The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by canter_haf, 2024-03-05 04:47:30

CARA BERKESAN RAWAT DIABETES

CARA BERKESAN RAWAT DIABETES

51 ix. TEH HIJAU Teh hijau sangat popular sebagai minuman kesihatan sejak berkurun-kurun lamanya terutama di China, Korea dan Jepun. Ia adalah daun pokok teh iaitu Camella sinensis yang tidak di proses seperti teh hitam. Ia sangat kaya dengan anti oksidan dan bersifat anti keradangan iaitu bahan polifenol iaitu ‘Cathechin’ yang di panggil sebagai Epi Gallo Cathechin Gallate (EGCG). Kajian¹⁸ menunjukkan teh hijau boleh membantu mengawal glukosa darah dan meningkatkan sensiviti insulin. Kajian menunjukkan seseorang yang selalu minum teh hijau akan mempunyai 42% risiko yang lebih rendah mendapat penyakit diabetes. 18 Liu K, Zhou R, Wang B et al. Effects of Green tea on glucose control and insulin sensivity: A Metaanalysis of 17 Randomized Control Trials. Am J Clin Nutr. 2013 Aug;98(2): 340-8. Doi:10.3945/ajcn. 112.052746.Epub 2013 Jun 26.


52 x. TEH ROIBOOS Teh Roiboos¹⁹ adalah sejenis daun herba yang di buat minuman teh herba yang berasal daripada Afrika Selatan. Ia telah digunakan sejak beribu tahun oleh masyarakat di Afrika sebagai tumbuhan dengan khasiat perubatan. Ia kaya dengan bahan anti keradangan dan anti oksidan polifenol iaitu aspalathin, dihydrochalcones, nothofagin. Ia kaya dengan bahan fitokimia dan nutrisi yang sangat baik mengawal paras glukosa darah dan meningkatkan sensiviti insulin dalam tubuh. Kajian²º menunjukkan ia membantu pesakit diabetes mengawal paras glukosa dengan lebih baik dan mengurangkan keradangan dalam tubuh. 19 Diane L McKay, Jeffrey B. Blumberg. A Review of Bioactivity of South African Herbal Teas: Roiboos (Aspalathus linearis) and Honeybush (Cyclopia intermedia). Phytother Res 21, 1-16 (2007). Published online 23 August 2006. DOI: 10.1002/ptr.1992. 20 Myoung Jin son, Miki Misukawa, Yutaka Miura, Kazumi Yagasaki. Aspalathin improves hyperglycemia and glucose intolerance in obese diabetic oblob mice. Eur J Nutr (2003) 52:1607- 1619.


53 xi. GYMNEMA SLYVESTRE Ia adalah sejenis herba yang tumbuh di India, Afrika dan Australia. Ia membantu mengawal glukosa darah dan meningkatkan sensiviti insulin. Ia juga membantu mengawal rasa ketagihan kepada makanan manis kerana kandungan bahan ‘asid gymnemik’ yang akan menyekat reseptor gula di atas lidah dan seluruh lapisan dalam saluran pemakanan. Ia meransangkan pengeluaran insulin daripada pankreas dan mengawal paras glukosa darah dengan lebih baik. Ia juga mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular kerana ia bersifat anti keradangan dan menurunkan paras kolesterol. Bahan anti keradangan dan anti oksidan di dalamnya adalah ‘tannin’ dan ‘saponin’.


54 xii. MORINGA Tumbuhan ini juga di panggil sebagai pokok ‘kelo’ yang berasal daripada negara India, tetapi ia boleh di tanam di Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Selatan. Moringa oleifera ad alah nama sainsnya dan kajian²¹ menunjukkan ia mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin), B3 (Niacin), B6 (pyridoxine), Folate, Vitamin C, Beta Karotin. Ia juga kaya dengan mineral seperti kalsium, potassium, zat besi, magnesium, fosforus dan zink. Ia kaya dengan bahan anti oksidan iaitu Quercetin yang boleh mengawal masalah keradangan dan ciri-ciri anti viral dan anti depressan. Ia juga mempunyai bahan anti kanser iaitu Niazimicin. Kajian menunjukkan ia boleh membantu menurunkan paras glukosa darah dan membantu meningkatkan sensiviti insulin. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular kerana kandungan bahan isothiosianida, niazimicin dan quercetin yang bersifat anti keradangan. Oleh itu ia boleh membantu mengurangkan masalah atherosklerosis iaitu penebalan dinding saluran darah di samping itu ia juga membantu menurunkan paras kolesterol darah. 21 Farooq Anwar, Sajid Latif, Muhammad Ashraf et al. Moringa oleifera: A Food plant with multiple medicinal uses. Phytother Res. 6 Nov 2006. https://doi.org/10.1002/ptr.2023


55 xiii. STEVIA Stevia adalah sejenis tumbuhan herba yang lebih popular kerana rasanya yang sangat manis. Ia digunakan sebagai pemanis gantian tanpa kalori untuk menggantikan penggunaan gula pasir yang merbahaya kepada kesihatan. Ia mempunyai bahan aktif yang bersifat anti oksidan dan anti keradangan iaitu ‘steviosides’ dan ‘rebaudiosides’. Kajian²² menunjukkan stevia membantu mengawal paras glukosa darah dan meningkatkan sensiviti insulin dan bukan hanya kerana ia tanpa kalori tetapi kerana kandungan bahan aktif steviosides dan rebaudiosides di dalamnya. 22 R.S Kujur, Vishaka Singh, Mahendra Ram et al. Antidiabetic Activity and Phytochemical Screening of Crude Extract of Stevia Rebaudiana in Alloxan-induced Diabetiis Rats. Pharmacognosy Journal. Vol 2, Issue 14, September 2010, Pages 27-32.


56 xiv. DAUN PUDINA (PEPPERMINT) Ia juga di kenali sebagai Mentha piperita iaitu sejenis herba yang berasal daripada Eropah dan Asia dan sekarang boleh ditanam di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Ia biasa digunakan sebagai perasa yang sedikit berangin di dalam, ubat gigi, gulagula getah, makanan dan sebagainya. Ia telah digunakan oleh orang Arab dalam minuman teh O mereka yang mereka panggil sebagai Teh Arab. Ia boleh membantu dalam masalah penghadaman, sakit kepala, selsema, membantu dalam depressi dan masalh kulit. Bagi pesakit diabetes, kajian²⁸ ke atas haiwan menunjukkan ia adalah boleh membantu mengawal paras glukosa dan mengurangkan komplikasi diabetes seperti kerosakan saraf (neuropathy). Tetapi tiada lagi kajian yang konklusif ke atas manusia untuk kesan yang serupa. 23 Abdellatief Sa, Beheiry RR, El-Mandrawy. Peppermint essential oil alleviates hyperglycemia caused by streptozocin-nicotinamide-induced Type 2 Diabetes in Rats. Biomed Pharmacother 2017 Nov;95:990-999.doi:10.1016/j.biopha.2017.09.020.Epub 2017 Sep 12.


57 xv. DAUN MULBERI Daun ini adalah makanan utama kepada ulat sutera. Ia juga telah digunakan sejak beribu tahun sebagai daun herba yang mempunyai khasiat perubatan. Ia boleh mengawal paras glukosa darah dengan mengawal kadar penyerapan karbohidrat dengan kandungan bahan ‘moranoline’ di dalamnya. Bahan moranoline ini menghalang enzim didalam sistem pencernaan iaitu ‘alfa glukosidase’ yang menghadamkan karbohidrat menjadi glukosa. Daun mulberi juga mengandungi bahan anti-keradangan dan anti-oksidan ‘Quercetin’ yang boleh mengawal pengoksidaan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. xvi. STRAWBERI Strawberi adalah satu buah yang tidak asing bagi kita di Malaysia. Banyak ditanam di tanah tinggi yang beriklim lebih sejuk. Rasanya yang enak sedikit masam manis menjadikan ianya sangat popular dan digunakan sebagai bahan asas kepada pelbagai jenis produk makanan. Ia mempunyai kandungan anti oksidan yang baik iaitu anthocyanin dan polifenol yang bersifat anti keradangan dan anti oksidan. Ia sangat baik untuk epsakit diabetes kerana ia boleh membantu mengawal paras glukosa darah dan meningkatkan sensiviti insulin dalam tubuh. Kajian²⁴ menunjukkan ia membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan membantu mengawal tekanan darah tinggi. Ia juga kaya dengan folate yang baik untuk mencegah masalah kecacatan bayi. Ia juga mengandungi karotina yang menjadi vitamin A didalam tubuh yang sangat baik untuk kesihatan mata. Ia mempunyai kelebihan khasiat untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh, kesihatan dan kecantikan kulit, membantu menurunkan berat badan dan mencegah kanser secara umumnya. 24 Arpita Basu, Angel Nguyen, Nancy M.Betts, Timothy J Lyons(2014). Strawberry as a Functional Food: An Evidence-Based Review, Critical Reviews in Food Science and Nutrition, 54:6, 790-806, DOI:10.1080/10408398.2011.608174.


58 xvii. KURKUMIN / CURCUMIN (KUNYIT) Curcumin atau Kurkumin adalah ekstrak bahan aktif daripada kunyit (Turmeric) atau Curcuma longa. Ia adalah bahan rempah utama dalam masakan masyarakat Malaysia. Ia adalah tumbuhan akar sama seperti halia. Ia telah digunakan sebagai rempah perubatan sejak beribu-ribu tahun dalam perubatan Ayurvedic dan perubatan tradisi China. Komponen aktif kunyit, iaitu kurkumin ini telah mendapat perhatian daripada ahli sains perubatan di seluruh dunia sejak akhir-akhir ini kerana ia berpotensi dalam rawatan diabetes, kardiovaskular dan kanser berdasarkan banyak kajian-kajian sains terkini. Kajian²⁵ menunjukkan curcumin boleh membantu mengawal glukosa darah dan mengurangkan komplikasi penyakit diabetes. Kurkumin mempunyai kesan anti diabetes 400 kali ganda lebih buat daripada ubat metformin dalam mengawal glukosa darah dengan mengaktifkan enzim AMPK (AMP Activated Protein Kinase). Ia juga bersifat anti keradangan dan juga membantu mengawal paras kolesterol darah, oleh itu ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Ia membantu mempercepatkan pemulihan ulser atau luka di kulit pesakit diabetes. Ia adalah selamat , murah, mudah didapati dan tidak mempunyai kesan sampingan yang merbahaya. Kajian yang ada menunjukkan curcumin ini juga boleh membantu dalam masalah seperti: kerosakan buah pinggang akibat diabetes (diabetic nephropathy)²⁶ kerosakan saluran darah halus akibat diabetes (microangiopathy)²⁷ kerosakan saraf akibat diabetes (diabetic neuropathy) ²⁸ kerosakan saraf mata akibat diabetes (diabetic retinopathy)²⁹ 25 Kim T, Davis J, Zhang AJ, He X, Mathews ST. Curcumin activates AMPK and suppresses gluconeogenic gene expression in hepatoma cells. Biochem Biophys Res Commun. 2009 Oct 16;388(2):377-82. doi: 10.1016/j.bbrc.2009.08.018. Epub 2009 Aug 8. 26 Wei Wua Hua, Genga Zhao ru , Liua Hong Lia, Zhangzhi Zhu. Effect of curcumin on rats/mice with diabetic nephropathy: a systematic review and Meta-analysis of randomized controlled trials. Journal of Traditional Chinese Medicine, Volume 34, Issue 4, 15 August 2014, Pages 419-429 27 Dania Akbika, Maliheh Ghadiria, Wojciech Chrzanowski, Ramin Rohaniz adeha. Curcumin as a wound healing agent. Life Sciences, Volume 116, Issue 1, 22 October 2014, Pages 1-7 28 Banafshe HR, Hamidi GA, Noureddini M, Mirhashemi SM, Mokhtari R, Shoferpour M. Effect of curcumin on diabetic peripheral neuropathic pain: possible involvement of opioid system. 29 Suresh Kumar Gupta, Binit Kumar,Tapas Chandra Nag et al. Curcumin Prevents Experimental Diabetic Retinopathyin Rats Through Its Hypoglycemic, Antioxidant,and Anti- Inflammatory Mechanisms. JOURNAL OF OCULAR PHARMACOLOGY AND THERAPEUTICSVolume 27, Number 2, 201


59 xviii. DAUN PECAH KACA Pokok Pecah Beling yang dikenali juga dengan pelbagai nama seperti Pecah Kaca, Bayam Karang, Ngo Kilo, Keji Beling dan Jin Batu merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia. Di Malaysia, pecah beling atau nama saintifiknya (Strobilanthes crispus) dari family (Acanthaceae) mudah ditanam dan hidup subur di kawasan-kawasan lapang atau belukar dan selalu dilihat sebagai rumpai atau tumbuhan yang tidak diingini. Daun pokok pecah beling banyak digunakan dalam perubatan tradisional seperti merawat kanser, kencing manis serta batu karang. Ia digunakan juga sebagai agen diuretic. Mengikut penemuan kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992), ekstrak air pecah beling mempunyai kompoun atau molekul yang boleh merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan mampu merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Manakala kajian makmal yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM mendapati daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti Kalium, kalsium, natrium, ferum, fosforus serta vitamin C, B1 dan B2. Terdapat juga kandungan kafeina dalam daun pecah beling tetapi ianya rendah. Kandungan ini merupakan penyumbang kepada antioxidant yang sangat tinggi. Antara lain kegunaan secara perubatan pokok pecah beling berupaya mengubati penyakit kencing manis kerana ekstrak air daun pecah beling dikatakan berkesan sebagai agen antidiabetis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah yang telah diuji pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas.


60 KESIMPULAN: Penyakit Diabetes Mellitus Jenis 2 (NIDDM) sebenarnya boleh pulih jika seseorang mengambil langkah awal untuk membetulkan faktor-faktor yang menajdi puncanya. Tetapi jika seseorang pesakit Diabetes ini telah mengalami kerosakan organ dan komplikasi Diebetes maka adalah sangat susah dan agak mustahil untuk memulihkan Diabetes sepenuhnya. Oleh kerana itu , kita perlu bertindak segera untuk mengamalkan kaedah memulihkan diabetes ini di peringkat awal penyakit ini berlaku dan Insyaallah ia akan berjaya. SEKIAN TERIMA KASIH.. SEMOGA ILMU INI DAPAT DIMANFAATKAN DAN BERJAYA MEMULIHKAN PENYAKIT DIABETES ANDA. ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TAK BERBUAH. SELAMAT BERAMAL..


61 BIODATA DR NORMAN NORAWI DR NORMAN MOHD NORAWI MBBS(Manipal), MScAARMMA(UCSI) MNM(ACNEM), FAGE (MAHE) DR NORMAN CLINIC SDN BHD Dr Norman bin Mohd Norawi telah berkhidmat sebagai seorang doktor perubatan sejak tahun 1997 dengan pengalaman selama lebih 23 tahun dalam bidang perubatan. Keluarga beliau berasal dari Kg Bayai Lama, Jempol, Negeri Sembilan. Di lahirkan dan di besarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau pengasas dan pemilik kepada KLINIK DR NORMAN yang mempunyai cawangan di Batu Berendam & Sg. Udang, Melaka, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, Shah Alam ,Selangor. Beliau adalah Konsultan Perubatan Nutrisi, Penuaan Sihat, Perubatan Estetik dan Perubatan Regeneratif (Nutritional Medicine, Healthy Aging, Medical Aesthetic & Regenerative Medicine) dan banyak menulis tentang kesihatan disamping memberikan ceramah kesihatan di seluruh Malaysia. Berkelulusan ijazah MBBS dari Kasturba Medical College, Manipal Academy of Higher Education (MAHE), Manipal, India (1997). Beliau memperolehi ijazah Sarjana Sains Perubatan Anti Penuaan, Perubatan Regeneratif dan Perubatan Esthetik (Master in Anti Aging, Regenerative Medicine and Medical Aesthetic) (MScAARMMA) dari UCSI University, Kuala Lumpur (2013). Beliau juga telah mendapat Master in Nutritional Medicine (MNM) daripada Australasian College of Nutrition & Environmental Medicine (ACNEM) pada tahun 2018. Aktif di Media Sosial FB Page : Dr Norman Norawi dengan menulis dan menyampaikan ceramah secara Live. Beliau juga boleh di ikuti di Youtube Channel : Dr Norman Mohd Norawi. Beliau adalah penggerak kepada program Anti Diabetes & Obesiti (ADO) Dr Norman yang menjalankan usaha mendidik masyarakat ke arah mengawal dan memulihkan masalah Diebetes & Obesiti di Malaysia. Buku ini adalah sebagai satu buku panduan umum kepada masyarakat untuk memahami konsep memulihkan penyakit diabetes dan menurunkan berat badan secara sihat.


62 -: RUJUKAN :- 1. Chen M, Porte D Jr. The effect of rate and dose of glucose infusion on the acute insulin response in man. J Clin Endocrinol Metab. 1976 Jun;42(6):1168-75. 2. Liu Z, Barrett EJ. Human protein metabolism: its measurement and regulation. Am J Physiol Endocrinol Metab. 2002 Dec;283(6):E1105-12. 3. Amery, C.M. and Nattrass, M. (2000), Fatty acids and insulin secretion. Diabetes, Obesity and Metabolism, 2: 213- 221. doi:10.1046/j.1463-1326.2000.00059.x 4. Richard Denton, Barbara Bridges, Roger Brownsey, Gwenan Evans, William Hughes, David Stansbie; Regulation of the Conversion of Glucose into Fat in White Adipose Tissue by Insulin. Biochem Soc Trans 1 August 1977; 5 (4): 894–900. 5. Acheson KJ, Schutz Y, Bessard T, Anantharaman K, Flatt JP, Jéquier E. Glycogen storage capacity and de novo lipogenesis during massive carbohydrate overfeeding in man. Am J Clin Nutr. 1988 Aug;48(2):240-7. 6. McDevitt RM1, Bott SJ, Harding M, Coward WA, Bluck LJ, Prentice AM. De novo lipogenesis during controlled overfeeding with sucrose or glucose in lean and obese women. Am J Clin Nutr. 2001 Dec;74(6):737-46. 7. https://www.nih.gov/news-events/news-releases/nih-study-shows-how-insulin-stimulates-fat-cells-take-glucose 8. Kahn CR. Insulin resistance, insulin insensitivity, and insulin unresponsiveness: a necessary distinction. Metabolism. 1978 Dec;27(12 Suppl 2):1893-902. 9. McLaughlin T, Lamendola C, Liu A, Abbasi F. Preferential fat deposition in subcutaneous versus visceral depots is associated with insulin sensitivity. J Clin Endocrinol Metab. 2011 Nov;96(11):E1756-60. doi: 10.1210/jc.2011- 0615. Epub 2011 Aug 24. 10. Rabe K, Lehrke M, Parhofer KG, Broedl UC. Adipokines and insulin resistance. Mol Med. 2008;14(11-12):741– 751. doi:10.2119/2008-00058.Rabe 11. Hardy OT, Czech MP, Corvera S. What causes the insulin resistance underlying obesity?. Curr Opin Endocrinol Diabetes Obes. 2012;19(2):81–87. doi:10.1097/MED.0b013e3283514e13 12. Gerozissis K. Brain insulin and feeding: a bi-directional communication. Eur J Pharmacol. 2004 Apr 19;490(1- 3):59-70. 13. Diamanti-Kandarakis E. Insulin resistance in PCOS. Endocrine. 2006 Aug;30(1):13-7. 14. Grantham JP, Henneberg M (2014) The Estrogen Hypothesis of Obesity. PLoS ONE 9(6): e99776. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0099776 15. Bessesen DH. The role of carbohydrates in insulin resistance. J Nutr. 2001 Oct;131(10):2782S-2786S. 16. Gower BA, Goss AM. A lower-carbohydrate, higher-fat diet reduces abdominal and intermuscular fat and increases insulin sensitivity in adults at risk of type 2 diabetes. J Nutr. 2015 Jan;145(1):177S-83S. doi: 10.3945/jn.114.195065. Epub 2014 Dec 3. 17. Tremblay F, Lavigne C, Jacques H, Marette A. Role of dietary proteins and amino acids in the pathogenesis of insulin resistance. Annu Rev Nutr. 2007;27:293-310. 18. Funaki M. Saturated fatty acids and insulin resistance. J Med Invest. 2009 Aug;56(3-4):88-92. 19. Rivellese AA, De Natale C, Lilli S. Type of dietary fat and insulin resistance. Ann N Y Acad Sci. 2002 Jun;967:329- 35. 20. Tsitouras PD, Gucciardo F, Salbe AD, Heward C, Harman SM. High omega-3 fat intake improves insulin sensitivity and reduces CRP and IL6, but does not affect other endocrine axes in healthy older adults. Horm Metab Res. 2008 Mar;40(3):199-205. doi: 10.1055/s-2008-1046759. 21. Donga E, van Dijk M, van Dijk JG et al. A single night of partial sleep deprivation induces insulin resistance in multiple metabolic pathways in healthy subjects. J Clin Endocrinol Metab. 2010 Jun;95(6):2963-8. doi: 10.1210/jc.2009-2430. Epub 2010 Apr 6. 22. Buxton OM, Pavlova M, Reid EW et al. Sleep restriction for 1 week reduces insulin sensitivity in healthy men. Diabetes. 2010 Sep;59(9):2126-33. doi: 10.2337/db09-0699. Epub 2010 Jun 28. 23. Henriksen EJ. Invited review: Effects of acute exercise and exercise training on insulin resistance. J Appl Physiol (1985). 2002 Aug;93(2):788-96.


Click to View FlipBook Version