The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN STEM TALENT SHOW SEKOLAH RENDAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ladyej83, 2024-06-23 01:31:12

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN STEM TALENT SHOW SEKOLAH RENDAH

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN STEM TALENT SHOW SEKOLAH RENDAH

1 | Kertas Konsep Pertandingan STEM Talent Show PPD TS/2022 ANJURAN: PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TATAU/SEBAUH KERTAS KONSEP PERTANDINGAN STEM TALENT SHOW SEKOLAH RENDAH PENGELOLA: SJK CHUNG HUA TATAU


2 | Kertas Konsep Pertandingan STEM Talent Show PPD TS/2022 PERTANDINGAN STEM TALENT SHOW SEKOLAH RENDAH 1.0 PENGENALAN 1.1 Pertandingan STEM Talent Show adalah salah satu pertandingan anjuran Unit Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh dengan kerjasama SJK Chung Hua Tatau. 1.2 Pertandingan dilaksanakan bertujuan meningkatkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Persembahan pentas dalam STEM Talent Show disampaikan secara kreatif, hands-on, praktikal dan menyeronokkan berpandukan pilihan tema dalam DSKP mana-mana mata pelajaran STEM. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid menerangkan sesuatu konsep STEM secara kreatif, hands-on, praktikal, dan menyeronokkan. 2.2 Membina keyakinan diri dan meningkatkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi secara berkesan di kalangan murid-murid. 2.3 Melatih murid-murid agar mereka mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM secara kreatif dan kritis. 2.4 Membentuk nilai-nilai murni, menghormati diri sendiri, orang lain dan persekitaran yang dikongsi bersama. 2.5 Membangunkan minda dan sifat ingin tahu sekaligus meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.


3 | Kertas Konsep Pertandingan STEM Talent Show PPD TS/2022 3.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah (Tahun 4 hingga Tahun 6 sahaja) yang belajar di sekolah rendah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan di Daerah Tatau Sebauh 3.2 Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga (3) murid dan seorang guru pembimbing untuk satu kumpulan. 3.3 Peserta mestilah dari sekolah yang sama. 3.4 Peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu dan segala proses perlu berada di bawah pemantauan mereka. 3.5 Pihak sekolah / ibu bapa bertanggungjawab memastikan persembahan STEM yang dijalankan adalah selamat dan mematuhi syarat-syarat pertandingan. Persembahan STEM yang dijalankan perlu kawalan ibu bapa dan panduan guru pembimbing. 3.6 Para peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif seperti keagamaan, perkauman dan politik dalam persembahan. 3.7 Peserta tidak digalakkan menggunakan bahan yang berbahaya, mudah terbakar, meletup atau beracun. Langkah keselamatan hendaklah dititik beratkan semasa penggunaan bahan-bahan tersebut. Jika terdapat keperluan, penggunaan bahan yang berbahaya adalah wajib di bawah pengawasan ibu bapa / guru pembimbing. 3.8 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.


4 | Kertas Konsep Pertandingan STEM Talent Show PPD TS/2022 4.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN 4.1 Peserta perlu menghasilkan video persembahan berdurasi 5 - 8 minit. Peserta akan memilih tema persembahan, membuat ujikaji/ persembahan dan menerangkan proses saintifik dalam ujikaji tersebut. Contoh : Tema : Murid memilih sains bahan Ujikaji : Murid menunjukkan jika tin minuman berkabonat digoncang dan bila dibuka air akan terpancut keluar. Tetapi tin sama yang digoncang dan apabila tin dijentik atau diketuk permukaannya untuk beberapa seketika, kemudian dibuka air tidak terpancut. Proses Saintifik : Murid menerangkan secara saintifik kenapa air tidak terpancut jika tin tersebut diketuk/ dijentik permukaannya. 4.2 Tema : Persembahan yang dihasilkan mestilah berdasarkan satu (1) tema sahaja. Pemilihan tema adalah seperti yang berikut: 1. Sains Hayat 2. Sains Fizikal 3. Sains Bahan 4.3 Tarikh Pendaftaran : 4 hingga 17 Julai 2022


5 | Kertas Konsep Pertandingan STEM Talent Show PPD TS/2022 5.0 FORMAT PERTANDINGAN 5.1 Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian. 5.2 Rakaman persembahan mengikut format berikut: 5.2.1 Durasi persembahan mestilah dalam 5 – 8 minit. 5.2.2 Video berbentuk persembahan slaid berserta voice over adalah tidak dibenarkan. 5.2.3 Dirakam langsung tanpa sebarang suntingan 5.2.4 Pandangan hadapan sahaja dan melintang (landscape) 5.2.5 Format fail: WMV/MOV/MP4. 5.2.6 Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD - 1080p 5.2.7 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. 5.3 Persembahan mestilah hasil karya peserta sendiri dan tidak diplagiat daripada internet atau sumber-sumber lain. 5.4 Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri pada semua bahan pertandingan yang dihantar untuk dinilai. 6.0 KRITERIA PENILAIAN KOMPONEN KRITERIA MARKAH Tema Menepati tema yang dipilih 5 Persembahan Pengenalan 10 Ujikaji/ pembentangan 10 Kefahaman konsep/ pemikiran saintifik/ fakta saintifik 15 Keaslian 10 Penyampaian Susun atur/ kelancaran penyampaian 10 Durasi 10 Kreativiti dan inovasi dalam penyampaian/ props 10 Bahasa/ pertuturan/ekspresi/ gaya 10 Impak 10 Jumlah 100


6 | Kertas Konsep Pertandingan STEM Talent Show PPD TS/2022 7.0 PROSEDUR PENDAFTARAN DAN PENYERTAAN 7.1 Semua urusan pendaftaran dan penyertaan mesti dibuat secara dalam talian melalui Google Forms yang disediakan oleh Pengelola Peringkat Daerah. 7.2 Semua butiran Google Forms mesti diisi dengan lengkap dan betul. 7.3 Borang penyertaan peserta (dalam bentuk pdf) mesti dimuat naik di Google Forms yang disediakan oleh pihak penganjur. Borang penyertaan perlu disertakan dengan caption: PPD_NamaSekolah_Nama Murid.pdf Contoh: PPDTS_SJKCH_KAREN,HAYDEN,STEVEN.pdf 7.4 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh pihak sekolah. (Lampiran 1) 7.5 Pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap atau lewat. 7.6 Video yang dimuat naik pada saluran YouTube perlu ditetapkan dalam aturan public atau unlisted sahaja. 7.7 Pendaftaran perlu diisi dalam talian di pautan Google Forms berikut: https://forms.gle/fWmYNwWrXnZh1vna7 8.0 PENGESAHAN PENYERTAAN 8.1 Borang Penyertaan peserta peringkat Daerah Tatau Sebauh hendaklah mendapat pengesahan daripada pihak sekolah masing-masing yang dimuat naik ke Google Forms pendaftaran. 9.0 PENGHAKIMAN 9.1 Lantikan panel hakim Peringkat Daerah adalah di bawah penyelarasan Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Tatau Sebauh. 9.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan berkaitan dengan keputusanpertandingantidak akan dilayan.


7 | Kertas Konsep Pertandingan STEM Talent Show PPD TS/2022 10.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN BIL PERKARA CATATAN 1. Johan, Naib Johan dan Tempat ke-3 Tropi + Sijil Pencapaian+ Wakil Daerah ke Peringkat Negeri 2. Tempat ke-4 hingga ke-7 Medal dan Sijil Pencapaian 3. Tempat ke-8 hingga seterusnya Sijil Penyertaan 4. Semua Guru Pengiring Sijil Penghargaan 11.0 KARNIVAL eMAS 2022 PERINGKAT NEGERI 11.1 Pasukan yang mendapat tempat Johan, Naib Johan dan Tempat ke-3 dalam pertandingan Karnival STEM 2022 Peringkat Daerah Tatau Sebauh akan mewakili PPD Tatau Sebauh untuk ke peringkat Negeri. 12.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK Penasihat : En Samri Bin Suhaili Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tatau Pejabat Pendidikan Daerah Tatau / Sebauh Pengerusi : En Zulfaddly Bin Ahmad Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh Naib Pengerusi : Puan Lai Mee Kiong Guru Besar SJK Chung Hua, Tatau Setiausaha : Encik Kezie Bin Matusup Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pembangunan Bakat Murid PPD Tatau/Sebauh Penyelaras : Puan Marjorie Anak Albert Chagat Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh Urusetia : Encik Muhammad Syamil Bin Mansor PK Kokurikulum SJK Chung Hua, Tatau Bendahari : Cik Olivia Anak Graman Pt Kewangan PPD Tatau/ Sebauh Ahli-ahli : Semua Guru Besar, PPD Tatau/ Sebauh


8 | Kertas Konsep Pertandingan STEM Talent Show PPD TS/2022 13.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi : Puan Lai Mee Kiong Guru Besar SJK Chung Hua, Tatau Timbalan Pengerusi : Encik Muhammad Syamil Bin Mansor PK Kokurikulum SJK Chung Hua, Tatau Naib Pengerusi 1 : Puan Tay Sok Cheng PK Pentadbiran SJK Chung Hua, Tatau Naib Pengerusi 2 : Cik Chiu Tin Tin PK Hal Ehwal Murid SJK Chung Hua, Tatau Penyelaras Pertandingan : Cik Annie Wong Ai Yuan Setiausaha : Cik Ling Siew Chieng Setiausaha Kokurikulum SJK Chung Hua, Tatau Bendahari : Encik Boniface Gurang Anak Sandah PT Kewangan SJK Chung Hua, Tatau Pengerusi teknikal : Cik Juliana Yek Suk Kiong PK Kokurikulum SJK Chung San, Sebauh Pegawai teknikal : Cik Annie Wong Ai Yuan Ketua Panitia Sains, SJK Chung Hua, Tatau Ahli-Ahli : Cik Chiu Tin Tin, Cik Loh Yii Lin, Puan Law Siew Hua, Encik William Ngui Mon Soon, Encik Raymond Ngoi Yung Tah TUGAS/ JAWATAN NAMA GURU/STAF SKOP TUGAS Penyelaras dan Setiausaha - Cik Annie Wong Ai Yuan - Cik Ling Siew Chieng • Merancang pertandingan dan menentukan serta menjelaskan matlamat, objektif, jenis pertandingan yang akan dijalankan, penyertaan, format pertandingan, masa, pemarkahan, hadiah, ahli jawatankuasa, skop tugasan dan anggaran perbelajaan. Penyelaras - Cik Annie Wong Ai Yuan • Memantau perkembangan pelaksanaan dan perjalanan pertandingan yang dirancang dari permulaan sehinggalah penghujung pertandingan.


9 | Kertas Konsep Pertandingan STEM Talent Show PPD TS/2022 Setiausaha - Cik Ling Siew Chieng • Membantu penyelaras untuk memastikan pertandingan yang dirancang berjalan dengan lancar. • Mengemaskini surat menyurat berkaitan pertandingan. Bendahari - Puan Law Siew Hua • Merekod bajet pertandingan • Mengurus bajet pertandingan. Laporan dan Dokumentasi - Encik William Ngui Mon Soon • Mengumpul gambar dan seterusnya membuat laporan keseluruhan. Sijil, Hadiah dan Cenderahati - Cik Chiu Tin Tin • Menyediakan sijil pencapaian dan hadiah untuk para pemenang, sijil penyertaan bagi semua peserta dan sijil penghargaan bagi semua guru pengiring. Pendaftaran Peserta, Mengumpul Hasil Karya/Projek - Encik Raymond Ngoi Yung Tah - Puan Cynthia Wong Peng Ning • Mewujudkan Google Form / rumusan BRP kepada PPD. • Mengumpulkan hasil karya/ projek dan menghantarnya untuk dihakimi. Penubuhan group telegram dan publisiti - Cik Loh Yii Lin • Membuat hebahan mengenai pertandingan yang dijalankan di media masa seperti poster, tiktok, facebook, telegram, whatsapp dan lain-lain. • Mewujudkan group telegram “Pertandingan STEM TALENT SHOW Sekolah Rendah PPD Tatau Sebauh Tahun 2021” 14.0 TARIKH PERTANDINGAN 4 Julai 2022 hingga 17 Julai 2022 15.0 ANGGARAN PERBELANJAAN / KOS 15.1 Hadiah dan kertas sijil akan disediakan oleh Pihak PPD Tatau/Sebauh.


10 | Kertas Konsep Pertandingan STEM Talent Show PPD TS/2022 Disediakan oleh, …………………………………… (MUHAMMAD SYAMIL BIN MANSOR ) PK Kokurikulum, SJK Chung Hua, Tatau. Disemak oleh, …………………………………… (LAI MEE KIONG) Guru Besar, SJK Chung Hua, Tatau Disokong oleh, …………………………………… (KEZIE BIN MATUSUP) Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh. Disahkan oleh, …………………………………… ( ZULFADDLY BIN AHMAD) Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh.


11 | Kertas Konsep Pertandingan STEM Talent Show PPD TS/2022 Saya dengan ini MELULUSKAN / TIDAK MELULUSKAN Kertas Konsep Pertandingan STEM Talent Show Peringkat Daerah Tatau Sebauh Tahun 2022 Komen / Ulasan : ………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………… Diluluskan oleh, (SAMRI BIN SUHAILI) Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/ Sebauh


Lampiran 1 BORANG PENYERTAAN Pertandingan STEM Talent Show KARNIVAL eMAS 3.0 Sekolah Rendah Peringkat Daerah Tatau/Sebauh PPD Nama Sekolah Alamat Sekolah No. Tel Sekolah E-mel Sekolah Maklumat Murid Bil Nama No. Kad Pengenalan 1. 2 3 Nama Guru No. Telefon Guru Pengesahan Sekolah: Dengan ini, saya/kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal murid berkenaan. Saya/kami bersetuju dengan semua syarat-syarat pertandingan ini. ………………………………… Tarikh: …………………… (Tandatangan Guru) Pengesahan Guru Besar: ……………………………. Cap Rasmi Sekolah


BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN STEM TALENT SHOW NO PESERTA / PASUKAN: TEMA PERSEMBAHAN: TAJUK PERSEMBAHAN: KOMPONEN KRITERIA MARKAH MAKSIMUM MARKAH TEMA Menepati tema yang dipilih 5 PERSEMBAHAN Pengenalan 10 Ujikaji/ Pembentangan 10 Kefahaman konsep/ Pemikiran saintifik/ fakta saintifik 15 Keaslian 10 PENYAMPAIAN Susun atur/ kelancaran penyampaian 10 Durasi 10 Kreativiti dan inovasi dalam penyampaian/props 10 Bahasa/ pertuturan/ ekspresi/gaya 10 Impak 10 JUMLAH 100 Rumusan: Tandatangan: Nama Juri:


Click to View FlipBook Version