200/ gram).
Pengiraan:

Zakat Wang Simpanan di Negeri Selangor:
Nisab:
Harga Emas Semasa x Nisab
RM200 x 85 gram
RM17 000.00 (jumlah nisab semasa)
(Baki Akhir Akaun 1 + Baki Akhir Akaun 2) - Faedah Bank x 2.5%
(RM 23 000 + RM 23 000) – RM150 x 2.5%
RM1 146.25
Zakat yang perlu dibayar adalah dengan kadar 2.5% dan berjumlah sebanyak
RM1 146.25. Ini kerana jumlah baki akhir simpanan di kedua-dua akaun telah
melebihi jumlah nisab (RM17 000) semasa pada waktu tersebut.
***Sila pastikan jumlah baki akhir dalam semua akaun simpanan biasa di akhir haul
telah menyamai atau melebihi kadar nisab barulah ianya akan dikenakan zakat.
Sekiranya jumlah baki akhir semua akaun simpanan di akhir haul kurang dari jumlah
nisab maka pemiliknya tidak perlu membayar zakat wang simpanan.

12

8.2 Zakat Pendapatan

8.2.1 Definasi Pendapatan (Al-Mustafad)
Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang
diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau
sekali sekali. Antara contoh sumber pendapatan yang lain adalah seperti gaji, upah,
bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorium, pampasan, pencen,
perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan dan apa jua pendapatan
berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional (Majlis Agama Islam dan Adat
Melayu Terengganu, n.d).
Nisab zakat pendapatan bersandarkan kepada nilai 85 gram emas. Kadar bayaran
zakat pendapatan ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan bersih.

8.2.2 Dalil Wajib Zakat Pendapatan

Allah menjelaskan bahawa segala
‘hasil usaha yang baik’ itu wajib
dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang
menjadikan makan gaji itu sebagai
satu profesion, maka itu juga
termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang
wajib dizakat (Lembaga Zakat
Selangor, n.d).

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)”. Mereka
bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?”. Baginda
menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah.” Mereka
bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda bersabda, “Tolonglah
mereka yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak
berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan,
hal itu merupakan sedekah”.

(Hadis Riwayat Muslim)

13

8.2.3 Syarat Wajib Zakat Pendapatan
Zakat Pendapatan wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Islam
Zakat hanya diwajibkan ke atas individu Islam. Bagi syarikat atau perniagaan yang
mempunyai pemilikan bercampur (bahagian orang Islam dan bukan Islam), hanya
bahagian pemilikan orang Islam sahaja yang dikenakan zakat.
Ii. Pemilikan Sempurna
Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik
aset) dan keupayaan mengurus iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta tersebut.
iii. Pendapatan / Hasil Yang Halal
Pendapatan mestilah dijana daripada sumber yang halal. Pendapatan yang diperolehi
oleh seseorang dari sumber yang haram seperti riba, perjudian dan seumpamanya
hendaklah ditolak dari kiraan pendapatannya yang dizakatkan. Pendapatan-
pendapatan dari sumber haram tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal
Majlis Agama Islam Negeri.

iv. Cukup Nisab
Apabila pendapatan bersamaan atau melebihi nilai semasa 85gm emas maka
pendapatan tersebut dikenakan zakat.

8.2.4 Kaedah Pengiraan Zakat Pendapatan

(Jumlah Pendapatan – Tolak Perbelanjaan Yang Dibenarkan/ Had Kifayah) x Kadar
Zakat (2.5%)
Atau

Pendapatan bersih x 2.5%

*** Apabila jumlah pendapatan bersih menyamai atau melebihi kadar nisab maka
zakat pendapatan wajib dibayar oelh individu tersebut.

14

8.2.4 (a) Sumber- Sumber Pendapatan
Sumber-sumber pendapatan hendaklah dicampurkan dan dimasukkan dalam
pengiraan zakat pendapatan. Berikut adalah sumber-sumber pendapatan yang boleh
dimasukkan ke dalam senarai pendapatan pembayar zakat (Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Terengganu, n.d):

(i) Hasil Pengajian dan Upah:
Harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang
dilakukannya untuk pihak lain sama ada kerajaan, swasta atau individu dengan
melakukan sebarang usaha dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua-
duanya dalam tempoh yang dipersetujui bersama, sama ada secara tahunan,
bulanan, mingguan, harian atau jam yang meliputi:
• Gaji.
• Tunggakan Gaji.
• Imbuhan Tetap.
• Lain-lain (termasuk bonus, ganjaran, insentif, bayaran kerja lebih masa
atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan
dengan penggajian).

(ii) Hasil Pendapatan Bebas dan Profesional:
Merupakan pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha
kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran kepada khidmatnya.
Pendapatan bebas ini merangkumi:
• Khidmat Guaman
• Khidmat Nasihat
• Juru Perunding
• Rawatan Perubatan
• Kejuruteraan
• Seniman
• Lain-Lain

15

(iii) Hasil al-Mustaghallat Tahunan (perolehan atau harta yang diperoleh hasil

daripada pemilikan aset yang mengeluarkan atau mendatangkan pulangan

atau pendapatan).
• Hasil sewaan tanah / premis pejabat / kilang/ rumah/ bangunan dll.
• Hasil sewaan kenderaan / pengangkutan/ peralatan dll.
• Hasil kebun/ ladang/ hasil pertanian kekal seperti getah, kelapa sawit,

durian dan sebagainya yang pokok dan tapaknya tidak dijual.
• Hasil pajakan tanah.
• Lain-lain perolehan seperti hasil perusahaan dan ternakan yang aset

tetapnya atau induk betinanya tidak dijual seperti susu, madu dan telur

yang dijual.

8.2.4 (b) Perbelanjaan Yang Dibenarkan atau Had Kifayah

Kadar atau jumlah tolakan perbelanjaan bergantung kepada jumlah yang ditetapkan
oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing atas faktor kos sara hidup yang
berbeza di setiap negeri.

(a) Had Kifayah di Negeri Terengganu

Jenis Perbelanjaan Yang Dibenarkan Untuk Jumlah Had (RM)
Ditolak
Diri 5000
Isteri 3000/ seorang
Anak 800/ seorang
Tiada had, rekodkan
Pemberian Kepada Ibubapa jumlah sebenar yang
diberikan.
Caruman KWSP bahagian pekerja dibawah Berdasarkan % caruman
umur 55 tahun yang dibuat
(jumlah gaji kasar + bonus) x 11%
Caruman tahunan di institusi yang membayar Tiada had, rekodkan
zakat bagi pihak ahli atau pemegang saham, jumlah sebenar yang telah
seperti: dicarum atau disimpan.
i) Lembaga Tabung Haji
ii) Koperasi / institusi yang membayarkan

zakat
iii) Takaful Keluarga/ Pendidikan

Sila layari website untuk capaian Kalkulator Zakat di negeri Terengganu:
http://www.terengganu.gov.my/maxc2020/baitulmgmt/gen.zakatPendapatan.php

16

Had Kifayah di Negeri Selangor
Mengikut Fatwa Negeri Selangor, keperluan asasi merupakan sesuatu yang sangat
dihajati oleh manusia dan perbelanjaannya adalah terlepas daripada kewajipan zakat.
Asas had al-kifayah ialah segala keperluan asasi yang mesti ada pada diri seseorang
dan tanggungannya seperti isteri, anak-anak, ibubapa, adik beradik dan sebagainya.
Selain itu, keperluan asasi yang diambil kita dalam penentuan Had al-Kafayah isi
rumah adalah seperti perlindungan, makanan dan minuman, pakaian, perubatan,
pendidikan dan pengangkutan. Jumlah yang dimasukkan dalam pengiraan zakat
simpanan adalah berdasarkan jumlah had yang telah ditetapkan oleh Lembaga Zakat
Selangor. Sila rujuk gambarajah di bawah untuk melihat had kifayah isi rumah yang
telah ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor:

17

Zakat tidak dikenakan lebih daripada sekali atas satu-satu harta. Oleh itu, jika
sebahagian daripada pendapatan/gaji tadi disimpan dalam institusi yang
membayar zakat bagi pihak pendeposit seperti Lembaga Tabung Haji, maka jumlah
simpanan di institusi tersebut dalam tahun itu hendaklah ditolak. Jumlah yang
dimasukkan dalam pengiraan zakat simpanan adalah berdasarkan jumlah sebenar
wang yang disimpan dalam institusi ini.

Sebanyak 11% daripada
gaji ditolak untuk
dicarumkan ke dalam
Caruman kumpulan Wang
Simpanan Pekerja. Wang
ini tidak lagi menjadi milik
si penerima gaji tersebut.
Dengan itu, caruman
tersebut ditolak kerana
belum sempurna miliknya.

8.2.5 Contoh Pengiraan Zakat Pendapatan

Encik Adam merupakan seorang pekerja di sektor swasta yang memperoleh gaji
sebanyak RM8 900 sebulan dan membuat caruman ke dalam akaun Wang Simpanan
Pekerja dengan kadar 11%. Beliau mempunyai seorang isteri yang bekerja sebagai
pembantu tadbir di sektor kerajaan dan beliau juga mempunyai seorang orang anak
yang berumur 2 tahun. Selain itu, Encik Adam juga mempunyai tiga orang anak
perempuan yang sedang belajar di Insitusi Pengajian Tinggi. Encik Adam
memperuntukkan RM500 untuk diberikan kepada ibunya setiap bulan. Pada tahun itu
juga setiap bulan Encik Adam mencarumkan wang sebanyak RM 300 ke dalam
Takaful Keluarga dan menyimpan sebanyak RM200 di dalam akaun Tabung Haji.
Encik Adam juga mendapat bonus sebanyak RM 5 500.

(Diandaikan nilaian emas semasa di akhir tahun ialah RM210 per gram)

Berdasarkan pertanyaan di atas:

i) Kirakan jumlah nisab pada tahun tersebut.
ii) Kirakan jumlah zakat pendapatan yang perlu dibayar.
iii) Kenalpasti adakah Encik Adam diwajibkan membayar zakat atau tidak dan

nyatakan sebabnya.

Pengiraan Zakat Pendapatan di Negeri Terengganu:

i) Jumlah nisab;

Harga emas semasa x 85 gram emas

RM210 x 85 gram emas

RM17 850 (jumlah nisab semasa)

Jumlah nisab pada tahun tersebut adalah sebanyak RM17 850

18

ii) Jumlah zakat yang perlu di bayar oleh En. Adam.

Item RM RM RM
Pendapatan (A):
Gaji bulanan (RM8 900 x 12 bulan) 106 800 76 747
Bonus tahunan 5 500 191.68
Jumlah Pendapatan
(Tolak) Perbelanjaan Yang Dibenarkan (B): 112 300
Diri
Isteri (RM3000 x 1 orang) 5 000
Anak (RM800 x 4 orang) 3 000
Ibu (RM500 x 12 bulan) 3 200
Takaful Keluarga (RM300 x 12 bulan) 6 000
Tabung Haji (RM200 x 12 bulan) 3 600
2 400
Caruman KWSP (RM106 800 + 5 500) x 11%
12 353
Jumlah Perbelanjaan
Pendapatan Bersih (A-B)= C 35 553
Zakat Pendapatan (C x 2.5%)

Jumlah zakat yang perlu dibayar oleh Encik Adam adalah sebanyak
RM1 91.68 atau RM159.89 sebulan iaitu bersamaan 2.5% daripada
pendapatan bersih yang beliau perolehi pada tahun tersebut.

iii) Kenalpasti adakah Encik Adam diwajibkan membayar zakat atau tidak dan
nyatakan sebabnya.

En. Adam wajib membayar zakat pendapatan kerana jumlah pendapatan bersih
(RM76 747) yang diperolehi oleh beliau telah melebihi kadar nisab (RM17 850)
yang ditetapkan pada tahun tersebut. Oleh sebab itu, Encik Adam wajib
membayar zakat dengan kadar 2.5% daripada jumlah pendapatan bersih yang
telah diperolehi.

19

Pengiraan Zakat Pendapatan di Negeri Selangor:

ii) Jumlah nisab;
Harga emas semasa x 85 gram emas
RM210 x 85 gram emas
RM17 850 (jumlah nisab semasa)
Jumlah nisab pada tahun tersebut adalah sebanyak RM17 850

ii) Jumlah zakat yang perlu di bayar oleh En. Adam.

Item RM RM RM
Pendapatan (A): 112 300
Gaji bulanan (RM8 900 x 12 bulan) 106 54 539
800 57 761 1 363.48
Bonus tahunan 5 500
Jumlah Pendapatan
(Tolak) Perbelanjaan Yang Dibenarkan (B): 12 936
Diri 4 848
Isteri (RM4 848 x 1 orang) 21 312
Anak belajar IPT (RM7104 x 3 orang) 1 740
Anak berumur 2 tahun (RM1 740 x 3 orang) 2 172
Ibu (dewasa tidak bekerja) 2 400
Tabung Haji (RM200 x 12 bulan) 12 353

Caruman KWSP (RM106 800 + RM5 500) x 11%

Jumlah Perbelanjaan
Pendapatan Bersih (A-B)= C
Zakat Pendapatan (C x 2.5%)

Jumlah zakat yang perlu dibayar oleh Encik Adam adalah sebanyak
RM1 363.48 atau RM113.62 sebulan iaitu bersamaan 2.5% daripada
pendapatan bersih yang beliau perolehi pada tahun tersebut.

20

iii) Kenalpasti adakah Encik Adam diwajibkan membayar zakat atau tidak dan
nyatakan sebabnya.
En. Adam wajib membayar zakat pendapatan kerana jumlah pendapatan bersih
(RM54 539) yang diperolehi oleh beliau telah melebihi kadar nisab (RM17 850)
yang ditetapkan pada tahun tersebut. Oleh sebab itu, Encik Adam wajib
membayar zakat dengan kadar 2.5% daripada jumlah pendapatan bersih yang
telah diperolehi.

8.3 Kesimpulan
Mengeluarkan zakat’ merupakan Rukun Islam yang ketiga. Wajib bagi para
muslim untuk mengeluarkan zakat apabila berlaku lebihan harta daripada nisab
dan haulnya. Kewajipan mengeluarkan zakat adalah sama seperti kewajipan
menunaikan solat fardhu dan berpuasa di bulan Ramadhan.

21

Senarai Rujukan

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (2015). Kompilasi Hukum Dan Fatwa Berkaitan Wakaf,
Zakat, Haji Dan Sumber Am. JAWHAR.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (2015). Manual Pengurusan Pengiraan Zakat.
JAWHAR.

Abd Halim Mohd Noor et. al. (2013). Pengurusan Zakat Kontemporari. Institut Kajian
Zakat Malaysia.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (n.d). Zakat Simpanan.
http://www.terengganu.gov.my/maxc2020/baitulmgmt/gen.zakatSimpanan.php

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (n.d). Soalan Lazim Zakat

Simpanan. http://www.maidam.terengganu.gov.my/index.php/ms/soalan-

lazim/item/501-zakat-wang-simpanan

Lembaga Zakat Selangor (n.d). Zakat Simpanan.

https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/zakat-

wang-simpanan/

Lembaga Zakat Selangor (n.d). Zakat Simpanan.

https://www.zakatselangor.com.my/zakat-simpanan/

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (n.d). Zakat Pendapatan.
http://www.maidam.terengganu.gov.my/index.php/en/zakat-pendapatan

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (n.d). Kalkulator Zakat Pendapatan.
http://www.terengganu.gov.my/maxc2020/baitulmgmt/gen.zakatPendapatan.ph
p

Lembaga Zakat Selangor (n.d). Zakat Pendapatan.

https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/zakat-

pendapatan/

Lembaga Zakat Selangor (n.d). Zakat Pendapatan.

https://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/

22

Sekian Terima Kasih

23


Click to View FlipBook Version