iNSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR, PERLIS.
PROGRAM IJAZAH SARJANAH MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2 PPISMP)
MUZK1113 ASAS TEORI MUZIK II
PENSYARAH KURSUS :
DR. UMMU RAHMAH
BINTI ARIFFIN
AASSAS
TTEEOORI
MMUUZZIK
II
MUZK11113
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada pensyarah saya bagi
kursus MUZK1113 iaitu Dr. Ummu Rahmah Binti Ariffin
kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan
penerangan kepada saya dan juga rakan-rakan saya
dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya yang juga banyak membantu
dalam semasa melaksanakan tugasan ini. Semoga
dengan membuat tugasan e-portfolio ini dapat
meningkatkan kefahaman dalam dalam subjek ini.
BIODATA DIRI
NAMA : NUR AFIFAH SYAFIQAH BINTI BUSTAM
ANGKA GILIRAN : 2021232310252
KUMPULAN : PPISMP MUZIK A
ISI KANDUNGAN
Bil. Kandungan Muka
1 METER Surat
1.1 Meter tak lazim duaan, tigaan, empatan.
4
1.2 Duplet. 6
1.3 Hubungkait elemen irama antara nilai not 11
dan tanda rehat, corak irama. 14
1.4 Himpunan not dengan tanda rehat
15
berdasarkan meter.
1.5 Pelbagai corak irama dalam himpunan not
22
berdasarkan meter.
2 SKEL
2.1 Skel major dan minor harmonik dan minor
melodik sehingga 4# dan 4b.
2.2 Penulisan skel major dan minor harmonik 33
dan melodik dengan tanda nada dan tanpa
tanda nada.
2.3 Nama teknik bagi not dalam skel diatonik.
Rujukan
MMEETTEERR
STANDARD PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran, murid berupaya untuk :
Mengenali meter tak lazim dan mampu
membezakan meter tak lazim duaan, tigaan,
empatan.
Mengetahui apa itu Duplet.
Dapat menghubungkaitkan elemen irama
antara nilai not dan tanda rehat, corak
irama.
Dapat mengetahui himpunan not dengan
tanda rehat berdasarkan meter.
Dapat mengetahui pelbagai corak irama
dalam himpunan not berdasarkan meter.
2
METER
Meter ialah bilangan detik dalam
satu bar. Masa bagi sesuatu muzik
dikawal oleh meter. Tujuannya
adalah bagi memudahkan pemuzik
membaca skor lagu dengan lancar
dan bermain alat muzik atau
menyanyi secara sekata dan
terkawal.
Meter ditulis pada bar pertama dalam setiap skor lagu.
Terdapat dua bahagian angka dalam Meter iaitu
Angka di atas dan Angka di bawah.
Angka di atas..
Angka di bawah. 3
METER
Angka di atas merujuk kepada Jumlah detik
dalam satu bar.
Angka di bawah merujuk kepada jenis atau
nilai not yang digunakan untuk mengira
satu detik atau rentak dalam setiap bar.
1.1 | METER TAK LAZIM (COMPOUND METER )
Meter terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Meter Lazim
(Simple Time) yang membahagikan not kepada dua dan
Meter Tak lazim (Compound Time) yang membahagikan not
kepada tiga.
6
6 16 9
8 16
METER
TAK LAZIM
9 12
8 16
12
8
METER TAK LAZIM 4
METER
Meter Tak Lazim boleh dikategoriakan kepada tiga bahagian
iaitu Meter Tak Lazim Duaan, Meter tak Lazim Tigaan dan Meter
Tak Lazim Empatan.
METER 6
TAK 8
LAZIM
DUAAN 6
16
METER METER 9
TAK TAK 16
LAZIM LAZIM
TIGAAN 9
8
METER 12
TAK 8
LAZIM
EMPATAN 12
16
5
METER
1.2 | DUPLET
Duplet ialah sejenis tuplet yang
membolehkan kita bermain dua
not dalam masa tiga not. Duplet
berfungsi dengan cara yang
sama seperti triplet iaitu tiga
not dimainkan dalam masa dua
not. Tetapi secara terbalik.
6
METER
Bagaimana Duplet berfungsi?
Di dalam Meter Tak Lazim, not sentiasa
berada pada not bertitik. Dengan kata lain,
setiap not dibahagikan kepada tiga. Sebagai
contoh, meter 6/8 mempunyai enam
kuaver (not kelapan) dalam bar.
Enam Kuaver tersebut dibahagikan kepada 2 kumpulan not.
Setiap kumpulan not memiliki 3 kuaver yang sama nilainya
dengan 1 Krocet bertitik.
7
METER
Bagaimana pula jika kita mahu mempunyai dua
not yang sama dalam masa satu rentak krocet
bertitik?
Dalam situasi ini kita akan menggunakan Duplet.
Duplet digunakan dengan cara yang sama
seperti Triplet tetapi bukannya menggunakan
nombor tiga di atas nota, Tapi dengan
menggunakan nombor dua.
Duplet kuaver di atas dimainkan dalam masa yang sama
seperti yang diperlukan untuk memainkan tiga kuaver biasa.
8
METER
Beberapa cara untuk menulis DUPLET
Tangkai Bendera
Kepala Not Kuaver
Untuk menulis Duplet bagi not yang tidak Krocet Minim
mempunyai Bendera seperti Minim, Krocet
dan lain-lain, kurungan di atas boleh
digunakan untuk menunjukkan not yang
mana yang menggunakan Duplet.
Sebagai contoh, rangkap di atas setiap kuaver 9
sebenarnya bernilai 3/4 rentak yang sama dengan
kuaver bertitik.
METER
Beberapa cara untuk menulis DUPLET
Sebagai contoh, setiap kuaver dalam rangkap berikut
sebenarnya bernilai 3/4 rentak yang sama dengan kuaver
bertitik.
Kedua-dua bar ini dimainkan dengan bunyi yang sama, yang
berbeza hanyalah cara yang untuk duplet.
10
METER
1.3 | HUBUNGKAIT ELEMEN IRAMA ANTARA NILAI NOT DAN
TANDA REHAT, CORAK IRAMA.
NOT NAMA NOT NILAI TANDA REHAT
NOT
SEMIBRIF
MINIM 4
KROCET
2
1 ATAU
KUAVER 1/2
SEMIKUAVER 1/4
11
METER
1.3 | HUBUNGKAIT ELEMEN IRAMA ANTARA NILAI NOT DAN
TANDA REHAT, CORAK IRAMA.
NOT NAMA NOT CORAK IRAMA
SEMIBRIF
MINIM
KROCET
KUAVER
SEMIKUAVER
13
METER
1.3 | HUBUNGKAIT ELEMEN IRAMA ANTARA NILAI NOT DAN
TANDA REHAT, CORAK IRAMA.
NOT BERTITIK
Not bertitik iaitu not yang memiliki Tanda titik ( ) di
kanan kepala not. Ia bermaksud nilai not tersebut
ditambah 1/2 daripada nilai asal.
Contoh :
=Minim Minim Bertitik
3 Detik
2 Detik
Krocet = Krocet Bertitik
1 Detik
1 1 Detik
2
Krocet = Krocet Bertitik
1 Detik 3 Detik
2 4
14
METER
1.4 | HIMPUNAN NOT DENGAN TANDA REHAT BERDASARKAN
METER.
Contoh himpunan not dan tanda
4
rehat dalam meter lazim 4 .
Lagu : Wau Bulan
Skor lagu diatas berjudul "Wau Bulan". Di dalam skor
tersebut terdapat not Kuaver ( ) , Minim ( ) , Krocet
( ), Krocet bertitik ( ) . Tanda Rehat yang digunakan
iaitu tanda rehat Kuaver ( ).
15
METER
1.5 | PELBAGAI CORAK IRAMA DALAM HIMPUNAN
NOT BERDASARKAN METER.
Contoh corak Irama dalam not berdasarkan meter 6 .
8
Skor berikut adalah skor lagu "Charlie Over the Ocean".
Skor lagu ini menggunakan meter tak lazim duaan iaitu
meter 6/8 .
16
METER
PELBAGAI CORAK IRAMA
1.5 | DALAM HIMPUNAN NOT
BERDASARKAN METER.
Contoh corak
Irama dalam
not
berdasarkan
9
meter 8 .
Skor lagu
berikut adalah
skor lagu
"Clair de
lune". Skor
lagu ini
menggunakan
meter tak 17
lazim tiga98an
iaitu .
METER
1.5 | PELBAGAI CORAK IRAMA DALAM HIMPUNAN
NOT BERDASARKAN METER.
Contoh corak Irama dalam not berdasarkan meter 12 .
8
Skor berikut adalah skor lagu "Moonlight Sonata".
Skor lagu ini menggunakan meter tak lazim empatan
iaitu meter 12/8 .
18
SKEL
SSTTAANNDDAARRDD PPEEMMBBEELLAAJJAARRAANN 19
PPaaddaa aakkhhiirr ppeemmbbeellaajjaarraann,, mmuurriidd bbeerruuppaayyaa uunnttuukk
mmeennggeettaahhuuii::
SSkkeell mmaajjoorr ddaann mmiinnoorr hhaarrmmoonniikk ddaann mmiinnoorr mmeellooddiikk
sseehhiinnggggaa 44## ddaann 44bb..
PPeennuulliissaann sskkeell mmaajjoorr ddaann mmiinnoorr hhaarrmmoonniikk ddaann
mmeellooddiikk ddeennggaann ttaannddaa nnaaddaa ddaann ttaannppaa ttaannddaa nnaaddaa..
NNaammaa tteekknniikk bbaaggii nnoott ddaallaamm sskkeell ddiiaattoonniikk
SKEL
APA ITU SKEL ?
Skel merupakan gabungan pic atau not yang disusun
dari nada rendah ke nada tinggi dalam satu oktaf. Skel ini
boleh di tulis secara menaik dan menurun.
Struktur skel terdiri dari turutan 7 not yang berbeza serta di
akhiri dengan not ke lapan iaitu pic not yang sama seperti pic
tonik rendah tetapi mempunyai bunyi yang lebih tinggi. Lapan
not ini melengkapkan struktur skel satu oktaf.
20
SKEL
Skel ini dipanggil skel diatonik kerana susunan not yang
berbeza dengan nama not serta bunyi yang berlainan. Ia juga
memberi nama skel tersebut berdasarkan not tonik . Skel
diatonik terdiri dari not yang mempunyai jarak satu ton dan
semiton yang disusun mengikut teori skel.
2.1 | SKEL MAJOR DAN MINOR(HARMONIK DAN MELODIK)
SKEL
SKEL MAJOR SKEL MINOR
MINOR HARMONIK MINOR MELODIK
21
SKEL
2.1 | SKEL MAJOR
Dalam muzik barat, Skel major ataupun skel diatonik adalah sangat
popular dimainkan. Struktur skel diatonik major terdiri dari not
yang mempunyai jarak satu ton dan setengah ton (semiton) yang
disusun mengikut teori skel. Berikut merupakan Formula struktur
Skel Major :
Dalam Skel major, jarak antara not 3–4 dan 7–8 adalah setengah
ton atau semiton, manakala jarak antara lain-lain not ialah 1 ton.
CONTOH :
SKEL C MAJOR
Slur
Slur ataupun tanda kaitan boleh digunakan Untuk menunjukkan
jarak semiton antara Not 3–4 dan 7–8. 22
SKEL
SKEL MAJOR
23
SKEL
SKEL MAJOR
RUMUSAN MAJOR
Sebagai rumusannya, Cara menulis skel majoradalah 24
berlandaskan kepada formula teori struktur skel
major. Pelbagai jenis nada dengan tanda nada yang
tersendiri perlu diketahui untuk mengenalpasti nada
suatu lagu samada apabila menyanyi atau memainkan
alat muzik.
SKEL
2.1 | SKEL MINOR
Skel minor juga adalah skel diatonik. Skel minor boleh dibahagikan
kepada Tiga jenis iaitu minor natural, minor harmonik dan minor
melodik. Setiap skel mempunyai struktur formula yang berbeza
walaupun ia mempunyai tanda nada yang sama. Secara amnya skel
minor harmonik dan melodik berbeza dari bunyi ceria yang terdapat
dalam skel major. Muzik berdasarkan skel minor menimbulkan
suasana muram dan melodramatik.
Struktur Skel minor harmonik dan minor melodik berubah
berpandukan skel minor natural, iaitu dengan menggunakan formula
yang berbeza.
FORMULA SKEL MINOR NATURAL
CONTOH : SKEL A MINOR NATURAL
25
SKEL
SKEL MINOR HARMONIK
Skel minor harmonik asalnya adalah daripada skel minor natural. Ia
menjadi minor harmonik apabila not ke 7 ditinggikan. Not ini kekal
semasa menaik dan menurun skel. Lihat not ke 7 dan perhatikan
perubahan yang berlaku. Lihat perbezaan susunan not dalam skel
minor natural dan minor harmonik.
Perbandingan susunan not dalam skel di antara Skel Minor Natural
dan Skel Minor Harmonik.
Proses mengubah skel minor natural ke skel minor harmonik.
Skel A minor Harmonik satu oktaf setelah perubahan di lakukan
berdasarkan skel minor natural.
26
SKEL
SKEL MINOR HARMONIK
27
SKEL
SKEL MINOR HARMONIK
28
SKEL
SKEL MINOR MELODIK
Skel minor melodik juga berasal dari skel minor natural. Ia menjadi
minor melodik apabila not ke 6 dan not ke 7 ditinggikan setengah
ton apabila menaik skel dan kembali semula ke skel minor natural
apabila menurun skel.
Skel A Minor Natural
Proses mengubah skel minor natural ke skel minor melodik.
Skel A Minor Melodik menaik dan menurun
29
SKEL
SKEL MINOR MELODIK
30
SKEL
SKEL MINOR MELODIK
31
SKEL
RUMUSAN MINOR HARMONIK DAN MELODIK
Sebagai rumusannya, walaupun perubahan skel harmonik dan melodik
adalah berdasarkan kepada skel minor natural namun skel minor
harmonik dan melodik tetap mempunyai ciri formula yang tersendiri
berbanding dengan skel minor natural. Dalam Skel harmonik, not
yang ke 7 akan ditinggikan setengah ton dan kekal dengan struktur
ini apabila menaik dan menurun skel, manakala perbezaan skel
melodik pula meninggikan not ke 6 dan ke 7 apabila menaik skel dan
kembali ke skel minor natural apabila menurun skel. Setiap skel minor
mempunyai kepentingan dan faktor utama untuk menghasilkan satu
karya muzik melalui penulisan melodi mahupun menyediakan
bahagian harmoni. Faktor dalam mengenalpasti jenis skel minor
natural, minor harmonik dan minor melodik memberi pendedahan
kepada pelbagai nada yang sama tetapi berbeza secara teori.
32
SKEL
2.3 | NAMA TEKNIK BAGI NOT DALAM SKEL DIATONIK
Semua skel major dan minor adalah skel
diatonik. Not-not dalam skel diatonik
dinamakan dengan menggunakan nama
teknik dan juga nombor.
Berikut adalah senarai nama-nama teknik dan "degree of scales"
untuk not-not di skel diatonik.
DEGREE OF SCALE NAMA TEKNIK
1st Degree Tonik
2nd Degree Supertonik
3rd Degree Median
4th Degree Subdominan
5th Degree Dominan
6th Degree Submedian
7th Degree Leading Note / Not Pimpin
8th Degree (Upper) Tonik 33
RUJUKAN
JABATAN MUZIK . (N.D.). SRZ3013 ASAS
TEORI MUZIK. RETRIEVED FROM 123DOK:
HTTPS://123DOK.COM/DOCUMENT/QM0M
LR4Y-SRZ-ASAS-TEORI-MUZIK.HTML
JABATAN PENDIDIKAN MUZIK IPG KAMPUS
ILMU KHAS. (N.D.). MODUL PROGRAM
PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN (PPISMP) 2021. RETRIEVED
FROM ANYFLIP:
HTTPS://ANYFLIP.COM/RERXT/MMJV/
MUSIC THEORY. (N.D.). RETRIEVED FROM
BASICMUSICTHEORY:
HTTPS://WWW.BASICMUSICTHEORY.COM/